Tarbiah Sentap: July 2013

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan luar biasa?


Bismillah,nahmaduhu wa nusolli ‘ala rasulihil karim.Alhamdulillah,syukur pada Allah,tuhan sekalian alam, yang tak putus-putus bagi kita nikmat, rahmat, dan tak putus-putus bagi kita peluang untuk taubat, minta-maaf dan menangis padanya. Sangat SYUKUR!

Dan, sangat-sangat syukur, RAMADHAN menjelma lagi! Ini satu nikmat yang agung kot, best, tenang, setan tak ada, semangat ibadah menggunung tinggi, dan macam-macam lagi.Sangat puas hati!

Tapi, huh.Bila fikir-fikir balik, tiap tahun kita lalui ramadhan, tapi, entah apa kesan ramadhan pada diri kita pun tak tahu. Maksiat still buat, benda lagho macam apa kita buat, AGENDA still kosong, ibadah-ibadah yang kita buat time ramadhan berkurang bila habis ramadhan.Bukankan puasa menghasilkan taqwa? Tapi, berdasarkan pengalaman ramadhan sebelum-sebelum ni, try muhasabah. Meningkat ke taqwa kita? Macam tak je. Ya rabb.

So, apa silapnya? Ramadhan sebelum ni, kita buat ibadah banyak kot .Kalau kat sekolah ana dulu, khatam 3 kali tu macam sikit gila.Tahajud siapa tinggal memang aib kot.Tapi, soalannya:”Apa silapnya?”

Maka masuklah tajuk entri kali ni,RAMADHAN LUAR BIASA. Macam biasa,kita akan terus santai. Tu tema dalam setiap penulisan ana. Kita ambil contoh-contoh realiti, dan ana akan cuba kaitkan dengan tarbawi dan dakwi.Harap-harap penulisan kali ni, dapat memupuk CARA FIKIR yang baru dalam kita melalui ramadhan kali ni.

RAMADHAN BIASA

Ramadhan biasa ni, simple, ia seperti orang-orang biasa lalui. Ok, contoh mudah. Ramai time ramadhan, PLANNING dia nak khatam quran, tak nak tinggal tahajud, tarawih 20 tiap hari, solat Jemaah full, sedeqah, dan segala ibadat lain. Macam biasa. Tulah yang ramai PLAN.

Ada beberapa point yang ana nak sampaikan:

1) Andai kita plan nak khatam 1 juz dalam masa sebulan, iaitu dengan baca sehari satu juzuk, ketahuilah, wajibat seorang DAIE, memang baca quran 1 juz tiap hari, walaupun bukan di bulan ramadhan.

2)Kalau plan tak nak tinggal tahajud, sepatutnya seorang daie tu memang kena solat tahajud, qiamullail tiap hari walaupun bukan time ramahdan. Kalau 3 hari berturut-turut tinggal qiamullail, tak tahulah nak cakap macamana, dan sepatutnya benda tu tak terjadi.

3)Solat Jemaah lagilah.Memang tiap hari, walaupun bukan bulan ramadhan.Kalau 3 hari berturut-turut tak full 5 waktu dalam sehari, maknanya kita memang gerun.Benda basic, sepatutnya semua orang yang ikut tarbiah boleh settle bab ni.

Begitu juga amalan-amalan lain, yang ramai orang PLAN dan jadikan agenda utamanya time ramadhan. Pulun IBADAH!Yeay! Yela, pahala berganda-ganda kot. Siapa tak nak? Tapi masalahnya, benda yang kita plan untuk ramadhan biasanya adalah benda yang memang sepatutnya orang ikut dakwah dan tarbiah dah settle dan istiqomah. So, takkan nak biar ramadhan kali ini di penuhi dengan AGENDA dan benda yang memang patutnya kita dah settle, tanpa penambahan?

Itulah ramadhan BIASA. Kita tak nak lalui ramadhan dengan biasa-biasa.Kalau boleh, kita nak laluinya dengan cara luar biasa! Erk, luar biasa tu macamana pulak? Jangan risau, ana akan hurai beberapa benda yang ana boleh kongsi. Jom kita teruskan..

RAMADHAN LUAR BIASA

Benda first yang kita kena faham, IBADAH ni adalah tujuan hidup kita, dan seorang yang dah ikut tarbiah dan dakwah patutnya komit dengan segala ibadah-ibadah sunat dan wajib, jaga amal fardhi, adanya amalan-amalan “rahsia” antara kita dengan Allah.Itu benda yang sepatutnya dah settle dan hari-hari kita buat.

So, ramai orang, dia plan tiap kali ramadhan je, nak pulun ibadah, nak habiskan 90% ramadhan dengan ibadah dan sebagainya.Sangat bagus! Tapi, adakah itu yang nabi saw buat? Begitukah cara nabi dan sahabat penuhkan masa mereka ketika ramadhan?

Jawapannya ialah:”TIDAK”.Bukan nak cakap tak perlu ibadah. Macam ana cakap, ibadah, amal fardhi kita patutnya dah settle walaupun bukan time ramadhan. Kita istiqomahkan amalan-amalan tu time ramdhan dan tambah sikit, Cuma ana nak bagi kita Nampak TASAWUR RAMADHAN yang sepatutnya seorang yang ikut tarbiah dan dakwah perlu faham.

1)BANYAKKAN MEMBACA BUKU-BUKU FIKRAH, DAKWAH DAN ULUM SYARAK.

Ada kawan ana, time ramadhan sahaja, dia dah dapat baca 10 buku fikrah dan dakwah, dalam bahasa arab!10 kot, banyak gila! Lepas tu, ana Tanya dia:

“Anta tak rasa KERING ke, yela, ramadhan banyak baca buku-buku je…”

Dia jawab panjang.Ana pendekkan dalam beberapa point:

a)Mula-mula memang rasa KERING. Tapi, cuba kita kaji sirah, apa yang nabi buat time ramadhan.Adakah agenda uatama nabi dan sahabat adalah ibadah 24 jam? Nabi dan sahabat, time ramadhan, penuhi masa dengan PERJUANGAN!

b)Bayangkan,kalau kita habiskan masa 90% adalah dengan ibadah.Apa effect dan kesannya pada diri kita?Tahukah kita,setan lagi takut 1 orang yang berilmu lebih setan takut dari 1000 orang abid.Kita penuhi diri kita dengan ilmu fikrah,dakwah dan ulum syarak supaya kita FAHAMI islam seperti mana yang arrasul bawak,,itu lebih utama! Dan ia lebih memberi kesan pada diri kita dari sudut KEFAHAMAN, fikrah dan cara fikir. Sangat penting! At least, siapa tak pernah baca kitab-kitab sirah, please, usaha untuk baca.

c)Bukankan membaca dan tuntut ilmu juga satu ibadah?

2)DAKWAH

Ada di kalangan kita yang lupa, orang yang buat dakwah ganjarannya berkali-kali ganda lebih banyak dari ibadah.Kalau ibadah ni, memberi impak kepada diri kita, dakwah pula memberi impak bukan pada diri kita, bahkan untuk orang lain. Apa guna andai ramadhan hanya membuahkan HASIL yang baik untuk kita sahaja?Rugi syeikh…

So,PLAN! Jadikan agenda utama ramadhan kita DAKWAH.At least, target, time ramadhan, dapatlah jadi sabab hidayat pada sorang. TAJMIK buat, dakwah fardiah kena gila-gila.Bayangkan, kita menjadi asbab orang lain berubah. Nikmat kot!

Ana teringat satu kata-kata yang membuatkan ana rasa semangat untuk buat dakwah fardiah ni:

"Apabila aku melihat wajah muridku yang BENAR dan telah berjaya di bawah bimbinganku,aku pun kenyang,puas dari dahaga,aku merasa bangga dan aku merasa gembira dan bahagia memikirkan bagaimana perkara sedemikian boleh terhasil dari bimbinganku..??"
(Abdul Qadir Alkailani)


*****

Cukup dua tu. Membaca, buat dakwah.Nampak macam simple, tapi, huh, susah sebenarnya.Doakan ana.Banyak-banyak doa agar Allah jadikan ramadhan kali ni ramadhan yang terbaik, memberi kesan yang BANYAK pada diri kita, dan orang lain.

Moga Allah bagi syurga!

Ana akhiri entri kali ni dengan kata-kata ni:
"Apabila aku melihat wajah muridku yang BENAR dan telah berjaya di bawah bimbinganku,aku pun kenyang,puas dari dahaga,aku merasa bangga dan aku merasa gembira dan bahagia memikirkan bagaimana perkara sedemikian boleh terhasil dari bimbinganku..??"

(Abdul Qadir Alkailani)


-Adnin Roslan-

Monday, 1 July 2013

Kesan dosa seorang daie?



Assalamualaikum.Alhamdulillah,sangat syukur,Allah bagi kekuatan untuk still menulis.Kali ni, penulisan agak ana rasa bersalah nak tulis, tapi inilah luahan hati, dan benda yang semua orang perlu sedar dan tahu, dan perlu di taujih berkali-kali lantaran kelalaian kita.Ya, ia tentang DOSA.

Tapi, ana tak nak sentuh topic ni dengan sentuhan yang biasa-biasa.Insyallah ana sentuh topic dan isu ni dengan kaitkan ia dengan kehidupan seharian seorang yang mengaku sebagai seorang PENDAKWAH, dan yang mengaku menyerahkan diri untuk di tarbiah.

Apakah kesan dosa bagi seorang daie?Itu perbincangan dan persembangan kita pada entri kali ni.Sekali lagi ana sebut, ana sendiri rasa bersalah nak cakap bab ni, lantaran banyaknya dosa ana.Tapi, ya, peringatan tentang dosa perlu di ulang lagi dan lagi, sebab ni isu besar, walau Nampak macam remeh dan kecik. Benda BESAR!

IMPAK DOSA BAGI SEORANG DAEI

Semua pendakwah kena tahu satu benda:
“Dosa kita takkan di warisi oleh orang lain. Tetapi, dosa kita akan MENGESANI orang lain..”

Pertama,ana hurai dari sudut kesan dosa yang kita buat terhadap mad’u:

Pernah tak, kita buat dakwah, kita sembang kencang dekat mad’u kita, tapi hati diorang macam tak hidup, maksiat masih lagi diorang buat, dan selama kita “pegang” dan dakwah dia, taka da satu apa pun perubahan kat mad’u kita. Kita kena muhasabah, benda ni terjadi tak lain adalah sebab KOTORnya hati kita.

Prinsipnya mudah. Kalau seorang dah libatkan diri dalam tarbiah dan dakwah tengok movie, tak mustahil orang lain akan tengok benda lucah. Andai Kalau seorang dah libatkan diri dalam tarbiah dan dakwah ikhtilat, tak mustahil orang lain akan couple dan berzina. Andai Kalau seorang dah libatkan diri dalam tarbiah dan dakwah ni dengar lagu-lagu lagho sebagai hiburan, tak mustahil orang lain akan dengar benda yang lagi teruk dari tu.

Andai kita ada anak buah usrah misalnya,kita sebagai “naqib” pun still tengok movie ,anime memanjang atas alasan “jangan sampai jadi najis”,tak mustahil anak buah kita akan jadi lagi teruk dari tu dengan tengok video-video tak elok.

Isu ni bukan isu main-main,benda ni SERIUS dan terbukti.Ana sendiri pernah sekali dengar satu lagu barat untuk nak kaji sikit music dia( kononnya).Sekali,ana dapat laporan, murid-murid ana yang perempuan kat asrama,dengar ramai-ramai lagu-lagu Justin bieber.Ana dengar berita tu, ana terus delete lagu barat yang ana tengah dengar dan cepat-cepat istighfar.Dan banyak lagi kisah.

Seorang sahabat, Huzaifah alyamani berkata, yang ana petik dari buku al awaiq karangan Ahmad arrasyid:

“Wahai garam bumi(kelompok mukmin),janganlah kamu menjadi rosak.Kerana apabila sesuatu telah rosak, tidak ada yang boleh memperbaikinya semula kecuali garam itu sendiri…”

Andai daie pun rosak, bayangkan, bagaimana rosaknya umat.Bagaimana orang yang hatinya sendiri terkunci,mampu membuka hati orang lain?Huh, ya Allah.

Kedua,kesan dosa kepada  Jemaah pula:

 Jangan ingat dosa yang kita lakukan tak memberi apa-apa impak pada Jemaah yang kita telah intima’.Hakikatnya, dosa kita memberi impak pada kemenangan dan kemajuan dakwah.
Seperti menuang setitik air dalam kolam renang, Nampak macam taka da apa-apa kesan,tetapi kita tak perasan, sebenarnya air dalam kolam renang tu bertambah.Jangan ingat benda kecik tak membawa impak! Jangan sesekali…

“Ketaksiran kita, akan melambatkan kemenangan islam…”

Ketiga,kesan dosa yang paling perlu kita perhati adalah pada diri kita sendiri:

 Kita sendiri rasa betapa terseksanya bila terperangkan dengan dosa ni. Selagi kita lemah dalam satu-satu dosa, selagi tulah Allah uji kita dengan dosa tersebut. Bayangkan,kita dah panjant gunung tinggi-tinggi,tetapi bila silap langkah,kita jatuh hingga ke bawah. Adakah mudah kita nak daki semula gunung tu? Susah!

Begitu juga impak dosa pada diri kita. Kita seolah-olah sedang mendaki untuk mencapai ke kemuncak tarbiah dan dakwah, tetapi bila kita buat dosa, kita seolah-olah JATUH, dan terkebelakang berbanding ikhwah-ikhwah kita yang lain dan telah pergi jauh meninggi.

Pernah tak kita rasa stress, nak buat dakwah tak semangat, nak buat kerja-kerja “idari” pun tak semangat. Ketahuilah,itulah kesan dosa!

Pernah sekali, time ana dah lama tak buat music( Ana di tugaskan untuk buat musik ),ana tak dapat idea nak buat music dalam tempoh masa yang sangat lama.Ana pun tak tahu kenapa.Tapi,ada sorang ikhwah datang kat ana dan pesan:

“Adnin,time lepas solat tadi,Allah bagi ana ilham untuk nasihat anta. Anta nak tahu tak, sebenarnya,ana rasa,anta tak dapat idea buat music mungkin sebab HATI anta ada masalah. Mesti ada something wrong. Sebab ana tengok, lama sangat anta tak dapat idea buat music.Try anta istighfar,baca quran dan muhasabah.Check diri anta.Ana risau dengan anta ni…”

Huh,taujihat dari ikhwah tu memang betul-betul buat ana terfikir panjang.Sebenarnya, di sebabkan dosa,ia MEMATIKAN idea kita,melambatkan kerja kita,dan menghilangkan kebijaksanaan kita!

DOSA BAGI SEORANG DAIE

Timbul satu lagi isu yang bagi ana sangat besar. Apakah dosa yang berlegar-legar dalam kehidupan seorang daie? Adakah dosa mereka sama taraf dengan dosa-dosa orang biasa? Ketahuilah,andai kita mengaku ikut dakwah dan buat dakwah,ikut tarbiah dan lain-lain,tapi dosa kita still sama macam orang yang tak pernah lalui tarbiah,sebenarnya,kita bukanlah seorang daie!

Kalau seorang daie still tak rasa apa-apa dosa bila tengok perempuan tak pakai tudung atau aksi-aksi yang agak tak sopan, andai seorang daie still ikhtilat dan sembang dengan perempuan tanpa apa-apa urusan dengan perasaan yang tak rasa bersalah, andai hiburan seorang daie tu masih lagi lagu-lagu lagho,lagu barat,ketahuiah,kita masih belum menjadi seorang DAIE.

Habis tu?

Bagi seorang daie,GENGGAMlah erat-erat kata-kata ini.

الحسنة الأبرار وسيئة المقربين""
“Satu kebaikan bagi orang yang baik,tetapi satu dosa bagi seorang yang dekat dengan Allah..”

Maknanya, andai orang biasa merasakan tengok movie tu tak ada masalah, seorang daie perlu rasakan ianya satu dosa. Andai orang lain rasa , solat di rumah dan tak solat Jemaah tu satu benda biasa,seorang daie perlu rasa tak solat Jemaah tu satu dosa bagi dirinya. Kalau orang biasa rasa tak bersalah bila tak qiamullail,seorang daie kena rasa,meninggalkan qiamullail tu adalah satu dosa besar pada dirinya.Andai orang lain tak baca quran sehari satu juz ,seorang dai kena rasa,tak baca quran tu satu dosa besar bagi dirinya..

Kalau tak,apa beza orang yang ikut tarbiah dengan orang biasa?

Bermakna, andai seorang daie tak jaga qiamullailnya,solat jemaahnya,dan segala amal fardinya yang lain,ia juga akan memberi impak dan kesan buruk pada dirinya, mad'unya, dan jemaah! Ya Allah, serius ana sendiri rasa serba salah atas lemah dan banyaknya dosa. Moga Allah ampunkan kita semua!

*****

Akhirnya, muhasabahlah diri masing-masing. Mungkin kita rasa dosa kita ni biasa-biasa.Sedangkan bertimbun banyak. Benda lagho jadi kebiasaan, terpenjara dengan maksiat dan lain. Ingatlah, dosa kita memang tak akan di warisi.Tetapi,ia mengesani umat.

Kita tak boleh lari dari dosa.Tapi, janganlah lari dari taubat kepada Allah lagi dan lagi. Pintu taubat takkan di buka hanya dengan sekali ketuk.Tetapi,Allah akan buka setelah kita mengetuk pintu itu berkali-kali. Andai taubat kita telah di terima,ketika itu,kita akan rasa bahgia,bebas dari sangkar dosa dan maksiat yang menghantui,tenang dan sangat damai.Time tu, air mata nak mengalir amat mudah.

Moga Allah bagi kita kekuatan!Ana akhirinya entri kali ni dengan kata-kata ni:

“Dosa kita takkan di warisi oleh orang lain. Tetapi, dosa kita akan MENGESANI orang lain..”

Wallahua’lam.Doakan ana bebas dari dosa noda!


-Adnin Roslan-