Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 7

Wednesday, 13 January 2016

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) – Juzuk 7



Tanpa banyak soal, jom kita teruskan BSS untuk malam ini. Malam ini sambung juzuk 7 surah Al Maidah, surah ke 5 ayat ke 100. Jom ambil Quran dan mula buka.

Bismillah..

قُلْ لا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الألْبَابِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya."

( Al Maidah [5] :100 )

Dalam ayat di atas Allahm menyuruh Rasulullah sebut dengan jelas lagi bersuluh,

قُلْ لا يَسْتَوِي الْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik.."

Dalam ayat ini Allah bukan sahaja sebut keburukan itu TIDAK sama dengan kebaikan, bahkan Allah suruh Rasulullah yang sebut tentang perkara ini.

            Sebab apa?

Sebab Rasulullah menjadi contoh tauladan untuk kita serta Allah telah memberikan AUTORITI kepada Rasulullah bagi meletakkan garis panduan atau 'garis merah’ untuk beritahu pada kita semua mana yang diterima syarak (iaitu kebaikan) dan mana yang ditolak syarak (iaitu keburukan).

Jadi sebagai seorang Muslim, by hook or by crook MESTI ikut mana yang patuh syarak dan tinggalkan mana yang ditolak syarak. Kemudian Allah sambung lagi,

وَلَوْ أَعْجَبَكَ كَثْرَةُ الْخَبِيثِ

"... walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. "

Cuba korang tengok ayat ini baik-baik,

Walaupun ia MENARIK hati kita.
Walaupun ia nampak macam best dan bermanfaat.
Walaupun keburukan itu semua manusia buat.
Walaupun dosa itu semua manusia buat.

Atau walaupun dosa tu kita rasa,

"Pehh. Bestnya dosa ni. Rasa nak peluk-peluk je. Nah muah ciked pada dosa ni."

Tetapi ia TETAP tidak akan sama dengan kebaikan dulu, kini dan sampai Kiamat. Kemudian Allah ingatkan lagi,

فَاتَّقُوا اللَّهَ يَا أُولِي الألْبَابِ

"..Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran.."

Allah sebut orang yang berakal fikiran iaitu Allah bagi peringatan supaya bertaqwa kepada orang-orang yang ada AKAL dan akal dia masih bersih jernih. Kita ada akalkan? Kita bukan ayam belanda atau kucing parsi kan yang ada otak tetapi tiada akal?

Kenapa Allah suruh macam itu?

لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

"..supaya kamu BERJAYA"

Inilah perkara yang paling terakhir sekali, supaya saya dan korang semua berjaya. Berjaya di mana? Berjaya times square? Bukanlah.

Berjaya dunia dan Akhirat la kawan..

--

Pengajaran yang kita boleh dapat dari ayat ini,

1.         Allah dah sebut dengan jelas, terang, bersuluh spotlight yang kebaikkan itu TIDAK AKAN sama dengan keburukan walaupun SEMUA manusia buat.

Walaupun keluarga korang buat,
walaupun kawan-kawan kelas, kuliah atau ofis korang buat,
walaupun jiran korang buat,
walaupun ustaz ustazah yang korang jumpa tu buat,
walaupun masyarakat korang buat,
walaupun kami di Tarbiah Sentap yang buat,
walaupunnnnnnn seluruh makhluk bima sakti dan angkasaraya sampai ke planet Nameck semua buat!

Tidak akan sama! Inilah salah satu contoh 'Timeless Problem'. Masalah yang sejak dari dulu berlaku sampai sekarang. Contohnya? Couple dan ikhtilat.

Macam cliché kan? Tapi ini yang selalu berlaku. Benda ini dah jelas-jelas salah. Dan ia salah tetap salah walaupun ada ostat facebook kata dia betul.

Walaupun yang couple itu seluruh sekolah atau universiti korang termasuk cikgu atau pensyarah korang couple sekali. Atau seluruh planet bumi couple sebelum bernikah.

Ataupun yang couple dan ikhtilat sambil pegang tangan bagai itu adalah ustaz yang berserban sebesar bakul durian dengan ustazah tudung labuh warna traffic light sambil berpurdah bling bling seluruh muka.

Ikhtilat pun sama. Ia salah tetap salah walaupun yang TIDAK jaga ikhtilat ini adalah pelajar yang ikut atau bawa usrah, ahli jemaah Islam, selalu keluar tabligh, ahli persatuan Islam di kampus, ahli persatuan BADAR sekolah, atau sebagainya.

Ia SALAH dan TIDAK AKAN sesekali sama dengan kebaikan dan kebenaran ! ok clean and clear?

2.         Yang kedua, yang salah itu tetap salah WALAUPUN ia nampak baik !

Contohnya lelaki DAKWAH fardhiyah (individu/peribadi) kepada perempuan. Lelaki kejut subuh, kejut tahajud cinta kononnya, SMS suruh solat dan whatsapp tazkirah dan hadis, dan sebagainya.

Nampak baikkan?
Nampak 'romantik' kan?
Nampak so sawit kan?
Nampak cool kan?

Banyak la cekadak kau. Dah salah tu tetap salah la kawan. Tak perlu nak cover dengan ukhuwwahfillah la, nak nikah la, apa la.

Allah dah sebut dah dalam al Quran, keburukan tidak akan sama dengan kebaikan WALAUPUN ia nampak BAIK dan BERMANFAAT. Bertaqwalah kepada Allah wahai kawan-kawan.

Korang ini boleh berfikir ke atau tidak?

Merokok atau vape pun sama juga. Walaupun korang kata merokok itu nampak COOL, macho, trendy. Banyak la korang punya alasan. Salah broo merokok. Dah jelas haram, masih nak cari fatwa harus?

Perempuan pun kalau nak mencari suami, sebolehnya tak nak suami yang merokok tahu. Berhentilah merokok. Korang tidak sayang tulang rusuk korang ke? Eh?

3.         Sebenarnya banyak saja contoh yang salah dan haram, tetapi disebabkan ramai orang yang buat, kita pun tidak rasa apa-apa. Seolah perkara dosa itu halal pula.

Contoh lain adalah buka aurat seperti perempuan rambut percuma (free hair), chatting lelaki perempuan bermesra dan bermanja tanpa keperluan, dating dengan couple, tengok wayang dengan awek, adik dan abang angkat bagai, crush bagai, filem yang buka aurat dan lucah, usrah campur lelaki perempuan dan sebagainya.

Banyak lagi..

Sebab tu Nabi penah sebut dalam satu hadis sahih bahawa Islam ini datang dengan asing, dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang yang asing itu.[1] Ada hadis lain Nabi sebut bahawa akhir zaman ini pegang Islam (syariat) seperti pegang bara api.[2]

Memang susah nak jaga, tetapi at least CUBA sedaya upaya sehingga ke titisan peluh jantan dan air mata yang terakhir untuk jaga sebaiknya. Kalau dah buat salah, TAUBAT dan akui kesalahan. Jangan pula korang PERTAHANKAN kesalahan, dengan alasan,

"Ala.. budak sekolah agama tu buat takpe pula.."

Banyak la kau punya takpe. Ok? Senyumlah sikit sebelum tidur. Jangan muka ketat je. Dan jangan lupa istighfar serta solat sunat taubat. Takut kita tak bangun-bangun pula esok pagi.

Wallahua’lam.

Sumber : Filth vs Good & Pure [Juz 7] - Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain. 

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1) secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129 

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan juga channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu  http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)

#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -



[1] Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah radiyallahu anhu.
[2] Hadis riwayat Tirmidzi daripada Anas radiyallahu anhu

No comments: