Tarbiah Sentap: December 2014

Monday, 22 December 2014

BSS 46 : Berapa Lama Anta Nak Hidup?


Maaf minggu lepas 2 kali saya tak keluarkan BSS. Sebab utama adalah, saya tak tahu nak tulis apa. Takkan nak bacakan doa tidur untuk korang pula. Haha.

BSS malam ni pun maaf saya keluarkan agak awal, sebab mata dah mengantuk. Huhu.

Bedtimes Story Sentap malam ni saya nak kongsi nasihat yang saya dapat dari seorang ikhwah malam semalam sebelum saya tidur. Actually perbualan kami bermula sebab laptop dia rosak, tiba-tiba shutdown. Hilang mood dia nak study. Dan saya pula baru nak tidur.

Kemudian dia mesej saya melalui Telegram untuk pujuk saya jangan tidur dulu.

Hamboi. Mata aku dah mengantuk, ada pula dia suruh teman berborak.

Disebabkan ikhwah, layankan je la. Masa berborak-borak dalam Telegram, kami berbual tentang hala tuju kami. Tiba-tiba dia tanya,

“Anta kira berapa umur anta, dan berapa lama anta nak hidup..”

Saya terkedu. Saya tak pernah terfikir pula berapa lama saya nak hidup. Dia sambung balik,

“Ana nak hidup sampai umur 90 tahun. Sekarang baru 22 tahun. Ada lagi 68 tahun. Sempat sangat ana nak ambil Syariah lepas Ph.D Fizik ni nanti. Perjalanan kita panjang.. Haha..”

Saya tersenyum sendirian di depan Tablet saya. Tersenyum memikirkan kata-katanya yang sangat mendalam. Walaupun umur dia lagi muda dari saya, tapi cara fikir dia lagi super power dari saya. Adoi.

Saya berbisik dalam hati,

“Betul juga..”

Saya nampak ‘Typing’ pada bawah namanya. Nampaknya ada lagi nasihat dia nak bagi.

“Syeikh.. Kita kena rancang umur kita. Berapa lama anta nak hidup? Sepanjang umur anta, apa anta nak buat? Ilmu apa yang anta nak miliki? Syariah saja tak memadai. Ilmu kimia anta di masa hadapan sangat penting.. :D “

Zup.

Sentap bak ang.

Saya rasa sentap gila gaban masa tu. Serius. Termenung panjang terus saya.

Apa Sumbangan Aku?

Perbualan kami tak panjang, lepas habis tu saya terus minta diri untuk tidur. Tetapi saya masih tak boleh tidur.

Terbayang-bayang nasihat ikhwah tadi.

“Berapa lama anta nak hidup?”

Saya tak pernah merancang saya nak hidup berapa lama. Mula-mula saya rasa soalan dia tak valid sebab kita bukan tahu kita boleh hidup sampai bila.

Kemudian saya terfikir semula,

Memang kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila, tapi apa salahnya merancang daripada hidup takde hala tuju?

Ada betul juga.

Saya nak ke mana lepas ni?
Apa saya nak dalam hidup saya?
Berapa banyak ilmu saya nak ada dalam hidup ni?

Dan paling penting, apa sumbangan saya nak berikan pada Islam khususnya sepanjang saya hidup? Apa sumbangan saya boleh bagi pada umat Islam sekarang dan akan datang?
Apa amalan yang saya boleh persembahkan depan Allah nanti?

Soalan-soalan ni mula berlegar dalam medulla oblongata saya. Saya dapat rasa saya ni manusia paling noob gila. Seolah takde hala tuju.

Sedangkan Allah dah bagitahu matlamat hidup kita sebagai hamba Allah dan Khalifah. Tapi saya masih tak mampu hadam dan manfaatkan sepenuhnya matlamat hidup yang Allah dah bagitahu pada kita..

Kalau ditakdirkan Allah bagi saya hidup sampai umur 70 tahun, apa saya nak buat dalam sekitar 40 tahun lebih ni?

Adakah cukup sekadar saya makan, tidur, habis belajar, layan facebook, kerja, buat program, kahwin, dapat anak, jaga anak, pencen, duduk goyang kaki kat rumah, termenung fikir kubur?

Itu saja hidup saya?

Membazir gila Allah bagi nikmat masa, kesihatan dan kewarasan akal pada saya kalau saya tak boleh guna sebaiknya.

Saya dah membazir nikmat Allah kalau saya tak guna masa saya sebaiknya untuk Islam,
Saya tak guna kesihatan saya untuk Islam,
Dan saya tak guna kewarasan akal saya untuk Islam dan kebangkitan Islam.

Saya termenung panjang sampai setengah jam malam semalam.

“Apa sumbangan aku?” saya monolog pada diri saya sendiri.


Rancang Hidup

Pagi tadi lepas subuh saya tarik nafas panjang, saya terus mula merancang berapa lama saya nak hidup, apa saya nak buat, apa saya nak capai, ilmu apa saya nak kuasai dan paling penting..

Apa saya nak sumbangkan untuk Islam.

Dapat tak dapat tu, itu perkara kedua, yang penting saya rancang dulu.

At least kalau saya mati sebelum saya berjaya dapat semua yang saya rancang, ada waris saya yang boleh sambung apa saya nak buat. Dan sekurangnya ada perkara yang saya boleh ‘persembahkan’ depan Allah nanti apa yang saya rancang untuk Islam.

So..

Saya tanya balik soalan ikhwah tu pada korang supaya korang pun tak boleh tidur malam ni.. Hehe..

Berapa lama korang nak hidup?


Moga Allah redha.



- Ahmad Shukery -

Thursday, 18 December 2014

BSS 45 : Umat Terbaik Atau Terbalik?


Bedtimes Story Sentap (BSS) saya nak kongsi satu perkara yang kita sama-sama muhasabah. Muhasabah sedalam-dalamnya.

Sebelum tu maaf lewat BSS malam ni, sebab kami tadi baru habis talk di Terengganu, jadi agak lewat sikit.

Jadi BSS malam ni pasal apa?

Ha.. Meh baca..

Zaman saya sekolah dulu, tak kira la sekolah rendah atau sekolah menengah, ustaz atau ustazah yang mengajar kelas saya ada kata :

“kita semua ni ummat Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam. Ini bermakna kita ini ummat terbaik. Kita adalah ummat yang masuk syurga dulu berbanding ummat terdahulu. Pahala ummat Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam berlipat kali ganda berbanding ummat terdahulu, malah niat je untuk lakukan kebaikan pun dah dapat pahala..” 

Macam ni lah lebih kurang ayat yang banyak kali berlegar dari mulut ustaz atau ustazah saya yang mengajar dalam kelas pendidikan Islam masa zaman sekolah dulu. So saya rasa macam best sangat nie sebab dapat jadi ummat yang terbaik sampai kadang-kadang tak kisah dapat result exam teruk pun, yang penting jadi ummat terbaik.

Ye la, ummat terbaik masuk syurga dulu berbanding ummat sebelum ni.

Saya masa sekolah dulu, siap buat perancangan kalau saya dah masuk syurga, saya nak mintak PS2 (Playstation 2), PSP, saya nak minta makanan sedap banyak-banyak dan banyak lagi.

Dan yang paling bestnya, masa saya sekolah rendah dulu, saya pernah berazam kalau dah masuk syurga nanti saya nak jadi power rangers!  Haha.

Tetapi lepas saya balik sekolah, saya tengok ustaz atau ustazah saya dan juga orang di sekeliling saya menjalani kehidupan seharian macam biasa je.

Mereka kerja, ada yang pergi sekolah, lepas tu makan, tidur, berak, tengok TV, berkahwin, pergi main futsal, pergi buka facebook (eh, masa tu belum ada lagi) dan lain-lain.

Saya tertanya-tanya..

Di mana GAMBARAN yang menyatakan kita ummat yang terbaik..?


Saya pernah juga dengar kisah ummat sebelum ni..

Mereka juga makan, minum, tidur, berkahwin dan macam-macam lagi.

Yang bezanya dari sudut ibadah, mereka sangat hebat. Mereka beribadah sampai beratus-ratus tahun (sebab umur mereka panjang), ada yang boleh jalan atas air, ada yang sujud sampai batu melekuk, ada yang cahaya zikir sampai naik ke langit kerana lamanya berzikir, tetapi kenapa mereka masuk syurga lambat?

Nak kata ibadah ummat hari ini (yang saya nampak termasuk saya sendiri), solat pun ada yang lengah-lengah, ada lagi sengal tak solat langsung.

Nak kata berjalan atas air, sorang pun saya tak jumpa. Banyak tengok kartun Naruto la kalau siapa yang kata pernah berjalan atas air. Yang saya banyak jumpa ramai yang “masuk air” ada la.

Jadi apa yang best sangat dengan amalan ummat hari ni (ummat Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam)?

Jadikan Aku Umat Ahmad

Saya ada baca sebuah hadis riwayat Qatadah ibn Nu'man,

Pada suatu hari Nabi Musa alaihi salam berdoa kepada ALLAH,

"ya ALLAH, di dalam kitab ini (Taurat), ada diceritakan satu umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan dalam kalangan manusia, jadikanlah mereka itu umatku.."

ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD"

Nabi Musa berdoa lagi,

"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada diceritakan tentang umat yang terakhir dikeluarkan ke bumi, dan mereka pula yang pertama memasuki Syurga, jadikanlah mereka itu umatku."

ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD".

Nabi musa berdoa lagi, "ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang membaca kitab mereka dengan sepenuh hati lalu mampu menghafalnya, tidak pernah ada umat lain sebelum ini yang mampu menghafal kitab-kitab mereka, jadikanlah mereka itu umatku."

ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."

Nabi Musa berdoa lagi,

"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini ada di ceritakan tentang umat yang  beriman dengan apa yang disampaikan kepada mereka dan tentang umat-umat sebelum mereka, dan mereka terpilih pula untuk menghadapi Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku."

ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."

Nabi Musa berdoa lagi,

"Ya Tuhanku, di dalam kitab ini diceritakan tentang umat yang mendapat kebajikan pahala hanya dengan berniat, dan jika mereka melakukanya pula, ganjaran itu akan digandakan dengan seratus kali ganda kebaikan, jadikanlah mereka itu umatku."

ALLAH menjawab, "ia milik AHMAD."

Lalu Nabi Musa alaihi salam meletakkan kitabnya di sebelah dan berdoa,

“Ya ALLAH, jadikanlah aku umat AHMAD..

Hebat kan jadi ummat Nabi Muhammad ni iaitu umat yang terbaik. Tetapi saya masih mencari-cari di mana jawapan untuk soalan-soalan saya ni sehinggalah saya masuk ke universiti. Saya pergi kuliah agama, ada seorang ustaz menceritakan tentang ummat terbaik berdasarkan potongan ayat Quran surah ali Imran ayat 110.

Nak Jadi Umat Terbaik?

Jadi bagaimana kita boleh jadi ummat terbaik?

Sebelum saya cerita lebih jauh, saya bagi contoh. Macam mana seorang doktor tu boleh mendapat gelaran sebagai doktor yang terbaik?

Dia cemerlang dengan bangganya dalam ujian kedoktoran ke?
Dapat 4 flat dalam setiap semester sepanjang 8 atau 9 tahun pengajian?
Berjaya sambung bidang medical sampai ke hujung benua atau hujung planet?
Berjaya mengharungi dunia Housemanship dengan cemerlang, gemilang dan terbilang?

Mestilah jawapannya TAKDE SATU PUN dalam senarai!

Aik?  Jadi macam mana doktor tu digelar doktor terbaik?

Doktor yang terbaik adalah mereka yang menggunakan segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu kedoktoran lalu dia “terjun” ke dalam lembah masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat sehinggalah masyarakat sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu kedoktoran dia tu.

Ha, maka masa tu doktor tu layak mendapat gelaran doktor terbaik!

Faham??

Contoh lain. Macam mana seorang mahasiswa/i tu digelar mahasiswa/i terbaik??

Adakah dengan mendapat 4.00 setiap sem saja hingga dapat anugerah dekan?
Atau join program-program saja?
Atau duduk dalam bilik main DOTA, COC atau tengok movie dan drama korea jepun Melayu saja??

Itu saja?

Mestilah TAK.

Jadi macam mana mahasiswa/i tu digelar mahasiswa/i terbaik?

Mahasiswa/i yang terbaik adalah mereka yang menggunakan segala kemahiran dan kemampuan dalam bidang ilmu sepanjang dia belajar tak kisahlah apa pun, lalu dia “terjun” ke dalam lembah masyarakat  ataupun kawan-kawan sekeliling untuk menyelesaikan masalah ketidakfahaman kawan-kawan dalam sesuatu perkara atau membantu masyarakat luar sehinggalah orang di sekelilingnya mendapat manfaat daripada ilmu yang dia ada.

Ha, maka masa tu mahasiswa itu layak mendapat gelaran mahasiswa/i terbaik!

Jadi balik kepada tajuk asal, bilakah suatu Ummat itu, layak mendapat gelaran sebagai Ummat yang terbaik?

Jawapan ada dalam Al quran ! 

Ummat akan menjadi Ummat terbaik adalah apabila mereka mengamalkan dan membuat “kerja-kerja” agama iaitu dia “terjun ke dalam lembah masyarakat sekeliling untuk menyelesaikan masalah atau penyakit masyarakat sehinggalah masyarakat di sekeliling mendapat manfaat daripada ilmu agamanya yang di sampaikan.

Ha, maka masa tu ummat itu layak mendapat gelaran Ummat yang terbaik!

Faham?

Apa kerja agama untuk ummat terbaik?

Firman Allah yang bermaksud :

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah SEBAIK-BAIK UMAT yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu MENYURUH BERBUAT SEGALA PERKARA YANG BAIK DAN MELARANG DARIPADA SEGALA PERKARA YANG SALAH (Berdakwah) serta kamu pula beriman kepada Allah… "

(Aali Imran 3:110)

Inilah kerja Ummat terbaik, dan inilah fungsi ummat terbaik!

Korang pernah terfikir tak..

Dulu masa Nabi-nabi yang dah wafat seperti Nabi Nuh alaihi salam, Nabi Musa alayahi salam, Isa alayhi salam dan lain-lain, Allah lantik Nabi lain buat dakwah kepada kaum atau ummatnya, lepas Nabi lain itu wafat, Allah lantik pula Nabi lain, begitulah seterusnya sehingga tiba ke zaman Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam, dah  tidak ada Nabi lagi selepas ini.

Kenapa?

Sebab kitalah ummat Nabi yang mewarisi cita dan risalah para Nabi untuk membawa manusia kepada Allah atau dengan erti kata lain, kitalah mewarisi kerja dakwah untuk Ummat!

Bak kata Syed Qutub ; “ kita bukanlah pemula atau pengakhir kepada perjuangan (dakwah) tetapi kitalah adalah penerus kepada perjuangan ini.."

Jadi korang ada pilihan, nak jadi ummat terbaik atau ummat “terbalik”..

Last but not least, saya petik kata-kata Imam Hassan al Banna :

“Anda sekalian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas.

Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukannya.”


Moga malam ni tidur dalam keadaan tidur yang terbaik. Hoho.

Moga Allah redha.


Wallahua’lam

- Ahmad Shukery -

p/s: kredit idea daripada Hamka Kereta Mayat.

Friday, 12 December 2014

BSS 44 : Cinta Di Jalan Dakwah?

kredit gambar ke Aku Bukan Suparmen
Untuk BSS kali ini, saya nak kongsikan pada korang salah satu cerita yang kita sama-sama muhasabah.

Pernah satu ketika dulu, masa berbual tentang isu semasa dengan seorang ikhwah, tiba-tiba dia cerita pengalamannya semasa daurah baitul muslim minggu sebelum tu.

Agak kelakar apa yang murabbi kami bentangkan tentang masalah segelintir pendakwah hatta ikhwah sendiri pada hari ini yang sangkut dengan mata kail CINTA manusia.

Hanyut Dengan Cinta

Ya, memang tidak di nafikan langsung bahawa cinta itu fitrah bagi manusia. Rasulullah sallahu alayhi wasallam sendiri pun pernah bercinta dengan Khadijah radiyallahu anha. Islam memang tidak menolak fitrah, apatah pula menentang fitrah. Tetapi Islam mengajar macam mana hendak menguruskan fitrah sesuai dengan kehendak syariat Islam.

Tetapi masalah timbul bila kita tak uruskan fitrah tu dengan sebaiknya. Hari ini kalau dapat lihat, ramai pemuda hari ni hanyut dengan cinta sebelum kahwin yang belum tentu nak kahwin atau dengan istilah bajet moden,

“COUPLE”.

Buktinya?

Tak payah pergi jauh-jauh, kita dapat tengok sendiri di Facebook atau twitter,  ada segelintir mungkin juga sebahagian besar kawan-kawan kita yang post tentang cintan cintun ni yang kadang-kadang sangat tak releven dengan umur.

“Papa, mama miss you co much.” Kata seorang budak sekolah tingkatan 2 kepada pakwenya tingkatan 3.

Lol.

Malah lagi teruk, dekat profile siap ada “In Relationship” atau “Married”. Itu tak cukup dahsyat, lagi dahsyat adalah siap bergambar bersama sambil berpeluk bagai.

Halamak.

Ini dah satu masalah yang membarah sampai ketumbuhan level 10. Tetapi ada lagi satu masalah yang lagi besar apabila pemuda atau belia yang FAHAM Islam atau pendakwah-pendakwah muda ni pun hanyut juga dengan cinta sebelum kahwin yang belum tentu nak kahwin.

Tetapi hubungan tu tak di gelar dengan gelaran “COUPLE”. Mungkin sebab dah terlalu common. Jadi nak rare sikit. Apa dia?

“Couple Islamik.”
 
kredit gambar Muhaimin
Haiya….

Golongan ini pun tak terlepas juga dari post tentang cintan cintun ni, cumanya dalam versi bajet islamik. Post hari-hari sampai naik muntah pelangi.

Nak contoh? Haha, saya tak sempat taip je saya dah tergelak dan geleng kepala. Korang boleh nampak sendiri kot.

Saya tak kata salah dan berdosa besar post tentang cinta,
tentang calon suami soleh / isteri solehah la,
atau tentang alam perkahwinan la,
pesanan untuk bakal suami / isteri la,
kata-kata semangat untuk para mujahid / mujahidah impian la,
atau apa-apa la.

Tetapi kena dengan situasi sendiri la seperti dah nak kahwin, atau paling tidak pun jangan lah post perkara-perkara ni kerap sangat.

Ini tidak, penuh newsfeed dengan benda-benda ni. Hari-hari post benda yang sama, kahwin, cinta, bla bla bla. Boleh muntah pelangi kawan..

Sedangkan banyak lagi kerja dakwah tarbiah nak kena buat, sebab ummat hari ni makin melarat. Di tambah pula pendakwahnya buat hal.

Aiseh.


Ini baru dalam Facebook yang open, belum lagi yang personal inbox (PM) atau sms. Murabbi kami cerita (berdasarkan cerita ikhwah ni), ada yang sebelum pergi usrah tu, siap sms lagi.

Contoh (tiada kena mengena dengan sesiapa)

Muslimat : “Enta nak pergi usrah ye? Hati-hati ye. Nanti kalau sempat, enta sharing la pada ana apa yang enta dapat. Jaga diri. Ukhuwah fillah abadan abada.”

Muslimin : “Ye, ana nak pergi usrah. Enti pun jaga diri. Jangan lupa baca buku atau buat benda berfaedah ye. Nanti kalau sempat, ana cerita apa yang ana dapat. Minggu depan enti pergi mukhayyam (perkhemahan) kan? Jaga diri. Ukhuwah fillah abdan abada aidhon”

Itu satu contoh la yang murabbi kami tunjuk.

Ada lagi contoh lain yang saya jumpa daripada seorang sahabat saya di Universiti XYZ (dirahsiakan nama Universiti), ada segelintir muslimat ini siap buat flyers yang berbunyi lebih kurang macam ni ;

“Kami kaum hawa merindui derapan tapak kaki para mujahid soleh menuju solat berjemaah..”

Aduh…. Berat nanang. 

Tepuk dahi.



Ada juga segelintir yang rajin sangat post tentang kata-kata Ustaz Azhar Idrus mengenai bab cinta ni. Padahal ada saja perkara lain yang UAI cakap perkara lain yang lebih penting, tetapi tak nak diambil peduli.

Dan macam-macam lagi la contoh yang korang nampak sendiri di sekeliling korang. Saya tak larat nak letak contoh banyak-banyak.

Geleng kepala.


Muhasabah diri

Mungkin ada yang tak puas hati bila baca bahagian atas ni, tetapi saya tulis ni adalah sebagai peringatan dan nota untuk diri sendiri, selain daripada Bedtimes Story Sentap. Nama pun BS Sentap, maka kena sentap sikit. Hehe.

Pesanan saya kepada sesiapa yang terasa atau tengah terlibat dalam dunia rekaan sendiri ni, terutama sekali kepada golongan yang “so called islamik” ataupun yang faham Islam, utamakan perkara yang utama. Atau bahasa mudahnya,

“priority is priority”.

Sekarang apabila berada di jalan dakwah tarbiah, Syaitan pun akan melipat gandakan usaha untuk hanyutkan kita. Maka akan di hantar tentera yang berpangkat tinggi untuk hasut kita. Macam-macam cara mereka cuba, dan antaranya adalah CINTA dan WANITA.

Kalau cinta untuk bertahajud, atau tenggelam dalam cinta dakwah ini takpe juga, malah saya respek sangat.

Ini sebaliknya pula.

Maka sesiapa yang merasakan dia di jalan dakwah  tarbiah ini, maka mereka kena ingat yang kita akan hadapi antara 4 tentangan besar,

1) Syaitan
2) Wanita
3) Hawa nafsu
4) Masa

Sebab tu ada murabbi pesan (lebih kurang);

“Ana takkan respek antum semua yang berada di jalan dakwah ini sehinggalah antum semua melepasi dua ujian besar, iaitu ujian kerjaya dan rumahtangga. Jika antum dah hadapi dua perkara ni, kemudian masih berada di jalan dakwah, bahkan lebih “aggresif” lagi, ana respek pada antum..”

Kemudian, saya teringat ada seorang ikhwah pernah nasihat pada saya (lebih kurang) ;

“Macam-macam ciri yang diperlukan untuk melantik seseorang dalam bahagian pimpinan meskipun hanya dalam peringkat kampus, antaranya adalah menjaga ikhtilat..”

Ye, ikhtilat atau pergaulan.

Memang kena jaga. Kalau nak mujahadah dengan ikhtilat pun dah tewas, macam mana nak tegakkan Islam yang Syumul (menyeluruh) yang memerlukan mujahadah lagi dahsyat?

Kena sentiasa ingat bahawa kerja dakwah ini takkan pernah terhenti, dan kerja ini sangat banyak hingga sepatutnya tak sempat nak bercinta bagai (baca pesanan Imam Hassan al Banna tentang dakwah).

Kalau orang yang betul-betul memahami dan menjiwai jalan dakwah tarbiah ini, tiada masa untuknya berfikir banyak kali siapa yang perlu jadi sayap kiri atau bakal isterinya. Apatah lagi nak berikhtilat bagai. Kalau hendak bernikah sekalipun, cukuplah bakal isterinya faham tugas dakwah tarbiah yang dia lakukan dan dapat membantu dia.

Dan saya juga tak kata yang tak boleh bercinta.

Kalau nak bercinta tu, kahwin la dulu.
Kalau tak mampu, tahan.
Kalau tak tahan, puasa.
Kalau puasa tak tak boleh juga?

Korang cari duit dan kahwin la cepat.

Lastly

Kenapa saya sibuk “tembak” golongan pendakwah yang tersasar dari dakwah? Tu yang belia-belia lain hanyut, siap buat maksiat lagi, tak nak pula saya tegur atau “hentam”?

Kena faham bahawa golongan pendakwah ini, mereka bawa “LOGO AGAMA”.

Kalau korang nak tahu, secara umumnya, semua orang melayu muslim sangat menghormati dan tsiqah (percaya) pada golongan asatizah/ustaz atau golongan yang faham Islam. Cumanya sebahagiannya ego dan tak mahu tunjukkan penghormatan mereka dengan tindakan.

Jadi, segala perbuatan atau tindak tanduk pendakwah ini akan sentiasa DIPERHATIKAN oleh orang sebegini yang ada di sekelilingnya. Kerana pendakwah ini ibarat “role model” dalam senyap untuk mereka. Mereka secara tidak langsung ingin serba sedikit meniru atau mengikut jejak langkah pendakwah ini secara senyap-senyap.

Serius!

Tetapi kalau pendakwah ini hanyut, maka hilanglah penghormatan mereka dan mereka pun dengan dunia mereka.

Saya sendiri akuinya. Dulu saya selalu perhatikan golongan yang faham Islam ini, saya tsiqah sangat pada mereka meskipun sebahagian mereka bukan dari aliran agama. Sehinggakan akhirnya sikit demi sikit saya ikut jejak langkah mereka. 

Moga kita semua selamat dari fitnah dunia.

Moga Allah redha.

Dan moga korang dapat tidur dengan ‘tenang’. Hehe.

Wallahua’lam

- Ahmad Shukery -

p/s : 1. Ini artikel dari blog lama sejak beberapa tahun lepas. Tapi saya edit dan jadikan yang lebih sesuai dengan tema Tarbiah Sentap.


2. kredit kepada sahabat saya yang edit gambar troll face tu. Lama tak jumpa dia.

Wednesday, 10 December 2014

BSS 43 : Saya Benci Ayah Saya..


Bedtimes Story Sentap (BSS) malam ni saya nak kongsi sedikit pengalaman saya tahun lepas pada korang.

Err.. asyik kongsi pengalaman sendiri je, gila tak best.

Kalau tak best, takpelah. Kena baca juga. Haha.

Pernah sekali, masa saya baru balik kerja tahun lepas, saya drive kereta dan bawa ibu saya.

Masa dalam perjalanan tu, saya berborak macam-macam dengan ibu saya. Sampailah saya masuk satu topik hangat.

Haa… Apa topik hangat tu? Kahwin?

Mestilah tak.. Haha.

Saya cerita pada ibu,

“Ibu, dekat makmal ada sorang abang ni namanya abang Hafiz. Dia pernah bekerja sama dengan ayah dulu, bawa van rokok. Kita minta tolong dia carikan ayah. Mana tahu boleh jumpa.” Saya cerita pada ibu TANPA saya terlintas ibu akan fikir lain dan terkilan.

“Kenapa kau nak jumpa ayah kau? Kau tahu kan ayah kau dah buat macam-macam dekat ibu.” Ibu mula menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan saya.

Saya terdiam.

Petang tu sepanjang memandu sampai ke rumah, ibu meluahkan rasa marah dan sedih dengan sejarah lama. Sejarah antara ayah dan ibu satu ketika dulu. Ibu tidak setuju dengan tindakan saya hendak jumpa ayah saya semula dan ibu merasakan seolah saya seperti menyebelahi ayah.

Sedangkan tidak pernah.

Saya cuba minta ibu tidak perlu cerita lagi dan tukar topik, tetapi emosi ibu yang tidak stabil, ibu tetap meneruskan cerita dalam nada meluahkan perasaan.

Perasaan sedih, marah, kecewa.. semuanya bercampur baur.

Saya rasa serba salah dan menyesal buka topik tersebut. Saya minta maaf dengan ibu.

Saya rasa terkilan dengan tindakan saya tadi, tapi apakan daya.

Perasaan seorang wanita yang dikhianati suaminya satu ketika dulu, adalah perasaan yang sukar untuk digambarkan oleh seorang anak.

Seperti saya.

Ah.. saya benci apa yang berlaku dulu. Saya pernah dulu mengharapkan yang saya bukan anaknya. Saya benci ayah saya.

Tetapi……

Seburuk Mana Pun Dia.

Sampai saja di rumah, saya termenung seketika. Memastikan rasional dan ketenangan mengawal minda saya, agar tidak dipandu emosi yang tidak menentu.

Saya memang benci apa tindakan ayah satu ketika dulu kepada ibu saya hingga membawa penceraian mereka. Saya benci untuk tahu apa yang berlaku sebelum penceraian itu terjadi walaupun akhirnya saya tahu juga. Ibu selalu dipukul ayah, ditipu duit termasuklah dijual barang kemas, bawa perempuan lain balik rumah, saya pula hampir dijual ke Thailand untuk pasaran black market, saya hampir 'nak dibunuh' dan banyak lagi. Seolah macam drama bukan? Tetapi apa nak buat, ia adalah suatu realiti yang pernah berlaku, dan suatu sejarah yang tidak mungkin boleh dipadam sampai kiamat serta saya tidak boleh lari dari hakikat sejarah itu. Oh ya, saya tak ada niat nak burukkan dia, sebab korang bukan kenal siapa ayah saya.

Tetapi..  

Seburuk mana pun ayah saya, dia tetap ayah saya. Meskipun kalau dia menjadi Firaun sekalipun, dia tetap ayah saya. Darahnya mengalir dalam badan saya, dari hujung kaki sehingga ke lubang hidung.

Dan itu fakta yang tidak dapat diubah dan saya kena menerimanya.

Tetapi saya sedar dan faham, bahawa tidak WAJIB untuk saya menyayangi bapa saya, hatta ibu saya sendiri!

Peh. Kenapa tidak wajib pula?

Sebab Allah TIDAK suruh itu. Kenapa?

Allah Maha Tahu. Allah Maha Tahu kasih sayang mustahil boleh dipaksa tanpa asasnya kecuali dengan izin Allah.

Mana mungkin seorang anak yang tidak diberi nafkah, diabaikan, tidak dijaga, dibiarkan malah pernah satu ketika hendak dijual dahulu, mampu membuta tuli menyayangi orang yang tidak menyayangi kita!

Mustahil kecuali Allah ubah hati kita.

Tetapi…

Allah meletakkan kewajipan sebagai anak untuk berlaku IHSAN, BERBUAT BAIK dan MENGHORMATI ibu bapa.

Ia BUKAN balasan kepada kebaikan ibu bapa terhadap kita, tetapi ia adalah suatu KEWAJIPAN dan TANGGUNGJAWAB kita sebagai anak, walau seburuk mana pun dia!

Tugas Seorang Anak



Ya, saya tenangkan diri sendiri.

Tugas saya sebagai seorang anak hanyalah tetap menghormati , menjaga kebajikan, mentaati dan memelihara serta memenuhi keperluan mereka selagi ia dibenarkan Syariat.

Biar kejam seorang ayah,
Biar curang seorang ibu,
Biarpun kafir dan sundal ibu dan ayah itu!

Bukan tugas seorang anak untuk menghukum mereka. Segala dosa mereka, kelalaian mereka, dan serba serbi kesalahan dan kekurangan mereka, mereka akan bertanggungjawab di depan Allah tentang apa yang mereka telah lakukan.

Rantai Kebencian



Jika di dunia ini hanya ada ibu bapa dan anak-anak sahaja, nescaya ibu bapa jahat akan sentiasa menzalimi anak-anak, dan anak-anak akan membalas dendam terhadap ibu bapa.

Sebab itu segala perkara akhirnya perlu dirujuk kepada DIA, iaitu pada Allah.

Kita memohon keampunan kepada Allah agar Allah mengampunkan mereka. Jika ibu bapa kita jahat sekalipun kepada kita, kita mesti memberi MAAF TANPA SYARAT seperti mana Allah mengampunkan kita TANPA syarat.

Jika jiwa kita sempit untuk memaafkan ibu bapa kita, nescaya Allah jua akan menyempitkan keampunan untuk kita yang banyak dosa ini !

Menghormati mereka, cukup dengan kita TIDAK MEMBALAS kejahatan mereka dengan kejahatan kita. Sedangkan kita banyak berbuat jahat kepada Allah, tetapi Allah sentiasa Maha Tahu untuk “berbuat baik” kepada kita.

Maka, seorang anak tidak perlu ulang rantai kejahatan dan akhirnya melahirkan rantai kebencian yang berpanjangan sehingga ke anak cucu cicit.

Kewajipan Tanpa Kasih Sayang

Sangat berat untuk melaksanakan sebuah kewajipan TANPA adanya rasa sayang.

Ya, sangat berat kerana saya sedang mengalaminya. Ingin melaksanakan sebuah tanggungjawab dan kewajipan kepada ayah saya dalam keadaan saya benci dan geram kepadanya.

Ia adalah sebuah beban.

Kewajipan adalah sentiasa melakukan perlakuan baik terhadap ibu bapa meskipun layanannya sangat teruk kepada kita. Kerana ia adalah TANGGUNGJAWAB anak sebagai anak yang BERIMAN kepada Allah dan Hari Akhirat.

Kita perlu TANGGUNG beban itu dan kemudian kita JAWAB di Negeri Akhirat nanti.

Saya teringat kisah di mana satu ketika Umar al-Khattab radiyallahu anhu dan beebrapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua.

Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “Apakah perihalnya kamu ini?”

Perempuan itu menjawab, “Yang ku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku.”

Umar al-Khattab radiyallahu anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “Wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya.”

Perempuan itu membalas, “ Tidak ya Amir al-Mukminin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjagaku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaga ketika dia tua, aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”

Nasihat saya..

Nasihat saya kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berbuat baik kepada korang,
yang jaga korang sejak kecil,
yang bagi makan minum pada korang,
yang bagi perlindungan pada korang,
yang selalu tanya pasal pelajaran korang,
yang selalu tanya khabar korang,

maka taatlah korang setaat yang mungkin kepada mereka ! Bertanggungjawablah pada mereka !

Dan berlaku IHSAN dengan sebenar-benar IHSAN pada mereka !

Serta sayangilah mereka sepenuh hati korang dalam melaksanakan tanggungjawab kamu sebagai anak.

Sebab apa?

Sebabnya, binasalah si anak yang lupakan peringatan dari kisah ini!


Moga Allah redha. 

Sebelum tidur, telefonlah mak ayah korang yang jauh dengan korang. Atau sebelum tidur, cium tangan mak ayah. Mana tahu korang atau mereka tak bangun lagi esok.



- Ahmad Shukery -