Tarbiah Sentap: Cara nak tegur kawan tanpa dia terasa?

Tuesday, 21 July 2015

Cara nak tegur kawan tanpa dia terasa?


Bismillah.

Saya banyak kali dapat soalan macam ni:

“Ustaz, macamana nak tegur kawan kita, pada masa yang sama, dia tak terasa? Saya takut nak tegur kawan saya, takut-takut, dia akan jauhkan diri dia dari saya…Huhu..”

Hmm..

Saya kira, ramai di kalangan kita takut nak menegur kawan, takut nak buat dakwah, takut nak post dan twit benda baik kat media sosial, sebab takut orang terasa, takut orang kutuk, takut orang benci, takut orang pulau kita dan sebagainya. Sungguh, ramai sangat yang fikir macam ni, yang mana akhirnya, akibat dari “perasaan takut” ini, ramai sangat yang tinggalkan dakwah, lalu, akhirnya hanyut di buai nafsu, terpengaruh dengan kawannya yang buat dosa dan maksiat.

Jadi, apakah penyelesaian tentang perkara ini?

Yelah, kita semua pun tahu, dakwah tu hukumnya WAJIB. Kita layak tak layak tu lain cerita. Actually, kalau kita ni ISLAM, kita dah di kira layak untuk dakwah. Isu amal taka mal, cakap tak serupa bikin dan yang sama waktu dengannya, saya dah ulas panjang lebar dalam buku Tarbiah Sentap 1, dalam bab 4.

Kali ni, saya nak terangkan secara detail tentang isu “dakwah tanpa orang terasa”, step by step. Saya harap sangat, korang boleh dapat manfaat, faham secara lumat, dan moga ianya membuatkan korang rasa berani dan kuat!

Jom kita hayati, amati, fahami, satu per satu.

HAKIKAT , SUNNAH DAN ASAM GARAM DAKWAH

Saya akan ulas subtopik ni dalam bentuk point. Take note satu persatu ye:)

1) DAKWAH ITU MEMANG AKAN MEMBUATKAN ORANG TERASA.

“Ha? Apa? Biar betul?!”

Ye. Betul.

Memang bila kita menegur, orang yang di tegur akan terasa. Percayalah. Korang pernah kena tegur tak? Korang terasa tak dengan teguran tu? Komfem korang terasa punya. Jangan tipu diri sendiri.

Kenapa terasa?

Saya bagi perumpamaan mudah untuk korang boleh faham.

Bayangkan, kalau bilk tidur korang gelap sebab korang tutup lampu nak tidur. Tiba-tiba, ada kawan korang masuk bilik korang dan bukak lampu. Mesti mata korang akan sakit kan? Sebab dah lama duduk dalam gelap, tiba-tiba ada cahaya masuk. Sakit kot mata…

Tapi, sakit tu sekejap je. Lama-lama, mata kita akan normal balik. Dalam subjek sains ada ulas topic ni. Cuba ulangkaji. Hehe..

Anyway, apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?

Actually, kegelapan tu ibarat dosa. Dan cahaya lampu tu ibarat teguran kita. Awal-awal, bila kena tegur, memang hati kita akan sakit, kita akan terasa, sebab kita dah lama buat dosa(kegelapan), lepas tu orang tegur(cahaya), kita akan terasa lain macam.

TAPI, kalau kita rasional, dan tak ego, kita akan terima teguran tu. Walaupun yang tegur tu ialah orang yang paling kita tak suka. Sebab, kita jangan pandang orang yang menegur, tapi, pandanglah apa yang di tegur.

So, nak buat macamana??

Bila kita tegur dengan cara lembut ke, cara tegas ke, orang akan tetap terasa. Percayalah. Tapi, yang membezakan orang beriman dengan orang yang tak beriman ialah bagaimana respon kita setelah di tegur.

a) Orang beriman, dia akan mengambil manfaat dari teguran tu.

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
“Dan berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman…”
(Az-Zariyat: 55)

b) Orang Kafir takkan terima teguran tu.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ
“Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama sahaja, kamu menegur mereka atau kamu tak menegur mereka, mereka takkan beriman….”
(Al-Baqarah: 6)

c) Orang munafiq pulak, dia pura-pura terima, tapi hati mereka menolak, lepas tu kutuk belakang.

وَإِذَا لَقُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ قَالُواْ آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْاْ إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُواْ إِنَّا مَعَكْمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

“Dan apabila mereka berjumpa dengan orang beriman, mereka berkata, ‘Kami telah beriman’. Tetapi apabila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka(para pemimpin, rakan dan lain-lain), mereka berkata: ‘Sesunggunya kami bersama kamu(orang beriman) hanyalah olok-olok sahaja…”
(Al-baqarah: 14)

So, kesimpulannya, orang terasa dengan teguran kita tu adalah fitrah, normal, dan tak boleh di elak.

Jangan sedih.

2) DAKWAH ITU PASTI ADA TENTANGAN

Pertama, saya nak nyatakan secara terus terang bahawa:

“Dakwah pasti dan pasti akan mendapat tentangan”.

Sungguh saya kata. Percayalah.

Tak percaya?

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Nuh bukan? Macamana nabi Nuh dakwah pada umatnya, selama 950 tahun, tapi, umat nabi nuh bukan takat tak ikut nabi Nuh, tapi nabi Nuh di caci maki, di hina, di pulau, di boikot, di jauhi, di benci, di perkecilkan dan sebagainya. Dan lebih menyedihkan, isteri dan anak nabi Nuh pun turut sama menjauhi nabi Nuh!

Cuba korang bayangkan, rasa-rasa apa perasaan nabi Nuh?

Sungguh, nabi nuh rasa sedih, hatinya pedih, nabi nuh menangis, merintih, bahkan, kadang, nabi nuh rasa putus-asa. Cuba korang salami perasaan nabi Nuh, cuba korang amati luahan hati nabi nuh dalam surah Nuh. Hayati!

Nuh berkata:

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلا وَنَهَارًا
“Ya tuhanku, sesungguhnya, aku telah menyeru kaumku siang dan malam!”

فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلاَّ فِرَارًا
“Tetapi, seruanku itu tidak menambahkan iman mereka, bahkan mereka lari dari kebenaran!”

وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا
“Dan, sesungguhnya, setiap kali aku menyeru mereka untuk beriman agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke telinganya(tutup telinga), dan menutup mukanya dengan baju, dan mereka mengingkari serta menyombongkan diri….”

(Nuh : 5 hingga 7)

Serius. Bila saya baca surah Nuh ni, saya agak sebak. Nabi Nuh dakwah 950 tahun kot, siang dan malam kot! Lepas tu kena kutuk gila-gila. Tapi, baginda tetap kuat, tetap teguh menyampaikan kebenaran! Kita, kena kutuk sikit, kita down. Kita terus rasa give up, tak nak dakwah. Kita rasa tak mampu, kita rasa geram dengan orang yang tak terima teguran kita.

Tapi, kenapa kita tak nak bandingkan diri kita dengan nabi Nuh? Kalau nabi Nuh mampu kuat, kenapa kita tak boleh?

Hmm..

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Ibrahim kan? Macamana nabi Ibrahim usaha untuk memahamkan umatnya supaya tak sembah berhala, macam-macam cara baginda lakukan untuk menyeru umatnya. Akhirnya, nabi Ibrahim hancurkan berhala-berhala tersebut. Tahu apa jadi selepas itu?

Nabi Ibrahim kena marah dengan ayahnya sendiri, kena maki hamun dengan umat dia, dan nabi Ibrahim telah di bawa di khalayak ramai, dan telah di campakkan dalam API yang sangat besar, panas dan luas, sehingga mereka nak campak nabi Ibrahim kata pi tu, terpaksa kena guna lastik dari jauh, sebab bahang api tu terlalu panas!

Adakah nabi Ibrahim putus asa dan takut untuk terus sebarkan dakwah?

Tidak!

Kita ni, kena-kena kutuk pun, takdelah sampai kena campak dekat api. Paling-paling pun kena bantai, kena bash dengan haters. Kalau kita rasa nak down, cuba bandingkan diri dengan nabi Ibrahim. Kalau nabi Ibrahim mampu kuat, takkan kita tak boleh?

Huh..

Korang mesti pernah tahu, kisah Nabi Isa. Bagaimana kaumnya telah mengejar dan memburu nabi Isa untuk membunuh nabi Isa. Nabi Isa adalah nabi yang termiskin. Tiada rumah, hidup sebatang kara. Lantaran kemiskinan itu, kaumnya memandang rendah akan diri baginda. Mereka nak bunuh nabi Isa! Sehingga nabi Isa lari, lari dan lari, seterusnya menyorok di belakang pokok, menyelamatkan diri.

Kita ni, takdelah sampai orang kejar kita nak bunuh kita. Kalau kita rasa down, cuba bandingkan diri kita dengan nabi Isa. Bandingkan. Kalau nabi Isa mampu untuk kuat dan tak putus asa, mengapa tidak kita?

Huh…

Korang mesti pernah dengar kisah nabi Musa kan? Macamana nabi Musa dan pengikutnya di buru oleh Firaun, Firaun nak bunuh mereka! Di kejar habis-habisan, sampai pengikut nabi Musa dah ragu-ragu!

“Betul ke ajaran nabi Musa ni betul? Kalau betul, kenapa kita di benci sebegini teruk??’

Mereka di kejar oleh tentera Firaun, yang mana akhirnya, nabi Musa dan pengikuntnya tersekat di sebuah laut. Tiada jalan keluar, kalau nak mara ke hadapan, lemas di lautan. Kalau nak patah balik, mati di bunuh tentera Firaun yang lengkap bersenjata.

Tapi, akhirnya, Allah perintahkan nabi Musa untuk pukul laut tu dengan tongkat, lantas terbelah la laut tersebut, dan nabi Musa serta pengikutnya dapat laluinya dengan selamat!

Selepas peristiwa tu, nabi Musa pergi ke bukit tursina selama 40 hari. Setelah 40 hari, tika nabi Musa kembali ke halamannya, alangkah terkejutnya nabi Musa, pengikutnya semua telah murtad dan menyembah sapi betina!!! Nabi Musa sangat sedih, sangat marah. Mana taknya, Allah dah tunjukkan kebesaranNya dengan membelah laut, tapi, kaumnya masih boleh lagi berpaling dari Allah…

Agak-agak apa perasaan kita, bila kita dah dakwah seseorang, seseorang tu dah jadi baik, tiba-tiba, suatu hari, bila kita jumpa orang tu, dia jadi teruk semula dan lupakan segala kebaikan yang kita dah buat kat dia. Mesti kita pedih bukan??

Tapi, kalau nabi Musa boleh kuat, kenapa kita tak boleh?

Isk isk…

Korang mesti pernah dengar kisah Nabi Muhammad bukan? Time di fasa mekah, bagaimana awal-awal, nabi naj ajak penduduk mekah kepada Allah. Nabi Muhammad di pulau, di seksa, di cerca, di tuduh gila, di tuduh ahli sihir, di tuduh pemecah belah umat, di tuduh kena rasuk jin, di benci begitu sekali. Sehingga kaum quraisy ketika tu amat benci siapa-siapa yang ikut nabi Muhammad.

Sumayyah di sula sampai mati!

Keluarga Yasir di seksa sampai mati!

Bilal b Rabah di seksa di atas padang pasir yang panas, dan di letakkan batu yang besar di atas badannya!

Khabbab Al-Arat di pakaikan baju besi, kemudian di panggang di atas bara api, sehingga baju besi tersebut menjadi panas, menggelegak, sampai kulit daging beliau terkeluar, dan lemak-lemak dagingnya telah memadamkan bara api tersebut!

Abu Bakar di bantai, di pukul, sehingga mukanya tak dapat di cam oleh orang ramai lantaran bengkak, lebam, dan luka berdarah di seluruh tubuh badannya!

Sehingga, sahabat meluahkan rasa sedih, pedih, kecewa dan sengsara mereka pada nabi, mereka hampir putus-asa, lantas Allah berfirman untuk menjawab segala kekecewaan mereka:

“Adakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepadamu ujian seperti yang di alami oleh orang-orang terdahulu daripadamu? Mereka di timpa kemelaratan, penderitaan, dan di goncang dengan pelbagai ujian, sehingga rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata; ‘Bilakah pertolongan Allah akan hadir?!!” Ingatlah, bahawa, pertolongan Allah itu amatlah dekat….”

(Albaqarah: 214)

Kenapa saya cerita semula kisah-kisah ini?

Supaya kita sedar, bahawa asam garam dakwah ialah, kita akan mendapat tentangan. Maka, kalau mereka semua mampu untuk bertahan dan setia dengan kebenaran hingga saat akhir, mengapa kita tak boleh?

Saya yakin, kita semua mampu!

3) DAKWAH MEMBUATKAN KITA DI AKAN HILANG KAWAN.

Cuba korang hayati kata-kata seorang tabien yang bernama Uwais Alqarni rahimahullah. Beliau berkata:

إن الأمر بالمعروف والنهى عن المنكر لم يدعا للمؤمن صديقا۔ نأمرهم بالمعروف, فيشتمون أعراضنا, ويجدون في ذلك  أعوانا من الفاسقين, حتي والله لقد رموني بالعظائم, وأيم الله, لا أدع أن أقوم فيهم بحقه

“Sesungguhnya, melaksanakan kewajipan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu akan menyebabkan orang beriman itu tidak mempunyai kawan. Apabila kita mengajak mereka kepada kebaikan, maka mereka pun akan mencela kehormatan kita, dan mencari penyokong di kalangan orang yang fasiq (untuk melakukan kerosakan kepada kehormatan diri kita.

Sesungguhnya demi Allah! Mereka telah menuduhku dengan pelbagai tuduhan yang dahsyat. Namun, demi Allah juga, aku sama sekali tidak akan meninggalkan untuk menegakkan (amar makruf nahi munkar) kepada mereka dan kewajipannya!”

(Kitab Al-I’tishom, Imam Al-Syatibi)

Cuba korang perhatikan. Kalau korang nak tahu, Uwais Alqarni adalah penghulu para tabien, salah seorang wali Allah yang mahsyur, banyak riwayat yang menyatakan kelebihan beliau. Kalau tokoh setaraf wali pun kena hentam dan di tuduh macam-macam sebab mahu menegur manusia, maka, kita yang biasa-biasa ini apatah lagi. Akan di tuduh, di buka aib, di ungkit silah silam dan sebagainya.

Tapi, takkan nak putus-asa pulak? Jangan. Ingat, ingat:

“Kalau tokoh setaraf wali pun kena hentam dan di tuduh macam-macam sebab mahu menegur manusia, maka, kita yang biasa-biasa ini apatah lagi…”

Kan?

4) TAK SEMUA ORANG AKAN TERIMA DAKWAH KITA.

Ni pun kita kena perhatikan secara teliti, secara lumat, secara mendalam.

“Tak semua orang akan terima dakwah kita!”

Kadang-kadang, kita nak semua orang terima apa yang kita cakap, kita nak semua orang terima cara kita, kita nak semua orang berubah dengan dakwah kita. Lepas tu, bila ada orang yang tak berubah, bila ada orang tak terima, bila ada orang jauhkan diri, kita rasa stress, tertekan, tension.

Sebab apa?

Sebab kita ingat semua akan wajib terima cara dan dakwah kita, dan kita tak boleh terima bila ada orang tak terima kita. Lepas tu kita down..

Rileks dan bertenang.

Kita ni bukan tuhan. Kita bukan Allah.

Yang bagi hidayah pada manusia bukanlah dengan teguran kita, kata-kata kita, tulisan kita dan sebagainya. Tapi, yang bagi hidayah ialah Allah!!

Mungkin seseorang tu tak boleh berubah dengan cara kita, tapi dia boleh berubah dengan cara orang lain.

Sebab tu, bila ada orang tak terima teguran kita, kita jangan marah. Tapi, kita doakan agar mereka dapat berubah dengan teguran orang lain.

Saya ulang:

“Bila ada orang tak terima teguran kita, kita jangan marah. Tapi, kita doakan agar mereka dapat berubah dengan teguran orang lain…”

Ini tak. Ada segelintir kita, bila orang tak boleh terima teguran dia, dia terus maki hamun, menghina orang tu dengan pelbagai penghinaan dan caci maki, seolah-olah orang tu takde harapan untuk berubah. Apakah?!

Jangan macam tu kawan.

Ingat…

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَن يَشَاءُ
“Sesungguhnya kamu tak dapat memberi hidayah kepada orang yang kamu cintai, tetai Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki…”
(Al-Qasas: 56)

Kerana itu, banyaklah berdoa pada Allah agar memberi mereka hidayah, dari asyik memaki hamun orang yang tak nak terima dakwah kita.

Lagi satu, ada di kalangan kita, di sebabkan nak SEMUA orang terima dakwah dia, maka diapun melonggarkan agama, dia tak berani nak cakap yang haram tu haram, bahkan sampai satu tahap, dia menghalalkan yang haram hanya semata-mata nak kelihatan “terbuka”, dan supaya di terima ramai. Untuk orang-orang yang macam tu, cuba korang hayati kata-kata ini:

رضا الناس غاية لا تدرك
“Keredhaan manusia ialah matlamat yang tak mungkin akan tercapai..”
(Imam Syafie)

Kita takkan boleh buat semua orang terima kita. Percayalah. Sebab tu, kita jangan buat dakwah untuk nak dapat like, nak ramai followers dan nak semua orang suka.

Biasala tu orang tak terima. Hayati juga kata-kata seorang ulama’ salaf:

الناس أعداء ما جهلوا
“Manusia itu memusuhi apa yang dia tidak tahu..”

Namun redha Allah itu yang aku cari...

وفي رضا الله كفاية عن رضا كل أحد
“Pada keredhan Allah itu ada kecukupan daripada mengharap kepada redha sesiapa pun…”

Burulah redha Allah. Bukan redha manusia.

***

BEBERAPA SKILL DALAM DAKWAH

Setelah kita tahu beberapa hakikat dan asam garam dalam dakwah, saya nak kongsi pada korang semua, beberapa skill dalam dakwah, agar, dakwah kita ini mudah di terima(walaupun tak semua akan terima).

Sebab sometimes, ada orang, memang dakwah dia takde orang terima langsung. Sebagai pendakwah, kita kena sentiasa koreksi diri setiap kali dakwah kita tak di terima.

Sebenarnya, dakwah ni tak semata-mata MENEGUR. Sometimes, nak dakwah ni, kita tak perlu nak tegur sangat pun, orang boleh berubah. Macamana?

Sebelum kita nak dakwah seseorang, kita kena berkenalan dengan dia, kena rapat dengan dia, kena dekati dia. Janganlah tak pasal-pasal, datang kat dia, terus tegur. Contohnya, ada couple, kita nampak, terus kita datang kat dia dan kata:

“Apa korang ni couple-couple… Janganla couple. Tak elok!”

Cara ni memang agak tak berkesan. Walaupun kadang-kadang berkesan.

Tapi, apa yang sepatutnya kita buat, kalau kita ada kawan yang kaki couple, atau kaki rokok, atau kaki drama dan movie, atau apa-apa lah, sebelum kita nak tegur, kita kena kenali diri dia dulu.

Dalam step pertama ni, antara benda yang korang boleh buat ialah:

a) Berkenalan dengan dia. Tanya nama, asal usul, tempat tinggal, atar belakang family, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, dan sebagainya. Bila kita dah kenal, barulah kita boleh tahu apa punca dia bermasalah. Mungkin ianya berpunca dari keluarga, atau kewangan dia tak stabil, atau pelajarannya teruk, dan apa-apa masalah, yang mana ianya membuatkan dirinya tertekan lalu terjebak dalam maksiat. So, dari situ, kita boleh dekati dia.

Kan?

b) Jalan-jalan dengan dia. Ajakla dia jalan-jalan, main bola sekali, atau shopping sekali, atau pergi program sekali, atau jogging sama-sama, musafir pergi laut atau sungai sama-sama. Bila kita musafir sama-sama, dari situ kita boleh tengok karakter kawan kita secara dekat. Time dia penat macamana sifat dia, time dia marah macamana diri dia, time masa kosong apa dia buat, kita boleh tengok dia concern atau tak dengan waktu solat, dan sebagainya. Sebab tu Umar Alkhattab kata:

“Jika kamu ingin mengenali kawanmu, maka, makanlah dengannya, tidurlah dengannya, dan bermusafirlah dengannya…”
(Umar Alkhattab)

c) Bagi hadiah. Korang kenalah buat kawan korang tu rasa di hargai. Bagi dia hadiah, belanja dia makan, gembirakan dia, hargai dia, puji kebaikan yang dia buat. Sebab kadang-kadang, orang rasa tak nak berubah sebab dia rasa tak di hargai. Dia rasa semua orang benci dia. Tapi bila korang menghargai kebaikan yang dia buat, di situ hati dia akan tersentuh, akan lembut, dan akan senang terima kebenaran.

d) Dengar luahan dia. Sometimes, kita asyik tegur, tegur, tegur je kawan kita. Tapi, kita tak pernah nak dengar luahan masalah dia. Kita marah bila dia tak nak dengar cakap kita. Tapi kita pulak tak nak dengar luahan dia. Sometimes, ada benda yang dia nak cerita kat kita. So, dengar. Dengar luahan dia, dengar masalah dia, kalau dia nangis, fahamilah perasaan dia, pujuk dia, support dia, bagi dia semangat. Jadilah pendengar yang setia!

e) Tegur dan bimbing dia. Bila dia dah luahkan masalah, barulah korang tegur dia. Dan, jangan takat tegur, tapi, BIMBING dia. Dari awal dia nak berubah, sehingga saat akhir, kita bimbing dia, step by step, slowly slowy.

f) Tackle satu-satu isu. Mulakan dengan cerita pada dia tentang iman, supaya dia rasa bahawa Allah itu dekat dengannya, Allah itu maha penerima taubat. Cerita kat dia tentang Allah, kebesaran Allah, kasih-sayang Allah, pengampunan Allah, maha pengasihnya Allah.

Kemudian baru tackle isu IBADAH. Ajar dia SOLAT, kemudian ajak dia solat awal waktu, kemudian ajak dia solat jemaah, ajak dia pergi masjid dan surau, kemudian, ajak dia pergi MAJLIS ILMU, dengar kuliah, ajak ikut usrah, dengar ceramah, kita bagi dia buku-buku agama.

Kemudian, bila dia dah rapat dengan kita, dan hatinya dah subur dengan iman dan ibadah, barulah kita suruh dia tinggalkan jahiliah yang dia buat. Couple ke, rokok ke, video lucah ke, drama movie ke, apa-apalah. Bila hati dah ada iman, baru dia akan rasa teguran tu BERMANFAAT untuk dia.

Lalu, setelah dia dah dapat tinggalkan jahiliah, kita explain pula pada diri dia tentang DAKWAH. Tanam dalam diri dia kepentingan dakwah, kewajipan dakwah, ajak dia dakwah sama-sama, dan akhirnya, dia akan jadi pendakwah macam kita juga, bahkan lebih baik insyallah!

Akhirnya, kena tengok keadaan juga. Teguran umum berbeza dengan teguran khusus. Step yang saya tunjuk di atas ini adalah untuk teguran khusus, face to face.

Hatta perkara inilah yang di lakukan oleh Rasulullah bila nak islamkan Bilal bin Rabah.

Nabi setiap hari datang kat tempat Bilal, dan buat kerja-kerja Bilal(kita pun tahu, Bilal ni hamba, dan kerjanya amat berat), tapi, nabi buat semua kerja-kerja Bilal. Setiap hari!! Sampai satu masa, Bilal tanya nabi:

“Wahai Muhammad, kenapa kau buat semua kerja-kerja aku setiap hari? Apa yang kau inginkan daripada aku?”

Lalu, nabi menjawab:

“Aku nak kau masuk islam….”

Terus Bilal ‘cair’, dan on the spot, Bilal masuk islam!!

Hebatkan nabi?

Subhanallah. Sebab tu kita kena cuba tiru nabi.

Adapun teguran umum, seperti ceramah, talk, penulisan buku, twitter, blog, FB dan sebagainya, terpulanglah dengan cara masing-masing. Asalkan bertepatan dengan Alquran dan sunnah. Boleh rujuk kisah nabi mengumpulkan kaum quraisy dan mengajak mereka masuk islam, tapi takde sorangpun terima, bahkan nabi di cerca oleh Abu Lahab. Pada masa yang sama, ada juga yang menerima.

***



KESIMPULAN

Akhir sekali, dalam dakwah ni, dalam menegur ni, kita janganlah cepat mengalah. Sentiasalah check diri masing-masing.

Saya sendiri bila buat Tarbiah Sentap ni ada orang kata saya bodoh, orang kata saya bangang, orang kata saya sesat, orang kata saya syadid, jumud, pemikiran sempit, orang kata saya babi, orang kata saya sial, orang perli dan perlekeh, orang kata dakwah saya tak relevan, orang kata saya ni menjauhkan orang dari islam, orang suruh saya delete akaun Facebook dan twitter, orang bash saya, biasala tu.

Sedih memang sedih. Tapi sebenarnya, best jugak bila ada orang kutuk. Kenapa?

Sebab bila ada orang kutuklah, kita akan rasa yang kita ni sebenarnya hina, lemah tak berdaya, tiada apa-apa kelebihan. Barulah kita rasa rendah diri pada Allah, rasa feel bila doa dan sujud. Kalau asyik di puji je, kita akan lupa diri. Sebab tulah, Allah hantar orang untuk kutuk kita supaya kita tak lupa diri!

Allah nak dengar rintihan dan tangisan kita.

Pada masa yang sama, saya dapat puluhan ribu emel, juga ribuan soalan di Facebook, ramai orang yang mengatakan dia rasa semangat nak berubah lepas baca tulisan saya, bagaimana Tarbiah Sentap memberi inspirasi pada diri dia, dan macam-macam soalan orang nak berubah dari kes sedahsyat nak murtad, dah terlanjur, ketagih video lucah dan onani, gay lesbian, sehingga isu rumah tangga, penceraian, derhaka, isu ukhwah, persahabatan, isu fiqh, dan sebagainya.

Alhamdulillah.

Nak kata, dakwah ni, akan ada orang terima dan akan ada orang tak terima. Itulah fitrah. Janganlah kita down kerana memikirkan kutukan orang pada kita. Sebab, kita dakwah tujuannya bukannya untuk mendapat pujian.

Imam Ahmad dakwah, sampai semua orang anggap dia sesat, dan dia telah di penjarakan oleh Khalifah di zamannya, tetapi, akhirnya, kebenaran itu tetap kebenaran, walaupun satu dunia menolaknya.

Akhir kata, bila kena bash, nasihat saya:

“Muhasabah diri, taubat pada Allah, doa dan minta ampun pada Allah sungguh-sungguh…”

Kerana, Imam Syafie berkata:

“Kalau kau tak terkesan dengan dakwah ku, hanya di sebabkan 2 perkara. Samada, hati AKU yang kotor, ataupun hati KAU yang kotor…”
(Imam Syafie)

Wallahua’lam.

*Jom dengar lagu terbaru The Faith bertajuk KEMBALILAH. Sebuah lagu cover "Love Yourself". Terbitan Tarbiah Sentap Records. Moga bermanfaat!




30 comments:

abdullah said...

Alhamdulillah. Satu explaination yang sangat2 mantop. Teruskan berdakwah akhi dan moge2 Allah merahmati kamu. Doakan kami juga pemuda2 islam yang lain supaya sentiasa thabat dalam jalan dakwah nih insyaallah. ^_^

bypasser said...

KALAU MAHU BERDAKWAH JUGA...

"Posting yg lepas tentang semua nak berdakwah mendapat banyak maklumbalas dan pertanyaan...Yg tidak puas hati akan bertanya: "kalau macam tu bila boleh berdakwah?"..."nak tunggu berapa banyak ilmu baru nak berdakwah?".....

Maka disiarkan di sini terjemahan saya jawapan al-Ghazali terhadap pertanyaan begitu

Sekiranya engkau berkata: “Jika demikian, bilakah boleh dia berusaha menasihati manusia?”

Jawabku: “Apabila tujuannya tidak lain dari menunjukkan mereka jalan kepada Allāh ﷻ semata-mata, dan dia berharap ada sesiapa yang boleh membantunya, ataupun mereka memperolehi petunjuk dengan sendiri dan langsung tiada keinginan terhadap pujian dan harta benda mereka, maka sama sahaja di sisinya pujian dan celaan mereka.

Dia tidak peduli celaan mereka apabila Allāh ﷻ memujinya dan pujian mereka tidak menggembirakannya apabila itu tidak disertai dengan pujian Allāh ﷻ.

Dia melihat mereka sebagaimana dia melihat kepada orang-orang besar dan kepada haiwan. Adapun orang-orang besar adalah kerana dia tidak menyombong terhadap mereka dan dia memandang semua mereka baik kerana kejahilannya tentang kesudahan. Adapun kepada haiwan kerana dia tidak mengharapkan sebarang penghormatan di hati mereka kerana dia tidak peduli apa pandangan haiwan terhadapnya.

Maka dia tidak berhias atau berpura-pura di hadapan mereka bahkan dia umpama penjaga ternakan dan tujuannya menjaga ternakan itu dan mempertahankannya dari serigala tanpa mempedulikan pandangan ternakan itu terhadapnya.

Selagimana dia tidak melihat seluruh manusia itu seumpama haiwan ternakan yang dia tidak harapkan penghargaan mereka dan tidak pedulikan mereka maka dia tidak akan selamat dalam usaha mengislahkan mereka.

Benar, mungkin dia boleh mengislahkan mereka tetapi pada masa yang sama dia merosakkan diri sendiri, maka jadilah dia seumpama lampu yang menerangi yang lain sedang dia membakar diri.”"

-Disampaikan oleh JK (good luck deciphering that acronym)

Anonymous said...

Jzzk...alhamdulillah perkongsian yg sgt2 bermanfaat...

Anonymous said...

Nme fb ape ustaz?

Anonymous said...

Mcm mne klau nk dakwah secara umum ye? Nk mntk skill ust..hehe

Chorong Eun said...

assalamualaikum ustaz,ada email google tak? nanti bolehlah saya tanya pasal agama kt ustaz lepas ni kat email..
dan alhamdulillah check2 fb ada pasal tajuk ni memang best gile arhh baca ye!!seronok!! sebab saya pon penah alaminya mcm ni sampai menangis dpn mk ayah pasal kwn tapi bila baca semua ni alhamdullilah terasa hati ni sado pulak haha..terima kasih ustaz!!!

Anonymous said...

nama fb ustaz Tarbiah Sentap

AHA said...

ALHAMDULILLAH,saya rasa bersemangat utk berubah,saya mmg dah lame nk berubah tp xtau mcm mne tp slps shj bace Tarbiah Sentap,saya nmpk perubahan dlm diri saya.

Anonymous said...

sape pny gambar tuh??hensem la.nak kenal.

Anonymous said...

Ustaz. Saya nak minta izin untuk ambik idea idea ustaz untuk tazkirah di sekolah, aktiviti pengawas surau. Syukran.

Si Comel said...

alhamdulillah. satu artikel yang memberi banyak manfaat.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya ada kawan tapi pelajaran agamanya mungkin lebih daripada saya. Tetapi dia agak benci dengan saya. Bila depan saya sahaja dia baik, tetapi di belakang saya kutuk2 dia. Saya pernah ditipu sebab mempercayai dia sbb mungkin dia dpt bantu saya. Tetapi dia sebarkan semua rhsia saya. Dia suka sangat mencarut dengan suara yang sangat kuat. Kawan saya meminta saya menasihatkan dia.

Boleh ke saya nasihatkan dia walaupun pendidikan agama dia lebih tinggi daripada saya?

Amalia Mustapa said...

alhamdulilah, hadam satu arteikel, moga ramai lagi dapat membaca dan memahami tarbiyah tuan ini... amin.. admin blog koleksiresepiemak

Dahlia Sallehuddin said...

Pernah menegur kawan dengan hanya mengepos 'Allah Maha Melihat' dlm fbnye bilamana die buka auratnya dalam sebuah majlis..Sebab sbelumnya die berhijab... Disebabkan kesilapan saya yg x berhikmah ( not face to face, but in public thru fb), die sgt terasa dan unfriend saya... Rasa sgt bersalah sampai terbawa ke mimpi.. Selepas personally minta maaf dan menyatakan niat teguran yg sebenar.. Alhamdulillah we become friends again... Pointnye, mmg kena teguran secara berhikmah .. personally adalah paling baik...just sharing.. Tq admin..

nadhrah arifah said...

Assalamualaikum.

Sebagai seorang remaja, berpasangan tu perkara biasa. Saya pun salah seorang drpd golongan remaja tersebut.

Hubungan sy dgn seorg hamba Allah ni sekadar call dan mesej je sbb kami tinggal di negeri yg berlainan. Satu hari, dia call sy and ckp yg dia tk nk teruskan call dan mesej sy sbbnya dia nk hentikan drpd melakukan dosa dunia. Dia insaf lps baca buku Tarbiah Sentap. (Dia recommendkan sy utk baca sekali.) Sy hormat keputusan dia and from that moment onwards kami dh tk contact.

Dalam kalangan kawan2 juga. Ejek pasal bf or gf kawan2 tu mmg biasa. Satu hari tu, terkena kat sy. Sy pun ckp lah 'couple haram weyh'. Then kawan2 sy jawab, 'mmg lah tp kita org thu batas. And kalau nk ckp pasal haram, kalau ikut islam straight, dgr lagu, tgk tv, semua tu haram. Tp kau aku tgk earphone ngan tv tu 24/7 je'. Sy pun jawab balik, 'yelah mmg lah tp at least aku kurang dh satu kan'. Tp diaorg still tekankan yg dgr lagu and tgk tv tu haram. To be honest sy terasa. Mcm eh korang ni, aku ckp je kan and at least aku berusaha mengurangkan dosa dunia aku ni. Tp still diaorg tk faham.

Persoalan sy, patut ke sy terasa hati sbbnya mmg sy nga diaorg 2x5 je. Jawapan mereka tu buatkan sy terasa. Kecil hati. And keep haunting me.

nadhrah arifah said...
This comment has been removed by the author.
Fitrah Mohd Asri said...

Maaf ya. Saya setuju dgn kata2 awak yg dakwah berhikmah ni ada lembut, tegas, lawak dll. Tapi janganlah awak buat sentap semua dlm satu penyampaian.. ada org takleh nak adapt tau.

Nurul Huda said...

Alhamdulillah syukran ya perkongsiannya akhi, jazakallahukhairan,
sy ada permintaan, boleh tak beri penerangan bagaimana mencintai kerana Allah..secara rohaninya.

Anonymous said...

Sis, stay strong :) dont be sad. Indeed, Allah is with us. Mungkin itu salah satu cabaran sis nak berubah. Ingat, al-baqarah 214. :'). Seperti yg ustaz ckp kat atas, bila kita tegur ada yg terima and ada yg xterima. Itulah tentangan. Tapi, apa boleh buat.. Hidayah bukan di tgn kita tapi di tgn Allah :') mungkin kawan2 sis belum faham apa yg kita faham. InshaaAllah, kawan2 sis akn faham suatu hri nnt. Doakan mereka agar kita mereka dan kita semua diberi hidayah. Btw congrats sis, sbb berjaya tinggalkn couple. Ada hikmah. Husnuzon(sangka baik) dgn Allah. He has good plan for you :) keep strong ya sis! ^^ ada hikmah di sebalik semua ni. Apa2 pun carilah kekuatan daripada Allah, kerana kekuatan ada pada Allah. (:

Anonymous said...

Saya cuma orang biasa yang tiba2 terbaca komen ni.Pendapat saya kalau mcm nilah keadaannya doa kat Allah supaya dia berubah. Lepas tu baru nasihat dia . Kalau dia x berubah dengan nasihat kita,mungkin dengan nasihat atau cara orang lain dia boleh berubah. yang penting mintak pada Allah supaya dia berubah sebab hidayah tu milik Allah.

Nur Fairuz said...

Assalam ustad ,saya dah cuba tegur kawan utk solat , tapi dia still jugak takbuat ,

Nur Fairuz said...

Assalam ustad ,saya dah cuba tegur kawan utk solat , tapi dia still jugak takbuat ,

nurjihan zafirah said...
This comment has been removed by the author.
nurjihan zafirah said...
This comment has been removed by the author.
Nota Kehidupan said...

Salam ustaz... saya cuma nak tahu adakah semua kita diwajibkan berdakwah? Sedangkan Nabi pun Allah beri wahyu untuk dirinya sahaja dan tidak dikehendaki menyampaikan kepada orang lain berbeza dgn Rasul...

Anonymous said...

Saya nampak ustaz mmg dakwah tu ada tentangan.. ada kutukan.. tp for me.. why not kita kita jangan sampai orang itu dimalukan.. jangan sampai orang itu dikutuk secara terang terangan.. contoh nk tegur orang.. kita tegur dia one to one.. biar dia terasa tapi tanpa orang lain tau.. kalau bagi ceramah tu lain cerita.. orang yang kita dakwah tu antara diri dia dan allah.. ada orang yang berusaha untuk menerima tetapi xdapat nk terima sebab dia x dpt nk menahan godaan syaitan.. ada yang boleh terima tu alhamdulillah..

Berlembutlah dalam dakwah.. insyaallah dengan kelembutan boleh melunturkan yang keras.. biar mengalah jangan bertegah.. biar tegas jgn keras..


waahualam.. jzkk

Hamba ALLAH said...

Dakwah kat dri sendri dlu ..cermin diri dulu...org yg suka tarbiah org diri x baik sgt ponn....jiran aku suka tarbiah org imam katakan tapi carut org maki org hamun mak bapak org kaco janda....sekali janda kaya tu ludah muka dia...x cukup bertumbuk di masjid pukul org lagi

Sekarang org tarbiah dia pulak dri sendri mcm musibat lahanat ada hati nk tarbiah org....kesian saya tengok imam tu muka malu smpi x kuar rumah....ALLAH msha besar dia jatuh bilk air mulut terhantuk jamban...itulah balasan suka tarbiah org sgt...ALLAH punya tarbiah lg hebat...AWASSSSSS

Hamba ALLAH said...

Dakwah kat dri sendri dlu ..cermin diri dulu...org yg suka tarbiah org diri x baik sgt ponn....jiran aku suka tarbiah org imam katakan tapi carut org maki org hamun mak bapak org kaco janda....sekali janda kaya tu ludah muka dia...x cukup bertumbuk di masjid pukul org lagi

Sekarang org tarbiah dia pulak dri sendri mcm musibat lahanat ada hati nk tarbiah org....kesian saya tengok imam tu muka malu smpi x kuar rumah....ALLAH msha besar dia jatuh bilk air mulut terhantuk jamban...itulah balasan suka tarbiah org sgt...ALLAH punya tarbiah lg hebat...AWASSSSSS

Hamba ALLAH said...

Dakwah kat dri sendri dlu ..cermin diri dulu...org yg suka tarbiah org diri x baik sgt ponn....jiran aku suka tarbiah org imam katakan tapi carut org maki org hamun mak bapak org kaco janda....sekali janda kaya tu ludah muka dia...x cukup bertumbuk di masjid pukul org lagi

Sekarang org tarbiah dia pulak dri sendri mcm musibat lahanat ada hati nk tarbiah org....kesian saya tengok imam tu muka malu smpi x kuar rumah....ALLAH msha besar dia jatuh bilk air mulut terhantuk jamban...itulah balasan suka tarbiah org sgt...ALLAH punya tarbiah lg hebat...AWASSSSSS

Anonymous said...

Dunia hari ini dipenuhi fasad bukan kerana ramai yang membuat kezaliman tetapi ramai orang berilmu yang mendiamkan kebenaran. Nasihat yang baik menggalakkan remaja menegur apabila melihat kezaliman. Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul...