Tarbiah Sentap: Dakwah tapi tak amal?

Monday, 7 July 2014

Dakwah tapi tak amal?


Bismillah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, arrasul saw dan sahabat baginda. Hargailah Allah dan rasul. Hargailah sahabat-sahabat, para tabiin dan seluruh pendakwah yang telah berkorban untuk umat, yang sanggup bermati-matian, semata-mata untuk nak pastikan KITA dapat islam. Tapi, dengan selambanya, kita langsung tak hargai.

Insyallah, kali ni, saya nak hurai tentang satu isu yang bagi saya sangat penting untuk di fahami. Iaitu tentang isu “dakwah tapi tak amal”. Kenapa saya nak sentuh perkara ni? Sebab bagi saya, ramai orang tak nak buat dakwah, tak nak tegur kawan-kawan dia, tak nak post dan tweet benda-benda islamik, dengan alasan:

“Aku tak amal lagi…..”

Biasa tak dengar alasan ni? Atau korang pun termasuk di dalam orang-orang yang guna alasan ni, lepas tu tinggalkan dakwah? Lepas tu, orang guna hujah surah AS-Saf ayat 2 dan 3, sebagai dalil bahawasanya Allah murka kepada orang yang cakap tapi tak amal. And then, korangpun tak buatdakwah sebab takut Allah murka…

Terus-terang saya cakap, alasan korang 100% salah dan menyeleweng. Kenapa saya cakap macam tu? Oleh kerana itulah, saya tulis entri kali ni, agar ramai JELAS tentang isu ini, insyallah. Jom kita pergi satu-satu.

HUKUM DAKWAH?

Pertama sekali, saya nak sentuh bab dakwah, apakah hukumnya?  Secara simple saya nak sebut, hukum dakwah, hukum ajak orang buat baik dan tegur orang bila dia buat salah adalah WAJIB. Bahkan bukan setakat WAJIB, dakwah adalah WAJIB ATAS WAJIB! Kenapa saya kata dakwah ni hukumnya wajib atas wajib?

Kerana tanpa dakwah, segala kewajipan akan di tinggalkan. Seperti solat misalnya. Kalaulah takde orang buat dakwah, takkan ada orang yang akan solat! Kalau takde orang nak buat dakwah, takkan ada orang yang nak puasa! Kalau takde orang buat dakwah, maka maksiat akan berleluasa. Bayangkan, kalau nabi dan sahabat tak buat dakwah, nescaya ISLAM takkan ada kat muka bumi ni!

Kerana itulah, hukum dakwah adalah WAJIB atas wajib. 

Sebagai orang islam, keislaman kita takkan sempurna melainkan kalau kita buat dakwah. Ibadah tak cukup untuk tingkatkan iman kita, selagi mana kita tak buat dakwah. Orang yang beriman, adalah orang yang buat dakwah! Bahkan, siapa yang tak buat dakwah, keislamannya ada kecacatan!

Jelas?

So, bila dah tahu bahawa dakwah tu hukumnya wajib, sepatutnya dah takde alasan untuk kita tak tinggal dakwah. Sepatutnya lah. Tapi, syaitan amat licik. Dia akan bagi kita macam-macam ketakutan dan kekeliruan, yang mana akhirnya, kita tinggalkan dakwah ni dengan rileksnya, tanpa rasa bersalah. Kalau kita tak puasa kita rasa bersalah, maka kalau kita tak buat dakwah pun kita KENA RASA BERSALAH! Sepatutnya..

DAKWAH TAPI TAK AMAL?

Yeah. Inilah alasan yang biasa orang guna. Maka, saya akan SANGKAL hujah ni, dan bagi penerangan dari beberapa sudut, supaya semua orang JELAS akan perkara ini, insyallah. Saya harap, selepas penerangan ni, kita semua tak lagi mencipta alasan untuk tak buat dakwah. Harap-harap! Meh kita tengok satu-satu:

SUDUT PERTAMA: CELAAN BAGI ORANG TAK HIPOKRIT?

1)Ramai orang yang salah tafsir ayat surah As-Saf 2 dan 3:

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tak buat? Amat besar kebencian di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tak buat”.

Juga surah Albaqarah ayat ke 44:

“Mengapa kamu suruh orang lain buat baik, sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri??”

Juga banyak hadis-hadis nabi saw yang menceritakan bagaimana seksaan yang Allah akan beri kepada mereka-mereka yang cakap tak serupa bikin(Isu cakap tak serupa bikin ni pun saya akan hurai selepas ini)

2)Saya nak hurai ayat ini dari beberapa perkara:

a)Kita kena faham, Allah turunkan certain ayat untuk certain keadaan dan golongan. Kita tak boleh ambil certain ayat, kemudian tafsir ikut kepentingan nafsu kita, dan akhirnya, kita salah tafsir dan kita hancur.

b)Saya bagi contoh, ada ayat quran yang menyuruh kita supaya “Jangan meminta-minta”. Tapi, ayat ini di tujukan kepada orang yang selalu meminta-minta, agar dia tak meminta-minta. Pun begitu, orang kaya tak boleh guna ayat ni untuk kepentingan nafsu mereka. Sebagai contoh, apabila ada orang miskin minta sedeqah, orang kaya tu cakap:

“Hey orang miskin. Kan Allah dah kata, jangan meminta-minta! Kenapa kau still meminta-minta??!”

Sedangkan, orang kaya tu lupa, bahawa, ada ayat quran yang mengatakan “Hendaklah kamu memberi samada kepada orang yang meminta dan tak meminta-minta”. Pun begitu, orang miskin tak boleh gunakan ayat ni untuk kepentingan nafsu mereka! Sebagai contoh, apabila ada orang kaya tak bagi dia sedeqah, orang miskin tu cakap:

“Hey orang kaya? Kenapa kau tak bagi aku sedeqah? Kan Allah cakap, berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta. Kenapa kau tak bagi aku??!

Sedangkan, orang miskin tu lupa bahawa, ada ayat yang menegah perbuatan meminta-minta tu.

Tapi, cuba bayangkan, jika orang miskin amalkan ayat “janganlah kamu meminta-minta” dan orang kaya pula amalkan ayat “berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta”, nescaya, orang miskin akan malu untuk mintak sedeqah, orang kaya pula, akan berlumba-luma untuk bersedeqah walaupun orang miskin tak minta!

c)Dalam isu ini, kita kena FAHAM konteks ayat. Ayat quran dah hadis berkenaan celaan bagi mereka yang tak amalkan apa yang dia dakwah ni bukanlah ayat quran untuk melarang kita untuk buat dakwah! Ayat ini di tujukan untuk orang yang dah buat dakwah, tapi dia hipokrit!(Sila baca tentang makna HIPOKRIT di SINI. Kalau tak, korang akan salah faham).

Tetapi, ada orang, dia tak start lagi buat dakwah, tapi dia gunakan ayat-ayat quran dan hadis tentang celaan bagi mereka-mereka yang dakwah tapi tak amal sebagai ALASAN dan HUJAH mereka untuk  tinggalkan dakwah. Apakah?!

Padahal, banyak lagi ayat-ayat quran yang menceritakan tentang betapa WAJIBNYA dakwah, contohnya dalam surah Al-Asr ayat 1 hinnga 3, surah Al Imran ayat 104, surah Al Imran ayat 110, Al Anfal ayat 71, dan lain-lain. Serta berpuluh-puluh hadis tentang kewajipan berdakwah, dan amaran Allah dan rasul bagi mereka-mereka yang tak buat dakwah!

Sama kes macam orang yang tak nak hafal quran. Bila tanya kenapa, nanti dia jawab bahawa kalau dah hafal quran, dan kita tak lancarkan dan lupakan quran, kita akan di seksa dan sebagainya. Padahal, ada berpuluh-puluh hadis yang menyarakankan umat islam supaya hafal quran, dan terdapat berpuluh-puluh kelebihan yang Allah janjikan bagi mereka yang hafal quran.

So, jangan main sebat je tafsir ayat quran dan hadis untuk kepentingan nafsu serakah. Bahaya!

d)Bab HIPOKRIT, Actually, yang Allah cela ialah pendakwah yang “berpura-pura dengan dakwahnya”. Berdakwah untuk dapat nama, berdakwah sebab nak pujian, pendakwah supaya orang anggap kita mulia, dan lain-lain, sedang di dalam HATINYA, dia amat BENCI dakwah, dan dia amat cintakan kejahatan. Inilah golongan yang Allah CELA.

Adapun, andai kita usaha sedaya upaya untuk amal, tetapi terkadang tergelincir dan melakukan dosa, maka, Allah maha pengampun. Taubatlah pada Allah. Bukankah kita ada Allah?

3)Pun begitu, ayat surah As-saf tu, bukanlah ayat larangan untuk dakwah. Tapi ia adalah ayat larangan untuk DAKWA. Kita dakwa yang kita buat sekian –sekian, tapi sebenarnya kita tak buatpun benda tu.

4)Ulama langsung tak letak syarat “Kalau nak dakwah kena amal dulu”. Kalau macam tulah syaratnya, susahlah. Bayangkan, apa akan jadi bila orang salah tafsir. Bayangkan situasi-situasi di bawah:

a)Seorang ayah yang tak hafiz berkata kepada anaknya:

“Wahai anakku, ayah nak hantar kamu ke sekolah tahfiz. Hafal betul-betul, rajin, dan jadi hafiz hafal 30 juzuk quran ye anakku….”

Lalu anak tu menjawab:

“Ya Allah. Kenapa ayah nasihat saya? Ayah tu bukannya hafal quran 30 juz pun. Tapi kenapa ayah nasihat saya suruh hafal 30 juz?! Bukankah Allah murka keapda orang yang nasihat orang tapi dia tak amal??”

Hakikatnya, anak tersebut salah tafsir ayat surah As-saf tu!

Sebenarnya, bila kita hisap rokok, kita still WAJIB menegur orang lain yang hisap rokok walaupun kita ni perokok. Kalau kita couple, kita wajib tegur orang lain agar tak couple, walaupun kita ni kaki couple! Bak kata imam syafie:

“Aku tetap akan benci maksiat walaupun aku ini kaki maksiat. Dan aku akan tetap cintakan kebaikan, walaupun aku ni jauh dari kebaikan…

 SUDUT KEDUA:DAKWAH DAN AMAL ITU SEIRING

1)Hukum dakwah ni wajib. Saya dah hurai. Pada masa yang sama, AMAL itu juga adalah perkara yang wajib. Means, sekarang ni, kita ada DUA kewajipan:

-Dakwah
-Amalkan apa yang kita dakwah.

Dua-dua tu kita wajib buat. Dakwah pun kita kena buat, yang mana kalau kita tak buat dakwah, kita berdosa. Begitu juga amal. Kalau kita tak amal, kita akan dapat dosa!

2)Tapi, masalahnya, ada orang dia tak dakwah atas alasan dia tak amal. Konon-kononnya nak tunggu diri sempurna, nak amalkan segala-galanya, baru nak tegur orang. Dah jadi baik gila, baru nak buat dakwah. Ini satu kesilapan! Sampai bila pun kita takkan sempurna.

Last-last, biasanya, orang yang guna alasan ni, endingnya, dia dakwahpun tak, amal pun tak. Saya dah jumpa ramai orang macam ni.

Hakikatnya, DAKWAH dan AMAL perlu seiring! Bukan dakwah dulu baru amal, atau bukan amal dulu baru dakwah. Tapi, kaedah yang ulama letak ialah:

أصلح نفسك وادعوا غيرك
“Baiki diri kamu, dan serulah orang lain”.

Ulama tak kata “baiki diri, KEMUDIAN serulah orang lain”. Tapi ulama kata, “baiki diri, DAN serulah orang lain". Bermakna, dakwah dan amal perlu seiring!

SUDUT KETIGA : DAKWAH HAKIKATNYA UNTUK UBAH DIRI SENDIRI

1)Ramai orang, dia dakwah, niat dia ialah untuk UBAH oang lain. Sebenarnya silap! Kalau kita dakwah untuk ubah orang lain, bila orang lain tak berubah, kita akan rasa down. Bila orang berubah, kita akan rasa bangga dan poyo, konon-kononnya orang tu berubah di sebabkan kita.

TAPI, kalau niat kita dakwah ni untuk UBAH DIRI SENDIRI, maka, bila orang tak berubah, kita takkan down. Dan bila orang berubah, kita akan rasa syukur!

Hakikatnya, kesan dakwah pada orang lain hanyalah 10%. Lagi 90% adalah pada diri kita sendiri! Percayalah! Sebab tu, ada ulama buat perumpamaan:

“Dakwah ni ibarat basuh baju. Sebelum baju bersih, tangan kita akan bersih dulu. Kalau baju tu tak bersih sebab terlalu kotor, tetap tangan kita akan bersih. Macam tu jugak dakwah, sebelum orang lain berubah, Allah akan ubah diri kita. Kalau orang lain tak berubah, Allah tetap akan ubah diri kita juga!”

2)Hakikatnya, dengan DAKWAH, Allah akan bagi kita kekuatan untuk AMAL. Bila kita buat dakwah, Allah akan masukkan dalam diri kita semangat untuk berubah, semangat untuk jaga ibadah, semangat untuk ubah akhlak kita! Ini janji Allah!

Kerana apa?

Kerana, dakwah adalah IBU segala sunnah. Seperti mana, ibu boleh melahirkan banyak anak, generasi demi generasi, begitu juga DAKWAH mampu melahirkan sunnah-sunnah yang lain! Bila kita buat dakwah, kita akan rasa malu nak buat maksiat terang-terangan. Bila kita buat dakwah, penampilan kita akan berubah, sebab Allah campakkan dalam diri kita RASA MALU untuk buat jahat.

3)Bila kita buat dakwah, Allah akan hantar seramai-ramainya orang untuk TEGUR kita bila kita tak amal, sekaligus menyebabkan kita akan berusaha gila-gila untuk amal! Kita akan rasa malu nak buat maksiat. Kalau kita dah start buat dakwah dan tegur-tegur orang, automatik Allah akan hantar orang untuk tegur. Contoh:

“Kau dakwah je lebat. Tegur orang sini sana sini sana. Tapi aku tengok kau asyik main game je!!!”

“Kau tak payahla nak tegur aku. Kau tu, ubah diri kau tu. Cakap tak serupa bikin. Balikla kawan…”

“Tegur-tegur orang, tapi aurat tak jaga. Malu la kawan….”

Dan lain-lain. Pernah tak korang kena kutuk macam tu? Bila korang start tegur kawan-kawan korang je, mesti akan keluar dari mulut diorang kata-kata yang macam ni. TAPI, sebenarnya, korang jangan anggap itu sebagai satu kutukan! Tapi korang kena anggap itu adalah satu TEGURAN dari Allah! Yang mana, akhirnya, korang sendiri akan rasa MALU untuk buat maksiat, sebab korang tahu, bila korang buat maksiat, orang takkan terima dan perlekehkan dakwah kau. Dan kau akan usaha sedaya upaya untuk ubah diri kau!

Inilah KESAN bila kau buat dakwah!

Sebab tu, dalam ilmu psikologi ada menyebut:

"Cara terbaik untuk kau berubah ialah kau bagi tahu satu dunia yang kau nak berubah, dan kau ajak orang lain berubah. Supaya, bila kau tak berubah, orang akan tegur kau dengan mengatakan: "Kau kata kau nak berubah?Kenapa kau tak berubah....?"

SUDUT KEEMPAT: IMAN ADALAH HASIL DAKWAH

1)Seterusnya, kita kena tahu bahawa, nak dapatkan IMAN yang sempurna, jalannya ialah dengan buat dakwah. Dah banyak ayat quran, Allah sebut tentang benda ni. Saya bagi beberapa contoh:



Ayat ni, Allah dahulukan amar makruf(ajak orang buat baik), dan nahi munkar(cegah kemungkaran), kemudian barulah BERIMAN. Bak kata seorang ulama’, kenapa Allah dahulukan dakwah baru beriman, adalah kerana, dengan dakwahlah, iman akan terhasil!

Contoh ayat lain:



Dalam ayat ni, Ibn Abbas menafsirkan ayat “Perkataan yang Benar” sebagai dakwah! Yang mana, hasil dari dakwah, seperti dalam ayat di atas, ALLAH SENDIRI YANG AKAN BAIKI KITA, dan ampunkan dosa-dosa kita. Bermakna, hakikatnya, orang yang buat dakwah ni, Allah sendiri akan tarbiah dia menjadi baik! Hakikatnya, jalan pintas untuk berubah ialah dengan buat dakwah!

 ****

PENUTUP

Akhirnya, kita kena sedar, teruk mana pun kita, satu-satunya jalan untuk selamatkan kita dari neraka ialah, kita sibukkan diri dengan dakwah. Seorang ustaz pernah pesan pada saya:

“Kalau kau teruk macamana sekalipun, kalau kau dah berzina, minum arak dan membunuh sekalipun, jangan sesekali tinggalkan jalan dakwah dan tarbiah! Kerana inilah satu-satunya jalan yang lurus. Dan syaitan akan usaha untuk pesongkan kita dari jalan lurus ini dengan maksiat dan dosa noda. Apapun keadaan, kau dah terpesong jauhpun, kembalilah dan ceburkanlah diri kau dalam jalan dakwah dan tarbiah ni….”

Di India, ada seorang tua yang tak pandai baca quran, tak pandai solat dan lain. Dan dia rasa nak berubah. Bila dia jumpa seorang ulama, dia bertanya:

“Aku nak berubah. Aku tak pandai solat, tak pandai baca quran dan lain-lain. Apakah yang aku perlu buat untuk berubah?”

Lalu ulama tu menjawab:

“Kau kena buat dakwah!”

Pastu, orang tua tu jawab:

“Apa, aku kena buat dakwah?! Aku ni dahla teruk gila. Solatpun teruk, quran tak reti baca, nak dakwah apa bendanya?!”

And then, ulama tu jawab:

“Kau dakwahlah orang lain supaya tak jadi macam kau, dah tua tapi still tak berubah..”

Lalu, orang tua tu pun dakwah kepada ramai orang, dengan mengatakan:

“Janganlah korang jadi macam aku. Dah tua pun tak reti solat, tak reti baca quran. Korang jagalah solat dan quran korang bla bla bla….”

Akhirnya, berkat dakwah orang tua tu, ia menjadi pemangkin untuk dirinya sendiri belajar solat dan quran, yang mana akhirnya, orang tua tu pandai slat dan quran, serta mati dalam dakwah dan tarbiah.

Moga-moga, dengan tulisan ini, kita semua jelas, dan tak bagi alasan lagi untuk tinggalkan dakwah. Dakwah tu wajib, dan jangan sesekali bagi alasan untuk kita tak nak buat dakwah.Tentang “Bagaimana nak berdakwah”, saya akan hurai di masa yang lain insyallah. Moga bermanfaat. Sebarkan pada kawan-kawan lain insyallah!

Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

4 comments:

sakura Chameleon said...

ustaz yg bagaimana nak berdakwah? dah kluar jke entry nya ?

Mohd Hafeez Shahril said...

assalamualaikum..kalau kite aktif komen2 dan berhubung dgn org yg bukan mahram kite secara terbuka dan private di laman sosial,,adakah kite tidak boleh menasihati rakan2 lain ttg ikhtilat??
krne sye terbaca di page ttg hipokrit pulak..
awak cakap antara ciri2 hipokrit ialah "terang terangan membuat maksiat di alam maya,realiti bajet baik"
mohon penjelasan :)

azim adam said...

Maksud Ustaz Adnin tu adalah bila mana dia buat maksiat dlm alam maya cth: tgk video lucah dan gambar yg menghairahkan. tetapi pd masa yg sama selalu bajet alim depan orang lain di alam realiti dan menegur tentang tu.

syakur said...

Salam...ada ke youtube pasal entri dakwah tp x amal..video ver punya