Tarbiah Sentap: June 2016

Saturday, 25 June 2016

Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 19

Wah, sekarang dah masuk fasa yang terakhir bulan Ramadhan. Dah nak masuk 10 malam terakhir. Dah bersediakah kita untuk rebut malam lailatul Qadr? Huhu. Ok malam ini kita teruskan taddabur mengenai ayat tentang SAHABAT BAIK. Meh buka al Quran, buka juzuk 19, surah ke 25 iaitu surah al Furqan ayat 27-30.

Bismillah..

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا

"Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?.." (27)

يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!" (28)

لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي ۗ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". (29)

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". (30)

(Surah al Furqan [25] : 27-30)

Ayat-ayat ini jelas bagitahu tentang KEPENTINGAN pilih sahabat baik. Dalam ayat pertama Allah sebut,
,
وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَىٰ يَدَيْهِ

"Dan perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri).."

Ayat ini nak gambarkan betapa dahsyatnya penyesalan seorang manusia. Alaa.. Ibaratnya macam korang gigit jari sebab kunci kereta BMW 5 series korang masuk lubang jamban. Cuba gigit jari korang sekarang. Haa..

Kemudian Allah sambung lagi,

يَقُولُ يَا لَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا

"..sambil berkata: "Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul?.."

Kalau faham ayat ni, mereka mengaku yang mereka ini bukan tak percaya Rasulullah, bukan tak yakin pada Nabi, tetapi mereka TAK AMBIL jalan Rasulullah. Dengan kata mudah, mereka SENGAJA TINGGALKAN sunnah Rasulullah.

Mereka percaya Rasulullah, 
mereka yakin Rasulullah itu pesuruh Allah,
Mereka sayang Rasulullah,

TETAPI...

mereka abaikan sunnah dan petunjuk Rasulullah.
Mereka TAK ambil sirah Rasulullah sebagai cara hidup mereka.
Mereka nak amalkan cara hidup Barat tetapi tinggalkan cara hidup Islam.

Kemudian mereka ni salahkan KAWAN mereka. Apa mereka kata? Allah sebut,

يَا وَيْلَتَىٰ لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا

"Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib!" (28)

Dalam ayat ni Allah sebut فُلَانًا (fulanan) yang memberi maksud orang atau kawan yang mereka langsung TAK ingat siapa nama mereka. Ibaratnya macam mereka ni mengeluh kat Akhirat,

"Adoi... aku LUPA pulak siapa nama member aku yang ajak pergi dangdut, karaoke dan tengok wayang masa kat dunia dulu.."

"Aiseh.. aku tak ingat pula muka member aku yang ajar aku hisap rokok.."

"Arghh.. siapa ek roomate aku yang ajak sama-sama tengok cerita korea dan movie sampai terlajak subuh?"

"Alaaa.. aku boleh pula lupa nama member aku yang kenalkan aku dengan bekas pakwe aku masa kat dunia dulu."

Kemudian Allah tambah lagi,

لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي

"Sesungguhnya dia telah menyesatkan daku dari jalan peringatan (Al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku..."

Ayat ini jelas menceritakan yang mereka ni sebenarnya DAH ada orang nasihatkan pun. Tetapi itulah, jenis ego tak nak terima dengar nasihat. Rasa macam diri bagus sangat sampai menolak nasihat orang lain.

Dah ada orang lain nasihatkan jangan merokok, jangan ponteng solat, jangan tengok cerita korea atau movie sampai terlajak subuh dan sebagainya. Tetapi apa mereka buat?

Mereka TAK peduli pun. Malah mereka pilih kawan LAIN yang ajak mereka tengok cerita drama korea, tengok wayang, dan sebagainya. Kemudian Allah tambah lagi,

وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

"...Dan adalah Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya)". (29)

Dalam ayat ini Allah guna perkataan خَذُول (khozul) yang maksudnya macam ni.  Dalam konteks manusia, korang ada kawan yang mula-mula mereka ini akan menjadi kawan baik korang, ajak korang tengok cerita Korea, ajak jalan-jalan buang masa ronda KL, ajak main games, ajak tengok movie lucah dan sebagainya.

Tetapi sampai satu masa, mereka ini akan TINGGALKAN korang terkapai-kapai. Mereka ni ibarat syaitan di kalangan manusia. Macam syaitan di kalangan jin, mereka buat korang sesat sampailah masuk Neraka. Selepas itu dia tinggalkan korang kena bakar kat situ.

Allah...

Lepas tu dalam ayat ni Allah sambung yang mana, masa di akhirat mereka ini yang dah menyesal dan rasa sedih sebab tak ikut sunnah Rasulullah dan tersalah pilih kawan, tiba-tiba mereka nampak Rasulullah datang pada mereka.

Fuh, apa lagi, mereka punyalah gembira sebab ingatkan Rasulullah nak bagi syafaat atau pertolongan ke, apa ke. Tetapi sayangnya, Rasulullah sebut masa di Akhirat tu,

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَٰذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". (30)

Dengan kata lain, Rasulullah cakap pada Allah yang sebahagian dari umat Rasulullah tu hanya ISLAM pada nama. ISLAM pada keturunan. Tetapi LANGSUNG tak amalkan Islam.

Aduh…

Naudzubillah...

----

Pengajaran banyak sangat dari ayat ni. Tetapi saya nak sebut beberapa point penting,

1. Kita kena ingat satu benda sangat penting. Tak cukup kalau kita hanya sekadar melaungkan,

kita cinta pada Rasulullah,
kita rindu pada Rasulullah,
kita nak jumpa Rasulullah,
kita nak jadi umat Rasulullah..

TETAPI kita abaikan sunnah Rasulullah. Kita LANGSUNG tak ikut apa yang Rasulullah LARANG dan BENCI. Kita kata cinta dan rindu Rasulullah bagai. Tetapi cara hidup kita sebiji macam orang Barat yang kebanyakkan jauh dari Islam.

So betul ke kita cinta dan rindu Rasulullah?

Fikirkan sebelum tidur.

2. Kalau ada orang nasihat kita atau kalau ada orang ajak kebaikan, IKUT DIA !! Saidina Ali pernah ajar,

“Lihatlah apa yang dikatakan, jangan lihat siapa yang berkata.”

Kalau ada senior ataupun member kita ajak pergi usrah, ajak pergi program tarbiah, ajak pergi daurah, ajak pergi kelas agama, ajak pergi solat berjemaah, KENAPA kita bagi ALASAN tak nak pergi?

Sedangkan kita TAHU yang kita BOLEH pergi, tetapi kita tetap TAK NAK pergi. Kenapa??

Kalau ada kawan koita yang lain datang ajak pergi tengok wayang, ajak pergi teman dia dating dengan pakwe, ajak pergi karaoke, ajak merokok, ajak tengok drama, kita LAJU je ikut.

Kita TAK takut menyesal ke?

3. Kita PANDAILAH pilih sahabat yang baik. TINGGALKAN sahabat yang jahat dan tak boleh pakai.

"Nanti takkan masuk Syurga sorang-sorang?"

Wahai kawan-kawan, pegang kata-kata ni dengan betul,

Orang yang baik adalah untuk kita berSAHABAT, manakala orang jahat adalah untuk kita berDAKWAH. Bila kita bersahabat, kita akan TERPENGARUH. Bila kita berdakwah, kita akan MEMPENGARUH.

Ada faham?

4. Sebagai penghargaan kita kepada sahabat-sahabat yang dah ajak kita ke program tarbiah ataupun usrah (terutama naqib atau naqibah), dan penghargaan kepada ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan baik kita yang selalu nasihatkan kita,

Belikanlah buku ini untuk mereka kalau korang rasa buku ini ada manfaat. Sebagai tanda terima kasih kepada mereka. Haha. Ok gurau je, tapi kalau nak beli bagus juga. Hehe.

Moga ibu bapa, adik-beradik, sahabat-sahabat baik termasuk naqib dan naqibah kita dan kita semua masuk ke Syurga Firdaus Allah.

Amin.

Wallahu'alam

p/s: sumber: Importance of Good Company [Juz 19] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 2 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 362 4649.

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)

#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -


Thursday, 23 June 2016

Bedtimes Story Sentap (Siri 2) – Juzuk 18

Alhamdulillah hari ini BSS kita dah masuk juzuk ke 18 iaitu Surah An Nur, surah ke 24 ayat ke 19.Pasal apa pula malam ini? Haa.. Malam ini kita bincang tentang KHABAR ANGIN. Ini yang paling banyak dalam masyarakat kita. Hehe.

Nak tahu lebih lanjut? Jom kita terjah. (err?) Bismillah..

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

(Surah An Nur [24] : 19)

Dalam ayat ini, Allah ingatkan,

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk..."

Tuduhan-tuduhan buruk ini termasuklah khabar angin, fitnah, gossip jinak ke, gossip liar ke.

فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

"..dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat;..."

Dalam al Quran kita akan dapat saksikan bahawa ada ayat yang bagi AMARAN, dan ada ayat yang bagi HARAPAN. Ayat yang bagi harapan dan amaran ini kedua-duanya SEIMBANG.

Tetapi untuk ayat kali ini, jelas Allah bagi amaran kepada golongan yang suka sebarkan berita palsu, berita yang tak pasti sahih ke tidak, main share berita-berita FB yang tak confirm atau kita agak-agak je, gossip, fitnah dan macam-macam lagi terutama sekali dalam KALANGAN MUSLIM !

Sekarang ini kan suka trend SHARE, TWEET dan VIRAL dulu baru cari kebenaran. Bila kebenaran dah muncul, baru kelam kabut nak “perbaiki” apa yang dah viral. Tetapi masa tu nasi dah jadi bubur.

Allah janji akan bagi golongan ini HUKUMAN yang TAK TERPERI sakitnya. Sakit sangat azab Allah bagi. Tapi yang peliknya, ada juga golongan yang suka main share, retweet ini yang menjawab bila kena tegur. Alasan mereka,

"Rilek la bro.. why so serious?"
"Apahal yang kau sibuk sangat? Bajet baik la kau ni.."
"Ala.. rilek la. Kalau tak betul, tak betul la. Aku share je dulu. Kalau salah, aku delete."
“Berita hot ni, kena viral. Err. Sorry la, aku terpaksa naikkan traffic blog aku..”

Korang nak tahu tak, orang yang cakap macam ni Allah DAH jawab pada mereka,

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

".. dan Allah maha mengetahui.."

Allah maha tahu kebenaran khabar angin atau fitnah tu!

وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"..sedang kamu TIDAK mengetahui (yang demikian)."

Sedangkan korang tak tahu pun betapa seriusnya benda ni ! You have no ideas what you talking about !


---

Pengajaran daripada ayat ini,

1. Ayat ni dah jelas lagi nyata nak bagi peringatan pada kita yang mana JANGAN mengada-ngada SEBARKAN khabar angin, berita fitnah, berita yang kita sendiri tak pasti, gossip dan macam macam lagi.

Walaupun korang hanya SHARE di FACEBOOK dan instagram atau retweet di twitter dan seumpamanya ! Tak kisahlah sama ada ia gossip atau khabar angin tu, pasal kawan sekolah couple ke, pasal skandal kat ofis ke, pasal kawan kuliah ponteng kelas ke, dan apa-apa lagi. Dan sekarang ni lagi viral macam-macam isu di media sosial yang saya malas nak sebut nama, tetapi korang sendiri boleh tahu.

Kami di Tarbiah Sentap berprinsip untuk bersifat secara terus terang tanpa selindung.

Secara jujurnya, saya paling benci dan sangat benci apabila orang menyebarkan gossip atau SHARE di Facebook berita tentang isu yang mereka sendiri tak tahu langsung. Mereka dah la tak tabayyun (selidik), lepas tu main share je.

Serius ini BUKAN akhlak Islam ! Kalau korang nak marah saya, marah la. Tetapi ini bukan apa Islam ajar. Nak tunjukkan kesalahan, dipersilakan. TETAPI ada TEMPATNYA, ada SALURANNYA. Islam TIDAK ajar untuk MENSENSASIKAN sesuatu ISU atau KONTROVERSI.

Bagi saya dalil apa yang membenarkan kita mensensasikan atau menyebarkan aib seorang Muslim?

2. Jadi apa perlu buat kalau kita TAHU sesuatu berita atau khabar angin? Apa kena buat?

Apa yang kita kena buat adalah DIAM ! Jangan sebarkan. Senyap saja. Kan Nabi dah ajar, cakap perkara bermanfaat atau diam je. KECUALI…

Kecuali KALAU ia memberi MANFAAT kepada si pelakunya. Contohnya kita nampak anak perempuan jiran atau saudara kita dating dengan lelaki lain, JANGANLAH korang update dalam facebook atau korang cerita dengan anak korang,

"Kau tengok joyah jiran sebelah kita tu. dia keluar malam dengan jantan mana tah. Kau jangan buat macam tu.."

Tak payah makcik. Jangan macam tu. Korang pergi jumpa jiran korang secara peribadi, dan bagitahu mereka. IKUT SALURAN dan TEMPATNYA. Bayangkan kalau korang yang KENA. Atau contoh kalau cerita sensasi artis, tak payah sibuk-sibuk share dan sensasikan berita.

Frankly speaking, contoh macam Melodi..

Allahu Rabbi. Sibuk rakam atau buat liputan tentang aib artis, tentang masalah peribadi artis. Untuk apa? dapat liputan meluas? Korang yang tengok dan dengar dari melodi pun share pada orang lain. Berangkai-rangkai akhirnya.

Allah..

Moga Allah jadikan kita Muslim yang SENSITIF dan juga moga Allah jadikan kita seorang Muslim yang TIDAK menyebarkan khabar angin atau aib saudara Muslim kita.

Wallahu'alam

sumber : Muslims Who Spread Immorality [Juz 18] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 2 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 362 4649.

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)

#ShukeryAzizan
#BSS2
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -