Tarbiah Sentap: BSS 53 : Daripada UPSR kepada PhD..? (Bahagian Akhir)

Wednesday, 21 January 2015

BSS 53 : Daripada UPSR kepada PhD..? (Bahagian Akhir)

Sebelum ni saya ada bagitahu bahawa saya merupakan pelajar yang berjaya menaiktaraf Master saya kepada PhD.

Kepada yang kurang faham, alhamdulillah saya berjaya “lompat” dari Master ke PhD. Macam mana saya berjaya covert?

Naiktaraf (Convert) Dari Master Ke PhD


(30 Ogos 2014)

"boleh ke? tak pernah orang buat tahu tak",

"orang genius je biasanya boleh convert, ko boleh ke?",

"erm... macam susah je? boleh ke?".

"kitorang punyalah susah nak habiskan master, boleh ke terus nak masuk PhD?"

Begitulah kata-kata yang saya dengar sebelum menaiktaraf (convert) pengajian master saya ke peringkat PhD. Tetapi, ada aku kesah? Hehe.

 Jika orang bertanya susah atau senang, bagi saya tidak ada benda yang mudah, namun tidak mustahil! Ya, tidak mustahil untuk orang yang bijak merancang dan mengatur!

Jika orang berkata saya genius, pandai, cepat "pick up", "gifted", saya katakan itu adalah mitos untuk diri saya! Di alam Naruto, ya anda boleh berkata begitu kepada saya. Namun, di alam nyata, saya adalah sama seperti anda semua. Jika saya boleh, anda mesti boleh!

Baik! Mari, saya kongsikan kepada anda semua satu persatu bagaimana untuk menaiktaraf pengajian master ke PhD.

1. Tanamkan Niat Dan Hasrat Yang Benar

Jika solat pun ada niat, nak keluar rumah pun ada tujuan, masakan tidak untuk menamkan niat dan tujuan yang benar untuk menyambung pengajian! Anda perlu senaraikan jawapan untuk semua soalan di bawah:

1. Kenapa aku ingin sambung belajar?
2. Kenapa aku ingin menukar taraf pengajian?
3. Adakah aku memiliki niat untuk bekerja mendahului niat untuk sambung belajar?
4. Adakah aku dipaksa untuk sambung belajar?
5. Adakah aku bersedia untuk berkorban?
6. Adakah aku bersedia untuk menghadapi sebarang kesusahan dan kepayahan?
7. Adakah aku akan berputus asa?

Jawapan yang baik adalah jawapan yang positif! Ya, jawapan yang optimistik dan sentiasa berkata Tidak kepada perkara negatif dan Ya kepada perkara positif. Di bawah adalah contoh jawapan yang boleh saya kongsikan ;

1. Aku ingin belajar sebab kehendak aku sendiri dan paling utama kerana Allah semata-mata

2. Supaya aku boleh habiskan pengajian PhD sebelum umur 30.

3. Tidak sama sekali, dan aku tidak akan mudah terpengaruh dengan tawaran kerja. Keputusan aku adalah bulat untuk sambung belajar sahaja.

4. Tidak. Semua atas kehendak aku sendiri/

5. Bersedia bila-bila masa. Duit, jodoh dan masa itu semua perlu dilaburkan untuk pulangan yang
besar di masa hadapan.

6. Bersedia bila-bila masa. Tidak akan patah balik ke belakang walau susah macam mana sekalipun

7. Tidak sama sekali. Putus asa tidak ada di dalam kamus hidup aku

Jawapan di atas hanyalah contoh. Sesungguhnya, anda lebih tahu di mana diri anda dan sejauh mana diri anda positif dalam menentukan hala tuju. Jika negatif jawapannya, maka lebih baik batalkan niat untuk sambung pengajian.

Jika niat dan tujuan anda adalah benar, mari kita teruskan langkah yang ke 2



2. Merancang Dengan Teliti

Setiap perkara perlu perancangan yang tersusun dan teliti. Bak kata pepatah, orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal. Untuk menukar taraf pengajian master ke PhD adalah perkara yang besar.

Maka, perancangan juga perlu besar!

Sebelum saya menyambung pengajian master saya sudah mula merancang satu persatu sehingga mencapai matalamat akhir. Saya kongsikan sedikit perancangan saya di bawah.

1. Jumpa pensyarah

- Cari pensyarah yang bagus dan membantu (boleh bertanya senior atau pelajarnya sendiri).
- Ambil tahu latar belakang bakal pensyarah dan bidang penyelidikannya.
- Maklumkan kepada bakal supervisor untuk menaiktaraf pengajian master ke PhD.
- Berbincang hala tuju penyelidikan yang bersesuaian ketika menaiktaraf nanti.
- Meminta pandangan dan nasihat yang berguna.


2. "Timeline" sepanjang tahun.

- Bina rangka masa mengenai apa yang perlu dilaksanakan di saat awal pengajian sehingga ke  hari menukar taraf

3. Menghubungi senior yang pernah menukartaraf.

- Minta pandangan dan tips untuk menukartaraf pengajian.

4. Berhubung dengan akademik siswazah fakulti.

- Minta maklumat mengenai proses menukartaraf.
- Bertanya mengenai syarat-syarat khusus yang diperlukan untuk menukar taraf.
- Ambil tahu apa yang diperlukan dan perlu dilaksanakan untuk memenuhi syarat menukar taraf

5. Mencari sumber kewangan .

- Memohon GRA (geran penyelidikan pensyarah) atau GRF (geran penyelidikan ipt) dan MyBrain 15
(Berkuatkuasa sehingga 2015).



6. Memohon pengajian.

- Buka laman portal siswazah ipt dan cari maklumat bagaimana untuk menyambung pengajian di peringkat master.

- Daftar sekarang!

Selesai langkah yang ke 2. Mudah kan? :D

Anda perlu sabar dalam merancang. Jangan tergopoh-gopoh dan huru hara. Relax dan bertenang. Segalanya boleh diselesaikan jika anda bertenang. Jika selesai langkah ke 2, mari ke langkah seterusnya.

3. Bagaimana Memenuhi Syarat-Syarat Menukartaraf.

Setiap pengajian tinggi memiliki syarat yang berbeza-beza. Namun, syarat yang berbeza-beza itu anda boleh mengharungi dengan mudah jika anda bijak merancang dan sabar!.

Saya kongsikan sedikit syarat yang diperlukan untuk memenuhi syarat menukartaraf di Universiti Putra Malaysia (UPM):

a. Menghantar "Proposal" menaiktaraf yang lengkap.

- Introduction, methodology, result and discussion, conclusion and PhD proposal.

b. Menerbitkan sekurang-kurangnya satu kertas penyelidikan di journal antarabangsa dan di bawah ISI Cited Journal.

c. Menghabiskan ke semua subjek yang berdaftar dengan gred 3.75 ke atas setiap subjek

d. Mendapat keputusan kumulatif 3.75 ke atas di peringkat master.

e. Telah menyiapkan penyelidikan di peringkat master.

f. Menghadiri dan lulus ujian lisan bersama-sama 1 orang pengerusi dan 3 orang panel yang bertaraf sekurang-kurangnya Prof. Madya.

g. Lulus ujian bertulis yang dirangka oleh panel pemeriksa.

Susah? Ya susah, tetapi tidak mustahil! anda bijak merancang, anda boleh garap!

Susun ke semua syarat-syarat yang mesti dipenuhi di dalam "Timeline" yang anda telah sediakan sebelum menyambung pengajian. Rancanglah dengan bijak dan susun satu persatu dengan teliti mengenai apa yang perlu dicapai terlebih dahulu.

Jika anda diwajibkan untuk menulis artikel, tulislah sebanyak yang anda mampu. Minta "skill" dan pandangan dari orang yang berpengalaman menulis artikel tentang bagaimana untuk mudah menerbitkan artikel di International Cited Journal.

Ketika di dalam tempoh perancangan, saya telah menulis sekurang-kurangnya 5 artikel dan menghantar ke tempat-tempat journal yang berbeza. Di dalam 5, hanya satu telah diterbitkan dengan jayanya. Maka syarat untuk menerbitkan artikel telah lulus.



4. Jadi Orang Yang Berdisiplin

Isu disiplin adalah isu yang paling penting untuk menyambung pengajian. Jika anda masih leka bermain game, menonton wayang, berjalan-jalan, berseronok maka tinggalkan dan kurang-kurangkan lah. Anda akan gagal jika anda tidak berdisiplin. Saya kongsikan sedikit rutin harian saya ketika menyambung pengajian:

Isnin - Jumaat 

8.00 Pagi - 6.00 Petang
- Duduk di dalam makmal/library untuk tujuan penyelidikan
6.00 petang - 8 malam
- Pergi beriadah/berehat
8.00 malam - 11.00 malam
- Membaca artikel atau menyiapkan tugasan yang belum selesai

Sabtu – Ahad
- Duduk di library/ berehat menenangkan fikiran

Ini adalah rutin harian yang selalu saya lakukan ketika menyambung pengajian. Namun, bergantung kepada anda. Perkara yang paling penting, bagaimana disiplin anda untuk melaksanakan tugas-tugas penyelidikan dengan efektif! Jadikan masa itu sebagai suatu perkara yang sangat berharga. 

Jangan malas!!

Selesai langkah ke 4? kita teruskan ke langkah seterusnya..

5. Sabar Dan Istiqomah

Ini adalah langkah terakhir. Setelah anda menanamkan niat, membuat perancangan, menyusun perkara-perkara yang perlu dicapai dan berdisiplin, maka anda perlu bersabar dan istiqomah. Janganlah pandai merancang, tetapi tidak pandai melaksankan. Janganlah juga pandai melaksanakan tetapi tidak pandai sabar. Janganlah pula pandai bersabar tetapi tidak pandai istiqomah. 

Merancang, Laksana, Sabar, Istiqomah

Ini adalah elemen yang penting dan sangat diperlukan. Saya tidak nafikan di saat menyambung pengajian, anda akan rasa "down", "depressed" dan sebagainya. Carilah sahabat-sahabat yang boleh menaikkan semangat anda atau pergilah pulang ke kampung halaman bertemu dengan ibu dan ayah. Jika tidak pun, keluarkan berehat menenangkan fikiran anda. 

Jagalah emosi dengan baik dan hayatilah nikmat belajar dengan tenang. Namun, bagaimana untuk anda memiliki ke empat-empat elemen di atas? Berdoalah kepada Allah dan sentiasa memperbaharui hati dengan mendekatkan diri kepada Allah. Maka anda akan memiliki keempat-empat elemen di atas! Jika itu berlaku, impian anda akan tercapai! Yeah!

Hasilnya...



Kehidupan Sebagai Pelajar PhD.

Sejujurnya, terlalu banyak pengorbanan yang telah saya lakukan untuk mengejar sekeping ijazah yang bertulis PhD. Namun, saya yakin pengorbanan itu suatu masa nanti akan membuahkan hasil!

Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya masih bergelar sebagai pelajar PhD dan mengekalkan momentum usaha yang sama. 

InsyaAllah, setelah tamat PhD nanti saya akan membuat satu artikel atau buku khas sebagai panduan kepada semua orang tentang bagaimana untuk mengejar matlamat dan cita-cita yang besar!

Di bawah saya sertakan beberapa tips dan nasihat untuk cemerlang:

1. Positif dan yakin dengan diri sendiri
2. Matlamat dan cita-cita perlu besar
3. Banyakkan memberi motivasi kepada orang lain
4. Amalkan konsep "tawakal" kepada Allah
5. Bahagiakan ibu bapa
6. Jangan kedekut
7. Wujudkan perasaan sayang kepada orang lain
8. Jaga hubungan dengan Allah
9. Bersihkan hati dari sifat hasad, dengki dan cemburu buta
10. Lahirkan perasaan gembira apabila melihat kejayaan orang lain
11. Banyakkan memberi
12. Jadilah orang yang sentiasa tersenyum :)
13. Cari rakan-rakan yang soleh
14. Kawal dan jaga pemakanan yang seimbang
15. Jaga tutur kata dan hormat kepada orang lain
16. Jangan pandang rendah kepada orang lain
17. Hargailah kebaikan orang lain
18. Jauhi sifat malas
19. Jangan telalu leka dengan hiburan
20. Banyakkan melihat perkara yang baik (contoh: alquran/memandang wajah ibu ayah)

dan anda akan berjaya!! insyaAllah :)


Sekian.

Bibliografi :

Ucapan kepada peserta Kem di gua batu maloi

Pidato di program HIMMAH, UPM

Rakan-rakan sepengajian di UPM

Anugerah tokoh mahasiswa PEMBINA

Anugerah thesis terbaik

Majlis hari raya di masjid jamek serdang

Pertandingan debat integrasi UPM

--

Moga korang dapat manfaat !

Penulis : Noorazlan Bin Abd Azis (Azlan Wildan)

Edited : Ahmad Shukery 

4 comments:

NZS said...

Assalamualaikum.

Final part ni menaikkan semangat saya di fasa-fasa terakhir sebagai pelajar PhD. Saya adalah pelajar fast-track PhD dalam bidang kejuruteraan, mungkin dari awal dah berada di comfort zone (lepas degree terus daftar as student PhD, skip master), disiplin dari awal research agak longgar. Sampai la satu tahap, research agak kelam kabut, baru la tersedar dari mimpi. Alhamdulillah, semua dah agak terkawal sekarang. hehe

Terima kasih sebab berkongsi pengalaman, mungkin boleh jadi guideline untuk adik-adik yang berminat sambung belajar. Semoga dengan usaha-usaha ini, boleh memartabatkan Islam dengan meramaikan lagi golongan profesional yang ada tarbiyah dan pada masa yang sama faham dengan tuntutan agama yang sebenar.

InsyaAllah.

Diela Chubby said...

saya pelajar Pra-U bawah.. bagaimanakah saya sebagai seorang pelajar ingin mengatur strategi dgn baik dlm hanya setahun belajar?

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya baru berumur 17 tahun..ya masih dalam mood spm..dan saya fikir saya x nak sambung belajar lepas spm. Saya nak kerja, kumpul duit utk pergi haji. That's my dream. Dapat pergi haji time muda. Kalau boleh bawah 20 tahun. Saya nak tanya, agak2 patut ke saya x sambung belajar atau saya patut sambung dan lepas habis belajar baru kerja and pergi haji?

rohmah siti. said...

Terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini! Semoga Allah swt mengizinkan tuan untuk terus menyumbang kepada ummah! :D