Tarbiah Sentap: March 2014

Wednesday, 12 March 2014

Soal Jawab bersama pembaca?


Bismillah, segala puji bagi Allah, atas segala nikmat yang tak terkira. Allah bagi kita macam-macam, Allah bagi kita segala nikmat yang sometimes, kita sendiri tak pernah mintak. Allah jadikan kita manusia, dan Allah jadikan kita ISLAM, bahkan, di kala ramai orang islam sedang lalai di buai nafsu dan dosa noda, Allah bagi kita KESEDARAN untuk mengenal Allah, kesedaran untuk berubah dan mendalami agama.

Oh, nikmat yang sangat agung! Kenapa kita masih lagi tak sedar akan nikmat ni? Bahkan, ada yang tak hargai langsung. Ada orang yang dah duduk di dalam suasana islamik, sekolah islam misalnya, atau mak ayah yang berpegang-teguh pada agama misalnya, dan kawan-kawan yang sentiasa support. Tapi, kita bagai langsung tak HARGAI nikmat hidayah yang Allah nak bagi pada kita. Bahkan, kita BENCI dengan nikmat tersebut!

Ada orang yang duduk dalam lingkungan maksiat, tapi hatinya benci pada maksiat.
 Ada orang yang duduk dalam lingkungan agama, tapi hatinya rindu pada maksiat....”

Saya pernah beri ceramah di sebuah sekolah biasa, yang tiada unsur-unsur penekanan terhadap islam. Tetapi, selepas saya bagi ceramah di situ, ada ramai pelajar yang jumpa saya, lantas ada yang ambil henset saya, log in akaun twitter dia, dan dia beri pada saya lantas berkata:

"Ustat Adnin, tolong BERSIHKAN twitter saya. Saya rasa saya teruk sangat. Saya nak berubah...."

Saya tahan air mata saya.

Benar, ada orang yang amat RINDU untuk kembali pada Allah, namun dia masih tak jumpa jalan. Dan orang yang sebegini, apabila dia dapat JALAN, dia akan HARGAI dan berlari-lari, kembali pada Allah. Tetapi, ada yang sudah terpampang depan mata TARBIAH dan JALAN hidayah, tetapi, dia benci, dia tak suka, dia tak layan, dia tak hargai Allah.

Di mana Allah di dalam hati kita? Adakah kita benci sangat Allah? Oh Allah, ampunkan kami, ampunkan, maafkan segala kebodohan kami. 

Walau bagaimanapun, saya terpanggil untuk menjawab beberapa SOALAN yang orang ajukan kepada saya yang berkenaan dengan isu HATI, iaitu isu CINTA dan BERUBAH. Saya harap, jawapan saya ini, mudah di fahami, dan sama-sama kita fahami, tangisi kesalahan kita, dan, kembalilah mencari Allah, yang sudah lama kita tinggalkan.

*****

Soalan 1:
“Dosa ke kalau lelaki like gambar wanita or wanita like gambar lelaki di social media?”

Secara simplenya, Allah dah suruh lelaki menundukkan pandangannya bila tegok perempuan. Begitu juga wanita di perintahkan untuk tundukkan pandangan daripada melihat lelaki. Bahkan, kalau nabi jalan-jalan dengan sahabat, bila sahabat TERpandang perempuan, nabi akan tolak muka sahabat ke tepi untuk pastikan sahabat tu tak pandang.

Hukum asal bagi lelaki, HARAM bila laki tengok perempuan, samada dengan syahwat ataupun tak. Tapi bila ada urusan kerja, mengajar, jual beli dan sebagainya, di maafkan, dengan syarat tanpa syahwat. Itu pun tak boleh pandang lama-lama dan ada adab-adabnya.

So, berbalik pada soalan korang, dosa ke bila lelaki like/favorite gambar perempuan ataupun perempuan like/favorite gambar lelaki? Jawapannya ialah DOSA. Melainkan, kita like tu SEMATA-MATA atas pesanan or nasihat yang dia berikan, ataupun gambar-gambar yang langsung tidak menimbulkan fitnah. Contohnya, ada gambar perempuan and ada description kata-kata hikmah, maka kita like di sebabkan kata-kata hikmah tersebut, tanpa ada NIAT LAIN, maka takde masalah. Tapi, bila gambar tersebut menimbulkan fitnah seperti selfie, bajet cute, kembung pipi, senyum dalam keadaan gambar tu agak dekat, dan tetiba ada laki like, so, dosa. Sedangkan PANDANG pun dah dosa, apatah lagi like? Begitu juga perempuan yang like gambar lelaki, misalnya artis-artis korea jepun, artis barat, bahkan apa-apa artis sekalipun.

Ingat, menundukkan pandangan bukan di perintahkan untuk laki sahaja, tetapi untuk wanita jugak. Sama keadaan, like gambar artis korea jepun, or barat, or melayu, share gambar-gambar mereka, semuanya dosa. Siapa boleh nafi, bahawa ianya tak merosakkan hati?

Saya ulangi:
"Siapa boleh nafi, bahawa ianya tak merosakkan hati?"

****

Soalan 2:
“Salah ke kalau kita suka seorang lelaki tapi tak berlebih-lebihan??”

Actually, perasaan SUKA pada seseorang tu adalah FITRAH. Ternampak seorang perempuan yang cantik sikit, or ternampak seorang lelaki yang hensem sikit, or kadang-kadang tak cantik dan tak hensem pun, TIBA-TIBA, datang perasaan suka dan tertarik dengan orang tu. Perasaan tu datang TIBA-TIBA, tanpa di undang!

So, benda ni adalah fitrah dan tak berdosa.

TETAPI, apabila kita MELAYAN PERASAAN CINTA tersebut, maka di situ, kita akan mendapat dosa! Melayan perasaan cinta? Macamana tu? Argh, semakin blur!

Jangan risau beb, saya akan explain.

Bila kita terdetik untuk suka seseorang, maka JANGAN melayan perasaan itu.  Maksud melayan ialah:

“Kita suka perasaan cinta itu datang, dan kita melakukan perkara-perkara yang membuatkan perasaan itu bertambah-tambah cinta…”

Maka di situ hukumnya HARAM. Saya bagi contoh, Siti Maimunah Sunsuden Bakri Mustautin Binti Mughallazoh suka dan jatuh cinta pada Syamsul. Lepas tu, dia PANDANG-PANDANG Syamsul, dia balik, bukak FB, dia tengok gambar Syamsul, dia bagitahu kawan-kawan dia yang lain yang dia suka Syamsul, dia ambik nombor Syamsul, dia chat dengan Syamsul, dia tanya khabar dan sembang-sembang dengan Syamsul, dia follow Syamsul kat instagram, twitter dan friend di FB, dan lain-lain. Bukan tu je, tiap malam dia terbayang-bayang muka syamsul, berdoa pun pasal Syamsul.

Itu semua di kira MELAYAN perasaan cinta tersebut. Maka, hukumnya adalah HARAM. Hati-hati, dan check balik hati, Tanya diri dan jangan tipu diri sendiri. Adakah kita just CINTA, or, kita MELAYAN perasaan cinta tu.


Sama-sama kita muhasabah. Jangan tipu diri sendiri.

****

Soalan 3:
“Kalau ada sorang perempuan, suka sorang lelaki, tapi dia dah TAK NAK suka lelaki tu. Apa yang harus dia lakukan? Ataupun sebaliknya. Apa yang harus dia lakukan?"

Tahniah sebab kamu dah TAK NAK suka orang tu. Anyway, saya nak tanya semua orang beberapa benda.

Pertama, saya nak tanya. Korang tenang ke bila hati korang ada rasa cinta kat seseorang? Try check balik diri, check balik hati. Actually, korang sebenarnya rasa nikmat atau sebenarnya rasa sengsara? Yelah, sikit-sikit teringat dia, lepas tu feeling-feeling, lepas tu nangis time sebelum tidur. Lepas tu nak belajar macam tak focus, kalaupun korang focus, korang belajar tu pun untuk dapat perhatian orang yang korang suka. Nak cakap kat depan rasa malu sebab takut orang yang korang suka kutuk korang. Dan macam-macam lagi.

Adakah korang rasa nikmat?

Seorang yang beriman, bila dia start rasa cinta pada manusia yang bukan mahramnya, dia akan cepat-cepat istighfar dan USAHA untuk buang perasaan cinta itu. Ye lah, apa yang kita nak? Saya nak tanya satu soalan:

“Adakah kita sedang bercinta dengan Allah???!!!!!!”

Hari ni, ramai gila orang lupa, tentang betapa manisnya cinta Allah. Kita terlalu asyik, terlalu leka, terlalu mengejar cinta manusia. Kita mampu nangis bila teringat si dia, kita mampu korbankan duit topup semata-mata nak chat dengan dia, kita mampu habiskan masa berjam-jam untuk chat dengan si dia.

Dan, sikitpun kita tak perasan.

Kita makin jauh dari Allah.
Kita seolah-olah benci Allah.
Kita tak hargai cinta Allah pada kita.
Kita tak nak Allah dan tak tertarik langsung dengan Allah.

Orang beriman, hati dia ada Allah. Dia mencari-cari nikmat Allah. Dia berusaha sedaya upaya untuk mengejar cinta Allah. Dia sanggup korbankan diri, masa dan harta dia untuk sukakan Allah, dia menangis bila ingat Allah, dia rindu Allah, dia rasa nikmat dan bahagia bila buat allah gembira.

Orang beriman, hati dia ada Allah. Dia malu dan rasa bersalah bila lupa Allah, dia malu dan rasa berdosa bila buat salah pada Allah walaupun kesalahan itu sikit. Dia tak mahu dirinya di benci Allah, setiap apa yang dia buat dia akan ingat Allah, dia balas jasa Allah, dia puji dan bersembang dengan Allah, dia tersenyum sorang-sorang teringat Allah.

Orang beriman.

Tetapi, hari ini, sikitpun kita tak perasan.

Kita makin jauh dari Allah.
Kita seolah-olah benci Allah.
Kita tak hargai cinta Allah pada kita.
Kita tak nak Allah dan tak tertarik langsung dengan Allah.

Kenapa kita selalu fikirkan cinta manusia, sedangkan Allah kita buang, Allah kita benci, Allah kita tak layan, Allah kita jauhkan, Allah kita tak pandang? Kenapa wahai kawanku?

Allah.
Bodohnya kami kerana asyik mengejar dan melayan perasaan cinta manusia, sedang Engkau yang sangat dekat pada aku, langsung aku tak endah. Bodohnya aku ya Allah. Bodohnya!

Sebab tu, cara terbaik nak lupakan orang yang kita suka ialah, KEMBALILAH pada Allah, kejar cinta Allah. Pasti korang akan rasa nikmat yang tak terkata!

Ada yang cakap kat saya:

Maksudnya, kitorang ni tak boleh suka sesiapa until we are old enough to kahwin?
kalau kita ada lagi perasaan kat seseorang tu, salah ke? Tapi kita pendam perasaan tu?”

Seperti jawapan saya kat atas, tanyalah diri, sejauh mana cinta Allah kita kejar. Banyak lagi yang perlu masukkan dalam kepala kita, isu pelajaran, isu mak ayah, isu TARBIAH dan DAKWAH, isu kawan-kawan, isu umat yang kita pun sedia maklum bagaimana keadaan mereka-mereka di palestin, Syria, rohingya, afrika dan lain. Sepatutnya, kita LANGSUNG tak sempat nak fikir pasal cinta manusia ni. Melainkan, masa dah tiba, dah rasa bersedia untuk kahwin, maka mulakanlah langkah, sesuai dengan yang islam ajar.

Oh, cinta Allah! Saya nak!

>.<

*****

Soalan 4:
“Contoh, kalau kita seorang yang social sebelum ni. Dan kita masih bersosial dan berhubung dengan kawan-kawan laki yang rapat dengan kita. Dan kita tak rasa bersalah! Tapi, tiap kali kita solat, doa dan zikir, kita rasa terlalu bersalah. Tapi, kita still berhubung dengan kawan laki kita! Macamana nak buang sikap social kita?”

Bagi saya, bila sentuh bab BERUBAH, kita kena tanya diri kita secara jujur:

“Betul ke aku nak berubah? Betul ke? Betul ke??!”

Sebab, Allah hanya akan bantu orang yang NAK berubah. Orang yang NAK TAK NAK, Allah takkan bantu. Sekarang, ramai orang ingatkan dia nak berubah, tapi rupa-rupanya, dia nak tak nak, bahkan hakikatnya dia tak nak langsung.

Berbalik pada soalan kamu, macamana nak buang sikap social kita? Bagi saya, saya sarankan beberapa benda:

1)Kawan dengan orang yang baik, tinggalkan kawan yang social tak jaga batas.
2)Buang segala benda yang membuatkan kita MUDAH untuk bersosial dengan yang berlainan jantina. Contohnya, unfriend FB dia, unfollow twitter dia, unfollow instagram dia, BUANG nombor dia kat henset supaya kita tak boleh memulakan persembangan di whatsapp, wechat dan lain-lain.
3)Berukhwahlah dengan sesama jantina. Ia lebih nikmat, lebih membahagiakan, lebih manis. Percayalah!

Saya doakan yang terbaik.
Hendak 1000 daya.

*****

Soalan 5:
“Kita NAK berubah,, tapi SUSAH untuk kita nak berubah. Kenapa? Dan macamana nak buat?”

Wahai kawan-kawan yang saya respect dan kagumi, saya nak nyatakan satu benda kat sini, bahawasanya, SYURGA ALLAH TU MAHAL. Hanya orang yang bersusah-payah sahaja yang Allah akan bagi syurga. Ya, syurga sangat mahal!

Kalau nak score exampun, kena gila-gila, kalau nak kaya pun kena kerja gila-gila, apatah lagi nak BERUBAH untuk jadi baik? Nak miskin, senang je. Duduk rumah tak payah kerja, dan takyah usaha apa-apa. komfem miskin. Nak fail exam, simple je. Takyah belajar langsung, takyah susah-susah, rilex je. Insyallah fail. Nak jadi jahat, simple je, takyah susah-susah. Buat je maksiat, terus buat benda yang Allah benci. Terus jauh dari Allah, teruskan. Insyallah kita jadi jahat.

Tapi kalau kita nak jadi seseorang yang BERGUNA, mahu tak mahu, kita kena BERSUSAH-SUSAH! Tiada jalan senang untuk BERUBAH!

BERUBAH ni awal-awalnya, kita akan melalui pelbagai kepahitan, kesakitan, kesengsaraan, orang akan pandang rendah kita, orang akan pandang serong kat kita, orang akan ungkit dan judge kita berdasarkan diri kita yang dulu, orang akan jauh dan tinggalkan kita, orang akan marah-marah kita, dan lain-lain.

Itu semua adalah BAYARAN kita pada Allah atas dosa yang kita buat selama ni. Allah nak UJI kita, adakah kita ni berubah kerana ALLAH SEMATA-MATA, atau masih terselit di sudut hati kita, inginkan pujian manusia. Kerana tu, Allah UJI kita dengan kutukan manusia. Hanya orang yang betul-betul IKHLAS SAHAJA yang akan move on, dan berubah!

 Ada sekali tu orang tanya saya:
Macam mana saya nak ignore orang yang pandang rendah dekat saya? Ada sekali tu, kat sekolah, saya terdengar cikgu saya ni dengan sorang student ni cakap pasal saya. Everytime saya lalu depan cikgu tu, mesti dia pandang je saya. Saya pun tunduk je and try not to cry....”

Ada jugak yang tanya saya:

Kalau contohnya kita dah NIAT YANG KITA NAK BERUBAH, tapi tiba-tiba ada orang datang pada kita dan cakap macam-macam pasal kita dan di sebabkan ayat-ayat  dia , niat kita untuk berubah terus DOWN! So, macamana kita nak naikkan balik niat tu tapi kita masih terfikir-fikir ayat yang dia cakap tu lagi…??”

Bagi saya, yakinlah dengan Allah. Allah tengah uji kamu! Kalau kamu dapat atasi ujian ni dan betul-betul IKHLAS 100% pada Allah dalam perubahan kamu, saya yakin, kamu akan bahagia sebahgia-bahgianya!

*****

PENUTUP

Sebagai kesimpulan, saya nak kita semua muhasabah dan tanya diri masing-masing:
"Apa sebenarnya yang kita nak dalam hidup?"

Sometimes, kita KABUR dengan tujuan hidup kita, kita tak sedar yang hidup kita tidak ada matlamat dan AGENDA. Kita di sibukkan dengan benda-benda yang hakikatnya tiada sebarang FAEDAH, bahkan menghancurkan diri kita secara kita tak sedar.

Renung semula, adakah hidup kita ini ada AGENDA? Kalau nabi dan sahabat dahulu, menangis memikirkan bagaimana nak selamatkan umat dari neraka, hari ini, kita menangis kerana apa?

Wallahua’lam.

Entri untuk tahu apa batas-batas dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan, jemput baca di sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html

Entri berkenaan bagaimana mahu berubah, nak taubat dan tinggalkan maksiat, jemput baca di sini:
http://adninroslan.blogspot.com/2013/12/cara-nak-tinggalkan-dosa.html

Moga bermanfaat!

-Adnin Roslan-