Tarbiah Sentap: KETIKA CINTA MENYENTAP : Prolog

Monday, 16 May 2016

KETIKA CINTA MENYENTAP : Prolog


Hmm…

Aku selalu fikir. Kenapa, kenapa setiap kali bila aku nak buat baik, mesti ada orang kutuk. Setiap kali aku nak berubah, mesti akan ada orang pertikai dan ungkit kisah silam aku. Kenapa tiap kali aku nak ajak orang buat baik, aku akan di label dengan pelbagai labelan dan kutukan….

Aku rasa, siapa yang pernah tegur kawan dia, mesti pernah kena kutuk dengan ayat-ayat macam ni:

“Kau nak tegur, checkla diri kau dulu! Tak payah nak bajet baik. Kau tu poyo je lebih!”

“Babi sial kau ni… Pergi mati la. Apahal kau nak tegur aku? Kau sape?!!”

“Tegur hikmah la sikit bro….!”

Macam-macam ayat yang biasa di keluarkan oleh mulut-mulut orang yang bencikan kebaikan yang di lemparkan pada mereka-mereka yang nak mengajak mereka pada kebaikan.

Dan…….

“Weh, kau tak payah nak syadid sangat boleh tak? Kalau kau nak syadid, syadid sorang-sorang dah la….”

Huh.

Aku fikir, kenapa benda ni jadi? Tapi, bila aku muhasabah diri aku, dan aku soroti serta kembali baca sirah-sirah nabi dan sahabat, akhirnya aku akan dapat buat kesimpulan:

“Kalau kau nak jadi baik, kau kena bersedia untuk di maki hamun oleh orang ramai dengan pelbagai kutukan…”

Nabi Ibrahim, di campakkan ke dalam api yang besar oleh Namrud dan kuncu-kuncunya. Nabi Musa di buru oleh Fir’aun dan tenteranya. Nabi Zakaria di gergaji sampai mati. Nabi Isa di kejar oleh kaumnya yang ingin membunuhnya. Nabi Nuh di pulau, di herdik dan di hina oleh kaumnya, Nabi Ayub di tinggalkan anak isterinya, Nabi Muhammad di label gila, sesat, pemecah belah umat, ekstrimis, terroris, ahli sihir, dan sehingga sekarang di benci oleh musuh-musuh islam…

Hasan Albanna di tembak mati. Syed qutb di gantung sampai mati. Syeikh Ahmad Yasin dan syeikh Abdul Aziz Al-Rantisi di bom dengan apace sehingga berkecai. Syeikh Abdullah Azzam, di bom melalui telefon bimbit. Pejuang-pejuang islam di penjara berkali-kali, dan tidak pernah hidup senang lenang di muka bumi.

Kenapa semua pendakwah dan pejuang agama akan melalui saat-saat ini? Kenapa mereka sering di kutuk dan di herdik?

Kerana, nak masuk syurga bukan benda yang mudah. Ia amat payah, dan perlu pengorbanan yang besar.

Kalau betul kau nak masuk syurga, kau kena bersedia untuk menempuhi segala cabaran yang bakal berlaku.

Kalau kau nak  BERUBAH, kau kena bersedia!
Kalau kau nak BERDAKWAH, kau kena bersedia!

Jangan hirau apa orang kata. Kau ada Allah. 

Allah!!

***

Huh, lama pulak aku termenung, bercakap dalam hati kepada diri sendiri.. Itu hobi aku. Bila aku down, bila aku sedih dan lemah semangat, aku akan bermonolog pada diri sendiri, kembali muhasabah diri. Aku sedar, aku lemah dan hina. Baru di uji sikit dah down…

Aku teringat, macamana aku selalu di label sebagai SYADID(keras) bila aku tegur kawan-kawan aku. Awal-awal, memang aku sakit, hati aku pedih, aku rasa terhimpit. Tapi, aku masih ingat pesanan naqib usrahku yang sehingga kini aku pegang. Dia pesan pada aku:

“Omar, anta kena tahu. Hari ni, orang yang mengamalkan agama yang sebenar di anggap syadid. Manakala orang yang melonggar-longgarkan agama di anggap benar….”

Aku tersenyum.

Aku pegang kata-kata itu.

Dan, aku teruskan langkah!

Cukup masa down dan putus asa….

Aku perlu teruskan dakwahku walau apapun ujian yang melanda. Kerana aku sedar, aku sedar, bahawa:

“Kalau aku nak jadi baik, aku kena bersedih untuk di maki hamun oleh orang ramai dengan pelbagai kutukan…”

4 comments:

Azrin Yusof said...

Bersabar dalam melakukan benda baik akan mendapatkan kemanisan iman...moga saya dan orang ramai dapat kesabaran juga dlm melakukan dakwah.

Miza Irdina said...
This comment has been removed by the author.
NUR KHAIRUNNISA said...

😊😊

NUR KHAIRUNNISA said...

😊😊