Tarbiah Sentap: August 2013

Tuesday, 20 August 2013

Kita dan Mesir?


Bismillah. Dengan nama Allah ana mulakan. Selawat dan salam ke atas nabi saw yang telah banyak berkorban untuk umatnya. Tanpa pengorbanan yang di lakukan oleh baginda, para sahabat dan seluruh para pendakwah, mungkin hari ni kita tak dapat islam. Ya Rabb, segala puji bagimu atas nikmat islam, kekalkan kami dalam islam, jadikan kami sebahagian dari mereka-meraka yang menegakkan panji islam.

Insyallah, ana target dalam penyampaian ana kali ni, dapat sedikit sebanyak memberi kesan pada diri ana sendiri terutamanya dan semua orang, tentang bagaimana untuk kita berhadapan tentang ISU MESIR yang sangat hangat di bicarakan sekarang. Dengan harapan kita semua tidak hanya sekadar hangat-hangat taik ayam, bajet semangat tapi apapun tak buat, bajet gempak dan seumpama dengannya, maka entri ini di adakan.

Macam biasa, kita santai. Bayangkan yang kita tengah bersembang, berbincang, dan seolah-olah ana berada bersama korang membicarakan isu ni. Doakan kita sama-sama dapat amal. Serius, tulis senang je, type gempak-gempak sikit, settle. Nak cakap lagi la senang. Tapi nak amal tu, ya rabb. Tanpa hidayahmu, memang tak mampu langsung kami nak beramal walau sedetik. Kurniakan hidayahmu ya Allah!

So, isu mesir, isu palestin, Iraq, Afghanistan, pattani, rohingya, Syria dan lain-lain, isu ni sangat besar dan “ada kena mengena dengan kita”. Siapa yang rasa bahawa isu ni tak ada kena mengena dengan diri dia, dan tak ambil tahu, maka ketahuilah, orang macam ni sangat buruk dan gerund an pelik dan tak tahu di manakah tahap imannya. Seperti biasa, nak Nampak tersusun dan tak berserabut, ana bahagikan penyampaian kali ni kepada beberapa subtopik:

1)Fahami Isu Mesir
2)Tindakan kita?

Ok, harap baca dari A to Z. Kalau ana salah, maka betulkan.

FAHAMI ISU MESIR

Semenjak isu mesir ni berlaku, ramai orang yang ingin mengulas isu ni. Bagi ana, ianya baik. Sangat baik. Cuma satu je, sebelum nak hurai isu mesir ni, tolong fahami isu mesir ni betul-betul. Sekadar apa yang ana perhatikan, dalam membicarakan isu mesir, telah wujud beberapa golongan yang salah faham akan isu ini seperti di bawah:

a)Pertama, ana ada jumpa golongan yang langsung tak ambil peduli tentang isu mesir. Huh, tak tahulah kenapa. Mereka rasa, apa yang berlaku kat mesir adalah fitnah akhir zaman yang tak wajar untuk diri mereka terlibat. Golongan ni, biasanya guna hadith “Dua muslim yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk neraka”. Mereka menganggap, isu mesir ni adalah perang saudara, dan siapa yang libatkan diri, maka salah. Bahkan diorang ni memang langsung tak sedih dengan pembunuhan yang terjadi di mesir.

Kepada orang yang macam ni, ana nak nyatakan beberapa benda. Kalau korang tak ambil peduli tentang keadaan umat islam, sorry to say, hakikatnya korang bukan dari kalangan orang islam. Kalau betul korang ada iman, at least bila isu ni berlaku, air mata korang berlinangan walau hanya setitik atau kurang dari tu. Hakikatnya, WAJIB untuk kita ambil tahu tentang isu ni. Jangan tak ambil tahu langsung atas alasan “tak nak terlibat dengan isu semasa”. Itu saudara seislam kita, kalau kita tak rasa sakit, tak rasa sedih, tak rasa bersalah, dan langsung tak ambil tahu, apakah?

Dan ingin ana jelaskan jugak kepada golongan ni, isu di mesir bukanlah peperangan saudara. Ia adalah peperangan antara HAK dan BATIL. Walaupun pada zahirnya, Nampak macam orang islam lawan orang islam, tapi kita kena faham satu hakikat. Islam itu hanyalah Islam. Selain dari islam, adalah kufur. Bermakna,agama selain islam, liberalism, sekularisme, pluralism, hedonisme, sosialisme, kapatalisme, syiah, dan segala ideologi yang selain dari islam, itulah KUFUR!

Yang terjadi kat mesir sekarang, golongan liberal, secular, syiah, kristian, dan golongan-golongan yang anti islam, hakikatnya mereka telah kufur. Mereka telah bersama golongan BATIL. Yang tak mahu islam di atas segalanya. Dan golongan ini menentang golongan yang inginkan islam di atas segalanya, memahami islam yang syumul dan lain-lain. Atas sebab itu, pertembungan ini adalah antara HAK dan BATIL. Maka, hadith hadith “Dua muslim yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk neraka” yang anda guna adalah silap sama sekali dalam waqi’ mesir sekarang. Fahami fiqh jihad. Jangan main pakai je hadith tanpa faham huraiannya.

b)Kedua, ada juga golongan yang tak menyokong mursi dan ikhwan atas alasan apa yang ikhwan buat sekarang terpesong dari islam yang sebenar, pengganas dan lain-lain. Golongan ni bagi ana, sangat masalah. Mereka bajet faham fikrah ikhwan dan buat ulasan yang Nampak sangat dia tak faham fikrah ikhwan. Ada yang kata:

”Ikhwan yang betul-betul ikut pesanan hasan albanna je ok. Tapi ikhwan sekarang, banyak terpengaruh dengan pemikiran SYED QUTB yang sangat keras dan syadid. Mereka ni di namakan quthubiyyun…”

Awal-awal ana nak jelaskan pada golongan yang macam ni, fahami betul-betul fikrah ikhwan. Kalau kita betul-betul fahami, nescaya kita akan buat kesimpulan:”Seperti mana fikrah hasan albanna, seperti itu jugalah fikrah syed qutb dan ikhwan sekarang…” Ikhwan pengganas? Golongan macam ni terpedaya dengan fitnah-fitnah media anti-islam lantas percaya dan sebarkan. Pernah tak korang buku majmuat rasail hasan albanna dari awal sampai habis? Pernah tak baca at least satu buku karangan syed qutb? Kalau tak pernah baca, pergi baca dan fahami. Kalau tak faham, Tanya orang yang faham.

c)Ketiga, ada pulak golongan yang taksub dengan sesetengah ulama’, lantas bila ulama’ tu menyatakan bahawa ikhwan salah, Assisi betul atas hujah-hujah tertentu, maka golongan ni pun akur atas alasan “kita tak boleh lawan ulama’, daging ulama’ beracun, siapa kita ni nak banding ulama’, jangan komen-komen, dan lain-lain”.

Pertamanya, jauhi taksub wahai kawan. Ana nak timbulkan satu soalan mudah:

“Baru-baru ni, ada seorang ulama’ di Malaysia yang menyatakan pandangan bahawa Haram melawan kerajaan Assisi, dan ikhwan adalah pengganas. Maka, sejurus ulama’ tu nyatakan pandangan tu, ramai sangat orang yang tak setuju, suruh ulama’ tu tarik balik kenyataan tu, ada yang kata ulama’ tu bodoh, macai kerajaan dan lain-lain. Tapi, bila ada sesetengah ulama’ di mesir yang turut menyatakan pandangan seperti itu, kenapa korang tak komen? Bahkan mendiamkan diri dengan alasan hormat?”

Dalam isu khilaf sebegini, korang kena buat beberapa step di bawah:
-Jauhi taksub.
-Baca setiap hujah ulama’-ulama’. Dan bandingkan. Ada ulama’ yang menggunakan hujah yang tak kena dengan waqi’ dan salah faham akan hujah tersebut.
-Maka, kita berhak untuk tidak setuju dengan ulama’ tersebut, dan menegur dengan hujah, bukan emosi.

Kita pun faham, ada beberapa syeikh azhar( tak semua) yang menyatakan bahawa ikhwan adalah khawarij, penggganas dan haram. Pada masa yang sama, ada juga syeikh azhar yang menyokong penuh ikhwan. So, kita tak perlu gaduh-gaduh. Ana rasa, kita pun faham ijtihad mana yang benar, ijtihad mana yang salah dan mengelirukan umat.

Kalau ana, ana lebih meyakini ijtihad ulama’-ulama’ ikhwan muslimin yang menyeru umat islam memahami fikrah islam yang SYUMUL, dan ana tak bersetuju dengan golongan-golongan yang ambil islam secara juz’ie, sekadar ibadat, tanpa menghiraukan isu jatuh bangun umat dan yang sama waktu dengannya.

****

So, maybe ada banyak lagi golongan-golongan dan jenis pemikiran yang timbul bila isu mesir, syiria, palestin dan lain-lain berlaku. Maka, usahalah untuk fahami isu ini dengan sebaiknya.

PERANAN KITA?

Maka, ini subtopik yang perlu di beri perhatian. Mungkin dah banyak orang di beritahu, akan apakah yang perlu kita lakukan ketika ini setelah isu mesir ini terjadi. Ada juga orang yang semangat nak syahid, nak ke mesir dan berjuang sama-sama dan syahid di sana. Dan macam-macam lagi. Insyallah, ana akan bentangkan beberapa benda yang praktikal untuk kita bersama dapat amal. Doakan ana dapat amal!

a)Cakna dan Fahami isu.

Ana seru untuk kita sama-sama fahami isu mesir, isu palestin dan lain-lain bersama. Benda ni penting. Mahu tak mahu, kita kena lakukan beberapa usaha untuk pastikan kita faham isu ni. Banyakkan membaca, update isu mesir di facebook, surat khabar yang di percayai, twitter dan lain-lain. Kalau keliru dan tak faham certain part, jumpa orang yang faham, bincang dengan dia.

Untuk nak mudah fahami isu, ana sediakan beberapa link bagi memudahkan kita untuk faham isu ni secara menyeluruh:

dan lain-lain. Kalau kita tak usaha untuk faham isu, maka rugilah kita. Tak tahu nak cakap macamana, tapi serius rugi dank orang akan menyesal.

b)Fahami fikrah Ikhwan Muslimin

Kita pun tahu, ikhwan muslimin adalah sebuah Jemaah yang paling lama dan terbesar, dan telah berjaya menggerunkan israel, amerika, syiah dan musuh-musuh islam yang lain. Kalau di palestin misalnya, kalau tengok CNN dan sebagainya, Israel serang gaza adalah kerana ingin menghancurkan HAMAS. Kenapa Israel dan amerika takut sangat dengan HAMAS? Untuk pengetahuan, HAMAS adalah ikhwan muslimin di palestin.

Apabila mursi menjadi presiden, mengapa amerika, Israel, syiah dan lain beria-ia nak jatuhkan mursi? Kerana mursi adalah ikhwan, dan mereka amat takut dengan ikhwan muslimin. Mereka takut dengan naiknya ikhwan muslimin, maka benih-benih khilafah islamiah akan mekar tumbuh.

Soalannya ialah:

”Kenapa mereka takut sangat dengan ikhwan muslimin? Apakah specialnya fikrah ikhwan muslimin sehingga Israel sendiri mengakui bahawa fikrah ikhwan telah berjaya mempengaruhi jutaan jiwa umat islam. Apakah itu fikrah yang ikhwan muslimin bawa?”

Maka mula dari sekarang, usahalah untuk fahami fikrah ikhwan. Baca buku-buku hasil tulisan tokoh-tokoh ikhwan.  Buku “Apa ertinya saya menganut islam” hasil tulisan fathi yakan, baca dan hadamilah. Buku “Inilah Islam” oleh Syed Qutb, baca dan hadamilah. “Himpunan Risalah Hasan Albanna”, baca dan hadamilah. Buku-buku sirah seperti “raheeq makhtum”,”Fiqh sirah” dan lain-lain, mulalah baca dari sekarang!

Ikutlah tarbiah, dakwah dan Jemaah yang mendokongi fikrah ikhwan secara menyeluruh. Tetaplah bersama mereka. Pastikan hidup kita ada AGENDA.

c)Buang ideologi selain islam.

Seperti yang kita tahu, antara mereka-mereka yang menentang mursi di mesir adalah golongan liberal, secular, syiah dan kristian. Maka mulakan dari sekarang, andai kita telah terpengaruh dengan ideologi-ideologi liberal, secular, syiah dan lain-lain, amak buanglah secepatnya. Kembalilah kepada islam yang syumul dan asli, seperti yang di bawa oleh arrasul.

Apa itu liberal? Mudahnya, liberal ialah mereka-mereka yang memperjuangkan HAK ASASI melebihi syarak. Apa itu sekular? Sekular ialah golongan yang memisahkan agama dengan kehidupan, yang menganggap agama hanya pada ibadat, tapi isu pemerintahan secara islam dan lain-lain tak di anggap penting. Apa itu pluralisme? Pluralisme ialah golongan yang merasakan semua agama adalah sama. Dan lain-lain.

Maka, buanglah ideologi ini dari pemikiran kita. Dan wajib bagi kita untuk membanteras dan ideologi-ideologi ini di Malaysia.


d)Berubahlah.

Hakikatnya,dosa kita adalah PUNCA umat islam di sana di tindas. Dosa kita adalah punca lambatnya kemenangan islam. Kalau ketika zaman nabi musa kalau tak silap ana, hujan tak turun di kampung hanya kerana ada seorang laki yang masih belum taubat dengan dosa, begitu juga keadaan kita. Boleh baca tulisan ana tentang "kesan dosa" pada entri ni:http://adninroslan.blogspot.com/2013/06/kesan-dosa-seorang-daie.html

Dosa kita mengesani  jatuh bangun umat. Ana sendiri rasa bersalah bila nak cakap pasal benda ni kerana banyaknya dosa ana. Insyallah, ana akan doakan agar Allah bagi kita kekuatan. Teruskanlah AZAM kita untuk berubah, tinggalkan dosa, taubat, dan jadi orang yang berguna untuk umat. Ini adalah step yang sangat penting dan bermakna. Binalah peribadi kita agar menjadi seorang muslim yang baik, memahami islam dengan baik, bermanfaat untuk umat. Berubahlah wahai diri!

****

Akhirnya, DOA adalah senjata kita yang utama. Teruskan solat hajat, menangis, memohon pada Allah agar menangkan islam, dan jadikan kita di kalangan orang yang memenangkan islam. Yakinlah wahai kawan, kemenangan islam itu pasti.

Moga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak penjelasan dan manfaat untuk kita. Doakan ana, doakan umat, jangn putus doa! Andai ada apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam fakta dan hujah, maka teguran amatlah ana perlukan.

Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-

Wednesday, 14 August 2013

Kekeliruan dalam ikhtilat?


Bismillah. Saya mulakan post kali ni dengan nama Allah yang agung, tempat kita semua bergantung, tempat kita semua menyembah dan patuh. Saya minta ampun pada Allah andai saya sendiri tidak beramal, ya Allah, kurniakan kekuatan kepadaku untuk mengamalkan seluruh apa yang aku katakan. Post kali ini mungkin sensitive bagi sesetengah orang. Mungkin ramai yang tak mampu terima, atau mungkin ada yang terima namun rasa berat untuk amal, dan ada yang setuju, faham dan amal. Saya harap, korang lapangkan dada, menilai dengan syarak tentang isu ini, ketepikan nafsu.

Post kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT. Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut tarbiah.

Saya pernah bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka, kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat. Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa ikhtilat ini.

Oleh sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas. Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada:

1)Benda ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami.
2)Faktor tewas dalam ikhtilat
3)Kekeliruan dan penyelasaian dalam ikhtilat.

Dengan nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah, kurniakan kefahaman pada kami.

BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Awalnya, saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita terjah satu-satu penerangan:

a)HUKUM

Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah

Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.

Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

b)Kenapa ikhtilat HARAM?

Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!

Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.

Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.

FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT

Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:

1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.

Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?

Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?



KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT

Kekeliruan ni banyak. Kalau saya nak rungkaikan segala kekeliruan dan bagi penyelesaian, sangat lenguh jari nak type. Hakikatnya, kalau kita dah faham benda basic yang saya dah hurai kat atas tadi tu, segala kekeliruan boleh settle. Tapi, saya just nak kemukan beberapa kekeliruan yang famaous.

a)”Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
   “Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
  “Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
  “Kitorang bukannya zina pun…”

Kalau orang yang bagi alasan macam ni untuk membenarkan dosa yang diorang buat, check balik, adakah kawan dengan berlainan jantina ni dhorurat yang kalau tak buat, kita mati, atau hajat, yang mana sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama misalnya, selagi boleh sesame jantina, maka utamakan yang sesame jantina.Ana ada kawan, dia kata:

“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”


Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!

Mustahil andai kita berurusan dengan berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak mengganggu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar, kita rasa seronok bila sembang berlainan jantina, rasa “semacam”, rasa gembira. Hakikatnya, itulah nafsu. Selagi boleh berhubung sesame jantina, maka utamakan yang sesama jantina!

Saya ulang:” Selagi boleh berhubung sesama jantina, maka utamakan yang sesama jantina!”

Selagi boleh belajar dengan sesama jantina, selagi boleh Tanya pasal homework sesama jantina, maka buat! Kalau tak, memang hukumnya kembali haram. Kawan? Kawan sesama jantina kita pun kita tak settle, ada gaduh-gaduh dan sebagainya, buat apa sibuk-sibuk nak kawan berlainan jantina wahai kawanku yang hensem lagi smart? Kitorang bukan zina pun? Itulah jalan zina. Harap maklum.

Ukhwah? Bab ni saya suka untuk hurai. Apa hukum berukhwah dengan berlainan jantina? Baca ni betul-betul dan fahami. Sebelum saya yang hina ni menjawab soalan ni, saya beritahu kenapa saya timbulkan persoalan di atas. Ia adalah kerana saya Nampak, ramai yang “melonggarkan” ikhtilat ini atas dasar:”kami hanya berukhwah!”.Maka, yang terjadi, sesama ikhwah dan akhwat, mereka bertanya khabar, sembang-sembang  kosong dan lain-lain.

Sebelum saya jawab soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”,suka saya untuk bertanya:”Apakah makna ukhwah??”Adakah ukhwah bererti tidak bergaduh, mesra sesama orang yang berukhwah ,mengambil berat satu sama lain dan lain-lain?

Kalau itulah ukhwah, nescaya mat rempit dan geng-geng ganster juga berukhwah. mereka sangat ambil berat sesama mereka, mesra dan tolong menolong. ada mat rempit, jiran saya, meninggal dan kawan-kawan rempitnya yang lain menangis dan sedih dengan kematian kawan rempitnya. adakah itu bermakna mereka berukhwah?

Jawapannya:TIDAK.

Eh?abis tu, ukhwah tu apa?!


Suka ana bagi erti ukhwah yg di ta’rifkan oleh imam hasan albanna,dalam risalah ta’lim:
“Ukhwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh di hubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yg paling ampuh dan berharga. persaudaraaan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yg pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan takkan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan yg paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

(surah alhasyr:9)

Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.

(attaubah:71)

Inilah yg sepatutnya kita lakukan….”
(IMAM HASAN ALBANNA)

Melalui takrifan ini,maybe tak cukup faham. Nak lagi faham,rujuk buku “nazarat fi risalah ta’lim”,yang menghuraikan  takrifan ukhwah dari hasan albanna.Katanya:”Ukhwah hanya akan di rasai oleh mereka2 yang berjuang dan berdakwah….”

Kembali kepada soalan di atas: soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”.Bagi saya, jawapannya adalah:YA.UKHWAH ANTARA LELAKI DAN WANITA ADALAH WAJIB. Namun,seperti yang saya hurai tadi, ukhwah bukanlah bereti mesra, galak, bersuka ria dan lain-lain. Ukhwah adalah bersatu demi menguatkan islam. Allah hanya akan redha dengan ukhwah yang mana, hasil dari ukhwah tersebut, islam bangkit!

Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!

Bererti di sini, realiti yg berlaku di kalangan ramai di kalangan kita, bagi saya, ia bukanlah ukhwah.Tetapi ia adalah IKHTILAT!

b)Dakwah berlainan jantina?

Awalnya saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?

Kalau bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
 7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.

*****

Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.

Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:

”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”

Check diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat. Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan.

Rujuk sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.

Saya akhiri dengan sebuah persembangan ana dengan beberapa kawan saya, kawan saya bagi saya satu kata-kata yang sangat menarik:

“Ana pelik dengan orang yang rasa susah kalau tak dapat study group dengan perempuan. Yang beria-ria nak study group dengan perempuan. Lainla kalau tak boleh elak. Tapi patuhila syarat, jangan gurau-gurau dan lain-lain. ANA TAK STUDY GROUP DENGAN PEREMPUAN, boleh je dapat 4 flat. Nafsu je semua tu…”

Saya tersenyum:)

Wallahua'lam. Andai tidak setuju dengan mana-mana part, kita boleh bincang, nak tanya soalan atau apa-apa, ruangan komen di sediakan. Dan kalau saya ada masa, saya akan jawab. Perkongsian dari korang amat di galakkan.


-Adnin Roslan-