Tarbiah Sentap: Seruan BARU yang di tentang?

Saturday, 10 May 2014

Seruan BARU yang di tentang?


Apabila kita amati sejarah, sesiapa sahaja yang membawa sesuatu yang ‘BARU’, mustahil ianya akan di terima terus. Pasti ada yang akan menentang.

Ada yang menghina, perlekeh, melabel dengan pelbagai labelan, di sarkastik, di tohmah, di benci, di peril, di musuhi, dan di asak dari pelbagai penjuru.

Ini adalah lumrah perjuangan. Tak percaya? Ayuh kita soroti sejarah-sejarah lampau..

***

NABI NUH

Masih saya ingat, kisah lagenda, di mana nabi nuh bertungkus-lumus berusaha untuk mengajak kaumnya kepada sesuatu ajaran yang “BARU” bagi kaum tersebut, iaitu menyembah Allah, yang maha Esa, dan meninggalkan berhala-berhala kesayangan mereka dan nenek moyang mereka.

Kalau soroti kisah nabi nuh di dalam surah nuh, kita akan dapati, betapa bersungguhnya nabi nuh berdakwah. Siang dan malam, pagi dan petang, tiada henti, dengan PELBAGAI CARA, selama 950 tahun! Bayangkan, betapa pilu dan sakitnya hati nabi Nuh apabila usaha baginda bagai tidak di hargai.

Kaumnya lari, menutup muka dengan baju, menutup telinga menggunakan kelima-lima jari mereka, mencaci, mengherdik, sarkastik, dan macam-macam tohmahan yang di kenakan kepada baginda. Sehingga sampai satu tahap, nabi Nuh mengadu pada Allah, akibat tidak lagi tahan, baginda mendoakan kehancuran untuk kaumnya yang kafir.

Bahkan nabi Nuh meminta agar Allah hancurkan semua orang kafir kerana orang kafir ini tidak lain tidak bukan, pasti akan menderhakai Allah dan merosakkan muka bumi.

Maka, Allah telah menurunkan AIR dari atas dan bawah bumi, menenggelamkan seluruh manusia, melainkan orang-orang yang beriman.

 NABI IBRAHIM AS

Masih saya ingat, kisah lagenda, di mana nabi Ibrahim berusaha untuk menyedarkan  kaumnya bahawa berhala itu bukan tuhan, tetapi tuhan adalah Allah! Bermula dengan cara lembut, menerangkan dengan penuh kasih-sayang, walaupun ketika itu, usia baginda masih muda.

Ramai yang menasihati baginda supaya diam, termasuklah ayahnya. Masakan tidak, ayah baginda adalah seorang pengukir berhala yang terkemuka! Pernah ketika waktu kecil dahulu, nabi Ibrahim mengikut ayahnya menjaja berhala dengan mengelilingi seluruh kota mekah untuk menjual berhala-berhala yang telah di ukir.

Tapi, nabi Ibrahim dengan memerli berkata:

“Siapa yang nak beli patung-patung yang tak berguna ni?”

Akhirnya, setelah lama berlembut , maka baginda sedar bahawa, terkadang, hikmah itu memerlukan ketegasan dan kekasaran yang ‘relevan’ bagi menyedarkan orang-orang yang masih di buai  mimpi. Maka nabi Ibrahim telah MENGHANCURKAN berhala-berhala melainkan berhala yang paling besar sekali dengan menggunakan kapak. Yang mana kapak tersebut di letakkan di tangan berhala besar tadi.

Apabila orang ramai menyedari hal ini, semuanya memarahi, mengherdik dan mencaci nabi Ibrahim. Tetapi nabi Ibrahim dengan nada memerli:

“Bukan aku yang buat, berhala yang paling besar tu yang buat. Kan ada kapak kat tangan dia?”

Tapi orang ramai membalas:

“Berhala mana boleh gerak!”

Dan akhirnya nabi Ibrahim membuat kesimpulan di khalayak ramai:

“Kalau dia gerak pun tak mampu, kenapa berhala ini yang kalian sembah?!”

Akibat “kekasaran” baginda, orang ramai mengumpulkan KAYU API sebanyak-banyaknya lantas membakarnya. Dengan api yang panas membahang, serta BESAR, lantaran panasnya ia, nabi Ibrahim telah di”lastik” dari jauh untuk memasukkan baginda ke dalam API.

NABI MUHAMMAD SAW

Masih saya ingat, bagaimana permulaan dakwah nabi di kota mekah. Apabila sebelum ini, nabi di gelar ‘Al Amin’, di hormati dan di pandang mulia oleh seluruh penduduk mekah, tetapi, keadaan itu berubah 100% apabila baginda membawa perkara yang ‘BARU’ bagi penduduk mekah ketika itu.

Terus, nabi di katakan gila, ahli sihir, bodoh, memecah-belahkan umat, kurang-ajar, tiada adab, sesat dan lain-lain. Bukan itu sahaja, pengikut baginda di seksa, di bunuh, di bantai, di panggang, di sebat dan lain-lain.

Namun nabi saw dan sahabat, masih teguh berdiri, mengharungi liku-liku dakwah dengan sabar dan solat. Walaupun di sudut hati mereka terasa amat pedih, tertekan, pilu dan sakit hati, bahkan ada yang ragu-ragu dengan mengatakan:

“Bilakah pertolongan Allah akan tiba?!”
(Albaqorah ayat  214)

“Mereka berpra-sangka pada Allah dengan pelbagai pra-sangka…”
(Al Ahzab ayat 10)

Tetapi, berkat kesabaran dan ketabahan serta tak mengenal putus asa, islam berkembang pesat hingga ke hari ini.

IMAM AHMAD B HAMBAL

Saya masih ingat, ketika zaman pemerintahan Abasiyah di landa pelbagai kriris, bukan sahaja dari sudut ekonomi dan sosial, bahkan turut mengalami krisis dari sudut AQIDAH. Di mana ketika itu, hampir keselurahan umat islam ketika itu menganggap bahawa Alquran itu adalah makhluk.

Berbeza dengan Imam Ahmad, beliau dengan tegas memperkatakan kebenaran, bahawa alquran itu bukan makhluk. Dan perkara itu di tentang hebat oleh ramai orang, termasuklah pelbagai ulama serta khalifah sendiri. Beliau di tohmah dengan pelbagai tohmahan. Lantas, beliau telah di humban ke dalam penjara. Namun, sedikitpun semangat beliau tidak patah, bahkan, lantaran keteguhan beliau, akhirnya, umat islam dapat menerima bahawa Alquran itu bukan makhluk, sehingga ke hari ini.

HASAN ALBANNA, SYED QUTB, IKHWAN DAN HAMAS

Masih saya ingat. Ketika khalifah Uthmaniah telah roboh dan di bubarkan, umat islam di seluruh dunia bagai terumbang-ambing, tiada hala tuju, tiada jati diri, telah hilang keIZZAHan terhadap islam dalam diri mereka, umat islam yang dahulu bagaikan singa telah menjadi kijang yang pengecut, serta pemahaman islam yang jauh meleset dari ajaran islam yang di bawa oleh arrasul.

Telah lahir di tengah-tengah suasana itu, seorang tokoh yang bernama Hasan Albanna, yang mana, atas kerisauannya, akhirnya beliau menubuhkan Jemaah IKHWAN MUSLIMIN yang bertapak di mesir. Ketika itu, beliau memperkenalkan semula “APA ITU ISLAM” di kala sangat ramai umat islam yang salah faham terhadap islam.

Beliau mengingatkan pada umat bahawa islam yang di bawa oleh arrasul itu SYUMUL(Menyeluruh). Lantaran itu, beliau telah di tohmah dengan pelbagai tohmahan. Ada yang mengatakan bahawa beliau ini ahli politik semata, ada yang mengatakan beliau ini nasionalis semata, ada yang mengatakan beliau ini ahli sufi semata, ada yang mengatakan perjuangan beliau ini perjuangan memartabatkan ekonomi semata.

Tak kurang, ada yang mengatakan beliau ini ekstrimis agama, terroris, sesat dan menyesatkan, terseleweng, syadid, memecah-belahkan umat, dan lain-lain.

Sehingga, beliau telah di bunuh, ahli ikhwan yang lain di humban ke penjara, ada yang di seksa puluhan tahun, ada yang di bunuh.

Syed Qutb, antara pengikut Albanna, dengan lantang dan keras melabel bahawa apa jua yang namanya selain islam, adalah jahiliah dan wajib di lawan. Apa jua namanya, liberal, sekular, sosialis, kapitalis, hedonis, komunis, zionis, pluralis dan lain-lain, semuanya sesat dan menyeleweng dan wajib di tentang. Buku-bukunya seperti “maalim fit toriq”, “fi zilal quran”, “haza addin” dan lain-lain, mebuatkan akhirnya hidup beliau di akhiri dengan TALI GANTUNG.

Begitu juga HAMAS sebagai sayap ikhwan di palestin, ketika mana orang islam di palestin seakan-akan RELA di cerobohi, di bantai, di caci, di hina, HAMAS bangkit menyedarkan umat akan kejahilan ini. Pun begitu, pada awalnya, ramai orang islam sendiri menentang dengan melabel HAMAS dengan pelbagai labelan seperi pengganas, ekstrimis dan lain-lain. Namun, mereka sedar, apabila perjuangan yang kita lakukan adalah seakan-akan BARU, pasti ianya akan di tentang.

*****

Begitulah lumrah perjuangan. Persoalannya ialah:

“Adakah perjuangan kita yang seakan-akan baru itu selari dengan alquran dan assunnah?”

Jika kita yakin, berdasarkan pengkajian yang drastik akan perjuangan yang kita dokongi itu selari dengan apa yang arrasul bawa, dan di”bumi”kan dengan waqi’(keadaan) setempat, dengan menghadam sirah arrasul, buku-buku fiqh dakwah dan fikrah, maka TERUSLAH MAJU. Jangan segan silu walau di tohmah dengan pelbagai tohmahan.




KEADAAN MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara islam. Ia tidak boleh di sangkal. Dan siapa yang sangkal perkara ini, jelaslah pada dirinya kejahilan terhadap fiqh politik yang melampau. Malaysia adalah sebuah Negara islam, saya tegaskan. Tetapi, tidak di nafikan, ia adalah negara islam yang perlu di perbaiki bersama dari pelbagai sudut.

Jika anda semua mahu tahu, Negara-negara sekitar kita yang dahulunya negara yang di perintah oleh orang islam, kini tidak lagi.

Apa dah jadi kepada Filipina?
Dulunya Manila diperintah oleh Raja Sulaiman. Mindanao diperintah oleh Sultan Muhammad Kabungsuwan. Sekarang dah jadi negara Kristian. Disamping puluhan agama lagi di dalamnya.

Apa dah jadi kepada Vietnam?
Dulu namanya kerajaan Melayu Islam Campa (Panduranga, Kauthara, Vijaya, Inderapura, Simhapura). Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Malaysia tak tahu pun Vietnam tu dulu kerajaan Melayu Islam.

Apa jadi kepada Thailand?
Sebahagiannya dulu wilayah Melayu Islam dan tempat lahir ulamak Islam nusantara. Sekarang dah jadi negara Buddha. Orang Melayu dah tak reti cakap Melayu dan tak tahu tulisan jawi. Budak sekolah rendah Melayu dah percaya bahawa Kedah / Kelantan adalah asal Thailand yang dijajah oleh Malaysia.

Ada dah jadi kepada Singapura?
Dulunya diberi nama Temasek, tempat berdagang pelbagai rumpun Melayu. Tempat berlabuh sultan-sultan Melayu Riau Lingga. Sekarang jadi negara apa entah ... Anak kita kat Johor pun tak tahu Singapura negeri Melayu Islam dulunya.

Apa pula akan jadi kepada Pulau Batam dan banyak lagi wilayah di Indonesia? Bukan ke gerakan Kristianisasi di sana dah masuk gear 5?

Tak risaukah kita apa yang akan jadi pada Malaysia yang kita cintai ini?

SERANGAN BERTUBI-TUBI MUSUH ALLAH

Hari ini, tanpa kita sedar, Malaysia yang kita cintai ini, sedang di ancam dengan pelbagai ancaman yang sangat terancang dan amat licik. Telah wujud beberapa golongan orang kafir yang sudah berani mencabar kedaulatan islam di Malaysia ini. Seperti mana mereka telah lakukan di Negara-negara yang saya sebutkan tadi, seperti itulah mereka ingin lakukan di Malaysia.

Tahukah kalian akan isu “Kalimah Allah”? Di mana orang kristian ingin menggunakan nama Allah bagi menggantikan kalimah “tuhan” di dalam bible? Tahukah dan pernah belajarkah kalian, bagaimanakah cara kristian menjalankan agenda kristianisasi di negara-negara islam? Pernahkah kalian belajar dan kaji sejarah? Jika anda kaji sejarah, maka anda akan dapati bahawa apa yang mereka ingin lakukan ini semata-mata adalah untuk mengKRISTIANkan orang islam di Malaysia.

Tetapi, yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. TAUBATLAH!!

Tahukah kalian isu COMANGO? Di mana 54 NGO liberal telah membuat tuntutan-tuntutan yang mana terdapat dalam tuntutan tersebut amat bercanggah dengan islam dan akan memusnahkan negara? Seperti tuntutan agar di benarkan LGBT(Lesbian, Gay, bisexual, transsexual), benarkan murtad, menuntut hak sama rata, dan lain-lain.

Namun. Yang sedih, terdapat orang islam, bukan sedikit bahkan ramai, menyokong agenda kafir tersebut. Taubatlah!

Tahukah kalian, kelompok DAP dan MCA, serta ramai di kalangan penyokong mereka samada bangsa cina, melayu atau selainnya, serta kelompok liberal seperti "Sister In Islam", IRF, COMANGO dan lain-lain, makin lama makin biadab, menghina islam, menghina institusi sultan, perlekehkan hudud, menentang habis-habisan hukum hudud, mengatakan Malaysia negara sekular, menghina melayu, ingin menegakkan negara sosialis, dan lain-lain.

Pun begitu, sangat ramai orang islam yang DIAM MEMBISU seperti kijang yang pengecut, takut untuk melawan mereka-mereka yang melampau ini. Bahkan, ada yang mempertahankan mereka, menjadi apologetic, dan double standard. Taubatlah!



SERUAN BARU, MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT

Di kala umat islam di Malaysia khususnya melayu tenggelam dalam lautan pemikiran blok kepartian, andai tidak berpihak pada kerajaan, maka berpihak pada pembangkang, kalau tidak berpihak pada pembangkang, bermakna berpihak pada kerajaan, masing-masing taksub buta dengan blok parti masing-masing, sehingga, kebaikan parti lain di anggap buruk dan di timbulkan pelbagai pra-sangka, manakala keburukan parti sendiri di anggap benar, dan di timbulkan pelbagai hujah agama untuk pertahankan dosa yang di lakukan.

Di kala umat islam khususnya melayu bergaduh sesama sendiri, mengherdik, memunafiqkan orang, mengkafirkan orang, membodoh-bangangkan sesama sendiri, membabi-anjingkan sesama sendiri, serta saling sesat-menyesatkan, tidak semena-mena, wujudnya seruan yang agak janggal:

“MELAYU SEPAKAT ISLAM BERDAULAT…”

Sebuah seruan yang di seru oleh IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA, ISMA.

Sebuah seruan yang mengajak umat islam khususnya melayu agar kembali bersatu, bersepakat, tinggalkan persengketaan, SEDAR dari kelalaian, fokus pada titik persamaan, bersama-sama bersatu teguh, mengembalikan islam ke puncak tertinggi tertinggi di Malaysia.

Sebuah seruan yang mengajak umat islam khususnya melayu agar kembali bersatu, melawan dan merempuh segala ancaman-ancaman yang telah di asak bertubi-tubi oleh musuh-musuh islam. Bersama-sama tak kira parti apa, NGO apa, bersepakat untuk menghacurkan musuh-musuh islam yang ingin mengubah idenditi Malaysia yang berasaskan “islam melayu” kepada negara tanpa bangsa dan agama, bebas.

Tetapi, kerana ianya sebuah seruan BARU, fitrahnya, ia pasti di tentang pada awalnya. Barangsiapa yang menyeru ke arah seruan ini di anggap rasis, asobiyah, bodoh, tak faham agama, tak faham sejarah, mengangkat melayu lebih dari islam, macai, sial, babi, anjing, ekstrimis, pelampau agama, dan lain-lain.

Ada juga yang mengherdik mereka dengan mengatakan mereka terlalu “melampau” dalam melawan musuh-musuh islam kerana mereka dengan tegas mengatakan yang menyeleweng itu menyeleweng, yang salah itu salah, yang sesat itu sesat. Mereka marah dan mengatakan “cara dakwah” yang begitu ramai orang tak suka dan dakwah itu adalah dengan kelembutan. Pada masa yang sama, orang yang mengherdik mereka, DIAM MEMBISU apabila musuh islam mengasak islam, menghina islam, mengacau sensitivity umat islam khusunya melayu dan lain-lain.

KENAPA DIAM MEMBISU ?!!!

Sedangkan orang-orang yang menghina ini tidak tahu bahawa, seruan ini bukanlah satu-satunya seruan mereka(ISMA), tetapi salah satu dari pelbagai seruan mereka, yang mana, di akhirnya, bermatlamatkan kepada KEBANGKITAN ISLAM dan KEDAULATAN islam di Malaysia dan seterusnya dunia. Bangsa bukanlah agenda utama ISMA. Tetapi ISMA amat memahami bahawa BANGSA adalah salah satu aset yang besar untuk mengembalikan tamadun islam yang telah hilang, dan menyatukan bangsa melayu islam adalah salah satu strategi mereka. Salah satu!

Menyeru agar bangsa melayu islam yang hancur lebur ini agar kembali bangkit dan bersatu melawan segala ancaman yang bertalu-talu, adakah ianya seruan perkauman atau ianya salah satu dari seruan islam? Dan ya, ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARI BANGSA! ISMA juga yakin 100% akan perkara itu, dan langsung tak mengatakan bangsa itu lebih tinggi dari islam.

Kajilah sirah, bagaimana nabi membangunkan tamadun islam. Bacalah buku-buku ulama islam yang terkemuka seperti ibn Khaldun, almawardi dan lain-lain. Bacalah buku-buku fiqh dakwah agar tasawur(pandangan) kita terhadap dakwah dan tarbiah ini adalah pandangan yang bertepatan dengan sunnah arrasul.

PENUTUP

Saya tutup penulisan saya dengan sebuah kisah yang saya amat terinpirasi. Yang mana, seorang ulama’ dakwah yang di tentang dahulu kala, yang di tuduh sesat dan menyeleweng dengan ajaran ‘BARU’nya, tetapi akhirnya di terima ramai sehingga sekarang.

Ada sekali, ulama tersebut telah mengajak seorang ulama’ lain yang menentang sekeras-kerasnya seruan dan dakwah yang di bawa olehnya. Lantas, dengan pertemuan itu, ulama dakwah itu menerangkan segala hujah, menjawab segala persoalan yang di kemukan, memurnikan segala salah fahaman yang berlaku di dalam benak kepala para penentangnya.

Sehingga akhirnya ulama itu mengeluarkan pisau sambil menangis lalu berkata:

“Setelah aku menerangkan tentang apa yang aku seru, andai kau rasa aku ini sesat dan menyeleweng, maka ambillah pisau ini, dan bunuhlah aku! Bunuhlah aku!!!”

Namun, akhirnya dia akur bahawa selama ini, dia hanya salah faham tentang seruan yang di bawa oleh ulama tersebut, lantas memBENARKAN seruannya. Dan pertemuan itu berakhir dengan pelukan dan tangisan.

Wahai kawan, andai anda rasa seruan yang di bawa oleh IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA ini menyimpang dan menyeleweng, jumpalah, dan berbincanglah dengan mereka. Bincang dan bukan berdebat yang tak berkesudahan, muka ke muka. Rendahkan ego masing-masing, dan letakkan neraca SYARAK dalam apa jua hujah dan pemahaman kita.

Cukup-cukuplah bergaduh. Tidakkah kau pilu melihat umat hari ini yang terkapai-kapai?

 Masihkah kau ingat, di detik-detik terakhir umar alkhattab?

“Wahai sahabatku? Siapakah yang telah menikamku?”

Para sahabat menjawab:

“Sesungguhnya, Abu Lu’lu’ almajusi telah menikammu wahai umar…”

Lantas, Umar alkhattab senyum. Dan para sahabat kehairanan, lantas bertanya:

“Kenapa kau senyum wahai umar??”

Lalu Umar alkhattab menjawab:

“Aku senyum kerana aku bersyukur, kerana yang ingin membunuh aku adalah orang kafir. Ini bermakna, di zamanku, umat islam masih BERSATU….”

Wallahua’lam.

Hayatilah lagu ini, dan bangkitlah, pertahankan bumi malaysia ini dari musuh-musuh durjana.

FETYA-Harapan Ummah.

http://www.youtube.com/watch?v=plRYmOrnQko



-Adnin Roslan-













6 comments:

WhiteMyvi said...

Nicely written...kpd melayu Islam, jika anda tidak mampu menyokong, the least u can do is not giving Isma hard time..at one time India msia menuntut british bela kemiskinan mereka, kononnya kalau british tak bawa mereka ke Tanah Melayu, mereka dah kaya raya kat India, lepas tu byk priviledge British bagi kat India ni n kjaan msia pun layan juga..conclusion, sokong Isma, benefit nya ada..

Kimi Lockman said...

terbaik

Zatof atar said...

thumbs up

m.afiqikhwan said...
This comment has been removed by the author.
m.afiqikhwan said...

maaf, saya tak setuju apa yang ditulis oleh penulis. Hati2 bila membawa fikrah yang masalah pada orang awam.

Anonymous said...

isma adalah pecahan drpd jim . Jim adalah pecahan drpd pas . Kenapa tidak bersatu bawah pas shj yang mula mula tlh tertubuh . Knapa prlu semua brsatu bawah isma y hanya mampu kluarkan suara pndpt usaha tpi tiada KUASA utk ubah negara