Tarbiah Sentap: July 2014

Thursday, 31 July 2014

7 Jalan Zina?



Zina ni, adalah satu dosa besar. Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumnya haram dan berdosa. Alquran ni unik. Allah tak sebut “Janganlah kamu berzina”. Tapi Allah sebut “Janganlah kamu dekati zina”. Apa maknanya? Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang. So, apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina?

Sebab, ada orang tak tahu. Pastu dia buat benda tu, dia rasa betul, bila orang tegur, mengamuk tak pasal-pasal, takleh terima teguran, bengang, pastu kata orang yang tegur dia tu syadid, keras, jumud, pemikiran sempit dan lain-lain. Apa ke pelik orang macam ni. Tapi takpe, maybe tak faham dan tak pernah ada orang bagitau. So, sekarang, saya nak hurai benda ni, agar semua, tahu dan boleh amal!

Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakana “mendekati zina”? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN. Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang di katakana jalan yang “mendekati zina” yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?

نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار

“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!”

Faham? Takpe, saya akan hurai satu persatu insyallah. Jom tengok satu persatu, bagaimana zina boleh berlaku. Amat liciknya syaitan!

1)Pandang-pandang.

Ini adalah jalan zina yang pertama. PANDANG. Kerana apa? Kerana dari pandanglah, kita akan rasa tertarik, terpikat, mula nak bercrush-crush, minat laki ni minat perempuan,  terpikat dekat artis korea ni, artis jepun tu, penyanyi laki ni, penyanyi perempuan tu, dan lain-lain.

Ingat tak dosa ke?

Kalau tak mampu tinggal pun, at least, rasalah bersalah dan rasalah benda tu dosa!

Tapi, malangnya, hari ni, kita dengan rileksnya tak jaga pandangan. Tengok  movie, Nampak perempuan tak pakai tudung berlakon, boleh dengan rileksnya pandang tanpa rasa bersalah. Nampak laki tak pakai baju, pun boleh rileks je tengok. Lagi tak malu, boleh like lagi kat FB, twitter dan instagram. Laki “terbaik”, siap share dan retweet lagi gambar-gambar tu. Memang “terbaik”. (Ini perlian. Harap maklum).

Jap, ingat kita kena tunduk pandangan dari yang bukak aurat je ke? Tak! Bahkan, laki still kena tunduk pandangan bila Nampak perempuan yang tutup aurat sempurna! Hatta, kalau ada perempuan berpurdah yang sengetkan kepala dan buat symbol tangan peace, tu pun kita kena tunduk pandangan!

Bahkan, ada ulama yang berkata bahawa, haram like gambar perempuan, kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka. Bayangkan kalau takde orang like, kan dia malu. Sape suruh bajet cute.

Ada orang, dia bagi alasan:

“Aku tak naik syahwat pun bila pandang perempuan/laki tu. Apa salahnya?!”

Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat? Tak naik syahwat pun haram jugakla brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila Nampak perempuan, nabi tolak muka sahabat tu ke tepi supaya sahabat tu tak pandang!

Nampak tak permainan dia?

Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend,  follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun tahu bila friend dan follow ni, gambar-gambar diorang akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu! 

Bapak ah…

Apakah semua ini?

Hatta, kalau nak berurusan antara laki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang di benarkan), kena jaga pandangan tak tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama. Saya dah hurai bab ikhtilat di SINI dan SINI. Harap baca.

2)Senyum-senyum.

Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumla jawabnya. Dah startle jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saje-saje senyum bajet macho, bajet cantik. Takdela cantik sangat sebenarnya. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley. Bapak geli…

Tolonglah hentikan semua ini. Dosa kot…Ni jalan zina!

"Satu emoticon :) mampu menggugat dan memeltingkan orang berlainan jantina walaupun takde niat. Percayalah..."

3)Memberi salam.

Selepas dah senyum-senyum, so, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam, hye, intro, dan yang sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila laki mesej perempuan dan perempuan balas, ataupun sebaliknya, maka, mulalah saat kehancuran.

Pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macamana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu, dia tudung labuh, bila tanya dia, dia jawab:

“Semuanya bermula dengan mesej di facebook. Semuanya bermula dengan “hye” yang pertama!”

Sebab tulah, Ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak Nampak permainan setan?

4)Bersembang.

Dah bagi salam, dah intro, apa lagi, startla sembang-sembang… Sembang ni ialah bila kita start cakap lebih dari perkataan salam, hye dan lain-lain. Tanya khabar, luah perasaan dan lain-lain. Semuanya dosa.

“Saya kagum dengan awak dalam kelas. Awak punya ilmu agama sangat tinggi. Saya harap awak dapatla bimbing saya…”

Pergh. Halus je cara dia goda. Yang sama jantina berlambak orang yang kau boleh mintak bimbing. Buat apa mintak yang berlainan jantina?

“Erm…nak tanyalah. Awak tahu tak kerja rumah yang cikgu math bagi tu nak buat macamana?Hehe..Awak kan pandai:)”

Kawan sejantina belambak yang boleh ajar kau. Tak pun kau pergi terus tanya cikgu kau. Kenapa nak tanya lain jantina gak? Kelakar. Saya tak pernah tanya kerja rumah kat berlainan jantina, SPM skor jugak.

Macam-macam lagi lah. Siap, yang perempuan bagi kata-kata semangat kat laki, laki bagi kata-kata semangat tak perempuan. Pergh. Ada tak dalil yang membenarkan apa yang korang buat? Kat henset saya, saya tak letak nombor perempuan melainkan mahram saya. Hidup saya maju jugak. Bukan saya je, saya ada beribu kawan yang macam tu. Yang jaga ikhtilat dan tak bersembang dengan lain jantina! Saya ada ramai, nak kata, ramai orang boleh buat!

5)Buat temu janji.

Bila dah start sembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami(kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mulalah set untuk jumpa.

“Boleh tak kita jumpa kat belakang kantin sekolah. Saya nak bagi awak something..Dalam pukul 10:30, time rehat…okay?”

“Baiklah. Hehe..Awak nak bagi apa? Nervousla pulak.huhu…”

Itu baru bab nak bagi hadiah bagai. Belum masuk bab dating, nak makan kat restoran, atau buat temu janji nak jalan dan shopping sama-sama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sini sana. Pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah. Memang gerun...

(Sorilah saya tetiba mengamuk. Haha…Kena bagi sedar sikit)

6)Berjumpa.

Yeah. Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoran mamak(tak romantik langsung), dah start shooping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dan makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai.

Ini semua setan punya permainan. Takkan tak Nampak lagi?

Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah? Perempuan janganla keluar rumah sangat, melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengam boyfriend jual burger, aduh… Atau lepak McDonald sampai tengah malam. Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah. Apa ini semua?

Taubatlah sebelum terlambat. Kalau ada laki ajak korang keluar, jangan tertipu. Kalau perempuan yang ajak laki keluar, ini memang teruk.

7)Berzina.

Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina la! Mula bawak balik rumah, atau gi belakang toilet sekolah time rehat, pergi belakang semak, dan macam-macam lagi benda yang mengarut dan tak masuk akal!

Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dah tak betul dah. Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam apa. Dahla tak hensem, tak cantik. Argh! Apa sudah jadi kat dunia ni?!

8)Masuk neraka

Inilah FINAL ending. Masuk neraka, di seksa atas dosa “mendekati zina” yang kita buat. Tak sedih ke? Tak takut ke?

***

Inilah 7 jalan zina. Semuanya di kira dosa. Dan segala benda yang dosa, hukumnya haram. Muhasabahlah, dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kita check diri kita, kita akan rasa perasaan seronok dan lain macam bila buat salah satu dari 7 jalan ni. Kan? Itu namanya nafsu!

Berubahlah. Dan jagalah diri kita!

***


PESANAN KEPADA SEMUA BERKAITAN ISU MENDEKATI ZINA

Saya harap, kita semua muhasabahlah. Mari, kita tengok pesanan-pesanan berharga tentang isu ini, agar kita sama-sama dapat sematkan dalam hati, boleh ingat, boleh genggam ia dengan gigi geraham. Apa guna ilmu tapi tak amal?

1) “Pandangan PERTAMA adalah merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan IMAN di dalam hatinya…”

(Hadith sahih riwayat Hakim)

Pernah tak kita rasa berat nak buat ibadah, susah nak buat benda yang senang. Nak baca quran semuka sehari pun rasa berat, nak solat kat surau walaupun rumah dekat gila bapak, tapi rasa beban. Buat baik pun rasa terpaksa dan tak rasa manis. Kerana apa? Kerana kita tak jaga pandangan.

Allah akan berikan kita kemanisan iman, kemanisan amal. Bila dah rasa manis, kita akan rasakan ibadah dan taat kepada Allah itu kenikmatan yang tak terucap!

2)Pernah tak dengar syair imam syafie?

“Aku mengadu kepada guruku imam waqi’, tentang susahnya aku untuk mengahafal ilmuku. Maka dia memberi tahu aku agar meninggalkan  maksiat! Dia berkata kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah takkan masuk ke dalam hati orang yang berdosa!!”

Kalau korang nak tahu, imam syafie HANYA TERPANDANG(baca perkataan ter tu 100 kali), terpandang aurat seorang wanita secara TAK SENGAJA ketika itu. Itu je dia buat! Tapi, imam syafie dah rasa bersalah, dan rasa sangat berdosa.

Kita hari ni langsung tak jaga pandangan, lepas tu marah Allah bila Allahh tak bagi korang skor exam. Macamana ilmu nak masuk andai maksiat penuh di hati? Kalau skor pun, Allah tak bagi hidayah untuk amal. Moga Allah pelihara!

3) Berkata imam Aljunaidi:

 “Ingatlah, setiap kali kau ingin melihat wanita yang bukan mahram, Allah sedang melihat kau!”

4) Nabi bersabda:

“Buatlah 6 perkara, nescaya aku akan jamin untukmu SYURGA!  Jika salah seorang dari kalian berkata, janganlah berdusta. Jika di beri amanah, janganlah khianat. Jika berjanji, janganlah mungkiri. TUNDUKLAH PANDANGAN KALIAN. Jagalah tangan kalian dari menyakiti orang lain. Dan jagalah kemaluan…”

Lihat. Allah dan rasul janjikan SYURGA bagi mereka-mereka yang jaga pandangan!

5) Pernah sekali, Abdullah bin Mas’ud masuk ke dalam satu rumah untuk nak ziarah orang sakit bersama beberapa orang yang lain. Lepas tu, kat dalam rumah tu ada seorang perempuan. Dan salah seorang dari mereka PANDANG perempuan tu. Maka, Abdullah b Mas’ud kata kat orang tu:

“Kalau mata kau buta, ia lebih baik untuk kau….”

"Orang boleh edit gambar korang. Ni contoh. Senang je nak edit.."

PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

Entah kenapa. Ramai perempuan sekarang suka sangat untuk post gambar mereka di media social dengan rileksnya. Jagalah diri tu. Jagalah diri tu! Macamana laki nak jaga pandangan kalau perempuan tak jaga diri mereka? Memang tak boleh nak salahkan perempuan 100%. Tapi dalam isu ni, memang saya tak tahu nak salahkan siapa.

Nabi bersabda:

“Perempuan itu adalah aurat. Jika ia keluar, maka syaitan akan memandangnya…”

Means, bila perempuan dah start menayang-nayangkan dirinya (walaupun tutup aurat) dalam keadaan dia tahu laki boleh tengok dan stalk mereka, maka, syaitan akan start goda lelaki untuk pandang mereka!

Saya merayu, tak payahlah upload gambar korang. Tak rugi sangat pun actually. Serius tak rugi.

Akhir kata, hayatilah kata-kata arrasul saw ini:

“Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada fitnah wanita. Dan sesungguhnya, fitnah yang pertama menimpa bani Israel ialah fitnah wanita…”

Wallahua’lam

-Adnin Roslan-

Thursday, 24 July 2014

Tanda taubat kita di terima?



Semua nak tak nak, kena SEDAR diri sikit. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Jangan ingat kita ni di sisi Allah mulia sangat, pada masa yang sama, kita buat maksiat macam apa, bahkan, kita tak rasa maksiat yang kita buat tu sebagai dosa langsung! Bahkan, boleh promote lagi kat twitter, instagram dan sebagainya. Contoh?

Ada yang menjadi EJEN untuk promote lagu-lagu barat, lagu kpop, dan segala lagu-lagu yang ada unsur maksiat di dalamnya, dengan cara meretweet, like, follow dan lain-lain artis-artis yang korang obsess. Tak malu ke wahai kawan? Tahu tak korang, orang lain boleh Nampak apa yang korang follow kat twitter dan instagram?

Ada juga yang dengan rileksnya follow berlainan jantina di instagram. Motif? Nak usha perempuan/laki tu ke? Menundukkan pandangan tu wajib wahai kawan. Korang boleh rileks, siap follow lagi, dengan tengok gambar-gambar selfie berlainan jantina di newsfeed, siap like lagi, apakah ini?!

Yang tak tutup aurat sempurna, malas nak hurai. Yang couple, atau yang bermesej-mesej lain jantina, ikhtilat dan sebagainya, pun saya malas nak sentuh.

Persoalannya hari ni, ada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas, mereka menggunakan alasan “Allah maha pengampun” sebagai penenang hati ketika mereka melakukan maksiat! TETAPI, adakah Allah terima taubat kita? Adakah?!

Saya terpaksa hurai isu ni, sebab terlalu ramai yang over confident bahawa Allah akan ampunkan dosa-dosa dia, dan di sebabkan kita terlalu over confident, kita dengan rileksnya terus menerus melakukan dosa.

Sedih rasanya! Malu ya Allah!



TANDA TAUBAT DI TERIMA

Hakikatnya, kita takkan tahu, takkan tahu! Kita takkan tahu adakah taubat kita Allah terima atau tidak. Namun, apa yang kita boleh tahu adalah TANDA-TANDANYA sahaja. Yang mana, kalau ada tanda-tanda ni, insyallah, taubat kita tu di terima. Jika takde, maka janganlah perasan, janganlah mendabik dada merasakan bahawa taubat kita di terima. Jangan!

So, apakah tanda-tandanya? Renungilah, kemudian, muhasabah, adakah tanda-tanda ini ada dalam diri kita. Jika tidak, menangislah, kerana takut-takut, taubat kita selama ni, hanyalah taubat yang kosong. Takut-takut!

1)Rasa nikmat dan manis tika melakukan ketaatan.

Ni tanda pertama. Kalau kita dah taubat, tapi kita masih rasa berat untuk buat baik, masih rasa malu untuk berubah, masih rasa penat dan beban dalam melakukan ketaatan, MALAS dan sebagainya, bermakna, taubat kita masih belum di terima!

Baca quran tak nangis, doa tak nangis, solat tak nangis. Tengok drama korea/jepun, menangis. Apakah ini? Apakah semua ini? Argh!

Means, kalau kita masih rasa MANIS, seronok, cenderung dan minat untuk buat maksiat, boleh rasa tenang bila dengar lagu-lagu tak elok misalnya, maka, ketahuilah, taubat kita hanya taubat yang menipu. Ya Allah, jauhi kami dari perkara in!

2)Istiqomah dalam melakukan ketaatan.

Tanda taubat seterusnya ialah kita istiqomah dalam berubah! Bukan sekajap baik, sekejap jahat, sekejap solat full, pastu malas, tinggal solat balik. Dah tak chatting dengan berlainan jantina, pastu chatting balik. Dah break up dengan couple, pastu tiba-tiba rasa nak cari couple baru. Dah cantik tudung labuh, pakai tudung singkat balik. Tak pakai tudung malas saya nak sentuh, faham-fahamla. Ini semua adalah tanda Allah tak terima taubat kita lagi!

Berkata seorang ulama’:

“Tanda taubat di terima ialah kau istiqomah atas jalan hidayah dan perubahan. Bila kau bertaubat, kau berubah, dan istiqomah dalam perubahan itu, itu tandanya Allah terima taubat kau. Sebaliknya, kalau kau putus-asa, tak istiqomah dengan perubahan kau, itu bermakna kau TAK JUJUR dalam bertaubat dan Allah masih tak terima taubat kau!”

Ergh.. Nak nangislah pulak. Ya ALLAH, bantulah kami ya Allah!!

3)Meninggalkan maksiat.

Ini satu benda yang sangat penting. Tanda taubat kita di terima ialah kita tidak lagi melakukan maksiat yang telah kita taubatkan! Kalau kita taubat sebab tak solat, jika kita masih tak solat selepas itu atas apa-apa alasan tak munasabah dan tiada uzur, maka taubat kita Allah tak terima! Kalau kita taubat dari menonton video lucah, namun selepas itu kita masih tengok video lucah, tu tanda Allah tak terima taubat kita! Sama juga untuk couple, ikhtilat, zina, arak, masih tinggalkan puasa, dan segala maksiat yang kita buat!

Bila kita dah bebas dari maksiat yang kita taubatkan, itu tanda taubat kita di terima, dan ketika itulah kebahgiaan muncul!!

4)Menjauhi dan meninggalkan kawan-kawan yang berperangai buruk dan jahat.

Ini paling saya nak hurai. Hakikatnya, kita akan suka duduk dengan orang yang sama sepsis dengan kita. Kalau kita ni suka benda jahat, kita akan suka lepak dan bergaul dengan orang jahat. Contohnya, kita ni kaki perempuan. Sikit-sikit cerita pasal perempuan ni, suka ni, suka tu, tu cantik, ni cantik. Maka, kita akan duduk dengan orang yang suka cerita pasal perempuan jugak.

Kalau kita ni kaki movie dan wayang, kita akan lepak dan duduk bersama kaki-kaki wayang jugak. Kalau kita jenis yang obsess artis, suka bieber, exotic,  one direction, Lee min ho, CR, Mee hun Sup dan ramai lagi, maka kita akan lepak dengan orang yang sama macam kita!!

“Orang yang jahat, akan merasa tenang dan gembira bila bertemu orang yang jahat. Orang yang baik, akan merasa tenang dan gembira bila bertemu orang yang baik…”

So, kawan-kawan yang macamana kita WAJIB jauhi?

****

Ciri-ciri kawan yang wajib kita jauhkan dan tinggalkan:

a)Yang tak support kita berubah, sering perli dan menganjing kita bila kita nak berubah

Contohnya, bila kita buat baik sikit, dia cakap:

“Pergh..sejak bila kau alim ni?Bapak ah!”

“Fuhh..Ustazah sekarang. Ini poyo semua ni…Haha..”

Dan banyak lagi contoh. Malas nak reka dialog. Haha..

b)Sering mengajak kau buat dosa.

“Weh, jom pergi wayang. Tengok cerita ‘Transfomer 7’. Best tu beb. 3D!!”

“Jom gi konsert Justin Bieber kat Malaysia..Eee…meltingnya!!Tak sabarnya!!”

“Kau nak amik dari aku siri-siri drama korea tak? Aku ada banyak gila, baru habis download semalam. Lee Min Ho cute gila!Hehe..”

“Kau dah dengar lagu Katy Perry yang baru? Tajuk lagu dia, ‘twinkle little star’ tak silap. Bapak ah, sedap gila bro!!”

"Kau nak aku match kan kau dengan crush kau tak?Aku boleh je tolong. Haha..Baru cinta kau berbalas beb!"

c)Suka sembang benda-benda dosa.

“Weh, crush aku macam tak layan akula kat FB. Aku mesej tak balas pun. Sedihnya!”

“Pergh. Samdul tu cute kan?Lagi-lagi janggut dia. Suka sangat!!”

“Wei korang, Siti Samarinda Bt Mud Arid Lil Sukun(pergh, nama buruk gila. Sorry) cantik gila kan? Time dia selfie kat instagram, gila. Berdebar kot jantung aku. Cantik gila bapak kot!!”

d)Melazimi maksiat walaupun dah di tegur.

Contohnya, masih tak tutup aurat, masih ikhtilat, masih buat perkara-perkara yang tak sepatutnya dalam agama, walaupun dah di tegur.

Kawan-kawan macam ni, tinggalkanlah!!

***

Kawan-kawan yang baik ni, bila kita bersama dia, kita ingat Allah. Kita buat salah, dia tegur, kita rasa lemah-semangat nak berubah, dia support. Kita ada masalah, dia jadi pendengar yang baik dan bantu sedaya mungkin. Mereka juga sentiasa melazimi amal soleh, menjauhi maksiat, tinggi sifat malu, dan baik akhlaknya, menutup aurat dengan sempurna, juga semangat dalam melakukan perubahan.

Berkata Ibn Athoillah:

“Janganlah kamu berkawan dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah! “

Allah telah menyuruh kamu berusaha bersahabat daengan orang-orang pilihan yang bersih dan duduk bersama mereka-mereka yang warak dan dekat dengan Allah. Ketahuilah, sebagaimana engkau di minta untuk meninggalkan maksiat, engkau juga di minta untuk menjauhkan diri dari pelaku maksiat. Engkau tidak boleh bermuka manis dan bercengkarama dengan mereka!! Tetapi, hendaklah engkau berdoa agar mereka mendapat petunjuk…”

 Ada orang tanya saya:

“Habis tu, kawan-kawan yang jahat, siapa nak kawan dan bimbing mereka?!”

Saya jawab:

“Orang jahat bukan untuk di kawan. Orang jahat adalah untuk di dakwah. Bila kita berkawan dengan mereka, kita akan terpengaruh. Tetapi, apabila kita berdakwah, kita yang akan mempengaruh!”

JANGAN PANDANG REMEH DOSA

Sekarang, ramai gila orang dah tak anggap dosa tu dosa. Mereka anggap, dosa kecil tu takde apa, remeh dan tak mendatangkan murka Allah. Apakah ini?Apakah??!

Ibn Athoillah menyebut:

“Kadang-kadang, kau takut terhadap dosa-dosa besar sehingga kau cemas akan balasannya, lalu kau menjauhinya, serta bertaubat setelah melakukannya. Tapi, pada masa yang sama, kau meremehkan dosa kecil, tak bertaubat darinya kerana di anggap kecil dan remeh. Engkau tak berusaha menghindarinya dan terbiasa melakukannya. SIKAP INILAH yang paling MEMBAHAYAKAN  agama seorang mukmin…”

Sebab tu wujudnya orang yang dah tak rasa bersalah tengok movie sedangkan di dalamnya ada watak tak pakai tudung, ada bukan muhrim dan sebagainya, tapi kita boleh tengok dengan rileks bahkan langsung tak rasa bersalah, dan bila di tegur, tak puas hati, pastu menganggap orang yang tegurnya sebagai keras dan syadid. Pelik gila orang macam ni!

RACUN, walaupun kecil dan sikit, ia pasti akan membahayakan dan boleh membunuh! Dosa kecik yang di lakukan terus-menerus ibarat percikan api. Bila percikan api tu di remehkan, ia akan membakar seluruh kampung! Bahkan, ada pepatah berbunyi:

“Sebahagian api besar berasal dari percikan-percikannya…”

Bahkan, tanda iman rosak ialah tak rasa bersalah bila buat dosa kecik!!



JANGAN PUTUS ASA DALAM BERTAUBAT

Huh. Ramai orang yang bila taubat, dia buat balik dosa, bila taubat, dia buat balik dosa, berulang-ulang benda yang sama. Sampai satu masa, dia rasa taubat dia tak berguna, dan rasa down dan lemah semangat untuk bertaubat.

Jangan. Jangan putus-asa wahai kawan. Saya merayu…

Kalau kau sakit, kau mesti akan berterusan makan UBAT, kerana kau nak sihat, nak hidup dengan aman bahagia, tanpa rasa putus asa. Apakah UBAT yang kau makan itu manis? Tidak! Ubat tu pahit! Tapi, kalau kau mampu menelan dan menahan kepahitan ubat tersebut, engkau akan sembuh lama-kelamaan.

Begitu juga maksiat. Maksiat itu tanda diri kita sakit. Dan ubat itu adalah TAUBAT. Dan tanda taubat di terima ialah kita tak ulangi maksiat itu. Kita taubat, taubat, taubat, sehingga ruh kita sihat dan sembuh dari penyakit maksiat! Walau, kita terpaksa menelan “pahitnya berubah” dengan meninggalkan “manisnya maksiat”, namun akhirnya, KESEMBUHAN dan BEBAS dari maksiat itulah yang kita dambakan di dunia ini…

Sungguh.

Cuba kau bayangkan. Kalau kau adalah anak yang derhaka dan berkali-kali melakukan perkara yang menyakiti hati ibu kau. Dan sampai satu masa, kau buat keputusan untuk LARI dari rumah, meninggalkan ibu kau sejauh-jauhnya, walaupun ibu kau masih mencintai kau.

Dan, sampai satu masa, di malam yang hening, dan hujan lebat yang membasahi, kau di langgar oleh kereta lalu cedara. Dan kau tak tahu di mana ingin bergantung, lantas kau kembali ke rumah ibumu. Kau mengetuk berkali-kali pintu tersebut, mengetuk dengan sungguh-sungguh, dengan penuh penyesalan dan tangisan yang teresak-esak, mengharapkan pertolongan dan ampun maaf dari ibumu. Adakah ibumu yang amat mencintaimu itu akan buka pintu tersebut?

Sudah pasti. Ibumu tak sanggup melihat kau susah, lantas membuka pintu rumah tersebut, dan menjaga kau dengan penuh kasih-sayang. Itulah kasih seorang ibu! Namun, kau perlu tahu:

“Kasihnya Allah kepada hambanya 70 kali ganda dari kasihnya ibu pada anaknya!!”

Bila kau bermaksiat, melakukan perkara yang Allah murka dan marah, dank au buat keputusan untuk LARI dari Allah, jauh dari Allah, kau menyampah dengan Allah sedangkan Allah dah bagi kau pelbagai nikmat, dan kau gunakan nikmat tu untuk bermaksiat.

Namun, sampai satu masa, tika hati kau dah kotor dan kau amat terseksa dengannya, dan kau pun menangis, mengetuk pintu taubat dengan sungguh-sungguh, berkali-kali tanpa jemu, mengharap ampunan Allah. Kau rasa, adakah Allah akan buka pintu tersebut?

“Kasihnya Allah kepada hambanya 70 kali ganda dari kasihnya ibu pada anaknya!!”

Kalau si ibu pun tak sanggup melihat anaknya dalam kesusahan, apatah lagi Allah. Allah pasti, pasti akan buka pintu taubat untuk kau! Ketika itu, kau akan bahagia, tenang, bercinta dengan Allah, bermesra dengannya, sentiasa menangis kerinduan padaNya, dan bebas dari dosa noda dan maksiat.

Allah....

Ampunkan kami yang kurang ajar dan derhaka ini.
Di sudut hati kami, kami amat terseksa dengan maksiat. Bebaskan kami ya Allah……….

Menangislah wahai diri...Saya merayu.

-Adnin Roslan-

Monday, 14 July 2014

Boleh ke ada crush?



Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.

Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!”
(Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?

Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!



KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!”
(HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.




 NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…”
(Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….”
(Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…”
(Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”
(Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta,
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh,
Pertengahannya penyakit,
Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG

Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.

Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!

Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.

Akhirnya, islam kalah!!!

Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!

Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?

Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

Monday, 7 July 2014

Dakwah tapi tak amal?


Bismillah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, arrasul saw dan sahabat baginda. Hargailah Allah dan rasul. Hargailah sahabat-sahabat, para tabiin dan seluruh pendakwah yang telah berkorban untuk umat, yang sanggup bermati-matian, semata-mata untuk nak pastikan KITA dapat islam. Tapi, dengan selambanya, kita langsung tak hargai.

Insyallah, kali ni, saya nak hurai tentang satu isu yang bagi saya sangat penting untuk di fahami. Iaitu tentang isu “dakwah tapi tak amal”. Kenapa saya nak sentuh perkara ni? Sebab bagi saya, ramai orang tak nak buat dakwah, tak nak tegur kawan-kawan dia, tak nak post dan tweet benda-benda islamik, dengan alasan:

“Aku tak amal lagi…..”

Biasa tak dengar alasan ni? Atau korang pun termasuk di dalam orang-orang yang guna alasan ni, lepas tu tinggalkan dakwah? Lepas tu, orang guna hujah surah AS-Saf ayat 2 dan 3, sebagai dalil bahawasanya Allah murka kepada orang yang cakap tapi tak amal. And then, korangpun tak buatdakwah sebab takut Allah murka…

Terus-terang saya cakap, alasan korang 100% salah dan menyeleweng. Kenapa saya cakap macam tu? Oleh kerana itulah, saya tulis entri kali ni, agar ramai JELAS tentang isu ini, insyallah. Jom kita pergi satu-satu.

HUKUM DAKWAH?

Pertama sekali, saya nak sentuh bab dakwah, apakah hukumnya?  Secara simple saya nak sebut, hukum dakwah, hukum ajak orang buat baik dan tegur orang bila dia buat salah adalah WAJIB. Bahkan bukan setakat WAJIB, dakwah adalah WAJIB ATAS WAJIB! Kenapa saya kata dakwah ni hukumnya wajib atas wajib?

Kerana tanpa dakwah, segala kewajipan akan di tinggalkan. Seperti solat misalnya. Kalaulah takde orang buat dakwah, takkan ada orang yang akan solat! Kalau takde orang nak buat dakwah, takkan ada orang yang nak puasa! Kalau takde orang buat dakwah, maka maksiat akan berleluasa. Bayangkan, kalau nabi dan sahabat tak buat dakwah, nescaya ISLAM takkan ada kat muka bumi ni!

Kerana itulah, hukum dakwah adalah WAJIB atas wajib. 

Sebagai orang islam, keislaman kita takkan sempurna melainkan kalau kita buat dakwah. Ibadah tak cukup untuk tingkatkan iman kita, selagi mana kita tak buat dakwah. Orang yang beriman, adalah orang yang buat dakwah! Bahkan, siapa yang tak buat dakwah, keislamannya ada kecacatan!

Jelas?

So, bila dah tahu bahawa dakwah tu hukumnya wajib, sepatutnya dah takde alasan untuk kita tak tinggal dakwah. Sepatutnya lah. Tapi, syaitan amat licik. Dia akan bagi kita macam-macam ketakutan dan kekeliruan, yang mana akhirnya, kita tinggalkan dakwah ni dengan rileksnya, tanpa rasa bersalah. Kalau kita tak puasa kita rasa bersalah, maka kalau kita tak buat dakwah pun kita KENA RASA BERSALAH! Sepatutnya..

DAKWAH TAPI TAK AMAL?

Yeah. Inilah alasan yang biasa orang guna. Maka, saya akan SANGKAL hujah ni, dan bagi penerangan dari beberapa sudut, supaya semua orang JELAS akan perkara ini, insyallah. Saya harap, selepas penerangan ni, kita semua tak lagi mencipta alasan untuk tak buat dakwah. Harap-harap! Meh kita tengok satu-satu:

SUDUT PERTAMA: CELAAN BAGI ORANG TAK HIPOKRIT?

1)Ramai orang yang salah tafsir ayat surah As-Saf 2 dan 3:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tak buat? Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tak buat”.

Juga surah Albaqarah ayat ke 44:

“Mengapa kamu suruh orang lain buat baik, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri??”

Juga banyak hadis-hadis nabi saw yang menceritakan bagaimana seksaan yang Allah akan beri kepada mereka-mereka yang cakap tak serupa bikin(Isu cakap tak serupa bikin ni pun saya akan hurai selepas ini)

2)Saya nak hurai ayat ini dari beberapa perkara:

a)Kita kena faham, Allah turunkan certain ayat untuk certain keadaan dan golongan. Kita tak boleh ambil certain ayat, kemudian tafsir ikut kepentingan nafsu kita, dan akhirnya, kita salah tafsir dan kita hancur.

b)Saya bagi contoh, ada ayat quran yang menyuruh kita supaya “Jangan meminta-minta”. Tapi, ayat ini di tujukan kepada orang yang selalu meminta-minta, agar dia tak meminta-minta. Pun begitu, orang kaya tak boleh guna ayat ni untuk kepentingan nafsu mereka. Sebagai contoh, apabila ada orang miskin minta sedeqah, orang kaya tu cakap:

“Hey orang miskin. Kan Allah dah kata, jangan meminta-minta! Kenapa kau still meminta-minta??!”

Sedangkan, orang kaya tu lupa, bahawa, ada ayat quran yang mengatakan “Hendaklah kamu memberi samada kepada orang yang meminta dan tak meminta-minta”. Pun begitu, orang miskin tak boleh gunakan ayat ni untuk kepentingan nafsu mereka! Sebagai contoh, apabila ada orang kaya tak bagi dia sedeqah, orang miskin tu cakap:

“Hey orang kaya? Kenapa kau tak bagi aku sedeqah? Kan Allah cakap, berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta. Kenapa kau tak bagi aku??!

Sedangkan, orang miskin tu lupa bahawa, ada ayat yang menegah perbuatan meminta-minta tu.

Tapi, cuba bayangkan, jika orang miskin amalkan ayat “janganlah kamu meminta-minta” dan orang kaya pula amalkan ayat “berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta”, nescaya, orang miskin akan malu untuk mintak sedeqah, orang kaya pula, akan berlumba-luma untuk bersedeqah walaupun orang miskin tak minta!

c)Dalam isu ini, kita kena FAHAM konteks ayat. Ayat quran dah hadis berkenaan celaan bagi mereka yang tak amalkan apa yang dia dakwah ni bukanlah ayat quran untuk melarang kita untuk buat dakwah! Ayat ini di tujukan untuk orang yang dah buat dakwah, tapi dia hipokrit!(Sila baca tentang makna HIPOKRIT di SINI. Kalau tak, korang akan salah faham).

Tetapi, ada orang, dia tak start lagi buat dakwah, tapi dia gunakan ayat-ayat quran dan hadis tentang celaan bagi mereka-mereka yang dakwah tapi tak amal sebagai ALASAN dan HUJAH mereka untuk  tinggalkan dakwah. Apakah?!

Padahal, banyak lagi ayat-ayat quran yang menceritakan tentang betapa WAJIBNYA dakwah, contohnya dalam surah Al-Asr ayat 1 hinnga 3, surah Al Imran ayat 104, surah Al Imran ayat 110, Al Anfal ayat 71, dan lain-lain. Serta berpuluh-puluh hadis tentang kewajipan berdakwah, dan amaran Allah dan rasul bagi mereka-mereka yang tak buat dakwah!

Sama kes macam orang yang tak nak hafal quran. Bila tanya kenapa, nanti dia jawab bahawa kalau dah hafal quran, dan kita tak lancarkan dan lupakan quran, kita akan di seksa dan sebagainya. Padahal, ada berpuluh-puluh hadis yang menyarakankan umat islam supaya hafal quran, dan terdapat berpuluh-puluh kelebihan yang Allah janjikan bagi mereka yang hafal quran.

So, jangan main sebat je tafsir ayat quran dan hadis untuk kepentingan nafsu serakah. Bahaya!

d)Bab HIPOKRIT, Actually, yang Allah cela ialah pendakwah yang “berpura-pura dengan dakwahnya”. Berdakwah untuk dapat nama, berdakwah sebab nak pujian, pendakwah supaya orang anggap kita mulia, dan lain-lain, sedang di dalam HATINYA, dia amat BENCI dakwah, dan dia amat cintakan kejahatan. Inilah golongan yang Allah CELA.

Adapun, andai kita usaha sedaya upaya untuk amal, tetapi terkadang tergelincir dan melakukan dosa, maka, Allah maha pengampun. Taubatlah pada Allah. Bukankah kita ada Allah?

3)Pun begitu, ayat surah As-saf tu, bukanlah ayat larangan untuk dakwah. Tapi ia adalah ayat larangan untuk DAKWA. Kita dakwa yang kita buat sekian –sekian, tapi sebenarnya kita tak buatpun benda tu.

4)Ulama langsung tak letak syarat “Kalau nak dakwah kena amal dulu”. Kalau macam tulah syaratnya, susahlah. Bayangkan, apa akan jadi bila orang salah tafsir. Bayangkan situasi-situasi di bawah:

a)Seorang ayah yang tak hafiz berkata kepada anaknya:

“Wahai anakku, ayah nak hantar kamu ke sekolah tahfiz. Hafal betul-betul, rajin, dan jadi hafiz hafal 30 juzuk quran ye anakku….”

Lalu anak tu menjawab:

“Ya Allah. Kenapa ayah nasihat saya? Ayah tu bukannya hafal quran 30 juz pun. Tapi kenapa ayah nasihat saya suruh hafal 30 juz?! Bukankah Allah murka keapda orang yang nasihat orang tapi dia tak amal??”

Hakikatnya, anak tersebut salah tafsir ayat surah As-saf tu!

Sebenarnya, bila kita hisap rokok, kita still WAJIB menegur orang lain yang hisap rokok walaupun kita ni perokok. Kalau kita couple, kita wajib tegur orang lain agar tak couple, walaupun kita ni kaki couple! Bak kata imam syafie:

“Aku tetap akan benci maksiat walaupun aku ini kaki maksiat. Dan aku akan tetap cintakan kebaikan, walaupun aku ni jauh dari kebaikan…

 SUDUT KEDUA:DAKWAH DAN AMAL ITU SEIRING

1)Hukum dakwah ni wajib. Saya dah hurai. Pada masa yang sama, AMAL itu juga adalah perkara yang wajib. Means, sekarang ni, kita ada DUA kewajipan:

-Dakwah
-Amalkan apa yang kita dakwah.

Dua-dua tu kita wajib buat. Dakwah pun kita kena buat, yang mana kalau kita tak buat dakwah, kita berdosa. Begitu juga amal. Kalau kita tak amal, kita akan dapat dosa!

2)Tapi, masalahnya, ada orang dia tak dakwah atas alasan dia tak amal. Konon-kononnya nak tunggu diri sempurna, nak amalkan segala-galanya, baru nak tegur orang. Dah jadi baik gila, baru nak buat dakwah. Ini satu kesilapan! Sampai bila pun kita takkan sempurna.

Last-last, biasanya, orang yang guna alasan ni, endingnya, dia dakwahpun tak, amal pun tak. Saya dah jumpa ramai orang macam ni.

Hakikatnya, DAKWAH dan AMAL perlu seiring! Bukan dakwah dulu baru amal, atau bukan amal dulu baru dakwah. Tapi, kaedah yang ulama letak ialah:

أصلح نفسك وادعوا غيرك
“Baiki diri kamu, dan serulah orang lain”.

Ulama tak kata “baiki diri, KEMUDIAN serulah orang lain”. Tapi ulama kata, “baiki diri, DAN serulah orang lain". Bermakna, dakwah dan amal perlu seiring!

SUDUT KETIGA : DAKWAH HAKIKATNYA UNTUK UBAH DIRI SENDIRI

1)Ramai orang, dia dakwah, niat dia ialah untuk UBAH oang lain. Sebenarnya silap! Kalau kita dakwah untuk ubah orang lain, bila orang lain tak berubah, kita akan rasa down. Bila orang berubah, kita akan rasa bangga dan poyo, konon-kononnya orang tu berubah di sebabkan kita.

TAPI, kalau niat kita dakwah ni untuk UBAH DIRI SENDIRI, maka, bila orang tak berubah, kita takkan down. Dan bila orang berubah, kita akan rasa syukur!

Hakikatnya, kesan dakwah pada orang lain hanyalah 10%. Lagi 90% adalah pada diri kita sendiri! Percayalah! Sebab tu, ada ulama buat perumpamaan:

“Dakwah ni ibarat basuh baju. Sebelum baju bersih, tangan kita akan bersih dulu. Kalau baju tu tak bersih sebab terlalu kotor, tetap tangan kita akan bersih. Macam tu jugak dakwah, sebelum orang lain berubah, Allah akan ubah diri kita. Kalau orang lain tak berubah, Allah tetap akan ubah diri kita juga!”

2)Hakikatnya, dengan DAKWAH, Allah akan bagi kita kekuatan untuk AMAL. Bila kita buat dakwah, Allah akan masukkan dalam diri kita semangat untuk berubah, semangat untuk jaga ibadah, semangat untuk ubah akhlak kita! Ini janji Allah!

Kerana apa?

Kerana, dakwah adalah IBU segala sunnah. Seperti mana, ibu boleh melahirkan banyak anak, generasi demi generasi, begitu juga DAKWAH mampu melahirkan sunnah-sunnah yang lain! Bila kita buat dakwah, kita akan rasa malu nak buat maksiat terang-terangan. Bila kita buat dakwah, penampilan kita akan berubah, sebab Allah campakkan dalam diri kita RASA MALU untuk buat jahat.

3)Bila kita buat dakwah, Allah akan hantar seramai-ramainya orang untuk TEGUR kita bila kita tak amal, sekaligus menyebabkan kita akan berusaha gila-gila untuk amal! Kita akan rasa malu nak buat maksiat. Kalau kita dah start buat dakwah dan tegur-tegur orang, automatik Allah akan hantar orang untuk tegur. Contoh:

“Kau dakwah je lebat. Tegur orang sini sana sini sana. Tapi aku tengok kau asyik main game je!!!”

“Kau tak payahla nak tegur aku. Kau tu, ubah diri kau tu. Cakap tak serupa bikin. Balikla kawan…”

“Tegur-tegur orang, tapi aurat tak jaga. Malu la kawan….”

Dan lain-lain. Pernah tak korang kena kutuk macam tu? Bila korang start tegur kawan-kawan korang je, mesti akan keluar dari mulut diorang kata-kata yang macam ni. TAPI, sebenarnya, korang jangan anggap itu sebagai satu kutukan! Tapi korang kena anggap itu adalah satu TEGURAN dari Allah! Yang mana, akhirnya, korang sendiri akan rasa MALU untuk buat maksiat, sebab korang tahu, bila korang buat maksiat, orang takkan terima dan perlekehkan dakwah kau. Dan kau akan usaha sedaya upaya untuk ubah diri kau!

Inilah KESAN bila kau buat dakwah!

Sebab tu, dalam ilmu psikologi ada menyebut:

"Cara terbaik untuk kau berubah ialah kau bagi tahu satu dunia yang kau nak berubah, dan kau ajak orang lain berubah. Supaya, bila kau tak berubah, orang akan tegur kau dengan mengatakan: "Kau kata kau nak berubah?Kenapa kau tak berubah....?"

SUDUT KEEMPAT: IMAN ADALAH HASIL DAKWAH

1)Seterusnya, kita kena tahu bahawa, nak dapatkan IMAN yang sempurna, jalannya ialah dengan buat dakwah. Dah banyak ayat quran, Allah sebut tentang benda ni. Saya bagi beberapa contoh:



Ayat ni, Allah dahulukan amar makruf(ajak orang buat baik), dan nahi munkar(cegah kemungkaran), kemudian barulah BERIMAN. Bak kata seorang ulama’, kenapa Allah dahulukan dakwah baru beriman, adalah kerana, dengan dakwahlah, iman akan terhasil!

Contoh ayat lain:



Dalam ayat ni, Ibn Abbas menafsirkan ayat “Perkataan yang Benar” sebagai dakwah! Yang mana, hasil dari dakwah, seperti dalam ayat di atas, ALLAH SENDIRI YANG AKAN BAIKI KITA, dan ampunkan dosa-dosa kita. Bermakna, hakikatnya, orang yang buat dakwah ni, Allah sendiri akan tarbiah dia menjadi baik! Hakikatnya, jalan pintas untuk berubah ialah dengan buat dakwah!

 ****

PENUTUP

Akhirnya, kita kena sedar, teruk mana pun kita, satu-satunya jalan untuk selamatkan kita dari neraka ialah, kita sibukkan diri dengan dakwah. Seorang ustaz pernah pesan pada saya:

“Kalau kau teruk macamana sekalipun, kalau kau dah berzina, minum arak dan membunuh sekalipun, jangan sesekali tinggalkan jalan dakwah dan tarbiah! Kerana inilah satu-satunya jalan yang lurus. Dan syaitan akan usaha untuk pesongkan kita dari jalan lurus ini dengan maksiat dan dosa noda. Apapun keadaan, kau dah terpesong jauhpun, kembalilah dan ceburkanlah diri kau dalam jalan dakwah dan tarbiah ni….”

Di India, ada seorang tua yang tak pandai baca quran, tak pandai solat dan lain. Dan dia rasa nak berubah. Bila dia jumpa seorang ulama, dia bertanya:

“Aku nak berubah. Aku tak pandai solat, tak pandai baca quran dan lain-lain. Apakah yang aku perlu buat untuk berubah?”

Lalu ulama tu menjawab:

“Kau kena buat dakwah!”

Pastu, orang tua tu jawab:

“Apa, aku kena buat dakwah?! Aku ni dahla teruk gila. Solatpun teruk, quran tak reti baca, nak dakwah apa bendanya?!”

And then, ulama tu jawab:

“Kau dakwahlah orang lain supaya tak jadi macam kau, dah tua tapi still tak berubah..”

Lalu, orang tua tu pun dakwah kepada ramai orang, dengan mengatakan:

“Janganlah korang jadi macam aku. Dah tua pun tak reti solat, tak reti baca quran. Korang jagalah solat dan quran korang bla bla bla….”

Akhirnya, berkat dakwah orang tua tu, ia menjadi pemangkin untuk dirinya sendiri belajar solat dan quran, yang mana akhirnya, orang tua tu pandai slat dan quran, serta mati dalam dakwah dan tarbiah.

Moga-moga, dengan tulisan ini, kita semua jelas, dan tak bagi alasan lagi untuk tinggalkan dakwah. Dakwah tu wajib, dan jangan sesekali bagi alasan untuk kita tak nak buat dakwah.Tentang “Bagaimana nak berdakwah”, saya akan hurai di masa yang lain insyallah. Moga bermanfaat. Sebarkan pada kawan-kawan lain insyallah!

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-