Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (siri 1) – Juzuk 5

Thursday, 24 December 2015

Bedtimes Story Sentap (siri 1) – Juzuk 5


Malam ni saya nak ceritakan kat korang tentang juzuk 5 surah An Nisa' iaitu surah ke 4 ayat ke 29. Kisah malam ni ada kaitan dengan nasihat kepada AGEN takaful, agen rumah dan sebagainya.

Eh yeke? Ha, apa lagi, jom masing-masing buka al Quran dan baca sekarang. :)

Bismillah..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."

(Surah An Nisa' 4:29)

Ayat ini memang mengandungi makna yang sangat lejen, dan ia juga terkandung banyak hukum hakam fiqh termasuk fiqh muamalat dan etika dalam Islam. Tetapi kali ini  saya nak cerita sebahagian saja ayat, iaitu pada bahagian permulaan.

Yang mana? Ok yang ini,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.."

Jom kita tengok satu-satu..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).”

Maksud untuk بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ (jalan yang salah) ini luas sangat. Bukan sekadar judi, tetapi juga termasuklah ;

- Mencuri tulang masa kerja,
- Tipu masa punch card waktu kerja,
- keluar minum kopi waktu ofis (sedangkan kerja banyak),
- rasuah atau duit kopi,
- Tak amanah dengan kerja,
- Menindas dan khianat rakan sekerja semata-mata nak naik pangkat,

dan sebagainya. Ia sangattttttt luasssss. Kemudian ayat seterusnya,

إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ

"... kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu."

Yang ini sangat penting, iaitu ia bukan hanya perniagaan, bahkan BEKERJA  makan gaji sekali. Mesti MUTUALLY AGREED atau secara suka sama suka. Jangan scam duit orang walaupun kau tak terlibat dengan MLM yang haram. Itu tetap haram dan berdosa wahai kawan.

Contohnya, kita nak bekerja 8 jam straight memang mustahil. Jadi kita minta peruntukan rehat 1-2 jam. Jika majikan setuju, maka itu termasuk mutually agreed ataupun suka sama suka antara pekerja dan majikan.

Tetapi jika majikan kata rehat hanya 2 jam, tapi korang belasah rehat sampai 3-4 jam sambil minum kopi di warung, lebih dari 2 jam tu adalah HARAM dan BERDOSA. KECUALILAH kalau majikan korang izinkan.

Sama juga macam kes solat dhuha waktu pagi. Solat dhuha tu sunat je, tetapi bekerja seperti yang ditetapkan dan yang dipersetujui adalah WAJIB dipatuhi, walaupun bos korang tu orang kafir.

Jadi kalau nak solat dhuha, kena minta izin majikan dulu. Cakap dengan dia, nak rehat 10 minit untuk solat sunat. kalau dia bagi, takde masalah. Kalau bos tak bagi, jangan pula korang LANGGAR. itu yang salah walaupun korang buat benda baik sekalipun. Sebab korang dah berada dalam PERJANJIAN yang dipersetujui bersama. Islam ajar supaya PATUHI JANJI.

Tetapi kalau solat yang WAJIB, maka ketika tu korang WAJIB patuhi PERINTAH dan JANJI kita kepada Allah. Kalau kena buang kerja semata-mata nak solat fardhu, carilah kerja lain. InsyaAllah Allah akan bagi rezeki pada korang, bukan boss korang bagi rezeki.

Inilah indahnya Islam, antaranya adalah betapa Islam sangat-sangat pentingkan etika dan professionalisma dalam bekerja. Sebab ini dalam urusan muamalat.

---

Jadi pengajaran daripada ayat ni rasanya korang dah jelasje. Cuma nak ulang semula sedikit je.

1.         Janganlahh makan harta dengan jalan yang HARAM, BATIL dan yang melanggar syarak. Janganlah pleaseeeeeeee... (sambil melutut, buat muka comel, pipi merah dan mata jeli).

Korang tak kesian ke pada anak isteri di rumah? Korang tak kesian ke pada keluarga terutama di kampung? Korang  tak takut ke makan harta haram? Kalau korang belum kahwin sekalipun, korang tak kesian ke pada DIRI sendiri? Tak kesian ke pada mak ayah yang korang kirim duit setiap bulan tu?

Tak kesian ke?

Saya yang tulis ni tak minta pun duit gaji korang. Tetapi saya cuma minta korang kesian pada diri sendiri, dan kesian pada anak isteri atau suami korang, atau kesian pada mak ayah korang di kampung. Itu saja.

2.         Yang ini, saya ada tambahan nasihat umumnya kepada diri saya dan semua orang, khususnya kepada MEKANIK dan juga SESIAPA sahaja yang menggunakan borang atau perjanjian seperti ejen takaful, ejen hartanah, ejen rumah dan yang berkaitan dengannya.

Abang-abang mekanik yang macho lagi kacak bergaya badan sado, JANGANLAH korang NAIKKAN harga melampau-lampau semasa betulkan kereta di highway ataupun luar dari bengkel korang. Padahal 10km je.

Contohnya masa di highway, perkara ini selalu terjadi. Orang yang kereta rosak tu dah la desperate sangat yang mana akhirnya terpaksa call korang. Korang pula datang pada pelanggan tu, dan kemudiannya korang "peras ugut" atau manipulasi harga secara halus.

Contohnya kereta kawan tu timing belt putus je. Tetapi korang kenakan harga sampai 3-4 kali ganda dari harga asal di kedai korang. Akhirnya pelanggan tu TERPAKSA terima sebab takde pilihan lain.

Ini dah LANGGAR etika seperti digariskan dalam ayat di atas, SUKA SAMA SUKA = Mutually agreed.

Yang mana ia bermaksud, mekanik dan pelanggan mesti sama-sama gembira. Takde masalah kalau korang naikkan harga sedikit untuk kos minyak dan perkhidmatan, tetapi BERPADALAH. Sekali lagi saya sebut, BERPADALAH.

Jangan sampai harga yang sepatutnya (contoh) RM50.00, korang kenakan dengan harga RM250.00. Mana boleh. Setakat naikkan RM50.00 boleh tahan lagi. Janganlah ya. Korang carilah rezeki halal walaupun sedikit. Dalam kubur sana sakit bro.

Kepada abang hensem dan kakak cantik pakai tudung Fareeda labuh yang bawa borang ke hulur ke hilir untuk minta orang sign agreement, kalau ada apa-apa bayaran atau EXTRA fee (yuran tambahan), tolonglah BERITAHU. Jangan SEMBUNYIKAN. Beritahu kalau ada bayaran lain. Jangan sampai akhirnya customer kata,

"Aik, saya tak tahu pun. Saya manalah mampu untuk baca document yang sampai 40 page."

“Laa.. Takde pun bagitahu dalam dokumen perjanjian kita sebelum ni..”

Ini bukan cara Islam. Kita TAK boleh makan duit orang secara haram atau illegal!

Sama juga macam isu majikan bayar gaji pekerja. Ada pekerja A buat kerja sungguh-sungguh, manakala pekerja B buat kerja sambil lewa. Tapi bila masuk gaji, dua-dua dapat gaji yang SAMA.

MANA BOLEH.

Ini langgar etika Islam. Dan dalam masa yang sama langgar etika kerja juga. Korang kan majikan yang baik hati jujur dan amanah. Jangan macam ni. Kesian pada pekerja korang yang rajin-rajin.

Kesian juga pada anak isteri korang yang TERPAKSA makan duit haram.

ok? Err.. marah ke? Chill..

Jangan marah-marah. Ini peringatan saja. Siapa makan masak lemak cili padi, dia yang terasa pedasnya. Dan dah nak tidurkan? tidurlah dengan muhasabah ya. Moga rezeki yang kita makan setiap hari adalah rezeki yang halal dan toyyib (baik), bukan rezeki yang syubhah (ragu-ragu) apatah lagi rezeki yang haram.

Naudzubillahi minzolik.

Wallahu'alam

p/s: sumber : Ethics of Wealth & Money [Juz 5] - Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain. 

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129 

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu  http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)

#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan -


No comments: