Tarbiah Sentap: CARA NAK UBAH MALAYSIA?

Sunday, 30 August 2015

CARA NAK UBAH MALAYSIA?



Rakyat malaysia, setiap hari makin tertekan dengan isu kezaliman pemerintah yang makin lama makin menjadi-jadi. Rasuah, politik wang, korupsi, salah guna kuasa dan sebagainya. Pemerintah yang seolah-olah menganggap rakyat malaysia ini bodoh, dan sebagainya, membuatkan rakyat makin hari makin marah.

Bukan itu sahaja, tertekannya rakyat malaysia bertambah apabila pihak pembangkang juga dua kali lima. Budaya fitnah menfitnah, pergaduhan sesama mereka, budaya nepotisme dan sebagainya, juga di tahap yang membimbangkan. Ada di kalangan mereka yang membawa agenda Malaysian Malaysia(Malayan Union), menentang hudud, dan lain-lain, membuatkan ramai orang seakan-akan di awing-awangan.

Bukan itu sahaja, sesetengah NGO pula makin lama makin mengasak islam, dari hari ke hari, menuntut pembebasan murtad, menuntut iktiraf golongan LGBT, menuntut kebebasan agar syiah di amalkan dan di sebarkan, menuntut agar anak-anak kecil yang baru lahir tak di beri "agama islam" dalam kad pengenalan, menuntut guna kalimah Allah dalam bible dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, NGO dan gerakan islam pula ada di kalangan ahli mereka yang tak habis-habis bercakaran, bergaduh, berbalas hujah bukan dengan hujah tetapi dengan makian, perlian dan mencarut, ini adalah satu tahap yang amat kronik andai tak di rawat.

Bukan itu sahaja, isu gejala sosial yang semakin menjadi-jadi, dengan kes zina di malaysia sebanyak 60,000 sepanjang 3 tahun, bermakna setiap 1 jam ada 2 kes zina di laporkan, dengan gejala hedonisme dan hiburan yang melampau, masalah rumah tangga, kes penceraiaan yang memakan angka 27,000 kes setahun, dan sebagainya, membuatkan kita rasa amat sedih, pilu, tertekan, hiba dengan nasib rakyat malaysia.

Adakah Allah redha dengan rakyat malaysia?

Adakah Allah redha dengan kita??

AZAB ALLAH UNTUK ORANG ZALIM

Wahai rakyat Malaysia.

Kita benci orang zalim, kita benci di zalimi, kita benci dengan orang yang menyokong kezaliman. Namun, ramai yang tidak sedar, sesungguhnya, DIRI KITA juga hakikatnya zalim.

Ya, zalim dengan DIRI SENDIRI!

Kita zalim dengan diri kita. Kita buat dosa noda. Kita lupa Allah. Kita banyak bermain-main. Kita meringan-ringankan agama. Kita anggap hukum Allah itu remeh. Kita mempersendakan perkara yang Allah dan Rasul haramkan. Kita menghina institusi ulama. Kita marah bila orang tegur kita.

Berapa ramai lagi di kalangan rakyat malaysia yang masih belum menutup aurat? Berapa ramai lagi yang terikut budaya kafir dengan memakai pakaian yang seksi dan menjolok mata, tak kisah di kalangan orang kenamaan, artis, pemimpin atau rakyat biasa? Berapa ramai yang masih merokok dan hisap vape walau di fatwakan haram? Berapa ramai yang masih menonton video lucah? Berapa ramai yang masih banyak menghabiskan masa dengan movie dan drama, yang mana pelakonnya tak menutup aurat, di tayangkan pergaulang bebas, cium-cium dan sebagainya? Berapa ramai di kalangan kita yang masih lagi berhibur dengan lagu-lagu yang berunsur seks, dan mengajak pada pergaulan bebas serta dosa noda? Berapa ramai rakyat Malaysia yang bercouple, berpegang tangan, ataupun couple bajet islamik?

Huh….

Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menjaga solat 5 waktu? Berapa ramai di kalangan kita yang tak tinggalkan solat dengan sengaja walau satu waktu? Berapa ramai di kalangan kita yang solat berjemaah di masjid atau surau? Berapa ramai di kalangan kita yang meninggalkan puasa di bulan ramadhan?

Hmm….

Berapa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang istiqomah baca quran sekurang-kurangnya sehari 5 muka? Berapa ramai di kalangan kita yang dapat solat tahajud di malam hari sekurang-kurangnya sekali seminggu? Berapa ramai di kalangan kita yang rajin berdoa dan rajin menangis mengingati Allah?

Wahai rakyat Malaysia!!

Cuba kita muhasabah diri kita sendiri. Ya, diri sendiri.

Adakah kita sering menzalimi diri kita dengan dosa??!

Jika ya, cuba kita renungi ayat Allah ini:

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.”
(al-An’am, 6: 129)

Apa yang Allah nak sampaikan?

Allah akan jadikan orang yang zalim itu turut di kuasai oleh orang yang zalim sebagai balasan kezaliman mereka?

Bermakna, hakikatnya:

“PEMIMPIN YANG ZALIM ITU ADALAH AZAB DARI ALLAH!!!!!”

Adakah kita sedar hakikat ini wahai rakyat Malaysia??

Buka mata, buka hati perhatikan diri.

CARA NAK UBAH MALAYSIA

Wahai kawan.

Kalau kalian mahu Malaysia ini di sirami dengan keadilan, dan di pimpin oleh orang yang adil, serta jatuhnya pemimpin yang zalim, maka, seruan saya:

“Taubatlah pada Allah….”

Kenapa saya kata begitu?

Lihatlah kata-kata ulama di bawah. Perhatikan. Perhatikan dengan mata hati!

1) Ibn Kathir menyebut:

“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka diseksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.”
(Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir)

Andai rakyat Malaysia melakukan dosa noda dan hanyut dengan perkara yang Allah murka, tak kira bangsa dan agama, maka, Allah akan azab dengan memberi pemimpin yang zalim kepada mereka. Tidakkah kita takut akan azab Allah ini, yang mana, ianya telahpun berlaku?

Mari kawanku, kita lihat juga seterusnya.

2) Al-Walid ath-Tharthusi berkata:

“Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, ‘amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian’,bermakna, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin.”

Seperti mana kita, seperti itulah kita akan di pimpin. Andai kita menzalimi diri sendiri dengan dosa, kita akan di pimpin oleh orang yang zalim juga. Sungguh.


3) Abdul Malik bin Marwan rah pernah berkata,

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?”
(Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)

Abdul Malik b Marwan adalah khalifah di zaman itu. Yang mana, rakyat telah marah pada beliau, dan mengatakan pada beliau:

“Kau zalim. Kau tak sama seperti Abu Bakar dan Umar!!”

Lalu, beliau menjawab seperti di atas:

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?”

Bermakna, andai kita mahukan pemimpin yang baik, yang adil, yang soleh, maka, jadilah hamba Allah yang adil, soleh dan tidak menzalimi diri sendiri. Taubatlah pada Allah!

Masih tidak nampak?
Jika belum, ayuh hatayi apa pesanan Iman Hasan Albasri.

4) Hasan Albasri menyebut:

“Sesungguhnya kemunculan pemimpin yang zalim adalah disebabkan azab dari Allah, maka janganlah kamu melawan azab Allah dengan tangan-tangan kamu. Akan tetapi wajib bagi kamu untuk tunduk dan memohon dengan merendah diri pada Allah!”

Kita nak jatuhkan pemimpin zalim dengan tangan kita? Kita nak buat apa? Nak bunuh, nak berdemonstrasi, nak melakukan keganasan? Sungguh, ianya takkan membuahkan hasil yang memuaskan. Kerana Allah dah tetapkan, baik masyarakat, baiklah kita.

Masih tidak nampak? Ayuh kita lihat, apa kata Syeikh As-Sa’di.

5) Syeikh As-Sa’di menyebut:

“Sebagaimana masyarakat itu jika baik dan istiqamah berada di atas jalan yang benar, maka Allah memperbaiki pemimpin mereka, iaitu menjadikan untuk mereka pemimpin-pemimpin yang bersikap adil dan insaf. Bukan yang zalim lagi jahat.
(‘Abdurrahman B. Nashir as-Sa’di, Taisir Karim ar-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan, 1/273)

Itulah sifir Allah. Taubat dan kembali pada Allah dan mengajak masyarakat kembali pada islam yang sebenar dengan sungguh-sungguh adalah jalan untuk ubah Malaysia!

Masih tidak mahu percaya? Masih ingin mendabik dada dan ego tidak mahu bertaubat? Ayuh, ayuh wahai kawan, kita lihat apa yang Ibn Taimiyah pesan.

6) Ibn Taimiyah berkata:

“Aku telah menyebutkan dalam bab yang lain bahawa punca kepada masalah yang berlaku kepada para pemerintah, kemudian para menterinya, hakim-hakimnya, dan para panglimanya bukan hanya perlu dilihat dari kekurangan pada diri mereka sahaja, akan tetapi kerana kekurangan para pemimpin dan RAKYAT sekaligus, kerana bagaimana keadaan kamu, maka begitulah akan dijadikan pemimpin untuk kamu. Allah Ta’ala berfirman, “Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman (pemimpin) bagi sebahagian yang lain.” (Surah al-An’am, 6: 129).”
(Majmu’ al-Fatawa, 35/20)

Terkejut bukan?
Sekarang, mungkin kita telah sedar, bahawa, punca Allah angkat pemimpin yang zalim adalah kerana banyaknya dosa yang kita lakukan wahai kawan.

7) Hayati juga kata-kata Imam Hasan Hudhaibi:

“Dirikanlah islam di dalam hatimu, nescaya ia akan tertegak di dunia…”

Andai kita nak islam menguasai dunia, maka, amalkanlah islam sungguh-sungguh sepenuh hati kita!

KENAPA ALLAH TAK KABULKAN DOA KITA?

Kita banyak kali doa agar Allah jatuhkan pemimpin yang zalim. Kita banyak kali doa agar Allah bebaskan palestin, selamatkan syiria rohingya dan sebagainya. Kita banyak kali doa agar Allah memberi kemenangan pada umat islam.

Namun, mengapa ia seakan-akan tidak di kabulkan?

Kerana, hakikatnya, ia adalah salah kita sendiri!!

Ada beberapa sebab kenapa Allah tak kabulkan doa kita. Jom tengok satu-satu, lalu muhasabahlah diri!

1)Tinggalkan dakwah.

Isu ini sangat penting. Kalau kita nak tahu, bila kita tinggalkan dakwah, bila kita tak ajak orang buat baik dan cegah orang buat  maksiat, Allah takkan pandang kita. Allah takkan terima doa kita. Bahkan, Allah takkan bantu kita!

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepda kalian: ‘Serulah manusia ke arah kebaikan, dan cegahlah mereka dari melakukan kemungkaran, sebelum datang satu masa, di mana jika kalian BERDOA, tetapi doa kalian TIDAK AKU KABULKAN. Kalian MEMINTA KEPADAKU, tetapi aku TIDAK MEMBERI pada kalian. Dan kalian MEMINTA TOLONG kepadaku, tetapi, aku TIDAK MENOLONG kalian!!”

(Hadith riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban)

Kalau perhati hadith kat atas, rasanya, Allah pandang ke doa dan qunut nazilah kita bila kita langsung tak ada usaha untuk berdakwah??!

2) Umat islam saling bercakaran

Ini juga satu punca, dan perkara yang menghalang pertolongan Allah datang. Apabila orang islam sesama islam asyik bergaduh, mengutuk, mencaci dan menghina sesama sendiri, bersangka buruk dengan umat islam, sedangkan bila dengan orang kafir boleh duduk sekali dan bersangka baik serta berlembut, membelakangkan orang islam, dan yang sama waktu dengannya. Apa ini? Apakah ini semua?!!

Ingatlah pesan arrasul:

“Apabila umatku telah mengagungkan dunia, maka akan tercabut dari mereka kehebatan islam. Dan apabila mereka meninggalkan amar makruf nahi mungkar(dakwah), maka akan hilang dari mereka keberkatan wahyu. Dan apabila UMATKU SALING MENGHINA, maka JATUHLAH mereka dari PANDANGAN ALLAH!!”

(Hadith riwayat Hakim dan Tirmizi)

So, apakah yang menghalang kita, umat islam untuk bersepakat dan bersama-sama meninggikan kalimah Allah?! Apakah yang menghalang? Ketahuilah, lagi kita berpecah dan saling hina-menghina, maka selagi tulah Allah takkan hantar pertolonganNya dan selagi tulah islam takkan bangkit!

Banyak lagi saya nak kupas. Tapi, dua ini juga sudah cukup untuk kita muhasabah diri kita.

CARA NAK UBAH MALAYSIA, APAKAH SOLUSINYA?

Solusinya bagi saya, KEMBALILAH kepada islam. Bertaubatlah, dan kembalilah ke pangkal jalan. Fahamilah islam, laksanakanlah dakwah, tinggalkanlah maksiat, bersepakatlah sesama umat islam. Itulah jalan untuk mendapat pertolongan Allah.

Tak guna kita berdemonstrasi sini sana tapi pada masa yang sama kita masih menjadi punca kezaliman berleluasa. Sungguh.

Saya nak kongsikan satu kisah yang sangat menarik.

Satu kisah, di zaman HASAN ALBANNA, tika masyarakat ketika itu bertanya:

“Adakah palestin akan kembali ke tangan umat islam semula??”

Maka, Albanna menghantar seorang ulama’ untuk ke palestin bagi mendapatkan beberapa maklumat, bagi menjawab seoalan tersebut. Setelah itu, ulama tersebut menyatakan:

1) Apabila aku mengajak mereka untuk solat berjemaah di masjid, masing-masing di antara mereka memilih untuk tak turut serta dengan pelbagai alasan.

2)Apabila aku mengajak mereka untuk mendalami dan menghayati Alquran, ramai di kalangan mereka memilih untuk tidak pedulikan.

3)Apabila aku mengajak mereka ke majlis ilmu agar mereka memahami agama dan mendapat kesedaran, mereka menolak dan mengabaikan.

4)NAMUN, apabila aku mengajak mereka untuk menentang kezaliman yahudi laknatullah, mereka terus bersemangat dan turun dari segenap penjuru untuk berdemontrasi menyokong perkara ini!!

Maka, apabila mendengar keadaan itu, Hasan Albanna menjawab:

“Palestin takkan kembali ke saat orang islam di saat ini…..”

Kerana itulah, Hasan Albanna mulakan TARBIAH, mendidik masyarakat dengan dakwah. Sehingga hidupnya rijal hasil didikan albanna iaitu SYEIKH AHMAD YASSIN yang telah mentarbiah penduduk GAZA, mengajar mereka Alquran dan sunnah, mengembalikan roh dakwah dan tarbiah di kalangan mereka, serta menubuhkan HAMAS, yang kita lihat hari ini, hero umat islam!

Kerana mereka sedar, dengan kembali pada islam lah, islam akan bangkit dengan pertolongan Allah.

PENUTUP

Wahai kawan.

Tugas kita untuk baiki masyarakat, fahamkan masyarakat tentang islam yang sebenar, islam yang syumul, mendekatkan masyarakat dengan islam, merawat masyarakat yang makin lama makin jauh dari islam, perlu di lakukan sungguh-sungguh tanpa lelah jemu.

Walaupun ia seakan-akan lambat menuju kemenangan, tapi itulah satu-satunya jalan yang paling selamat dan paling laju. Percayalah.

Hatta itulah yang di lakukan oleh arrasul tika awal-awal di lantik menjadi rasul. Tarbiah masyarakat, tarbiah, tarbiah, tarbiah. Bila masyarakat kuat, maka datanglah apa pun, islam tetap kuat dan utuh.


Ambillah islam secara SYUMUL. Islam itu bukan pada ibadah sahaja. Tetapi, islam itu menyeluruh, lengkap dan saling melengkapi. Ambil islam dari sudut ibadah, akidah, akhlak, ekonomi, politik, ketenteraan, kenegaraan, undang-undang, ilmu, budaya, dan sebagainya. 

Wahai pemimpin malaysia, bertaubatlah pada Allah.
Takutlah akan azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.
Wahai rakyat malaysia, bertaubatlah pada Allah,
Takutlah azab Allah untuk mereka-mereka yang zalim.


Wahai rakyat malaysia..

"Jangan sampai kalian hanya mampu melaknat orang zalim, tetapi hendaklah kalian memikirkan bagaimana untuk menghentikan kezaliman itu!!"
(Umar Telmisani)

"3 kelemahan umat islam. Pertama, tidak belajar dari SEJARAH lampau(tak baca sirah nabi, tak baca sejarah-sejarah dunia), kedua, tak merancang dengan teliti, dan yang ketiga, malas membaca!"
(Moche dayan, bekas panglima ketua pertahanan IDF-israel defense force)

"Umat islam jangan bermimpi ingin mengalahkan kami, selagi mana solat subuh mereka di masjid tak sama macam solat jumaat!!"
(Rahib yahudi)

Wallahua’lam.

21 comments:

Haziq Danial said...
This comment has been removed by the author.
Haziq Danial said...

Semoga memberi manfaat kepada warga Malaysia dan dapat memahami apa yang disampaikan oleh Tarbiah Sentap. In Shaa Allah.. Terbaekk Tarbiah Sentap (y)

krung krungx said...

Thank you for this post ! Sangat sangat menjawab pertanyaan saya mengenai isu malaysia sekarang ini .InShaaAllah sama sama kita berubah ..Aamiin :')

krung krungx said...

Thank you for this post ! Sangat sangat menjawab pertanyaan saya mengenai isu malaysia sekarang ini .InShaaAllah sama sama kita berubah ..Aamiin :')

krung krungx said...

Thank you for this post ! Sangat sangat menjawab pertanyaan saya mengenai isu malaysia sekarang ini .InShaaAllah sama sama kita berubah ..Aamiin :')

khairi hisyam said...

thanks for artikel. sangat bermanfaat untuk rakyat malaysia. same2 bangkit dan berubah. insyaAllah. amen.

acera ceae said...

InsyaAllah..trima kasih atas nasihat nya..

Anonymous said...

nak kata rakyat syria semua tu zalim ke ? sbb tu pemimpin diorg zalim. tak boleh camtu jugak.. tak semestinya kalau kita tak ubah diri kita, tuhan akan beri kita pimpinan yg zalim dan jahat. kadang2 kalau dah mmg rakyat baik tp pemimpin jahat cemana? nak taknak sekali sekala rakyat kena bangkit jugak utk menuntutu hak rakyat dan mintak pimpinan yg jahat utk turun.. takleh la semua bnda nak tgk diri sndiri sahaja. ]

Anonymous said...

sahabat nabi pun dulu dizalimi. Takkan nak kata sahabat nabi tu zalim ? Dah mmg golongan yg menzalimi tu adalah ujian yg Allah berikan pd mereka. Jd situasi mcm tu tak mustahil berlaku pd zaman skrg. Mungkin betul ada antara kita yg masih menzalimi diri sndiri tp sampai nak kata pemimpin kita jahat sbb rakyat jahat tu tak boleh laa.. Rakyat kita ada yang baik dan tak tergolong dlm golongan yg menzalimi diri sndiri. Golongan ni la diuji dgn pimpinan yg zalim. Golongan ni la yg kena usaha utk bangkit menentang pimpinan yg zalim. Admin sndiri pun tahu apa hukum dia bili pimpinan kita buat salah kan? Admin tahu apa sepatutnya seorang rakyat tu buat kalau pimpinan dia zalim..

Bro Ley said...

Saya setuju dengan artikel ni. Thanks for the advice. Musibah dan ujian yang melanda berkemungkinan besar disebabkan masyarakat kita sendiri yang dah tak berapa nak kisah dengan dosa yang dilakukan. Ada yang siap berbangga dengan dosa sendiri lagi. Tak mustahil masalah yg timbul kat Malaysia ni musibah di atas dosa2 kita sendiri.

Boleh tak kalau tarbiah sentap ulas mengenai sistem demokrasi yg digunapakai di negara ini. Kalau mengikut sistem pemerintahan Islam namanya sistem khalifah kan? Yang saya saya tahu kalau guna sistem Islam, memang wajib patuh pemerintah. Tapi, skrg kat Malaysia guna sistem demokrasi. Kalau boleh la.., buat perbandingan sistem Islam dgn sistem demokrasi.

Sebab ada kemungkinan sistem demokrasi jugak penyebab berlaku pelbagai masalah di dalam pemerintahan negara. Hanya dgn undian org ramai yg mampu membawa individu menjadi pemimpin. Maka, mulalah setiap pihak ingin menunjuk2 kelebihan diri dan mencari2 keburukan pihak lawan. Jadilah, negara yg kacau bilau. Betulkan saya jika ada fakta tersilap. Ini hanya pendapat saya sahaja.

Ke tarbiah sentap memang dah pernah tulis pasal ni? sorry kalau dah pernah tulis. Btw, tak ada widget 'search' ke kat blog ni?

Anonymous said...

Baik... memberi kesan

Anonymous said...

mgkin yg zalim lg banyak dr beriman...tu sbb bala allah kpd org zalim,org beriman pon kena tempiasnya..

emmemarina mhd said...

terkesan di hati. Malaysia sebenarnya hanya 52% islam. kita gah bercakap ttg kita orang islam tetapi rata tak bertudung, seksi, tak bersolat. realitinya begitu. sedih tak usah nak cakaplah. terima kasih sebab tunjukkan pada kami yang membaca. semoga kita semua juga mampu menjadi pendakwah dan islam yang lebih baik.

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..
macam mana kita nak hadapi orang yang kita tegur tapi dia perli dan jatuhkan kita balik?
mohon pencerahan ustaz..
tq

Raihana Z. said...

Artikel yg manfaat, alhamdulillah byk bagi pencerahan utk bbrp perkara.

Tarbiah sentap xpernah mengecewakan!

Neon_16 said...

When i was clever, i wanted to change the world. Then i become wise, i want to change myself

Zee Mikhail said...

Drpd pandang org lain, kenapa tak pandang diri kita sendiri? Adakah kita merasa yg kita tidak menzalimi diri sendiri? Tu point utama artikel di atas yg mgkin saudara kurang nampak, atau sengaja tak nak nampak

Zee Mikhail said...
This comment has been removed by the author.
Zee Mikhail said...

Jwp dulu, apa yg patut rakyat buat bila dizalimi pd pandangan saudara? Bangkit menentang kezaliman dgn kekerasan yg akhirnya menjadikan Malaysia satu lg negara Islam yg kucar kacir seperti yg terjadi di rantau barat? Dan akhirnya membuka peluang utk negara asing campur tgn dalam pentadbiran kerajaan? Itu ke yg saudara nak?

Mohamad Nasir said...

Setuju...ini yg diperjuangkan oleh Al Marhum Ustaz Dahlan bin Mohd Zain.

anak peneroka said...

salam....sangat sejutu dengan tulisan anda..kerana inilah yg saya fikirkan dari dulu hingga saya xpernah undi mana2 parti politik...

tapi ada 1 soalan utk kita semua..mrngenai Dakwah & Tarbiyah yg tuan tulis..

Semua muslim tau..dakwah ni sentiasa berjalan..tak pernah berhenti..dari mula islam sampai ke malaysia lagi..persolannya...di mana perbezaan dakwah org dulu2 dan dakwah org sekarang????

orang non muslim tertarik dengan dakwah rasulullah,para sahabat bukan kerana isinya adalah tentang kebenaran islam..tapi terlihat kebenaran dlm kehidupan rasulullah,para sahabat...so terbalik kan??


klu dulu...non muslim berminat mendekati islam kerana terlihat kebenaran islam pada komuniti islam tu sendiri...

klu skrg..kita sibuk nak berdakwah pada umat islam yg semakin jauh nak meninggalkan islam...klu pada non muslim..jauh panggang dari api...

nampak tak bezanya???

jadi apakah sebenarnya yg dikatakan DAKWAH???

waktu islam masuk ke malaysia dulu..pedangang2 islam punya taraf hidup yg lebih tinggi dari penduduk tempatan..mereka menguasai teknologi dan ilmu..jadi disebabkan itu,penduduk malaysia waktu tu berminat dengan islam...baik.saudagar arab maupun admiral cheng ho..mereka muslim2 yg menguasai teknologi & ilmu...


tapi kita??? apa yg kita kuasai??? inilah punca kenapa muda mudi semakin jauh dengan islam..

jadi bagaimana???


Bagi saya..untuk ubah malaysia adalah dengan dakwah..tapi bukan dakwah yg umumnya dilakukan sekarang..mengajak manusia kpd kebenaran...tapi kebenaran itu sendiri tak kelihatan..hanya mainan kata2 dibibir pendakwah saja...

caranya ialah dakwah dengan perbuatan...

buktikan pada kehidupan...wujudkan komuniti yg berdakwah dgn cara ini..wujudkan komuniti yg menguasai bidang kehidupan...

inilah caranya...dan setakat pembacaan sy...tak ada 1 pun kemuniti seperti ini di mana2 celahan dunia islam...sebab itu islam tertindas...termasuk di malaysia...

ini pendapat saya..saya beminat mendengar respon...

hijrahminda84@gmail.com