Tarbiah Sentap: CERPEN IKHTILAT: Syadid VS Longgar? (Episod 1)

Monday, 1 December 2014

CERPEN IKHTILAT: Syadid VS Longgar? (Episod 1)


"Weh, kau syadid la! Takkanla nak chat dengan berlainan jantina tak boleh? Aku bukan naik syahwat pun! Tak payahla nak keras sangat dalam beragama. Agama tu mudah, di sebabkan orang macam kau la, orang akan anggap agama ni susah! Jangan syadid sangat!!"

Samdul tiba-tiba mengamuk apabila aku tegur dia bab ikhtilat. Mana taknya, Samdul ni kuat beragama, status-status FBnya macam malaikat. Malangnya, dia punya ikhtilat macam apa. Yelah, komen mengomen kat FB kat perempuan punya status rileks je, siap smiley bagai, tu belum dekat henset and whats app dia lagi.

Aku tersenyum. Kemudian, aku dengan rileks dan machonya tanya kepada dia satu soalan:

"Erm, kau tahu tak, apa maksud syadid? Kau asyik cakap aku syadid, kau asyik cakap aku keras, boleh aku tahu, apa definasi keras dan syadid di sisi kau??"

Samdul kelihatan 'blur' sekejap, namun, bagi mencover ke'blur'annya, dia senyum sinis bajet macho lalu menjawab dengan sombongnya:

"Syadid tu maksudnya keras. Takkan tu pun kau tak tahu.... Kau nak uji aku ke? Konon aku takde ilmu? haha... Come on man, aku nasihatkan kau jangan syadid, terima je la. Zaman dah maju beb..."

Aku tergelak. Serius lawak. Aku rasa, kalau dia masuk Maharaja Lawak, boleh tersingkir kat semi final. Lawak kot. Aku balas:

"Memangla syadid tu maksudnya keras. Aku TANYA kau, apa definasi 'keras' yang kau maksudkan?"

Samdul tercabar. Dia macam stress sikit sebab aku gelak. Yelah, dia tak sangka dia berbakat dalam buat lawak. Selama ni dia buat lawak dalam kelas, krik krik je. Semua menyampah. Tapi kali ni dia tak buat lawak, tapi aku gelak. Dia keliru, aku gelak ikhlas ke atau just nak menganjing dia? Dia pun tanya aku:

"Apahal kau gelak? Jap, aku tak faham doh soalan kau. Definasi syadid? Apa-apapun, aku nak bagitahu yang kau ni terlalu keras, means, ni tak boleh, tu tak boleh, semua benda tak boleh, susahla.."

Aku tersenyum dengan jawapan dia. So, time ni lah aku nak 'pangkah' dia. Haha. Jahat gak aku ni. Cis.

"Samdul, kalau kau nak tahu, dalam islam ni ada 3 kelompok secara umum. Pertama, golongan yang SYADID(keras) dalam beragama. Kedua, golongan yang WASATIYYAH(sederhana) dalam agama. Dan yang ketiga, golongan yang DHOYA"(Melonggar/melupuskan) agama...."

Dia kelihatan sedikit gelisah, dia sangka aku jahil agama. Terkejut beruk dia bila aku mulakan hujah. Dia ni kaki debat, selalu nak menang. Dia balas:

"So? Apa point kau? Kalau kau dah tahu, kenapa kau nak jadi syadid? Kita kena besederhana dalam agama! Baru orang suka nak dekat pada islam...."

Aku tahu dia akan balas macam tu. Tapi, aku kekalkan ketenangan aku(bajet) dan sambung hujah aku:

"Kalau kau nak tahu, SYADID adalah golongan yang ekstrim dalam agama sehingga mengharamkan yang halal. DHOYA' pula ialah golongan yang terlalu melonggarkan agama sehingga dia menghalalkan yang haram. Wasatiyyah ialah ikut dengan baik mana halal dan mana haram, tanpa tokok tambah...."

"Okay, so??" Jawab Samdul dengan penuh keegoan dalam riak wajahnya.

"Macam ni lah, hari pun dah lewat malam, aku cadang, kau pergi baca kitab-kitab fiqh tentang ikhtilat ni, kau tengok, apa hukum ikhtilat, and then, kau nilai, adakah aku yang syadid, atau kau yang dhoya'. Baca jangan tak baca! Esok kita jumpa, kita sambung. Okay?" Aku malas nak berdebat panjang.

"Okay...." Balas Samdul sinis.

***

Malam itu, Samdul rasa tercabar. Jiwa jantannya terasa seperti di betinakan. Malam itu, akibat stress, dia melakukan ‘habit’ buruknya ialah korek hidung guna jari kaki, kemudian lap di bawah meja studynya. Setakat ni, pelbagai bentuk taik hidung yang sudah keras telah melekat di bawah meja tersebut. Maybe, Samdul menganggap itu hiasan meja.

Masing-masing ada cita-rasa masing-masing.  Tak tahulah, apa ke buruk cita-rasa tu. Gerun gila serius.

Akibat tak puas hati dengan ‘perdebatan’ ringkas bersama aku tadi, Samdul meluahkan perasaannya di Facebook:

“Dengan orang-orang yang keras dan ekstrim ni lah orang yang nak berubah jadi baik, terus tak nak berubah, sebab mereka akan anggap agama ni susah…”

Selang seminit dia post, terus dapat 80 like. Fuh, legend. Maklumlah, ramai follower. Pastu, di sebabkan teruja ramai like, dia pun post lagi satu status:

“Takkanla nak cakap dengan berlainan jantina pun salah? Takkanla nak wish birthday kat ajnabi pun salah? Takkanlah nak call-call ajnabi salah? Takkanla nak komen-mengomen dengan ajnabi pun salah? Macamana lah dakwah nak berkembang? Bukan naik syahwat pun. Lainla kalau naik syahwat. Selagi tak naik syahwat, tak salah! Janganlah terlalu ekstrim dan syadid dalam berikhtilat sampai semua benda tak boleh. Nak syadid, syadidla sorang-sorang….”

Butang enter di tekan.

Samdul tersenyum lebar.

Seperti yang dia jangkakan, postnya yang kali ni agak ‘hot’ dan di minati. Tak sampai 2 minit, 153 like! Dan, ramai gila bapak yang share!! Dan, ada yang share tu letak ayat:

“Haa…pada yang syadid sangat tu, baca ni!”

“Islam itu mudah. Jangan susahkan ia dengan kesyadidanmu….”

Dan banyak lagi.

Samdul puas. Yeah!!!

And then, ada la ramai perempuan (ada lelaki juga) yang komen kat status dia.

“Setuju dengan awak. Sabar je Samdul. Biasala tu, orang syadid ni kita letak tepi. Jangan risau, saya sokong dakwah awak:) Ganbatte!! ;) “

“Saya suka ayat awak yang ‘nak syadid, syadidla sorang-sorang’. Hehe… Terbaik! Suka sangat status-status awak:D”

Samdul rasa seronok melihat perempuan-perempuan komen di statusnya. Lagi menyebabkan dia puas, yang komen status dia tu adalah perempuan yang dia amat minat, namanya ialah, Siti Mutannajis Bt Idris Idras.

Ya, Mutannajis dan Samdul mula berkenalan sejak masuk kuliah, yang mana, mereka sama kos, dan sama kelas. Tak di nafikan, Mutannajis sangat cute, bibirnya tebal, jerawat amat penuh di mukanya, hatta, hidungnya juga di tutupi oleh jerawat hingga menyebabkan dirinya sukar untuk bernafas. Giginya juga hitam akibat suka minum slurpee di 7 eleven. Tiap hari minum 13 cawan. Bau badannya, fuh, masam bhai.. Serius, sungguh cantik! Ramai yang minat Mutannajis.

Kerana Samdul ni seorang yang agak famous di Universitinya, maklumlah, MPP, Mutannajis amat tertarik dengannya. Dan, dari situlah, mereka meeting bersama-sama (Mutannajis pun MPP jugak), dan sejak hari itu, mereka saling bermesej-mesej.

Samdul tersenyum riang bila Mutannajis komen di statusnya. Siap smiley lagi.

Samdul terus bayangkan….

“Oh, kalaulah dapat kahwin dengan Mutannajis, untung gila serius. Ya Allah, jodohkanlah aku dengan dia!!”

Hati Samdul jadi lain, tenang, bulu roma meremang, seram sejuk, inilah cinta. Samdul suka perasaan tu hadir.

Tiba-tiba, henset mahal Samdul berbunyi….

“Oh, mesej. Sape pulak mesej ni?”

Kelihatan tertera nama Mutannajis di hensetnya, yang mana, bagi berhati-hati dari para stalker yang boleh amik hensetnya senyap-senyap, Samdul telah menukar nama Mutannajis kepada “Habib Ajis” agar seolah-olah nampak macam lelaki, supaya orang tak syak wasangka.

“Awak, awak jangan lupa solat taubat tau sebelum tidur. Dan, doakan saya tau:) Jumpa kat kelas nanti insyallah. Ukhwah fillah ^_^”

Hati Samdul berdegup kencang bila baca mesej dari Mutannajis. Hatinya berbunga-bunga dapat mesej macam tu. Argh, puas, puaaas!!! Rasa bangga pun ada, yelah, bukan senang nak dapat perempuan secantik Mutannajis.

“Thanks sebab ingatkan. Moga Allah ampunkan dosa kita semua. Uhibbuki fillah ye Mutannajis ;)”

Samdul membalas mesej dengan penuh rasa syukur.

“Terima kasih ya Allah. Andai dia jodohku, satukanlah!!”

Samdul mula angau dan gila bayang. Dia membayangkan senyuman Mutannajis di kuliah. Namun, bayangan itu samar-samar. Dia tak puas. Nasib baik dia ada save gambar Mutannajis di henset. Maklumlah, budak perempuan zaman sekarang, kerja selfie buat muka bajet lawa pastu edit brightness dan contrast bagi nampak lawa sikit.

Lalu, Samdul pun menatap wajah Mutannajis sambil tersenyum.

“Bertudung, berjerawat, gigi hitam separuh, bibir tebak, lubang hidup tertutup dengan jerawat yang melimpah…Argh, perfect!!!”

Sedang Samdul mengelamun, tiba-tiba, mood Samdul kelihatan berubah. Samdul mula kelihatan tak tentu arah, rasa marah tak pasal-pasal datang kat dia….

“Tak guna! Esok aku nak debat dengan Adnin. Kalau aku kalah hujah dengan dia, habislah aku. Apa aku nak jawab nanti. Babun betul lah. Argh, sipot!!!”

Samdul bangun dari tempat duduknya, dan, sebelum itu, dia sempat korek hidung dan lap di bawah meja studynya, kemudian dia pergi ke rak buku untuk mencari kitab-kitab fiqh berkenaan ikhtilat, untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya hujah bagi membenarkan DOSA ikhtilat yang di anggap benar oleh dirinya.

“Argh, malas betullah. Sekarang dah pukul 1 pagi. Takde mood nak baca kitab. Search kat google sudaaaah….”

Lalu, berbekalkan ilmu di google, dia pun terjumpala pendapat-pendapat berkenaan ikhtilat yang mana-mana tah penulis yang tulis tu, yang kebanyakannya menulis tanpa rujukan, menyalah tafsir quran dan hadis, tidak menepati disiplin ilmu, menggunakan ayat quran untuk kepentingan nafsu dan lain-lain.

YA. Dengan berbekalkan hasil cariannya di google, Samdul rasa amat confident untuk berhujah dengan aku pada esok hari…

Samdul pun terus tidur. Tidur dalam keegoan.

**


BERSAMBUNG.

-Adnin Roslan-

24 comments:

Anonymous said...

Bahasa penuh sarkastik. Hm...emosi kah?

farhana daron said...

tak sabar nak baca sambungan seterusnya .

Anonymous said...

cerpen yg menarik. tapi aku ada 2 pendapat pasal gaya pembahasaan siri pertama ni.

nak terima atau tak, terpulang.

1-kadang2 orang suka 'menilai' sang penulis dari gaya dia menyampaikan cerita. dari cerpen kamu ni, aku risau gak kalau ramai yang tersalah sangka.

2-cerpen ini satu trend baru di kalangan peminat industri penulisan di tanah air ini. sorohatan, aku pun geli gila bila teringat cerpen2 yang bajet islamik dengan gaya pembahasan yang 'indah' dan 'berpelangi'. betullah kamu cakap, xdelah nanti kita terbayang benda yang bukan2. nanti bila masyarakat dah terbiasa dengan cerpen islamik yang tiada ayat geli2, aku yakin jiwa diorang pun akan ikut sama untuk berhenti berbunga2 tiap kali terfikir pasal cinta.

apa pun, syabas atas alternatif yang baru dan padu !

Keisayu Roxas said...

Saya berharap cerpen berkaitan ikhtilat ini diterangkan betul2. Terutamanya permasalahan anak muda kita, gunakan agama sebagai alasan untuk bercouple.
Cerpen ini menarik, terserlah idea yang ingin disampaikan oleh punulis
Cuma......
Imaginasi watak utama itu, sangat ekstrimis dan berbunga-bunga. Tetapi saya menganggapnya sebagai unsur komedi dari penulis.
Semoga Allah bersama kamu

sakura Chameleon said...

Sambungan tak sabar. Syukran menulis.

Yani Hamshah said...

menarik..best.

Maisarah Mustafa said...

tahniah penulis..tak sabar nk tunggu sambungan..cerpen ni buat sy gelak sorang2..btw, suka baca cerpen islamik yang santai macam ni..

sakura Chameleon said...

Sambungan tak sabar. Syukran menulis.

sakura Chameleon said...

Sambungan tak sabar. Syukran menulis.

Anonymous said...

terbaik sesuai untuk para pembaca yang dahagakan sesuatu yang menarik... sesuai buat novel. ;)

Anonymous said...

Haha.. menrik! X sbr nk bce strusnya

IDAH RASHID said...

alhamdulillah. cerpen yg sungguh bermanfaat. menunggu ke episod yg seterusnya.

Meor Shafiq said...

Hahaha..badai anta,takde nama lain ke selain mutannajis..haha..tamam sheikh

Anonymous said...

Lawak tapi best ! Sy nak request ustaz buat 1 entry pasal stalking, boleh ? Sbb kawan2 sy ramai yg jadikan stalking ni sbg aktiviti lepas study,, sy nak tegur pun susah. Harap ustaz dpt tolong.

Deq Ayu said...

Best!!!

Maisarah Isa said...

best! dan gaya penulisan pun lawak ! tak sabar nak sambung episod 2!

Anonymous said...

Tiada yg best melainkan yg best bro!!!

Anonymous said...

sangat menarik!! teruskan usaha mcm ni memang remaja zaman sekarang kena baca benda-benda camni selain daripada baca novel islamik konon tapi hati, perangai camtu gak tambah2 bila novel islamik guna ayat best2 semua, lagi sakan lah ikhtilat tu terjadi. :3

Nur Aina Mohd Bakri said...

Tersedar dr lamunan..xsmua yg di update kat fb tu betul..sokong!

huda hamzah said...

seronok baca ni..teruskan saya nak baca endingnya lagi

Hazira Rosley said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Maaf tegur.. Says rasa Cara awak describe mutanajis agak kasar and tersinggung. Maaf.. Btw entry ni superbb teruskan menulis.

Umi Dalila said...

Macam mana nak elak rasa hati dekat seseorang?? Macam mana nak lupa kan seseorang sehingga masa betol betol bersedia itu tiba.. Saya mohon pertolongan

Wan Mohd Zahari Wan Embong said...

Rasanya lebih elok kita berdakwah ni tanpa membuat desription yg buruk2 terhadap characters kita. Nampak tak ikhlas sgt.