Tarbiah Sentap: Abang Sado Gay, Kakak Cantik Lesbian?

Wednesday, 30 December 2015

Abang Sado Gay, Kakak Cantik Lesbian?




            Ini satu lagi masalah yang kritikal melanda masyarakat Islam khususnya Melayu di Malaysia, iaitu masalah gay dan lesbian. Mengenai bab Biseksual (boleh melakukan hubungan dengan lelaki dan perempuan) dan transeksual (tukar jantina) ini, saya tak nak ulas dalam buku ini. Sebab lagi rumit nak selesaikan masalah ini.

            Dan dalam bab ini saya tidak menceritakan bagaimana gay dan lesbian ini boleh berlaku, kajian saintifik segala bagai, tidak. Saya tak tulis semua itu. Dalam bab ini, saya cuma bagi solusi apa yang perlu kau buat berdasarkan apa yang saya tahu dan mahu kau buat.

Cumanya saya beritahu, kalau kau buat solusi ini, bukan kau confirm 100% akan berubah. Tetapi sekurangnya ada usaha untuk berubah.

            Sepanjang kami tubuhkan Tarbiah Sentap sejak ogos 2014, beratus-ratus persoalan selain daripada berzina, minum arak dan sebagainya, persoalan mengenai penyakit suka sesama jantina. Kalau suka itu satu masalah, bahkan lebih masalah adalah apabila dilayan dengan tindakan, iaitu meliwat sesama jantina.

Punca berlaku gay dan lesbian ini antara faktornya adalah keluarga iaitu mak ayah nak anak lelaki, tetapi asyik dapat perempuan. Lalu dilayan anak perempuan seperti lelaki. Ada juga nak anak perempuan, tetapi asyik dapat lelaki. Akhirnya dilayan seorang anak lelaki macam perempuan seperti bagi patung, belikan beg perempuan dan sebagainya.

Malah ada juga kes yang berkongsi, masa umur 11 tahun dia diliwat oleh pakciknya sendiri. Mula-mula marah, akhirnya ketagih bersetubuh dengan lelaki sampai bertahun-tahun lamanya.

            Ada juga berlaku sebab pengalaman hitam diliwat sama ada oleh keluarga atau orang luar, lelaki atau perempuan. Atau ada pengalaman hitam seperti bercinta lepas tu putus, akhirnya tertekan dan pilih untuk bercinta sesama jantina. Malah ada juga berlaku sejak di universiti, dapat roommate gay atau lesbian yang asyik peluk saja, dia pun melayan dan ke laut.

            Dan lebih sedih dari itu, ada juga kes yang dah ikut tarbiah, ikut usrah, sekali kakak naqibah itu lesbian rupanya. Patutlah selalu tidur sama dengan seorang anak usrah, sekali kantoi dengan anak usrah yang lain.

Kemudian ada juga kes yang dah lama berkahwin, rupanya suami dia adalah gay. Atau isterinya adalah lesbian. Dan ada beratus-ratus lagi faktor yang menjadi penyebab masalah ini. Dan ini semua kes real yang kami dapat dari soalan-soalan yang ada.

            Untuk pengetahuan kau, gay dan lesbian ini bukan saja datang dari rupa lelaki lembut dan perempuan keras seperti pengkid, tomboy dan sebagainya, malah ada juga lelaki yang sasa, badan sado tetapi gay. Dan ada juga perempuan lembut, ayu tetapi lesbian. Argh! Apakah yang berlaku pada dunia ini!

            Dan kalau kau nak tahu, TIDAK SEMUA lelaki lembut adalah gay, dan TIDAK SEMUA perempuan tegas keras macam tomboy itu adalah lesbian. Tidak semestinya. Ini bermakna, memang SUSAH kita nak kenal pasti siapa gay siapa lesbian, melainkan kalau dia mengaku.

Moga Allah pelihara keturunan aku dan kau semua daripada gay dan lesbian atau penyakit songsang ini. Amin.

Apa Perlu Buat?


            Penyakit ini sebenarnya sangat sukar nak rawat. Serius. Bayangkanlah dah la kena jaga ikhtilat dengan berlainan jantina, tetapi dalam masa yang sama tengok sesama jantina pun bernafsu. Memang ujian besar untuk mereka. Moga Allah bagi mereka yang bersungguh-sungguh nak berubah ini Syurga atas usaha mereka nak taat perintah Allah.

Apa pun, kalau kau ada kesungguhan, insyaAllah boleh berubah. Apa pun, saya cuba beri solusi mana yang saya tahu. Solusi ini paling tidak pun boleh MENGURANGKAN keinginan kau untuk homoseksual. Dan kena ingat, ia BUKAN usaha yang hari ni buat, esok sembuh. Ia usaha yang mengambil masa lama malah cecah bertahun-tahun lamanya sampai mereput jadi mayat.

Kalau tidak membantu walaupun satu, saya minta maaf. Inilah usaha saya membantu kau, moga Allah beri kau kekuatan untuk berubah.

1)    Ketahuilah bahawa kau TIDAK dihukum kerana perasaan kau. Walaupun perasaan kau mungkin tidak normal, tetapi kau tidak berdosa sebab itu. Yang menjadi dosa adalah TINDAKAN kau.

Kau berdosa sebab kau liwat sesama jantina. Kalau kau ada perasaan suka kepada sesama jantina, itu belum lagi jadi dosa. Cuma kau kena kawal nafsu tu, sebab bila mula suka sesama jantina, itu dah ada kecenderungan yang tinggi.

Setiap kali datang perasaan itu, JANGAN LAYAN. Istighfar banyak kali, dan jangan layan. Tolonglah, jangan layan. Tiga kali saya ulang ni.

2)    Letak dan TANAM dalam mindset kau bahawa, gay dan lesbian ini BUKAN semulajadi, naluri ataupun fitrah kau sejak kecil. Tidak, ini bukan fitrah kau. Kau cuma kecelaruan identiti disebabkan faktor sekeliling yang membuat kau begini. Sebab Rasulullah sebut,

"Setiap  anak dilahirkan dalam keadaan fitrah.”

(Riwayat Bukhari)

Kau hanyalah mangsa keadaan, lalu kau terkeliru dalam pilihan kau, membuatkan kau menjadi seperti yang kau jadi hari ini, gay atau lesbian. Hari-hari sebut pada diri kau bahawa, fitrah kau bukan gay dan lesbian.

Kau hanya terperangkap dalam emosi dan perasaan kau sahaja. Ingat, TANAM sungguh-sungguh mindset ini. Sebab ia juga merupakan satu doa.

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)
           
3)    Kau kembali kepada Allah dengan cara menjaga amal soleh yang lain seperti solat 5 waktu berjemaah untuk lelaki dan awal waktu untuk perempuan. Kemudian baca al Quran dan terjemahannya setiap hari sekurangnya 1 muka surat. Kemudian rajinkan berpuasa sunat isnin khamis. Jaga solat tahajjud sekurangnya 3 hari sekali dan sebagainya.

Dan paling penting sekali adalah doa sungguh-sungguh setiap hari. Berdoalah minta pada Allah agar dibetulkan semula nafsu dan perasaan kau, dan jadikan kau seperti sediakala sebagaimana fitrah sepatutnya.

Ketahuilah, Allahlah yang memegang hati-hati kita semua. Dan kepada Allah kita kembali. Dan ketahui juga, nak berubah bukan ambil masa 1,2 hari. Bahkan bertahun. Penyakit kanser nak sembuh pun ambil masa berbulan, kadang kala bertahun.

Inikan pula penyakit dalaman yang tak nampak lukanya. Ambil masa, yang penting kau bersabar dan sangka baik dengan Allah.

4)    Jangan layan perasaan suka tersebut. Kau mungkin ada perasaan suka kepada sesama jenis kau. Kau mula rasa sayang, tergoda dan sebagainya. Perkara itu tak boleh halang sebab ia datang dengan tiba-tiba tanpa kemahuan kau.

Tetapi apa pilihan yang kau ada adalah JANGAN LAYAN perasaan tersebut dengan tindakan. Maksudnya, kau suka itu perasaan, lalu kau layan guna tindakan dengan cara kau kacau orang tu, kau tidur sebelah dia, pegang-pegang dia, calling dia setiap malam dan sebagainya. Jangan layan perasaan itu!

5)    Tinggalkan TEMPAT yang boleh merangsang nafsu sejenis kau. Kalau lelaki, biasanya dia akan terangsang nafsu sejenisnya bila nampak lelaki sado atau kacak. Dan biasanya mudah dijumpai di gym. Oleh itu, tak perlu pergi gym sampai kau dah normal semula. Tak berdosa pun tak pergi gym atau badan tak sado. Kalau kau biasa terangsang di padang, kau pergilah padang lain. Dan sebagainya.

Kalau perempuan biasanya dengan roommate, housemate atau sebagainya. Tukar roommate lain, atau housemate lain. Biar dia cakap kau sombong, tetapi apa nak buat, kau nak bertaubat dan berubah. Bersusah payahlah kerana nak taat perintah Allah, insyaAllah besar pahala.

Apa pun, yang penting tinggalkan TEMPAT yang boleh merangsang nafsu sejenis kau. Tak kisahlah di mana-mana sekalipun.

6)    Kalau di tempat kerja pula? Ini pun kritikal juga. Takkan nak suruh kau berhenti kerja pula. Jadi solusinya adalah, tundukkan pandangan. Kau mungkin tak bernafsu tengok berlainan jantina dengan kau, tetapi kau kena bersusah payah dengan tundukkan pandangan daripada melihat sesama jantina yang kau SUKA.

Tundukkan pandangan ni maksudnya kawal pandangan. Bukannya 24 jam jalan tunduk ke bawah. Kawal. Setiap kali terasa nafsu syahwat naik, kawal pandangan!

Saya yakin, tak semua sesama jantina yang kau suka. Biasanya kau akan suka kepada orang yang hensem bagi lelaki, ataupun yang caring, lemah lembut, suka dengar masalah dan sebagainya untuk perempuan.

Tundukkan pandangan sebaik mungkin. Setiap kali datang perasaan itu, istighfar secepat mungkin dan JANGAN layan perasaan tersebut.

7)    Jangan pernah tidur sekatil denga sesama jantina. Elakkan tidur lagi-lagi dengan orang yang kau suka atau mudah terangsang. Bahaya !

8)    Elakkan bersentuhan kulit, terutama kawasan yang mudah buat kau terangsang. Kalau sentuh pipi boleh menaikkan nafsu syahwat sesama jantina kau, jangan sentuh pipi!

9)    Pergi ke program atau kem-kem yang dianjurkan oleh jabatan agama, NGO Islam dan sebagainya yang berusaha untuk membantu golongan gay dan lesbian. Antaranya program yang dilaksanakan oleh JAKIM sebelum ini kalau saya tak silap mukhayyam apa entah.

Tetapi apa pun, saya yakin, jabatan agama, NGO Islam dan persatuan-persatuan Islam yang lain berusaha sungguh-sungguh untuk membantu golongan macam kau.

10)Selain itu, kau pun boleh guna kaedah penulisan artikel atau jurnal. Maksudnya, kau tulis apa saja pengalaman dan luahan perasaan dan harapan kau dalam bentuk penulisan. Luahkan segalanya dalam tulisan kau. Keinginan kau untuk menjauhkan diri dari penyakit songsang ini pun boleh kau tulis sekali.

11)Kau terlibat dengan usaha berbentuk kemasyarakatan seperti gotong royong, kenduri, program, dan sebagainya yang boleh mengurangkan perasaan tersebut. Tetapi kalau kau jumpa orang yang kau berkenan semasa program tersebut, jangan layan perasaan tersebut.

12)Paling penting, jangan pernah putus asa dan jangan berhenti untuk cari solusi supaya kau berubah dan kembali normal. Orang yang kena penyakit AIDS pun, walaupun dia tahu yang tiada ubat lain untuk merayu, masih lagi berusaha cari solusi lain mana tahu at least boleh kurangkan kesakitan ataupun boleh panjangkan sedikit hayat.

Seperti juga kau, kena usaha cari kaedah untuk berubah dan kembali normal. Mungkin kau akan ambil masa lama untuk berubah, sehingga bertahun-tahun lamanya. Tetapi kalau kau ada usaha, Allah pandang usaha kau.

Mungkin kau jadi mati dalam keadaan kau masih lagi gay dan lesbian, tetapi kalau masa hidup kau pilih untuk berubah dan berusaha cari solusi untuk normal, insyaAllah Allah terima amal kau dan masukkan kau ke Syurga. Amin.

Tetapi kalau masa hidup pun kau malas nak cari solusi, dan tak bersungguh nak cari, malah kau beri alasan yang kau takkan berubah. Macam mana kau nak jawab depan Allah nanti?

Ingat, Allah tak tengok hasil kau, tetapi Allah tengok usaha kau. Sebab itu dalam bab takdir, saya ada sebut bahawa,

Hanya orang buat usaha yang TEPAT sahaja berjaya, walaupun nampak macam tidak berjaya.”

Buat usaha yang tepat itu maksudnya kau cari jalan, alternatif dan usaha untuk berubah menjadi normal semula selari dengan syarak walaupun nampak macam tak berjaya apabila kau mati dalam keadaan kau masih lagi gay atau lesbian.

Tetapi buat usaha yang TIDAK tepat maksudnya kau langsung tak buat apa-apa, dan “usaha” kau hanyalah terus menerus bagi alasan bahawa ini semua takdir, ini semua naluri sejak kecil, ini semua semulajadi dan sebagainya.

Merayu.

Wahai kawan-kawan yang diuji dengan penyakit gay dan lesbian ini, saya merayu, saya menyeru, dan melutut pada kau.

Kembalilah pada ALLAH dan bersabarlah dengan sebenar-benar sabar serta TINGGALKANLAH seks sejenis.

Serius, Allah sayang kau. Sebab itu Allah beri kau peluang untuk baca bab ini, Allah beri kau peluang hidup lagi, Allah beri kau peluang untuk cari solusi lagi untuk bertaubat dan berubah. Usahalah untuk berubah, jangan putus asa untuk berubah walaupun ambil masa bertahun-tahun lamanya.

Ujian kau sangat besar dan hebat, dan kalau kau bersungguh-sungguh bermujahadah[2] melawan serta menundukkan nafsu songsang kau, boleh jadi kau punya amal lagi dahsyat dari kami. Kami tak berhadapan dengan situasi dan kepayahan kau, dan mungkin kalau kami kena pun, kami tak mampu untuk tanggung.

Kau memang hebat! Sebab itu Allah uji setiap orang lain-lain, berdasarkan kemampuan yang orang tu sebenarnya boleh buat.

Dan ingat, kita semua masuk Syurga atau Neraka itu telah ditakdirkan. Tetapi takdir kita masuk Syurga atau Neraka itu ditentukan oleh pilihan hati kau sendiri masa di dunia, iaitu sama ada nak berubah lalu berusaha bersungguh-sungguh untuk berubah, ataupun kau buat tak tahu lalu memberi pelbagai alasan untuk mempertahankan perbuatan kau dengan alasan ini semua takdir, ini semua fitrah, ini semua naluri dan sebagainya.

Wallahu’alam.


- Shukery Azizan -



Sumber : Dipetik dari Bab 12 buku Aku Bukan Malaikat karya Shukery Azizan. Kongsikan pada kawan-kawan dan group sebelah jom, dan moga bermanfaat !! :)

----------------------

Artikel ini adalah salah satu BAB daripada buku Aku Bukan Malaikat tulisan Shukery Azizan yang insyaAllah sudah ada di pasaran sejak tahun 2016 lagi. Sekarang ni alhamdulillah boleh dapatkan di MPH, Popular, Hasani, SMO, dan lain-lain.

Siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785  

Anda semua dibenarkan untuk sebarkan tulisan dan buku ini ke seluruh galaksi dan jangan lupa bagi kredit kepada buku Aku BUkan Malaikat tulisan Shukery Azizan.

Bukan nak riya' or berlagak, tetapi sekurangnya kalau dalam tulisan beliau ada kesalahan, at least orang yang nak tegur tu boleh tahu siapa penulisnya dan macam mana nak tegur penulis tersebut (dalam kes ini, tegur Shukery Azizan). Dan juga at least beliau boleh "tracking" ke mana tulisan dia pergi. :)

Semoga bermanfaat. :) 

Sekali lagi, siapa nak beli online buku ini, boleh hubungi atau whatapps nombor 013-729 7785  

#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat

#TarbiahSentap



[1] Sado = Slanga anak muda acah-acah urban yang datang dari perkataan ‘besar bodoh’, lalu berubah menjadi ‘besar do’ dan akhirnya ‘sado’.
[2] Mujahadah = bersusah-payah

15 comments:

Seorang hambar yang hina said...

Thx atas entry kali. .
Dan terima kasih atas nasihat yang sgt brguna. .
Saya seorang lelaki, dan saya trjebak dalam gejala ni..

Saya selalu rasa yang saya ni hina,
Tk brguna sbb pilih jln ni.
Saya tahu saya silap memilih jalan..
dan saya tk tahu nak minta tlg pada org mcm mna,

Namun. .

Saya silap.. ada ramai yang nak bantu kami. . Cuma saya buta, tk nampak usaha tu. .


Doakan saya untuk terus berusha ye. .
Terima kasih sekali geng Tarbiah sentap. .

Areqil Aiman said...

Truskan misi dakwah kalian . Salute ;)

Anonymous said...

Kekadang gejala ni berlaku di sekolah sesama jantina. Hatta di maahad /tahfiz. Agak kesal bila tau gejala ni berlaku di maahad. Apa pun, semoga penerbitan buku ini boleh membantu golongan sebegini.

Aku perlukan doa kalian untuk berubah Bantulah aku, ya Allah said...

Thanks sngt2... saya seorng hamba Allah yg mengalami perasaan ni, waktu kecil langsung tiada perasaan gay, sampai satu masa saya terdetik, macam mna orng2 nih boleh ada nafsu sejenis, maka selepas peristiwa tu, saya dihadirkan perasaan2 yg membawa kepada gay. masyaAllah, sngt perit.... hanya Allah saja yg tahu mcm mna aku alami.apa yang korng perlu tahu, mereka dan orng seperti ini sngt memerlukan dorongan. Salah satunya macam penulisan admin nie, aku terkesan dari awal lagi, hingga berderai airmata aq menangis walaupun aku lelaki, tapi aku cuba positifkan diri, anggap yg Allah hadirkan perasaan ni supaya berkongsi dgn korng. Memang korng cakap ei mcm mna la boleh suka sama sejenis, x geli ke, x malu ke... mcm2 tomahan mereka lemparkan, itu bukan caranya bagi aku, bagi aku, cara admin la paling the best menurut aku. Langsung x menyalahkan orng2 seperti gay ini malahan mebimbing serta mendorong mereka untuk berubah. Mereka sebenarnya langsung tidak mahu perasaan ini. Mereka kalau boleh, nak jalani hidup macam korng. Normal. Nafsu yang tidak songsang. Tpi disebabkan tomahan yg dilemparkan,mereka bawa diri sehingga tahap sekarang, sngt teruk. apa yg admin gariskan panduan tu, sngt menepati dgn apa yg patut mereka lakukan. aku harap kalau korng jumpa kawan2 atau manusia yg sejenis nie, doronglah mereka, beri support.dan paling penting, DOAKANLAH MEREKA UNTUK BERUBAH, mana tahu doa korng mustajab time tu, bagi aku, sngat besar rahmat orng itu....hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian....amin..

Anonymous said...

Boleh x saya minta admin sharekan cara2 nk berhenti beronani...sbb masalah ni sudah lama menghantui diri ini walaupun dh hampir 2 tahun join tarbiyah

JAZZLEE said...
This comment has been removed by the author.
JAZZLEE said...
This comment has been removed by the author.
Nisa Hafizah said...

Assalamualaikum.. bolehkah admin kongsikan.. apakah tanda2 seseorang itu gay atau pon lesbian?

Nisa Hafizah said...

Assalamualaikum.. bolehkah admin kongsikan.. apakah tanda2 seseorang itu gay atau pon lesbian?

Anonymous said...

Buat apa nak tahu? Nak jejak mereka ka? Tanda2 untuk diri sendiri sudah ada, jgn tgok tanda untuk mengesan orang lain

Anonymous said...

Alhamdulillah .. jazakallah .. sgt mmbntu .. dan moga Allah bntu sy juga utk brubah ..

Anonymous said...

Apa tanda2 lesbian?

Hanya manusia biasa said...

Assalamualaikum,
Nak mula berubah itu mudah tetapi istiqamah dalam perubahan itu sukar.
saya seorg lelaki biseksual yang minat lelaki dan mendambakan wanita. bukan sekali saya cuba untuk berubah, tetapi sudah berkali2.. cukup beberapa bulan berubah saya akan cenderung kembali semula kepada perangai lama.. Buntu juga bagaimana untuk istiqamah dalam melakukan perubahan.

Anonymous said...

Amiin... semoga awak dan mereka diberi kekuatan untuk menempuhi segala ujian daripada Allah. Allah igin menguji hambanya. Kukuhkan perisai anda. InsyaAllah... saya doakan kalian diberi hidayah dan kekuatan untuk berubah ke jalan yang lurus. Amiin...

Hamba Allah yg terkejut said...

Astagfirullahhal'aziim...