Tarbiah Sentap: Teguran untuk para peninggal solat?

Tuesday, 17 June 2014

Teguran untuk para peninggal solat?



Saya puji Allah, sebagai tuhan yang maha besar, maha agung, maha berkuasa, maha pencipta dan maha pengampun. Yang mana, pengampunan Allah bukanlah calang-calang pengampunan. Kalau kita, bila ada orang buat salah pada kita berkali-kali, kemudian dia minta maaf, kemudian dia buat balik dan minta maaf semula, rasa-rasanya kita nak maafkan ke dia? Kalaupun kita maafkan dia, kita still tak boleh lupakan salah dia pada kita, yang mana akhirnya bila bergaul dengan dia, kita akan rasa tak sedap hati.



Tapi pengampunan Allah bukan begitu!


Walaupun kita berkali-kali melakukan dosa banyak gila bapak, lepas tu kita kononya minta ampun, lepas tu kita ulang balik, kemudian buat balik, selagi kita minta ampun, selagi itulah Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, specialnya pengampunan Allah ialah:


“Allah maafkan segala salah kita dan melayan kita seolah-olah kita LANGSUNG TAK PERNAH melakukan dosa padaNya!!!!!”


Ya Allah, ya Allah. Tak tahu nak hurai macamana. Walaupun kita buat salah dan mungkir janji pada Allah, kita tipu Allah berkali-kali, selagi kita menangis meminta ampun pada Allah, Allah akan tersenyum kegembiraan, lantas mengampunkan kita. Baca isu taubat di SINI.


Mana nak dapat tuhan yang begini baik? Mana nak dapat? Allahlah satu-satunya tuhan yang layak di sembah dan di puji. Hanya dia yang layak kerana dia memang layak! Tapi wahai kawan….


Tapi wahai kawan-kawan yang saya sayang sekalian….


Kenapa?


Kenapa kita seolah-olah langsung tak hargai nikmat ini? Kenapa kita susah sangat nak membalas jasa Allah setelah Allah berkali-kali menghulurkan kasih-sayangNya pada kita? Kenapa? Saya malas nak sentuh isu-isu lain pada kali ini. Saya nak sama-sama kita renungi, bagaimakah SOLAT kita. Kita mendabik dada mengatakan kita cinta Allah, kita semangat melaungkan nak pemerintahan yang adil, kita semangat berselewat pada nabi, NAMUN, perkara ASAS sebagai orang islam, kita abai.


Saya kira, saya tak perlu hurai betapa RAMAINYA orang yang tak solat. Betapa ramainya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan mengabaikannya. Mungkin mereka benci Allah, mereka rasa Allah ni tak layak di hargai. Hidup dia hanya fikirkan cinta orang ini, cinta orang itu, putus cinta sini sana, pergi wayang, main game macam apa, dengar lagu-lagu yang berunsur haram(Baca di SINI) sehingga HATI MATI, dan langsung kita tak Nampak Allah dalam kehidupan kita. Seolah-olah, tuhan kita adalah nafsu. Apa yang kita nak jawab pada Allah? Berangan nak masuk syurga?


Atas faktor inilah, saya ingin membawa semua pembaca agar sama-sama kita berubah, faham akan perkara ini, supaya kita yang dulunya malas nak solat, benci solat, menyampah dengan solat, KEMBALI sedar, bertaubat, menangis pada Allah atas kebodohan dan kelemahan kita.


Saya kategorikan sikap orang islam berkenaan solat ni kepada TIGA golongan:


1)Golongan yang meninggalkan solat.

2)Golongan yang solat, tapi tak berjemaah.

3)Golongan yang solat berjemaah.


Adapun, saya bahagikan penulisan saya kali ini pada 3 sudut besar agar sama-sama dapat manfaat:


1)Untukmu, wahai golongan yang meninggalkan solat.

2)Isu Qodho' solat.

3)Isu Solat Jemaah.


UNTUKMU, WAHAI GOLONGAN YANG MENINGGALKAN SOLAT


Awal-awal ni, saya minta maaf, kalau teguran saya kali ni lebih berbentuk ancaman. Sebab, jujur saya kata, dah ramai gila bapak orang abaikan solat ni. Tinggalkan dengan rileksnya, lepas tu bagi alasan:


“Saya nak solat, tapi saya rasa beraaaat sangat…”


“Saya pun tak tahu, saya faham kewajipan solat. Tapi seolah-olah ada benda yang menghalang saya untuk solat….”


Dan banyak lagi alasan. Maka, saya fikir lama gakla, macamana nak bagi kita semua dah tak berani langsung untuk tinggalkan solat ni. Maka, saya dah buat keputusan, untuk guna cara yang agak kasar sedikit. Supaya, korang SENTAP. Biarlah korang benci saya, asalkan, korang jaga solat!


Ada dua jenis orang yang tinggal solat ni. Pertama, SENGAJA. Kedua, TAK SENGAJA. Contoh sengaja ialah dia memang tinggalkan tanpa sebarang keuzuran. Dia tak tenat, dia sempurna, dia tak gila. Entah apahal dia tinggal solat. Main bola bajet terel boleh je. Gi wayang dengan member, selamba je. Solat yang tak sampai 5 minit dah terketar-ketar. Apakah ini? Contoh tak sengaja ialah dia terlajak tidur. TAPI, kalau dah hari-hari terlajak, tu bukan tak sengaja. Itu sengaja namanya!! Usahalah sikit pasang alarm, suruh orang kejut, dan lain-lain. Dah tahu susah nak bangun, takde usaha langsung. Kadang-kadang, dah bangun, pastu tidur balik. Pergh.. Apakah ini wahai kawan?


Baiklah.


Korang tahu tak, apa balasan orang yang tinggalkan solat? Korang tahu tak? Ataupun, korang ingat, kalau tak solat, lepas tu taubat, settle. TAK! Korang wajib qodho segala solat yang korang tinggalkan. Kenapa? Kenapa? Dosa-dosa lain, kita taubat, Allah boleh ampunkan. Tapi, kenapa solat, kena qodho balik? Maka, saya akan kemukakan beberapa ANCAMAN YANG ALLAH DAN RASUL ANCAM bagi orang yang tak solat 5 waktu ni. Jom tengok satu-satu, dan, check diri, menangislah!


****


1)Nabi saw bersabda:


“Pemisah antara seseorang dengan kekufuran adalah solat..”


Lihatlah, sedar tak sedar, bila kita tinggalkan solat, kita seolah-olah dah jadi KAFIR. Bahkan, banyak ulama telah menyatakan bahawa, kalau kita tinggalkan satu solat dengan sengaja TANPA SEBARANG UZUR, maka kita telah jatuh kafir. Dan balasan bagi orang kafir ialah, neraka selama-lamanya. Selama-lamanya!


 Adakah bila kau sanggup tinggalkan  solat lagi bila kau dah tahu perkara ini? Orang yang beriman, dia akan menyesal, menangis dan bertaubat…


2)Nabi saw bersabda:


“Barangsiapa yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian dia mengqodho’nya, maka dia akan di SEKSA ke dalam neraka selama 1 huqub. Satu huqub bersamaan 80 tahun, dan satu tahun terdiri dari 360 hari. Dan sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia!”


Gila! Ini baru satu waktu solat! Bayangkan, kalau kita tinggalkan walau hanya 1 waktu solat dengan sengaja, kita akan di seksa dalam neraka selama (360x1000x80) 28,800,000 hari di dalam neraka!! Ini baru satu waktu beb! Bayangkan berapa banyak kali dah kita tinggalkan solat dengan rileksnya, sampai dah tak ingat berapa banyak kali!


Ya rabb. Tak menggeletar ke badan kita bila fikir benda ni? Tak menangis ke kita? Tak takut ke kita? Tak menyesal ke kita? Ya Allah, ya Allah!


3)Nabi saw bersabda:


“Kedudukan solat di sisi islam adalah umpama kepala pada badan…”


Korang rasa, kalau korang takde kepala, korang boleh hidup tak? Komfem tak! Tahu tak korang, solat adalah perkara pertama yang akan di Tanya selepas iman di akhirat nanti. Yang mana, andai solat kita lepas, maka amalan lain akan mudah untuk lepas. Tapi, bila solat tak lepas, MUSTAHIL  amalan lain akan lepas.


Kerana bila kita tinggalkan solat, semua amalan baik kita Allah tak akan terima!!!


****


Saya tak mahu letak banyak lagi hadis nabi yang berunsur ancaman bagi orang yang meninggalkan solat. Saya harap, jika ada antara pembaca entri kali ini yang pernah meninggalkan solat, saya amat harap korang dapat baca sambil menangis teresak-esak.


Kerana, hati yang hidup, akan mudah terasa. Tapi hati yang mati, takkan rasa apa-apa. Seperti mayat. Tikamlah, bakarlah, kelarlah, mana rasa apa-apa! 


Saya ulang:


“Hati yang MATI, mana rasa apa-apa bila tengok maksiat. Mana rasa apa-apa bila buat maksiat. Macam mayat. Kelarlah, tikamlah, bakarlah, mana rasa apa!!”


Saya yakin. Saya amat yakin, bila korang baca ni, korang rasa sangat bersalah. Hati korang berdebar. Korang menangis, korang menyesal dan mengimbau dosa-dosa lalu. Korang rasa nak bertaubat. Korang rasa dah tak nak tinggalkan solat lagi. Korang nak jaga solat 5 waktu dengan sempurna! Tapi……….


Timbul persoalan yang biasa di utarakan:


“Ustaz, saya nak berubah. Saya nak bertaubat. Saya dah tak nak tinggalkan solat lagi. Saya tak nak! Adakah Allah akan ampunkan saya? Dan adakah saya perlu QODHO’ SEMULA solat yang saya tinggalkan? Jika ya, saya dah tak ingat berapa banyak yang saya tinggalkan. Macamana saya nak qodho sebab banyak sangat? Tolong saya ustaz….”


Saya rasa, hampir 100 soalan orang Tanya pada saya masalah ini di ask.fm saya. Saya yakin korang IKHLAS nak BERUBAH DAN BERTAUBAT. Jadi, saya akan usaha untuk bantu korang tentang isu qodho solat ni. Insyallah. Moga cara ini korang dapat buat!




ISU QODHO’ SOLAT


Sebagai ASAS, saya nak nyatakan di sini bahawa qodho solat adalah WAJIB. Samada kita tinggalkan solat dengan sengaja ataupun tak sengaja, kita wajib qodho juga. Kerana solat adalah merupakan HUTANG kita pada Allah. Allah dan nabi nak ajar kita bahawa solat ni bukan benda main-main. Boleh tinggalkan, lepas tu taubat dan tak payah qodho. Senanglah macam tu.


Qodho solat adalah WAJIB!


Maka, bagaimana nak qodho kalau dah banyak sangat kita tinggalkan sampai kita LUPA berapa banyak?? Maka, qaedah yang ulama beri ialah:


“Qodho’lah sebanyak-banyaknya solat kita sehingga kita rasa kita dah qodho LEBIH dari yang kita tinggalkan..”


Maka, mungkin kelihatan BERAT kalau kita dah banyak sangat tinggal solat. Tapi, hakikatnya, takdelah berat mana. Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak.


Perkataan “BERAT” adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah??


Saya ulang:


“Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah??”


Maka, di sini, saya kemukakan STEP MUDAH untuk qodho solat:


1)Ulama menyarankan, setiap kali kita habis solat satu waktu, selepas tu kita kita qodho solat waktu tu. Erk. Macam berbelit je ayat saya. Takpe, saya bagi contoh:


“Kalau kita tengah solat subuh misalnya, selepas kita solat subuh tu, kita bangun untuk solat subuh GANTI. Bermakna, satu kita solat subuh hari tu, satu lagi ialah solat subuh qodho. Begitu juga time zohor. Lepas solat zohor, bangun dan qodho solat zohor. Asarpun macam tu. Maghrib isyakpun macam tu. Means, setiap hari, setiap waktu solat, kita solat DUA KALI. Satu solat betul, satu solat qodho’…”


Faham tak?


Means, kalau korang berterusan buat macam ni selama DUA tahun, means korang dah berjaya qodho solat 2 tahun korang. Kalau korang dah 5 tahun tinggal solat. Dan korang bertaubat dan tak tinggal solat lagi, maka, kalau berterusan guna cara ni, korang automatik dah dapat qodho solat yang korang tinggalkan selama 5 tahun.


Sekali gus, korang tak rasa BERAT. Kalau cara macam ni pun  rasa berat, apa lagi yang korang nak? Kalau tak nak susah-susah, macamana nak masuk syurga wahai kawan? Buat je. Kalau korang betul-betul ikhlas dalam berubah dan bertaubat, nescaya korang akan rasakan perkara yang berat itu sebagai satu kemanisan!!!!!


2)Kalau kita rajin sikit, buatlah lebih sikit. Yang pasti, solat qodho ni boleh buat bila-bila. Lepas subuh ke, petang ke, malam ke, tengah malam ke, tengahari ke, bila-bila boleh. Faham?


3)Ada orang Tanya: “Apa niat solat qodho ye?”


Maka, actually simple je.


Kalau nak qodho subuh:

“Sahaja aku solat fardhu subuh, 2 rakaat, qodho kerana Allah..”


Kalau nak qodho zohor:

“sahaja aku solat fardu zohor, 4 rakaat, qodho kerana Allah..”


Begitulah asar, maghrib dan isyak. Macam biasa niatnya, just tambah “qodho’”. Faham kan? Harap-harap faham. Korangkan smart dan bergaya.


So,TIGA point tentang isu qodho ni, saya harap korang semua JELAS. Jangan rasa beban. Saya ulang balik ayat saya di atas:


“Kalau kita terlepas drama-drama best, boleh je kita sanggup qodho balik episode-episod drama yang kita tertinggal kat TV dengan kita download kat internet? Boleh pulak…”


“Perkataan “BERAT” adalah ALASAN orang-orang yang tak ikhlas dalam berubah. Time nak berubahpun, still ikut NAFSU. Nak yang mudah-mudah dan sesuai dengan nafsu dia. Kalau time nak berubah pun kita ikut suruhan nafsu, bila lagi kita nak ikut suruhan Allah..??”





ISU SOLAT JEMAAH


Ni lagi satu benda saya nak utarakan. Ada jenis orang, solat 5 waktu dah jaga dah, tapi entah apahal, dia dengan bangga dan rilexnya tak pergi surau/masjid untuk solat Jemaah. Apakah? Jap, sebelum saya bebel panjang-panjang, saya nak nyatakan, solat berjemaah ni KHUSUS pada lelaki je. Wanita tak di sunatkan pergi surau/masjid. So, saya nak tegur lelaki yang jaga solat, tapi tak gi berjemaah akt surau.


Nak mengamuk sikit.


Kawanku, kenapa kau susah sangat nak pergi surau? Sembang agama lebat, nak jatuhkan kerajaan zalimlah, nak menegakkan khalifah di muka bumilah, ya hanana sini sana, belajar agama tinggi-tinggi, tapi time azan, tak pergi surau. Apa ni?


Tahu tak, apa yang nabi ancam bagi orang yang dengar azan, tapi tak pergi solat berjemaah kat surau? Baca ni, kemudian, muhasabahlah diri, menangislah dan taubatlah!


****


1)Nabi saw bersabda:


“Barangsiapa mendengar seruan azan, tetapi tidak memenuhinya(tak pergi solat berjemaah di masjid) tanpa sebarang uzur yang menghalanginya, maka solat yang dia kerjakan tidak akan di terima!!Maka sahabat bertanya:”Apakah uzurnya?” Nabi menjawab: “Ketakutan atau sakit…”(HR Abu dawud, Ibn Hibban dan Ibn Majah).


Maksud “solatnya tak akan di terima” ialah, solatnya itu tak dapat pahala, walaupun kewajipan solatnya dah tertunai. Tapi, ada certain sahabat dan tabiin berpendapat bahawa, tinggalkan solat Jemaah kat masjid tanpa uzur adalah HARAM. Ibn Abbas ada riwayatkan satu hadis:


“Barangsiapa yang dengar azan, tapi dia tak memenuhinya dengan solat berjemaah, bermakna, dia tak nak kebaikan dan dia tak layak mendapat kebaikan!!”


Bak kata Abu hurairah:


“Barangsiapa dengar azan tapi tak solat berjemaah, maka lebih baik kita tuangkan cairan timah yang mendidih ke dalam telinga dia!!!”


Kawan, sekarang dah maju. Kita dah tahu waktu solat, dah ada calendar. Jangan bagi alasan tak dengar azan. Orang beriman, takkan bagi alasan. Kalau dah malas tu, mengaku je. Jangan tipu diri sendiri!


2)Nabi saw bersabda:


“Aku teringin nak memerintahkan para pemuda agar mengumpulkan KAYU BAKAR untukku, kemudian aku datang ke rumah orang-orang yang solat di rumah mereka tanpa uzur, lalu aku mahu BAKAR rumah-rumah mereka!!!!”(HR muslim)


Tak rasa sedih ke? Tak sentap ke? Nabi saw mana pernah rasa benci pada umat dia. Nabi saw amat sayang dan cintakan umatnya. Nabi tak sanggup tengok umatnya berada dalam kesusahan walaupu  sedikit. TETAPI, hadis kat atas menunjukkan betapa NABI MARAH GILA orang yang tak solat Jemaah kat masjid! Adakah kita boleh mendabik dada kata kita cinta nabi dengan berqasidah semata, tapi solat Jemaah tak jaga???


****


Saya rasa, cukup dua hadis tu untuk sedarkan para LELAKI sekalian akan betapa pentingnya solat Jemaah ni. Ni bukan isu kecik brader. Ni isu besar syeikh… Kalau kau tak solat Jemaah, mungkin kau bukan lelaki. Sebab biasanya perempuan je yang solat kat rumah ni. Tak payah bajet hensem, bajet maskulin, bajet awesome, bajet jambu, bajet macho, tapi solat kat rumah..MALU SYEIKH!!!


PENUTUP


Sebagai pengakhiran, saya tak tahu nak cakap macamana lagi. Saya hanya mampu menyampaikan. Akhirnya, yang buat keputusan untuk bertaubat dan berubah adalah diri kita sendiri. Usahlah merungut, susahlah, penatlah, beratlah. Kerana MERUNGUT bukan sifat orang beriman.


Kalau kita betul-betul nak berubah, nescaya kita takkan beri walau SATU PUN ALASAN. Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih!! Itulah prinsip yang kita kena pegang. Kalau kita ni nak berubah jadi baik, perkara pertama kita kena ubah ialah SOLAT KITA. Kerana mustahil kita akan jadi baik, kalau solat kita hancur.


Tahu tak kita??


“Sebelum nabi wafat, yang mana, nabi langsung tak larat untuk bangun, tetapi baginda tetap mahu pergi masjid untuk solat berjemaah, dan menyuruh sahabat MENGUSUNGNYA. Sahabat papah nabi, sehingga kaki nabi terheret kat tanah lantaran badan baginda yang terlalu lemah. Itulah solat terakhir nabi. Kemudian, baginda wafat…”


Nabi nak ajar ummatnya, nabi nak ajar kita, susah mana pun, jangan sesekali tinggal solat.


Tahukah kita?


"Umar Alkhattab, ketika di tikam oleh Abu Lu’lu’, kemudian pengsan. Perkara pertama yang bermain di fikirannya setelah beliau sedar ialah SOLAT. Beliau meminta sahabat mengambilkan wudhuk untuknya, supaya beliau dapat solat. Dan akhirnya meninggal..."


Tetapi kita pada hari ini bagaimana? Langsung tak hargai Allah dan Rasul, terlalu mengikut nafsu, lantas berangan-angan untuk mendapat syurga? Menangislah pada Allah. Taubatlah padaNya. Cukuplah masa silam kita yang gelap. Mulakan hidup baru.


Saya doakan insyallah. Maafkan salah silap saya, andai terkasar bahasa di dalam entri kali ini. Demi Allah, penulisan ini untuk diri saya yang hina ini. Doakan saya juga.


Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-

33 comments:

Kimi Lockman said...

mantap

misstutu F. said...

trima kasih

najwasalleh said...

assalamualaikum saudara, alhamdulillah sy kagum dgn penulisan saudara, tapi saya mencadangkan supaya setiap kisah nabi dan sahabat2 serta hadis2 yang diutarakan dalam penulisan saudara disertakan dgn sumbernya yg sahih.. insyaAllah hati akan rasa lebih mudah untuk hadam dan percaya serta untuk diamalkan..ape pun keep it up!

persoalan saya brkaitan solat berjemaah untuk lelaki yg WAJIB ditunaikan di masjid/surau..macamane pulak kalau lelaki yg menjadi ketua keluarga a.k.a suami or ayah selalu solat berjemaah di rumah bersama isteri dan anak2? bagi saya itu lebih baik dr suami a.k.a ayah yg selalu berjemaah di masjid 5 waktu solat tetapi anak2 dan isteri di rumah lalai dalam menunaikan solat 5 waktu..maksud saya, bukankah lebih baik bg seorng suami/ayah tu mengimarahkan rumahnya terlebih dahulu tanpa membiarkan almost 100% tugas memantau solat anak2 di rumah di bahu si isteri? atau jgk membiarkan isterinya selalu solat bersendirian di rumah? apa pendapat saudara berkaitan hal ni? sbb dh bnyak kes yg sy nmpak berlaku sebegini.. suami/ayah tu jaga solat jemaah di masjid tp anak2 dan isteri di rumah acuh tak acuh dlm menunaikan solat.. wallahua'lam..

Muhammad Ahza Adhwa Zulkepli said...
This comment has been removed by the author.
CryingPrincess said...

Assalamualaikum ustaz, mohon sgt jwb huhu.. syarat wajib solat bila seseorg itu da akil baligh kan.. Ada hamba Allah ni dari umur 10 tahun kanak2 da akil baligh, rasa2nya sampai umur dia 18 tahun dia tak tahu berapa banyak dia da tinggal solat.. katakan lah dalam tak tahu dan tak yakin tu masa di masih kanak2.. wajib jugak ke ustaz qodho ? dan katakan lah dia betul2 tak ingat berapa kali dia tinggal dan dia anggap dia langsung tak solat dr umur 10 sampai 18 tahun walaupun tau dia ada menunaikan solat dlam waktu tu.. so patutke dia qodho je 9 tahun solat ke cane ? erk sy pun konpius :/

Anonymous said...

saya ni sekolah agama, alhamdulillah akhir2 ni saya dah jaga pakaian saya, insyaAllah berterusan. tapi saya amt bermasalah dlm mendirikan solat 5 waktu. saya dah cuba lawan nafsu tapi selalunya tewas...

Nur Afiqah said...

Terima kasih ats prkongsiannn

nurul izzaty said...

alhamdulillah. perkongsian yang sangat 'touching'.harap sangat yang solat kita semua diterima oleh-Nya. amin.

Anonymous said...

mohon share ya saudara

Iyka. said...

Teima kasih atas perkongsian yang menyentap ke lubuk hati 😄

Hamba Allah s.w.t said...

Terima kasih atas perkongsiannya .

Anonymous said...

:-(

Cried....

Anonymous said...

salam ustaz, sy ingin berubah..
tetapi bagaimana saya ingin suami sy sekali untuk berabah..agak susah ustaz..sy nasihat dikatanya sy perli dia..sy ni serbasalah, kadang hanya mampu diam.

abu bakar said...

Sokong sgt

abu bakar said...

Sahih ke x ni?

abu bakar said...

Sahih ke x ni?

tok jalai said...

Betul kata ustad aku.. Bila bab agama ja mintak hadis la, dalil la.. Sembahyang itu wajib, x perlu nk tanya lagi or nk bukti lg, malas ? Aku pn malas sampai kekadang takut! Takut hati hitam.. Ustad aku kata org yg malas ni, jiwa kacau.. Caranya bkn belajar mengenal diri tp mengenal Allah..

tok jalai said...

Belajar pula, bkn dgn hadam 100% dr bahan bacaan.. Tp dgn bantuan tok guru agama.. Kt mana nk belajar? Cari la saudara ku.. Benda lain ko terer seach dlm internet

tok jalai said...

Pendapat n pemahaman aku. Walaupun kita sblm ini sembhyang tp adakah kita begitu pasti kesempurnaannya, yg wajibnya, sunatnya, makhruhnya dan yg membatalkan solat.. Nasihat aku jgn malu2 cr kelas agama yg ajar cara solat dan waktu sama qadho solat kita.. Utk ingatn diri n saudara smua

Anonymous said...

Kenal hakilat diri, baru dapat solat yg berterusan. Duk kejar syariat tp sepatah haramjadah pun x mengenal sapa tuhan...jangan sembang mcm ahli syurga bila dh pulun solat brjemaah tu. Duk kejar pahala semata nk syurga, syurga tu makhlukNya sja! Allah nk uji sejauh mana kamu ikhlas utk Dia.. Bkn rebutkn ganjaran..!!

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya, apa pendapat brother, kalau situasi macam ni. Saya ada kawan lelaki, dia jujur dgn saya yg dia mmg gila s***. Saya buntu sebenarnya, brother. Dia bagitau yg dia tak leh kalau tgk perempuan senyum, confirm2 akan naik syahwat dia. Time dia stim tu,dia akn cuba buat lawak2 sbb dia cakap, dgn cara tu je dia blh control dia punya stim tu. Tapi, byk kali jugak dia tewas. Dia pernah ckp nak putus kwn dgn saya, sbb dia rasa dia teruk. Dia dh mcm give up sgt brother. Cara dia ckp tu, mcm dia takde peluang langsung nak bertaubat, nak jadi org baik. Saya sedih sebenarnya, sbb saya sygkan hubungan sahabat ni. Saya selalu nasihat dia, tapi dia mcm "Ni la diri sy yg sebenar, sy mmg jahat." Dia selalu ulang ayat tu. And tiap2 kali dia ulang, saya mesti sedih. Sbb,dulu saya pernah ada kwn mcm dia. Lagi teruk dari dia, tapi takde la sampai merosakkan anak dara org. And kawan saya tu pun mmg dah halfway nak give up, tapi alhamdulillah, dia dah berubah. Jauh lagi baik dari saya. Tapi, tuhan lagi sayangkan dia. And bila datang mamat ni, perangai dia sebijik sama macam arwah, saya jadij terkilan, ralat, sbb arwah prnah ckp dgn saya. Kalau jumpa org mcm dia, jgn pernah tinggal. Setia di sisi org tu, bimbing dia, nasihat dia, jgn give up, sbb arwah pernah rasa, sedihnya dia bila semua larikan diri bila tau perangai sebenar arwah. Dia rasa, mcm dia takde peluang nak jadi baik. Saya tak tahu brother, tapi saya rasa, bukan saya yv akan merubah kawan saya ni, mungkin Allah hantar dia sbb nak saya jadi lagi baik. Maaf brother, kalau menyusahkan brother dgn masalah ni. Cumanya, sedikit kata dari brother mungkin dah cukup buat saya nak harung semua ni. Sekian, assalamualaikum.

Unknown said...

Assalammualaikum... saya pernah dengar ceramah UAI... jika kita pernah tinggalkan solat dan kita berubah dan bertaubat... maka solat2 kita yg pernah ditinggalkan tidak perlu qadha.... saya juga pernah melakukan qadha solat2 saya yang telah lalu.. sekarang ni bila terbaca artikel ini saya jadi keliru...perlu atau tidak kita qadha solat2 yg pernah kita tinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja???

Unknown said...

Assalammualaikum... saya pernah dengar ceramah UAI... jika kita pernah tinggalkan solat dan kita berubah dan bertaubat... maka solat2 kita yg pernah ditinggalkan tidak perlu qadha.... saya juga pernah melakukan qadha solat2 saya yang telah lalu.. sekarang ni bila terbaca artikel ini saya jadi keliru...perlu atau tidak kita qadha solat2 yg pernah kita tinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja???

Anonymous said...

Solat berjemaah dirumah x boleh ke walaupun dengar azan dr masjid ? Kena pegi masjid jugak solat jemaah ?

Anonymous said...

Assalamualaikum.... nak tanya nie...kalau kita terasa nak ke masjid apa maksudnya.. ya??
Sebab saya rasa macam terpanggil panggil ke masjid...sebab saya nie bukan la yang rajin mendirikan solat...tolong .. mempercerahkannya.. terima kasih!

Danial Ramlan said...

Tak ada dalil dalam quran pun qado solat.. ulamak dalam semak betui.. solat kat sapa ni? Dah kenai yang empunya solat? Solat tak khusyuk neraka wail..

Danial Ramlan said...

Tak ada dalil dalam quran pun qado solat.. ulamak dalam semak betui.. solat kat sapa ni? Dah kenai yang empunya solat? Solat tak khusyuk neraka wail..

Mahmud Syakiran said...
This comment has been removed by the author.
Mahmud Syakiran said...

Maaf, tulisan anda ini sudah bagus. Tapi mohon rujuk kembali hadith di atas kerana hadith2 di ada antaranya tidak ada di dalam kitab muktabar hadith seperti

1)Sahih al-Bukhari
2)Sahih Muslim
3) Sunan at-Tirmizi
4)Sunan Abu Daud
5)Sunan Nasaie
6)Sunan Ibnu Majah
7)Musnad Ahmad
8)Muwatta’ Malik
7)Sahih Ibnu Khuzaimah
8)Sahih Ibnu Hibban
9)Mustadrak al-Hakim
10)Sunan al-Baihaqi
11)Sunan ad-Darimi

Mahmud Syakiran said...

Maaf, tulisan anda ini sudah bagus. Tapi mohon rujuk kembali hadith di atas kerana hadith2 di ada antaranya tidak ada di dalam kitab muktabar hadith seperti

1)Sahih al-Bukhari
2)Sahih Muslim
3) Sunan at-Tirmizi
4)Sunan Abu Daud
5)Sunan Nasaie
6)Sunan Ibnu Majah
7)Musnad Ahmad
8)Muwatta’ Malik
7)Sahih Ibnu Khuzaimah
8)Sahih Ibnu Hibban
9)Mustadrak al-Hakim
10)Sunan al-Baihaqi
11)Sunan ad-Darimi

muhaimin al hafiz said...

Alhamdulillah.semua yg ditulis memberi iktibar kepada saya...tetapi pastikm saudara menulis dengn disemak oleh org alim.inn shaa allah.terima kasih saudara.#terbaik

Lili Aishah said...

Teringin nk solat tp xtau,klu tgh sedih lg teringin sgt sbb nk mengadu pd tuhan tp xtau?bile tgk buku panduan susah nk igt bacaan doa yg panjang2 mcm doa qunut,tahiyat awal/akhir :(

Lili Aishah said...

Teringin nk solat tp xtau,klu tgh sedih lg teringin sgt sbb nk mengadu pd tuhan tp xtau?bile tgk buku panduan susah nk igt bacaan doa yg panjang2 mcm doa qunut,tahiyat awal/akhir :(