Tarbiah Sentap: 5 Cara Nak Tinggalkan KPOP?

Wednesday, 14 January 2015

5 Cara Nak Tinggalkan KPOP?


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah saya mulakan.

Insyallah, jika sebelum ini, saya ada tulis berkenaan “6 sebab kenapa KPOP haram”, kali ini, saya nak bagi beberapa cara tentang “Bagaimana nak hilangkan ketagihan KPOP” ni.

Sebelum apa-apa, saya nak jelaskan sedikit beberapa perkara insyallah. Ada orang yang pertikaikan:

“Kenapa attack kpop sahaja? Drama melayu, inggeris semua tak nak tegur?!”

Sebenarnya, kalau korang semua baca artikel saya tentang “6 sebab kenapa KPOP haram”, nescaya korang akan perasan bahawa saya  juga ada sentuh isu drama melayu, inggeris dan sebagainya.  Lantas, ada orang persoalkan lagi:

“Habis tu, kenapa tajuk tu tulis KPOP sahaja?”

Ada sebab sebenarnya. Biar saya jelaskan:

1) Sebenarnya, dalam nak “menarik” pembaca, kita kena ada strategi.  Tagline dan tajuk artikel adalah strategi dan method dakwah.

2) Kerana, saya memang nak FOKUS isu kpop berbanding yang lain dalam artikel itu. Tapi jangan risau, lepas ni, saya akan tulis artikel “Bukan kpop sahaja yang haram” untuk menegur artis-artis melayu islam yang makin lama makin menjadi-jadi.

3) FOKUS adalah satu benda yang penting. Saya bagi contoh, jika ada seorang ulama’ buat buku yang bertajuk:

“Tarbiah Islamiah”

Tiba-tiba ada orang tak puas hati cakap:

“Kenapa tulis pasal tarbiah islamiah je? Kenapa kau tak tulis pasal fiqah, apasalah kau tak tulis pasal politik? Apasalah kau tak tulis tegur couple semua benda tu? Bla  bla bla bla..”

Apakah? Dakwah ni perlu fokus. Selesaikan satu-satu isu, supaya masyarakat lebih terpandu dan focus kepada masalah yang di ketengahkan.

***

Kembali kepada topik insyallah. Apakah cara-cara nak tinggalkan ketagihan KPOP dan segala hiburan yang ada unsur haram ni?

Saya yakin 100%, hiburan yang ada unsur haram ni, sebenarnya, ia amat mengosongkan hati. “Ketenangan” yang di rasakan ketika berhiburan dengan hiburan yang ada unsur haram, amat berbeza dengan “ketenangan” yang di rasai ketika mendengar hiburan yang islam benarkan. Jika hiburan yang ada unsur haram itu mematikan hati, hiburan yang islam benarkan, boleh jadi, ia menghidupkan hati!

Saya pernah sembang dengan seorang “Belieber” tegar. Dia meluahkan perasaan pada saya:

“Ustaz, saya mula dengar lagi Justin Bieber dan jatuh cinta dengan Justin Bieber sejak saya darjah 3 ustaz. Ustaz kena faham perasaan saya. Saya sangat susah nak tinggalkan ustaz. Tapi saya tahu saya salah, saya sedar apa yang saya buat ni amat mematikan hati saya. Tapi ustaz, sangat susah!”

Ada yang menangis teresak-esak jumpa saya dan luahkan masalah betapa “terseksanya” berada dalam ketagihan ini. Saya dah jumpa “Belieber”, “Directioner”, “Kpoper”, dan dah jumpa ramai orang yang gila dengan Lee Min Ho, Cristiano Ronaldo, dan semua artis-artis lelaki yang hensem-hensem. Itu Perempuan.

Lelaki pula, berapa rama terjebak dengan ketagihan video lucah yang kronik. 

Saya buat kesimpulan mudah:

“Ujian bagi lelaki ialah menundukkan pandangan dari video lucah. Ujian bagi perempuan ialah menundukkan pandangan dari lelaki hensem..”


Saya faham. Kalau kita check balik diri kita, duduk di atas sejadah di malam hari, berseorangan diri, di dalam gelap, di sudut bilik, menghadap kiblat, dan TANYA HATI:

“Adakah aku tenang berhibur dengan hiburan yang Allah tak redha? Adakah ini yang aku cari? Kenapa, kenapa aku rasa berat untuk tinggalkan? Kenapa aku rasa marah dan benci bila Allah menghantar teguran kepadaku dengan cara yang pelbagai? Apa yang aku mahu sebenarnya?”

Kemudian, kau pegang dada kau. Kau pejamkan mata. Kau tundukkan kepala. Lalu, kau tanya diri kau dengan jujur:

“Aku, aku tiada satu pun hujah untuk mempertahankan dosa yang aku lakukan. Sedangkan, mereka yang menegurku telah memberi bermacam-macam hujah dan ayat quran. Tapi, kenapa aku menolak? Adakah, adakah ini nafsu ya Allah? Adakah ini nafsu??”

Lantas, engkau bangun, angkat takbir di malam hari. Membaca surah-surah yang engkau gemari, rukuk dan sujud dan kembali berdiri, sehingga engkau rasa tenang dan damai di hati. Lalu, di sujud terakhir, engkau berbicara dalam hati, bertanya dirimu sendiri, sekali lagi:

“Kenapa, kenapa dengan aku ya Allah?! Kenapa, kenapa aku amat susah untuk menangis padaMU? Kenapa ya Allah? Adakah kerana aku tidak menjaga mata dan telingaku? Adakah kerana aku telah terlalu lama berhiburan dengan perkara yang engkau murka, sehingga akau rasa benci untuk menghiburkan hatiMu dengan amal??”

Menangislah.

Pasti, pasti Allah akan terima taubatMu, dan memberikan kau KEMANISAN dalam beribadah. Ketika itu, air mata amat mudah mengalirkan, ketika doa, ketika sujud, ketika rukuk. Ya…

5 CARA NAK TINGGALKAN KPOP DAN SEANGKATAN DENGANNYA

Setiap penyakit, ada ubatnya. Di sini, saya akan kongsikan cara nak tinggalkan hiburan yang ada unsur haram ni. Memang, semua benda haram ni kita akan ketagih. Tapi, jangan risau, bukankah Allah maha penyayang? Jalan keluar pasti ada wahai kawan.

Jom hayati satu persatu!

1) CARI ALTERNATIF SEPERTI NASYID DAN MOVIE YANG BAIK

Nak berubah ni, kita kena gantikan keburukan dengan kebaikan. Kena ada alternatif, kerana, tanpa alternatif, kita akan rasa amat susah untuk berubah dan tinggalkan benda yang kita cintai.

Jika korang minat lagu-lagu yang ada unsur haram, maka, gantikanlah dengan lagu-lagu yang tiada unsur haram. Jika korang minta drama dan movie yang ada unsur haram, maka gantikanlah dengan yang tiada unsur haram. Jika korang tak jumpa, maka korang kena “create”.

Atas kesedaran inilah, ramai PENASYID telah bertungkus-lumus mengorbankan jutaan ringgit untuk memberi alternative kepada umat islam agar berhibur dengan hiburan yang Allah redha. Maka, lahirlah penasyid yang pelbagai.

Maher Zain telah release 2 album, Raef terkenal dengan lagu covernya yang mengubah lagu yang ada lirik yang berunsur haram kepada lirik yang islamik, serta beliau dah ada 1 album, Irfan Makki, Hamza Namira, Sami yusuf, Saif Adam dan banyak lagi. Juga, Malaysia juga telah berjaya melahirkan industry nasyid yang cukup membanggakan. Hafiz Hamidun dengan karya legendnya “Zikir Terapi Diri”, Raihan yang mana albumnya telah menembusi luar Negara, Rabbani, Hijjaz, Fetya, Nowseeheart, Devotees, UNIC, Inteam, dan banyak lagi. Semuanya telah bertungkus-lumus memberi alternative kepada umat islam supaya kembali kepada hiburan islam.

Movie dan Drama pula, telah wujud beberapa individu dan kumpulan yang tak putus-putus berusaha dan berpenat-lelah memberi alternative kepada umat islam. Sebagai contoh, Piere Andre, yang mana, setelah beliau berubah, beliau menggunakan bakat “mengarah movie” beliau untuk create satu cerita yang cukup terbaik iaitu “Uztaz Mu Tunggu aku Datang”. Dan beliau sedang berusaha untuk terbitkan lagi filem-filem sebegitu. Juga, banyak movie seperti “Sang Murabbi”, “Sang Pencerah” dan lain-lain.

Bukan takat itu, di Malaysia, kini, telah lahir anak-anak muda yang sedang usaha merubah industry perfileman Malaysia dengan menukarkan ia kepada perkara yang Allah redha. Apa yang mereka buat?

Mereka telah mengeluarkan berpuluh-puluh “short Film” islamik yang mana, bila kita tengok, kita nakan dapat ribuan manfaat, VLOG, dan sebagainya. Sebagai contoh, Mat Luthfi, Aiman Azlan, Anwar Hadi, Izzat Roslan, Hamasah Assyabab, Mr The All Shared dan banyak lagi.

Tinggal, tinggal kita sahaja nak PILIH. Alternatif telah banyak.

2) BERJINAK DENGAN ALQURAN

Al-quran adalah hiburan bagi orang yang hatinya ada iman. Hati yang jauh dari Allah, dia takkan rasa Alquran tu hiburan untuknya. Boleh jadi, dia akan rasa menyampah dan rasa tak selesa bila Alquran di bacakan, atau, dia memang rasa amat berat untuk baca Alquran walaupun satu muka surat.

Saya menyeru kepada semua, usahalah untuk hafal Alquran 30 juzuk, jika tidak, hafal mana yang mampu, jika tidak, cukuplah dengan khatamkan Alquran setiap tahun, jika tidak mampu, usahalah untuk baca Alquran setiap hari, jika tidak tahu baca Alquran, belajarlah iqra’.

Saya pernah mengajar orang-orang yang agak berumur iqra’. Mereka malu nak belajr iqra’ dengan umur sebegitu. Tapi, kerana dia malu dengan Allah, dia sanggup korbankan perasaan malu kepada manusia, semata-mata untuk buru cinta Allah. Alhamdulillah dalam masa 7 bulan, dia berjaya baca quran dengan lancar.

Sungguh, kalau quran dah ada kat hati, itulah hiburan yang paling best sekali. Sehari tak baca quran banyak-banyak, kita akan rasa gelisah, gundah-gulana, resah, tak tenang, pilu dan tidak tenteramk.

“Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang…”

3) DENGAR INSTRUMENTAL

Antara cara yang efektif bagi memastikan kita dapat tinggalkan lagu-lagu yang ada unsur haram ni ialah kita dengar instrumental lagu tu. Contohnya kalau kita minat lagu one direction, kita search instrumental lag utu (Means, ada music sahaja, lirik tiada), kemudian download dan dengarlah. Sebab, yang menentukan halal haram sesebuah lagu bukanlah musiknya. Tetapi, lirik yang terkandung di dalamnya.

Lagi best, kalau korang dah dapat instrumental dia, korang UBAH lirik lagu tu. Lepas tu korang nyanyi lag utu berdasarkan lirik yang korang dah UBAH. Mesti best. Saya selalu buat macam tu. Saya rasa, saya dah berjaya ubah lebih dari 10 lagu. Ni antaranya yang saya buat untuk anak murid, boleh la dengar:)

1) Lagu "Im Coming Home" versi Ubah lirik:

2) Lagu "Sandiwara Cinta" veris Ubah lirik:

Hayati! :)

4) IKUT DAKWAH DAN TARBIAH

Sebenarnya, bila hidup kita tiada agenda, kita akan mula buat perkara yang remeh-temeh. Bila banyak masa kosong, kita akan mula cari benda yang pelik-pelik untuk isi hidup kita. Sebab tu kita biasa dengar ulama begitahu, bahawa:

“Pemuda dan masa lapang akan mudah membawa kea rah maksiat”.


Jadi, apa yang kita perlu buat ialah kita kena memastikan hidup kita ADA AGENDA! Dan, kalau korang nak tahu, AGENDA yang paling besar ialah DAKWAH DAN TARBIAH! Itulah agenda nabi dan rasul, itulah agenda sahabat nabi, tabiin dan semua orang yang cintakan Allah.

Bila hati dah di penuhi dengan dakwah dan tarbiah, bila fikiran dah di penuhi dengan dakwah dan tarbiah, bila kesibukan dan kerisauan kita di penuhi dengan isu dakwah dan tarbiah, rasa-rasanya, ada ke masa untuk kita tengok movie dan dengar lagu yang pelik-pelik?

Saya rasa, ianya agak mustahil.

Nabi, malam harinya menangis fikir umat, sehingga air mata baginda bertakung di tangan baginda ketika beliau sedang tidur mengiring. Baginda menangis teresak-esak, sehingga janggut dan jubah baginda basah. Begitu juga sahabat nabi. Begitu juga ulama’-ulama’. Begitu juga para pendakwah.

Saya ada ramai kawan yang ikut dakwah tarbiah, yang saya pernah duduk sebilik dengannya, saya tak pernah Nampak dia tengok movie, dengar lagu pelik-pelik, main game dan sebagainya. Dia balik rumah, baca buku, baca quran, masak, kemudian time azan pergi masjid, balik rumah baca ma’thurat, kemudian kadang-kadang kelaur untuk usrah, daurah, katibah dan sebagainya, dan jumpa orang yang dia sedang dakwah, ziarah rumah kawan dan sebagainya. Malam hari, saya denag dia menangsi ketika bertahajud, berdoa memohon hidayah untuk umat.

Saya pernah tidur, tiba-tiba saya terbangun pukul 3, saya tengok sebelah, kawan saya tengah berdoa menangis-nangis. Saya dengar apa yang dia doa. Saya pun turut menangis. Dia doa:

“Ya Allah, hari ni, umat makin jauh dari agamamu ya Allah. Kau berilah hidayahMu ya Allah, kurniakan hidayah untuk umat ya Allah, kurniakan hidayah untuk umat seluruh alam ya Allah!!”

Dia doa hidayah untuk umat menangis teresak-esak. Kerana apa? Kerana, hati, fikiran, kesibukan, kerisauannya adalah untuk agama. Sungguh, bila hati dah sarat dengan dakwah tarbiah, korang akan rasa macam langsung takde masa untuk dengar lagu yang pelik-pelik. Kalau nak berhibur, selain quran dan ibadah, mereka dengar nasyid. Sebab tu, Ahmad Arrasyid ada sebut dalam kitabnya “Almuntolaq”:

“Nasyid adalah hiburan bagi para pendakwah…”

5) BANYAKKAN DOA

Ramai yang lupa. Hidayah ni milik Allah. Pernah tak kita doa menangis-nangis pada Allah agar Allah bagi kita kekuatan untuk berubah? Atau kita hanya doa laju-laju, tanpa penghayatan dan tidak khusyuk?

Berdoalah sungguh-sungguh. Dan, berusahalah setelah berdoa. Jika gagal, doalah semula. Gagal, doalah semula. Untunglah orang beriman, dia ada Allah untuk mendengar doanya!

Jika doa kita masih tak makbul, cuba muhasabah, kenapa doa kita tak makbul? Adakah kita buat benda yang menyebabkan doa kita terhalang?

Ingat. Putus asa adalah sifat iblis. Jangan sekali-kali putus asa dengan doa. Kadang-kadang, Allah saje lambat makbulkan, sebab Allah suka dengar suara rayuan dan tangisan kita. Allah terlalu rindu dengan kita, kerana kita dah terlalu lama lupakan Dia.

Allah.

Maafkan kami ya Allah….

***


Semua orang mampu berubah. Allah hanya akan bantu orang yang NAK BERUBAH. Orang yang nak tak nak, dia takkan dapat berubah. Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Bukankah untuk mendapatkan syurga, perlukan pengorbanan?

Persoalannya, adakah kita rela berkorban untuk mendapat redha Allah?

Wallahua’lam.


39 comments:

Anonymous said...

Saya Kpopers tegar dan sekarang saya masih peminat Kpop . Tapi serious cakap , kali ni admin menerangkan isu ini dgn begitu berhemah(berbanding tulisan admin sebelumni yg pasal kpop jugak, tapi tak langsung menjentik rasa keinsafan dalam diri saya) .Tapi kali ni admin berjaya mengubah pandangan saya selama ni dan berjaya menarik saya utk kembali berpegang kpd tunjang utama. Alhamdulillah . Penjelasan admin sangat memuaskan dan tidak mengguriskan perasaan semua pihak saya kira. Dan saya semarang dalam proses utk kearah penghijrahan semula .terima kasih admin . Saya harap admin terus menggunakan pendekatan macam ni agar semua pembaca dapat input yg berguna disamping tidak melontarkan tohmahan dan cacian serta bantahan terhadap tulisan admin. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Anonymous said...

Hurm...5 yg disyorkan ni..sy buat but still i listen to kpop and other things..bg sy bnde ni pun brgantung pd individu kalau diri pandai tapis apa yg patut n tak patut tgk then insya allah ok. Bukan nak membela tp kpop tu pun bukan semua lagu liriknya pasal cinta /seks etc. Bnyk jer lagi pasal bnde lain & pandai2 lah pilih mn bnde yg elok/x elok dgr..for me things works like that self improvent is something u build everyday :)...

Anonymous said...

And sy tahu dan sedar yg ketenngn tu mmg x de pd lagu2 tp hanya ade bila kita ni solat n mendalami alquran tu sendiri..benar tu..sy tak sangkal..but for me ent is just for ent.earn something from it and toss aside the bad things.

Anonymous said...

N believe it or not some of the ent actlly lead me to wonder more bout islam.its like all sort of question build up n then i know that i need to learn more deeply bout islam to answer the curiousity of mine..things like that would let urself wonder a lot of enormously bigger thing. Well im just saying that at least those thing work out like for me. Analyze every single thing u get keep comparing it with the quran and keep studying cause the more u learn bout something the more u'll feel like u don't bout it.:)

Anonymous said...

Dan tambahan . Tbh saya langsung tak setuju dengan cara dakwah admin yng menggunakan cara sentap sentap ni sebb admin terlalu straight to the point yng boleh membuatkan orng memandang serong dgn agama islam ni . Yes admin pun ada ckp yg tak semua boleh terima cara admin . Then sebab tulah wujudnya golongan yang asyik nak membantah segala hujah hujah admin walaupun sudah terang lagi bersuluh bahawa admin adalah di pihak yg benar . Tetapi disebabkan kekasran dan kesentapan yng admin gunakan telah memalapkan cahaya yg menerangi kebenaran yg berpihak kpd admin. And cahaya kebenaran tu terus dimalapkan lagi dgn kesentapan yg admin gunakan yg mana kalau admin gunakan kaedah berhemah mungkin dapat menarik lebih ramai pembaca utk mengambil iktibar tanpa mewujudkan perbalahan dalam isu agama . Hal ini jugak dapat memecahbelahkan kesatuan umat islam dgn berpaksikan kaedah kasar dan sentap yng admin gunakan . Ye saya sangat setuju dgn segala hujan yg admin sampaikan cuma kurang berminat dgn cara admin aproach orang. Sepatutnya dengan hujah admin yg bernas tu dapat menarik 1000 orng tetapi disebabkan admin menyelitkan unsur sentap ni boleh mengurangkan peminat tetapi menambahkan bilangan haterss . Tak semua muslim ada pegangan agama yg kukuh so bagi golongan yg kurang pegangan agama ni termasuk saya kita mestilahh menggunakan kaedah yg lebih baik supaya semua dapat memahamiiii . Itu je

kei dzonas said...

serius menitik air mata saya baca tulisan ni!

saya pernah alami semua yg ditulis oleh admin.saya pernah bangkit malam,dgr kawan nangis dalam solat.solat jemaah sebelah dorg,dgr dorg nangis..

Anonymous said...

Subhanallah Alhamdulillah Allahu akbar..
Allah. Allah. Masya Allah..Syukran jazilan ustaz ats prkongsian

Adnin Roslan said...

Anonymous:

Moga bermanfaat. Sebenarnya, dakwah ini ada 2. Targhib dan Tarhib. dDan itulah yg kami buat. Memberi harapan dan memberi ancaman. Kedua-dua ini kena stabil.

Doakan kami.

Anonymous said...

Apa yg dimaksudkan dgn dakwah Targhib & dakwah Tarhib?

Yani Hamshah said...

entry yang bermanfaat...
subhanallah...
terima kasih, teruskan usaha.

yg sy sedar dan tau, kita kalau sungguh2 nak berubah, orang tegur cara sentap ke lembut ke, mesti kita lapang dada nak terima teguran2 tu...
manusia kan macam2, ada yang boleh terima ada yang tak boleh terima cara admin menegur.

tapi, alhamdulillah, untuk saya, saya boleh terima.
paling penting pun, syukur pada Allah juga, kalau Dia tak lapangkan hati nak terima teguran sentap cemni, mesti saya di antara salah seorang yang akan mengecam admin2 ini sebagai syadid.

semoga kalian terus diberi kekuatan untuk berdakwah...

Anonymous said...

aslmkm..... saya pun minat kpop sejak lpas spm. hmmmm saya pun tak tau nak berubah camna sebab die cam dah addicted esp dgn drama2 korea....sya hepi sgt tgk2 drama2 korea n mv bigbang~ TOP Bigbang is my bias and hepi tgk dia even through pic jer~ btw kalau admin nk tau sebabkan TOP oppa ni lah saya xcouple...xpandang pun laki lain sebab dekat hati saya dah ada seunghyun oppa~ so saya rasa kpop ni bagi saya satu benefit iaitu xcouple...tapi kpop still bagi banyak yang lagho....saya xtau lahhhh camne nak hidupkan balik hati yang dah mati~ saya xtau camne nak tinggalkan benda2 ni~hmmmmm saya tak cukup kuat~ kalau dah tinggal mesti buat balik...haihhhhh

Anonymous said...

Hai readers and author. Well i was there, in the "addicted" phase. It was when i was really young and immature. So most probably yang addicted semua ni masih lagi mempunyai darah muda, mencari escapism untuk hiburkan diri. They need time. I gave myself time. I'm a kpop fan, yet i attend lectures. I'm a kpop fan and yes i'm involved with dakwah and tarbiah. As time goes by, my addiction reduced as i started to think and know my 1st priority which is God. I guess, everyone just need time and guidance. I received a little guidance, not to leave k-pop but to approach God more. I found that when we approach God more, automatically we'll aware of ourselves more. If i only received guidance to leave kpop, i would probably leave but at the same time i would not approach God because idk how. So slowly, as we learn to love God more, we'll be careful and aware of the limits. However, about the issue recently, i couldnt stop blaming myself, i think my dakwah is not strong enough. Really. I'm on my way to let the other kpop fans know more about the beauty of Islam and the love of God. I'm still learning, anyhow.

kojan_rock said...

Maaf ye dik..sbb 'minat kpop sy x couple' rs mcm kurg sesuai..mcm mana kalo one day jumpa laki yg muka mcm org yg adik minat tu..couple x? Dan mana la tau one day mmg org yg adik minat ni yg ajk couple (who know tersermpk kat korea ke) so couple x? Mcm mana kalau one day adik ckp xnk kawen sbb dlm hati cuma ada mamat korea ni.. ok x? Betulkan niat x couple sbb tu larangn agama InsyaAllah tu lbh baik

Anonymous said...

Totally agree with you cz i was in your shoes before.

Anonymous said...

Alhamdulillah, saya buat buat kelima-lima steps ni. Tapi sy still listen to kpop and watch their dramas. Sy bukan lah fanatik, and xde minat sgt2 smpi hafal lirik, tahu latar belakang penyanyi kumpulan bagai, xde beli souveniers kpop and sy hanya mdgr musik. lagu inggeris lagi lah sy dgr segelintir lagu ja. sbb almost lagu inggeris zaman sekarang all about sex and cursing. Yang keluar radio pon sama. bagi drama pulak, sy suka tonton sbb jalan cerita yg menarik (same goes with fiction novels i've read), culture yg berbeza, how they eat, what they eat, what they believe in, how they study, what uniform they wear to school, what language they use in universities, how they live, the geographical in korea (i could learn), their history, (i also learn that korea very popular with their flatfish in fisheries) and i learn so many things from their drama. (sy tak mampu lagi nak p korea, drama ja mampu) sy tonton drama korea untuk enjoy dan knowledge. It is true, it depends on individual and niat actually. Tapi jgn lah tonton cerita yang tak senonoh. Dakwah admin ni sgt berguna bagi segelintir peminat kpop yg tegar smpi terikut-ikut budaya yg tak sepatutnya. Harap sgt budak2 sekolah baca semua ni. Mana2 cikgu yg baca tolong nasihat pelajar masing2 ye. Pada ibu bapa yg baca tolong nasihat anak2 di rumah.
p/s: macam mana kalau kita pergi overseas (macam belajar/kerja di korea, jepun, uk, us) and ada byk budaya yg tak elok kat sana, byk juga jual benda tak elok, berpakaian seksi, tak menutup aurat, berpegangan tgn di khalayak ramai ada kalanya hampir kesemua tempat ada jual benda tak elok. Adakah haram pula kita hendak ke sana?
Teruskan berdakwah ya admin. ^_^

Anonymous said...

Menangis teresak-esak saya baca post ni. Mungkin itu tanda yang telah terlalu jauh saya menyimpang. Terima kasih atas post ini

Anonymous said...

Assalammualaikum

Memang hakikat saya minat kpop dan saya belajar bahasanya juga walaupun pada mulanya saya minat kumpulannya tapi lama-lamaan saya belajar memahami bahasa dan maksud dan jika sebutan tak berapa betul saya bertanya pada yg arif dan mendengar lagu untuk memahami maksudnya.kalau maksudnya tak baik sya takkan ingat lagu sangat cuma kekadang terkeluar juga istighfar banyak2. Tapi masih hubungan allah sya jaga. Kerana dari situ saya jadi ia sebagai satu kerjaya.sbb apa? Memangkan selain dari bahasa ini juga saya belajar bhasa lain mcm b.a , cina , jepun dan korea saya menjadi seorang penterjemah. Adakah ia berdosa juga

Enna Norhidullah said...

Yang paling penting, saya x minat kpo, ais pop ke mpop. Sy paling suka tgk cerita2 klasik. Citer melayu klasik, citer korea klasik, cina klasik, bloywood klasik, hollywood klasik.. salah ke? Patut x sy tukar channel kpd citer2 islamik malaysia yg pda pndpt sy mcm x islamik je. Hmm..

Anonymous said...

Alhamdullilah saya sudah meninggalkan kpop dgn cara tersendiri iaitu dowload lagu nasyid yg sy minat dan malah hampir kesemua lagu kpop sy buang...
lagi satu dgr instrument mmg x jalan sbb sy dgr sekali terus tetido
Thanks admin sy sngt kagum dengan admin..

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, saya nak tanya. kalau saya download instrument tu, macam mana kalau saya ternanyi sekali dengan lirik dia?

Anonymous said...

Bagi saya, saya setuju dengan cara ustaz adnin memberi hujah. Sebenarnya sentap itu perlu terutama di zaman sekarang di mana lebih daripada separuh masyarakat tidak mengutamakan agama berbanding perkara2 lain. Bagi saya, masyarakat pada hari ni sudah melampau lampau. Mengaku islam tetapi, tidak nampak dasar keislamannya langsung. Jika hendak memberi nasihat secara umum, ramai ustaz2 dan ustazah2 sudah berpesan, memberi peringatan di tv, radio dan youtube misalnya, namun, adakah semua itu membuahkan hasil? Berubahkah mereka? Entah entah, tengok pun tidak. Pendekatan seperti twitter, blog bagi saya sangatlah berkesan kerana generasi muda lebih gemarkan media sosial sekarang.
p/s : ini hanya pendapat saya, tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, saya harap ustaz boleh balas comment saya. Saya ni memang suka kpop, kalau kita tengok variety shows yang lawak boleh tak as in Running Man? Selain tu, saya nk tanya, video lucah haram ditengok kan. Tapi contoh la, saya tengok drama korean/english sbb saya tak layan drama melayu, lepas ada kiss/hug scenes lepastu saya ulang balik sebab saya rasa scene tu sweet, adakah itu dianggap sbb menonton video lucah? Terima kasih, harap balas :)

Puding said...

Betul itu, saya sudah lama meninggalkan dunia Kpop, kemudian saya terbaca post ini. Ya Allah, serupa dengan apa yang saya lakukan. Sungguh, sekarang saya tiada langsung sebarang rasa untuk mendengar lagu hiburan tidak kira Melayu, Barat atau Korea. Semasa saya di dalam dunia Kpop, saya sering terleka walaupun saya hanya minat lagu sahaja dan tidak minat untuk bercerita tentang mereka 24 jam sehari. Sekarang saya sedang sibuk melangsaikan hutang-hutang ibadah saya yang lalu. Sungguh saya menyesal. Saya dahulunya bekas pelajar sekolah agama, tetapi sibuk dengan dunia kpop. Pada tahun ini saya berpindah ke sekolah menengah biasa dan melihat terlalu banyak kemungkaran sehinggalah membuatkan saya tersedar betapa terlekanya saya dahulu. Sungguh saya katakan... jikalau seorang pelajar agama meminati hiburan, tidak mustahil pelajar sekolah biasa akan melakukan hiburan tersebut. Allahu... masa saya melihat kemungkaran benar-benar berlaku depan saya, sungguh saya rasa bagaikan saya seorang Muslim yang sudah terpilih untuk belajar agama dengan lebih mendalam tetapi mensia-siakan dan menyebabkan tidak menjalankan tanggungjawab saya sebagai Muslim sebenar. Terima kasih atas perkongsian ini, saya ingin beritahu bahawa lima cara ini sememangnya berhasil dengan izin Allah. In Shaa Allah.

MD SAAT said...

Mcm mne nk mngajak org supaya jauhi k pop tu ?
Bile kite tegur dyee wat dekk je . Paatu dye ckp kita ni jeles sbb x minat kpop .

MD SAAT said...

Mcm mne nk mngajak org supaya jauhi k pop tu ?
Bile kite tegur dyee wat dekk je . Paatu dye ckp kita ni jeles sbb x minat kpop .

MD SAAT said...

Mcm mne nk mngajak org supaya jauhi k pop tu ?
Bile kite tegur dyee wat dekk je . Paatu dye ckp kita ni jeles sbb x minat kpop .

Anonymous said...

Assalamualaikum, i've searched your article "6 sebab kenapa kpop haram" but somehow i can't find it anywhere

Anonymous said...

Allahu ..menitis air mata baca ..syukran ustaz :') .baca separuh pon dh menangis *thumbs up*

Mira mira mira said...

Alhamdulillah..sya sgt suka dgn tulisan2 ustaz..skarang ni pon sya tgh cbe nk elakkan dr kpop...wlaupun rmai jgak yg x ske cre sentap2 ni..tp bg sya,inilah cara terbaik utk brubah (bg syalah..x tau la klau org lain) sbb umat skang ni kebanyaķkan nye leka dgn hiburan mse kini (mcm sya). Tp masalah bg sya skg ni susah nk delete lg2 lagho dlm phone...gmba2 artis kpop alhamdulillah berjaya da...cme lgu ni susah sket...cane nk bwat ek?

Mira mira mira said...

Alhamdulillah..sya sgt suka dgn tulisan2 ustaz..skarang ni pon sya tgh cbe nk elakkan dr kpop...wlaupun rmai jgak yg x ske cre sentap2 ni..tp bg sya,inilah cara terbaik utk brubah (bg syalah..x tau la klau org lain) sbb umat skang ni kebanyaķkan nye leka dgn hiburan mse kini (mcm sya). Tp masalah bg sya skg ni susah nk delete lg2 lagho dlm phone...gmba2 artis kpop alhamdulillah berjaya da...cme lgu ni susah sket...cane nk bwat ek?

AffrinaHwang said...
This comment has been removed by the author.
AffrinaHwang said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

TOLONG SAYA!
Saya slalu je rase putus asa time nak brubah..adakah saya jauh dr ALLAH? mcm mane nk hilangkan rase berat ni...tolonglh sy...sy rse tertekan sngat mmikirkn prkara ni.

Fatimah Aisyah said...
This comment has been removed by the author.
Lalala said...

Sekarang ni kn ade artis islamik yg terbru iaitu harris j.saya tngok lgu die pon mcm islamik tpi versi english.itu pon dikire nasyid ke dn boleh ke sya dngr gntikn lgu kpop or laen.hrp admin boleh jlskn

danish azman said...

Perghh tak buat jahat sebab kpop, Allah kau letak kat mana ?

경빈애 said...

Saya berharap sangat saya dapat lupakan kpop kerana saya banyak terseksa kerana mereka .Kalau saya boleh undurkan masa saya berharap saya tak akan tahu apa itu kpop

Anonymous said...

Saya minat Kpop dr darjah 3. Bila org tegur pasal kpop,saya buat tak tahu sbb yg saya tahu diorang cuma benci aje kpop tp bknnya hiburan lain sprti english. Rasa mcm kami golongan yg special padahal, dalam masa yg sama saya dh bnyk habiskan duit untk kepuasan nafsu.saya tunduk kpd syaitan 5 thn...lama kelamaan,hati saya trdetik nk berubah. Saya mula baca buku-buku islam... Tp,saya masih lg ego... Hari ni, Allah bg hidayah kt saya untk berubah krn sebuah novel... Saya mmg menangis baca novel islamik tu...saya baru faham kita kena dahulukan cinta Allah berbanding benda lain...dan skrg saya dlm proses meninggalkan segala jenis hiburan yg melalaikan...doakan agar saya boleh berdiri sebaris dgn pendakwah yg lain untk bawa sinar Islam kpd rakan2 serta saudara kita..😃

Anonymous said...

Ustaz,kalau saya dengar lagu kpop yang tiada unsur seks,ikhtilat bagai boleh ke?Yang haramnya ialah maksud lirik yang ada unsur seks,ikhtilat dan melihat video muziknya kan?Boleh ke ustaz?saya tanya je,kalau tak boleh jugak,takpe sebab ada 1 grup ni,lirik lagu diorang kebanyakannya pasal kehidupan,zaman remaja...harap ustaz reply