Bismillah.
Dengan nama Allah ana mulakan. Selawat dan salam ke atas nabi saw yang telah banyak
berkorban untuk umatnya. Tanpa pengorbanan yang di lakukan oleh baginda, para
sahabat dan seluruh para pendakwah, mungkin hari ni kita tak dapat islam. Ya
Rabb, segala puji bagimu atas nikmat islam, kekalkan kami dalam islam, jadikan
kami sebahagian dari mereka-meraka yang menegakkan panji islam.
Insyallah,
ana target dalam penyampaian ana kali ni, dapat sedikit sebanyak memberi kesan
pada diri ana sendiri terutamanya dan semua orang, tentang bagaimana untuk kita
berhadapan tentang ISU MESIR yang sangat hangat di bicarakan sekarang. Dengan
harapan kita semua tidak hanya sekadar hangat-hangat taik ayam, bajet semangat
tapi apapun tak buat, bajet gempak dan seumpama dengannya, maka entri ini di
adakan.
Macam
biasa, kita santai. Bayangkan yang kita tengah bersembang, berbincang, dan
seolah-olah ana berada bersama korang membicarakan isu ni. Doakan kita
sama-sama dapat amal. Serius, tulis senang je, type gempak-gempak sikit,
settle. Nak cakap lagi la senang. Tapi nak amal tu, ya rabb. Tanpa hidayahmu,
memang tak mampu langsung kami nak beramal walau sedetik. Kurniakan hidayahmu
ya Allah!
So, isu mesir, isu palestin, Iraq, Afghanistan, pattani, rohingya, Syria dan lain-lain, isu ni sangat besar dan “ada kena mengena dengan kita”. Siapa yang rasa bahawa isu ni tak ada kena mengena dengan diri dia, dan tak ambil tahu, maka ketahuilah, orang macam ni sangat buruk dan gerund an pelik dan tak tahu di manakah tahap imannya. Seperti biasa, nak Nampak tersusun dan tak berserabut, ana bahagikan penyampaian kali ni kepada beberapa subtopik:
So, isu mesir, isu palestin, Iraq, Afghanistan, pattani, rohingya, Syria dan lain-lain, isu ni sangat besar dan “ada kena mengena dengan kita”. Siapa yang rasa bahawa isu ni tak ada kena mengena dengan diri dia, dan tak ambil tahu, maka ketahuilah, orang macam ni sangat buruk dan gerund an pelik dan tak tahu di manakah tahap imannya. Seperti biasa, nak Nampak tersusun dan tak berserabut, ana bahagikan penyampaian kali ni kepada beberapa subtopik:
1)Fahami
Isu Mesir
2)Tindakan
kita?
Ok,
harap baca dari A to Z. Kalau ana salah, maka betulkan.
FAHAMI
ISU MESIR
Semenjak
isu mesir ni berlaku, ramai orang yang ingin mengulas isu ni. Bagi ana, ianya
baik. Sangat baik. Cuma satu je, sebelum nak hurai isu mesir ni, tolong fahami
isu mesir ni betul-betul. Sekadar apa yang ana perhatikan, dalam membicarakan
isu mesir, telah wujud beberapa golongan yang salah faham akan isu ini seperti di
bawah:
a)Pertama,
ana ada jumpa golongan yang langsung tak ambil peduli tentang isu mesir. Huh,
tak tahulah kenapa. Mereka rasa, apa yang berlaku kat mesir adalah fitnah akhir
zaman yang tak wajar untuk diri mereka terlibat. Golongan ni, biasanya guna
hadith “Dua muslim yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk neraka”.
Mereka menganggap, isu mesir ni adalah perang saudara, dan siapa yang libatkan
diri, maka salah. Bahkan diorang ni memang langsung tak sedih dengan pembunuhan
yang terjadi di mesir.
Kepada orang yang macam ni, ana nak nyatakan beberapa benda. Kalau korang tak ambil peduli tentang keadaan umat islam, sorry to say, hakikatnya korang bukan dari kalangan orang islam. Kalau betul korang ada iman, at least bila isu ni berlaku, air mata korang berlinangan walau hanya setitik atau kurang dari tu. Hakikatnya, WAJIB untuk kita ambil tahu tentang isu ni. Jangan tak ambil tahu langsung atas alasan “tak nak terlibat dengan isu semasa”. Itu saudara seislam kita, kalau kita tak rasa sakit, tak rasa sedih, tak rasa bersalah, dan langsung tak ambil tahu, apakah?
Dan ingin ana jelaskan jugak kepada golongan ni, isu di mesir bukanlah peperangan saudara. Ia adalah peperangan antara HAK dan BATIL. Walaupun pada zahirnya, Nampak macam orang islam lawan orang islam, tapi kita kena faham satu hakikat. Islam itu hanyalah Islam. Selain dari islam, adalah kufur. Bermakna,agama selain islam, liberalism, sekularisme, pluralism, hedonisme, sosialisme, kapatalisme, syiah, dan segala ideologi yang selain dari islam, itulah KUFUR!
Kepada orang yang macam ni, ana nak nyatakan beberapa benda. Kalau korang tak ambil peduli tentang keadaan umat islam, sorry to say, hakikatnya korang bukan dari kalangan orang islam. Kalau betul korang ada iman, at least bila isu ni berlaku, air mata korang berlinangan walau hanya setitik atau kurang dari tu. Hakikatnya, WAJIB untuk kita ambil tahu tentang isu ni. Jangan tak ambil tahu langsung atas alasan “tak nak terlibat dengan isu semasa”. Itu saudara seislam kita, kalau kita tak rasa sakit, tak rasa sedih, tak rasa bersalah, dan langsung tak ambil tahu, apakah?
Dan ingin ana jelaskan jugak kepada golongan ni, isu di mesir bukanlah peperangan saudara. Ia adalah peperangan antara HAK dan BATIL. Walaupun pada zahirnya, Nampak macam orang islam lawan orang islam, tapi kita kena faham satu hakikat. Islam itu hanyalah Islam. Selain dari islam, adalah kufur. Bermakna,agama selain islam, liberalism, sekularisme, pluralism, hedonisme, sosialisme, kapatalisme, syiah, dan segala ideologi yang selain dari islam, itulah KUFUR!
Yang
terjadi kat mesir sekarang, golongan liberal, secular, syiah, kristian, dan
golongan-golongan yang anti islam, hakikatnya mereka telah kufur. Mereka telah
bersama golongan BATIL. Yang tak mahu islam di atas segalanya. Dan golongan ini
menentang golongan yang inginkan islam di atas segalanya, memahami islam yang
syumul dan lain-lain. Atas sebab itu, pertembungan ini adalah antara HAK dan
BATIL. Maka, hadith hadith “Dua muslim yang membunuh dan yang terbunuh,
kedua-duanya masuk neraka” yang anda guna adalah silap sama sekali dalam waqi’
mesir sekarang. Fahami fiqh jihad. Jangan main pakai je hadith tanpa faham
huraiannya.
b)Kedua,
ada juga golongan yang tak menyokong mursi dan ikhwan atas alasan apa yang ikhwan
buat sekarang terpesong dari islam yang sebenar, pengganas dan lain-lain.
Golongan ni bagi ana, sangat masalah. Mereka bajet faham fikrah ikhwan dan buat
ulasan yang Nampak sangat dia tak faham fikrah ikhwan. Ada yang kata:
”Ikhwan
yang betul-betul ikut pesanan hasan albanna je ok. Tapi ikhwan sekarang, banyak
terpengaruh dengan pemikiran SYED QUTB yang sangat keras dan syadid. Mereka ni
di namakan quthubiyyun…”
Awal-awal ana nak jelaskan pada golongan yang macam ni, fahami betul-betul fikrah ikhwan. Kalau kita betul-betul fahami, nescaya kita akan buat kesimpulan:”Seperti mana fikrah hasan albanna, seperti itu jugalah fikrah syed qutb dan ikhwan sekarang…” Ikhwan pengganas? Golongan macam ni terpedaya dengan fitnah-fitnah media anti-islam lantas percaya dan sebarkan. Pernah tak korang buku majmuat rasail hasan albanna dari awal sampai habis? Pernah tak baca at least satu buku karangan syed qutb? Kalau tak pernah baca, pergi baca dan fahami. Kalau tak faham, Tanya orang yang faham.
Awal-awal ana nak jelaskan pada golongan yang macam ni, fahami betul-betul fikrah ikhwan. Kalau kita betul-betul fahami, nescaya kita akan buat kesimpulan:”Seperti mana fikrah hasan albanna, seperti itu jugalah fikrah syed qutb dan ikhwan sekarang…” Ikhwan pengganas? Golongan macam ni terpedaya dengan fitnah-fitnah media anti-islam lantas percaya dan sebarkan. Pernah tak korang buku majmuat rasail hasan albanna dari awal sampai habis? Pernah tak baca at least satu buku karangan syed qutb? Kalau tak pernah baca, pergi baca dan fahami. Kalau tak faham, Tanya orang yang faham.
c)Ketiga,
ada pulak golongan yang taksub dengan sesetengah ulama’, lantas bila ulama’ tu
menyatakan bahawa ikhwan salah, Assisi betul atas hujah-hujah tertentu, maka
golongan ni pun akur atas alasan “kita tak boleh lawan ulama’, daging ulama’
beracun, siapa kita ni nak banding ulama’, jangan komen-komen, dan lain-lain”.
Pertamanya,
jauhi taksub wahai kawan. Ana nak timbulkan satu soalan mudah:
“Baru-baru
ni, ada seorang ulama’ di Malaysia yang menyatakan pandangan bahawa Haram
melawan kerajaan Assisi, dan ikhwan adalah pengganas. Maka, sejurus ulama’ tu
nyatakan pandangan tu, ramai sangat orang yang tak setuju, suruh ulama’ tu
tarik balik kenyataan tu, ada yang kata ulama’ tu bodoh, macai kerajaan dan
lain-lain. Tapi, bila ada sesetengah ulama’ di mesir yang turut menyatakan
pandangan seperti itu, kenapa korang tak komen? Bahkan mendiamkan diri dengan
alasan hormat?”
Dalam
isu khilaf sebegini, korang kena buat beberapa step di bawah:
-Jauhi taksub.
-Baca setiap
hujah ulama’-ulama’. Dan bandingkan. Ada ulama’ yang menggunakan hujah yang tak
kena dengan waqi’ dan salah faham akan hujah tersebut.
-Maka,
kita berhak untuk tidak setuju dengan ulama’ tersebut, dan menegur dengan
hujah, bukan emosi.
Kita pun faham, ada beberapa syeikh azhar( tak semua) yang menyatakan bahawa ikhwan adalah khawarij, penggganas dan haram. Pada masa yang sama, ada juga syeikh azhar yang menyokong penuh ikhwan. So, kita tak perlu gaduh-gaduh. Ana rasa, kita pun faham ijtihad mana yang benar, ijtihad mana yang salah dan mengelirukan umat.
Kita pun faham, ada beberapa syeikh azhar( tak semua) yang menyatakan bahawa ikhwan adalah khawarij, penggganas dan haram. Pada masa yang sama, ada juga syeikh azhar yang menyokong penuh ikhwan. So, kita tak perlu gaduh-gaduh. Ana rasa, kita pun faham ijtihad mana yang benar, ijtihad mana yang salah dan mengelirukan umat.
Kalau
ana, ana lebih meyakini ijtihad ulama’-ulama’ ikhwan muslimin yang menyeru umat
islam memahami fikrah islam yang SYUMUL, dan ana tak bersetuju dengan
golongan-golongan yang ambil islam secara juz’ie, sekadar ibadat, tanpa
menghiraukan isu jatuh bangun umat dan yang sama waktu dengannya.
****
So,
maybe ada banyak lagi golongan-golongan dan jenis pemikiran yang timbul bila
isu mesir, syiria, palestin dan lain-lain berlaku. Maka, usahalah untuk fahami
isu ini dengan sebaiknya.
PERANAN
KITA?
Maka,
ini subtopik yang perlu di beri perhatian. Mungkin dah banyak orang di
beritahu, akan apakah yang perlu kita lakukan ketika ini setelah isu mesir ini
terjadi. Ada juga orang yang semangat nak syahid, nak ke mesir dan berjuang
sama-sama dan syahid di sana. Dan macam-macam lagi. Insyallah, ana akan
bentangkan beberapa benda yang praktikal untuk kita bersama dapat amal. Doakan
ana dapat amal!
a)Cakna
dan Fahami isu.
Ana seru
untuk kita sama-sama fahami isu mesir, isu palestin dan lain-lain bersama.
Benda ni penting. Mahu tak mahu, kita kena lakukan beberapa usaha untuk
pastikan kita faham isu ni. Banyakkan membaca, update isu mesir di facebook,
surat khabar yang di percayai, twitter dan lain-lain. Kalau keliru dan tak
faham certain part, jumpa orang yang faham, bincang dengan dia.
Untuk
nak mudah fahami isu, ana sediakan beberapa link bagi memudahkan kita untuk
faham isu ni secara menyeluruh:
dan lain-lain. Kalau kita tak usaha untuk faham isu, maka
rugilah kita. Tak tahu nak cakap macamana, tapi serius rugi dank orang akan
menyesal.
b)Fahami fikrah Ikhwan Muslimin
Kita pun tahu, ikhwan muslimin adalah sebuah Jemaah yang
paling lama dan terbesar, dan telah berjaya menggerunkan israel, amerika, syiah
dan musuh-musuh islam yang lain. Kalau di palestin misalnya, kalau tengok CNN
dan sebagainya, Israel serang gaza adalah kerana ingin menghancurkan HAMAS.
Kenapa Israel dan amerika takut sangat dengan HAMAS? Untuk pengetahuan, HAMAS
adalah ikhwan muslimin di palestin.
Apabila mursi menjadi presiden, mengapa amerika, Israel,
syiah dan lain beria-ia nak jatuhkan mursi? Kerana mursi adalah ikhwan, dan
mereka amat takut dengan ikhwan muslimin. Mereka takut dengan naiknya ikhwan
muslimin, maka benih-benih khilafah islamiah akan mekar tumbuh.
Soalannya ialah:
”Kenapa mereka takut sangat dengan ikhwan muslimin?
Apakah specialnya fikrah ikhwan muslimin sehingga Israel sendiri mengakui
bahawa fikrah ikhwan telah berjaya mempengaruhi jutaan jiwa umat islam. Apakah
itu fikrah yang ikhwan muslimin bawa?”
Maka mula dari sekarang, usahalah untuk fahami fikrah
ikhwan. Baca buku-buku hasil tulisan tokoh-tokoh ikhwan. Buku “Apa ertinya saya menganut islam” hasil
tulisan fathi yakan, baca dan hadamilah. Buku “Inilah Islam” oleh Syed Qutb,
baca dan hadamilah. “Himpunan Risalah Hasan Albanna”, baca dan hadamilah.
Buku-buku sirah seperti “raheeq makhtum”,”Fiqh sirah” dan lain-lain, mulalah
baca dari sekarang!
Ikutlah tarbiah, dakwah dan Jemaah yang mendokongi fikrah
ikhwan secara menyeluruh. Tetaplah bersama mereka. Pastikan hidup kita ada
AGENDA.
c)Buang ideologi selain islam.
Seperti yang kita tahu, antara mereka-mereka yang
menentang mursi di mesir adalah golongan liberal, secular, syiah dan kristian.
Maka mulakan dari sekarang, andai kita telah terpengaruh dengan
ideologi-ideologi liberal, secular, syiah dan lain-lain, amak buanglah
secepatnya. Kembalilah kepada islam yang syumul dan asli, seperti yang di bawa
oleh arrasul.
Apa itu liberal? Mudahnya, liberal ialah mereka-mereka
yang memperjuangkan HAK ASASI melebihi syarak. Apa itu sekular? Sekular ialah
golongan yang memisahkan agama dengan kehidupan, yang menganggap agama hanya
pada ibadat, tapi isu pemerintahan secara islam dan lain-lain tak di anggap
penting. Apa itu pluralisme? Pluralisme ialah golongan yang merasakan semua
agama adalah sama. Dan lain-lain.
Maka, buanglah ideologi ini dari pemikiran kita. Dan
wajib bagi kita untuk membanteras dan ideologi-ideologi ini di Malaysia.
Hakikatnya,dosa kita adalah PUNCA umat islam di sana di
tindas. Dosa kita adalah punca lambatnya kemenangan islam. Kalau ketika zaman
nabi musa kalau tak silap ana, hujan tak turun di kampung hanya kerana ada
seorang laki yang masih belum taubat dengan dosa, begitu juga keadaan kita. Boleh baca tulisan ana tentang "kesan dosa" pada entri ni: http://adninroslan.blogspot.com/2013/06/kesan-dosa-seorang-daie.html
Dosa kita mengesani
jatuh bangun umat. Ana sendiri rasa bersalah bila nak cakap pasal benda
ni kerana banyaknya dosa ana. Insyallah, ana akan doakan agar Allah bagi kita
kekuatan. Teruskanlah AZAM kita untuk berubah, tinggalkan dosa, taubat, dan
jadi orang yang berguna untuk umat. Ini adalah step yang sangat penting dan
bermakna. Binalah peribadi kita agar menjadi seorang muslim yang baik, memahami
islam dengan baik, bermanfaat untuk umat. Berubahlah wahai diri!
****
Akhirnya, DOA adalah senjata kita yang utama. Teruskan
solat hajat, menangis, memohon pada Allah agar menangkan islam, dan jadikan
kita di kalangan orang yang memenangkan islam. Yakinlah wahai kawan, kemenangan
islam itu pasti.
Moga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak
penjelasan dan manfaat untuk kita. Doakan ana, doakan umat, jangn putus doa!
Andai ada apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam fakta dan hujah, maka teguran
amatlah ana perlukan.
Wallahua’lam.
Kita dan Mesir?
Reviewed by Unknown
on
02:12
Rating:

3 comments:
assalamualaikum.. maaf terlebih dahulu. ana terjumpa fb anta yg bergambar 4 jari tu. dan ana mendapat maklumat tntg simbol2 seperti itu dan mendapati ia salah satu simbol. ana saja ingin memberitahu dan berkongsi ilmu jika anta tak tau. ini link nya https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200157630696461&set=a.1544385502537.63384.1621982419&type=1&theater
jika ana salah, sila perbetulkan, ya. ana baru brumur 14 tahun.. masih belajar ilmu agama dan ingin tahu perkara sbnr isu umat islam ni. assalamualaikum..
Salam.
1)isu simbol adalah subjektif dan banyak maksud. Contoh mudah, ada orang angkat 1 jari menunjukkan ucap syahadah, ada orang lain angkat jari dengan makna yang lain. Setiap simbol apa yg kita buat melalui tangan dan apa-apa, tak boleh kita nisbahkan keapda sesetengah simbol yang lain.
2.Isu simbol 4 jari adalah sebagai tanda sokongan kepada RABA'AH.ukhti boleh rujuk kat FB. langsung takde kena mengena dengan link yg ukhti kasi. Dan siapa yang cuba nak kaitkan, bermakna dia tak faham.
wallahua'lam.Ramai orang hanya di sibukkan dengan simbol2 yg konon2nya ada kena mengena dengan illuminati dan lain2, tapi hakikatnya, takde apa2 manfaat pun.
ohh.. baru ana faham. maaf ya. terima kasih kerana memperbetulkan :) ana akn bagitahu pasal ni pada kwn2. terima kasih. salam.
Post a comment