Tarbiah Sentap: Dakwah yang Allah tak terima?

Sunday, 20 December 2015

Dakwah yang Allah tak terima?


 “Ramai orang bercakap dan menulis. Tapi, tak ramai orang boleh mengamalkannya….”

Itulah pesanan mak saya suatu ketika dahulu. Ya, ia amat berharga.

“Followers ramai, tak semestinya masuk syurga…”

Ayah saya menyentap saya. Ya, ia amat benar.

“Apa guna di sanjung, tapi hakikatnya, hubungan kau dengan Allah, kau tak jaga. Di depan orang, kau macam hebat. Tapi bila sorang-sorang, kau buat maksiat, hati berkarat…”

Teguran bermakna dari seorang kawan yang sayangkan saya. Ya, saya akan pegang ia sampai bila-bila.

***

Hari ni, dakwah yang suci murni ni dah jadi macam seakan-akan trend, sehingga muncul dengan laju ustaz-ustaz jadian. “Pendakwah” muda mula lahir dengan pantas dan laju di media-media sosial, FB, twitter, Instagram, blog dan sebagainya. Ya, sangat pantas.

Adakah ini satu gejala yang sihat atau tidak sihat?

Hmm…

Hakikatnya, ada baik dan buruknya.

Bagus bila ramai orang mula rasa bahawa dakwah tu wajib. Bagus bila ramai orang dah mula bersungguh-sungguh dalam dakwah. Bagus, bila ramai anak muda yang menganggap dakwah tu sunnah nabi yang agung. Bagus bila sekarang, anak muda dah tak post or twit benda-benda merapu keapda post dan twit dakwah. Bagus, sangat bagus.

TETAPI, kadang-kadang, hakikat yang berlaku amatlah mengecewakan. Sungguh. Lahirnya ramai pendakwah yang hipokrit, pendakwah yang cakap tak serupa bikin, pendakwah yang mengejar nama dan followers atas “nama” dakwah, pendakwah yang memberi hukum hakam yang salah lalu menimbulkan fitnah, dan sebagainya. Ya, benda ini amat bahaya!!

DAKWAH SEBAB TREND KE SEBAB ALLAH?

Semua orang wajib dakwah, itu semua maklum. Orang baik, orang jahat, orang baru, orang lama, orang muda, orang tua, semua wajib dakwah dan layak berdakwah.

Cuma, hari ni, ramai orang yang menggunakan “dakwah” untuk mencari keuntungan peribadi seperti nak like, nak followers, nak dapat banyak share, nak famous dan populariti, lantas, dakwah yang sifatnya “penuh pengorbanan” berubah menjadi hiburan dan trend dan langsung tak beban!

Akibatnya, lahirlah pendakwah yang menggunakan alasan “dakwah” untuk melakukan dosa!

"Apa salahnya aku ikhtilat? Aku nak dakwah perempuan tu bla bla bla..."

"Kami hanya berukhwah. Bukan ikhtilat bla bla bla...."

"Apa salahnya bercinta asalkan Allah dan rasul nombor 1 bla bla bla..."

Dan, pendakwah muda pulak, tak habis-habis twit dan post benda-benda pasal cinta cinta cinta cinta cinta. Macam seolah-olah, dakwah ni cinta je. Nak ajak orang kembali pada Allah atau nak ajak orang bercinta?

Dan, wujud pulak status-status “dakwah” kononnya yang tak habis-habis buat ayat gedik memuji wanita, ber”awak” “kita”, semata-mata nak dapat banyak retweet dan like. Maklumlah, kan ramai orang suka bab cintan cintun, bab cantik sweet ni.

"Awak...kalau awak pakai tudung labuh, awak akan jadi sangat cantik lebih cantik dari bidadari syurga tau awak;)"

“Awak jagalah diri awak. Kecantikan awak hanya untuk suami. Jangan tonjol-tonjolkan tau awak. Huhu…”

Dan sebagainya.

Memang, post-post macam tu komfem dapat banyak like. Tapi, ianya amat bahaya.

Saya dah jumpa ramai orang yang begini, yang mana mereka luarannya di alam maya penuh dengan status islamik yang banyak like, tetapi, di ruangan komen, berbalas smiley dengan berlainan jantina, kemudian di alam realiti juga ikhtilat tak di jaga, dan kecundang dengan fitnah cinta.

Licik tipu daya setan. Dakwah yang sepatutnya di penuhi dengan tangisan dan air mata, berubah menjadi trend oleh sebahagian orang.

Dakwah yang ikhlas, hanya empunya diri sahaja boleh tahu. Ia antara diri kita dan juga Allah. Persoalan bagi pendakwah yang jujur ingin selamatkan umat dengan dakwahnya:

1) Adakah kita pernah nangis memikirkan mad'u kita? Adakah kita pernah menangis melihat umat yang nazak dengan maksiat pada hari ini?

2) Apakah usaha kita untuk selamatkan umat? Adakah hanya sekadar post dan twit di alam maya? Atau kita korbankan masa, harta dan tenaga kita untuk umat? Kurang tidur malam, tarbiah dan membina manusia, memberi penerangan pada orang ramai, sumbangkan harta untuk dakwah, belanja mad'u, sabar dengan kutukan dan sebagainya?

3) Adakah kita berusaha menjaga tahajud yang sepatutnya di lazimi oleh para pendakwah, atau kita tinggalkan tahajud lebih 3 hari tanpa rasa bersalah?

4) Sejauh mana tilawah quran kita? Atau kita sibuk berdakwah sini sana di alam maya, tapi hakikatnya, kita dengan quran nak baca sehari 5 muka pun tak istiqomah dan rasa berat? Sedangkan, orang yang ikhlas, amat rapat dengan Alquran?

5) Sejauh mana kita usaha untuk tinggalkan maksiat? Atau kita hanya pandai menulis status islamik, tapi diri kita yang realiti amat jauh dari apa yang kita tuliskan?

Ingat.
Dakwah itu, kalau kita IKHLAS nak selamatkan umat, kita takkan ada masa nak berhibur dengan drama, lagu lagho, maksiat, dan sebagainya.

Cuba korang hayati kata-kata Umar Alkhattab:

"Yang paling aku takuti ialah orang yang fasih LIDAHNYA, tetapi kotor HATINYA..."
(Umar Alkhattab)

Ramai orang sekarang boleh cakap, boleh bagi ceramah, talk dan sebagainya.

Ramai juga orang yang boleh ber"dakwah" dengan penulisan, menulis status2 islamik dia insta, FB, Twitter, blog dan sebagainya.

Ramai juga yang boleh menjadi naqib usrah, merubah orang, di sanjung ramai, banyak followers, di pandang mulia dan tinggi, dan sebagainya.

TAPI..... Tak ramai yang mampu AMAL segala apa yg mereka dakwah kan, segala yg mereka cakap, segala yang mereka tulis, segala yang mereka twit, segala yang mereka laung-laungkan.

Akhirnya, golongan sebegini, cuba renung. Ya, renung..

"Selama ni aku dakwah sebab nak dapat followers, nak dapat byk like, nak popular, nak di sanjung, nak kena puji, ATAU nak redha ALLAH????"

Kerana, orang yang berdakwah kerana Allah, mereka amat menjaga hubungan mereka dengan Allah dan manusia. Menjaga tahajud, quran, zikir, menjaga akhlak, menjaga sifat malu, meninggalkan maksiat dan mengamalkan apa yang mereka dakwahkan.

Tetapi, orang yang berdakwah kerana nama, kerana nak followers, nak di sanjung, mereka hanya menjaga hubungan dengan manusia.Tetapi, hubungan dengan Allah, mereka abai. Solat zikir tahajud quran mereka tak kerap, maksiat mereka buat, ikhtilat tak jaga, couple islamik, dan sebagainya.

Wahai pendakwah, bertaubatlah.

Ingatlah, antara golongan yg masuk NERAKA tanpa hisab ialah golongan yg berjihad bukan kerana Allah, tetapi kerana nama dan mahu di sanjung dan di puji.

Cuba korang fahami hadis ni, dan, menangislah!!!

Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya manusia pertama yang di adili pada hari kiamat adalah orang yang MATI SYAHID di jalan Allah. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun mengenalinya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata karena Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (tertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka…”
(HR Muslim)

Nauzubillah.

Cuba korang baca hadis tu berkali-kali. 

Berkali-kali!

Orang yang paling awal masuk neraka ialah orang yang mati syahid, yang pergi perang, berjihad, tapi bukan kerana Allah, di sudut hati mereka, mereka nak di sanjung, nak nama, nak bangga. Akibatnya, Allah campakkan dirinya ke dalam neraka!

Nauzubillah… Saya pun cuak bila baca hadis ni.

Nak kata, cuba kita check balik diri kita. Sejauh mana kita ikhlas dalam dakwah ni??

KISAH BENAR

Saya mula risau bab dakwah trend ni bila saya nampak beberapa peristiwa dan kisah yang agak mengejutkan saya.

Saya pernah kenal secara dekat beberapa golongan “public figure” dan pendakwah yang banyak followers. Dan bila saya tahu benda ni, saya amat kecewa, dan saya tegur apa yang mampu.

Ada kes, seorang yang rajin buat status islamik, dapat ratus-ratus like, tapi kehidupannya, hanyut dengan ikhtilat, bercouple islamik dengan perempuan berpurdah, lepas tu jalan tengok wayang pegang tangan dan bukak purdah, tapi lepas tu pakai purdah semula.

Ada kes, seorang yang rajin dakwah di alam maya, instagram bagai, tapi, boleh bercouple islamik, duduk sebelah-sebelah dengan jarak yang sangat dekat dengan ajnabi, bermesej sampai dua tiga pagi dengan ajnabi, sampai ada kes dia tidur rumah lelaki, dan yang membuatkan saya sedih ialah, dia berpurdah.

Ada kes, seorang yang rajain dakwah alam maya, tapi bab hukum hakam fail, membuat hukum sendiri tanpa merujuk ulama, membenarkan couple, menghalalkan ikhtilat, melayan perempuan itu ini itu ini, dan sebagainya.

Saya tak nak cerita panjang-panjang sangat. Tapi, soalan dan luahan yang kami dapat di emel dan FB sangat membuatkan saya amat sedih dan terkejut.

Ada juga naqibah usrah dengan anak usrahnya, suka sama suka, kemudian lesbian.

Ada juga seorang pimpinan universiti, mengambil kos agama, bertunang dengan wanita yang turut mengambil kos agama,akhirnya, berzina di hotel di bulan ramadhan.

Saya kadang-kadang menggeletar bila nak handle isu ni dan berhadapan dengan masalah ni. Di sebabkan orang yang macam ni lah, akhirnya menimbulkan fitnah yang besar pada agama, ramai orang akan salah faham tentang agama, lantas menghalalkan yang haram, sebab apa? Kerana, “pendakwah-pendakwah” yang ramai followers ni langsung tak menunjukkan qudwah.

Saya kadang sedih tengok pendakwah yang asyik-asyik buat cerpen cinta islamik, couple islamik, bidadari bermata jeli, suka ini, suka itu, tulang rusuk bergetar dan sebagainya. Seolah-olah, memang itulah yang ada pada dirinya. Akhirnya, orang yang baca, seronok memang seronok, tapi tak dapat pengajaranpun. Yang dapat hanyalah seronok, sweet-sweet, nangis sikit sebab happy ending, dan yang sama waktu dengannya.

Ada satu lagi golongan, nak dapat followers punya pasal, dia pergi kutuk pendakwah lain, dengan harapan, orang ramai nampak keburukan pendakwah tersebut, dan nampak kebaikan dirinya, lalu orang follow dia. Apa benda daaa...

Ya Allah.

Ampunkanlah dosa kami!!

DAKWAH TIDAK DI TERIMA?

Wahai kawan, syaitan ni licik. Begitu mereka usaha untuk menghancurkan hati para pendakwah supaya tak ikhlas dalam dakwah, dan hipokrit dalam dakwah.

Cuba kita muhasabah semula wahai kawan.

“Adakah dakwah aku di terima??”

Hmm…

Tahukah korang, di dunia ni, ada golongan yang sangat berjasa pada agama, tapi, di akhirat nanti, Allah langsung tak terima amal dia. Tahukah korang?

Cuba hayati hadis ni sungguh-sungguh wahai kawah. Fahamilah dengan mata hati.

Ya, mata hati….

1) Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda;

لَيؤيِّدنَّ الله ُهَذَا الدِّينَ بِقَوْمٍ لا خَلاقَ لَهُمْ

“Allah akan menguatkan agama ini dengan suatu kaum yang tidak mendapat bahagian pahala di hari akhirat.”
(HR Nasaie dan Tabrani)

Dan maksud yang sama diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab jihad serta Imam Muslim di dalam kitab Iman dari jalan Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda ;

إِنَّ اللهَ يُؤَيِّدُ الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

“Sesungguhnya Allah akan menguatkan agama ini dengan lelaki fajir(yang berdosa)..”
(HR Bukhari dan Muslim)

Apa maksud hadith ni?

Nak kata, akan wujud satu kelompok, yang banyak berjasa pada agama, tapi hakikatnya, mereka adalah ahli maksiat, yang hipokrit dan tenggelam dengan nafsu, dan akhirnya, mereka langsung tak dapat pahala dari apa yang mereka dakwahkan.

Berhati-hatilah kita daripada menjadi golongan yang banyak berjasa kepada agama ini namun disisi Allah ianya langsung tiada nilaian pahala dan sia-sia.

Ramai orang hanya memandang kepada hasil, manfaat dan keuntungan duniawi atau 'tangible result' namun melupakan cara dan kaedah yang diajarkan oleh nabi yang menjadi syarat kepada penerimaan sesuatu ibadah dan kebaikan iaitu IKHLAS  dan mengikuti sunnah.

Huh…

Ampunkanlah kami yang banyak cakap tak serupa bikin ni ya Allah!

2) Cuba korang fahami pulak hadis ni.


لأعلمن أقواما من أمتي يأتون يوم القيامة بحسنات أمثال جبال تهامة بيضا. فيجعلها الله هباء منثورا. أما إنهم أخوانكم ومن جلدتكم ويأخذون من الليل كما تأخذون. ولكنهم أقوام، إذا خلو بمحارم الله، انتهكوها

"Ketahuilah tentang satu kaum dari umatku, mereka datang pada hari kiamat dengan kebaikan setinggi gunung tihamah yang putih. Lalu Allah jadikan semua itu debu yang berterbangan. Adapun mereka saudara kamu, dari keturunan kamu, dan mereka mengambil malam(qiamullail) seperti kamu ambil, tetapi mereka adalah kaum, bilamana mereka sendirian dengan perkara yang Allah haramkan, mereka mengingkariNya.."
(HR Ibn Majah)

Hadis ni bagitahu, ada golongan, yang kat akhirat nanti, dia datang dekat Allah bawak amalan kebaikan sebesar gunung, tapi semuanya jadi debu dan satu pun Allah tak terima.

Kenapa Allah tak terima?

Kerana golongan ni, di depan orang, hebat. Tapi bila berseorangan diri, bila takde orang nampak, dia buat maksiat, dia engkar suruhan Allah.

Isk isk…

Hadith ni sangat mencuakkan.

Ya Allah, kau terimalah amalan kami ya Allah!

KESIMPULAN

Bila saya tulis ni, bukan maksud saya untuk tinggalkan dakwah. Tidak. Dakwah tu wajib di lakukan, walaupun kita tak amalkan apa yang kita cakap. Seorang sahabat nabi iaitu Abu Darda’ pun pernah kata:

إني لآمركم بالخير، وما كل ما أمرتكم به فعلته؛ ولكني أرجو الأجر بأمركم

“'Sesungguhnya aku menyuruh kamu dengan perkara kebaikan. Namun itu tidaklah bermakna bahawa semua yang aku perintahkan kepada kamu telah aku lakukan, akan tetapi aku mengharapkan pahala dengan menyuruh kamu melakukannya.”
(Abu Darda’)

Benda ni saya dah ulas panjang dalam buku Tarbiah Sentap jilid 1, bab 4.

Tapi, apa yang saya nak sampaikan pada tajuk kali ini ialah, janganlah kita ni menganggap dakwah ni hanya trend semata-mata, sibuk menulis, memberi ceramah, hanyut dengan ramai followers, tapi kita lupa diri kita sendiri, kita tipu diri kita sendiri.

Akhir kata, saya nak pesan, bahawa:

“Dakwah ni bukan takat post kat media sosial je.  Dakwah ni ada FIQH yang perlu kita fahami…”

Dakwah ni bukan pakai cakap ikut kepala kita. Dakwah ni ada CARA dan FIQH yang telah di ajar oleh arrasul, sahabat dan ulama'. Kalau solat pun ada fiqh yang wajib di ikuti, dakwah pun ada FIQH.

Bila kita dakwah tak ikut FIQH, dakwah kita nampak macam berkembang, tapi sebenarnya dakwah kita "kosong", dan menjadi fitnah untuk agama. Nak faham fiqh dakwah, kenala rajin membaca buku-buku fiqh dakwah juga. Boleh baca:

1) "Dakwah Fardhiah", "Toriqud dakwah", tulisan Mustafa Mahsyur.
2)" Majmuat rasail" imam hasan albanna.
3) "Almuntolaq" tulisan Ahmad Arrasyid.
4) "Isti'ab", "Aids Haraki", "Maza ya'ni intima lil islam", "almutasaqitun ala toriq addakwah", "qowarubunnajah" tulisan Fathi yakan.

Dan banyak lagi.

Bila dakwah tak ikut fiqh, maka lahirlah orang yang berdakwah kerana trend, nak like, dan famous, nak di sanjung, nak di puji, down bila di kutuk, ikhtilat tak jaga di alam maya dan realiti, cinta islamik, drama korea jepun menjadi hiburan, lagu lagho tak tinggal dan sebagainya.

“Dakwah ni suci murni. Jangan cemarkan jalan dakwah ni dengan dosa yang kita lakukan lantas menggunakan alasan "dakwah" untuk buat maksiat…”

Jika tidak, sampai bila pun kita takkan dapat merasakan cinta Allah, dan kita takkan mampu tenggelam dalam syurga cinta bersama Allah yang maha esa.

Wahai pendakwah!!

Jagalah hubungan dengan Allah sungguh-sungguh, insyallah, Allah akan menjaga kalian!






4 comments:

Syaz Oneniy said...

Saya setuju sangat lagi-lagi pasal post cintan cintun maggi tuh. Serious, saya tak berapa enjoy benda 'merepek' macam ni hari-hari; sekali-sekala cukuplah. Rasa rendah bila baca dari awal sampai habis... mungkin saya ada buat silap? Apa pun terima kasih atas post seribu makna ini.

KuCiNg said...

Plg penting, niat dskwah bukan utk org lain tp utk islah diri sndiri.Dakwahlah ikut cara nabi..rumah ke rumah..jumpa manusia hati ke hati..face to face bukan Facebook. Nk dapat hidayah kena ada pengorbanan..xda shortcut. Mulakan dgn keluar 3 hari utk belajar dakwah.

KuCiNg said...

Plg penting, niat dskwah bukan utk org lain tp utk islah diri sndiri.Dakwahlah ikut cara nabi..rumah ke rumah..jumpa manusia hati ke hati..face to face bukan Facebook. Nk dapat hidayah kena ada pengorbanan..xda shortcut. Mulakan dgn keluar 3 hari utk belajar dakwah.

Fatin Afifah said...

Ya Allah.. ~Zaaaap!!~
Sentapnya baca. Bagus tulisan tuan nie...
nak share ye..