Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 12

Friday, 17 June 2016

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 12


Tadi korang pergi tarawikh tak? Haa, rugi weh kalau tak pergi. Huhu. Ok, insyaAllah malam ini kita akan sambung juzuk 12, surah ke 12 iaitu surah Yusuf ayat ke 23.

Bismillah.

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللَّهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

(Surah Yusuf [12] : 23)

Jadi malam ini insyaAllah kita masuk surah Yusuf, yang mana satu kisah yang sangat masyur dan kita selalu dengar. Saya ambil satu peristiwa daripada banyak peristiwa panjang yang di alami oleh Nabi Yusuf alayhi salam,

Iaitu mengenai GODAAN. Allah sebut,

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ

"Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya.."

Dalam ayat ini, perempuan tersebut (seperti dalam satu riwayat israiliyyat popular namanya Zulaikha) cuba memujuk atau goda Nabi Yusuf secara perlahan-lahan atau halus dan lembut.

Bahkan BUKAN hanya sekali je digoda, tetapi berkali-kali tu!

Dan ketika itu Nabi Yusuf memang tidak boleh pergi mana-mana, sebab masa itu,

الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا

"..yang Yusuf tinggal di rumahnya,"

" بَيْتِهَا " ini kalau nak mudah faham adalah rumah itu adalah milik Zulaikha. Dan seolah Zulaikah ada di mana-mana dalam rumah itu. Memang Nabi Yusuf tidak dapat nak ke mana-mana. Nak pergi ke dapur, Zulaikha akan ikut. Pergi ke ruang tamu, dia akan ikut, dan sebagainya.

Kemudian ditambah lagi,

وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ

"..dan perempuan itupun menutup pintu-pintu.."

Zulaikha tutup semua pintu-pintu rumah tu. Bukan hanya SATU pintu je. TETAPI semua pintu di rumah itu Zulaikha tutup. Dah la Nabi Yusuf anak muda masa itu. Dia masih remaja belia. Ditambah pula Zulaikha sebut lagi,

وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ

".."Marilah ke mari, aku bersedia untukmu".."

Pehhh.. Cair baq ang. Ibaratnya macam ada seorang awek comel pipi pakai blusher mata jeli datang pada korang lalu dia kata,

"Awak muka macam artis korea baru lepas bedah plastik la. Ni nombor saya, nanti jangan lupa miss call ea.."

"Eh.. meh la awak sini. Awak hensem la."
"Ala.. sini la awak. Bukannya apa pun."
"Awaaa.. saiya taa kuad awaa.”

Pergh. Kencang gila. Tetapi yang menariknya, Nabi Yusuf tidak pula kata,

“Muka kau dah la macam kaki, ingat aku nak ke kat kau?”
"Ala.. aku tak de perasaan pun kat kau."
"Aku takde nafsu pun kat kau. Setiap kali aku tengok kau, aku rasa nak terbuang air besar tau tak."

TIDAK. TIDAK sama sekali. Sebab Nabi Yusuf tetap ada perasaan yang sama. Dia bukan malaikat. Baginda tetap seorang manusia biasa. Macam saya dan korang semua.

TETAPI, Nabi Yusuf sebut,

اللَّهِ مَعَاذَ قَالَ

".."Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu).."

Allahu Rabbi. Kemudian Nabi Yusuf tambah lagi,

إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ

".."sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".."

Nabi Yusuf sebut mengenai Allah, Tuhannya dan Tuhan kita semua. Dia sebut tentang Tuannya. Bahkan dia sebut dia minta perlindungan pada Allah, dan bagitahu bahawa Allah telah jaganya.

Kenapa Nabi Yusuf cakap macam itu?

Dengan harapan, kalau Zulaikha tidak ingat Allah sekalipun, at least dia ingat SUAMINYA.  Kalau Zulaikha tidak takut Allah sekalipun, at least dia takut suaminya.

Itu cara terbaik Nabi Yusuf sebut. Kemudian kalau kita sambung kisahnya lagi sedikit, sikit je lagi. Satu point penting saya nak sentuh,

Nabi Yusuf juga TIDAK ADA cakap pada Zulaikha,

"Astarghfirullah.. Tak baik buat macam ni."
"Ini tak boleh buat. Ini haram, awak baik fikir apa yang awak cakap ni?"
"Janganlah macam ni. Dosa, tak baik tau awak. Allah marah.."

TIDAK. Nabi Yusuf TIDAK CAKAP macam ini pada Zulaikha. Apa Nabi Yusuf buat? Dalam ayat ke 25 Allah beritahu,

وَاسْتَبَقَا الْبَابَ

"Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu.."

Nabi Yusuf LARI. Nabi Yusuf tidak peduli pun. Dia terus lari dan blah. Tiada masa nak layan atau nak bagi tazkirah ringkas.


--

Apa pengajaran daripada ayat ni?

1. Banyak sangat. Tetapi saya nak sentuh bahagian terakhir sekali. Apa dia?

Bahagian yang Nabi Yusuf LARI dari Zulaikha.

Allah dah beritahu kepada saya, dan korang semua, samada lelaki atau perempuan,  kalau ada seseorang yang nak goda, usha atau mengurat korang, tak payah buang masa bagi NASIHAT. Jujurlah pada diri kita sendiri. Mereka ni takkan makan nasihat dah.

Jadi apa yang kena buat adalah, terus PERGI dan JANGAN LAYAN.

Kenapa? Sebab korang bukan nasihat pun (walaupun kata-kata korang nasihat), tetapi sebenarnya korang cuba tambah atau bagi masa pada dia saja. Contohnya korang nak CLASH atau putus dengan boyfriend atau girlfriend korang.

Tak payah nak cakap,

"Abang.. maafkan ayang.. kita kena putus.. sebabnya bla bla blaa.."

Tak payah. Cakap saja,

"Ok kita putus",

kemudian BLOCK terus nombor dia. Jangan sekali-kali cakap atau contact lagi. Buat tidak tahu je. Tidak perlu peduli dia kecil hati ke, besar hati ke, sedih ke, menangis ke, frust tonggeng ke.  jangan peduli. Sama juga LELAKI. Kalau perempuan merayu-rayu,

"Abang.. kenapa abang buat ayang macam ni.. abang tak sayang ayang ke.."

Korang tak payah bagi tazkirah atau cakap,

"Astarghfirullah. Ingat Allah sayang. Tak baik couple ni.."

Tak payah der. Korang block saja terus. JANGAN RESPON. Atau kalau ikut ayat dari surah Yusuf ni, LARI dari dia.

LARI DAN TERUS LARI.

Kalau bahasa mudah hari ini,

BLOCK, UNFRIEND, UNFOLLOW, DELETE dan sebagainya.

Allah DAH bagi solusinya pun. Sebab apa? Sebab inilah "TIMELESS PROBLEM.." Jujurlah pada diri kita sendiri. Tak payah respon mesej atau whatsapp. Walaupun dengan ayat,

"Ini mesej terakhir.. maafkan bla bla blaa.."

Tak payah. DO NOT ENGAGE. Sama juga macam isu ikhtilat. Tak payah respon pun kalau tiba-tiba lelaki tu PM facebook korang,

"kenapa awak diam je sekarang ni? Awak sombong la. Awak bla bla blaa.."

Tak payah balas. Buat tak tahu saja. ok? crystal clear? Ini bukan nasihat dari saya semata-mata, ini pesanan dari Allah yang saya petik dari al QURAN. Yang kita baca HARI-HARI.

Cerita Nabi Yusuf ni bukan SEMATA-MATA cerita Nabi Yusuf seorang saja, tetapi ia juga CERITA untuk kita juga. Untuk KEHIDUPAN seharian kita juga.

Wallahu'alam

Sumber : Boyfriends, Girlfriends, & Temptation [Juz 12] - Nouman Ali Khan - Quran Weekly

Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 362 4649.

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)

#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -


1 comment:

Hamsturger said...

jap..i thought Zulaikha isteru Nabi Yusuf. sbb biasanya pd kad kahwin slalu ada mention. yg psl Zulaikha cuba rape Nabi Yusuf tu sayatahu tp saya hairan mcm mana boleh jd isteri dka.