Tarbiah Sentap: February 2015

Saturday, 14 February 2015

4 Sebab kenapa sambut Valentine Day Haram?


Bismillah.

Insyallah, kali ini saya nak kongsi tentang isu VALENTINE DAY. Saya terpanggil untuk hurai isu ni adalah kerana, isu ni setiap tahun berlaku, dan, ramai umat islam yang tak tahu apakah hukum menyambut valentine day ni. Lantas, akibat tak tahu, maka, ramailah pemuda pemudi, remaja seawal form 1 yang meraikan valentine day ni tanpa rasa bersalah, bangga, gembira dan happy, dan apabila di tegur, marah, tak puas hati, mengamuk dan sebagainya.

Pernah sekali, time kitorang tengah edarkan flyers tentang “Say No to Valentine” kepada pasangan couple, kitorang pernah di herdik dan di caci depan-depan.

“Babi la kau. Pergi la jauh-jauh!”

“Sial apa budak ni?!”

Banyak lagi ayat-ayat yang di berikan pada kitorang. Tapi, standardla tu.

Takpe. Insyallah, mungkin ramai yang tak tahu. Tapi jangan risau, saya akan bagitahu, kenapa Valentine Day di HARAMKAN dalam islam. Jom terjah satu-satu. Pastikan korang buang ego, bukak hati luas-luas, pejam mata dan tarik nafas. Supaya korang boleh baca artikel ni dengan kaca mata Alquran dan Sunnah, bukan kaca mata nafsu.



5 SEBAB KENAPA VALENTINE HARAM

PERTAMA: IA BUKAN DARI ISLAM

Kalau korang nak tahu, perayaan Valentine Day ni bukan dari islam. Ia berasal dari agama kristian. Dan sejarah “Valentine” ni sangat panjang, dan ada pelbagai versi dan pendapat.  Secara simple, Tarikh 14 February adalah tarikh kematian seorang paderi kristian yang bernama St Valentine.  Yang mana, dalam satu riwayat di kisahkan bahawa, sebelum St Valentine di bunuh, ketika beliau di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan seorang anak pegawai penjara, dan, di akhir hayatnya, beliau sempat menulis seucuk surat cinta kepada perempuan tu, yang bertanda-tangan:

“From Your Valentine”.

Maka, sempena memperingati persitiwa itu, maka orang kristian pun mengambil tarikh kematian St Valentine ni untuk menyambut hari Valentine, iaitu pada 14 February setiap tahun.

Bermakna, pada ASALnya, hari valentine sebenarnya adalah hari memperingati paderi mereka, dan ia merupakan perayaan AGAMA!

Persoalannya sekarang, kita sebagai umat islam, mengapa kita turut meraikan hari Valentine ini sedangkan kita orang islam, ya, orang islam! Kerana itulah, menyambut Valentine hakikatnya dah termasuk bab aqidah, kerana ia melibatkan perayaan keagamaan!

KEDUA: BUDAYA MAKSIAT DALAM VALENTINE

Bila sebut valentine, kita akan tahu, budaya di dalamnya ialah menggalakkan budaya cinta dan couple, berpegang-pegang tangan, keluar dating bersama-sama, mengutus surat cinta kat awek dan pakwe masing-masing, bermesej I love you you love me bagai, dan macam-macam lagi. Dan, lebih teruk dari itu, ramai anak muda yang BERZINA time Valentine Day. Kalau pun tak berzina, time Valentine Day kebanyakan dari anak muda sudah mula pandai BERJINAK-JINAK dengan zina.

Soalan saya:

“Adakah semua benda tu tak dosa? Adakah semua benda tu Allah redha? Adakah semua benda tu nabi suka?”

Fikir semula. Kalau kau ada iman, nescaya kau akan diam membisu, lalu turut menangis, dan mengangguk serta berkata:

“Ya… Ianya berdosa.. Ya Allah, maafkan aku!!”

KETIGA: BUAT DOSA TERANG-TERANGAN

Kebanyakan orang, time valentine lah mereka gunakannya sebagai peluang untuk ajak awek pakwe masing-masing pergi wayang. Bukankah itu satu dosa yang di buat terang-terangan? Time valentine la diorang mula bajet pergi restoran dating. Bukankah itu dosa terang-terangan? Time nil ah diorang selfie dengan awek pakwe masing-masing pastu upload kat FB instagram bagai pastu hashtag #Happyvalentineday. Bukankah itu dosa terang-terangan?

Dan, korang tahu tak, dosa yang di lakukan secara terang-terangan, ianya amat di murkai Allah! Hatta, walaupun satu dosa itu dosa kecil, tapi kalau ia di buat secara terang-terangan, maka, dosa itu akan berubah menjadi dosa besar!

Tapi, nak buat macamana, ramai yang tak lagi rasa bersalah! And then adalah orang yang mula tak puas hati lantas bersuara:

“Ala, couple-couple kebanyakannya perg dating tengok wayang semua bukan time valentine je. Tapi hari biasa pun depa pergi. So, tak payahla nak salahkan valentine! Apa ke pelik kau ni….”

Saya jawab:

“Kau tak baca surat khabar? Kau tak pernah jumpa dan sembang dengan mereka-mereka yang terlanjur di pusat pemulihan? Kau tak pernah kaunseling mahasiswa yang bermasalah? Kau tahu tak, tiap kali valentine, kadar perzinaan meningkat, kadar couple berjalan-jalan dan berdating bagai, meningkat? Sehingga ia dah jadi macam satu budaya yang taka sing di kalangan kita, bahkan valentine daya adalah satu hari yang amat di tunggu-tunggu oleh orang yang bercinta? Kau tahu tak?!"

Buka lah mata. Nescaya kau akan Nampak apa masalah yang berlaku. Tunggu, jangan buka mata sahaja. Buka juga hati. Namun, hati hanya akan terbuka jika di dalamnya di hiasi dengan Alquran dan hadis. Jika kau pun bermaksiat, hati kau takkan terbuka, dan kau takkan mampu bezakan mana baik dan mana buruk.

KEEMPAT: MENGIKUT-IKUT BUDAYA BARAT

Mungkin akan ada orang yang bengang dan tak puas hati, lantas mengeluarkan kata-kata di bawah:

“Apa yang kau panas sangat? Sekarang ni, ramai gila orang yang sambut valentine. Rileks je? Yang kau tak keharuan tu apahal? Rileks.. Kat TV, kat Radio, kat surat khabar, movie dan drama, youtube bagai, semua happy dan mempromote valentine. Tenang bro. Kalau kau nak bajet baik, bajet baik lah sorang-sorang…..”

Mereka guna alasan “Ramai orang sambut valentine, apa salahnya?!”. Maka, bagi menjawab isu ini, saya akan buat beberapa point. Supaya korang jelas:

1) Korang pernah tak dengar ayat quran ni? Cuba korang baca, ulang berkali-kali, sampai masuk kat lubuk hati korang. Baca…

وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ َ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
 (Surah Al-An’am : 116)

Kalau korang perhati ayat ni, Allah sebut dengan jelas, kalau kita ikut apa yang orang ramai buat, nescaya kita akan sesat! Kalau kita nak tahu satu benda tu baik ke buruk, jangan nilai melalui benda tu ramai orang buat atau sikit orang buat! Tapi, nilailah dengan kaca mata Alquran dan sunnah.

 So, alasan:

“Ramai orang sambut valentine, apa salahnya”

Adalah satu kesalahan yang amat sangat.

2) Kedua, bila korang meniru budaya barat dengan bercouple bagai, sambut valentine bagai, takut-takut, korang akan bersama mereka di akhirat nanti. Cuak beb! Cuba korang baca hadis ni! Baca, dan istighfarlah!

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Barangsiapa yang meniru-niru sesuatu kaum, dia akan termasuk kaum (agama) tersebut..”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Means, kalau kita tiru-tiru orang kafir sambut valentine, ikut budaya mereka, maka, takut-takut, bermakna, kita boleh jatuh kafir tanpa kita sedar. Dan, takut-takut kita akan bersama mereka di neraka time kat akhirat nanti. Nauzubillah… Serius cuak. Sebab tu benda ni benda serius beb. Jangan main-main beb.

Tapi, nak buat macamana. Sekarang, semua benda yang orang kafir buat, kita sebagai umat islam, nak ikut. Sehingga, benda yang pelik-pelik pun kita nak ikut orang kafir. Benarlah nabi cakap:

لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍوَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ

“Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka…”
(Hadis Riwayat muslim)

Namun, malangnya, hari ni, kita rasa bangga kalau dapat ikut orang kafir. Kita rasa malu dan rasa amat hina bila mengamalkan islam. Mungkin, mungkinkah kerana kita benci Allah dan rasul, lantas langsung tak menghargai mereka?

***

KEKELIRUAN

Semenjak dua menjak ini, ada beberapa golongan yang kononnya nak menjaga perasaan orang kafir, namun, mereka langsung tak jaga perasaan Allah dan rasul serta seluruh umat islam yang cintakan islam. Muncullah ayat begini:

“Kenapa korang kata SAY NO TO VALENTINE? Nanti orang kristian akan kecik hati! Cuba bayangkan kalau diorang kata SAY NO TO RAMADHAN, SAY NO TO HAJJ, SAY NO TO EID FITRI, apa perasaan kita??”

Entah kenapa wujud orang yang berfikiran sebegini. Maka, saya nak jawab supaya mereka jelas dan dapat memahami isu ini dengan baik insyallah. Saya akan terangkan satu persatu.

1) Valentine Day pada asalnya seperti yang saya sebut, ia adalah perayaan agama. Namun, berlalu masa, kini, ia bukan lagi di sambut atas kapasiti keagamaan. Namun, ia di sambut atas kapasiti nafsu. Lantas, bukan agama kristian je yang sambut valentine. Orang Buddha, orang hindu, orang atheist, dan orang islam sendiripun ada yang menyambut valentine ni!

Maka, di sebabkan itu, sila jangan kaitkan ayat SAY NO TO VALENTINE dengan ayat SAY NO TO RAMDAHAN. Sebab, valentine, bukan orang kristian je yang sambut dan ia bukan lagi perayaan keagamaan, namun ia telah di selewengkan. Manakalah, ramadhan, haji, eidul fitri semua tu adalah perayaan AGAMA ISLAM. Dan, hanya orang islam yang amalkan benda tu. Tak kacau pun agama lain. So, kenapa nak kaitkan dengan valentine?

2) CEGAH MUNGKAR TU WAJIB. Hatta, kalau kita tak cegah mungkar, kita takkkan di iktiraf sebagai orang beriman, dan keislaman kita ada kecacatan. Bagaimana mungkin seorang yang mengaku islam dan beriman langsung tak MENCEGAH KEMUNGKARAN VALENTINE?

Lagi pelik, bila ada orang kata:

“Apa salahnya orang kafir sambut valentine? Diorang kan kafir? Biasala tu…”

Saya jawab:

Masalahnya, bukan orang kafir je yang sambut valentine! Orang islam pun sambut. Lagi satu, walaupun satu maksiat tu hanya di lakukan oleh orang kafir, kita still WAJIB UNTUK TEGUR! Habis tu, takkanlah:

“Ala…biarlah orang kafir minum arak. Diorang kan kafir….”

“Ala, standardla tu video lucah. Apa salahnya diorang zina. Kan diorang kafir…”

Ketahuilah, jika korang langsung tak rasa sensitive bila tengok maksiat atas alasan “mereka kafir”, bermakna hati korang ada something wrong. Kalau macam tu, apa guna dakwah? Apa guna kita tungkus lumus usaha untuk islam kan mereka? Maknanya, usaha nabi untuk islamkan kaum musyrikin tu tak valid la?

“Alaa..Apa salahnya diorang sembah berhala, diorang kan kafir….”

Apakah?

Muhasabahlah diri wahai kawan. Maksiat itu tetap maksiat. Dan, ianya wajib di cegah, tak kisah siapa pelakunya. Jika orang kafir buat maksiat, kita wajib tegur. Jika ulama’ buat maksiat pun, kita wajib tegur.

***

KESIMPULAN

Bagi saya, semua benda, kalau kita lihat ia dari kaca mata Alquran dan Sunnah, nescaya kita akan Nampak yang benar itu benar, dan yang salah itu salah. Tapi, kalau kita lihat satu benda dengan kaca-mata nafsu, nescaya, kita akan Nampak yang benar itu salah, dan yang salah itu benar.

Cukup-cukuplah bertuhankan nafsu. Kerana, tuhan kita adalah Allah, dan kita ada rujukan iaitu wahyu. Kembali pada islam yang sebenar, walaupu  ia agak berat pada awalnya, namun kau akan rasa MANIS di akhirnya.

Percayalah.

Dengan kembali pada islam, kita akan rasa nikmat yang tak terkata.

Mungkin ada yang kata:

"Aku tak tahu benda ni salah..."

Takpe, Allah amat baik. Allah akan ampunkan dosa yang kita lakukan sebab kita tak tahu itu dosa ataupun kita tak sengaja. Allah cukup baik dengan kita, maka, kita jadilah baik pada Allah...

Dan, kalau tak tahu satu benda tu boleh ke tak boleh, jangan buat. Allah ada sebut:


"Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. 
(Surah Al-Isra : 36)

Say No To Valentine.

Wallahua’lam.