Tarbiah Sentap: Cinta itu menghancurkan kau?

Friday, 9 May 2014

Cinta itu menghancurkan kau?


Bismillah. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Selawat dan salam atas junjungan besar arrasul saw. Alhamdulillah, di beri kesempatan untuk menulis. Ya Allah, segala puji bagiMu!

Apa-apa pun, insyallah, untuk kali ini, saya amat terpanggil untuk menyentuh sesuatu ISU yang bagi saya, ia agak di pandang remeh oleh sesetengah daei. Ya, bagi saya, isu ini memang sesuatu isu yang tak sepatutnya di jadikan FOKUS UTAMA kita dalam dakwah. Kerana, ada certain pendakwah yang tak habis-habis perkatakan tentang isu ini sehingga akhirnya, umat ini terdidik dengan isu ini dan melupakan isu yang lebih UTAMA dan lebih besar dari ini.

Pun begitu, isu ini tidak boleh di abaikan juga. Kerana, bagi saya, di sebabkan isu inilah, ramai remaja dan belia islam HANCUR, lebur, porak-peranda, gila dan lain-lain. Ia adalah isu CINTA!!

Serius, isu CINTA ni bagi saya sangat bahaya, dan ramai "orang baik-baik” yang jatuh ke dalam perangkap cinta ini, dia tidak lagi menjadi “orang baik-baik”. Atas faktor itulah, saya ambil keputusan untuk hurai isu cinta ini sepanjang yang mungkin, supaya segala SALAH FAHAM yang berlaku tentang isu ini dapat di perjelaskan. Saya harap!

Saya akan bahagikan penulisan kali ini kepada beberapa noktah besar. Fahamilah ia wahai kawan yang smart lagi baik!

APA ITU CINTA?

Bila kita sebut CINTA, ia tak boleh lari dari PENGORBANAN. Apa kaitannya? Kaitannya ialah, bila kita cinta akan sesuatu, kita akan sanggup berkorban untuk mendapatkan apa yang kita cintakan itu. Tu secara simple, takrifan cinta.

Mustahil kalau kita kata kita cinta akan sesuatu, tapi kita tak sanggup bersusah-payah untuk perkara itu. Saya bagi contoh dalam bentuk kisah boleh? Ada orang suka baca kisah-kisah ni. So, harap dapat baca kisah ni, kemudian saya akan nyatakan pengajarannya.

Jom layan!

****

Ada satu lelaki ni, nama dia Qais Amiri. Dia duduk kat satu kampung. Dia amat berkenan dan jatuh cinta kepada seorang wanita bernama LAILA. Sehingga, orang menggelarkan Qais sebagai “Laila Majnun” yang bermaksud “Tergila-gilakan Laila”.

Yang peliknya, Qais tak pernah langsung melihat wajah Laila. Laila ni adalah seorang raja di sebuah Negara. Qais hanya dengar-dengar cerita tentang Laila dan kecantikannya dari mulut-mulut orang. Itu pun dia dah jadi macam orang gila!

Sampai satu masa, Qais buat keputusan untuk nak berjumpa dengan Laila dan menyatakan cintanya kepada Laila.

So, dia pun pergilah ke negara Laila tu.

Bila dia sampai kat negara Laila tu, dia cerita kat semua orang kat negara tu yang dia cintakan Laila. Sehingga satu negara tu macam jadi kecoh dengan kekecohan Qais ni. Sampai satu tahap, pembantu Laila telah mengadu pada Laila:

“Wahai puan Laila, aku dapat berita bahawa ada sorang laki ni, dia terlalu tegrila-gila kan kau. Dia kata dia amat mencintai kau…”

Lalu Laila macam teruja. Laila pun balas:

“Betul ke? Wah, aku sangat teringin untuk bertemu dengan lelaki tu! Boleh tak kau bawakkan lekaki tu untuk berjumpa dengan ku?”

Tapi pembantu tu jawab:

“Puan Laila, aku serius tak tahu siapa laki tu. Aku pun dengar-dengar daripada orang je…”

Lalu, di sebabkan Laila teringin sangat nak jumpa dengan “lelaki yang mendakwa cintakannya” itu, Laila pun buat pengumuman kepada rakyatnya:

“Siapa yang cintakan aku, sila datang ke istana aku, dan sebagai hadiah, aku akan berikan emas dan perak kepadanya!!!”

Berita tu tersebar kat satu Negara. Lepas tu, semua lelaki kat negara tu kumpul kat istana tu, lantas mendakwa bahawa mereka cintakan Laila!

Laila jadi pening dan keliru. Dia bermonolog dalam hati dia:

“Ramainya yang datang. Mana satu ‘lelaki yang tergila-gilakan’ aku tu??”

Di sebabkan tu, Laila buat pengumuman:

“Wahai lelaki sekalian, aku dengar ada di kalangan kalian yang mendakwah cintakan aku sehingga dia tergila-gilakan aku. Tetapi tak ku sangka, ramai yang datang. Maka, aku mahu, siapa yang betul-betul cintakan aku, datanglah kepadaku dengan membawa SEBELAH BIJI MATANYA sebagai bukti cintanya kepadaku…”

Bila lelaki yang datang semua tu dengar, semua tak mengaku cinta pada Laila. Tapi, tiba-tiba, ada seorang lelaki telah datang kepada Laila, dengan membawa sebelah biji matanya keapda Laila, lantas berkata:

“Wahai Laila, aku cinta padamu…”

Lelaki tersebut adalah Qais Amiri! Dan, Laila menerima cinta Qais yang tulus ikhlas itu…..

****

Happy ending. Kalau baca kisah ni sambil dengar soundtrack, menarik jugak. Haha. Tapi tu tak penting, yang pentingnya, apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari kisah “Laila Majnun” ini? Sebenarnya, kisah ini adalah satu kisah TAMSILAN, yang mana kita boleh mendapat manfaat yang banyak gila dari kisah ni.

Baiklah, saya hurai pengajaran dari kisah ini dan apa kaitannya dengan topic kita pada hari ni.

1)Qais Amiri tu ibarat kita. Seperti mana Qais tak pernah melihat wajah Laila dan Cuma mendegar kisah-kisah tentang kecantikannya, lantas jatuh cinta dan tergila-gilakan Laila, SEPERTI ITULAH kita, yang tidak pernah melihat wajah Allah, dan Cuma mendengar tentang sifat-sifat dan keagungannya. Namun, adakah kita tergila-gilakan Allah, seperti mana Qais tergila-gilakan Laila?

2)Seperti mana Laila teringin untuk berjumpa dengan Qais mendakwa tergila-gilakannya, begitu juga Allah. Allah amat ingin berjumpa dengan hambanya yang mengaku mencintai diriNya yang agung.

3)Tetapi, bilamana Laila menawarkan emas dan perak untuk para pencintanya, ramai lelaki yang datang dan mendakwa cintakan Laila. Seperti itu juga Allah. Apabila Allah menawarkan syurgaNya kepada para hamba yang mencintaiNya, hamper SEMUA orang mengaku dan mendakwah cintakan Allah!

4)Namun, bila Laila menyuruh mereka berkorban dengan mengeluarkan sebelah biji matanya sebagai bukti KEBENARAN cintanya kepada Laila, maka ramai yang dahulunya mendakwa CINTA LAILA, akhirnya berundur dan tak sanggup berkorban. Baru Laila tahu, ramai rupanya yang cintanya PALSU semata-mata.

Begitu juga Allah. Apabila Allah menyuruh hambanya berkorban, mengikut segala perintahnya dan meninggalkan larangannya, berapa ramai orang yang MENDAKWA CINTA ALLAH ini sanggup melakukannya? Rupa-rupanya, ramai yang cintanya kepada Allah hanyalah PALSU!

5)Akhirnya, Qais Amiri sanggup korbankan biji matanya semata-mata untuk buktikan cintanya pada Laila, dan akhirnya Laila menerima cintanaya. Seperti itu juga apabila kita kata kita CINTA ALLAH, dan sanggup BERKORBAN untuk mendapatkan cinta Allah, maka Allah akan menyambut cinta itu.

Maka dari kisah ringkas ini, saya harap kita semua jelas. Bila kita cinta akan sesuatu, maka kita perlu buktikan dengan pengorbanan!!!

BERCINTA SEBELUM NIKAH?

Ramai sekarang dia silap dalam memilih cinta. Entah kenapa, dia sanggup gadaikan maruahnya, habiskan masa dan tenaganya semata-mata untuk buktikan kecintaannya kepada sesuatu yang langsung tak layak di cintai.

Apa yang saya nak ketengahkan ialah, isu PERCINTAAN SEBELUM NIKAH. Benda ni sangat bahaya kalau korang nak tahu. Ramai gila beb yang hancur pasal benda ni. Jujurnya, saya pernah jumpa ramai orang. Ada lelaki yang luahkan perasaannya pada saya dengan mengatakan dia nak bunuh diri kerana perempuan yang dia suka telah putus cinta dengannya.

Ada jiran saya yang selalu bersama-sama solat di masjid, tiba-tiba saya dapat tahu yang dia di masukkan ke dalam hospital gila, lantaran putus cinta. Bak kata ayah dia, anak dia tu sampai hantuk-hantuk kepala kat dinding, cakap sorang-sorang, tak makan dan akhirnya gila.

Saya nak nyatakan kat sini bahawa, ya. CINTA kepada sesuatu yang cantik itu adalah FITRAH. Means, kalau kita jatuh cinta pada perempuan cantik, or lelaki jambu, itu fitrah. TAPI, yang jadi masalah ialah bila kita LAYAN PERASAAN CINTA tu. Itu dah jadi dosa!!

Layan bermaksud kita ‘merelakan’ perasaan tu, dan kita buat sesuatu yang menyebabkan perasaan cinta tu semakin membuak-buak. Seperti kita sembang dengan dia, chat dengan dia, follow dia kat twitter/instagram, friend dia di FB, stalk gambar dan status dia, luahkan perasaan, bayangkan muka dia time nak tidur, dengar lagu cinta sampai teringat dia, dan lain-lain.

Ini semua dosa kau tahu!

Dan ia bukan dosa biasa-biasa. Ia dosa yang menghancurkan. Ya, ia amat bahaya!

Saya nak nyatakan bawah:
“Semua orang yang couple itu di kira melayan cintanya. Tetapi tak semua orang yang melayan cinta itu bercoupla. Ada orang yang dia layan cinta dia senyap-senyap. Tetapi, apa jua bentuk ‘LAYAN’, maka ia tetap berdosa!”

Fahami lah, dan jangan tipu diri sendiri.



KAU CINTA ALLAH KE CINTA MANUSIA?

Ramai orang tak tahu bahawa, bila kita bercinta dengan seseorang ni, kita boleh jatuh syirik tanpa kita sedar! Bak kata ibn Qayyim:

“Antara tanda cinta yang syirik dan kufur ialah dia mengutamakan keredhaan orang yang di cintainya melebihi keredhaan Allah. Untuk mendapat cinta tersebut, dia sanggup mengorbankan benda yang berharga, sedangkan untuk Allah, dia hanya berkorban ala kadar….”

Ini adalah satu syirik. Kita seolah-olah menjadi hamba kepada orang kita kita cinta! Saya bagi contoh-contoh syirik dalam percintaan:

1) Saya ada sorang kawan, dia kata, semenjak dia bercinta, pelajarannya meningkat. Kerana awek dia cakap, kalau dia belajar sungguh-sungguh, baru cintanya akan di balas. Ini adalah syirik wahai kawan! Kita sanggup berkorban masa belajar, kurangkan masa tidur agar kita skor exam, tapi untuk dapatkan CINTA perempuan tu! Gerun gila! Taubatlah…

2)Kita sedia maklum bahawa chatting lelaki perempuan ni hukumnya HARAM melainkan ada perkara yang mengharuskan. Baca entri saya berkenaan “kekeliruan dalam ikhtilat”. Means, kalau betul kita cinta Allah, kita takkan buat benda yang Allah larang. Tapi di sebabkan kita cinta seseorang tu punya pasal, kita sanggup langgar perintah Allah dengan chatting berjam-jam, kongsi cerita itu ini, bergayut kat telefon, berbalas senyuman semata-mata nak dapatkan cinta tu. Tu syirikla kawan!

Kau sanggup buat benda yang crush kau suka, tapi buat Allah marah selamba je. Taubatlah wahai kawan!

Cukup dua contoh kot. Nanti panjang sangat. Moga Allah jauhkan kita!

BAHAYA CINTA SEBELUM NIKAH

Korang tahu tak, betapa bahayanya kesan cinta ni pada hati kita? Bahaya gila bapak! Meh sini, saya nyatakan betapa bahayanya ia, dan bagaimana ia boleh menghancurkan hati kita:

1) “Bila kita mencintai makhluk, ia akan memalingkan hati kita dari mencintai Allah! Kedua-dua perasaan tersebut takkan dapat bersatu dalam hati…”
(Ibn Qayyim)

Means, kalau kita kata kita cinta Allah, mustahil kita akan cinta makhluk. Sebab ada orang yang konon-konon kata:

“Nak bercinta takde masalah. Tapi pasti, letak cinta Allah Rasul nombor satu!”

Saya jawab:

“Cinta kau pada Allah dan rasul adalah palsu. Kerana mana mungkin orang yang cinta Allah dan rasul boleh cinta dan LAYAN cintanya pada makhluk. Mustahil!”

2) “Bila kita mencintai seseorang, hati kita akan terseksa. Orang yang mencintai sesuatu selain Allah, mahu tak mahu, cinta itu akhirnya akan menyeksa dirinya!”
(Ibn Qayyim)

Sape yang pernah bercinta, korang mesti pernah rasa terseksa kan? Jangan tipu diri sendiri. Please jujur dengan diri sendiri.

“Di muka bumi ini, tiada yang lebih menyeksakan daripada bercinta. Kau rasa seakan mereka mendapat kemanisan dalam percintaannya, tetapi kau akan lihat mereka kerap melinangkan air mata, keran takut berpisah atau kerana rindu…”

3)”Hati orang yang paling jauh dengan Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta…”
(Ibn Qayyim)

Cukup 3 ini sahaja. Banyak lagi sebenarnya. Tapi saya rasa dengan tiga kata-kata Ibn Qayyim ini dapat menyedarkan kita akan betapa bahayanya cinta ini. Saya amat berharap! Agar kita sedar, cintalah punca diri hancur, cintalah punca dakwah kita terganggu, cintalah pun TARBIAH kita mundur.

Agar kita sedar!




CUKUPLAH TERTIPU DENGAN NAFSU

Saya yakin 100%, orang yang bercinta dan melayan cintanya ini hidup dalam kegelisahan, tidak tenang, resah-gelisah, gundah-gulana, rasa tertekan dan yang sama waktu dengannya. Betul tak? Tepuk dada, pejam mata, Tanya diri dengan jujur, dan katakanlah:

“Ya. Aku amat terseka!”

Tapi, saya seakan-akan terdengar, ada di kalangan pembaca yang betul-betul ingin berubah dan BEBAS dari penjara cinta ini, lantas bertanya:

“Bagaimana saya ingin melupai orang yang saya cintai? Saya asyik teringatkan dia, dan saya rasa amat susah untuk lupakannya!”

Maka, ingatlah pesanan ini:

“Seperti mana kita selalu lupakan Allah, abaikan Allah, langsung tak hiraukan Allah, langsung tak berkorban untuk Allah, dan sentiasa buat Allah marah, sehingga kita LUPA dan LANGSUNG tak cintakan Allah, seperti itulah kita perlu buat kepada orang yang kita cintai….

Kalau kita mampu lupakan Allah selama ni, takkan kita tak mampu lupakan orang yang kita cintai?”

Menangislah dan berubahlah. Rupa-rupanya, cinta kita kepada Allah selama ini adalah PALSU, penipu, dan hipokrit. Pun begitu, adakah kita sedar bahawa Allah masih lagi mencurahkan kasih sayangnya pada kita walaupun Allah tahu bahawa cinta kita padaNya adalah palsu?

Kerana itu, taubatlah. Kembalilah pada Allah. Menangislah padanya. Dan, berubahlah!

“Allah, ku ingin berubah,
Namun amat payah,
Kurniakan hidayah,
Allah engkau tahu,
Di sudut hatiku,
Ku cinta diriMu,
Hatiku rindu padaMU….”

Hayatilah lagu ini, dan, menangislah.

http://www.youtube.com/watch?v=td9fqCyKhZg


Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-



18 comments:

Wayfarer said...

HEBAT GILE HEBAT HEBAT HEBAT. SAYA RASA SATU DUNIA PATUT BACA! Memang ramai manusia yg sanggup membazirkan masa dan waktu demi cinta manusia, astaghfirullah. Semoga Allah membalas jasa baikmu

hannan hayati said...

subhanAllah.. terbaikkk lahh cerita yg mmbawa manfaat nie.. kepada penulis.. Mabrouk.. cerita anda akn mmbawa kpd perubahan manusia zaman skrg.. in shaa Allah.. huhu.. syukran jazilan lg skali.. ^_^

arasyiqin kazumi said...

Subhanallah.terima kasih atas perkongsian

zati AHMAD said...

insyallah bermanfaat (:

terima kasih

krung krungx said...

saya hairan macam mana you buleh dapat idea untuk tulis semua nie and semua isi nie kandungan sangat tersusun ..berapa lama masa diambil untuk tulis semua nie? saya bukan nak pertikai ke apa ,i just want to know if u dont mind .

FatinNZ said...

Masyaallah. Mcm nk seru satu dunia baca semua artikel dlm blog ni. Terbaik

Ain Mat Salleh said...

urm.. maaf bertanya akhi.
urm. maaf sgt2 kalau soalan ni x ptt di ty.
saya keliru satu benda.
Rasulullah berkahwin.
Rasulullah sayangkn isteri khadijah n Aisyah melebihi isteri2nya yang lain.
itu bermakna Rasulullah juga mencintai khadijah n aisyah jugakan?
Jika cinta itu menghancurkan? kenapa selepas kematian khadijah Allah menyuruh nabi Muhammad kahwin dgn aisyah? salah satu sebb saya tahu sbb Allah nak mengatakan bahawa lelaki ini x slh utk berkahwin dgn anak dara.
Tapi jika cinta itu menghancurkan? knp Nabi Muhammad mencintai Siti Aisyah sangat2? Tapi saya tahu Nabi Muhammad mencintai Allah melebihi siti Aisyah.
Dan Saya akui sedekit sebanyak ada betulnya kata akhi. jap. bukan. banyak betulnya kata akhi. tapi yang maksud di sebalik apa yang akhi nak sampaikan tu saya kurang paham. cinta yang menghancurkan tu di tujukan kpd yg mana? yg hny couple ke? yg pndam perasaan sampai termimpi2 ke? atau yang dh kahwin sekali?
erm... maaf jika soalan ini x muhasabah. assif jiddan jiddan~
sy hny ingin kpstian. maaf.

Adnin Roslan said...

Cinta yg menghancurkan ialah cinta sebelum nikah, couple, crush mengerush dan lain2.. Saya ada tulis di sini dgn lebih terperinci. Apa cinta yg Allah redha, dan apakah cinta yang Allah murka..

http://adninroslan.blogspot.com/2014/07/boleh-ke-ada-crush.html

Daisy said...

Sy ingin sgt berubah dan lupakan ex sy dulu. Dah hampir 5 tahun sy masih xdpt lupakan dia. Dah byk kali sy menangis mengadu pd Allah supaya hilangkan igtan sy psl dia tp sy rs doa sy tak dimkbulkan lagi. Terima kasih utk semua entri2 ni sbb byk menyedarkan diri ni betapa bodohnya dan jahilnya diri ini masa sekolah dulu dulu. Kekadang bila fikir balik rs diri ni tak layak utk sesiapa di dunia ni kerana byknya dosa telah dibuat masa couple dulu. Semoga tiada adik2 yang melakukan perkara yg sama mcm yg sy telah lakukan. Penyesalan yg tiada kesudahan rsnya. Menangis air mata darah sekalipun tetap rs betapa hinanya dan teruknya diri ini.

Adnin Roslan said...

Allah maha pengampun. Berbahgialah

sazalina sarajuddin said...

Assalamualaikum..
Saya ada tiga soalan..

Satu hari,sahabat saya ditegur di laman tweeter oleh sorg lelaki.lelaki tu nyatakan hasrat nk nikah dgan kawan saya..mereka berdua saling balas2 tweet kat tweeter smpai lah kawan saya ni pn jatuh hati pd lelaki tu..

Lelaki tu kata,dia dh beritahu mak dia tntg relationship mereka.dan kawan saya tu pn sama..ibu bapa masing2 dh tahu dan lelaki tu kata nk nikah dgan kawan saya tu lepas habis belajar nanti.mak kawan saya tu smpai dh tny bila lelaki tu nk dtg jumpa di rumah.lelaki tu dtg atau x ke rumah kawan saya tu,saya x pasti.sbb,saya diberitahu,mak kawan saya tu tny je pd kawan saya bila lelaki tu nk dtg rumah..mereka masih bercinta sampai sekarang.

Soalan saya,adakah itu dah dikira bertunang?sbb parents masing2 dh tahu..dan,lelaki tu pun dah kata nk nikah 3 tahun lagi(lepas habis belajar)

Soalan kedua,adakah cinta mereka itu dikategorikan cinta sebelum nikah seperti yg dikatakan oleh saudara di dlm entri ni?

Soalan ketiga,saya lihat,mereka berdua selalu mengingati antara satu sama lain.kawan saya tu selalu nasihat supaya lelaki itu jaga solat,jaga pandangan..lelaki tu pn selalu ingatkan tentang perkara2 ibadah kpd kawan saya itu..adakah itu dibenarkan?sedangkan mereka masih belum halal??

Sekian,terima kasih..maaf atas soalan yg agak menimbun..

TeadAl BeaVinir said...

subhanallah :) boleh buat renungan dan boleh diamalkan nihh :D syukran yaa ..

syafa w said...

tekejut tgk lirik tu dibuat seniri oleh ustaz adnin . masya Allah hebat .

rabiatul asmaniza said...

mohon share

rabiatul asmaniza said...

mohon share

Mistery Hati said...

Demi Allah demi Rasulullah bertabahlah wahai hati ..bertabahlah wahai saudara2 seimanku.. Ada sambutannya yang Maha Pencinta disana

Mistery Hati said...

Demi Allah demi Rasulullah bertabahlah wahai hati ..bertabahlah wahai saudara2 seimanku.. Ada sambutannya yang Maha Pencinta disana

Muhammad Faizul said...

Mohon copy