Tarbiah Sentap: October 2014

Tuesday, 21 October 2014

Isu Sentuh Anjing dan agenda Liberal?



"Fakta tentang isu program "Sentuh Anjing".

Tahukah anda, Ustaz Iqbal yang hadir memberi ceramah ketika program "sentuh anjing" itu TERKEJUT bila melihat orang islam memegang anjing, berpeluk-peluk dan sebagainya?
Bagi saya, ustaz Iqbal tidak salah, dan dia telah menjelaskan dengan baik hukum hakam pegang anjing, selari dengan JAKIM. Yang bersalah dalam isu ini ialah PENGANJUR PROGRAM TERSEBUT!
Di sini tulisan dari ustaz Iqbal sendiri. Mari baca:

***



PENJELASAN ISU PROGRAM SENTUH ANJING OLEH USTAZ IQBAL

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.
Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu.
Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.
Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina.Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Mohd Iqbal Parjin

****

Melalui penjelasan ustaz, saya nak ajak ramai-ramai orang untuk:

PERTAMA:

 Tidak menyalahkan ustaz. Kerana:

a) Beliau di beritahu oleh pihak penganjur bahawa program ini telah di beri kebenaran oleh MAIS. Sedangkan, MAIS menafikan perkara tersebut. Bermakna, pihak penganjur TIPU!
b) Beliau di beritahu bawah sesi ceramah dan perkongsian tentang hukum hakam memegang anjing itu BERASINGAN dari tempat anjing berkumpul. Rupa-rupanya, tidak. Sekali lagi, pihak penganjur telah TIPU!
c) Beliau juga MENYALAHKAN media yang memprogandakan progam ini iaitu MalaysiaKini, KiniTv, FreeMalaysiatoday (semua portal media ini mendapat dana dari amerika untuk menyebarkan liberal di malaysia), kerana hanya menyebarkan sebahagian dari ucapan beliau sehingga menggambarkan bahawa beliau menyokong program tersebut, sedangkan, beliau telah di pergunakan!
d) Beliau juga menyatakan TIDAK SETUJU dengan adegan pegang, cium dan peluk anjing yang di lakukan oleh peserta.

Walaupun objektif program ni kononnya baik, hakikatnya, beribu lagi cara dan program yang boleh di buat bagi mencapai objektif yang sama, pada masa yang sama tidak menimbulkan fitnah. Kita nak buat satu benda, jangan hanya tengok hukum sesuatu tu halal atau haram. Tapi, kena tengok keadaan dan KESAN bila kita buat benda tu!

Apa pandangan korang, jika semua LELAKI tak pakai baju, tapi pakai seluar yang tutup pusat hingga lutut. di tengah jalan, di sekolah dan di jadikan budaya di malaysia.

Apakah hukumnya??

Hukum ASALNYA ialah di benarkan, kerana ia bukan aurat. Tetapi, apa akan jadi andai lelaki tak pakai baju ramai-ramai di tengah jalan, or di sekolah, dan di jadikan budaya??

Nescaya, akan TIMBULLAH FITNAH, gangguan sexual wanita akan menular, tiada lagi sifat malu antara lelaki dan perempuan, dan boleh jadi, kes zina berleluasa.

Maka, di sebabkan ia menimbulkan fitnah, maka, jadi dosa.

Sama juga isu pegang anjing ni. Memanglah khilaf ulama tentang isu pegang anjing semua ni. Tapi, masalahnya ialah, malaysia dah elok-elok harmoni dengan budaya tak pegang anjing dan tak bela anjing, tiba-tiba ada pihak-pihak yang dah start pegang annjing terang-terang, peluk cium anjing, dan sebagainya. 

Seperti yang saya cakap, isu haram tak haram tu isu perbezaan pendapat. YANG MENJADI MASALAH ialah, perkara-perkara sebegitu ( pegang annjing terang-terang, peluk cium anjing, dan sebagainya ) AKAN MENIMBULKAN FITNAH.

Di sebabkan perkara ni, orang berbalah, membodohkan sesama sendiri, membangangkan hatta adayang mengkafirkan sesama sendiri. Bukan itu sahaja, orang-orang kampung, orang-orang yang jahil agama akan start keliru ini itu ini itu. Dan, bayangkan, boleh jadi, budaya malaysia terus berubah dengan membela anjing, dan sebagainya. Apa akan jadi?

Juga, puak liberal ni sengaja baut program-program ni untuk memburuk-burukkan ulama dan majlis fatwa!

Dan, di sebabkan berlaku fitnah, maka, dosa.


KEDUA:

Sama-sama jauhkan diri dari agenda liberal, yang sengaja memprovok islam dan mengkucar-kacirkan islam di malaysia. Pelbagai isu. Di sini, saya utarakan dari A sampai Z agenda liberal ini:

a) Tuntutan hak pembebasan murtad
b) Membenarkan budaya lesbian, gay, bisexual, transexual(LGBT), dan menganjurkannya!
c) Menuntut penggunaan kalimah Allah dalam biblle bahasa melayu.
d) Pesta arak besar-besaran dan terang-terangan.
e) Menentang hudud
f) Berkeras ingin mendirikan negara sekular di malaysia, sedangkan malaysia adalah negara islam dan termaktub dalam perlembagaan.
g) Ingin menghapuskan hak istimewa orang melayu.
h) Menghina acara korban
i) Menghina dan berkempen untuk membubarkan dan memburukkan institusi raja.
j) menuntut bahawa semua kanak-kanak yang baru lahir tidak mempunyai agama sehingga umur 18 tahun.
k) Mengatakan bahawa Melayu juga adalah kaum pendatang sedangkan negara ini (termasuk Indonesia) adalah terkenal sebagai Kepulauan Tanah Melayu semenjak ratusan tahun yang lalu.
l) Menentang cadangan kerajaan untuk memanjangkan pembelajaran agama Islam di sekolah-sekolah.
m) Menuntut institusi-institusi yang dikhususkan kepada orang Melayu dibuka kepada bangsa lain seperti UiTM, MRSM dan lain-lain sedangkan inilah kemudahan untuk menampung anak-anak orang Melayu yang majoritinya masih miskin dan tinggal dikampong2 dengan kemudahan pembelajaran yang terbatas.
n) Menuntut kebebasan syiah dan penyebaran agama kristian.
o) Ingin menghapuskan identity Malaysia yang berteraskan melayu, islam dan raja, kepada Negara tanpa identity bangsa dan agama, dan bebas melakukan apa sahaja seperti Negara-negara barat.
p) Menentang bahasa kebangsaan dan menuntut bahasa lain juga diberi status yang sama.
q) Menyokong 14 tuntutan IFC yang jelas mencabar kedaulatan Islam
r) Menentang Kontrak Sosial yang telah dipersetujui semenjak merdeka dengan mengatakan ianya tidak wujud dan mahu kesemua bangsa diberi hak sama rata.
s) Mempertahankan sekolah venakular yang mengasingkan kaum tapi dalam masa yang sama kononnya bercakap tentang perpaduan.
t) Membuat kempen sentuh anjing untuk sengaja mengacau sensitivity umat islam, seterusnya memandang buruk ulama dan majlis fatwa yang melarang program tersebut.
u) Menghalang langkah membenteras penjualan arak di kedai 7Eleven.
v) Mengatakan bahawa orang yang pertahankan bangsa melayu sebagai rasis, tapi pada masa yang sama, mendiamkan diri bila berhadapan dengan puak chauvinist dan pelampau kafir dan liberal yang berterusan memperlekehkan islam!
w) Mengasingkan agama dan bangsa. Sedangkan, islam tak pernah mengasingkan agama dan bangsa, bahkan menjadikan bangsa sebagai alat untuk mencapai matlamat iaitu menegakkan islam.
x) Pesta bogel terang-terangan, dan juga bogel di tengah jalan.
y) Mempromosikan budaya bebas berfikiran dan bebas mengeluarkan pendapat, sehingga menafsirkan alquran dan hadis mengikut akal dan nafsu, serta lari dari maksud asal.
z) Sengaja memburukkan Malaysia ketika isu MH370 dan MH17, agar satu dunia nampak Malaysia teruk. Sedangkan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu support dan tak memburukkan Negara sendiri.

Banyak lagi sebenarnya. Maka, saya ajak, mari ramai-ramai kita lawan agenda liberal yang di bawa oleh puak-puak liberal! Dan, jangan kita menjadi agen mereka tanpa sedar!

KESAN AGENDA LIBERAL?

Mungkin ada yang tak nampak, pandang remeh, hatta memarahi orang yang menentang liberal. Hatta, ada yang menyokong. Saya nak nyatakan dengan jelas, apakah kesan liberal ini, agar sama-sama kita buka mata!

Jika anda semua mahu tahu, Negara-negara sekitar kita yang dahulunya negara yang di perintah oleh orang islam, kini tidak lagi.

Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Ada dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah ... Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Tak risaukah kita apa yang akan jadi pada Malaysia yang kita cintai ini?

Hari ini, tanpa kita sedar, Malaysia yang kita cintai ini, sedang di ancam dengan pelbagai ancaman yang sangat terancang dan amat licik. Telah wujud beberapa golongan orang kafir dan puak islam liberal yang sudah berani mencabar kedaulatan islam di Malaysia ini. Seperti mana mereka telah lakukan di Negara-negara yang saya sebutkan tadi, seperti itulah mereka ingin lakukan di Malaysia.

Tahukah kalian akan isu “Kalimah Allah”? Di mana orang kristian ingin menggunakan nama Allah bagi menggantikan kalimah “tuhan” di dalam bible? Tahukah dan pernah belajarkah kalian, bagaimanakah cara kristian menjalankan agenda kristianisasi di negara-negara islam? Pernahkah kalian belajar dan kaji sejarah? Jika anda kaji sejarah, maka anda akan dapati bahawa apa yang mereka ingin lakukan ini semata-mata adalah untuk mengKRISTIANkan orang islam di Malaysia.

Tetapi, yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. TAUBATLAH!!

Tahukah kalian isu COMANGO? Di mana 54 NGO liberal telah membuat tuntutan-tuntutan yang mana terdapat dalam tuntutan tersebut amat bercanggah dengan islam dan akan memusnahkan negara? Seperti tuntutan agar di benarkan LGBT(Lesbian, Gay, bisexual, transsexual), benarkan murtad, menuntut hak sama rata, dan lain-lain.

Namun. Yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. Taubatlah!

 CARA NAK BERHADAPAN DENGAN PUAK LIBERAL?


Nak dakwah puak-puak ni, perlu dengan HIKMAH. Tapi, hikmah bukan bererti lembut. Hikmah ialah dakwah mengikut fiqh dan sesuai dengan keadaan. Kalau perlu tegas, tegas. Kalau perlu lembut, lembut. Dalam kes ni, puak-puak ni makin lama makin menjadi-jadi, agresif, lantang dan tak malu nak perjuangkan agenda mereka, maka, kita tak boleh paranoid dan akur dan terus berlembut! Kita juga perlu tegas, lantang, dan bersatu menentang dan boikot agenda mereka!

Lihatlah, bagaimana Allah dan rasul, juga ulama'-ulama' telah beri panduan bagaimana nak berhadapan dengan golongan ini.

1)Hayati pesanan dan amaran Allah tentang isu ini:

-Attaubah 71, Maidah 51, Maidah 55 dan 56, Ali Imran 28, Mujadilah 22, Nisa’ 144, Maidah 81 dan 81, Nisa’ 141, Ali Imran 118, Mumtahanah ayat 1, Mumtahanah ayat 4, Mumtahanah ayat 8, Annahl 125, Anfal 73, Alfath 29, dan banyak lagi.

Betapa Allah melarang umat islam memberi  wala’, merapati, dan dekati orang kafir yang memusuhi islam, serta yang menghina-hina islam, juga pelaku maksiat. Nilai sendiri teguran Allah ini. Nilai sendiri.

2)Abu Al-‘Arabi menegaskan:

“Allah memutus dan melarang persaudaraan antara kafir dan mukmin, sebagai gantinya ialah persaudaraan sesama islam dan pihak kafir pula bersaudara sesama mereka, tolong-menolong demi kepentingan agama dan kepercayaan mereka sendiri. Tidak syak lagi, di dalam usaha melaksanakan ajaran ilahi, ukhwah dan bantu-membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat islam setiap masa, sebaliknya, kecuaian dalam menjalankan perintah Allah ini(iaitu jika tidak memutuskan persaudaraan antara kafir dan mukmin), inilah PUNCA kemerosotan umat islam dan perpecahannya yang boleh dikoyak-rabakkan oleh musuh islam di mana-mana sahaja….”

3)Fudhail b Iyyadh berkata:

“Barangsiapa yang menolong ahli bid’ah, maka sesungguhnya dia menolong untuk meruntuhkan islam. Barangsiapa mengasihi ahli bid’ah, Allah memadamkan amalnya, dan mengeluarkan nur islam dari hatinya….”

4)Ahmad Arrasyid menyebut dalam kitabnya ‘Almuntolaq’:

“Islam ini mempunyai dua tanda. Pertama, sifat isti’la’(merasakan islam itu tertinggi), dan merasa rendahnya ideologi dan prinsip selain islam, serta menyatakan kesesatan ideologi dan prinsip lain dengan TEGAS. Kedua, hasil dari sifat isti’la’ ini, akan lahir perasaan ingin berlepas diri(tajarrud), serta MENINGGALKAN mereka-mereka yang mengikut hawa nafsu!

Dua sifat ini adalah gambaran dari fitrah taghyir(sikap merubah) yang telah di TETAPKAN oleh Allah untuk MERUBAH. Dari sini pula, ia menjadi sifat dan tabiat gerakan islam. Juga di sebabkan sifat dan fitrah ini, GAGALLAH segala langkah untuk berdamai, musolahah, toleransi dan SALING HIDUP SEKALI antara islam dan kufur…”

5)Di dalam Almuntolaq juga, Ahmad Arrasyid  telah menghuraikan fiqh dakwah yang di teladani dari seorang pendakwah ulung zaman dahulu, iaitu Abu Bakar b Yasdainar Rahimullah. Ahmad Arrrasyid menyimpulkan:

“Sebagai pendakwah, kita bukan menentang kemungkaran semata-mata. Tapi, kita juga menentang orang yang melakukan kemungkaran kerana kemungkaran mereka! Ertinya, kita tidak menentang kemungkaran dengan sembunyi-sembunyi sahaja. Tetapi, kita perlu menunjukkan tuduhan dengan telunjuknya kepada taghut. Kita perlu meninggikan suara mendedahkan pekung kekufuran di hadapannya, menyebut nama, nombor dan alamatnya. Seterusnya, di buka baki lima jari kita untuk mengubah kemungkaran dengan tangan, setelah kita tuding mereka dengan tuduhan kemungkaran yang mereka lakukan…”

6) Ibn Athoillah menyebut dalam kitabnya 'bahjah Annufus':

"Engkau seringkali memperlakukan musuh Allah dan pelaku maksiat masa kini dengan perbuatan yang salah. Entah kenapa, kau bermuka manis, memberi hormat, memberi senyuman, memuji mereka di forum, memberi mereka aneka gelaran penghormatan, dan bersahabat dengan mereka kerana takut mereka benci kamu. Padahal, ALLAH MELARANG kita melakukan perkara itu!

“Engkau tidak akan mendapati satu kaum yang BERIMAN kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan rasulnya…”
(Almujadilah ayat 22)

Memperlakukan pelaku maksiat dengan cara tersebut akan membuatkan mereka akan terus-menerus melakukan kesalahan dan penyimpangan, serta banyak melanggar perintah-perintah Allah..."

KESIMPULAN


 Orang Islam di Malaysia yang cuba mempromosi cara fikir yang asing (liberalisme, pluralisme, sekularisme) umpama budak-budak belum mumayyiz yang suka buat kacau dalam majlis. Jauhilah mereka.

Fahamilah islam secara syamil(menyeluruh), kamil(lengkap) dan mutakamil(saling melengkapi). Fahamilah islam mengikut acuan Alquran yang sebenar, agar kita tak terjebak dengan pemikiran liberal, sekular, sosialis, plural dan lain-lain yang jelas menyeleweng.

Hakikatnya, banyak lagi fiqh-fiqh serta kata-kata ulama bagi merungkai isu ini. Sebab itulah, DAKWAH INI BERDIRI ATAS FIQH, seperti mana solat tak boleh di buat ikut cara sendiri, begitu juga dakwah. Akhirnya, dakwah yang kita lakukan ini ALLAH MURKA, lantaran kita ikut cara kita sendiri, menggunakan dalil syarak yang di salah tafsir dan langsung tak tepat dalam penggunaanya, tiada disiplin dalam berijtihad, dan lain-lain.

Baca juga tulisan saya berkenaan "Mana satu musuh, mana satu Mad'u" di SINI, bagi membezakan dan menjelaskan mana satu musuh dan mad'u dan cara berinteraksi dengan mereka. Baca juga huraian saya tentang "islam liberal" di SINI

Akhir kata, dari pegang anjing, ayuh sertai kempen anjuran Tarbiah Sentap:

#SayamahusentuhAlquran

Jom kembali kepada Alquran!

:)

-Adnin Roslan-

Sunday, 12 October 2014

Soal Jawab Ikhtilat: Tunang?


Alhamdulillah, saya syukur, impak page tarbiah sentap dan blog ini, kami dapat banyak respon yang positif, dan ramai yang menyatakan hasrat untuk berubah. Alhamdulillah. Seperti biasa, kebiasaannya, ramai yang mengadu, TERSEKSA dengan dosa ikhtilat. Orang yang berikhtilat ni saya bahagikan kepada dua:

1)Dia tak tahu perkara yang dia lakukan itu juga merupakan ikhtilat, akibat KELIRU. Atau..
2)Dia memang tak mampu tahan ikhtilat, dan menjatuhkan diri ke dalamnya.

Maka, dengan ini, saya akan menjawab beberapa soalan-soalan orang ramai kepada saya berkenaan isu ikhtilat, tunang, dan sebagainya. Moga bermanfaat. Namun, amaran saya, sebelum nak baca artikel kali ni, korang WAJIB FAHAM ASAS ikhtilat dan cinta ini. Maka, sila baca tulisan-tulisan saya di bawah mengikut turutan:


Baca jangan tak baca. Anyway, jom baca soal jawab kali ini. Yeah!

***


SOALAN SATU:

 “Siapa yang harus di salahkan dalam isu ikhtilat ini? Samada lelaki, atau perempuan, atau ibu ayah? Siapakah??”

1) Salahkanlah diri sendiri. Semua benda nak tuding jari pada orang lain, sampai bila pun masalah takkan selesai. Bayangkan kalau kita salahkan diri kita sendiri, komfem kita akan jaga ikhtilat. Bayangkan kalau mak ayah salahkan diri mereka sendiri, sudah tentu mereka juga akan mendidik anaknya untuk menjaga ikhtilat. The point is, kepada semua pihak, sila salahkan diri masing-masing, dan berperananlah dalam menangani isu ini.

--------------------

SOALAN DUA:

 “Saya dah usaha untuk jaga ikhtilat. Tapi, ada seorang lelaki asyik kacau saya dan usik saya dalam kelas. Dia selalu mention nama saya kat kelas, sampai kawan-kawan saya selalu kaitkan saya dengan dia. Lepas tu mesej saya kejut subuh la. Saya rimas! Bagaimana saya nak atasi masalah ni??”

1) Wahai lelaki, takde maruah ke? Mana IMAN kau? Apa yang kau dapat bila kau kacau perempuan walaupun nak ‘main-main’ kononnya? Matanglah sikit brader. Kalau kau tak hensem, kau goda macamana pun, orang lagi menyampah dengan kau. Kalau kau hensem pun, orang menyampah jugak. Cukup-cukuplah kacau perempuan, dosa besar kot(Sori kalau terlebih sentap. Geram rasanya.huhu..)

2) Wahai wanita, JANGAN SESEKALI LAYAN lelaki yang kacau korang. Maybe dia kacau korang sebab korang bagi “respon” bila diorang kacau. Lagi korang bagi respon, contohnya:

“janganlah kacau..awak ni. Tak sukalaaah!!”

Dan lain-lain, lagilah mereka seronok nak kacau. Cuba korang DIAM, jauhkan diri, jangan langsung pandang/sembang/chat/cakap dengan diorang, komfem depa tak teringin nak kacau korang. Percayalah. Laki suka kacau orang yang “layan’ mereka. Kalau korang tak layan, depa takkan ada mood, hatta rasa MALU untuk kacau. Faham?

--------------------

SOALAN TIGA:

 “Ada orang yang dia baik, muslimah, tudung labuh semua, tapi pada masa yang sama,dia ikhtilat, selalu chat, mesej dan call lelaki, sembang-sembang kosong. Bila tegur, dia kata, dia lagi selesa bila kawan dengan berlainan jantina. Macamana ye??Boleh ustaz kasi sentap sikit tak kat orang-orang yang macam ni?”

1) Wahai kawan, islam tu bukan pada pakaian sahaja. Kalau kau dah pakai tudung labuh dan sebagainya, sepatutnya kau kena bawa IMEJ tudung labuh. Kalau tak, kau akan jadi fitnah dan memburukkan wanita tudung labuh yang lain. So, saya ulang, ISLAM BUKAN PADA PAKAIAN SAHAJA. Islam tu luas, islam pada pakaian, islam pada pergaulan, islam pada akhlak, islam pada ibadah dan aqidah, islam pada muamalat dan lain-lain. Kalau kita PISAHKAN islam, dan ambil islam sekerat-sekerat, keislaman kita ada KECACATAN. Hati-hati wahai kawan. Taubatlah. 

Ingatlah:

"Sepatutnya, pakaian ni menjadi perisai kita dari melakukan maksiat. Orang yang pakai jubah dan kopiah, dia akan rasa malu untuk buat maksiat. Orang yang tudung labuh, akan rasa malu nak buat maksiat. TAPI, andai pakaian tak mampu menjadi perisai, maka malulah dengan Allah..."

2) Lagi satu, alasan “aku lagi selesa kawan dengan berlainan jantina” tu langsung tak munasabah untuk membenarkan ikhtilat yang kau buat. Kalau macam tu, andai ada orang kata:

“Aku nak zina. Aku tak nak kahwin…”

And then kita jawab:

“Mana boleh. Kau kena kahwin!!”

Pastu orang tu balas:

“Aku tak selesa la kahwin. Aku lagi selesa berzina sebab takde tanggungjawab sangat…”

Adakah ‘valid’ asalan tu?? Ingat wahai kawan, islam tu ada SUMBER RUJUKAN. Jangan kita nak buat satu benda, ikut kepala otak dan nafsu kita. Hancurlah agama andai kita hiasi islam ini mengikut otak dan keselesaan kita. Itulah LIBERAL namanya. Hati-hati! Insyallah, kau akan lebih TENANG andai kau berukhwah dengan sesama jantina. Percayalah. Serius..

--------------------

SOALAN EMPAT:

“Macamana nak tegur kawan kita yang couple or ikhtilat dalam keadaan yang tak mengguris hati dia? Lagi-lagi kawan yang rapat dengan kita. Saya takut bila tegur, hubungan kitorang jadi renggang. Ada cara terbaik tak nak tegur??”

1) Selagi kita berani nak tegur kawan rapat kita, sebenarnya, kita BELUM RAPAT lagi. Kawan yang rapat, kawan yang baik ialah kawan yang menegur kawannya tika melakukan kesilapan, dan SALING nasihat menasihati. Tapi, kalau nak tegur kawan yang kita anggap BFF kononnya, tapi tak berani, means, UKHWAH kita tu hanyalah PALSU. Sebab, tanda ukhwah ialah saling tegur menegur tanpa terguris hati. Kalau terguris pun, sekejap je.

2) Lagi satu, nak ubah orang couple ni, kita tak boleh just TEGUR, pastu nak harapkan perubahan pada diorang. Agak mustahil. Kita nak ubah orang couple ni, kita kena mulakan dengan RAPAT dengan dia, SENTUH HATI dia, BUAT BAIK pada dia, AMBIL BERAT pada dia, sampai dia dah betul-betul rapat dengan kita, sampai dia dah berani luahkan masalah dia kat kita, baru kita bantu, bagitahu dia mana BAIK dan mana BURUK. Cari PUNCA kenapa dia couple. Mungkin masalah family, atau rakan sejantina dia selalu tak layan dia, atau pengaruh kawan dan sebagainya. And then, usaha untuk selesaikan punca.

Ajak dia ikut program-program tarbiah seperti usrah, ceramah dan sebagainya, agar dia mula rasa MINAT dengan agama. Hubungkan ukhwah dengan dia. Insyallah, sampai satu tahap, bila dia dah cinta pada agama, bila dia dah rasa ukhwah dengan rakan sejantina, bila dia dah ada orang sejantina yang ambil berat pasal dia, bila dia dah mula sibuk dengan tarbiah, dengan sendirinya dia akan tinggalkan couple. Percayalah!

3) Tapi, kalau orang yang dah tahu couple tu semua salah, ikhtilat semua salah, hatta bertudung labuh, berjubah dan berserban, dan kita tegur berkali-kali pun dia tak sedar diri, maka, pendekatan yang perlu di gunakan ialah kita kena dapatkan RESPECT. Dia maybe tak nak dengar cakap kita sebab dia rasa dia lagi hebat dari kita, EGO dan SOMBONG. So, buatlah apa-apa supaya kita di respect. Cemerlangkan akademik, buat baik pada dia, tunjukkan akhlak, dan lain-lain. Bila dia dah respect, insyallah dia akan ikut cakap kita. Tapi, macam saya cakap, slowly, slowly….

--------------------

SOALAN LIMA:

“Kalau kita pergi cafĂ© misalnya, lepas tu ternampak kawan kita yang sekelas dan berlainan jantina, perlu kita kita senyum kat dia, or bagi salam pada dia? Yelah, kalau tak pandang tak senyum tak bagi salam, diorang kata kita sombong pulak. Macamana ye???”

1) Dalam bab memberi salam, pelbagai ulama telah hurai tentang hukum memberi salam. Secara ringkasnya, saya boleh utarakan secara point di bawah:

-Sekiranya yang memberi salam atau menjawab salam itu isteri, hambanya atau orang yang haram berkahwin dengannya hukumnya sama seperti salam antara lelaki sesama lelaki.

-Makruh atas lelaki memberi salam terhadap perempuan muda yang boleh dikahwini sedangkan perempuan itu haram menjawabnya.

-Haram perempuan muda yang boleh dikahwini memberisalam, sementara lelaki yang diberi salam makruh menjawabnya.

-Harus seorang lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan dan wajib diatas salah seorang dari mereka itu menjawabnya sekiranya tidak timbul fitnah.

-Sunat sekumpulan perempuan memulakan salam dan wajib atas lelaki menjawabnya jika tidak timbul fitnah.

-apabila sekumpulan lelaki memberi salam terhadap seorang perempuan wajib dia menjawab sekiranya tidak takut fitnah, begitu juga sebaliknya.

-harus sekumpulan lelaki memberi salam terhadap sekumpulam wanita dan wajib mereka itu menjawabnya jika tidak takut fitnah begitu juga sebaliknya.

2) So, the point is, tak perlu pun senyum or bagi salam or pandang-pandang jika tiada urusan yang PENTING, dhorurat dan sebagainya. Orang kata kita sombong tu benda standard. Daripada buat dosa, baik kita kena kutuk. Dapat pahala free. Standardnya, awal-awal je orang kutuk, lama-lama, orang akan respect. Percayalah!

--------------------

SOALAN ENAM:

 “Ada orang, dia keluar dengan bukan mahram dia, atas alasan, mak ayah dia beri kebenaran. Boleh ke…??”

1) Tak boleh. Kalau macam tu, andai mak ayah kita bagi kita zina, boleh la zina? Fikir-fikirkan. Dan, pada ibu dan ayah, jagalah anak anda. Bahaya. Serius bahaya….

***

PROSES KAHWIN DAN TUNANG?



Satu lagi isu yang agak hangat di perkatakan ialah isu tunang. Atas alasan tunang, atas alasan nak kahwin, ramai yang hancur dan tak jaga batas. Ni antara soalan:

“Saya dah tunang. Tapi tunang saya selalu sangat call, tanya khabar, chatting bagai dengan saya. Actually, macamana pertunangan dalam islam, dan apa batas-batasnya? Dan, kalau kita nak kahwin dengan seseorang misalnya, macamana kita nak KENAL dia kalau kita tak ikhtilat dengan dia? Mohon pencerahan….”

1) Actually, HUKUM ASAL ‘sesebuah pertunangan’ itu di kira sah, ialah apabila kita cakap pada seseorang yang kita ingin berkahwin dengan dia, dan orang tersebut setuju. Manakala, ADAT pula ialah perlu cincin, majlis pertunangan yang di persetujui oleh kedua-dua belah family dan yang kita sedia maklum.

2) Jika kita lihat, kenapa hukum asalnya begitu, kerana, orang zaman islam dahulu kala, zaman sahabat, tabiin dan tabi’ tabiin, mereka di didik untuk menyatakan HAJAT untuk berkahwin dengan seseorang adalah apabila dia BETUL-BETUL BERSEDIA untuk berkahwin.

3) Namun, zaman sekarang, lagi-lagi di Malaysia, ramai orang salah gunakan perkara ini. Ramai remaja dan belia dan mengucapkan kata-kata:

“Aku nak jadikan kau sebagai isteri…”

“Aku nak kahwin dengan kau…”

Dan sebagainya, sedangkan, dia belum BERSEDIA langsung untuk memikul tanggungjawab ini! Hatta, start umur seawal form 3, dah pandai sebut bab nak kahwin ni. Dan, sememangnya, pertunangan itu di kira! Bermakna, jika ada orang lain yang nak kahwin dengan tuning kita itu, di kira HARAM sebab telah di cop. Dan perempuan tu tak boleh berkahwin selagi tak putuskan pertunangan. 

4)Tapi, masalahnya ialah, hari ni, berapa ramai LELAKI yang MENYEKSA WANITA dengan mengatakan “Aku nak jadikan kau isteri”, sedangkan dia tak prepare langsung, lepas tu, bertahun-tahun and then putus couple, putus cinta bagai, and then cari orang lain. Apakah?!

Sebab tu, ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka!

Saya ulang:

"Ianya adalah SATU DOSA apabila kita menyatakan hasrat nak memperisterikan seseorang dalam keadaan kita tak bersedia, tak serius, dan hanya suka-suka! Dosa!"

Bak kata Ibn Qayyim:

“Orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan kepada harta!!!”

5) Atas sebab itulah, bagi saya, pada zaman yang penuh dengan fitnah ini, dalam isu pertunangan, kita MESTI MENGIKUT ADAT (mendapat persetujuan dari kedua-dua belah pihak, berjumpa dengan family kedua-dua belah pihak, berkenalan dengan keluarga, adakan majlis rasmi yang menjaga batas syarak, dan yang sama waktu dengannya. Kerana, ia lebih terhindar dari fitnah, sekaligus membela MARUAH seorang wanita, dan menjaga perasaan dan kehormatan seorang wanita! Sebab sekarang, ramai yang menggunakan alasan tunang untuk buat maksiat!!!!

6) Manakala dalam proses sebelum bertunang dan sebelum berkahwin misalnya, di sunatkan untuk kedua-dua belah pihak untuk BERTAARUF(berkenalan), dan di kendalikan oleh orang tengah agar tak berlaku fitnah. Ketika bertaaruf, bertaaruflah sepuas-puasnya. Ketika itu, seorang laki di sunatkan untuk pandang wajah dan tapak tangan wanita yang ingin dia nak kahwin.

Dan, jika pertunangan telah di jalankan, maka sepanjang bertunang, peliharalah adab-adab seperti yang berikut:

-Banyak berhubung dengan mak ayah orang yang kita ingin berkahwin, supaya dapat eratkan sillaturrahim dan memudahkan proses nak rapat dengan keluarganya.

-Kurangkan persembangan kosong dengan tunang kita. Sekadar untuk MEMENUHI HAJAT seperti bincang tarikh kahwin, kos hantaran, isu keluarga, dan yang sama waktu dengannya. Seeloknya di handle oleh orang tengah. Kerana, sekarang, dah beribu KES orang yang tunang, tak sempat kahwin tapi dah berzina. Saya dah dapat banyak soalan dalam inbox berkaitan isu macam ni. Sembang kosong dan sengaja sembang tanpat keperluan, dosa.

-HARAM keluar berdua-duaan. Haram sembang benda yang menaikkan nafsu sama topic besar seperti seks, atau topic yang agak kecil tapi merbahaya seperti “I love you”, “you love me”.

So the point is, jangan gunakan alasan tunang untuk berikhtilat jika takde dhorurat, atau hajat. Harap maklum.

***

Wallahua’lam. Moga jawapan-jawapan ringkas yang saya utarakan di atas dapat memberikan kita kefahaman yang konrit dalam isu IKHTILAT. Selamat beramal. Jangan banyak tanya sangat. Ikut je apa yang islam ajar. Biasanya orang yang banyak tanya ni dia nak usaha dapatkan jawapan yang memuaskan/membenarkan nafsu/dosa yang dia nak buat.

So, harap-harap tak begitu.

Moga bermanfaat!

-Adnin Roslan-