Tarbiah Sentap: 5 cara nak kuat untuk berubah?

Friday, 19 September 2014

5 cara nak kuat untuk berubah?



Sejujurnya, nak berubah ni, semua orang mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yang jadi masalah ialah, kita ni NAK berubah, atau kita ni NAK TAK NAK. Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita. Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.

“Susahla nak berubah…..”

“Saya dah cuba, TAPI……”

“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”

“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”

Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya. Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul. Tapi, sampai bila kita nak beralasan? Sampai bila kita nak terus-menerus bagi pelbagai alasan? Sampai bila kita nak merungut?

Tu persoalannya.

Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah. Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy, tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.

Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan.

So, insyallah, saya akan bagi cara-cara untuk nak berubah, dan dapatkan kekuatan untuk berubah. Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.

Moga kita dapat amal!

****

1) MELAZIMI TAUBAT.


Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi. Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf. Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.

Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yang biasa terjadi(juga terjadi berkali-kali pada diri saya), kita dah taubat, tapi sampai satu tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat. So, nak buat macamana? Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.

Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”

Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati! Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.

Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang. Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!

Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT. Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.

“Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)

”Orang yang terbaik ialah orang yang banyak di uji dengan dosa dan banyak bertaubat!”
(Ali b Abi Talib)

“Kamu perlu bertaubat dari dua dosa. Satu, dosa kamu yang lalu. Kedua, kamu perlu taubat kerana kamu menangguhkan taubat kamu…”
(Ibn Qayyim)

Amacam? Bolehkan?

2) JAGA SOLAT 5 WAKTU



Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya. Jangan ingat isu solat ni main-main. Pergi wayang jauh-jauh dengan member, keluar malam dengan bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.

Serius, kalau orang tanya saya:

“Saya nak berubah jadi baik. Saya dah taubat. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya akan jawab:

“Kamu mulakan dengan menjaga solat 5 waktu!!”

Baca dan dengarlah kisah-kisah orang yang berubah. Allayarhamah Sharifah Aini, Neolofa dan lain-lain, bila mereka cerita, macamana mereka dapat kekuatan untuk berubah, mereka jawab:

“Jaga solat!!”

Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dapat berubah. Mustahil. Yelah, tiang takde, macamana nak kukuh bangunan?? Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain? Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.

Saya dah tulis isu solat ni panjang lebar di SINI. 

Baca jangan tak baca!

3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.



Orang yang nak berubah dan bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, yang boleh menggoda/mengajaknya untuk melakukan maksiat, serta menarik kakinya kea rah maksiat sehingga dia terjatuh dan terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.

Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik. Kita kena berkawan, bergaul dan rapat dengan orang yang baik-baik! Kita tengok muka kawan kita, kita teringat Allah. Kata-kata mereka sentiasa memandu kita kea rah kebaikan.

Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”

Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a)Ada yang mengheret kita ke syurga.
b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!

Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:

“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknta sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)

Sebab tulah, ulama’-ulama’ amat menekankan kita untuk TUKAR KAWAN. Mereka berkata:

“Taubat itu adalah penyesalan. Penyesalan itu ialah penyesalan dengan hati, keazaman untuk meninggalkan perkara maksiat, beristighfar dengan lidah, meninggalkan dengan jasad dan MENJAUHKAN DIRI dari TEMAN YANG JAHAT…”

Inilah FORMULA untuk nak jadi baik. Bak kata Imam Alqushairi:

“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niar dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”

So, saya saran, ikutlah USRAH. Kat sekolah, kat universiti. Nak ikut ISMA ke, IKRAM ke, HALUAN ke, TABLIGH ke, PAS ke, Hizbut Tahrir ke, PEMBINA ke, apa-apalah NGO/JEMAAH dakwah dan tarbiah. Baru kau akan jadi kuat! Baca tulisan saya tentang "Nak pilih jemaah ap?" di SINI.

Bila kau nak jadi baik, kau kena duduk bersama-sama orang yang sama-sama dengan kau nak jadi baik!

Lagi satu, jangan duduk sorang-sorang. Bahaya beb. Banyakkan bersama orang, pergi tolong mak ayah ke, duduk dengan adik beradik ke, atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang. Perangkap setan tuuu.

4) DENDA DAN HUKUM DIRI SENDIRI.

Bila kita buat satu kejahatan, kita kena BALAS dengan denda diri kita untuk buat kebaikan. Hatta, itulah yang nabi suruh! Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.

Contoh, kalau kita ada mengumpat kawan kita. So, kita menyesal. Maka, kita kena balas dengan kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kawan kita tu kepada ramai orang.

 Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.

Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.

Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.

Ini namanya “memanipulasikan syaitan”. Boleh baca tulisan saya berkenaan betapa BERHASILNYA cara ini di SINI.

5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.


Biasanya, kita akan rasa nak buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tengah boring, rasa tak tenang dan sebagainya. Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…

Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dengan lagu Justin bieber, one direction, kpop dan lain-lain? Bila bosan, pergi tengok movie…Jangan syeikh, jangan!

“Maksiat takkan membuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akan membuatkan kau bertambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dapat puaskan Allah dengan amal!”

Sebab tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG-KURANGNYA, kit abaca sehari 10 ayat quran. Kalau tak, kita akan di kategorikan sebagai orang yang LALAI! Isilah hati tu. Isilah dengan quran dan zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.  Setiap hari:

Istighfar 100 kali.
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.
Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.

Tak sampai 10 minit pun beb. Buat beb. Kau akan rasa puas beb. Serius. Takde maknanya nak tipu. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!

Sungguh!

And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah? Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah? Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, kemanisan dan keghairahan dalam beribadah, doa agar di beri kekuatan dan perasaan benci dan geli serta tak selera dengan maksiat? Berapa kali?

Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak? Sikit-sikit doa:

"Ya Allah, bagilah Farah suka aku..Satukanlah hati aku dengan dia..Andai jodoh bla bla bla..."

Apa daaa....Jangan macam tu beb. Time doa, ingatlah Allah. Bukan ingat crush kau.

***

So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dalam perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb? Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…

“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”
(Arra’du ayat 13)

Sampai bila nak beralasan dan merungut beb?

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

93 comments:

Anonymous said...

Jazakkallah

Yani Hamshah said...

"Tulah, tak habis-habis time doa, asyik doa pasal jodoh bagai. Mana hati tak rosak?"

huhu. T.T

rokiah Abdul hamid said...

terima kasih atas perkongsian ini

Anonymous said...

sya seorg pendosa... T_T

Anonymous said...

Trima kasih..semoga allh bagi sya kekuatan utk hilangkan peribadi malas saya ni..aminnn

Anonymous said...

korg perasan tak 'sesuatu'?apa yg korg nmpk bila tgk matahari pagi-pagi?aku pun baru je perasan benda ni.MATAHARI WARNA OREN!!bukan pasal wrna yg menjadi persoalan utamanya.tapi,matahari biasanya warna apa?kuning kan?apa yg bermain di minda korg sekarang ni?KIAMAT semakin dekattt!dan korang jangan 'jakun' kalau nampak matahari terbit dari BARAT.just wait and see...^^

Anonymous said...

Sejuk hati . Insaf huhuhuhu.

Anonymous said...

Sejuk hati . Insaf huhuhuhu.

anggun_aura said...

alhamdulillah... sgt bermakna

muz said...

perkongsian yg sangat bermakna..terima kasih pada penulis. moga mendapat ganjaran dariNya. Insya Allah.

moss said...

terima kasih ustaz..

chiefmasterification said...

Assalamualaikum,

nak betulkan sikit. Ayat surah Ar-Ra'du ialah pada ayat 11, bukan 13. Harap perbetulkan.

Anonymous said...

tinggalkan kawan jahat dan kawan dengan orang baik? kan ke Allah murka pemutus silaturrahim?

Anonymous said...

apa tips untuk tak tinggal solat?

Cik Nah said...

Kalau ikut sya, lepas dgr je azan terus pegi amek wudhu dan solat. Jgn tangguh2. Bila tanggug tu yg jadi malas nanti dulu then sampai masok waktu lain dah. Lagi satu, ingatlah azab Allah bg mereka yg tinggal solat.

Anonymous said...

Boleh tak ustaz terang kan tentang hijrah hati ? Sy nk blaja dan tahu

Nur Hainan said...

Terima kasih...amt brmanfaat
~hambaygjahil

Anonymous said...

Assalamualaikum admin, ana nak tegur sikit. Ada kesalahan sikit pada ayat Al-Quran yang anta guna iaitu surah Ar-Ra'du. Anta tulis ayat 13. Sebenarnya ayat 11. Maap ana tegur anta sebab ana takut ada sahabat kita yang mudah menerimanya tanpa usul periksa. K?....Shukran

farah syaqirah said...

alhamdulillah...terkesan pada hati yg khilaf ini...teruskan (y)

Maarif Maizan said...

Thanks admin.

Maarif Maizan said...

Thanks admin.

Maarif Maizan said...

Thanks admin.

zaitul asyikin said...

Terima kasih.. 😊

Anonymous said...

MasyaAllah, tengah2 down tetiba dapat emel tentang post ni.. Terima kasih sangat2 admin.. Pertolongan Allah melalui perantaraan insan ni..

Anonymous said...

Bukan putuskan tapi jangan terlalu rapat sehingga kita terikut ikut sikapnya yang boleh jadi akan mendekatkan kita dgn Maksiat dan dosa

Firdaus Shohimi said...

Tq sgt2...sgt berguna perkongsian ni utk perubahan........ Alhamdulillah ya allah

Anonymous said...

sy selalu niat nak berubah tapi sangat sangat susah

Miss Kecil said...

Terima kaseh: )

Miss Kecil said...

Terima kaseh: )

Anonymous said...

Jazakallah kheir atas perkongsian .

Di sudut mata said...

smoga kta dpt istiqamah dln mgjr cinta- Nya ...

Di sudut mata said...

smoga kta dpt istiqamah dln mgjr cinta- Nya ...

Hanan Madhiah said...

Alhamdulillah..info yg sgt mantap..mnjadi pembakar semangat untuk terus berubah..

Anonymous said...

Jazakallah atas perkongsian.. sgt memberi kesan dlm pentarbiahan diri..

시다 shidasyad said...

Syukran..

Nabilah Habil said...

Wah, serious sentap T.T

Anonymous said...

Bnyk komen lh*-*

Anonymous said...

Assalamualaikum ustz. Saya nak dgr pandangan ustz dgn masalah saya. Saya ada sepupu yg tua setahun dari saya. Saya nak sangat dia berubah ke jalan Allah. Dia sangat baik, belajar pon pandai. Dia ni free hair, ada bf. Tp satu jee dia tak pernah solat. Tiap kali saya selesai solat saya terus bgtau dia suruh solat jawapan dia "kau doakan aku lah" . Saya taknak macam tuu, even saya rapat dgn dia saya nak dia menjadi seorg yg bertanggungjawab dgn perkara wajib. Ustaz ada tak cara utk saya slow talk dgn dia supaya dia berubah?

Anonymous said...

Bukan... matahari warna oren .. malah aku pernah nampak matahari jadi merah.. ituey bukan sebab gejala dekat akhirat ataupun gerhana ataupun lain lain.. kita semua tak tahu bila akhirat tuey akan terjadi.. dekat ataupun lambat.. takde sape pun tahu kita tak boleh bagi andaian walaupun dekat macam manepun... bende tuey terjadi disebabkan debu atau habuk yang berada di muka bumi membuatkan warna sinaran matahari menjadi merah ataupun oren.... bumi sekarang tak seperti yang dulu... ia semakin panas dan berhabuk..

Sihasyaa VII said...

Deep sgt . Semoga perkongsian ini mampu mengubah diri saya . Jazakallah

Anonymous said...

����

Shahdah Malek said...

Thank you atas perkongsian ini. :). Semua persoalan saya terjawab.

quratuain said...

Terima kasih atas 5 tips di atas

iqah said...

Thanks admin..it's really mean to me

syaja said...

Betul je cakap ustaz. mungkin setengah org putuskan silaturrahim kalau menjauhi kawan jahat tu. persoalannya, kenapa Allah nak murka kalau kita menjauhi perkara tak baik? kita nak cari cinta Allah ke manusia? Kalau cinta Allah yg kita kejar insya Allah urusan kita dengan manusia tu Allah yang settlekan. dan point ini sangat membantu untuk berubah tu.

Fadhilatul Halwani said...

Jazakallah. Sgt bermakna. :)

Nurunnajihah Ahmad Puad said...

syukran team tarbiah sentap.ini adalah "breakfast" yang paling bermanfaat utk pg ni.

Afiqah Baharudin said...

Jazakallahu khairan kathiran
Astagfirullahalazim atas segala dosa saya.
Alhamdulillah atas ilmu yang saya baru dapat.

taNtaN said...

yang ni sentap

Anonymous said...

Masya'Allah. Terima kasih atas perkongsian ini :)

azhar abu said...

Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna ni..

azhar abu said...

Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna ni..

azhar abu said...

Terima kasih atas perkongsian yang amat bermakna ni..

Anonymous said...

Daebak. :-)

Anonymous said...

Terima kasih admin. Sangat bermanfaat untuk kami .

Anonymous said...

Perkongsian maklumat yang amat bagus . semoga kita dapat amalkan bersama sama

Anonymous said...

Terima kasih. Tegas pada perkara benar. Ilmu yg mengandungi duniawi dan ukhrawi. Alhamdulillah. Terima kasih.

muhd irfan said...

Terima kasih atas perkongsian yang bermakna.......insyallah dengan semangat tinggi untuk berubah.....semoga ALLAH S.W.T memberkati apa yg kita usahakan.....

Hafisa Fiesya said...

Assalamualaikum ustaz.saya nk tanya. Perlukah kita bersikap putus asa setelah mengajak seseorang untk dirikan solat? Dan perlukah kita brtegas apbila dia tdk mndgr ajakan kita? Trima kasih.

Anonymous said...

Terima kasih. Alhamdulillah

Anonymous said...

Terima KAsih Admin. Semoga Allah memberi kesihatan berpanjangan kepada admin dan sekeluarga, dimurahkan rezeki dan bertambah ilmu yang bermanfaat agar dapat terus menyebarkan dakwah.

SA said...

moga-moga kita semua kuat untuk berubah . aminnn




Zuhairie Zakaria said...

Terbaik la ustaz adnin roslan , isi isi dalam blog ni banyak berikan kesedaran terhadap saya dalam kemanisan iman yg kita perlukan.

Siti Maisarah Wahhiddan said...

Ustaz,tapi sy nk tny,sy ada kwan(nk sng sy bgi nma dia A) dia pon bila sy ajak dakwah,dia nk ikut...dia pon sbnrnya tertarik nk berdakwah,tpi masalahnya dia sndiri pon masih bercinta dan berikhtilat walaupun sy dah tegur dia....so,ap yg sy nk tny,sy kena tinggal dia ke berkenaan yg kita kena tinggal kawan yg jahat??? dan ad jugak kwan(B pulak) sy yg lain ckp dkt sy,kita kna tinggal laa kwan kita yg jhat....tpi bila B ckp mcm tu sy rsa bersalah,sy tknak tinggal A,klau sy tinggal dia bermakna sy biarkan dia dalam lembah dosa la,kan??? jadi,mcm mna ustaz,sy mintak tlg sgt ust tlg jelaskan....

Ahmad Albab said...

Cara berubah 100 peratus berkesan. Insyallah.
Layari:
www.rahsiaberubah100.blogspot.com

Rosul Acul said...

assalamualaikum, kalau couple ni menghalang daripada berubah jugak ke? mohon bagi penjelasan 😔

cahaya cinta said...

terima kasih.sangat bermanfaat :)

Iqbal said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna ni, sememangnya saya akui diri ni memang dah tersesat terlalu jauh...Insyaallah saya akan cuba...

Hidayah Az-Zaharah said...

terima kasih admin tarbiyah sentap dan semua... ilmu yang mantop utk jiwa-jiwa yang mencari jalan pulang kepada-Nya

Unknown said...

thankyou admin.

Mikhail Asyhraff said...

Dah cuba berkali kali..tapi masih sama jugak macam mana ? ..l

Unknown said...

ya Allah..terasa nya..😔😔

Nurizzatirazak said...

Sangat sempurna baca semua ni. Kuat kerana Allah :')

Miss lollipop said...

Syukran yaa.. alhamdulillah amat berharga

Miss lollipop said...

Syukran yaa.. alhamdulillah amat berharga

I love cat said...

Alhamdulillah , hati sy tersentuh dgn.perkongsian ni terima kasih ustaz!! :-) :-) :-)

Anonymous said...

Tq ..ustaz atas perkongsian yg ustaz berikan...saya harap ia akn mengubah saya menjadi seorang manusia yg lebih berilmu di masa akn datng...Alhamdulillah..

Adib Norlans said...

Bagi aku kalau kawan dngn kawan yg jahat tu boleh..kalau kite x nk berkawan dngn orang jahat nnti sape nk tolong Dia untuk jadi baik..?? Kite kene ajak dan hasut dia balik suruh buat baik

hanisah.mohd.nasaruddin said...

Allahuakbar.. terima kasih saudara. Semoga Allah mengilhamkan lgi kepada saudara untuk mmbantu orang2 seperti saya.. semoga saudara diberkati dunia akhirat

cik_nikiysa96 said...

terima kasih at as perkongsian.semoga Allah merahmati saudara dan mbantu hamba seperti saya untuk ke arah kebaikan .

cik_nikiysa96 said...

terima kasih at as perkongsian.semoga Allah merahmati saudara dan mbantu hamba seperti saya untuk ke arah kebaikan .

TRADER TUTORIAL said...

Assalamualaikum warahmatulloh..bagi saya la kan..utk berubah ,ego kena ketepikan,lepas tu kenalah istiqomah dalam solat.test dulu sembahyang di awal waktu selama 14 hari.solat di rumah pun takps.janji di awal waktu.serius..lepas masuk hari ke 15 kamu akan rasa boring solat sorang2..apa kata solat kat surau lak.berjemaah.ganjaran pun besar..sebaik baik nya 5 waktu berjemaah di surau..paling tidak pun dalam sehari tu..kenaa ada solat berjemaah walau utk 1 waktu aja.lama2 insyAllah kamu akan rasa kemanisannya...Allahuaqlam

Iman said...

Tinggalkn Kawan yg jht.sbb kita nak brbh. Mcm mne kte nk ubh org klo kite msh x brbh. Kena faham tu. Kwn yg kite tglkn tu. Allah kn ada. Utk jge mrk. Kita bdoa utk mrk. Klo kita nk ubh org. Ubh org yg lbh teruk dri kita. At least kite dh ada kekuatan. Slmtkn diri kita dlu. Allah lbh tahu.

Iman said...

Masakan kita lbh bijak dri ulama dan sumber2 yg lbh bijak dri kita. Jgn blgk pndai dan ikut nafsu. Tinggalkan lbh baik.klo kita x mampu. Dari akhirnya kita yg tewas.

faimar sweet said...

Assalamualaikum ustaz , saya nak tanya saya ada seorang kawan,dye setiap kali stress kalau ada masalah dye menyelesaikan dengan menghisap vape , dye kalau stress jalan penyelesaian dye vape jah , sy bagi nasihat . dye kata dye xbaik lah ap lah and siap ckp "aq xsuka org ubah aq even kau family aq" dan dye cakap dye mengaku yg dye xbaik , solat pown xckup n dye rasa dye xlayak untuk sesiapa pown , bila sy ckp " awk kta yg awk xbaik , so cuba baiki diri utk menjadi lbih baik skrg n teruskan istiqamah dlm solat n jangan tinggal . dye kata semua tuh perlu masa , and nth sy xtaO nak cakap macam mana dha , saya harap ustaz boleh tolom saya terima kasi. mungkin saya xsedar kalau ustaz balas kat sinim , ustaz boleh emailkan sy (faimarsweet57@gmail.com)

Anonymous said...

Jangan pernah kenal erti jemu. Jgn pernah kenal erti putus asa. Yg penting usaha hasilnya tak payah risau. Jangan putus asa Allah bersama kita :)

jihad daughter said...

Hmmmm..... terima kasihh sangat2....

Dinie Haziq said...

Terima kasih..mengalir airmata apabila saya baca yg ini..

iena sarinah said...

Alhamdulilah...terima ksih..

Anonymous said...

Salam
Bapa saya sembahyang tak tinggal. Wirid panjang. Sblm pergi haji dia banyak main puan. Termasuk adik ipar mak.
Lepas tu pergi hj. Balik aja dia terus mengata dgn kakak mak yg jauh lebih tua yg sudah lama diketahui adalah janda. Sampai kakak mak tak nak datang rumah.

Lepas tu dia menggalak sana sini hinggalah beberapa tahun yang lampau dia ada affair dan arwah pak long punya isteri.
Lepas tu tiba tibaru kaki dia lemah. KdIan sekarang terbaring.
Umur 80 lebih.
Masa muda suka berzina dan maid. Dan organisasi di bawah seliaan. Sampai sorang melahirkan anak luar nikah.
Bila ditegur mak dia ckp dia anak imam doa taahu hukum. Tapi sekarang mcm org tak siuman. Tolong doakan dia. Sebab semasa hayat dia sembhyg tak tinggal dan wirid panjang sampai membuat org memberi tanggapan dia alim. Malah mengimami surau bila berjemaah. Kdian..dia berzina dan orang yg mengagumi dan hormatinya.

Ezrull Azmi said...

Aq pon sme mcm ats tu ssah sngat nk taubat...asyik nk taubat je pstu bwat kesalahan...pape pon tq bagi ilmu kt aq...aq akn cbe sedaya upaya untk berubah...Amin

Blair Edeline said...

Terima kasih byk2 sgt bergunaa:))

sha isya said...

Terima kasih....