Assalamualaikum.Alhamdulillah,sangat
syukur,Allah bagi kekuatan untuk still menulis.Kali ni, penulisan agak ana rasa
bersalah nak tulis, tapi inilah luahan hati, dan benda yang semua orang perlu
sedar dan tahu, dan perlu di taujih berkali-kali lantaran kelalaian kita.Ya, ia
tentang DOSA.
Tapi,
ana tak nak sentuh topic ni dengan sentuhan yang biasa-biasa.Insyallah ana
sentuh topic dan isu ni dengan kaitkan ia dengan kehidupan seharian seorang
yang mengaku sebagai seorang PENDAKWAH, dan yang mengaku menyerahkan diri untuk
di tarbiah.
Apakah
kesan dosa bagi seorang daie?Itu perbincangan dan persembangan kita pada entri
kali ni.Sekali lagi ana sebut, ana sendiri rasa bersalah nak cakap bab ni,
lantaran banyaknya dosa ana.Tapi, ya, peringatan tentang dosa perlu di ulang
lagi dan lagi, sebab ni isu besar, walau Nampak macam remeh dan kecik. Benda
BESAR!
IMPAK
DOSA BAGI SEORANG DAEI
Semua
pendakwah kena tahu satu benda:
“Dosa
kita takkan di warisi oleh orang lain. Tetapi, dosa kita akan MENGESANI orang
lain..”
Pertama,ana
hurai dari sudut kesan dosa yang kita buat terhadap mad’u:
Pernah
tak, kita buat dakwah, kita sembang kencang dekat mad’u kita, tapi hati diorang
macam tak hidup, maksiat masih lagi diorang buat, dan selama kita “pegang” dan
dakwah dia, taka da satu apa pun perubahan kat mad’u kita. Kita kena muhasabah,
benda ni terjadi tak lain adalah sebab KOTORnya hati kita.
Prinsipnya
mudah. Kalau seorang dah libatkan diri dalam tarbiah dan dakwah tengok movie,
tak mustahil orang lain akan tengok benda lucah. Andai Kalau seorang dah
libatkan diri dalam tarbiah dan dakwah ikhtilat, tak mustahil orang lain akan
couple dan berzina. Andai Kalau seorang dah libatkan diri dalam tarbiah dan
dakwah ni dengar lagu-lagu lagho sebagai hiburan, tak mustahil orang lain akan
dengar benda yang lagi teruk dari tu.
Andai
kita ada anak buah usrah misalnya,kita sebagai “naqib” pun still tengok movie
,anime memanjang atas alasan “jangan sampai jadi najis”,tak mustahil anak buah
kita akan jadi lagi teruk dari tu dengan tengok video-video tak elok.
Isu ni
bukan isu main-main,benda ni SERIUS dan terbukti.Ana sendiri pernah sekali
dengar satu lagu barat untuk nak kaji sikit music dia( kononnya).Sekali,ana
dapat laporan, murid-murid ana yang perempuan kat asrama,dengar ramai-ramai
lagu-lagu Justin bieber.Ana dengar berita tu, ana terus delete lagu barat yang ana tengah dengar dan cepat-cepat istighfar.Dan banyak lagi kisah.
Seorang
sahabat, Huzaifah alyamani berkata, yang ana petik dari buku al awaiq karangan
Ahmad arrasyid:
“Wahai
garam bumi(kelompok mukmin),janganlah kamu menjadi rosak.Kerana apabila sesuatu
telah rosak, tidak ada yang boleh memperbaikinya semula kecuali garam itu
sendiri…”
Andai
daie pun rosak, bayangkan, bagaimana rosaknya umat.Bagaimana orang yang hatinya sendiri terkunci,mampu membuka hati orang lain?Huh, ya Allah.
Kedua,kesan dosa kepada Jemaah pula:
Jangan ingat dosa yang kita lakukan tak memberi apa-apa
impak pada Jemaah yang kita telah intima’.Hakikatnya, dosa kita memberi impak
pada kemenangan dan kemajuan dakwah.
Seperti
menuang setitik air dalam kolam renang, Nampak macam taka da apa-apa
kesan,tetapi kita tak perasan, sebenarnya air dalam kolam renang tu
bertambah.Jangan ingat benda kecik tak membawa impak! Jangan sesekali…
“Ketaksiran
kita, akan melambatkan kemenangan islam…”
Ketiga,kesan dosa yang paling perlu kita perhati adalah pada diri kita
sendiri:
Kita sendiri rasa betapa terseksanya bila terperangkan dengan dosa ni.
Selagi kita lemah dalam satu-satu dosa, selagi tulah Allah uji kita dengan dosa
tersebut. Bayangkan,kita dah panjant gunung tinggi-tinggi,tetapi bila silap
langkah,kita jatuh hingga ke bawah. Adakah mudah kita nak daki semula gunung
tu? Susah!
Begitu
juga impak dosa pada diri kita. Kita seolah-olah sedang mendaki untuk mencapai
ke kemuncak tarbiah dan dakwah, tetapi bila kita buat dosa, kita seolah-olah
JATUH, dan terkebelakang berbanding ikhwah-ikhwah kita yang lain dan telah
pergi jauh meninggi.
Pernah
tak kita rasa stress, nak buat dakwah tak semangat, nak buat kerja-kerja “idari”
pun tak semangat. Ketahuilah,itulah kesan dosa!
Pernah
sekali, time ana dah lama tak buat music( Ana di tugaskan untuk buat musik
),ana tak dapat idea nak buat music dalam tempoh masa yang sangat lama.Ana pun
tak tahu kenapa.Tapi,ada sorang ikhwah datang kat ana dan pesan:
“Adnin,time
lepas solat tadi,Allah bagi ana ilham untuk nasihat anta. Anta nak tahu
tak, sebenarnya,ana rasa,anta tak dapat idea buat music mungkin sebab HATI anta
ada masalah. Mesti ada something wrong. Sebab ana tengok, lama sangat anta tak
dapat idea buat music.Try anta istighfar,baca quran dan muhasabah.Check diri
anta.Ana risau dengan anta ni…”
Huh,taujihat
dari ikhwah tu memang betul-betul buat ana terfikir panjang.Sebenarnya, di
sebabkan dosa,ia MEMATIKAN idea kita,melambatkan kerja kita,dan menghilangkan
kebijaksanaan kita!
DOSA
BAGI SEORANG DAIE
Timbul
satu lagi isu yang bagi ana sangat besar. Apakah dosa yang berlegar-legar dalam
kehidupan seorang daie? Adakah dosa mereka sama taraf dengan dosa-dosa orang
biasa? Ketahuilah,andai kita mengaku ikut dakwah dan buat dakwah,ikut tarbiah
dan lain-lain,tapi dosa kita still sama macam orang yang tak pernah lalui
tarbiah,sebenarnya,kita bukanlah seorang daie!
Kalau
seorang daie still tak rasa apa-apa dosa bila tengok perempuan tak pakai tudung
atau aksi-aksi yang agak tak sopan, andai seorang daie still ikhtilat dan sembang
dengan perempuan tanpa apa-apa urusan dengan perasaan yang tak rasa bersalah,
andai hiburan seorang daie tu masih lagi lagu-lagu lagho,lagu barat,ketahuiah,kita
masih belum menjadi seorang DAIE.
Habis
tu?
Bagi seorang
daie,GENGGAMlah erat-erat kata-kata ini.
الحسنة الأبرار
وسيئة المقربين""
“Satu kebaikan bagi orang yang baik,tetapi satu dosa
bagi seorang yang dekat dengan Allah..”
Maknanya, andai orang biasa merasakan tengok movie tu tak
ada masalah, seorang daie perlu rasakan ianya satu dosa. Andai orang lain rasa ,
solat di rumah dan tak solat Jemaah tu satu benda biasa,seorang daie perlu rasa
tak solat Jemaah tu satu dosa bagi dirinya. Kalau orang biasa rasa tak bersalah
bila tak qiamullail,seorang daie kena rasa,meninggalkan qiamullail tu adalah
satu dosa besar pada dirinya.Andai orang lain tak baca quran sehari satu juz
,seorang dai kena rasa,tak baca quran tu satu dosa besar bagi dirinya..
Kalau tak,apa beza orang yang ikut tarbiah dengan
orang biasa?
Bermakna, andai seorang daie tak jaga qiamullailnya,solat jemaahnya,dan segala amal fardinya yang lain,ia juga akan memberi impak dan kesan buruk pada dirinya, mad'unya, dan jemaah! Ya Allah, serius ana sendiri rasa serba salah atas lemah dan banyaknya dosa. Moga Allah ampunkan kita semua!
*****
Akhirnya, muhasabahlah diri masing-masing. Mungkin kita
rasa dosa kita ni biasa-biasa.Sedangkan bertimbun banyak. Benda lagho jadi
kebiasaan, terpenjara dengan maksiat dan lain. Ingatlah, dosa kita memang tak
akan di warisi.Tetapi,ia mengesani umat.
Kita tak boleh lari dari dosa.Tapi, janganlah lari
dari taubat kepada Allah lagi dan lagi. Pintu taubat takkan di buka hanya dengan
sekali ketuk.Tetapi,Allah akan buka setelah kita mengetuk pintu itu
berkali-kali. Andai taubat kita telah di terima,ketika itu,kita akan rasa
bahgia,bebas dari sangkar dosa dan maksiat yang menghantui,tenang dan sangat
damai.Time tu, air mata nak mengalir amat mudah.
Moga Allah bagi kita kekuatan!Ana akhirinya entri kali
ni dengan kata-kata ni:
“Dosa
kita takkan di warisi oleh orang lain. Tetapi, dosa kita akan MENGESANI orang
lain..”
Wallahua’lam.Doakan
ana bebas dari dosa noda!
-Adnin Roslan-
Kesan dosa seorang daie?
Reviewed by Unknown
on
00:51
Rating:

10 comments:
Bagus
terima kasih atas perkongsian
mohon share
JazakaAllahu khoir akhi Adnin, Penulisan yg menyedarkan diri semua para Da'i!
jzk.
SubhanAllah
salam ustaz , saya bukan seorang daie.. rasanya tak layak pun nk digelar muslimah solehah.. tp kat facebook saya suka share benda2 yg berkaitan agama utk rkan2 sy.. dn sy lihat memang tak mendatangkan kesan atau impak.. membebel la mcm mane pun mcm tu jugak.. adakah bermakna hati saya juga tgh kotor ?
Ya Allah ampunilah kami ya rabb
astaghafirullah hal azim
Thanh Dương Lão Ma tà tà cười, trong tay một mảnh hào quang bao vây mấy người nữ tử, nhất thời mấy người nữ tử này liền không thể động đậy, hoảng sợ trong mắt càng ngày càng đậm hơn.
- Đến đây đi.
dongtam
game mu
cho thue phong tro
http://nhatroso.com/
nhac san cuc manh
tổng đài tư vấn luật
http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
văn phòng luật
tổng đài tư vấn pháp luật
thành lập công ty
http://we-cooking.com/
chém gió
trung tâm ngoại ngữ
Trong tay thủ ấn giương lên, mấy nữ tử tuổi trẻ này bị Thanh Dương Lão Ma ném vào trên giường, tiếp theo Thanh Dương Lão Ma cười lao đến.
- Tê tê.
Sau khi một tiếng thanh âm vỡ tan, một nữ tử quần áo trắng muốt liền xuất hiện ở trước người Thanh Dương Lão Ma, Thanh Dương Lão Ma đi vào, hung hăng đặt nữ tử trên người bắt đầu phát tiết.
Một lát sau, nữ tử này đau đớn kịch liệt không thể chịu đựng được khoái cảm thì quanh thân Thanh Dương Lão Ma thanh mang tràn ngập, cô gái này nháy mắt biến thành một khối thây khô.
Post a Comment