Tarbiah Sentap: PENGENALAN TARBIAH SENTAP

PENGENALAN TARBIAH SENTAP



PENGENALAN

TARBIAH SENTAP di asaskan pada Ogos 2014 oleh Ustaz Adnin Roslan.

TARBIAH bermaksud pendidikan, mengajak kepada perubahan, membimbing dan memimpin.
SENTAP pula di aspirasikan dari surah al-anfal ayat 2:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah GEMENTARLAH hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal..”

Bermakna, SENTAP ni bukanlah dakwah dan tarbiah dengan cara kasar, mengherdik, menghukum, memaki hamun dan sebagainya. Sentap itu bukan CARA, tetapi RESPON. Bermakna, hati orang yang beriman, pabila menerima teguran dan nasihat, apabila di baca ayat-ayat Allah, hati mereka akan gementar, sentap, tersentuh, dan yang sama waktu dengannya. Kadang, dengan ayat-ayat belaian dan lembut pun boleh sentap.

TUJUAN DI ASASKAN

Tujuan TARBIAH SENTAP di asaskan adalah untuk memberi kesedaran pada masyarakat tentang sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, menyampaikan cara fikir islam yang sebenar, syumul meliputi seluruh aspek kehidupan.

Kerana, setelah menghayati dan merenungi masalah-masalah yang di timpa masyarakat, dari masalah akidah, sosial, pemikiran, politik, ibadah dan lain-lain, kebanyakannya berpunca dari kejahilan. Ramai yang melakukan sesuatu dosa itu kerana mereka tidak tahu itu adalah dosa.

Pada mulanya, sebelum Tarbiah Sentap di asaskan, Ustaz Adnin bermula dengan blog peribadi beliau bernama “adninroslan.blogspot.com” yang bertemakan “Santai Tarbawi”. Setelah hampir setahun beliau menulis, beliau telah menjawab lebih dari 5000 soalan. Soalan dan luahan tersebut telah membuatkan beliau tekad untuk membimbing masyarakat dengan apa yang terdaya, kerana beliau sedar, masyarakat hari ini masih ada harapan untuk bangkit, andai bersama-sama kita membimbing dengan penuh kesungguhan.

Selain itu, Tarbiah Sentap juga bersungguh-sungguh untuk menyediakan pelbagai alternatif buat anak muda, dari segenap aspek. Dengan harapan, anak muda ada pilihan untuk mengambil hiburan-hiburan yang bermanfaat, berbanding yang melalaikan.

GERAK KERJA

Tarbiah Sentap sedar, dalam membawa arus dakwah, pelbagai usaha perlu di lakukan bagi menjayakan agenda ini. Maka, kami telah mengatur beberapa angkah untuk mewarnai dunia dakwah di Malaysia, dengan menyediakan pelbagai alternatif  buat masyarakat samada dalam bentuk buku, ceramah, music, film dan sebagainya.

Tarbiah Sentap kini meliputi 5 komponen utama:

1) SENTAP PRESS SDN BHD

Sebuah syarikat penerbitan buku Tarbiah pelbagai genre. Menerbitkan buku-buku Tarbiah, novel, cerpen dan sebagainya. Hingga kini, sebanyak 16 buku telah di terbitkan sepanjang setahun.

2) TARBIAH SENTAP RECORDS

Sebuah syarikat rakaman yang bertujuan untuk menghasilkan lagu-lagu kontemporari, dengan mesej-mesej islam yang jelas, terus-terang dan “fresh”. Setakat ini, terdapat 4 artis yang berada di bawah naungan Tarbiah Sentap Records. 1 solo dan 3 kumpulan iaitu AREEF, FETYA, THE FAITH dan RABITHAH.

3) TARBIAH SENTAP PRODUCTION

Sebuah syarikat perfileman yang bertujuan untuk menghasilkan video-video samada VLOG, Music Video, Short Film dan lain-lain, bertujuan untuk mewarnai industri perfileman Malaysia dengan islam yang sebenar. Bakal menerbitkan Movie sendiri 2 tahun dari sekarang.

4) TARBIAH SENTAP CONSULTANCY

Menjelajah dalam dan luar Negara bagi menyampaikan fikrah islam kepada anak muda. Setakat ini, kami telah pergi lebih dari 200 tempat samada sekolah, universiti, kilang, pejabat dan masjid. Juga telah menerima jemputan dari luar negara seperti Indonesia, Brunei, Mesir, New Zealand dan Australia. Juga telah menerima jemputan TV seperti TV9 dalam rancangan Halaqah, TV Alhijrah dalam Assalamualaikum, Astro Oasis dalam Tabayyun, dan stesen radio IKIM.fm dan My Suara FM.

5) MEDIA SOSIAL

Mewarnai dunia media sosial dengan tazkirah, penulisan, komik dan pelbagai lagi. Kini, kami mempunyai laman sosial FACEBOOK, Twitter, Instagram, Blog, Emel, Telegram, dan Youtube.

6) TARBIAH SENTAP EVENT

Mengendalikan event-event berskala besar atau kecil. Seperti, Talaqi mingguan di pejabat Tarbiah Sentap, membantu asnaf dan gelendangan, Street Dakwah dan lain-lain.

TULANG BELAKANG TARBIAH SENTAP

Tarbiah Sentap di gerakkan oleh 9 orang anak muda.

1) AHMAD ADNIN BIN ROSLAN


Lahir pada 23 Mei 1992. Mendapat 9A dalam SPM pada tahun 2010, serta menghafal 30 juzuk Alquran. Menyambung STAM sejurus selepas SPM dan mendapat pangkat MUMTAZ pada tahun 2011. Melanjutkan pelajaran di universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang “Ulum Islamiah” pada tahun 2012 hingga 2013. Pulang ke Malaysia ketika pergolakan. Kini, melanjutkan pelajaran di MEDIU dalam bidang Fiqh Wa Usul.

Beliau sudahpun berkahwin. Merupakan CEO Sentap Press Sdn Bhd dan beliau merupakan pengasas Tarbiah Sentap. Sudah menulis 5 buah buku antaranya buku Tarbiah Sentap.



2) AHMAD SHUKERY BIN AZIZAN


Lahir pada 7 september 1991. Beliau telah berjaya menamatkan pengajian DEGREE beliau dalam bidang “Pure Chemistry” di UKM. Beliau sedang dalam perjalanan bagi menyambung second degree dalam bidang Syariah di MEDIU.

Beliau merupakan Ketua Editor Sentap Press, sertatelah menulis 7 buah buku antaranya buku Aku Bukan Malaikat, Cerpen Sentap dan Momento. Sudah berkahwin.








3) AIZAT FARHAN BIN ROHIZAT


Lahir pada 27 February 1993. Berjaya mendapatkan 10A dalam SPM. Beliau juga telahpun menghabiskan MASTER dalam bidang Chem Engineering dengan CGPA 3.6 pada tahun 2016. Beliau merupakan penulis buku Tarbiah Sentap 3. Dan beliau merupakan “Designer” Tarbiah Sentap.

Beliau juga merupakan JKP bagi Persatuan Belia Islam Nasional yang giat aktif mentarbiah serta meneraju arus Mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia.






4) AFIQ BIN ABDUL JAMIL


Lahir pada 7 April 1991. Beliau telahpun berjaya menghabiskan DEGREE di dalam Biotechnology di UIAM pada tahun 2015. Beliau merupakan ketua bagi Tarbiah Sentap Production, Videographer bagi Tarbiah Sentap, serta penulis buku Tarbiah Sentap 3.

Antara shortfilm arahan beliau ialah GERHANA dan SUCI, yang masing-masing telah mencecah lebih 50,000 views dalam masa yang cukup singkat. Bakal menerbitkan filem tidak lama lagi insyaAllah.







5) MOHD HAKIM BIN MOHD SUFIAN


Lahir pada 28 April 1991. Berjaya menghafaz 30 juzuk Alquran. Beliau merupakan mantan MPP Uitm Pulau Pinang. Kini, beliau sedang mengambil degree dalam bidang Electrical Engineering. Merupakan vokalis dalam kumpulan Rabithah, juga penulis buku Tarbiah Sentap 3 dan Momento.

Beliau juga pengarah bagi Tarbiah Sentap Consultancy. Sudah berkahwin.




6) MUAZ BIN AHMAD FARIS


 Lahir pada 21 Mac 1992. Beliau berjaya menghafaz 30 juzuk Alquran. Kini, beliau sedang melanjutkan degree di UIAM. Beliau juga merupakan penulis buku Momento dan Tarbiah Sentap 3. Beliau banyak menjaga EMELSENTAP dan memberi tazkirah-tazkirah buat setiap subscriber emel kami.

Beliau juga merupakan pakar bisnes online, dan empunya page MuazFaris.com dan Page FB Muaz Faris yang kini telah mencecah lebih 150,000 like.






7) SYED SALAHUDDIN BIN SYED AYOB

Lahir pada 17 february 1991. Mendapat pangkat MUMTAZ dalam STAM pada tahun 2009. Beliau merupakan graduan Universiti Al-Azhar Mesir dan telahpun menamatkan DEGREE di dalam bidang Usuluddin pengkhususan Tafsir pada Jun 2016. Beliau juga merupakan vokalis utama FETYA, serta penulis buku bestseller "Tarbiah Basah: Episode Perjalanan Hati".

Telah menerbitkan album FETYA pada tahun 2014 yang mengandungi 11 track, antaranya Syahadah Rabaah yang pernah menjadi top 10 terbaik IKIM.FM. Sudah berkahwin.


8) QAMARUL NAZRIN BIN HARUN


Lahir pada 28 Januari 1992. Beliau sedang mengambil MASTER dalam bidang Information System Management. Beliau juga adalah seorang programmer. Penulis buku bertseller “Aku Ingin Berubah”, Momento dan Tarbiah Sentap 3.

Beliau juga merupakan JKP bagi Persatuan Belia Islam Nasional yang giat aktif mentarbiah serta meneraju arus Mahasiswa di kampus-kampus seluruh Malaysia. Sudah berkahwin.









9) IZZAT BIN ROSLAN


 Lahir pada 30 december 1992. Beliau telahpun menamatkan pengajian DEGREE beliau dalam bidang Psikologi di University Of Adelaide Australia. Beliau merupakan VLOGGER youtube “The Izzat Roslan Show”. Merupakan penulis buku Tarbiah Sentap 3 dan Otak Biru. Beliau telahpun berkahwin pada tahun 2015.





HARAPAN

Kami berharap agar usaha kami ini menjadi asbab hidayah untuk diri kami dan seluruh umat, seluruh alam sehingga hari kiamat. Andai apa yang kami bawa ini tersasar dan menyeleweng dari syarak, maka, tegurlah kami. Andai apa yang kami bawa ini selari dengan syarak, maka kami mengharap agar arus Tarbiah ini di terima baik dan menghasilkan impak yang besar pada masyarakat insyaAllah.

ARTIS DI BAWAH NAUNGAN TARBIAH SENTAP RECORDS

1) AREEF

Merupakan artis solo kami. Seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik muda, yang kini telah menerbitkan album #AREEF365 yang mengandungi 5 track yang boleh di dengari secara PERCUMA di SPOTIFY. Bakal menerbitkan album kedua beliau iaitu #AREEF365(Deluxe Edition) yang bakal mengandungi 11 track termasuk 2 acoustic version.

Beliau telahpun menjelajah lebih kurang 100 tempat samada sekolah atau universiti.

Jika kalian ingin menjemput AREEF untuk membuat persembahan di sekolah, universiti atau di mana-mana program kalian, hubungi  012-756-0162.


2) FETYA

Fetya di anggotai oleh 7 anak muda. Membawakan nasyid bergenre "Haraki" & perjuangan. Telahpun menerbitkan album pertama yang mengandungi 11 track. Lagu mereka, Syahadah Rabaah berjaya menduduki tempat kedua di carta IKIM dan telahpun menembusi masyarakat Malaysia dan luar malaysia seperti Indonesia, Thailand, Brunei dan lain-lain. Lagu "Kesetiaan Al-Qassam" pernah menduduki carta pertama itunes Malaysia pada 2014. Bakal menerbitkan album kedua pada december 2016. 

Jika kalian ingin menjemput FETYA untuk membuat persembahan di sekolah, universiti atau di mana-mana program kalian, hubungi  011-2831-9086.

3) RABITHAH


Di anggotai oleh 5 anak muda. Membawa lagu-lagu kontemporari. Telahpun menerbitkan album pertama berjudul SEPERTI DULU yang memuatkan 11 track, antaranya lagu hitz "KU INGIN BERUBAH". Bakal menerbitkan album kedua yang mengandungi 15 track pada awal januari 2017 insyaAllah.








4) THE FAITH


Artis baru di bawah naungan kami, di anggotai oleh 4 anak muda berusia 19 tahun. Bermula dengan lagu Hitz "Luahanku" dan "Kembalilah", mereka bakal menerbitkan album berbahasa inggeris & Melayu yang akan di terbitkan tidak lama lagi. 

Jika kalian ingin menjemput THE FAITH untuk membuat persembahan di sekolah, universiti atau di mana-mana program kalian, hubungi  019-396-1824.








HUBUNGI KAMI


Sebarang pembelian buku secara ONLINE : Whats App 014-324-2859


Wallahua'lam


No comments: