Tarbiah Sentap: VIDEO KAMI

VIDEO KAMI

TARBIAH SENTAP RECORDS di asaskan oleh Ustaz Adnin Roslan, pada April 2016. Artis di bawah naungan kami ialah kumpulan RABITHAH, THE FAITH dan juga solo utama kami iaitu AREEF.

Di bawah ini adalah link pautan kepada lagu-lagu mereka. Juga, boleh dengarkan mereka di channel youtube Tarbiah Sentap. 

Nantikan album dari mereka yang akan kami maklumkan kemudian insyaAllah.

****


RABITHAH - Hari Itu Hari Ini.

Lirik: Akmal Mustafa
Lagu: Akmal Mustafa
Producer: Akmal Mustafa

"HARI ITU HARI INI mengisarkan tentang kehidupan seharian manusia yang tak terlepas dari bebanan & masalah mendatang. Seringkali ujian seperti ini mendatangkan sangkaan-sangkaan yang kurang rasional terhadap Tuhan yang menghadirkan ujian tersebut. Sama ada secara sedar atau tidak. Lagu ini membawa solusi yang seharusnya terbit dari diri sendiri bahawa tiada ujian yang hadir di luar daya kemampuan insan..."







RABITHAH - Ku Impikan

Lirik: Akmal Mustafa
Lagu: Akmal Mustafa
Producer: Akmal Mustafa & Ustaz Adnin.

"KU IMPIKAN merupakan luahan impian seseorang untuk bersama Rasulullah s.a.w. Kisah perjalanan baginda tersusun di dalam lirik ini seawal da’wah di Makkah, Isra’ Mi’raj, peristiwa hijrah, siri peperangan & akhir hayat baginda. Setiap peristiwa ini menggambarkan kita sebagai salah seorang sahabat yang menyaksikan perjalanan sirah tersebut...."










RABITHAH - Jalan Keluar

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu: Ustaz Adnin
Producer: Ustaz Adnin & Akmal Mustafa

"JALAN KELUAR adalah sebuah lagu tentang diri kita yang tercari-cari jalan untuk meninggalkan maksiat yang kita telah ketagih. Memang payah, namun percayalah, Allah takkan pernah menzalimi diri kita, dan senantiasa menawarkan keampunan untuk kita kembali padaNya!"










AREEF - Aku Ingin Pulang

Lirik: Areef & Ustaz Adnin.
Lagu: Areef & Ustaz Adnin
Producer: Amin Nordin  Ustaz Adnin

"AKU INGIN PULANG berkisarkan tentang diri kita yang ingin bertaubat. Hati yang hidup, hatinya tidak akan                                          tenang dengan dosa serta maksiat. Dia akan rasa terbeban dengan dosa..."







AREEF - 365 Days

Lirik: Areef
Lagu: Areef
Producer: Amin Nordin

"365 Days adalah lagu berkisarkan hakikat persahabatan, hakikat percintaan, serta hakikat hidup. Tanpa memahami hakikat, bila-bila sahaja kita boleh tersesat jalan..."












AREEF - Jika Rasa

Lirik: Areef & Zahirah.
Lagu: Areef & Ustaz Adnin
Producer: Amin Nordin

“Pernah dikau merasa lemah, longlai, putus-asa, hilang semangat, seolah tiada harapan? Ketahuilah, KEMBALI pada Allah, adalah ketenangan dan kepuasan serta jalan keluar pada seluruh masalah hidup, percayalah..”

THE FAITH - Kelemahanku(Secrets Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: One Republic
Producer: Ustaz Adnin

"KELEMAHANKU berkisarkan tentang nasihat kita kepada jenis sahabat yang suka skeptik dan cari kesalahan kita lepas tu mereka aibkan kita. Lagu ni adalah teguran buat mereka-mereka yang skeptik.."
THE FAITH - PERUBAHANKU(My Love Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Westlife
Producer: Ustaz Adnin

"PERUBAHANKU adalah luahan hati seorang hamba, yang sedang bertungkus lumus berubah, namun sering di hina oleh rakan sekelilingnya. Namun, dia sedar, dia berubah bukan kerana manusia. Biar di kutuk manusia, kerana dia berubah kerana Allah yang maha Esa..."

THE FAITH - Bebaskanku(Miracle In December Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: EXO
Producer: Ustaz Adnin

"BEBASKANKU adalah sebuah monolog, menceritakan tentang diri kita semua yang tidak tahan lagi hidup bermaksiat, dan mahu bebas serta kembali pada yang Maha Agung, Allah..."

THE FAITH - Luahanku(Night Changes Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: One Direction
Producer: Ustaz Adnin

"Lagu ini adalah luahan kami, kamu dan kita semua, tentang apakah perasaan kita setiap kali kita melakukan dosa, dan apakah perasaan kita setiap kali kita kembali pada Allah. Sampai bila kita mahu menjauh dari Allah?"

THE FAITH - Mengingatimu(Photograph Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Ed Sheeran
Producer: Ustaz Adnin

"MENGINGATIMU adalah sebuah lagu monolog, tentang diri kita seolah sedang muhasabah diri, mengenangkan perjuangan dan jasa Nabi saw untuk memastikan kita masuk syurga dan selamat dari neraka. Namun, apa yang kita balas? Adakah kita menghargai pengorbanan nabi terhadap kita?"

THE FAITH - Kembalilah(Love Yourself Cover)

Lirik: Ustaz Adnin
Lagu asal: Justin Bieber
Producer: Ustaz Adnin


"Lagu KEMBALILAH ini berkisarkan tentang rayuan kita kepada seorang kawan kita agar kembali kepada Allah. Kawan kita itu, pada mulanya, dialah yang menegur kita, membimbing kita dan mendidik kita sehingga kita berubah. Entah kenapa, tiba-tiba, kawan yang selalu tegur kita itu yang jatuh ke lembah dosa lalu menjauhi kita. Maka, kini, kita pula usaha untuk menariknya kembali, seperti mana dia telah menarik dan menyelamatkan kita satu ketika dahulu..."

No comments: