Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 8

Monday, 8 February 2016

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 8


InsyaAllah malam ini BSS kita akan sambung ke juzuk 8, surah ke 6 iaitu surah Al An'am ayat ke 151. Jom ambil Quran dan baca.

Bismillah..

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ ۖ أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۖ وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ ۖ وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ ۖ وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُمْ بِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya)

Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya."

(Surah Al An'am [6] : 151)

Ayat di atas sangat cantik susunannya kalau kita baca dan fahami betul-betul. Kat mana yang cantiknya? Okay, kita lihat satu persatu. Ayat ini dimulakan dengan,

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ

"Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu.."

Bila kita perhatikan betul-betul ayat ini, kita akan perasan bahawa ayat ini nak beritahu kita tentang perkara-perkara yang diharamkan Allah. Betul tak? Tidak percaya?

Pulak dah.. Ok jom kita buat list.

1.         أَلَّا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا

"..janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun.."

2.         وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ مِنْ إِمْلَاقٍ

"..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan.."

3.         وَلَا تَقْرَبُوا الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ

"..dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi.."

4.         وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ

"..dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak).."

Eh kejap Shuk. Ada satu lagi ayat yang tertinggalkan?

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

"..dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa.."

A'ahlah. Aik....

Awal-awal tadi dah sebut yang dalam ayat ini tentang pengharaman dan larangan, bukannya arahan atau suruhan. Semua dalam ayat di atas sepatutnya adalah tentang pengharaman.

Semuanya jangan dan jangan KECUALI satu je SURUH iaitu berlaku IHSAN pada ibu bapa.

Kenapa ada terselit suruhan berlaku ihsan dalam ayat ni? Apa mesej yang Allah nak sampaikan kepada kita? Nak tahu salah satu sebabnya? Antara sebabnya adalah, Allah nak beritahu pada kita bahawa,

Apa-apa yang KURANG baik pada ibu bapa walaupun perkataan "Ahh" sekalipun, lebih baik saya dan korang semua JANGAN BUAT!

Maksudnya adalah, dengan mak ayah kita MESTI DAN MESTI buat yang paling PERFECT, paling terbaik, paling superb, paling power, paling dann paaaaaaaaaaaaaaling cemerlang sekali dalam ihsan dan khidmat kepada mereka.

Apa yang kurang daripada sempurna,
apa yang kurang daripada terbaik,
apa yang kurang daripada superb,
apa yang kurang daripada power,
apa yang kurang daripada cemerlang ihsan kita pada mereka,

itu adalah HARAM !

Gulp. Tertelan air liur aku.

--------

Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari ayat ini adalah,

1.         Dalam Islam, TIADA arahan dari Allah yang suruh kita buat sesuatu amal soleh itu dalam keadaan PALING TERBAIK. Dan kalau tak buat dengan terbaik ia akan berdosa.

Tiada. KECUALI berlaku ihsan dengan ibu dan ayah. Itu saja.

Allah hanya akan terima amalan kita pada ibu dan ayah sekiranya amalan itu PALING TERBAIK. Bukan cap ayam atau cap ibu dan anak.

Contoh solat. Kalau solat kita tidak khusyuk sekali pun, ia tidak jatuh haram lagi. Kita masih boleh tambahkan kekhusyukkan dalam solat akan datang.

Atau kalau kita tidak sempurna dalam bercakap dengan orang lain, ia tidak jatuh haram. Kita boleh perbaikinya lagi.

Tetapi bukan dengan ibu bapa..

Dengan ibu bapa mesti paling PERFECT kita layan mereka. Perfect yang macam mana?

Contoh kalau kita bercakap dengan ibu bapa, kita bercakap dengan dia yang PALING TERBAIK, lebih baik daripada kita bercakap dengan kawan-kawan kita atau dengan isteri kita sekalipun.

Eh, isteri korang. Saya belum ada isteri.

Atau contoh masa kita bagi hadiah pada mereka, kita bagi hadiah yang paling terrrbaik punya. lebih baik daripada hadiah yang kita pernah bagi pada orang lain.

Kalau korang boleh hadiahkan mak ayah korang bulan purnama atau planet Jupiter, korang bagi bulan dan planet itu.

Atau masa yang kita boleh bagi atau luangkan dengan mereka, mesti bagi masa yang paling berkualiti dan kelasss pertama sekali untuk mereka.

Atau kita bersabar dengan mereka dengan sabar yang palinggggg superbb tahap lejen punya.

Peh. Terasa aku.. (kesat hingus)

Moga Allah beri saya dan saya, dan saya lagi serta admin lain dan juga korang semua untuk terus berbuat ihsan yang paling lejen untuk ibu ayah kita, serta terus bersabar dengan mereka selagi mereka masih ada..

Juga moga Allah ampunkan dosa-dosa mereka..

Wallahua’lam..

Sumber : Parents in Islam [Juz 8] - Nouman Ali Khan.
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1 & 2) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain.

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1 & 2)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129.

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)

#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -


No comments: