Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 9

Sunday, 6 March 2016

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 9


Hari ini dah baca al Quran belum? Kalau dah baca, jom kita sambung BSS yang dah tergendala beberapa minggu. Hehe.

Malam ini insyaAllah kita akan sambung pada juzuk ke 9, surah Al A'raf ayat ke 164. Dah sedia?

Bismillah..

وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa."

(Surah Al A'raf [7] : 164)

Ayat ini berkaitan kisah kaum bani Israel yang melanggar larangan pada hari sabtu, iaitu larangan memancing. Korang mesti tahukan kisah ini? Eh tak tahu? Baru first time dengar ya? Ok takpe kalau macam itu. Saya nak cerita sikit ni. Baca elok-elok..

(bunyi background instrumental music  – tetiba je)

Dalam al Quran (surah al A'raf ayat 163), Allah ada cerita mengenai kaum Bani Israel yang mana Allah menguji keimanan mereka dengan cara membuat larangan memancing pada hari Sabtu. Hanya hari sabtu je pun.

So hari sabtu ini mereka kena buat perkara lain seperti beribadah, bersama keluarga dan sebagainya. Boleh buat apa saja kecuali memancing sebab memancing adalah DIHARAMKAN sama sekali pada hari sabtu.

Tetapi ditakdirkan Allah, pada setiap hari sabtu itu jugalah banyak ikan, bahkan sampai tahap ikan melompat di dasar air. Ikan yang melompat-lompat kegirangan ibarat memanggil,

"Wei, tangkaplah aku.. wekkk " (imiginasi aku).

Disebabkan tidak boleh tahan sangat nafsu memancing yang membuak-buak dan merecik-recik, lalu sebahagian dari kaum bani Israel ini terus melanggar perintah Allah dan memancing.

Walaubagaimanapun, bukan semuanya macam tu. Tetap ada juga dari kalangan kaum Bani Israel ini yang tidak memancing sebab nak ikut perintah Allah. So masa tu Bani Israel kira terpecah kepada dua kumpulan atau “parti”. Hehe.

1) “Parti atau kumpulan memancing' (langgar perintah Allah) dan,

2) “Parti atau kumpulan tak nak memancing'.

Kumpulan yang tak nak memancing ini adalah kumpulan yang taat perintah Allah. Dan ada satu lagi perkara menarik yang kita mesti ambil perhatian. Apa dia? Kumpulan yang taat perintah Allah ini pun terpecah juga kepada dua kumpulan juga. Ha? Serius? Ya, mereka terpecah kepada dua kumpulan, iaitu ;

(A) Kumpulan yang nak menasihatkan kumpulan yang memancing tadi. Kiranya mereka ini kumpulan yang ada kesedaran dakwah dan tarbiah. Atau mungkin mereka ni NGO dakwah. Hehe.

(B) Kumpulan yang TAK NAK buat dakwah dan tak nak ambil kisah pun dengan kumpulan memancing tadi. Ini jenis kumpulan pentingkan diri sendiri dan MALAS buat dakwah dan kerja tarbiah. Kumpulan ini mungkin fikir nak masuk Syurga seorang diri saja.

Mereka mungkin kata lebih kurang,

"Lantak pi la mereka. Aku tengok muka mereka ni aku memang dapat rasakan diorang dengan Neraka sejengkal je. Buat apa nak sibuk jaga tepi kain orang lain pula."

Jadi ayat 164 yang kita bincangkan malam ini khas menceritakan kumpulan A dan B ini. Mereka ini kumpulan yang patuh perintah Allah, cuma lagi tinggal nak buat dakwah atau tidak. Allah ceritakan pada kita bagaimana kumpulan yang B cakap,

وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا ۙ اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ

"Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka.."

أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا

"..atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?"

Kemudian Allah sambung pula bagaimana kumpulan A jawab pada kumpulan B,

قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

"..Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa."

--------



Pengajaran daripada ayat ini adalah,

1.         Ayat ini sebenarnya khusus teguran kepada golongan yang baik dan soleh,

TETAPI,

Tak nak buat dakwah,
Tak nak bagi nasihat,
Pentingkan diri sendiri,
Nak masuk Syurga seorang diri saja,
Nak berjaya seorang diri saja,
suka judge orang lain tetapi dakwah tak nak buat,

Dan seumpamanya.

Allah dah ceritakan perkara ini dalam al Quran lebih dari 1400 tahun selepas ayat ini diturunkan. Bahkan kita pun dah baca al Quran berulang-ulang kali. Tetapi persoalannya, kenapa kita tak ambil pengajaran?

Kenapa kita tak nak dakwah?
Kenapa kita tak nak pedulikan orang lain yang buat dosa?
Kenapa kita tak nak nasihatkan kawan kita?
Kenapa kita tak nak tegur, bimbing dan selamatkan kawan kita dari terus sesat?
Kenapa kita pentingkan diri sendiri?
Dan kenapa kita nak masuk syurga seorang diri?

Kenapa wahai kawan??????

2.         Ayat ini juga teguran kepada golongan yang suka kutuk mengutuk orang yang buat dosa dan maksiat. Nampak saja orang tidak pakai tudung, terus kata,

"Perghh, cantik gila rambut kau. Dengar cerita rambut kau boleh kalis api Neraka? Serius ke? Pakai syampoo apa dow? Hehe.”

Takpun bila nampak orang couple dating je terus kata,

Biar je mereka tu. Anak siapalah tu. Dasar tak kenang budi mak ayah betul. Ni kalau dah kaki maksiat, maksiat juga la. Confirm lepas ni buat projek kat belakang semak."

Atau nampak kawan yang suka tengok kpop atau layan drama korea atau “movie marathon”,

“Biarkan je. Manusia macam ni memang keras kepala. Agaknya dengan tengok movie ni, mereka confirm masuk Syurga la kot.”

Dan segala bagai lagi hinaan dan cacian. Korang jangan lupa, kita PASTI akan diuji dengan apa yang kita PANDANG rendah tu.

Hari ini kita tutup aurat,
hari ini kita tidak couple,
hari ini kita jaga ikhtilat,
hari ini kita tidak dengar kpop, korea dan sebagainya,
hari ini kita tidak berzina,

Esok lusa kita confirm ke kita tidak buat dosa tu? Silap-silap kitalah orang pertama yang menentang Allah dan Rasul-Nya ! Naudzubillahi min zalik!

3.         Ayat ini juga nasihat kepada pendakwah, yang mana dalam kita berdakwah kepada masyarakat, tidak cukup hanya dengan kita kata,

"Ini haram!"
"Ini dosa besar tahap kritikal!"
"ini tak boleh buat!"

dan sebagainya. Tidak cukup. Habis tu macam mana? Tetapi kita kena bagi BIMBINGAN sekali. Atau bahasa mudah, kita kena tarbiah masyarakat. Contohnya,

"Kamu takkan tak boleh ingat Allah kadang2?"
"Kamu tak nak cuba berubah ke?"

dan sebagainya. Sebab itu kami guna istilah "Tarbiah", kemudian baru istilah “Sentap”. Kami berusaha untuk menyedarkan, seterusnya membimbing remaja dan belia. Manakala “Sentap” tu hanyalah respon, BUKAN cara. Tujuannya adalah supaya masyarakat kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.

Wallahu'alam.

p/s: sumber Don't Give Up on Others [Juz 9] - Nouman Ali Khan.
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129.

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat!! :)

#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -


No comments: