Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 3

Wednesday, 9 December 2015

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 3


Alhamdulillah, malam ini kita buka juzuk 3 dan masih lagi dalam surah Al Baqarah, tetapi ayat yang ke 286.

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ
عَلَيۡنَآ إِصۡرً۬ا كَمَا حَمَلۡتَهُ ۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَا‌ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦ‌ۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآ‌ۚ أَنتَ
مَوۡلَٮٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِين

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung
dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata):
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa
atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada
kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”

( Surah al Baqarah 2 : 286 )

Ayat ini seperti ayat sebelum ini, agak panjang tetapi MasyaAllah, comel, cantik menarik tertarik memang daboom! Lebih cantik dan comel daripada bidadari bermata jeli yang korang terkejar-kejar tu.

Tetapi saya nak kongsi sebahagian kecil saja, iaitu pada sebahagian permulaan ayat ni. Yang mana? Yang ini ;

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."


Daripada ayat ini, jelas dan nyata lagi terang bersuluh dengan sporlight bahawa Allah dah beritahu awal-awal yang Allah ;
 
TIDAK AKAN membebankan,
atau tidak akan menguji,
atau tidak akan memberati seseorang tu,

إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ

KECUALI apa yang dia terdaya,
MELAINKAN apa yang dia termampu.

Allah takkan menguji saya, korang, dan seluruh manusia KECUALI apa yang kita mampu Ya, kecuali apa yang kita mampu. Tak yakin? Ini janji Allah meh, janji yang pasti dan pasti ditepati, bukan janji rock atau bukan janji tinggal janji macam KRU.

Kemudian Allah sambung lagi pada ayat seterusnya,

لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ

"..Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..”

Subhanallah. Cantik sangat Allah buat keadilan yang maha Adil. Apa pahala yang kita buat, kita akan nikmati dan apa juga dosa yang kita buat kita akan dapat balasan.

Tak seperti agama lain, yang mana ada agama yang beranggapan bahawa dosa itu adalah warisan. Korang tak buat dosa pun, tapi korang tetap dapat dosa.

Tetapi Islam bukan macam itu. A person will benefit whatever they earn, and whatever they earns (in term of sins), will go against them.

Understood? Peh, Aku speaking English.

---

Pengajaran yang saya dan korang boleh dapat adalah,

1. Dalam hidup ini, Allah uji semua berdasarkan kapasiti kemampuan kita. Korang percayalah. Ujian demi ujian yang kita lalui, PASTI dan PASTI kita mampu sangat nak hadapi sebenarnya. Cuma kita yakin atau tak yakin je.

Atau mungkin cuma korang kurang percaya dengan Allah je. Itu yang korang
rasa tak mampu, padahal korang mampu. Dan setiap orang ujiannya BERBEZA-BEZA atau mat saleh selalu sebut "CUSTOM". Tak semestinya kita lalui ujian yang sama.

Ujian yang saya lalui, tak semestinya korang boleh hadapi.
Ujian yang korang lalui, tak semestinya saya boleh hadapi.

Kalau saya diuji dengan perceraian ibu bapa, korang belum tentu boleh lalu ujian yang saya lalui tu. Kalau korang diuji dengan kekayaan yang melimpah ruah sampai penuh jalan raya depan rumah, saya belum tentu boleh lalui ujian harta yang korang hadapi tu.

Jadi kita tanya diri sendiri, kenapa kita boleh kata TAK mampu sedangkan Allah kata kita mampu sebenarnya?

Ke kita bagi alasan je?

2. Dan ada satu perkara menarik tentang ayat ini juga adalah, ada juga ujian atau suruhan yang KITA SEMUA for sure boleh melaluinya. Pasti dan pasti kita boleh melalui.

Contohnya SOLAT 5 waktu. Korang TAK boleh bagi alasan,

"Eh, admin 
Tarbiah Sentap boleh jaga solat 5 waktu la.. aku rasa aku tak
mampu jaga solat 5 waktu.."

Banyak cekadak kau. Kalau Allah dah turunkan perintah dan suatu kewajipan, maksudnya SEMUA MANUSIA boleh buat. WALAUPUN orang KAFIR sekalipun. Mereka boleh buat solat 5 waktu. Cuma mereka tak tahu dan tak mahu je.

Dan hanya ada sangat sangat sangat sedikit kes yang mana ada PENGECUALIAN dalam solat. Contohnya haid. Eh, lelaki ada haid ke? Takde? Dah tu kenapa tak solat? Kang betul-betul kena haid, baru korang tahu apa itu erti penyesalan.

Ataupun contoh orang sakit. TETAPI, sakit pun TETAP kena solat. Cumanya ada kaedah sendiri. Solat duduk ke, solat baring ke, solat guna isyarat mata ke.

Orang sakit pun wajib solat, kau apa ada hal?

Ataupun contoh PUASA.

Orang lain boleh puasa 30 hari bulan Ramadhan (lelaki), kenapa korang tak boleh? Jangan pula bagi alasan,

"Admin, aku tahu korang ni hebat. Tengok muka je dah terpancar sinar kesolehan menerangi bimasakti. Apatah lagi nak puasa Ramadhan 30 hari. ibarat makan cekedis je. Tapi kitorang ni tak mampu..sampai tengah hari je dah terbayang cendol bakar..”

Peh... aku rasa nak rendam korang dalam tong cendol je. Lepas tu bakar hidup-hidup dalam tong tu. Baru korang rasa nikmat cendol bakar sebenar. Allah dah perintahkan puasa, mestilah korang boleh puasa. Korang tuhan ke,
atau Allah yang Tuhan sekarang ni? Meh habaq mai sikit.

Seperti yang saya cakap, cuma ada sangat sangat sangat sedikit kes yang mana ada PENGECUALIAN dalam puasa Ramadhan.

Seperti bermusafir, orang sakit teruk yang memang kalau puasa akan masuk wad kecemasan zon merah kritikal, dan beberapa rukhsah (keringanan) yang Allah beri dengan bersyarat.

Tetapi itu pun TETAP kena ganti tahu??

3. Bila kita baca ayat,

لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ

"..Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya..”

Ada 1 rahsia yang sangat sangat menarik.

Apa dia?

Iaitu bila mana kita buat dosa, kita rasa MUDAH sangat. Tetapi bila mana kita buat pahala, kita rasa SUSAH sangat.

Eh, kenapa macam tu? Ha.. Allah nak bagitahu kita,

Buat dosa ni memang MUDAH untuk jangka PENDEK, tetapi KESANNYA
akan datang memang jangka PANJANG. Manakala buat pahala ni memang SUSAH untuk jangka PENDEK, tetapi KESANNYA akan datang memang jangka PANJANG.

Contoh mudah adalah MENCURI.

Korang mencuri memang mudah dapat duit. Memang cepat kaya gila tahap legend. Tetapi apabila korang kena tangkap masuk penjara Pudu sampai 10 tahun, baru korang tahu penyesalannya yang teramat panjang.. Korang rasa terseksa lamaa sangat.

Contoh lain pula adalah STUDY atau belajar.

Korang study memang SUSAH gila nak faham. Susah sangat. terpaksa tidur lewat, mengadap buku sampai bengkak mata macam panda, lepas tu sampai terpaksa ikat perut atau makan megi semata-mata nak study waktu tengah malam.

Tetapi apabila korang dah berjaya, dah dapat 4 flat, dah dapat anugerah di Raja, dapat anugerah Canselor, dapat kerja gaji sampai 7000 sebulan, masa tu baru korang rasa SENANGnya belajar..

Ala, macam korang dah masuk universiti. Masa tu lah baru rasa SPM ni macam kacang merah je. Dulu masa korang SPM, masa itu berbuih mulut nak study. Betul tak?

Kesimpulannya, setiap dosa dan pahala yang kita buat akan ada “HARGA” yang kita kena bayar. Kalau dosa, harganya adalah penyeksaan, kalau pahala, harganya adalah kenikmatan.

Korang pilihlah sendiri..

Wallahu'alam.

p/s: sumber : Understanding Trials & Difficulties [Juz 3] - Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain. 

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129 

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan juga channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu  http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan jom, dan moga bermanfaat !! :)

#ShukeryAzizan
#BSS1
#Bedtimestoriessentap


- Shukery Azizan -

5 comments:

Lowongan Kerja Terbaru 2016 said...

I did not clever to thank, but the writing on which is the information I was looking for already a long time, finally I can be grateful to the author

Shaed said...

Tq atas peringatan...semoga Allah mudahkn kalian..

Nabilah Jamaludin said...

Assalamualaikum, terima kasih admin, entry ni betul tepat padat mengena pada diri saya, dan saya teramat gembira dapat membacanya kerana saya dapat kongsikan ia kepada ahli keluarga saya, sekali lagi terima kasih kepada admin :)

Dendang TreeYO said...

Assalamualaikum. Pengisian yg mendalam namun diolah dlm bahasa yg sempoi. Tahniah. Bila nk keluar siri 3?

ebook panduan teknisi komputer terlengkap said...

Saya terkesan dengan kualitas informasi dalam situs ini . Ada banyak sumber informasi yang baik di sini . Saya yakin saya akan mengunjungi tempat ini lagi segera