Tarbiah Sentap: 7 Jalan Zina?

Thursday, 31 July 2014

7 Jalan Zina?



Zina ni, adalah satu dosa besar. Dan, setiap perkara yang membawa kepada zina juga hukumnya haram dan berdosa. Alquran ni unik. Allah tak sebut “Janganlah kamu berzina”. Tapi Allah sebut “Janganlah kamu dekati zina”. Apa maknanya? Maknanya, zina ni, dekati je pun dah dosa dan Allah larang. So, apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina?

Sebab, ada orang tak tahu. Pastu dia buat benda tu, dia rasa betul, bila orang tegur, mengamuk tak pasal-pasal, takleh terima teguran, bengang, pastu kata orang yang tegur dia tu syadid, keras, jumud, pemikiran sempit dan lain-lain. Apa ke pelik orang macam ni. Tapi takpe, maybe tak faham dan tak pernah ada orang bagitau. So, sekarang, saya nak hurai benda ni, agar semua, tahu dan boleh amal!

Apakah jalan-jalan zina? Apakah jalan-jalan yang di katakana “mendekati zina”? Bak kata pepatah arab, zina ni ada 7 JALAN. Dan semua jalan ni, berdosa. Dan 7 jalan ni lah yang di katakana jalan yang “mendekati zina” yang wajib kita elak dan jauhi! Apa dia ketujuh-tujuh jalan zina tu?

نظرة, فابتسامة, فسلام, فكلام, فموعد, فالقاء, فالزنا, فالنار

“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina, kemudian masuk neraka!”

Faham? Takpe, saya akan hurai satu persatu insyallah. Jom tengok satu persatu, bagaimana zina boleh berlaku. Amat liciknya syaitan!

1)Pandang-pandang.

Ini adalah jalan zina yang pertama. PANDANG. Kerana apa? Kerana dari pandanglah, kita akan rasa tertarik, terpikat, mula nak bercrush-crush, minat laki ni minat perempuan,  terpikat dekat artis korea ni, artis jepun tu, penyanyi laki ni, penyanyi perempuan tu, dan lain-lain.

Ingat tak dosa ke?

Kalau tak mampu tinggal pun, at least, rasalah bersalah dan rasalah benda tu dosa!

Tapi, malangnya, hari ni, kita dengan rileksnya tak jaga pandangan. Tengok  movie, Nampak perempuan tak pakai tudung berlakon, boleh dengan rileksnya pandang tanpa rasa bersalah. Nampak laki tak pakai baju, pun boleh rileks je tengok. Lagi tak malu, boleh like lagi kat FB, twitter dan instagram. Laki “terbaik”, siap share dan retweet lagi gambar-gambar tu. Memang “terbaik”. (Ini perlian. Harap maklum).

Jap, ingat kita kena tunduk pandangan dari yang bukak aurat je ke? Tak! Bahkan, laki still kena tunduk pandangan bila Nampak perempuan yang tutup aurat sempurna! Hatta, kalau ada perempuan berpurdah yang sengetkan kepala dan buat symbol tangan peace, tu pun kita kena tunduk pandangan!

Bahkan, ada ulama yang berkata bahawa, haram like gambar perempuan, kerana ia seolah-olah memberi galakan kepada mereka. Bayangkan kalau takde orang like, kan dia malu. Sape suruh bajet cute.

Ada orang, dia bagi alasan:

“Aku tak naik syahwat pun bila pandang perempuan/laki tu. Apa salahnya?!”

Kawan, sejak bila pulak syarat nak jadi haram tu kena naik syahwat? Tak naik syahwat pun haram jugakla brader. Nabi, bila jalan dengan sahabat, bila Nampak perempuan, nabi tolak muka sahabat tu ke tepi supaya sahabat tu tak pandang!

Nampak tak permainan dia?

Tapi hari ni, kita dengan rileks boleh friend,  follow kat twitter dan instagram dengan berlainan jantina yang bukan mahram, yang mana kita pun tahu bila friend dan follow ni, gambar-gambar diorang akan timbul kat news feed. Pastu, boleh pulak LIKE dan favourite gambar tu! 

Bapak ah…

Apakah semua ini?

Hatta, kalau nak berurusan antara laki dan wanita pun (pada perkara-perkara yang di benarkan), kena jaga pandangan tak tak boleh bertentang mata pada waktu yang lama. Saya dah hurai bab ikhtilat di SINI dan SINI. Harap baca.

2)Senyum-senyum.

Dah usha-usha, apa lagi. Senyum menyenyumla jawabnya. Dah startle jatuh hati. Tak jatuh hati pun takpe, saje-saje senyum bajet macho, bajet cantik. Takdela cantik sangat sebenarnya. Mulalah start letak smiley-smiley dan emoticon pelik-pelik. Malu nak start conversation. Try test letak smiley dulu. Pastu kita pun balas smiley. Bapak geli…

Tolonglah hentikan semua ini. Dosa kot…Ni jalan zina!

"Satu emoticon :) mampu menggugat dan memeltingkan orang berlainan jantina walaupun takde niat. Percayalah..."

3)Memberi salam.

Selepas dah senyum-senyum, so, mula lah step ketiga setan nak hancurkan kita iaitu kita mula memberi salam, hye, intro, dan yang sama waktu dengannya. Time ni still malu-malu, nak try test market. Sekali bila laki mesej perempuan dan perempuan balas, ataupun sebaliknya, maka, mulalah saat kehancuran.

Pernah tak pergi tempat asuhan budak-budak terlanjur? Cuba tanya diorang, macamana mereka boleh terjebak dengan zina. Ada sorang tu, dia tudung labuh, bila tanya dia, dia jawab:

“Semuanya bermula dengan mesej di facebook. Semuanya bermula dengan “hye” yang pertama!”

Sebab tulah, Ulama mengharamkan IKHTILAT. Masih tak Nampak permainan setan?

4)Bersembang.

Dah bagi salam, dah intro, apa lagi, startla sembang-sembang… Sembang ni ialah bila kita start cakap lebih dari perkataan salam, hye dan lain-lain. Tanya khabar, luah perasaan dan lain-lain. Semuanya dosa.

“Saya kagum dengan awak dalam kelas. Awak punya ilmu agama sangat tinggi. Saya harap awak dapatla bimbing saya…”

Pergh. Halus je cara dia goda. Yang sama jantina berlambak orang yang kau boleh mintak bimbing. Buat apa mintak yang berlainan jantina?

“Erm…nak tanyalah. Awak tahu tak kerja rumah yang cikgu math bagi tu nak buat macamana?Hehe..Awak kan pandai:)”

Kawan sejantina belambak yang boleh ajar kau. Tak pun kau pergi terus tanya cikgu kau. Kenapa nak tanya lain jantina gak? Kelakar. Saya tak pernah tanya kerja rumah kat berlainan jantina, SPM skor jugak.

Macam-macam lagi lah. Siap, yang perempuan bagi kata-kata semangat kat laki, laki bagi kata-kata semangat tak perempuan. Pergh. Ada tak dalil yang membenarkan apa yang korang buat? Kat henset saya, saya tak letak nombor perempuan melainkan mahram saya. Hidup saya maju jugak. Bukan saya je, saya ada beribu kawan yang macam tu. Yang jaga ikhtilat dan tak bersembang dengan lain jantina! Saya ada ramai, nak kata, ramai orang boleh buat!

5)Buat temu janji.

Bila dah start sembang, dah mesra, dah boleh cerita masalah kat si dia, dah rasa ada kawan yang memahami(kononnya), hati dah berbunga, dah melting, mulalah set untuk jumpa.

“Boleh tak kita jumpa kat belakang kantin sekolah. Saya nak bagi awak something..Dalam pukul 10:30, time rehat…okay?”

“Baiklah. Hehe..Awak nak bagi apa? Nervousla pulak.huhu…”

Itu baru bab nak bagi hadiah bagai. Belum masuk bab dating, nak makan kat restoran, atau buat temu janji nak jalan dan shopping sama-sama semua. Itu lagi mengarut. Habiskan duit mak bapak, hutang sini sana. Pastu kurang ajar dengan mak bapak. Ziarah mak bapak punyalah bagi 1001 alasan tak munasabah. Memang gerun...

(Sorilah saya tetiba mengamuk. Haha…Kena bagi sedar sikit)

6)Berjumpa.

Yeah. Time ni, dah mula start jumpa. Makan sama-sama kat restoran mamak(tak romantik langsung), dah start shooping kat KLCC, tengok baju, henset dan lain-lain. Mula lah bersentuhan, peluk-peluk happy, naik motor dan kereta sama-sama, atau buat study group kat KFC sambil duduk semeja dan makan sama-sama, siap pandang-pandang, sembang kosong bagai.

Ini semua setan punya permainan. Takkan tak Nampak lagi?

Lagi malu, bila perempuan keluar malam-malam. Apa masalah? Perempuan janganla keluar rumah sangat, melainkan kalau betul-betul ada urusan penting. Ni boleh keluar malam-malam, lepak dengam boyfriend jual burger, aduh… Atau lepak McDonald sampai tengah malam. Mentang-mentang duduk rumah sewa, tak kantoi dengan mak ayah. Apa ini semua?

Taubatlah sebelum terlambat. Kalau ada laki ajak korang keluar, jangan tertipu. Kalau perempuan yang ajak laki keluar, ini memang teruk.

7)Berzina.

Bila dah jumpa, apa lagi kawan-kawan? Zina la! Mula bawak balik rumah, atau gi belakang toilet sekolah time rehat, pergi belakang semak, dan macam-macam lagi benda yang mengarut dan tak masuk akal!

Laki ni, bila sentuh tangan perempuan dan perempuan tu tak kisah, dia punya nafsu syahwat dah tak betul dah. Perempuan pulak, laki bagi kata-kata manis sikit, dah melting macam apa. Dahla tak hensem, tak cantik. Argh! Apa sudah jadi kat dunia ni?!

8)Masuk neraka

Inilah FINAL ending. Masuk neraka, di seksa atas dosa “mendekati zina” yang kita buat. Tak sedih ke? Tak takut ke?

***

Inilah 7 jalan zina. Semuanya di kira dosa. Dan segala benda yang dosa, hukumnya haram. Muhasabahlah, dan jangan tipu diri sendiri. Kalau kita check diri kita, kita akan rasa perasaan seronok dan lain macam bila buat salah satu dari 7 jalan ni. Kan? Itu namanya nafsu!

Berubahlah. Dan jagalah diri kita!

***


PESANAN KEPADA SEMUA BERKAITAN ISU MENDEKATI ZINA

Saya harap, kita semua muhasabahlah. Mari, kita tengok pesanan-pesanan berharga tentang isu ini, agar kita sama-sama dapat sematkan dalam hati, boleh ingat, boleh genggam ia dengan gigi geraham. Apa guna ilmu tapi tak amal?

1) “Pandangan PERTAMA adalah merupakan anak panah beracun yang terlepas dari busur sang iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takut kepada Allah, maka Allah akan gantikannya dengan memberikannya kemanisan IMAN di dalam hatinya…”

(Hadith sahih riwayat Hakim)

Pernah tak kita rasa berat nak buat ibadah, susah nak buat benda yang senang. Nak baca quran semuka sehari pun rasa berat, nak solat kat surau walaupun rumah dekat gila bapak, tapi rasa beban. Buat baik pun rasa terpaksa dan tak rasa manis. Kerana apa? Kerana kita tak jaga pandangan.

Allah akan berikan kita kemanisan iman, kemanisan amal. Bila dah rasa manis, kita akan rasakan ibadah dan taat kepada Allah itu kenikmatan yang tak terucap!

2)Pernah tak dengar syair imam syafie?

“Aku mengadu kepada guruku imam waqi’, tentang susahnya aku untuk mengahafal ilmuku. Maka dia memberi tahu aku agar meninggalkan  maksiat! Dia berkata kepadaku bahawa ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah takkan masuk ke dalam hati orang yang berdosa!!”

Kalau korang nak tahu, imam syafie HANYA TERPANDANG(baca perkataan ter tu 100 kali), terpandang aurat seorang wanita secara TAK SENGAJA ketika itu. Itu je dia buat! Tapi, imam syafie dah rasa bersalah, dan rasa sangat berdosa.

Kita hari ni langsung tak jaga pandangan, lepas tu marah Allah bila Allahh tak bagi korang skor exam. Macamana ilmu nak masuk andai maksiat penuh di hati? Kalau skor pun, Allah tak bagi hidayah untuk amal. Moga Allah pelihara!

3) Berkata imam Aljunaidi:

 “Ingatlah, setiap kali kau ingin melihat wanita yang bukan mahram, Allah sedang melihat kau!”

4) Nabi bersabda:

“Buatlah 6 perkara, nescaya aku akan jamin untukmu SYURGA!  Jika salah seorang dari kalian berkata, janganlah berdusta. Jika di beri amanah, janganlah khianat. Jika berjanji, janganlah mungkiri. TUNDUKLAH PANDANGAN KALIAN. Jagalah tangan kalian dari menyakiti orang lain. Dan jagalah kemaluan…”

Lihat. Allah dan rasul janjikan SYURGA bagi mereka-mereka yang jaga pandangan!

5) Pernah sekali, Abdullah bin Mas’ud masuk ke dalam satu rumah untuk nak ziarah orang sakit bersama beberapa orang yang lain. Lepas tu, kat dalam rumah tu ada seorang perempuan. Dan salah seorang dari mereka PANDANG perempuan tu. Maka, Abdullah b Mas’ud kata kat orang tu:

“Kalau mata kau buta, ia lebih baik untuk kau….”

"Orang boleh edit gambar korang. Ni contoh. Senang je nak edit.."

PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA

Entah kenapa. Ramai perempuan sekarang suka sangat untuk post gambar mereka di media social dengan rileksnya. Jagalah diri tu. Jagalah diri tu! Macamana laki nak jaga pandangan kalau perempuan tak jaga diri mereka? Memang tak boleh nak salahkan perempuan 100%. Tapi dalam isu ni, memang saya tak tahu nak salahkan siapa.

Nabi bersabda:

“Perempuan itu adalah aurat. Jika ia keluar, maka syaitan akan memandangnya…”

Means, bila perempuan dah start menayang-nayangkan dirinya (walaupun tutup aurat) dalam keadaan dia tahu laki boleh tengok dan stalk mereka, maka, syaitan akan start goda lelaki untuk pandang mereka!

Saya merayu, tak payahlah upload gambar korang. Tak rugi sangat pun actually. Serius tak rugi.

Akhir kata, hayatilah kata-kata arrasul saw ini:

“Tidak pernah aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi seorang lelaki daripada fitnah wanita. Dan sesungguhnya, fitnah yang pertama menimpa bani Israel ialah fitnah wanita…”

Wallahua’lam

-Adnin Roslan-

48 comments:

Shuhada Sidik said...

assalamualaikum. cuma nak tanya. saya ni kadang2 kan ada fikiran, kita ni memang tak patut langsung ke kawan dgn lelaki?? kadang saya terpikir gak kan, cuma nak berkawan je dan kalau buat tak layan nanti memg org cakap sombong. cakap berlagak cantik berlagak pandai lah semua.

Hush said...

Jazakillah atas perkongsian. Syabas. Saya syorkan letak dalil naqli dari al- Quran berkaitan topik2 entri yang anta utarakan. Pasti yang membaca akan tertarik untuk tadabbur al- Quran pula lepas ni. InshaAllah.

Adnin Roslan said...

kalau perasan, saya ada utarakan beberapa hadis dan kata-kata ulama berkaitan isu ini. Moag bermanfaat.

Adnin Roslan said...

Takyah layan semua yg cakap kamu poyo, sombong dan sebagainya. Sekejap je tu. Lama-lama, bila kamu JAGA diri kamu dari ikhtilat, orang akan respect kamu, termasuklah irg yg ejek2 kamu.

percayalah.

Isya PurpleZ said...

sy mmg jenis yg susah nk bergaul n bercakap dgn lelaki sbb xbiasa. bila sy jalan dgn kwan2 sy yg lain, and ada kwan lelaki sekelas yg tegur, mmg dia xkan tgur sy ,tp dia akn tegur kawan2 sy tu.. kdg2 rase cam halimunan je kat situ. hihihiii..

teh ais suam said...

Betul cko ustaz tu.. saya dh cuba jga IKHTILAT kt skolah.. mula2 mmg org kata kita mcm2.. merepek lah.poyo dll.. tapi skrang dh tak.. n rasa bahagia sbb tkde lagi ajnabi dlm kelas nak ganggu.. kecuali kalau ada urusan penting

najwasalleh said...

http://feedproxy.google.com/~r/FatimahSyarha/~3/5QnP0anr7F8/menjauhi-lelaki.html?utm_source=feedburner&utm_medium=email

insyaAllah sedikit perkongsian dan pencerahan berkaitan isu di atas buat para pembaca.. dari blog ustazah fatimah syarha.. wallahua'lam

maaf admin tumpang berkongsi info.

Anonymous said...

assalamualaikum. sy nak tanya kalau kita betul2 nak jaga pandangan maknanya jgn bergaul dgn lelaki lah melainkan ada urusan penting? lagi satu kalau kita berbual2 kosong dgn lelaki, itu akan dianggap dosa kan?

ismi nur wany said...

Syukran ats perkongsian...

Anonymous said...

Mohon share

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz. Sekadar ingin bertanya. Saya ada mengikuti kokurikulum di universiti di mana ia bercampur antara lelaki dan perempuan. nak taknak memang banyak aktiviti yang akan buat bersama sama lain jantina. Maka apa langkah yang terbaik selain keluar dari kokurikulum tersebut ?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,di universiti biasanya lecturer akan bahagikan kpd kumpulan di mana kumpulan saya mempunyai 2 lelaki dan 2 perempuan...macam mana sy nak manjaga ikhtilat sy dalam kumpulan tersebut agar projek / assignment dpt dibuat dgn lancar dan baik??

war said...

Slm....ustaz...klu kite terjumpa kawan2 yg lain jantina nih....perlu ke kite tegur? Cthnye...tgh pegi kedai tetibe terjumpe classmate....klu senyum sekalipon x boleh ke? atau nk buat x tahu saje....slalunye sye akn cube elak klu terjumpe

wafa said...

Syukran adnin. Wallahi sgt manfaat

Anonymous said...

Assalaamualaikum. Macam mana cara nak elak dari satu conversation panjang dgn ajnabi, adakah dengan terus meninggalkannya kerana takut salah faham. Atau memberikan penjelasan kepadanya terlebih dahulu? Mohon pencerahan. Syukran..

Anonymous said...

Salam ustaz . nk tnya ckit . knapa ramai kwn sy yg couple selalu skor dlm exam . sy x rase itu istidroj sebab diorang bab2 agama ok jer . solat awal . better than me . tlg bagi pencerahan ya ustaz . pliezz .

Anonymous said...

Ustaz saya nak simpan nombor member laki, simpan je sebab sayang nak buang.

Zyle Neox said...

Sesungguhnya kita berada di akhir zaman, di mana Islam terasa amat asing di pandangan manusia

zaitul asyikin said...

Admin.. Terima kasih ye.. Serius sentap.. Nice! Yeayhh.. Dpt ilmu baru..,

AzamCromers said...

Tak tahu nak ckp mcm mana. Kejap je jaga pandangan ni. Esok usha perempuan balik :(

Anonymous said...

Kalau org hina kite dengan cakap kite bajet alim, bajet bagus pakai tudung labuh, jaga solat, jaga ikhtilat dengan mahram bile kite baru nk start berubah, ape yg perlu kite buat ? Saye rase berdosa sbb couple. Lalu saye tinggalkn, dengan harapan, ajnabi memahami perubahan yg ingin saye lakukan. Saye tinggalkn ajnabi itu dengan cara yg baik. Tapi dia tak dapat menerima keputusan saye. Jadi, dia menghina saya dan cakap buruk pasal saye dekat hampir semua org. Dia aibkn saye. Sebar fitnah. Saye rase sangat kecewa atas tindakan dia. Padahal saye cuma mahu tinggalkn dosa" yg telah saye lakukan sebelum ni dan cuba untuk berubah menjadi yg lebih baik. Org lain terus pandang saye dengan pandangan yg lain, seolah olah saye telah melakukan suatu kesilapan yg amat besar. Mungkin ini salah satu ujian juga atas langkah awal untuk saya berubah. Tapi saye tak dpt menerima, persekitaran saye seolah olah membenci saye dengan menyatakan saye harapkn tudung labuh, jaga solat, tak pegang laki ajnabi dan sebagainya tetapi perangai terok. Teruk yg mereka maksdukn itu, saye tinggalkn lelaki ajnabi. Seolah olah saye mempermainkn hatinya. Saye tak pernah mainkn hati sesiapa. Banyak kali saye memohon maaf. Saye tak tahu ape yg perlu saye lakukan utk org lain tau kebenaran.

Anonymous said...

Istidraj x semestinya utk org x pandai agama, org x jaga solat ja

Anonymous said...

God only gives His greatest battle for His greatest soldier.
Jadi sabar...jazakallah

Anonymous said...

Sabar

Anonymous said...

Besar ganjaran pahala org yg bersabar.

Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting niat kita untuk Allah, to please Allah.
Suatu masa nanti semua tu akan berlalu dan dilupakan.

MOHAMMAD RIZAL said...

Tarbiah ini membuatkan saya sedar apa yag saya lakukan selama ini walaupun pada pandangan saya sendiri adalah betul, namun pada hakikatnya ia adalah perkara-perkara yang membawa diri kita mendekati Zina... Astaghfirullahal ‘Adzim... Jazakallahu Khairan Kathira Ustaz Adnin

MOHAMMAD RIZAL said...

Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dan kesabaran dalam mendidik diri kita sendiri untuk menjauhkan perkara2 yang boleh mendekatkan diri kita kepada Zina... Aamiin... In Shaa Allah...

Najwa Jowok said...

Klau kita upload gmbar tuh skadar perkongsian adakah itu juga salah??

Mohon Pencerahan dan Ilmunya said...

Peace be upon you. I'm female dan mmerupakan seorang pensyarah. Kadang-kala, ada pelajar lelaki yang akan menghantar mesej dan berbual santai mengenai sesuatu isu semasa. Saya menganggap mereka seperti adik saya sendiri. Mohon pencerahan, jika tanpa niat hendak bersuka ria dan sekadar berkongsi hal-hal isu semasa, adakah masih dikira berikhtilat?

Cuma jika di luar, kami tidak akan berbual. Sekadar memberi menjawab salam.

Anonymous said...

Saya nak tanya, saya perempuan tau. Pastu ada lelaki yg cakap, contohnya kalau saya tak layan laki. Dorang kata cam, "bajet hot je, aku takde ah gatal sangat sampai tgok prmpuan pun dah cair" lebih kurang camtu la, cane tu? Trimas ye.

Anonymous said...

Salam ustaz,sy nak btanyakn tntg cara utk mlupakan ssorg, sbelum ni 'dia'' pernah la confess kt saya,dia ckp dia minat kt sy n akan tggu saya, tp saya x de la prsaan lgsg kt dia tuh tapi smpai skrg sy masih teringat(saya dah loss contact ngan dia) saya x nak la sllu teringatkn dia, saya nak fokus study je

Amallia Desa said...

Apa makna syadid

Amallia Desa said...

Apa makna syadid

kartini said...

Assalam ustaz. Saya nak tahu tntg concept "eye contact" ketika berbual. Especially bila ade discussion dengan client lelaki, saya takut dianggap tidak beradab & kurang confident. Mohon ustaz berikan sedikit pencerahan utk saya. Terima kasih

Siti Suhada said...

assalamua'laikum ustaz..saya ingin bertanya, maknanya kita tak boleh berkawan dengan berlainan jantina? maknanya saya kena jauhkan diri dari berkawan dengan lelaki dan jangan tegur mereka ? saya ada kawan lelaki, saya selalu chat dengan die, maknanya bila kwn lelaki saya tu hantar mesej, saya takpayah balas ke? sy takut kalau dia anggap sy taknak kwn dia atau tak ikhlas nk brkwn dgn dia..

Anonymous said...

keras..

Anonymous said...

Tiba-tiba boleh pulak saya ternangis bila ustaz dah mengamuk dekat point nombor 5 tu. Menusuk betul. Tapi ternangis sebab perangai kawan, bila saya tegur dia cakap:"aku tak judge kau, tak payah la judge aku."

Farha said...

sentap.. hehehe. thanks atas nasihat yang menusuk jiwa

Nor Ain said...

Assalamualaikum ustaz.. Sy nk tnya camne kalau kita blajar stu klas dan trpaksa berinteraksi dgn brlainan jantina

Anonymous said...

Salam.

AKU RASA APA YANG DIBERITAHU ADMIN CUKUP JELAS TTG IKTILAT INI.

Jika ada perasaan tapi..., alaaa..., ermmm..., oh yeke, dll, sampai bila pun iktilat tak jalan. BUAT Dan kau akan tau nanti bertapa payahnya kau nak 'jaganya'.

SBB ITU kau kena ISTIQAMAH.

TQ.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz adnin, mcm mana kalau lelaki lelaki suka bagi salam dkt saya tapi dorang just buat sebagai kawan je ?

Fitrah Azuana said...

Saya pun dulu bgtu , couple2 sgla skrng Alhamdulillah , sya x sdh buat prkara tu cma yg susahnya nak jga ikhtilat tu payah . Allahu :( ......

Anonymous said...

mula2 kwn, lepas tu?

Anonymous said...

As salam ustaz.nk tanye .sy ada dlm 1 grup ni.grup skolah rendah dulu.ada lelaki.sy nk jaga ikhtilat.tp pd masa yg sama,sy slalu bg diorang tazkirah,share zikir,ceramah diorang.tp sy nk jaga ikhtilat n slalu left grup tu .mcm mana ya ustaz??

Anonymous said...

Assalam ustaz.. Saya nak jaga pandangan saya,saya nak elak daripada melakukan perkara2 yg dilarang..sebelum ni macam2 saya da buat..perkara2 tak senonoh pun saya pernah buat.. MasyaAllah.. saya rasa berdosa sangat..tak tertanggung rasanya dosa saya..saya sekarang dah tiada hubungan dgn teman lelaki saya..dia nak berubah,saya pun nak berubah..saya nak dapatkan cinta Allah..saya nak berubah menjadi lebih baik.. tapi kenapa saya rasa susah sgt nak lepaskan dia ustaz?saya berdoa,minta petunjuk,tapi ada masa fikiran jahat tu dtg balik dan buat saya rasa tak tenteram.. Lepastu macam2 fikiran bukan2 yang datang.. Astagfirullahalazim.. Tolong bagi saya nasihat ustaz.. Saya rasa mcm da xmampu nak tanggung semuanya.. Macam mana saya nak dapatkan keikhlasan hati untuk mengikhlaskan bahawa dia bukan berpasangan dgn saya lagi..?

son cho said...

dongtam
game mu
cho thue phong tro
http://nhatroso.com/
nhac san cuc manh
tổng đài tư vấn luật
http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
văn phòng luật
tổng đài tư vấn pháp luật
thành lập công ty
http://we-cooking.com/
chém gió
trung tâm ngoại ngữ
- Người tới, mang người vào đi.

Trong phòng Thanh Dương Lão Ma nói ra Chủ nhân, người đã mang đến.

Mấy tên hán tử lôi kéo mấy nữ tử tuổi trẻ tới trong phòng Thanh Dương Lão Ma.

Các ngươi đi ra ngoài.

Thanh Dương Lão Ma nhìn mấy hán tử nói.

- Vâng, chủ nhân.

Mấy hán tử rời đi, đem mấy nữ tử tuổi trẻ lưu tại trong phòng.

- Ngươi là ai, ngươi muốn gì.

Lú này mấy nữ tử tuổi trẻ nhìn chăm chú vào Thanh Dương Lão Ma, trên mặt đều xuất hiện hoảng sợ, cùng lui về phía sau.

- Các ngươi sẽ thích, lại đây đi, các ngươi phía trước, ta sẽ cho các ngươi niềm vui.

Nor Ain said...

Assalam ustaz.... Camne lau kita berkawan dgn ajnabi hanya dgn niat sebagai saudara sesama Idlam.. Apakah hukumya, ustaz??Mohon bgi keterangan n cmne lau kita friends dgn dia sbagai contoh di Facebook??

Anonymous said...

Senang cakap,

Tak payah kisah apa pandangan orang kalau bab macam ni.

Biarla orang kata berlagak, bajet comel atau cantik ka..apa ka..janji ikut je apa langkah berjaga -jaga dari Rasulullah, insha Allah selamat. Kita hidup bukan untuk dapatkan sanjungan dan pujian orang lain. Manusia boleh menilai dari pelbagai perspektif atas dasar kebebasan berfikir dan meluahkan pandangan, tetapi harus diingat sebagai Muslim, kita tetap ada sempadan dalam apa juga tindakan.

Kepada yang mahu berubah, berubahlah sebelum terlambat. Dan dalam masa berubah, teruskan menilai diri sendiri, dan tingkatkan lagi. Biasalah kadang-kadang ada tersilap. Baiki diri dan terus baiki. Rasulullah kata yang terbaik adalah yang selalu bertaubat.

Dan sebagai pesanan sebagai seorang yang dah hidup selama 36 tahun ini (alhamdulillah), muslimah yang perlu jaga lebih sebenarnya. Kena faham yang muslim ni fitnah terbesar mereka adalah perempuan. Hanya perempuan. Jadi kena tolong juga mereka ini.

Jangan sesekali menarik perhatian mereka. Ini tidaklah bermaksud tidak boleh berhubung. Kalau atas dasar profesionalisme, dan betul betul dijaga, tidak ada masalah langsung sebenarnya. Dan percayalah, jika anda muslimah sentiasa menjaga dengan niat yang ikhlas, tidak akan ada gangguan besar dari kaum Adam, kerana mereka juga akan menghormati pendirian anda sebagai muslimah, jika anda benar benar ikhlas.

Yang jadi masalah adalah jika muslimah sendiri lemah dan mudah cair. Pendek kata, takat lebur begitu rendah. Suka menarik perhatian lelaki, sama ada secara zahir mahupun di alam maya (internet). Tidak ada pendirian yang kukuh, kerana kurangnya pemahaman. Jadi sekejap macam tu sekejap macam ni. Kalay rasa masalah, cari jodoh dengan cara yang benar, dan kahwin.

Persahabatan antara lelaki dan perempuan bukan mahram juga tidak wujud. Tidak ada istilah BFF lelaki, dan perempuan.

Islam yang benar memang nampak rigid dan keras. Tidak 'glemer' dan membosankan. Muslimah kena jadi membosankan dan tidak menarik perhatian. Ya, perlu begitu.

Jika anda tidak setuju, pelajari dulu Islam dengan sebaiknya.

Tidak ada masalah jika kita kurang perhatian dan menjadi siulan lelaki. Yang penting kita buat kerja dengan baik. Dan jadi muslimah yang baik. Bukankah akhirnya Allah jua yang menilai?

Anda tidak rugi apa apa.

Sekian.