Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 2

Sunday, 22 November 2015

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 2


Maaf perkongsian BSS agak lambat sedikit minggu ini. Sepatutnya saya rancang seminggu sekali, namun disebabkan saya sekarang tengah backpackers ke Eropah, so agak sedikit kelam kabut dan kesempitan waktu. Ni akhirnya Allah bagi kesempatan untuk taip dalam train, Alhamdulillah.

Ok malam ini insyaAllah kita akan sambung BSS kita pada juzuk kedua, surah al Baqarah lagi, ayat 185. Jom ambil Al Quran.

Bismillah.

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

(Surah al Baqarah 2 : 185 )

Ayat ini mengenai bulan Ramadhan. Ia agak panjang tetapi sangat cantik dan bermakna kalau kita faham sungguh-sungguh. Banyak hukum hakam fiqh yang ada di dalam ayat ini.

Tetapi untuk malam ni saya bukan nak cerita bab hukum hakam, yang itu korang boleh belajar di kuliah atau kelas pengajian kat mana-mana. Tetapi apa yang saya nak highlightkan mala mini adalah SEBAHAGIAN kecil ayat saja. Tak banyak, sebahagian kecil je. Hehe.

Iaitu pada bahagian hujung sekali. Ayat yang mana? Haa, yang ini,

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

"..Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya
kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”

                  Kenapa dengan ayat ni? Ayat ni menjelaskan kenapa Allah beri kita puasa 30 hari, apa sasaran dan objektif kita dalam bulan Ramadhan. Korang rasa kenapa? Haa, jom habiskan baca.

Bila Allah sebut, "cukupkan bilangan puasa", perintah ni sangat-sangat penting. Ayat ni bermakna Allah suruh kita tunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dan tingkatkan spiritual (rohani) atau iman kita. Jadi nak tak nak, mesti habiskan bilangan puasa itu SECARA SERIUS. Sebab ia adalah 'PROGRAM' yang Allah dah tetapkan untuk kita semua. Ingat kat sekolah atau university je ke ada program?

Kemudian Allah sambung lagi.

وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ

"..dan supaya kamu membesarkan Allah KERANA mendapat petunjukNya.."

                  Ayat ini BUKAN hanya semata-mata ataupun TIDAK terhad untuk bertakbir "Allahu Akhbar", "Allahu Akhbar" saja. Bahkan lebih dari itu. Apa dia?

Iaitu ayat ini menyuruh kita supaya menjadikan Allah sebagai yang paling UTAMA dalam setiap urusan kita bermula daripada awal Ramadhan sehinggalah cukup bilangan Ramdhan itu. Kita jadikan Allah sebagai segala-galanya, Allah lah yang utama, semuanya kerana Allah berdasarkan petunjuk Allah..

Dan akhirnya Allah sambung pada akhir ayat itu,

وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

".. dan supaya kamu bersyukur."

Allah SURUH kita bersyukur kerana kita BERJAYA menjadikan Allah sebagai prioriti atau keutamaan dalam setiap urusan, dari bangun pagi hingga tidur balik. Hatta urusan peribadi kita atau urusan kerja, ataupun urusan NAFSU kita.

Allah SURUH kita bersyukur dah Allah memuliakan kita sebab kita utamakan Allah melebihi segala-galanya. Wa takbirhu takbiro! Allahu Akhbar!

-----

Apa pengajaran yang saya nak kongsikan dengan korang daripada ayat ini adalah,

1. Berdasarkan ayat ,

وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ

"..dan supaya kamu membesarkan Allah KERANA mendapat petunjukNya.."

Sepatutnya sepanjang 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan,

kita dah boleh jaga TELINGA kita.
kita dah boleh jaga MATA kita.
kita dah boleh jaga MULUT kita.
kita dah boleh jaga AMAL IBADAH kita.
kita dah boleh jaga DIRI kita daripada maksiat.
kita dah boleh tahu dan jaga HALAL dan HARAM sebaiknya.
Dan sebagainya.

SEPATUTNYA dah cukup! Sepatutnyalah. Kemudian, SEPATUTNYA juga 30 hari dah CUKUP untuk kita KEKALKAN momentum amalan kita sehingga lepas habis Ramadhan. Maksudnya kita berjaya kekalkan momentum sampailah bertemu Ramadhan tahun depan.

Kalau bulan puasa kita boleh habiskan 30 juzuk Quran, atau sekurangnya kita baca al Quran sehari 5 muka surat atau paling kurang sehari 1 muka surat, KENAPA selepas habis Ramadhan kita TAK HABIS-HABIS lagi 30 juzuk Quran? Atau kenapa selepas habis Ramadhan kita tak boleh konsisten baca al Quran setiap hari walau 1 muka sehari?

Kenapa tak khatam-khatam lagi? Dan kenapa tak baca lagi? Arghh! Sakitnya tuh di sini.

Kalau bulan puasa kita boleh bangun tahajjud hampir atau SETIAP hari, kenapa selepas habis Ramadhan kita bangun tahajud SEBULAN SEKALI? Atau lebih dari tu, kita dah beberapa bulan tak bangun tahajjud?

Kalau bulan puasa kita boleh tahan diri daripada maksiat, tundukkan pandangan, jaga telinga dari dengar perkara maksiat dan sebagainya, jaga lidah daripada mengumpat mengutuk dan sebagainya, TETAPI kenapa selepas habis Ramadhan kita TIDAK BOLEH jaga semua itu?

Kenapa lidah kita makin lancang memaki hamun perli kutuk mengumpat orang? Kenapa mata kita makin meliar melihat perempuan atau muslimah walau tutup aurat sempurna sekalipun?
Kenapa telinga kita masih lagi suka dengar gossip atau perkara dosa?

Kenapa? Adakah kita TIDAK MERASAI nikmat atau kemanisan RAMADHAN? Atau kita berpuasa Ramadhan sebab orang lain puasa, maka kita puasa je? Atau sebab mak ayah suruh? Atau sebab malu nanti kena kutuk dengan kawan-kawan kalau kantoi tak puasa.

Macam mana kita boleh mengaku BESARKAN Allah, tetapi dalam masa sama kita BELAKANGKAN Allah dalam banyak perkara. Bahkan hampir semua perkara? Kita sengaja lewatkan solat sebab buat kerja ataupun buat assignment yang sedangkan boleh ditangguhkan? Kita sengaja tak baca al Quran sebab malas?

Kita hipokritkah? Kita ni sembah Allah ke sembah Ramadhan? Ouch, sakitnya. Huhu.
Mungkin juga sebab kita TIDAK dapat petunjuk Allah. Ye lah, mana tidaknya, kita lebih banyak doa minta JODOH daripada doa minta PETUNJUK. Lepas solat je doa,

“Ya Allah, doakan aku dengan Markonah Masjon. Kalau dia bukan jodohku, jodohkan juga. Kalau dia jodoh orang lain, jadikan lah aku orang lain tu..”

Arghh. Dah kenapa. Mana sempat nak doa minta pentunjuk dari Allah. Tu yang akhirnya masing-masing ke laut.. bukan ke jalan Allah.

2. Kalau perhatikan ayat akhir sekali,

وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

".. dan supaya kamu bersyukur."

Allah SURUH kita bersyukur, bukan main-main. Berapa banyak daripada kita BETUL-BETUL bersyukur? Atau kita lebih banyak TROLL atau PERLI dengan cakap,

"Bersyukurlah, Madagascar masih aman.”

Jom kita muhasabah tentang bersyukur. Kalau betul kita bersyukur dengan nikmat Allah, kita akan TAAT perintah Allah dan kongsikan syukur ini kepada orang lain dengan cara kita buat dakwah. Ye la, kalau kita gembira dapat sesuatu, mesti kita nak kongsi dengan orang lain kan?

Kalau dapat bergambar dengan salji, mesti kita nak share gambar kita dengan orang lain di Facebook kan? Macam tu juga syukur. Kalau kita syukur dengan nikmat Iman dan Islam serta kefahaman Islam, kita mesti nak kongsi dengan orang lain. Nak kongsi dengan kata lain, kita buat dakwah tarbiah.

Itupun kalau kita bersyukur. Allah… Sob Sob.

Moga Allah kurniakan kita petunjukNya sampai kita jadi mayat. Amin.

Sumber :

Do you worship Ramadan or Allah? [Juz 2] - Nouman Ali Khan
Di petik dari buku Bedtime Stories Sentap siri 1 tulisan Shukery Azizan.

-----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, SMO, Hasani dan lain-lain. 

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129 

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan juga channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap.

Kongsikan pada kawan-kawan jom, dan moga bermanfaat !! :)

#BSS1

#Bedtimestoriessentap

- Shukery Azizan - 

3 comments:

Unknown said...

Aslm,bang.ni bkn saya nk spam ker apa?saya nk tyer.kalau yv maksiat telinga tu,kalau ada orang maksiat tepi2 kita,adalah perlu tutup telinga atau pun ada cara lain yg Abg suggest kn,aslm.uhibbukafillah

Unknown said...

Aslm,bang.ni bkn saya nk spam ker apa?saya nk tyer.kalau yv maksiat telinga tu,kalau ada orang maksiat tepi2 kita,adalah perlu tutup telinga atau pun ada cara lain yg Abg suggest kn,aslm.uhibbukafillah

hjman said...

assalamualaikum, saya ada jual kopiah keras hitam putih semua smart smart, apa lagi kalau pakai konfem nampak hensem punya! mai mai visit blog saya, jangan lupa follow :)