Tarbiah Sentap: Kesilapan dalam dakwah?

Sunday, 8 September 2013

Kesilapan dalam dakwah?


“Dakwah itu terbina atas himpunan-himpunan pengalaman…”

Itulah kata-kata yang saya dengar ketika zaman sekolah menengah. Kata-kata yang cukup berharga, yang mambuatkan kita tak mudah putus asa, tiap kali kita tersilap dan tersalah langkah ketika kita sedang bergelumang dengan kenikmatan dakwah dan tarbiah. Siapa yang buat kerja dakwah dengan sungguh-sungguh, pasti dia akan melakukan kesilapan. Dan tiap kesilapan yang dia lakukan, ia akan menjadi pengalaman yang cukup BERHARGA untuk dia tidak ulanginya buat kali kedua.

Namun, percayalah, hanya yang BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam dakwah dan tarbiah sahaja akan melakukan kesilapan dan menjadikan kesilapan yang dia lakukan itu sebagai pengalaman berharga untuknya. Yang tidak melakukan dakwah dengan sungguh-sungguh, dia maybe tak buat silap, kerana dia hanya “Statik” dan dia tak akan mendapat pengalaman yang banyak dalam dakwah dan tarbiah, dan dia akan bosan, tak meningkat dan kurangnya seni dakwah.

Atas sebab tulah, orang yang dahsyat amalnya dalam dakwah tarbiah, dia boleh cerita pada orang lain, bagaimana nak berurusan dengan pelbagai orang. Contoh mudah, kalau ada orang kongsi seni dakwah pada kita:

“Kalau nak berhadapan dengan orang yang ego ni, kita kena usaha untuk jadi setaraf dia dari segala aspek. Pelajaran kita mesti setaraf atau lebih baik dari dia, akhlak dan ibadat kita juga kena lebih power dari orang itu. Kalau tidak, apa yang kita cakap, dia tak akan dengar kerana dia pandang rendah pada kita….”

Macamana orang tu tahu? Semestinya dia sendiri pernah berhadapan dengan orang yang ego, dan orang ego tersebut tidak menerima dakwahnya lantaran pelajaran, akhlak dan ibadat daie itu tak setaraf orang ego tersebut. Dan pengalaman berharga itu, di jadikan iktibar dan lepas ini, dia tidak mengulangi kesilapan kedua ketika berhadapan dengan orang-orang yang ego.

Erk, faham ke contoh ni? Sorry kalau tak faham.

Oleh sebab itu, pengalaman dakwah adalah sangat berharga. Setiap kesilapan yang kita lakukan ketika buat dakwah, bila ada orang tegur, nasihat dan tunjukkan kita jalan yang sebenar, janganlah kita lemah semangat, futur, rasa diri ini tak berguna untuk dakwah lantaran banyak gila silap, dan lain-lain. Tapi, setiap kesilapan, kita akur, kita jadikannya iktibar, untuk terus maju dan tidak terjatuh buat kali kedua.

 Itulah dakwah! Salah cara dakwah pun dapat pahala. Kerana niat kita dakwah, adalah untuk BELAJAR! Seperti nak ambil lessen, kalau time tengah belajar, kalau salah bawak or terlanggar apa-apa, kita takkan kena denda atau saman, kerana kita sedang belajar. Tapi, bila dah dapat lesen, and still buat silap, baru kena saman.

So, kita kena niat, tiap dakwah dan tarbiah yang kita ikut dan lakukan, niatlah dengan niat “MAHU BELAJAR”, agar setiap kesilapan kita di baiki oleh rakan seperjuangan kita. Kalau kita niat dakwah dan tarbiah ni untuk “MENGAJAR”, maka bila orang tegur kita, kita tak boleh  terima, ego dan stress. So, apa kena mengena ni semua dengan TAJUK utama  kat atas?

Saya juga ingin berkongsi kesilapan-kesilapan saya dalam berdakwah, agar pengalaman dan kesilapan saya ini tidak lagi di ulangi oleh mana-mana orang. Moga perkongsian saya kali ini membawa pelbagai manfaat. Amin!

****
1)JANGAN CARI SALAH ORANG

Kadang-kadang, bila kita semangat dakwah tanpa di pandu, kita seboleh-bolehnya nak cari salah mad’u kita, dengan harapan nak ubah mad’u kita dari keseluruhan aspek. Kalau boleh, kita nak pastikan mad’u kita ni tak buat langsung dosa-dosa yang berkaitan dengan aib dan sebagainya. Selagi kita tak dapat tahu samaada mad’u kita tu “perfect” atau tak, selagi tu lah kita nak cari aib dan kesalahan dia.

Maka, atas alasan “nak ubah dia”, kita pun mulakanlah langkah-langkah yang tak sepatutnya di lakukan oleh kita. Kita pun usaha untuk jaga tepi kain mad’u kita, kita selidik dan cari kesalahan mad’u kita hingga ke lubang cacing, dan yang sama waktu dengannya.

Sehingga sampai satu tahap, kita akan berhadapan dengan mad’u kita dengan penuh PRA SANGKA buruk. Kita tak percaya segala kebaikan-kebaikan yang di lakukan oleh mad’u kita, kita lupakan dan abaikan segala potensi yang ada pada mad’u kita, dan kita akan sentiasa benci mad’u kita.

Kenapa tak boleh cari kesalahan orang? Kerana Allah sendiri larang! Cuba try tadabbur ayat 12, surah alhujurat. Komfem kita akan menyesal dengan sikap kita yang suka cari salah orang. Ingat lagi kisah umar alkhattab yang memecah masuk rumah orang yang berzina? Lantas orang tu cakap:

“Wahai umar, aku melakukan satu dosa iaitu berzina. Tetapi kau melakukan dua dosa iaitu kau masuk rumah aku tanpa izin dank au MENCARI KESALAHAN AKU…”
So, apa solusinya?

Pertama, ingatlah kata-kata umar alkhattab:
” Siapa yang kami Nampak zahirnya baik, maka kami sukakannya. Siapa yang kami Nampak zahirnya jahat, maka kami tidak sukakannya…”

Kita hanya mampu menilai zahir. Sometimes, mad’u kita memang inginkan kebaikan, dan dia ZAHIRKAN KEBAIKANNYA. Namun, lantaran lemahnya iman, mungkin mad’u kita melakukan dosa-dosa lantaran tak mampu tahan dan lawan, dan di sudut hatinya, dia ingin berubah, ingin meninggalkan dosa noda, benci akan maksiat, dan menyesali. Cuma, dia tidak mampu lawan. Dia zahirkan kebaikannya kerana dia cintakan kebaikan, dia tenang dengan kebaikan, berasa nikmat dan bahgia dengan kebaikan.

Kerana itu, kita hanya mampu menilai ZAHIR, dan tak perlu mencari kesalahan dan aibnya. Tak perlu!

Kedua, ingat bagaimana nabi saw betul-betul menjaga hatinya dari bersangka buruk dengan sahabat baginda, sehingga nabi saw bersabda yang maksudnya lebih kurang:

“Janganlah kalian datang kepadaku dengan memberitahuku keburukan sahabatku yang lain. Kerana aku tidak mahu berhadapan dengan sahabatku dengan sangkaan yang buruk…”

Kalau boleh, cuba sedaya upaya kita “pasang telinga” untuk mendengar umpatan orang lain tentang mad’u kita. Agar bila kita berhadapan dengan mad’u kita, kita akan sentiasa sangka baik, Nampak dirinya sebagai orang yang berpotensi dan sangat baik. Bila kita sangka baik, tindakan kita dalam mendidiknya juga adalah yang terbaik!

Namun, andai situasinya berbeza, seperti kawan mad’u kita tak mampu tegur kesilapan mad’u kita, dan dia ceritakan masalah mad’u kita kepada kita dengan harapan yang besar agar kita menegur dan buat yang termampu untuk menolong mad’u kita, maka ia tak ada masalah, Cuma dengarlah masalah itu dengan penuh berlapang dada, tanpa terus melakukan langkah yang tergesa-gesa.

2)LIHAT KEBAIKAN, BUKAN KEBURUKAN

Dakwah adalah cari potensi mad’u, bimbing, doronginya sehingga dia keterhadapan dalam potensi dan bakatnya, cemerlang dengan sudut-sudut yang dia hebat. Sebaliknya, dakwah bukanlah cari kesalahan mad’u, marah dan tegurnya bertubi-tubi, sehingga mad’u kita DOWN, stress dan rasa lemah semangat untuk berubah lantaran sangkaannya bahawa “Aku tak ada harapan lagi. Aku teruk, takde orang suka aku…”

Ingat, bila mad’u kita buat silap, ya, kita tegur dengan hikmah berdasarkan keadaannya. Namun, benda yang sangat penting ialah kita cepat-cepat lihat kebaikannya, sebut kebaikannya sehingga mad’u kita rasa semangat dan rasa di hargai, beri dia HARAPAN dan SEMANGAT. Kita tak nak mad’u kita terlalu fikir dosa-dosanya sehingga down dan tiada keyakinan diri.

Lihat nabi saw, baginda dorong sahabat, puji setiap kebaikan yang sahabat buat. Dan pujian nabi pada sahabat bukan main-main, tapi, puji dahsyat-dahsyat punya. Contohnya:

“Kalau ada nabi lepas aku, maka umarlah paling layak jadi nabi…”
“Kalaulah aku boleh pilih kekasih selain Allah, nescaya aku akan jadikan abu bakar sebagai kekasihku..”
“Setiap nabi ada walinya. Dan waliku adalah Ali…”

Dan lain-lain. Nabi hargai setiap sahabat, puji mereka, bagi mereka semangat. Andai nabi Nampak kesalahan sahabat, nabi tegur dan bimbing, dan melupakan kesalahan mereka. Sebab tu, semua sahabat rasa bahawa “akulah sahabat yang paling nabi cinta”.

Simplenya, kembangkan potensi, bakat dan kebaikan mad’u. Bukan menegur bertubi-tubi kesalahannya. Kerana bila diri dah terbiasa dengan kebaikan,automatic dia akan rasa benci dan bosan dengan dosa noda.

*****

Itulah serba sedikit antara pengalaman saya. Dulu, saya pernah lakukan kedua-dua kesilapan ini. Alhamdulillah, pengalaman banyak mengajar saya. Moga perkongsian kali ini adalah sedikit manfaat. Moga Allah bagi syurga pada seluruh jiwa-jiwa yang beramal! 


Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

No comments: