Tarbiah Sentap: Adakah kau hipokrit?

Saturday, 21 June 2014

Adakah kau hipokrit?


Assalamualaikum. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam atas Arrasul saw. Syukur sangat-sangat. Sedar-tak sedar, hampir setahun saya mulakan penulisan di dalam blog ini. Bermula pada bulan JUN 2013, dan kini, pejam celik pejam celik, sudah bulan JUN 2014. Saya amat berharap agar tulisan dan pesanan saya di dalam blog ini, memberi manfaat yang sebanyak-banyaknya kepada semua pembaca yang saya cintai sekalian.

Moga Allah bagi kita hidayah!

Jadi, insyallah, pada kali ini, saya nak hurai satu topik yang penting gila bapak. Topik ni sangat-sangat rapat dengan diri kita, dan seringkali di perkatakan oleh ramai orang. Topik kali ini yang saya nak huraikan ialah berkenaan dengan isu HIPOKRIT!

Sebab apa? Sebab biasanya, orang yang nak berubah, dia akan down dan lemah semangat untuk berubah sebab orang kata dia hipokrit, lepas tu entah apahal dia pun terpedaya dengan kutukan-kutukan orang, dan akhirnya dia pun rasa yang dia ni hipokrit, lepas tu dia tak jadi nak berubah. Gerun gila.

Padahal, sebenarnya, dia pun tak tahu hipokrit tu apa, dan orang yang kutuk dia hipokrit tu pun bukan tahu pun hipokrit tu apa. Pastu bajet gempak, kutuk-kutuk orang lain hipokrit. Tah apa-apa. Jeles sangat nak tengok orang berubah. Yang nak berubah pun satu hal, baru kena kutuk sikit dan down. Sahabat nabi kena seksa teruk gila, sikit pun mereka tak down. Teka sebab apa? Sebab sahabat nabi IKHLAS nak berubah. Tapi kita, berubah TAK IKHLAS. Kita berubah supaya orang puji dan suka kita. Sebab tu bila kena kutuk sikit, dah rasa tension, tertekan, stress, pastu give up dan jadi jahat balik. Apakah?

Tapi, pokoknya ialah, sebenarnya, hipokrit tu apa benda?! Adakah hipokrit tu bermaksud talam dua muka? Atau depan orang baik, belakang orang jahat? Atau ada maksud lain? Maka dengan ini, saya akan cuba terangkan secara detail, APAKAH ITU HIPOKRIT yang sebenar.

Jom baca! Yeah!!

APA ITU HIPOKRIT?

Hipokrit ni adalah satu sifat yang sangat tercela, dan Allah amat marah pada orang yang hipokrit ni. Bukan setakat Allah marah, takde orang yang suka kawan dengan orang hipokrit! Semua orang benci gila dengan orang yang hipokrit ni. Sebab apa?

Kerana benda ni akan membuatkan tarbiah kita terbantut kalau kita tak buang awal-awal. Benda ni bukan benda kecik, bukan benda yang kita boleh pandang remeh. Tapi ini isu jatuh bangun diri kita, dan kalau boleh sayakata, ia isu jatuh bangun islam.

Hipokrit ni sangat bahaya! Sifat ni akan menghancurkan diri kita, dan akan menyusahkan ramai pihak lantaran hipokritnya kita. Jujur saya kata, andai kita ada sifat ni, hati kita time tu sangat kotor, busuk dan kotor dan busuk dan kotor, dan masam.

Tetapi, hipokrit tu apa?(Berapa kali daa soalan ni). Macamana nak mula ni. Haish, jap, fikir ayat yang orang mudah faham sikit.

Actually, hipokrit yang orang semua faham ialah bila kita depan orang baik, tapi bila belakang orang, kita jahat. Sebenarnya, tu bukan hipokrit! Hakikatnya, hipokrit ialah:

“Bila depan orang, dia berpura-pura baik, dan pada masa yang sama, dia amat BENCI kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan tu. Dan apabila di belakang orang, dia jahat, dan dia amat sukakan kejahatan yang dia lakukan!!”

Itulah hipokrit!

Saya akan bagi contoh situasi:

Contohnya di sekolah. Sekolah tu sekolah islam misalnya. Ada peraturan-peraturan sekolah dan suasana islam di sekolah tu. Sekolah tu amat menitik beratkan supaya setiap pelajar menjaga IKHTILAT(Baca isu ikhtilat di SINI). Tapi, apa yang terjadi, kau amat benci dengan peraturan tu. Kau rasa tertekan dan tak selesa serta mencaci maki dalam hati kau tentang peraturan tu. Kalau boleh, kau nak ikhtilat, kau nak cakap dengan crush kau, kau nak berbalas cinta dengan crush kau(Baca isu cinta di SINI).

Tapi, kau tahu kalau kantoi, kau akan kena denda. Maka, kau pun TERPAKSA jaga ikhtilat kat sekolah. Bila start je cuti sekolah, maka kau pun rasa BEBAS, kau amik henset, kau bukak FB/twitter/instagram, kau mula chatting dengan berlainan jantina, kau twit benda-benda teruk, bahkan kau rasa best dan PUAS bila kau dapat buat benda-benda macam tu!

Itulah hipokrit!

Banyak lagi contoh dan situasi lain. Saya kira, definasi yang saya bagi dah cukup jelas. Saya ulang balik:

“Hipokrit ialah bila depan orang, dia berpura-pura baik, dan pada masa yang sama, dia amat BENCI kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan tu. Dan apabila di belakang orang, dia jahat, dan dia amat SUKAKAN kejahatan yang dia lakukan!!”

Kata kunci hipokrit ialah:

1)Berpura-pura buat baik
2)Melakukan kebaikan kerana terpaksa dan dia BENCI akannya.
3)Cintakan kejahatan.

Orang hipokrit ni, dosa dia sangat besar. Dia akan di seksa di dalam api neraka yang paling bawah sekali. Kerana apa? Kerana orang hipokrit ni, bukan setakat menyusah dan merosakkan diri dia sendiri. Tapi dia akan rosakkan banyak pihak!

Contohnya, di sekolah atau universiti misalnya. Kita pura-pura baik, lepas tu guru-guru dan pensyarah semua macam respect kita, dan letakkan HARAPAN yang besar pada kita, dan memberi kita jawatan-jawatan penting dalam sekolah atau universiti. Kesannya ialah, sekolah dan universiti tu akan HANCUR! Hancur!

Saya dah banyak kali berurusan dengan orang yang talam dua muka ni. Depan kita punyalah semangat kata nak berubah, mengaku dah tinggalkan maksiat semua, lepas tu cerita keburukan orang lain pada kita dengan harapan kita respect dia dan kurang respect pada orang lain. Lantaran kita nampak kebaikan dia, kitapun meletakkan harapan kat dia. Kita cerita kat dia masalah-masalah yang berlaku dengan harapan dia boleh bantu menyelesaikan masalah tu, dan lain-lain. Tapi di belakang kita, dialah yang paling kurang ajar, mengutuk dan mengumpat kita, memecahkan segala rahsia-rahsia kita, dan yang sama waktu dengannya.

Kalau orang yang memang kita tahu dia problem, bila orang tu buat hal, kita takdelah rasa apa sangat sebab kita dah espect. Tapi, bila orang yang kita letakkan kepercayaan rupa-rupanya lebih teruk, mana tak pedih hati?!  Sebab tu Umar Alkhattab kata:

“Orang yang paling aku takuti ialah orang yang fasih lidahnya, tetapi hatinya busuk…”


SALAH FAHAM  TENTANG HIPOKRIT

Tetapi, ada satu keadaan, yang mana, ramai orang anggap, perkara ini adalah hipokrit. Tapi sebenarnya, keadaan tu bukan hipokrit. Apakah keadaan tu? Keadaan itu ialah:

“Bila depan orang, dia baik. Dan pada masa yang sama, dia amat CINTAKAN kebaikan tersebut, dan ingin kekal dalam kebaikan itu. Namun, apabila di belakang orang, dia terjatuh dan tewas dengan dosa, dan dia amat BENCIKAN dosa yang dia lakukan…”

Ini sebenarnya bukan hipokrit! Ini adalah lumrah hidup! Saya hurai panjang sikit:

“Bila di depan orang, dia baik, dan dia amat CINTAKAN kebaikan itu, dan dia amat berharap agar di sentiasa berada dalam kebaikan itu. Tetapi, apabila di belakang orang, apabila dia duduk sorang-sorang, dia melakukan kejahatan. Tetapi, hakikatnya, DIA AMAT BENCIKAN kejahatan yang dia lakukan. Dia hanya TERJATUH dan tergelincir serta tewas dengan nafsu, dan di sudut hati kecilnya, dia amat bencikan dosa dan maksiat tersebut! Serta dia amat berharap agar dia dapat BEBAS dari dosa tersebut….”

Saya ulang, ini bukan hipokrit!

Kata kuncinya ialah:

1)Rasa semangat untuk melakukan kebaikan bila ada suasana.
2)Cintakan kebaikan dan berharap agar dia KEKAL di dalam kebaikan.
3)Benci maksiat.
4)Jika terjatuh dalam maksiat, dia menyesal dan bertaubat.

Hakikatnya, MUSTAHIL untuk kita sentiasa baik 24 jam. Memang fitrahnya, apabila kita duduk ramai-ramai dengan kawan-kawan kita, maka kita akan rasa semangat untuk buat baik. Tapi bila duduk sorang-sorang, kita akan rasa susah nak buat baik. Dan, lantaran tak mampu kawal dan lawan nafsu, akhirnya kita terjatuh dalam perangkap setan. Lepas tu, kita di selebungi rasa bersalah, resah gelisah, dan bertaubat pada Allah! Ini bukan hipokrit!

Hayati kisah ni.

*****

Sorang sahabat nabi, nama dia Hanzalah, ada sekali tu dia baru balik dari masjid. Bila dia sampai rumah, dia duduk dengan anak isteri dia, dia bergelak tawa dan sebagainya. Tiba-tba dia terdetik dalam hati dia:

“Eh, tadi time kat masjid, time aku duduk bersama-sama dengan nabi dan sahabat, aku rasa iman aku naik, aku rasa iman aku bertambah, aku boleh bayangkan syurga neraka di depan aku. Tapi kenapa bila aku balik rumah, aku boleh bergelak tawa lagi?? Adakah aku munafiq??!”

Lalu dia menangis, dan dia keluar dari rumah dan jerit kuat-kuat:

“Hanzalah munafiq! Hanzalah munafiq!!”

Pastu, tiba-tiba, Abu Bakar datang kat dia dan bertanya:

“Eh Hanzalah, apahal kau kata kau munafiq? Apa yang kau buat sampai kau kata kau munafiq?”

And then Hanzalah pun bagitau Abu Bakar:

“Aku rasa aku munafiq. Sebab bila aku duduk bersama nabi, aku boleh menangis, iman aku bertambah, aku boleh bayangkan seolah-olah syurga dan neraka tu ada depan mata aku. Tapi, bila aku balik rumah, aku boleh gelak tawa dan bermain-main dengan anak isteri aku. Aku munafiq!!”

Bila Abu Bakar dengar jawapan Hanzalah, Abu Bakar jawab:

“Ya Allah.. Kalau kau nak tahu, aku pun sama macam kau. Tah-tah, akupun munafiq!! Macamana ni??!!”

Maka mereka berdua pun buat keputusan untuk jumpa nabi dan ceritakan pada nabi. Bila diorang jumpa nabi, diorang pun cerita:

“Ya rasulullah, kitorang rasa kitorang munafiq. Sebab bila bersama kau, kitorang punya iman meningkat, tapi bila balik rumah, jadi lain…”

Maka Nabi jawab:

“Demi Allah, kalau setiap saat kau rasa iman kau sentiasa meningkat seperti ketika kau bersama-sama dengan aku, nescaya para malaikat akan turun mengucapkan salam kepadamu. Tetapi wahai Hanzalah, keadaan seperti itu jarang terjadi….”

*****

Apa yang nak di ceritakan dalam kisah ini ialah, memang fitrah kita, bila duduk bersama-sama dengan kawan-kawan, duduk di dalam suasana dan biah yang solehah dan baik, maka kita akan rasa SEMANGAT untuk berubah dan buat amal. Tapi bila balik rumah, bila tiada suasana, kita rasa macam lemah semangat sikit.

Namun, takkanlah kita nak berulang-ulang kali buat maksiat dan jatuh dalam lubang yang sama?!Apa usaha kita untuk bebas dari maksiat?(Baca tentang cara tinggalkan maksiat di SINI).



KESAN SALAH FAHAM TERHADAP HIPOKRIT DAN SOLUSINYA

Bila kita salah faham tentang isu hipokrit ni, maka, ia akan memberi kesan yang sangat buruk pada diri kita. Kesan besarnya ialah:

“Kita akan rasa down untuk berubah…”

Sebab kita seolah-olah rasa diri kita hipokrit sebab bila depan orang kita baik, belakang orang, kita still tak boleh tinggal maksiat.

Maka, kalau kau dah tahu, kenapa kau memilih untuk down dari melakukan perubahan?Kenapa kau tak pilih untuk down melakukan maksiat? Tinggalkanlah maksiat dan move on lah untuk berubah. Kenapa kau pilih untuk tinggalkan kebaikan dan kembali pada maksiat? Kenapa kau tak pilih untuk tinggalkan maksiat dan jadi baik? Jangan guna alasan:

“Aku takut aku hipokrit…”

Lepas tu, kita terus down dari buat baik. Pelik sangat tu. Kalau kau memang cintakan perubahan, itu bukan hipokrit! Jatuh tu fitrah. Semua orang buat dosa. Tapi, persoalannya, adakah kita ni bertaubat dan menyesal bial buat dosa?!

Saya tegaskan:

"Kalau kita rasa kita hipokrit sebab kita ni sekejap baik sekejap jahat, kenapa kita pilih untuk tinggalkan kebaikan dan berpegang dengan kejahatan?! Kenapa kita tak tinggalkan kejahatan dan pilih kebaikan? Sesungguhnya, diri kau yang sebenar adalah BAIK. Maka, kembalilah kepada kebaikan!"

Kalau kau nak kau ni hipokrit atau tak, ini adalah ciri-ciri orang hipokrit:

1)Kau buat baik sebab terpaksa.
2)Kau benci dan tak selesa dengan kebaikan yang kau buat.
3)Buat satu benda sebab nak orang puji semata-mata, sebab takut orang pandang kau buruk.
4)Kau RINDUKAN maksiat dan tak rasa bersalah bila buat maksiat.
5)Terang-terangan buat makisat di alam maya. Alam realiti bajet baik.
6)Tak boleh terima teguran.
7)Kau ajak orang lain buat jahat, supaya dapat geng. Bila dah ada geng, kau dah tak perlu malu untuk buat dosa, sebab dah ada orang backup.

Dan lain-lain.

Tapi kalau kau:

1)Nak berubah, dan cintakan perubahan.
2)Rasa tenang bila buat baik.
3)Berharap agar diri ini bebas dari dosa dan maksiat.
4)Namun akibat iman lemah, kau jatuh dalam dosa noda. Tetapi, kita rasa AMAT BENCI dengan dosa tesebut, menyesal dan bertaubat.
5)Menyembunyikan dosanya dengan tidak melakukan dosa terang-terangan kerana MALU.

Maka, kau bukan hipokrit.

PENUTUP

Akhirnya, kita kena check baliklah diri kita. Sejauh mana kita ni nak berubah. Adakah kita ni hanyalah seorang yang PURA-PURA, atau kita betul-betul ikhlas? Check semula diri. Hanya kita sahaja yang tahu, apa yang ada pada diri kita.

Kalau kita betul-betul ikhlas, maka yakinlah dengan perubahan yang kita lakukan. Jangan hirau langsung tohmahan orang. Jangan bagi alasan-alasan yang tak munasabah contohnya:

“Susahla nak berubah…”

“Saya tak tahu macamana nak berubah….”

Dan lain-lain. Alasan ni semua timbul sebab kita tak ikhlas. Kalau betul kita ikhlas, kita akan sanggup BERKORBAN dan BERSUSAH-PAYAH untuk mencapai redha Allah. Sebab, penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup untuk berkorban! Saya ulang:

"Penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup untuk berkorban!"

Moga Allah pelihara kita!

Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-



13 comments:

Bahrain Ramlan said...

satu penerangan yang menarik tentang hipokrit. Semuanya berbalik pada kita sama ada kita benar ikhlas dalam sesuatu perkara atau sekadar terpaksa.

it's me! :) said...

Assalamualaikum, kalau perkara yg bertentangan jd dgn isu org hipokrit? Contoh, dia nak berubah. Dan dia sedang berusaha utk berubah. Bila sorang2, dia akn igt Tuhan, buat segala apa amal yg Tuhan suka. Tapi bila ramai2, dgn kawan2 dia tak sedar dia terbuat balik kejahatan mcm mengumpat ke buat benda lagha ke. Kalau mcm tu, dikira mcm mana ye? Terima kasih

Adnin Roslan said...

Isunya adalah:

1)Kalau kamu benci kejahatan tu.
2)Kamu cinta kebaikan yg kamu buat.

maka kamu bukan hipokrit.

Nur Safa Husniyah said...

Alhamdulillah.. terjawab juga persoalan saya tentang isu hipokrit nii.....
trima kasih ustaz

Hafisa Fiesya said...

Selama ni saya asik trfikir tntg hipokrit.'Adakah aku ni hipokrit'. akhirnya trjawab juga. Syukran ya ustaz.

Anonymous said...

Assalamualaikum

Saya tak pasti saya hipokrit ke tak.. Macam ni. Saya selalu dibuli secara mentalility di sekolah. Saya tak letak kepercayaan saya dekat kawan2 yg buli saya tu. Maksud buli mentality ni mcm tikam belakang, belakang kutuk orang, suka pulaukan orang. Saya tahu yang mereka buat mcm tu dekat saya tapi saya buat2 mcm tak tahu ape2. Takkan saya nak cakap saya benci diorg. Padahal mereka belajar kemahiran al quran dan SBP ( sekolah berasrama penuh)

Adakah saya hipokrit? Dan bagaimana nak ubah mereka?

Harap2 dapat dipertimbangkan perkara ni.
Terima kasih

Anonymous said...

blog ni bagus....

Anonymous said...

Alhamdulilah,terima kasih admin bagi penerangan berkaitan isu hipokrit ni,terkadang saya terfikir adakah saya ini seorang yang hipokrit.Ternyata saya masih berada dalam keadaan hipokrit. Walaubagaimanapun saya sentiasa cuba untuk mengubah diri menjadi seseorang yang baik dan ikhlas. Terima kasih ;)

Unknown said...

mohon share

Anonymous said...

semua terjawab persoalan saya selama ini

Anonymous said...

Assalamualaikum wrh wbt..Ramai yg tak faham maksud hipokrit nie dan dengan mudah menghukum org lain hipokrit..bagus penjelasan yg diberikan. Semoga ramai lagi yg terbuka minda mereka dan tidak tersilap dalam kata-kata.

mohd yuzman hj juhari said...

Terima kasih...

Anonymous said...

Assalammualaikum,adakah saya ni hipokrit,saya cuba berbaik dgn orng.tetapi tetap ada yg mengata saya 2muka.Hanya Tuhan yg tahu betapa patah hati saya.semua saya buat salah seolah olah saya ni bencana bagi mereka...-unknown