Tarbiah Sentap: May 2014

Saturday, 10 May 2014

Seruan BARU yang di tentang?


Apabila kita amati sejarah, sesiapa sahaja yang membawa sesuatu yang ‘BARU’, mustahil ianya akan di terima terus. Pasti ada yang akan menentang.

Ada yang menghina, perlekeh, melabel dengan pelbagai labelan, di sarkastik, di tohmah, di benci, di peril, di musuhi, dan di asak dari pelbagai penjuru.

Ini adalah lumrah perjuangan. Tak percaya? Ayuh kita soroti sejarah-sejarah lampau..

***

NABI NUH

Masih saya ingat, kisah lagenda, di mana nabi nuh bertungkus-lumus berusaha untuk mengajak kaumnya kepada sesuatu ajaran yang “BARU” bagi kaum tersebut, iaitu menyembah Allah, yang maha Esa, dan meninggalkan berhala-berhala kesayangan mereka dan nenek moyang mereka.

Kalau soroti kisah nabi nuh di dalam surah nuh, kita akan dapati, betapa bersungguhnya nabi nuh berdakwah. Siang dan malam, pagi dan petang, tiada henti, dengan PELBAGAI CARA, selama 950 tahun! Bayangkan, betapa pilu dan sakitnya hati nabi Nuh apabila usaha baginda bagai tidak di hargai.

Kaumnya lari, menutup muka dengan baju, menutup telinga menggunakan kelima-lima jari mereka, mencaci, mengherdik, sarkastik, dan macam-macam tohmahan yang di kenakan kepada baginda. Sehingga sampai satu tahap, nabi Nuh mengadu pada Allah, akibat tidak lagi tahan, baginda mendoakan kehancuran untuk kaumnya yang kafir.

Bahkan nabi Nuh meminta agar Allah hancurkan semua orang kafir kerana orang kafir ini tidak lain tidak bukan, pasti akan menderhakai Allah dan merosakkan muka bumi.

Maka, Allah telah menurunkan AIR dari atas dan bawah bumi, menenggelamkan seluruh manusia, melainkan orang-orang yang beriman.

 NABI IBRAHIM AS

Masih saya ingat, kisah lagenda, di mana nabi Ibrahim berusaha untuk menyedarkan  kaumnya bahawa berhala itu bukan tuhan, tetapi tuhan adalah Allah! Bermula dengan cara lembut, menerangkan dengan penuh kasih-sayang, walaupun ketika itu, usia baginda masih muda.

Ramai yang menasihati baginda supaya diam, termasuklah ayahnya. Masakan tidak, ayah baginda adalah seorang pengukir berhala yang terkemuka! Pernah ketika waktu kecil dahulu, nabi Ibrahim mengikut ayahnya menjaja berhala dengan mengelilingi seluruh kota mekah untuk menjual berhala-berhala yang telah di ukir.

Tapi, nabi Ibrahim dengan memerli berkata:

“Siapa yang nak beli patung-patung yang tak berguna ni?”

Akhirnya, setelah lama berlembut , maka baginda sedar bahawa, terkadang, hikmah itu memerlukan ketegasan dan kekasaran yang ‘relevan’ bagi menyedarkan orang-orang yang masih di buai  mimpi. Maka nabi Ibrahim telah MENGHANCURKAN berhala-berhala melainkan berhala yang paling besar sekali dengan menggunakan kapak. Yang mana kapak tersebut di letakkan di tangan berhala besar tadi.

Apabila orang ramai menyedari hal ini, semuanya memarahi, mengherdik dan mencaci nabi Ibrahim. Tetapi nabi Ibrahim dengan nada memerli:

“Bukan aku yang buat, berhala yang paling besar tu yang buat. Kan ada kapak kat tangan dia?”

Tapi orang ramai membalas:

“Berhala mana boleh gerak!”

Dan akhirnya nabi Ibrahim membuat kesimpulan di khalayak ramai:

“Kalau dia gerak pun tak mampu, kenapa berhala ini yang kalian sembah?!”

Akibat “kekasaran” baginda, orang ramai mengumpulkan KAYU API sebanyak-banyaknya lantas membakarnya. Dengan api yang panas membahang, serta BESAR, lantaran panasnya ia, nabi Ibrahim telah di”lastik” dari jauh untuk memasukkan baginda ke dalam API.

NABI MUHAMMAD SAW

Masih saya ingat, bagaimana permulaan dakwah nabi di kota mekah. Apabila sebelum ini, nabi di gelar ‘Al Amin’, di hormati dan di pandang mulia oleh seluruh penduduk mekah, tetapi, keadaan itu berubah 100% apabila baginda membawa perkara yang ‘BARU’ bagi penduduk mekah ketika itu.

Terus, nabi di katakan gila, ahli sihir, bodoh, memecah-belahkan umat, kurang-ajar, tiada adab, sesat dan lain-lain. Bukan itu sahaja, pengikut baginda di seksa, di bunuh, di bantai, di panggang, di sebat dan lain-lain.

Namun nabi saw dan sahabat, masih teguh berdiri, mengharungi liku-liku dakwah dengan sabar dan solat. Walaupun di sudut hati mereka terasa amat pedih, tertekan, pilu dan sakit hati, bahkan ada yang ragu-ragu dengan mengatakan:

“Bilakah pertolongan Allah akan tiba?!”
(Albaqorah ayat  214)

“Mereka berpra-sangka pada Allah dengan pelbagai pra-sangka…”
(Al Ahzab ayat 10)

Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan serta tak mengenal putus asa, islam berkembang pesat hingga ke hari ini.

IMAM AHMAD B HAMBAL

Saya masih ingat, ketika zaman pemerintahan Abasiyah di landa pelbagai kriris, bukan sahaja dari sudut ekonomi dan sosial, bahkan turut mengalami krisis dari sudut AQIDAH. Di mana ketika itu, hampir keselurahan umat islam ketika itu menganggap bahawa Alquran itu adalah makhluk.

Berbeza dengan Imam Ahmad, beliau dengan tegas memperkatakan kebenaran, bahawa alquran itu bukan makhluk. Dan perkara itu di tentang hebat oleh ramai orang, termasuklah pelbagai ulama serta khalifah sendiri. Beliau di tohmah dengan pelbagai tohmahan. Lantas, beliau telah di humban ke dalam penjara. Namun, sedikitpun semangat beliau tidak patah, bahkan, lantaran keteguhan beliau, akhirnya, umat islam dapat menerima bahawa Alquran itu bukan makhluk, sehingga ke hari ini.

HASAN ALBANNA, SYED QUTB, IKHWAN DAN HAMAS

Masih saya ingat. Ketika khalifah Uthmaniah telah roboh dan di bubarkan, umat islam di seluruh dunia bagai terumbang-ambing, tiada hala tuju, tiada jati diri, telah hilang keIZZAHan terhadap islam dalam diri mereka, umat islam yang dahulu bagaikan singa telah menjadi kijang yang pengecut, serta pemahaman islam yang jauh meleset dari ajaran islam yang di bawa oleh arrasul.

Telah lahir di tengah-tengah suasana itu, seorang tokoh yang bernama Hasan Albanna, yang mana, atas kerisauannya, akhirnya beliau menubuhkan Jemaah IKHWAN MUSLIMIN yang bertapak di mesir. Ketika itu, beliau memperkenalkan semula “APA ITU ISLAM” di kala sangat ramai umat islam yang salah faham terhadap islam.

Beliau mengingatkan pada umat bahawa islam yang di bawa oleh arrasul itu SYUMUL(Menyeluruh). Lantaran itu, beliau telah di tohmah dengan pelbagai tohmahan. Ada yang mengatakan bahawa beliau ini ahli politik semata, ada yang mengatakan beliau ini nasionalis semata, ada yang mengatakan beliau ini ahli sufi semata, ada yang mengatakan perjuangan beliau ini perjuangan memartabatkan ekonomi semata.

Tak kurang, ada yang mengatakan beliau ini ekstrimis agama, terroris, sesat dan menyesatkan, terseleweng, syadid, memecah-belahkan umat, dan lain-lain.

Sehingga, beliau telah di bunuh, ahli ikhwan yang lain di humban ke penjara, ada yang di seksa puluhan tahun, ada yang di bunuh.

Syed Qutb, antara pengikut Albanna, dengan lantang dan keras melabel bahawa apa jua yang namanya selain islam, adalah jahiliah dan wajib di lawan. Apa jua namanya, liberal, sekular, sosialis, kapitalis, hedonis, komunis, zionis, pluralis dan lain-lain, semuanya sesat dan menyeleweng dan wajib di tentang. Buku-bukunya seperti “maalim fit toriq”, “fi zilal quran”, “haza addin” dan lain-lain, mebuatkan akhirnya hidup beliau di akhiri dengan TALI GANTUNG.

Begitu juga HAMAS sebagai sayap ikhwan di palestin, ketika mana orang islam di palestin seakan-akan RELA di cerobohi, di bantai, di caci, di hina, HAMAS bangkit menyedarkan umat akan kejahilan ini. Pun begitu, pada awalnya, ramai orang islam sendiri menentang dengan melabel HAMAS dengan pelbagai labelan seperi pengganas, ekstrimis dan lain-lain. Namun, mereka sedar, apabila perjuangan yang kita lakukan adalah seakan-akan BARU, pasti ianya akan di tentang.

*****

Begitulah lumrah perjuangan. Persoalannya ialah:

“Adakah perjuangan kita yang seakan-akan baru itu selari dengan alquran dan assunnah?”

Jika kita yakin, berdasarkan pengkajian yang drastik akan perjuangan yang kita dokongi itu selari dengan apa yang arrasul bawa, dan di”bumi”kan dengan waqi’(keadaan) setempat, dengan menghadam sirah arrasul, buku-buku fiqh dakwah dan fikrah, maka TERUSLAH MAJU. Jangan segan silu walau di tohmah dengan pelbagai tohmahan.




KEADAAN MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara islam. Ia tidak boleh di sangkal. Dan siapa yang sangkal perkara ini, jelaslah pada dirinya kejahilan terhadap fiqh politik yang melampau. Malaysia adalah sebuah Negara islam, saya tegaskan. Tetapi, tidak di nafikan, ia adalah negara islam yang perlu di perbaiki bersama dari pelbagai sudut.

Jika anda semua mahu tahu, Negara-negara sekitar kita yang dahulunya negara yang di perintah oleh orang islam, kini tidak lagi.

Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Ada dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah ... Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Tak risaukah kita apa yang akan jadi pada Malaysia yang kita cintai ini?

SERANGAN BERTUBI-TUBI MUSUH ALLAH

Hari ini, tanpa kita sedar, Malaysia yang kita cintai ini, sedang di ancam dengan pelbagai ancaman yang sangat terancang dan amat licik. Telah wujud beberapa golongan orang kafir yang sudah berani mencabar kedaulatan islam di Malaysia ini. Seperti mana mereka telah lakukan di Negara-negara yang saya sebutkan tadi, seperti itulah mereka ingin lakukan di Malaysia.

Tahukah kalian akan isu “Kalimah Allah”? Di mana orang kristian ingin menggunakan nama Allah bagi menggantikan kalimah “tuhan” di dalam bible? Tahukah dan pernah belajarkah kalian, bagaimanakah cara kristian menjalankan agenda kristianisasi di negara-negara islam? Pernahkah kalian belajar dan kaji sejarah? Jika anda kaji sejarah, maka anda akan dapati bahawa apa yang mereka ingin lakukan ini semata-mata adalah untuk mengKRISTIANkan orang islam di Malaysia.

Tetapi, yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. TAUBATLAH!!

Tahukah kalian isu COMANGO? Di mana 54 NGO liberal telah membuat tuntutan-tuntutan yang mana terdapat dalam tuntutan tersebut amat bercanggah dengan islam dan akan memusnahkan negara? Seperti tuntutan agar di benarkan LGBT(Lesbian, Gay, bisexual, transsexual), benarkan murtad, menuntut hak sama rata, dan lain-lain.

Namun. Yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. Taubatlah!

Tahukah kalian, kelompok DAP dan MCA, serta ramai di kalangan penyokong mereka samada bangsa cina, melayu atau selainnya, serta kelompok liberal seperti "Sister In Islam", IRF, COMANGO dan lain-lain, makin lama makin biadab, menghina islam, menghina institusi sultan, perlekehkan hudud, menentang habis-habisan hukum hudud, mengatakan Malaysia negara sekular, menghina melayu, ingin menegakkan negara sosialis, dan lain-lain.

Pun begitu, sangat ramai orang islam yang DIAM MEMBISU seperti kijang yang pengecut, takut untuk melawan mereka-mereka yang melampau ini. Bahkan, ada yang mempertahankan mereka, menjadi apologetic, dan double standard. Taubatlah!



SERUAN BARU, MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Di kala umat islam di Malaysia khususnya melayu tenggelam dalam lautan pemikiran blok kepartian, andai tidak berpihak pada kerajaan, maka berpihak pada pembangkang, kalau tidak berpihak pada pembangkang, bermakna berpihak pada kerajaan, masing-masing taksub buta dengan blok parti masing-masing, sehingga, kebaikan parti lain di anggap buruk dan di timbulkan pelbagai pra-sangka, manakala keburukan parti sendiri di anggap benar, dan di timbulkan pelbagai hujah agama untuk pertahankan dosa yang di lakukan.

Di kala umat islam khususnya melayu bergaduh sesama sendiri, mengherdik, memunafiqkan orang, mengkafirkan orang, membodoh-bangangkan sesama sendiri, membabi-anjingkan sesama sendiri, serta saling sesat-menyesatkan, tidak semena-mena, wujudnya seruan yang agak janggal:

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT…”

Sebuah seruan yang di seru oleh IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA, ISMA.

Sebuah seruan yang mengajak umat islam khususnya melayu agar kembali bersatu, bersepakat, tinggalkan persengketaan, SEDAR dari kelalaian, fokus pada titik persamaan, bersama-sama bersatu teguh, mengembalikan islam ke puncak tertinggi tertinggi di Malaysia.

Sebuah seruan yang mengajak umat islam khususnya melayu agar kembali bersatu, melawan dan merempuh segala ancaman-ancaman yang telah di asak bertubi-tubi oleh musuh-musuh islam. Bersama-sama tak kira parti apa, NGO apa, bersepakat untuk menghacurkan musuh-musuh islam yang ingin mengubah idenditi Malaysia yang berasaskan “islam melayu” kepada negara tanpa bangsa dan agama, bebas.

Tetapi, kerana ianya sebuah seruan BARU, fitrahnya, ia pasti di tentang pada awalnya. Barangsiapa yang menyeru ke arah seruan ini di anggap rasis, asobiyah, bodoh, tak faham agama, tak faham sejarah, mengangkat melayu lebih dari islam, macai, sial, babi, anjing, ekstrimis, pelampau agama, dan lain-lain.

Ada juga yang mengherdik mereka dengan mengatakan mereka terlalu “melampau” dalam melawan musuh-musuh islam kerana mereka dengan tegas mengatakan yang menyeleweng itu menyeleweng, yang salah itu salah, yang sesat itu sesat. Mereka marah dan mengatakan “cara dakwah” yang begitu ramai orang tak suka dan dakwah itu adalah dengan kelembutan. Pada masa yang sama, orang yang mengherdik mereka, DIAM MEMBISU apabila musuh islam mengasak islam, menghina islam, mengacau sensitivity umat islam khusunya melayu dan lain-lain.

KENAPA DIAM MEMBISU ?!!!

Sedangkan orang-orang yang menghina ini tidak tahu bahawa, seruan ini bukanlah satu-satunya seruan mereka(ISMA), tetapi salah satu dari pelbagai seruan mereka, yang mana, di akhirnya, bermatlamatkan kepada KEBANGKITAN ISLAM dan KEDAULATAN islam di Malaysia dan seterusnya dunia. Bangsa bukanlah agenda utama ISMA. Tetapi ISMA amat memahami bahawa BANGSA adalah salah satu aset yang besar untuk mengembalikan tamadun islam yang telah hilang, dan menyatukan bangsa melayu islam adalah salah satu strategi mereka. Salah satu!

Menyeru agar bangsa melayu islam yang hancur lebur ini agar kembali bangkit dan bersatu melawan segala ancaman yang bertalu-talu, adakah ianya seruan perkauman atau ianya salah satu dari seruan islam? Dan ya, ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARI BANGSA! ISMA juga yakin 100% akan perkara itu, dan langsung tak mengatakan bangsa itu lebih tinggi dari islam.

Kajilah sirah, bagaimana nabi membangunkan tamadun islam. Bacalah buku-buku ulama islam yang terkemuka seperti ibn Khaldun, almawardi dan lain-lain. Bacalah buku-buku fiqh dakwah agar tasawur(pandangan) kita terhadap dakwah dan tarbiah ini adalah pandangan yang bertepatan dengan sunnah arrasul.

PENUTUP

Saya tutup penulisan saya dengan sebuah kisah yang saya amat terinpirasi. Yang mana, seorang ulama’ dakwah yang di tentang dahulu kala, yang di tuduh sesat dan menyeleweng dengan ajaran ‘BARU’nya, tetapi akhirnya di terima ramai sehingga sekarang.

Ada sekali, ulama tersebut telah mengajak seorang ulama’ lain yang menentang sekeras-kerasnya seruan dan dakwah yang di bawa olehnya. Lantas, dengan pertemuan itu, ulama dakwah itu menerangkan segala hujah, menjawab segala persoalan yang di kemukan, memurnikan segala salah fahaman yang berlaku di dalam benak kepala para penentangnya.

Sehingga akhirnya ulama itu mengeluarkan pisau sambil menangis lalu berkata:

“Setelah aku menerangkan tentang apa yang aku seru, andai kau rasa aku ini sesat dan menyeleweng, maka ambillah pisau ini, dan bunuhlah aku! Bunuhlah aku!!!”

Namun, akhirnya dia akur bahawa selama ini, dia hanya salah faham tentang seruan yang di bawa oleh ulama tersebut, lantas memBENARKAN seruannya. Dan pertemuan itu berakhir dengan pelukan dan tangisan.

Wahai kawan, andai anda rasa seruan yang di bawa oleh IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA ini menyimpang dan menyeleweng, jumpalah, dan berbincanglah dengan mereka. Bincang dan bukan berdebat yang tak berkesudahan, muka ke muka. Rendahkan ego masing-masing, dan letakkan neraca SYARAK dalam apa jua hujah dan pemahaman kita.

Cukup-cukuplah bergaduh. Tidakkah kau pilu melihat umat hari ini yang terkapai-kapai?

 Masihkah kau ingat, di detik-detik terakhir umar alkhattab?

“Wahai sahabatku? Siapakah yang telah menikamku?”

Para sahabat menjawab:

“Sesungguhnya, Abu Lu’lu’ almajusi telah menikammu wahai umar…”

Lantas, Umar alkhattab senyum. Dan para sahabat kehairanan, lantas bertanya:

“Kenapa kau senyum wahai umar??”

Lalu Umar alkhattab menjawab:

“Aku senyum kerana aku bersyukur, kerana yang ingin membunuh aku adalah orang kafir. Ini bermakna, di zamanku, umat islam masih BERSATU….”

Wallahua’lam.

Hayatilah lagu ini, dan bangkitlah, pertahankan bumi malaysia ini dari musuh-musuh durjana.

FETYA-Harapan Ummah.

http://www.youtube.com/watch?v=plRYmOrnQko



-Adnin Roslan-













Friday, 9 May 2014

Cinta itu menghancurkan kau?


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar arrasul saw. Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk menulis. Ya Allah, segala puji bagiMu!

Apa-apa pun, insyallah, untuk kali ini, saya amat terpanggil untuk menyentuh sesuatu ISU yang bagi saya, ia agak di pandang remeh oleh sesetengah daei. Ya, bagi saya, isu ini memang sesuatu isu yang tak sepatutnya di jadikan FOKUS UTAMA kita dalam dakwah. Kerana, ada certain pendakwah yang tak habis-habis perkatakan tentang isu ini sehingga akhirnya, umat ini terdidik dengan isu ini dan melupakan isu yang lebih UTAMA dan lebih besar dari ini.

Pun begitu, isu ini tidak boleh di abaikan juga. Kerana, bagi saya, di sebabkan isu inilah, ramai remaja dan belia islam HANCUR, lebur, porak-peranda, gila dan lain-lain. Ia adalah isu CINTA!!

Serius, isu CINTA ni bagi saya sangat bahaya, dan ramai "orang baik-baik” yang jatuh ke dalam perangkap cinta ini, dia tidak lagi menjadi “orang baik-baik”. Atas faktor itulah, saya ambil keputusan untuk hurai isu cinta ini sepanjang yang mungkin, supaya segala SALAH FAHAM yang berlaku tentang isu ini dapat di perjelaskan. Saya harap!

Saya akan bahagikan penulisan kali ini kepada beberapa noktah besar. Fahamilah ia wahai kawan yang smart lagi baik!

APA ITU CINTA?

Bila kita sebut CINTA, ia tak boleh lari dari PENGORBANAN. Apa kaitannya? Kaitannya ialah, bila kita cinta akan sesuatu, kita akan sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang kita cintakan itu. Tu secara simple, takrifan cinta.

Mustahil kalau kita kata kita cinta akan sesuatu, tapi kita tak sanggup bersusah-payah untuk perkara itu. Saya bagi contoh dalam bentuk kisah boleh? Ada orang suka baca kisah-kisah ni. So, harap dapat baca kisah ni, kemudian saya akan nyatakan pengajarannya.

Jom layan!

****

Ada satu lelaki ni, nama dia Qais Amiri. Dia duduk kat satu kampung. Dia amat berkenan dan jatuh cinta kepada seorang wanita bernama LAILA. Sehingga, orang menggelarkan Qais sebagai “Laila Majnun” yang bermaksud “Tergila-gilakan Laila”.

Yang peliknya, Qais tak pernah langsung melihat wajah Laila. Laila ni adalah seorang raja di sebuah Negara. Qais hanya dengar-dengar cerita tentang Laila dan kecantikannya dari mulut-mulut orang. Itu pun dia dah jadi macam orang gila!

Sampai satu masa, Qais buat keputusan untuk nak berjumpa dengan Laila dan menyatakan cintanya kepada Laila.

So, dia pun pergilah ke negara Laila tu.

Bila dia sampai kat negara Laila tu, dia cerita kat semua orang kat negara tu yang dia cintakan Laila. Sehingga satu negara tu macam jadi kecoh dengan kekecohan Qais ni. Sampai satu tahap, pembantu Laila telah mengadu pada Laila:

“Wahai puan Laila, aku dapat berita bahawa ada sorang laki ni, dia terlalu tegrila-gila kan kau. Dia kata dia amat mencintai kau…”

Lalu Laila macam teruja. Laila pun balas:

“Betul ke? Wah, aku sangat teringin untuk bertemu dengan lelaki tu! Boleh tak kau bawakkan lekaki tu untuk berjumpa dengan ku?”

Tapi pembantu tu jawab:

“Puan Laila, aku serius tak tahu siapa laki tu. Aku pun dengar-dengar daripada orang je…”

Lalu, di sebabkan Laila teringin sangat nak jumpa dengan “lelaki yang mendakwa cintakannya” itu, Laila pun buat pengumuman kepada rakyatnya:

“Siapa yang cintakan aku, sila datang ke istana aku, dan sebagai hadiah, aku akan berikan emas dan perak kepadanya!!!”

Berita tu tersebar kat satu Negara. Lepas tu, semua lelaki kat negara tu kumpul kat istana tu, lantas mendakwa bahawa mereka cintakan Laila!

Laila jadi pening dan keliru. Dia bermonolog dalam hati dia:

“Ramainya yang datang. Mana satu ‘lelaki yang tergila-gilakan’ aku tu??”

Di sebabkan tu, Laila buat pengumuman:

“Wahai lelaki sekalian, aku dengar ada di kalangan kalian yang mendakwah cintakan aku sehingga dia tergila-gilakan aku. Tetapi tak ku sangka, ramai yang datang. Maka, aku mahu, siapa yang betul-betul cintakan aku, datanglah kepadaku dengan membawa SEBELAH BIJI MATANYA sebagai bukti cintanya kepadaku…”

Bila lelaki yang datang semua tu dengar, semua tak mengaku cinta pada Laila. Tapi, tiba-tiba, ada seorang lelaki telah datang kepada Laila, dengan membawa sebelah biji matanya keapda Laila, lantas berkata:

“Wahai Laila, aku cinta padamu…”

Lelaki tersebut adalah Qais Amiri! Dan, Laila menerima cinta Qais yang tulus ikhlas itu…..

****

Happy ending. Kalau baca kisah ni sambil dengar soundtrack, menarik jugak. Haha. Tapi tu tak penting, yang pentingnya, apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah “Laila Majnun” ini? Sebenarnya, kisah ini adalah satu kisah TAMSILAN, yang mana kita boleh mendapat manfaat yang banyak gila dari kisah ni.

Baiklah, saya hurai pengajaran dari kisah ini dan apa kaitannya dengan topic kita pada hari ni.

1)Qais Amiri tu ibarat kita. Seperti mana Qais tak pernah melihat wajah Laila dan Cuma mendegar kisah-kisah tentang kecantikannya, lantas jatuh cinta dan tergila-gilakan Laila, SEPERTI ITULAH kita, yang tidak pernah melihat wajah Allah, dan Cuma mendengar tentang sifat-sifat dan keagungannya. Namun, adakah kita tergila-gilakan Allah, seperti mana Qais tergila-gilakan Laila?

2)Seperti mana Laila teringin untuk berjumpa dengan Qais mendakwa tergila-gilakannya, begitu juga Allah. Allah amat ingin berjumpa dengan hambanya yang mengaku mencintai diriNya yang agung.

3)Tetapi, bilamana Laila menawarkan emas dan perak untuk para pencintanya, ramai lelaki yang datang dan mendakwa cintakan Laila. Seperti itu juga Allah. Apabila Allah menawarkan syurgaNya kepada para hamba yang mencintaiNya, hamper SEMUA orang mengaku dan mendakwah cintakan Allah!

4)Namun, bila Laila menyuruh mereka berkorban dengan mengeluarkan sebelah biji matanya sebagai bukti KEBENARAN cintanya kepada Laila, maka ramai yang dahulunya mendakwa CINTA LAILA, akhirnya berundur dan tak sanggup berkorban. Baru Laila tahu, ramai rupanya yang cintanya PALSU semata-mata.

Begitu juga Allah. Apabila Allah menyuruh hambanya berkorban, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya, berapa ramai orang yang MENDAKWA CINTA ALLAH ini sanggup melakukannya? Rupa-rupanya, ramai yang cintanya kepada Allah hanyalah PALSU!

5)Akhirnya, Qais Amiri sanggup korbankan biji matanya semata-mata untuk buktikan cintanya pada Laila, dan akhirnya Laila menerima cintanaya. Seperti itu juga apabila kita kata kita CINTA ALLAH, dan sanggup BERKORBAN untuk mendapatkan cinta Allah, maka Allah akan menyambut cinta itu.

Maka dari kisah ringkas ini, saya harap kita semua jelas. Bila kita cinta akan sesuatu, maka kita perlu buktikan dengan pengorbanan!!!

BERCINTA SEBELUM NIKAH?

Ramai sekarang dia silap dalam memilih cinta. Entah kenapa, dia sanggup gadaikan maruahnya, habiskan masa dan tenaganya semata-mata untuk buktikan kecintaannya kepada sesuatu yang langsung tak layak di cintai.

Apa yang saya nak ketengahkan ialah, isu PERCINTAAN SEBELUM NIKAH. Benda ni sangat bahaya kalau korang nak tahu. Ramai gila beb yang hancur pasal benda ni. Jujurnya, saya pernah jumpa ramai orang. Ada lelaki yang luahkan perasaannya pada saya dengan mengatakan dia nak bunuh diri kerana perempuan yang dia suka telah putus cinta dengannya.

Ada jiran saya yang selalu bersama-sama solat di masjid, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia di masukkan ke dalam hospital gila, lantaran putus cinta. Bak kata ayah dia, anak dia tu sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, cakap sorang-sorang, tak makan dan akhirnya gila.

Saya nak nyatakan kat sini bahawa, ya. CINTA kepada sesuatu yang cantik itu adalah FITRAH. Means, kalau kita jatuh cinta pada perempuan cantik, or lelaki jambu, itu fitrah. TAPI, yang jadi masalah ialah bila kita LAYAN PERASAAN CINTA tu. Itu dah jadi dosa!!

Layan bermaksud kita ‘merelakan’ perasaan tu, dan kita buat sesuatu yang menyebabkan perasaan cinta tu semakin membuak-buak. Seperti kita sembang dengan dia, chat dengan dia, follow dia kat twitter/instagram, friend dia di FB, stalk gambar dan status dia, luahkan perasaan, bayangkan muka dia time nak tidur, dengar lagu cinta sampai teringat dia, dan lain-lain.

Ini semua dosa kau tahu!

Dan ia bukan dosa biasa-biasa. Ia dosa yang menghancurkan. Ya, ia amat bahaya!

Saya nak nyatakan bawah:
“Semua orang yang couple itu di kira melayan cintanya. Tetapi tak semua orang yang melayan cinta itu bercoupla. Ada orang yang dia layan cinta dia senyap-senyap. Tetapi, apa jua bentuk ‘LAYAN’, maka ia tetap berdosa!”

Fahami lah, dan jangan tipu diri sendiri.



KAU CINTA ALLAH KE CINTA MANUSIA?

Ramai orang tak tahu bahawa, bila kita bercinta dengan seseorang ni, kita boleh jatuh syirik tanpa kita sedar! Bak kata ibn Qayyim:

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….”

Ini adalah satu syirik. Kita seolah-olah menjadi hamba kepada orang kita kita cinta! Saya bagi contoh-contoh syirik dalam percintaan:

1) Saya ada sorang kawan, dia kata, semenjak dia bercinta, pelajarannya meningkat. Kerana awek dia cakap, kalau dia belajar sungguh-sungguh, baru cintanya akan di balas. Ini adalah syirik wahai kawan! Kita sanggup berkorban masa belajar, kurangkan masa tidur agar kita skor exam, tapi untuk dapatkan CINTA perempuan tu! Gerun gila! Taubatlah…

2)Kita sedia maklum bahawa chatting lelaki perempuan ni hukumnya HARAM melainkan ada perkara yang mengharuskan. Baca entri saya berkenaan “kekeliruan dalam ikhtilat”. Means, kalau betul kita cinta Allah, kita takkan buat benda yang Allah larang. Tapi di sebabkan kita cinta seseorang tu punya pasal, kita sanggup langgar perintah Allah dengan chatting berjam-jam, kongsi cerita itu ini, bergayut kat telefon, berbalas senyuman semata-mata nak dapatkan cinta tu. Tu syirikla kawan!

Kau sanggup buat benda yang crush kau suka, tapi buat Allah marah selamba je. Taubatlah wahai kawan!

Cukup dua contoh kot. Nanti panjang sangat. Moga Allah jauhkan kita!

BAHAYA CINTA SEBELUM NIKAH

Korang tahu tak, betapa bahayanya kesan cinta ni pada hati kita? Bahaya gila bapak! Meh sini, saya nyatakan betapa bahayanya ia, dan bagaimana ia boleh menghancurkan hati kita:

1) “Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah! Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati…”
(Ibn Qayyim)

Means, kalau kita kata kita cinta Allah, mustahil kita akan cinta makhluk. Sebab ada orang yang konon-konon kata:

“Nak bercinta takde masalah. Tapi pasti, letak cinta Allah Rasul nombor satu!”

Saya jawab:

“Cinta kau pada Allah dan rasul adalah palsu. Kerana mana mungkin orang yang cinta Allah dan rasul boleh cinta dan LAYAN cintanya pada makhluk. Mustahil!”

2) “Bila kita mencintai seseorang, hati kita akan terseksa. Orang yang mencintai sesuatu selain Allah, mahu tak mahu, cinta itu akhirnya akan menyeksa dirinya!”
(Ibn Qayyim)

Sape yang pernah bercinta, korang mesti pernah rasa terseksa kan? Jangan tipu diri sendiri. Please jujur dengan diri sendiri.

“Di muka bumi ini, tiada yang lebih menyeksakan daripada bercinta. Kau rasa seakan mereka mendapat kemanisan dalam percintaannya, tetapi kau akan lihat mereka kerap melinangkan air mata, keran takut berpisah atau kerana rindu…”

3)”Hati orang yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta…”
(Ibn Qayyim)

Cukup 3 ini sahaja. Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya rasa dengan tiga kata-kata Ibn Qayyim ini dapat menyedarkan kita akan betapa bahayanya cinta ini. Saya amat berharap! Agar kita sedar, cintalah punca diri hancur, cintalah punca dakwah kita terganggu, cintalah pun TARBIAH kita mundur.

Agar kita sedar!




CUKUPLAH TERTIPU DENGAN NAFSU

Saya yakin 100%, orang yang bercinta dan melayan cintanya ini hidup dalam kegelisahan, tidak tenang, resah-gelisah, gundah-gulana, rasa tertekan dan yang sama waktu dengannya. Betul tak? Tepuk dada, pejam mata, Tanya diri dengan jujur, dan katakanlah:

“Ya. Aku amat terseka!”

Tapi, saya seakan-akan terdengar, ada di kalangan pembaca yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!

“Allah, ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
Ku cinta diriMu,
Hatiku rindu padaMU….”

Hayatilah lagu ini, dan, menangislah.

http://www.youtube.com/watch?v=td9fqCyKhZg


Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-



Thursday, 8 May 2014

Mana satu MUSUH, mana satu Mad'u?


Ramai di kalangan para pendakwah hari ini lupa akan sesuatu. Mereka tahu, bahawa di dalam ibadah, terdapat fiqh ibadah. Di dalam muamalat, wujudnya fiqh muamalat. Di dalam bernikah, wujudnya fiqh munakahat, dalam politik, ada fiqh siyasah!

Kerana, dalam tiap sesuatu ilmu itu, ada fiqh-fiqhnya, yang mana andai kita menyimpang dan tidak mengikuti serta memahami fiqh tersebut, kita akan mudah terseleweng. Seperti solat misalnya, tanpa mengikut rukun-rukun solat dan sebagainya, maka solat tidak sah. Kerana, kita tak boleh solat ikut kepala otak kita sendiri. Tetapi, perlulah mengikut fiqh-fiqh yang telah di tetapkan.

TAPI, ramai pendakwah lupa, bahawa, di dalam berdakwah juga, adanya FIQH DAKWAH! Kerana lupanya mereka, maka ramai pendakwah hari ini yang ingin berdakwah, tetapi mereka LARI dari fiqh dakwah, mereka dakwah ikut kepala otak mereka sendiri, tanpa merujuk sirah. Andai mereka rujuk sirah, mereka lupa bahawa sirah juga terdapat fiqh-fiqhnya dalam memahami, agar kita tidak “salah tafsir” sirah mengikut kepala otak kita sendiri!

Kerana, akibat mereka lupa akan “dakwah ini terdapat fiqhnya”, maka ramailah para pendakwah yang kononya berdakwah, tetapi secara tidak di sengajakan, rupa-rupanya, mereka telah terseleweng, dakwah mereka membuatkan “kemungkaran” semakin berleluasa, kebatilan semakin bertambah, dan islam semakin di hina-hina.

Atas faktor inilah, sangat ramai ulama-ulama’ dakwah bertungkus lumus menyusun kitab-kitab FIQH DAKWAH agar mereka-mereka yang ingin membantu islam, mereka-mereka yang ingin bersama-sama di dalam bahtera dakwah yang suci murni ini tidak terseleweng. Kerana, berapa ramai orang yang terseleweng, tetapi mereka merasakan mereka adalah di pihak yang benar.

Saya ulang:
"Akibat mereka lupa akan “dakwah ini terdapat fiqhnya”, maka ramailah para pendakwah yang kononya berdakwah, tetapi secara tidak di sengajakan, rupa-rupanya, mereka telah terseleweng, dakwah mereka membuatkan “kemungkaran” semakin berleluasa, kebatilan semakin bertambah, dan islam semakin di hina-hina..."

Atas kerisauan ini, Mustafa mahsyur mengarang sebuah kitabnya yang berjudul FIQH DAKWAH, yang mana di dalamnya sarat dengan panduan-panduan bagi sang daie. Juga syeikh Jum'ah Amin menulis kitab FIQH DAKWAH. Bukan itu sahaja, seorang ulama terkemuka, Ahmad Arrasyid, beliau juga mengarang beberapa siri kitab yang beliau gelar sebagai “Ihya Fiqhud Dakwah”(Menghidupkan fiqh dakwah), yang mana di dalamnya, terdapat siri-siri bukunya seperti “Almuntolaq”,”Al Awaiq”, “Ar Raqaiq”, "Al massar”, “Sunnaatul Hayah”,”Usul Ifta’” dan lain-lain. Bahkan, tulisan-tulisan Assyahid Syed Qutb seperti “Fi zilal Alquran” juga adalah pada hakikatnya, sebuah buku yang sarat dengan usul-usul dakwah.

Tetapi malangnya, ramai pendakwah seakan-akan mengABAIkan hasil tulisan ulama-ulama ini. Mereka sangka mereka pandai dan hebat, ingin melakukan dakwah tanpa panduan. Yang mana pada akhirnya, dakwah yang sepatutnya Berjaya menghancurkan kebatilan, seolah-olah akhirnya menyokong kebatilan secara tidak sengaja.

ANTARA MUSUH DAN MAD’U

Lantaran lemahnya penguasaan sesetengah pendakwah akan fiqh dakwah, maka, ada di kalangan mereka yang KABUR, yang mana satukah yang sepatutnya di jadikan mad’u, dan yang mana satukah perlu di jadikan musuh islam. Bahkan, ada di kalangan mereka yang merasakan bahawa islam ini tiada musuh, semuanya adalah sasaran dakwah kita, dan kita perlu berlembut dengan mereka.

Akibat kekaburan ini, ada pendakwah yang amat berlembut dengan musuh islam, lantas berkeras kepada mad’u, tanpa mereka sedari. Mereka sangka, dengan berlembutnya mereka dengan musuh islam yang mereka anggap sebagai mad’u itu membuahkan HASIL yang LUMAYAN pada islam. Tetapi mereka silap. Dan mereka tak perasan sesuatu perkara.

“Akibat kita berlembut degan musuh islam yang kita sangkakan mad’u itu, ia membuatkan musuh islam semakin berani untuk terus memusuhi islam tanpa mereka rasa bersalah, lantaran kelembutan kita yang tak bertempat itu….”

Wahai para pendakwah, adakah engkau tahu, bahawa islam itu ada musuh, sejak awal nabi adam di ciptakan? Dan tahukah engkau, musuh itu ialah iblis dan syaitan? Dan adakah engkau tahu, bahawa di kalangan manusia, juga terdapat syaitan-syaitan amat memusuhi islam, yang mana Allah sendiri telah isytiharkan permusuhan kepada mereka?

“Mereka itulah golongan syaitan, dan golongan syaitan itu berada dalam kerugian. Sesungguhnya, ORANG YANG MENENTANG ALLAH DAN RASULNYA, mereka termasuk orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasulKu pasti MENANG!!”
(Almujadalah ayat 19 hingga 21)



ANTARA ORANG KAFIR DAN ORANG ISLAM

Seorang pendakwah, perlu tahu sesuatu perkara. Anda ingin tahu? Jika kita betul-betul selami sirah arrasul saw, serta membaca buku-buku fiqh dakwah, kita akan sedar bahawasanya, dakwah ini perlukan sasaran FOKUS yang perlu DI UTAMAKAN, agar dakwah ini lebih mampu bergerak jauh, dan seterusnya, islam di pandang mulia.

Mahu tahu, sangat banyak ulama-ulama dakwah telah menyatakan satu formula ataupun satu FIQH dan kaedah, bahawasanya, FOKUS dan KEUTAMAAN dakwah perlu di beri kepada orang ISLAM. Kerana apa? Kerana dunia hari ini, menunjukkan bahawa, orang islam hari ini sangat teruk, mereka tidak lagi merasa IZZAH(Bangga) dengan islam, bahkan ada di antara mereka sendiri yang benci bahkan menentang hokum islam, serta menghina islam. Bukan itu sahaja, umat islam hari ini LEMAH, longlai tak bermaya, bagai tidak bermaya, di perkotak-katikkan, di caci di hina. Juga, umat islam bagai mundur semundur-mundurnya.

Seorang ulama’ memberi satu tamsilan yang cukup indah bagi saya:

“Andai kita ingin mengajak orang memasuki rumah kita, apa yang kita akan buat ialah, kita akan mengemas rumah kita agar kelihatan cantik berseri, kemas dan teratur, lantas kita hiasi dengan pelbagai hiasan agar rumah kita bertambah cantik dan selesa untuk di duduki. Barulah kita akan ajak orang lain untuk memasuki rumah kita. Jika tidak, kita sendiri akan malu, bahkan orang itu akan mengutuk rumah kita yang caca-merba itu.

Begitu juga dengan agama islam. Andai kita mahu mengajak orang bukan islam untuk memasuki islam, kita perlu mencantikkan orang islam itu sendiri…”

Kaedah ini telah di sebut oleh ramai ulama’ dari pelbagai fikrah dan harakah. Seperti imam Hasan Albanna dalam tulisannya “majmuat rasail”, Ahmad Arrasyid di dalam “Al Muntolaq”, Abu A’la Almaududi di dalam “Syahadatul Haq”, Maulana ilyas dan Maulana yusuf Alkandahlawi di dalam “Malfuzat”nya, Mustafa mahsyur di dalam kitabnya “fiqh dakwah” dan ramai lagi. Cubalah anda baca dan fahami tulisan-tulisan mereka, nescaya anda akan jumpa kaedah ini.

Perlu di beritahu, bila saya menyebut FOKUS dan KEUTAMAAN, bererti, kita tidak mengabaikan yang lain. Tak ada masalah andai kita mahu berdakwah pada orang kafir, bahkan ia juga di tuntut dalam agama islam! Cuma, saya hanya ingin menyentuh dalam point ini ialah point KEUTAMAAN.

Adakah kita tahu, antara cara-cara syaitan ingin menghancurkan kita, adalah dengan membuatkan “keutamaan-keutamaan kita tunggang terbalik dan terabur”.

Namun malangnya, ada segelintir dari pendakwah yang seakan-akan tidak Nampak keutamaan ini. Kerana itu Umar Telmisani, di dalam muqoddimah buku “Jalan Dakwah” tulisan Mustafa Mahsyur, menyebut:

“Dakwah itu ada fiqhnya!”



MANA SATU MUSUH, MANA SATU MAD’U?

Saya ingin kemukakan pada semua pembaca bahawa, pada ASALnya, semua manusia yang tidak di beri hidayah oleh Allah adalah mad’u dan sasaran dakwah kita. Tetapi, akan sampai pada satu tahap, beberapa golongan yang saya akan sebutkan ini tidak lagi kita melayan mereka seperti mad’u, tetapi perlu di layan sebagai MUSUH!

Di sini, saya nak senaraikan beberapa bentuk golongan dan sepatutnya, seperti apakah kita perlu melayan mereka. Seperti  musuh, atau mad’u?

****

1)Golongan KAFIR yang membentuk satu PAKATAN/ORGANISASI/PARTI yang mana dasar pakatan tersebut adalah bertentangan dengan islam, dan secara KONSISTEN  menyerang islam, memperlekehkan HUKUM  ALLAH, samada sedikit atau banyak, tanpa rasa bersalah bahkan bangga!

Golongan ini adalah musuh Allah, musuh nabi, dan musuh islam! Kerana apa? Kerana mereka telah BEKERJASAMA dalam satu PAKATAN untuk menentang hukum-hukum islam, samada sedikit atau banyak! Mereka-mereka ini tidak mampu duduk senang dan bagaikan cacing kepanasan apabila hukum-hukum Allah mekar subur. Mereka usaha untuk lawan, walaupun telah di nasihatkan berkali-kali! Ini PRINSIP MEREKA!

2) Golongan ISLAM yang membentuk satu PAKATAN/ORGANISASI/PARTI yang mana dasar pakatan tersebut adalah bertentangan dengan islam, dan secara KONSISTEN  menyerang islam, memperlekehkan HUKUM  ALLAH, samada sedikit atau banyak, tanpa rasa bersalah bahkan bangga!

Dan mereka-mereka ini bukanlah JAHIL, tetapi ini adalah PRINSIP mereka, dan mereka akan terus perjuangkan prinsip mereka yang menyeleweng ini sampai mereka mati. Sebagai contoh, Kamal Attaturk dan kuncu-kuncunya, dan segelintir pimpinan negara arab yang kita dapat lihat pada hari ini. Di tegur bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian mereka, dan mereka bermati-matian perjuangkan prinsip mereka ini!

Itulah golongan-golongan islam liberal, yang hanya bertopengkan islam, untuk membenarkan dosa yang mereka buat. Dan golongan-golongan ini adalah musuh Allah, musuh islam, musuh arrasul!

3)Golongan orang kafir yang mereka tidakpun membentuk apa-apa pakatan. Mereka tiada prinsip yang kukuh. Mereka sendiri hakikatnya terkapai-kapai. Terkadang mereka menyokong islam, terkadang mereka tidak. Mereka tidak menghina islam, mereka tidak menolak hukum Allah, mereka baik-baik sahaja.

Golongan ini adalah mad’u, dan kita perlu datangi mereka dan melayani mereka sebagai mad’u.

4)Golongan orang islam yang membentuk pakatan, tetapi dasar pakatan mereka adalah inginkan kebaikan untuk islam. Cuma, kerana kejahilan dan ceteknya kefahaman agama yang ada pada mereka, mereka terkadang menolak hukum Allah dan melakukan maksiat dan dosa. Tetapi mereka lakukan perkara tersebut bukan atas dasar PRINSIP, tetapi kerana KEJAHILAN yang melampau.

Golongan ini perlu di layani seperti mad’u. Mereka hakikatnya mendengar nasihat-nasihat yang di berikan, bahkan mendambakan petunjuk dan teguran.

5)Golongan orang islam yang tidak membentuk apa-apa pakatan. Lantaran kejahilan mereka, mereka melakukan maksiat pada Allah. Golongan ini perlu di layan seperti mad’u!

****

Sekarang kau sudah faham? Jangan tersilap langkah lagi! Kau tahu, apakah implikasi andai kita melayani musuh sebagai mad’u dan melayan mad’u sebagai musuh?

Musuh islam akan lagi berani memberontak dan “menggunakan” para pendakwah untuk mempertahankan mereka, serta musuh islam akan berani melawan dan memperlekehkan islam lantaran kelembutan dan ketidak tegasan kita dalam melawan kebiadapan mereka, kerana melayan mereka seperti mad’u. Manakala, yang sepatutnya di jadikan mad’u akan lari, akan semakin menjauh dari islam, akan berkecil hati dan bersangka buruk pada golongan pendakwah, lantaran kekasaran para pendakwah yang melayani mereka seperti musuh.

Kita berdosa jika jadi begini!!!

MERENUNGI SEJARAH ARRASUL

Andai kita baca sirah, kita akan dapati, ketika arrasul di mekah, baginda setiap hari tanpa lelah dan jemu, berdakwah dengan lembut kepada kaum musyrikin mekah, dan melayan mereka seperti mad’u. Penuh kasih-sayang, kesabaran, kelembutan, bahkan sanggup di caci maki. Bahkan, yang saya amat tersentuh, bagaimana kesungguhan baginda berdakwah kepada Abu Jahal.

****

Pada satu ketika, mekah di landa hujan petir yang sangat kuat, di tengah-tengah malam yang gelap. Lantas abu jahal bermonolog di dalam hatinya:

“Dalam keadaan hujan lebat, petir, serta gelap gelita ini, mustahil akan ada orang yang datang ke rumahku. Jika ada, sebagai balasan, aku sanggup memberikan apa sahaja yang dia minta kepadaku lantaran kesungguhannya datang ke rumahku dalam keadaan hujan lebat sebegini…”

Sejurus selepas itu, pintu rumah abu jahal di ketuk dan beliau amat terkejut. Dan apabila di buka, sungguh tidak di sangka, nabi saw datang dalam keadaan menggigil dan basah kuyup ke rumah abu jahal! Lantas abu jahal bertanya:

“Apa yang kau mahu wahai Muhammad??!”

Nabi saw menjawab:

“Aku mahu agar kau masuk islam…”

Lantas, abu jahal terus maki hamun, menghalau baginda dengan kasar dan menutup pintunya dengan rapat!

****

Apa yang saya nak sampaikan dari kisah ini adalah, bagaimana nabi ketika itu melayan mereka sebagai mad’u.

Tetapi, berbeza pula ketika nabi saw sudah berhijrah ke mekah. Bila mana orang kafir musyrikin mekah membentuk satu PAKATAN untuk memerangi islam, maka nabi saw tidak lagi melayan mereka dengan lembut seperti seorang mad’u! Bahkan, nabi juga mengisytiharkan PERANG kepada mereka, bahkan nabi saw dalam banyak riwayat , telah mendoakan kehancuran kepada musuh-musuh islam ini!

Tetapi, apabila mereka dating kepada nabi dalam bentuk individu dan bukan PAKATAN, nabi akan lembut semula (setelah memastikan mereka betul-betul ikhlas), seperti mana Khalid alwalid dan amru al As yang dahulunya orang besar puak kafir, abu suffian dan lain-lain.

Nampak tidak? Bagaimana nabi saw membezakan mana satu musuh dan mana satu mad’u?! Kata kuncinya ialah PAKATAN!

LIHAT SEJARAH DAN PENGALAMAN PEJUANG ISLAM

Kalau kita amati, bagaimana HAMAS melayan Israel dan zionis di palestin. Bagaimana HAMAS mengiystiharkan Israel  dan pertubuhan zionis sebagai musuh islam, dan tiada langsung kompromi yang HAMAS berikan kepada mereka. Kenapa HAMAS tidak melayan pertubuhan zionis dan Israel dengan lembut seperti seorang pendakwah yang melayan mad’unya??

Kerana HAMAS jelas, bahawa itu adalah musuh, dan layak untuk di layan sebagai MUSUH! Pun begitu, terdapat banyak individu yahudi yang masuk islam, dan juga ada yang tidak masuk islam tetapi menentang zionis dan apa yang telah Israel sendiri lakukan kepada penduduk palestin.

Bayangkan, jikalau HAMAS mengambil pendirian berlembut dan melayan mereka seperti mad'u, rasa-rasanya apa akan jadi?

Begitu juga ikhwan muslimin di mesir. Kalau baca buku-buku mereka, boleh di lihat secara konsisten, bagaimana ulama' mereka dengan TEGAS melawan musuh-musuh, serta menggelarkan mereka sebagai musuh. Lihatlah apa pandangan syed qutb kepada golongan-golongan yang membawa ideologi barat sebagai prinsip mereka seperti liberal dan lain-lain, lihatlah bagaimana Ahmad Arrasyid dengan jelas menyatakan golongan seperti itu MENYELEWENG dan wajib di tentang.

Mungkin kerana itulah, musuh islam melabel ikhwan muslimin sebagai ekstrimis agama, sedangkan apa yang mereka lakukan adalah bertepatan dengan fiqh dakwah dan mengikut jejak perjuangan arrasul dan sahabat baginda.

AKHIRNYA

Sebagai penutup, saya mahu menyatakan kekecewaan dan kesedihan saya, apabila ramai pendakwah yang tidak Nampak perkara ini. Mereka terlalu berlembut dengan musuh. Di Negara kita ini, kita sendiri tahu, golongan/parti kafir manakah yang terus-menerus menentang hukum Allah, tetapi para pendakwah melayan mereka seperti mad’u dan berlembut dengan mereka.

Cukuplah. Cukuplah dan bukalah mata. Suka untuk saya ulangi kata-kata saya sebagai penutup buat kali ini, untuk di renungi dan di muhasabahi bersama:

Musuh islam akan lagi berani memberontak dan “menggunakan” para pendakwah untuk mempertahankan mereka, serta musuh islam akan berani melawan dan memperlekehkan islam lantaran kelembutan dan ketidak tegasan kita dalam melawan kebiadapan mereka, kerana melayan mereka seperti mad’u. Manakala, yang sepatutnya di jadikan mad’u akan lari, akan semakin menjauh dari islam, akan berkecil hati dan bersangka buruk pada golongan pendakwah, lantaran kekasaran para pendakwah yang melayani mereka seperti musuh.

Juga, pesanan saya, jangan mendabik dada merasakan diri kita sudah tahu. Kalau betul mahu jadi pendakwah, rendahkan EGO, dan bacalah buku sirah, bacalah buku fiqh sirah, bacalah buku-buku fikrah dan dakwah, bacalah buku-buku fiqh dakwah. Talaqqi dan bertanyalah kepada orang yang layak, dan amalkanlah ia, serta jangan cepat merasa CUKUP. Sebelum kita nak membaca buku-buku yang di tulis oelh barat tentang ideologi mereka, kuasai islam dahulu.

Wallahua'lam.

-Adnin Roslan-