Tarbiah Sentap: Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 1

Saturday, 7 November 2015

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 1

Bismillah.

Berita baik untuk follower Tarbiah Sentap semua !

Bermula hari ini, insyaAllah siri Bedtime Stories Sentap (BSS) akan dikongsikan dalam bentuk perkongsian di Telegram, Emel dan juga Blog rasmi Tarbiah Sentap iaitu www.tarbiahsentap.com.

Kenapa share umum? Bukan ke dah ada buku? Nanti tak rugi ke?

1. Ketahuilah, ilmu ni selamanya milik Allah. Saya tak rugi apa-apa kalau saya share pada semua orang. Sebab tujuan saya tulis BSS pun adalah nak sampaikan ilmu yang saya tahu untuk semua orang. Supaya semua orang ada semangat nak belajar al Quran.

2. Saya sedia maklum, tak semua orang mampu nak beli buku Bedtime Stories Sentap siri 1 dan siri 2 terutama pelajar sekolah. Jadi tulisan di Telegram, Emel dan blog dengan harapan dapat bagi peluang kepada golongan yang tak mampu untuk baca sekali dan share kepada semua orang.

3. Saya tak rasa rugi bila berkongsi pada semua orang. Sebab ketahuilah, saya nak umat ini kembali kepada al Quran, menjadi umat al Quran dan kembali jadikan al Quran dan Sunnah sebagai panduan, rujukan dan perjalanan hidup.

—----

InsyaAllah, saya akan kongsikan setiap siri 2 atau 3 hari sekali insyaAllah. Jom share kepada group2 lain, dalam blog dan semua sekali. Jangan lupa bagi kredit ya. Hehe.

Moga bermanfaat !!

-----

Bedtimes Story Sentap (Siri 1) : Juzuk 1

InsyaAllah, mulai hari ini Bedtime Stories Sentap yang asalnya dalam bentuk buku yang banyak di pasaran akan dikongsikan dalam softcopy di Blog, Telegram dan juga Emel tarbiah sentap. Kita akan buat secara berjuzuk, dari juzuk 1 sampai 30. Ok?

Bismillah..

ok malam ini kita akan buka juzuk 1, surah al baqarah, ayat 67.,

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦۤ إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تَذۡبَحُواْ بَقَرَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوً۬ا‌ۖ قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ

Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

(Al Baqarah 2 : 67)

Dalam surah ini, Allah ceritakan kepada kita berkaitan dengan seekor lembu (memandangkan surah ini pun bermaksud lembu betina). Ketika itu Nabi Musa alayhi sallam suruh kaumnya sembelih seekor lembu betina.

Apa respon PERTAMA kaumnya? seperti mana dalam ayat itu,

قَالُوٓاْ أَتَتَّخِذُنَا هُزُوً۬

Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?"

Kalau dalam bahasa mudah kita, 

“Adakah kau nak bergurau?”
“Kau biar betul nak sembelih lembu.. Ini adalah satu pembunuhan tau tak !”
“Ini mengarut tahu tak..”

ha, macam itulah kaum Nabi Musa respon. Kemudian apa yang Nabi Musa sebut selepas kena kutuk, kena perli, kena maki hamun?

قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ

Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

---

apa pengajaran yang boleh kita ambil,

1. JANGAN ambil ringan perintah Allah !

Kita perhatikan (dalam konteks ayat ni) macam mana kaum Nabi Musa ni respon terharap ARAHAN dan PERINTAH Allah. Nabi Musa dah bagi arahan daripada Allah supaya sembelih lembu, samada ia logik atau tidak, masuk akal atau tidak, MESTI SEMBELIH !

Jangan banyak soal. Wajib taat sebab ia adalah perintah dari Pesuruh Allah. Tetapi respon mereka adalah,

"Kau ni bergurau ke apa.."
" Kau buat lawak hambar ke apa.."

Nak tahu sebab apa kes atau perbualan ni dirakam dalam Quran? Sebab kes ini adalah "TIMELESS PROBLEM". Maksudnya, masalah ini berlaku dari dulu, sekarang dan mungkin akan datang. Hari ini bila ada hukum hakam yang dah JELAS, orang PERTIKAIKAN lagi..

Contoh paling mudah, isu VAPE.

Benda dah jelas haram (walaupun ada khilaf di sana), tetapi keluar dari khilaf tu yang paling terbaik. Iaitu dengan cara kita ambil pendirian untuk kata Vape haram.

TETAPI apa berlaku? Orang pertikaikan juga. Orang awam pula, lepas itu yang tidak pernah tahu tentang hukum hakam, terus jadi "ustaz jadian" keluarkan dalil sana sini untuk tegakkan benang yang dah basah. Kemudian bagi alasan nak bisnes la, dan sebagainya. Dah tahu salah, tapi masih pertahankan kesalahan.

Majlis Fatwa Kebangsaan dah keluar fatwa. JAIS dah keluar fatwa. Apa lagi nak pertikai? Kemudian contoh lain seperti isu TUTUP AURAT. Allah dah JELAS dan NYATA sebut dalam al Quran (surah an Nur) bahawa tutup aurat itu WAJIB. Tetapi apa jawapan yang kita biasa dengar?

"Alaa.. kau ni serius sangat la.. hidayah aku tak dapat lagi.."
"Ala nanti la dulu.."
"Belum sampai seru lagi la.. Kau tak payah bajet ostajah sangat.."

dan lain-lain..

Itu belum lagi kita sebut isu ikhtilat. Allah dah jelas sebut "jangan DEKATI zina." Ikhtilat tu salah satu jalan menuju zina. Allah dah kata jangan DEKAT, janganlah. Ini sibuk pertikaikan sana sini,

"Korang ni syadid sangat.."
"Cuba korang baca tafsir lain.."
"Cuba korang tengok pandangan ulama lain pula.."
"Cuba bla bla bla.."

Lepas itu cedok dalil sana sini untuk pertahankan kesalahan. Kalau salah mengaku salah. Kemudian taatlah perintah Allah, jauhi larangan Allah dan ikut sunnah Rasulullah semampu mungkin.

2. Ayat ini juga memberi pesanan kepada PENDAKWAH. Siapa pendakwah? Saya dan kita semua. Apa pesanannya? Seperti yang Nabi Musa sebut,

قَالَ أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ

Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi SALAH SEORANG dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)".

Orang jahil adalah orang yang cepat marah, panas baran, suka membantah tanpa sebab dan sebagainya. Jadi sebagai pendakwah, kita mesti JANGAN jadi SALAH SEORANG daripada orang yang Jahil. Iaitu orang yang cepat marah, panas baran juga.

Kalau kita berdakwah, sampaikan kebenaran, kita nasihat kawan-kawan, dan sebagainya, Kemudian kalau kena maki hamun, caci maki, kena fitnah dan sebagainya. SABAR dan KAWAL EMOSI sepenuhnya. Kena ada 'kalis maki'. Kulit kena 'tebal'. Dan kemudian ucapkan seperti mana Nabi Musa ucapkan,

أَعُوذُ بِٱللَّهِ أَنۡ أَكُونَ مِنَ ٱلۡجَـٰهِلِينَ

Minta perlindungan daripada Allah supaya kita semua tidak jadi Jahil seperti mana orang jahil.

Apa guna kita jadi pendakwah, kemudian mencarut, maki hamun dan lain-lain. So takde beza macam orang JAHIL. Jadi ayat ini pesanan untuk pendakwah supaya KAWAL EMOSI, dan juga orang yang didakwahkan (mad'u) agar tidak respon macam orang JAHIL selepas terima nasihat.

Wallahu'alam

sumber : Take Allah's Commands Seriously [Juz 1] - Nouman Ali Khan.


----

1. Dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (Siri 1) di kedai-kedai buku berhampiran seperti MPH, Popular, Kinokuniya, SMO, Hasani dan lain-lain.

2. Boleh dapatkan buku Bedtime Stories Sentap (siri 1)  secara ONLINE dengan hubungi secara sms atau whatapps di 019 - 551 0129

3. Jom kongsikan dan follow emel Tarbiah Sentap di www.emelsentap.com dan juga channel Telegram Tarbiah Sentap iaitu http://telegram.me/tarbiahsentap

Kongsikan pada kawan-kawan, dan moga bermanfaat !! :)

- Shukery Azizan -

7 comments:

farah nasuha said...

Terima kasih bebanyak...sy mmg bdk skolah N xmmpu nk bli buku ni ... TQ

Anonymous said...

Mmmm....terbaiikk..

nurulfarah said...

Terbaik.InsyaAllah..
Salah satu cara mendekatkan diri dengan Al Quran.

Unknown said...

Terbaik semoga Allah beri hidayah pada seluruh umat Muhammad S.A.W

Fatin Afifah said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu. Say pun murid sekolah yang tak mampu nak beli kesemua buku Tarbiah Sentap yang best ni. Saya hargai sangat usaha tuan ni. Semoga tuan dimurahkan rezeki..

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian..moga Allah mudahkan dan berkati usaha dakwah yg saudara buat..aamiiiin

Anonymous said...

Jazakallahu khairan kathira.
Semoga Allah memberkati usaha dakwah saudara. Amiin.