Tarbiah Sentap: Kekeliruan dalam ikhtilat?

Wednesday, 14 August 2013

Kekeliruan dalam ikhtilat?


Bismillah. Saya mulakan post kali ni dengan nama Allah yang agung, tempat kita semua bergantung, tempat kita semua menyembah dan patuh. Saya minta ampun pada Allah andai saya sendiri tidak beramal, ya Allah, kurniakan kekuatan kepadaku untuk mengamalkan seluruh apa yang aku katakan. Post kali ini mungkin sensitive bagi sesetengah orang. Mungkin ramai yang tak mampu terima, atau mungkin ada yang terima namun rasa berat untuk amal, dan ada yang setuju, faham dan amal. Saya harap, korang lapangkan dada, menilai dengan syarak tentang isu ini, ketepikan nafsu.

Post kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT. Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut tarbiah.

Saya pernah bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka, kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat. Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa ikhtilat ini.

Oleh sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas. Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada:

1)Benda ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami.
2)Faktor tewas dalam ikhtilat
3)Kekeliruan dan penyelasaian dalam ikhtilat.

Dengan nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah, kurniakan kefahaman pada kami.

BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Awalnya, saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita terjah satu-satu penerangan:

a)HUKUM

Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah

Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.

Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

b)Kenapa ikhtilat HARAM?

Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!

Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.

Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.

FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT

Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:

1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.

Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?

Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?



KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT

Kekeliruan ni banyak. Kalau saya nak rungkaikan segala kekeliruan dan bagi penyelesaian, sangat lenguh jari nak type. Hakikatnya, kalau kita dah faham benda basic yang saya dah hurai kat atas tadi tu, segala kekeliruan boleh settle. Tapi, saya just nak kemukan beberapa kekeliruan yang famaous.

a)”Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
   “Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
  “Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
  “Kitorang bukannya zina pun…”

Kalau orang yang bagi alasan macam ni untuk membenarkan dosa yang diorang buat, check balik, adakah kawan dengan berlainan jantina ni dhorurat yang kalau tak buat, kita mati, atau hajat, yang mana sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama misalnya, selagi boleh sesame jantina, maka utamakan yang sesame jantina.Ana ada kawan, dia kata:

“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”


Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!

Mustahil andai kita berurusan dengan berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak mengganggu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar, kita rasa seronok bila sembang berlainan jantina, rasa “semacam”, rasa gembira. Hakikatnya, itulah nafsu. Selagi boleh berhubung sesame jantina, maka utamakan yang sesama jantina!

Saya ulang:” Selagi boleh berhubung sesama jantina, maka utamakan yang sesama jantina!”

Selagi boleh belajar dengan sesama jantina, selagi boleh Tanya pasal homework sesama jantina, maka buat! Kalau tak, memang hukumnya kembali haram. Kawan? Kawan sesama jantina kita pun kita tak settle, ada gaduh-gaduh dan sebagainya, buat apa sibuk-sibuk nak kawan berlainan jantina wahai kawanku yang hensem lagi smart? Kitorang bukan zina pun? Itulah jalan zina. Harap maklum.

Ukhwah? Bab ni saya suka untuk hurai. Apa hukum berukhwah dengan berlainan jantina? Baca ni betul-betul dan fahami. Sebelum saya yang hina ni menjawab soalan ni, saya beritahu kenapa saya timbulkan persoalan di atas. Ia adalah kerana saya Nampak, ramai yang “melonggarkan” ikhtilat ini atas dasar:”kami hanya berukhwah!”.Maka, yang terjadi, sesama ikhwah dan akhwat, mereka bertanya khabar, sembang-sembang  kosong dan lain-lain.

Sebelum saya jawab soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”,suka saya untuk bertanya:”Apakah makna ukhwah??”Adakah ukhwah bererti tidak bergaduh, mesra sesama orang yang berukhwah ,mengambil berat satu sama lain dan lain-lain?

Kalau itulah ukhwah, nescaya mat rempit dan geng-geng ganster juga berukhwah. mereka sangat ambil berat sesama mereka, mesra dan tolong menolong. ada mat rempit, jiran saya, meninggal dan kawan-kawan rempitnya yang lain menangis dan sedih dengan kematian kawan rempitnya. adakah itu bermakna mereka berukhwah?

Jawapannya:TIDAK.

Eh?abis tu, ukhwah tu apa?!


Suka ana bagi erti ukhwah yg di ta’rifkan oleh imam hasan albanna,dalam risalah ta’lim:
“Ukhwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh di hubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yg paling ampuh dan berharga. persaudaraaan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yg pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan takkan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan yg paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

(surah alhasyr:9)

Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.

(attaubah:71)

Inilah yg sepatutnya kita lakukan….”
(IMAM HASAN ALBANNA)

Melalui takrifan ini,maybe tak cukup faham. Nak lagi faham,rujuk buku “nazarat fi risalah ta’lim”,yang menghuraikan  takrifan ukhwah dari hasan albanna.Katanya:”Ukhwah hanya akan di rasai oleh mereka2 yang berjuang dan berdakwah….”

Kembali kepada soalan di atas: soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”.Bagi saya, jawapannya adalah:YA.UKHWAH ANTARA LELAKI DAN WANITA ADALAH WAJIB. Namun,seperti yang saya hurai tadi, ukhwah bukanlah bereti mesra, galak, bersuka ria dan lain-lain. Ukhwah adalah bersatu demi menguatkan islam. Allah hanya akan redha dengan ukhwah yang mana, hasil dari ukhwah tersebut, islam bangkit!

Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!

Bererti di sini, realiti yg berlaku di kalangan ramai di kalangan kita, bagi saya, ia bukanlah ukhwah.Tetapi ia adalah IKHTILAT!

b)Dakwah berlainan jantina?

Awalnya saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?

Kalau bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
 7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.

*****

Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.

Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:

”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”

Check diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat. Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan.

Rujuk sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.

Saya akhiri dengan sebuah persembangan ana dengan beberapa kawan saya, kawan saya bagi saya satu kata-kata yang sangat menarik:

“Ana pelik dengan orang yang rasa susah kalau tak dapat study group dengan perempuan. Yang beria-ria nak study group dengan perempuan. Lainla kalau tak boleh elak. Tapi patuhila syarat, jangan gurau-gurau dan lain-lain. ANA TAK STUDY GROUP DENGAN PEREMPUAN, boleh je dapat 4 flat. Nafsu je semua tu…”

Saya tersenyum:)

Wallahua'lam. Andai tidak setuju dengan mana-mana part, kita boleh bincang, nak tanya soalan atau apa-apa, ruangan komen di sediakan. Dan kalau saya ada masa, saya akan jawab. Perkongsian dari korang amat di galakkan.


-Adnin Roslan-






84 comments:

Nawfal ahmad said...

untuk lebih mesra pengguna, gunakan pendekatan 'saya' berbanding 'ana' .

Blog yang sangat berpotensi ini perlu dikerapkan lagi. saya sokong dari belakang. :)

Unknown said...

Tulisan yang baik untuk golongan pemuda pemudi pejuang Islam. Teruskan menulis.

Ust os.

anakpenghulu berazam said...

serius blogger wajib teroskan blog ini!! point yg terbaik! klu boleh cntikkan ckit.... hebat!

eLynda said...

Assalamualaikum, mohon buat satu entri bagi definisi bagi perkataan-perkataan ini seperti tarbiah, usrah, syadid dan sebagai nya.. sebab sering terkeliru... ^^, terima kasih

Adnin Roslan said...

Salam. Insyallah. jzkk atas cadangan yg bernas.

Muhamad Raziq said...

Sahabat, bagaimne pula kepada pasangan yg dn bertunang?

Adnin Roslan said...

Dah bertunang, masih di kategorikan "belum berkahwin".Maka, batas2 di atas perlu di jaga rapi. Ramai skrg, dgn alasan dah bertunang, maka mereka menghalalkan persembangan kosong dan tak penting, dan yg sama waktu dgnnya.

walhal,tak boleh.Tapi andai hajat(ingin taaruf ringkas, dan lain2),ma abuat dgn syarat2 dan adab yg sopan dan tak berderet,serius, dan lain2. wallahua'lam.

Nursyamura Faris said...

mohon share :)

Wangian Syurga said...

asalamualaikum,, maaf saya ingin bertanya.. di sini saya ada sedikit kekeliruan.. apakah hukum kita menghadiri majlis2 seperti majlis reunion.. di mana kita akan berbual2 sesama lelaki dan perempuan..

Syiqa Official said...

ustaz, boleh huraikan dgn lebih lagi tntg ikhtilat di alam maya?

Firdaus Fauzi said...

maaf...ada rasa sedikit tak kene...bukan ke hukum asal adalah boleh kerana Islam agama yang boleh tetapi ada batas2 yg ditetapkan syara' menjadikan sesuate perkara tu tak boleh...hukum asal tak boleh adalah dalam ibadah...minta ruju' ustaz kembali kalau2 saye terlisap...wallahua'lam...

Amirah Asri said...

apakah cara utk menghadapi lelaki yg tidak punya fikrah. adakah sedikit kelonggaran dlmenghadapi utk tempoh tertentu supaya mereka tak kata kita sombong tp bawa dakwah

Adnin Roslan said...

Salam. JAwapan kepada soalan:
SYIQA OFFICIAL:
"Ikhtilat alam maya sama hukumnya dgn ikhtilat realiti.Lihat hukum2nya, kemudian cuba aplikasikan dalam alam maya..."

FIRDAUS FAUZI:
"Tidak semua. Rujuk huraian ulama ttg kata2 itu.Apa yg di kategorikan sebagai harus..."

AMIRAH ASRI
"Setakat ni, kalau memang betul2 memerlukan pertemuan lelaki dan perempuan, dan tak mampu utk di elakkan, maka ikut syarat2 yg telah dinyatakan di atas. Agar tak berlaku fitnah yg lebih besar, hatta atas nama dakwah..

WALLAHUA'LAM

Nadiatul Aini ヅ said...

Assalamualaikum. Nak bertanya, kalau perempuan, upload gambar di laman sosial (gambar sendiri atau dengan kawan kawan perempuan yg lain) & lelaki ajnabi tengok, adakah itu dikira sebagai ikhtilat? Terima kasih.

Jihad-Jihad Je said...

Bagaimana kalau 'liking' post facebook, instagram user yang berlainan jantina?
adakah dikira ikhtilat?

Umair said...

Assalamualaikum, ana suka penerangan enta, terima kasih atas nasihat ini

Adnin Roslan said...

Saya ada jawab isu "like" di sini:

1)http://adninroslan.blogspot.com/2014/03/soal-jawabcinta-allah-vs-cinta-manusia.html

2)http://adninroslan.blogspot.com/2014/05/cinta-itu-menghancurkan-kau.html

Moga bermanfaat!

Adnin Roslan said...

Saya ada jawab di sini.Moga bermanfaat!:

1)http://adninroslan.blogspot.com/2014/06/wanitaberubahmalu-dan-purdah.html

2)http://adninroslan.blogspot.com/2014/03/soal-jawabcinta-allah-vs-cinta-manusia.html

3)http://adninroslan.blogspot.com/2014/05/cinta-itu-menghancurkan-kau.html

thira hashim said...

Assalamualaikum boleh tak saudara cerita mengenai urusan jodoh zaman sekarangni bgi mengikut cara yang betul tanpa merosakkan ikhtilat ni? Mcm ada yang bg alasan couple nak kenal hati budi. Saya tk tau nak terangkan mcm mana dekat sahabat saya. Penat balah. Mohon ya bagi pandangan saudara macam mana dengn urusan jodoh yang betul zaman sekarang ni

kojek said...

entry yang amat berguna, terima kasih

k said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ilham Kasih said...

maap..saya ada share blog anda dalam blog saya...tq

Nazmeer Ramli said...

Kebanyakan sbp menggalakkan laki2 ngan pompuan bergaul...camne nk wat nih ustaz?

AhmadMuzammil mel said...

Dosa dosa kecil berleluasa. Ampunkan kami hambamu yang buat dosa kecil kerana tidal menjaga ikhtilat INI

Anonymous said...

Assalam..adakah tuan sekadar menulis? Blh bg talk ker?

fatimah az-zahra said...

Pertunangan bknlah lesen utk kita xmnjga ikhtilat. ..slagi blm ad ijab dan qabul slagi tu ianya ttp haram... ttp ajnabi... mf andai terslh silap,ana msih jahil: /

nur shafiha said...

assalamualaikum wbt.sebuah blog dlm menyampaikan ilmu yang berguna terutama kpada saya golongan muda dan remaja , semoga saya dapat perbaiki diri dlm menjaga ikhtilat saya :)

sayor said...

Assalamualaikum ustaz bagaimana pula jika kta menghubungi ex classmate utk bertnya khabar?adakah dikira ikhtilat?mohon pencerahan

Gufran Alibaba said...

Assalamu'alaiqum,adakah haram hukumnya kaum wanita memakai pelangi,

Anonymous said...

Assalamualaikum, mohon buat satu entri bagi definisi bagi perkataan-perkataan ini seperti tarbiah, usrah, syadid dan sebagai nya.. sebab sering terkeliru... ^^, terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum,saya nak tanye..kenapa kalau kite letak smiley and 'haha..hehehe' tu semua dikira ikhtilat?boleh huraikan dengan lebih mendalam lagi?syukran

Anonymous said...

assalamualaikum,saya nak tanye..kenapa kalau kite letak smiley and 'haha..hehehe' tu semua dikira ikhtilat?boleh huraikan dengan lebih mendalam lagi?syukran

Anonymous said...

assalamualaikum..saya nak tye kenapa penggunaan smiley and gelak2 tu dikira sebagai ikhtilat?boleh terangkan dengan lebih mendalam?terima kasih

ana syahmi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Assalamualaikum.. Saya ingin tanya, bagaimana pula ikhtilat antara ipar duai? Adakah sama, tidak boleh bergurau senda? Perlu jaga pergaulan? Sama seperti menjaga aurat

Anonymous said...

assalamualaikum.saya ada masalah seperti yang kitakana di atas. saya pelajar universiti, tinggal di kolej yang berlainan dengan semua budak perempuan yang sama course dengan saya . di kolej saya tinggal sekarang , saya sama kolej dengan semua pelajar lelaki course saya . dan saya lebih mudah untuk belajar bersama mereka . kadang kala saya keluar makan berdua sambil study . cuba elakkan bincang perkara2 yang lagha . tapi saya tahu , itu ibarat menghalalkan yang haram. aakah itu dikira darurat ? takkan saya nak jalan kaki ke kolej kawan perempuan saya setiap malam hanya untuk study yang terletak sangat jauh tu ? mohon pencerahan .

-budak pink

Anonymous said...

Mantop

Anonymous said...

Hukum haram ikhtilat spt saudari nyatakan..diambil drp mane ye? Ada dalil x? Syukran

Anonymous said...

Its good , but more better if u decorate this blog

한국 said...

Salam. Kata Ganti Nama Diri y terbaik utk digunakan semasa ber ikhtilat? Jzkk, thanks in advanced

Anonymous said...

Betul tu, saya takut dengan suasana SBP sudahlahh kebanykan pelajar adalah dari bandar dan bersosial bagai perkara wajib mereka. Bila ditegur mulalah makan daging saudara sendiri. Macam mna nk hadapi perkara ini? Saya takut sangat

Anonymous said...

Salam. Saya bertunang. Tetapi saya berhubung dgn tunang melalui whatsapp shj. Kami tidak bhubung dgn call atau berjumpa, bermaksud dlm tempoh pertunangan cukuplah sekadar taaruf dan cuba mengenali pasangan melalui medium itu. Saya sedia maklum dgn konsep ikhtilat ketika bertunang tetapi disebabkan urusan pernikahan yg masih ditunda oleh kedua ibu bapa, agak sukar jika tidak berhubung. Saya cukup struggle melalui tempoh ptunangan. Kdg2 sy rasa sy jauh dari Allah tapi sy melihat tunang tetap stiqamah dgn jadual kuliahnya ke masjid mahupun ke majlis ilmu. Ini amat jauh jika dibandingkan dgn diri sy. Sy keliru. Adakah sy merupakan calon isteri yg baik untuk dia atau bagaimana. Ujian Allah utk sy apabila diikat pertunangan ini, sy mendoakan pernikahan tidak ditunda dan dilewatkan. Tetapi atas faktor sy masih belajar, ibu bapa melihat sy perlu fokus pada pelajaran dan menangguhkan dulu urusan perkahwinan. Sy tertekan. Hendak mengenal tetapi mengelak untuk tidak ikhtilat adalah sesuatu yg agak sukar. Sy berpandangan cukuplah selagi kami tidak berkemahuan utk brjumpa,mgkin hubungan itu masih boleh dijaga. Sy sendiri tidak pernah berjumpa dgn tunang atau bersembang dgn dia dan sy memilih utk tidak berjumpa sehingga pada saat yg benar2 mustahak spt nikah. Bg sy, ikhtilat akan membawa kpd kemahuan rasa ingin brjumpa. Sy mungkin cuba menegakkan sesuatu yg bukan dlm pengetahuan sy tetapi sy yakin setiap daripada kita diberi ujian yg berbeza oleh Allah. Maaf. Mohon pandangan dan kata2 semangat.

ImanDjcanz said...

admin jangan berhenti update blog ni tauuuuuuuu.. dan terima kasih alhamdulillah saya dapat banyak ilmu dan point2 untuk nasihat rakan2..
TERUSKAN APA YANG BAIK :)

Farah Huda said...

Kalau lelaki anjabi yg sibuk sembang dengan kita mcm mana?Walaupun dia lembut mcm perempuan.minta penjelasan.

piee said...

Assalamualaikum terima kasih atas perkongsian ilmu.. nampaknye lebih jelas pemahaman saya berkaitan ikhtilat ... namun di sekolah saye (asrama) guru2 bukan membantu untuk membendung masalah ikhtilat ini malah mengeruh kan. Lagi keadaan dengan mewajibkan lagi ikhtilat dengan kerja group mesti berkumpulan dengan bukan jantina sendiri. Lebih parah, setiap kali kerje melibatkan pengunaan mahjong paper jika nak presentation kene buat sesame pastu nanti terlanggar lah bagi... ustaz ade cadangan x bagaimana nak bendung something macam ni...

Fatihah Jakfar said...

nice and worth entry..terimakasih sebab kongsi..

Anonymous said...

pie- bagi masalah guru sekolah yg selalu campur jantina pelajar dlm kerja berkumpulan bagi saya pertama- masa cg nak bg kumpulan tu cuba bg cadangan terus untuk x campur jantina dgn alas an menjaga ikhtilat. 2- kalau still cg tu suruh campur , bila dah duduk dlm kumpulan . terangkan awal2 kat ahli untuk duduk jauh2 sikit dan jaga gerak dan tingkah supaya tak terlanggar or what ever.
bg saya tu antaranya cara.

Anonymous said...

Mohon ustz jwb soalan mereka yg masih keliru. Kesian x de respon dr ustz.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, mohon share

MOHAMMAD RIZAL said...

Jazakallahu Khairan Kathira Ustaz Adnin, entri ini sungguh bermanfaat buat saya, kerana banyak mengajar dan menyedarkan saya tentang kesilapan dan dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari... Alhamdulillah, Tarbiah Sentap ini sangat baik dlm memberi Tazkirah kepada manusia yang lalai...

Anonymous said...

Salam. Saya nak tnya, macam mana pulak kalau berbual dgn seseorg yg berlainan jantina yg jauh lg berumur dr kita? Contoh jarak umur 20 tahun. Adakah dianggap biadab kalau tak layan dia? Terima kasih

Anonymous said...

Blog yg sgt memberi manfaat.. thank you admin

Anonymous said...

Asal hukum adalah harus. Sehingga ada dalil yg mengatakan nya haram. Dati pandangan syafi'iyah.
Terima kasih. Perkongsian ilmu yang baik ��

syazwani amy said...

Assalamualaikum ustaz.
Sy ada bersahabat dengan seorang lelaki sejak dari diploma sampai ke degree. Masa diploma, kami budak sukan. Ikhtilat memang tak jaga. Tak tutup aurat, berbual. Lepas diploma, dia belajar usaha agama setahun. Kami lost contact, sy pulak berubah. Kami jumpa semula masa masuk degree, dia terkejut tgk sy berniqab. And sy pun terkejut sebab dia dah lain. Dia ada ckp "tak sangka jumpa dalam keadaan dua dua dalam usaha agama." Dia selalu pesan sy pergi taklim, memang sy pergi. Sy pergi dengan nenek dia. Kami rumah keluarga sgt dekat. Lately, sy tak pergi taklim. Dia contact sy suruh pergi. Setiap hari dia ingatkan tp sy ignore. Adakah ini juga dikira ikhtilat? And apa patut sy buat?

huda hamzah said...

ohh...macam tu..terima kasih diatas perkongsiaan ini..ia mmg jelas

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, perkongsian yang amat berguna.
Saya ada 1 kemusykilan. Bagaimana jika kita bekerja dengan lelaki. Dalam 1 pejabat, hanya kita seorang sahaja perempuan dan yang lain semua lelaki. Tetapi, mereka tidak sentiasa berada di pejabat. kadang2 ada, kadang2 tiada. Apakah hukumnya?
Terima kasih.

Anonymous said...

Sebagai pelajar smk , sekolah biasa , mmg susah nk ikut sepenuhnya panduan di atas . Dikelilingi dengan kwn2 yg cukup bebas berikhtilat , couple jd darah daging , even cikgu2 yg xsegan silu bersosial , aurat pd tubuh pun banyak xlps , apatah lg aurat suara . Perkara lagha dah sebati dalam diri . Senangnya untuk adapt dngn surrounding dan susahnya untuk xlalai . Km pelajar sekolah menengah biasa perlu mujahadah sndiri , kurang bimbingan guru . Tp insyaAllah km cuba . Allah lihat pd usaha bukan natijah . Doakankan km akhi .

Anonymous said...

Bermaksud kita tak boleh langsung lah BERKAWAN/BERGAUL dengan perempuan KECUALI atas urusan KERJA atau HAL HAL PENTING shaja walaupun kita tak ada NIAT dan TERFIKIR pun hendak melakukan PERKARA PERKARA MAKSIAT terhadap PEREMPUAN TERSEBUT...

Tolong saya said...

Assalamualaikum, subhanaallah. Lepas baca ni, then renung balik apa yg saya dah buat, mmg timbul rasa bersalah. Saya ni pelajar smk, bergaul dgn lelaki mmg perkara biasa. Namun saya tahu batas2nya. Cumanya bila sentuh bab ikhtilat, agak sukar utk saya menghindarkan diri. Saya ada beberapa kwn baik lelaki, kawan baik yg sememangnya baik. Merekalah yg membantu saya ketika susah. Tapi, saya tahu pergaulan saya dgn mereka tidak berada diatas jalan yg benar. Oleh itu, kalau tak keberatan, boleh bagi tips tak tentang cara utk menjauhkan diri dari mereka tanpa membuat mereka berkecil hati/ berdendam dgn kita. Terima kasih.

Anonymous said...

assalamualaikum...saya pelajar smk...cemana ustaz klau kita dah cuba elak tapi mereka yang datang menghampiri kita...kadang kadang tu saya dah cuba untuk elak dengan tidak mengendahkan mereka kerana mereka hanya ingin bersembang kosong...tetapi pasti saya akan dikata sombonglahh inilahh itulahh....kadang kadang saya pon naik muak dngn dorg sbb dorang yang selalu bgi nasihat jaga ikhtilat tpi doranglahh yang tidak menjaganya....haish pening saya

Ainun Azaman said...

Admin, mohon izin share di Facebook ya. Saya sedang dalam usaha menjaga Ikhtilat tapi biasalah, ramai rakan yg berlainan jantina sukar menerima apa yg sedang sy usahakan. Jazakallah.

Anonymous said...

Salam. Jazakallahu Khairan Kathira ustaz. Sekolah sy tu abad 21 sgt smpai budk prmpuan duduk satu meja budak lelaki ,berhadapan stu sama lain ,memang tak selesa.. dah ckp kat cg nk tukar tp tkdelah ckp psal hukum hakam ..InsyaAllah pujuk cikgu suruh tukar gaya camni. Nak belajar pun susah ..

cik siti said...

ustaz mcm mna nak elak dan nak jaga ikhtilat jika dari kecik lagi dah diberi pendedahan bergaul dgn lain jantina..dri sekolah rendah sampai la ke uni sekarang group projek mesti campur laki pompuan..dan group ni dah di tetapkan...bukan kami yg pilih sendiri. jadi dah terbiasa sangat2..so mcm mna tu ustaz ?

muhammad ali said...

Assalamualaikum ustaz2 nak tau jugak nape ikhtilat ni memang dah asal2 haram ya ...saya dah banyak dosa la ni ustaz sebab masa gi tawaf umrah dulu campur laki perempuan...pegang2 lagi...kalau
Dah haram tuhan tetapkan ikhtilat dalam apa keadaan sekalipun kenapa tak dijadikan dua kaabah satu laki satu untuk perempuan ya...sebab haram asalnya dalam apa jua keadaan ....walaupun untuk tujuan ibadah tawaf tapi still ikhtilat bercampur laki perempuan niat tidak menghalalkan cara sebab hukum asal ikhtilat dah haram

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz. Saya nak minta jasa baik Ustaz untuk ulas dan berbincang lebih lanjut tentang isu ikhtilat yang melibatkan pergaulan di dalamgroup Whatsapp, Wechat, dan seumpamanya untuk entri yang lain. Ini adalah kerana, masih ramai lagi yang tidak dapat membezakan pergaulan depan mata dan pergaulan di dalam group Whatsapp yang bercampur jantina dengan alasan untuk kembalikan ikatan ukhwah dan tidak faham hukumnya masih haram walaupun 'bertemu' beramai2 di dalam group alam maya tersebut. (termasuk study group kalau dah lebih2, ngade2 n manja2)

Saya harap Ustaz byakkan lagi isu ikhtilat selaras dengan perkembangan teknologi memandangkan mentaliti Muslim zaman ini masih lemah dan mempunyai hati yang keras untuk memahami isu ini baik yang muda dan yang dah tua.

Saya berpendapat jika entri mengenai isu ikhtilat diulang2 dengan ulasan/tajuk yang berbeza2, mampu menarik perhatian dan berharap dapat melembutkan hati2 yang keras. Doakan saya tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Thank you in advance Ustaz.

Lyza Saparudin said...

salam ustaz , kalau berjumpa sebab nak ukur baju bersanding misalnya . apakah hukumnya ? adakah itu dhorurat ustaz ?

Arep Nafi said...

Assalamualaikum Ustaz, terima kasih atas penerangan di atas mengenai isu Ikhtilat tetapi ustaz saya ada pertanyaan sekiranya saya beri contoh perbualan antara lelaki dan perempuan.
Contoh perbualan tersebut ialah :
Lelaki : Assalamualaikum Fatima, hari ni kerja sekolah apa je ea?
Perempuan : Waalaikumsalam Ali, hari kerja sekolah BM, BI dgn Math.
Lelaki : ouh okay. terima kasih ea fatima.
Perempuan : okay ali, sama-sama.
setakat itu sahaja perbualan mereka iaitu mengenai kerja sekolah atah pun assignment penting.
kemudian mereka tidak bersambung perbualan selepas itu. Jadi, adakah perbualan seperti itu dikira haram ataupun tidak menjaga ikhtilat. Mohon Ustaz beri keterangan dgn jelas ea.. Terima Kasih Ustaz Adnin.

wawa said...

alhamdulillah tenang jiwa sekarang..

Anonymous said...


ustaz. terima kasih atas tarbiyah ustaz
tapi saya nak tanya ustaz sikit saje
kenapa ustaz menggunakan tarbiah sentap walhal nabi kita menggunakan dakwah secara berhemah,lembut
mad'u nabi pada zaman dulu lagi teruk. kita okay lagi.
tapi kenapa dakwah nabi berjaya walaupun tiada sentap?
mohon pencerahan dari ustz.
saya okay je dengan dakwah ustaz. syukran

anafrina said...

Assalamualaikum. Saya ada satu artikel untuk menjawab enta dalam bentuk screenshot yang ana dapat dari instagram yang mana ana juga terfikir benda yang sama dan jawapan yang saya dapati sangat benar dengan situasi masyarakat islam hari ini. Kalau enta nak boleh email saya di anafrina15@gmail.com harap dapat membantu. Inshaallah.

Anonymous said...

Apa hukum jika kita jawab salam bukan mahram dalam hati? Dan jika di alam maya bolehkah kita menjawab salamnya?

Kayu manis said...

Assalamualaikum.
Tumpang tnye.
Mcam mne nak elakkan persepsi org pd kite yg mnjaga ikhilat.cthnye... Tunduk pndgan.mereka kte bajet alim.bla3.
Dan smpaikan ad lelaki yg mnyampah berurusan hal penting dgan kita..sebab trlalu serious.sebab kalo trlalu sntai takut nnti jtuh dlam kancah ikhtilat smpai bersembang2. Mcam mne nk elakkan .. Percakapan yg meleret2.. Spaya urusan dgan ajnabi jdi lbih mudah . syukran.

Dahagakan ilmu agama said...

Assalamualaikum ustaz.
1)Saya nak tanya,kalau saya chat dgn senior saya yg lebih tua 3 tahun,adakah ianya dianggap sbg ikhtilat juga? Walaupun saya hanya menganggap dia sbg abang. Harap penerangan drp ustaz.
.
2)Apakah hukumnya buat group yg ada 2 perempuan dan sorang lelaki?

Aisyah Che Razak said...

Kalau macam kita buat group whatsapp yg dalam tu ada cikgu dan pelajar. Bila dah habis spm, pakat cerita pasal maklumat sambung belajar. Boleh tak? Lepas tu, klau ada satu group.whatsapp jugak yg campir laki perempuan. group.utk bncang pasal maklumat sambung blaja jugak, tapi ada haha haha jugak. kalau tu kira tak boleh la kan, macam mana kita yg tak haha ni nak cegah, atau boleh ke buat diam je? tq.

Anonymous said...

Assalamualaikum, ustaz.. Saya ade knal sorang kwn prempuan di internet.. Sampai skrg saya msih berhubung dgn die.. Macamana yee ustaz care nk putuskan hubungan trsebut dgn care baik
P/S : Kami rapat sebb dh lame knal tpi x couple..
Bantulah saya ustaz T.T

Fatin Afifah said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu yang amat bermakna ini. Minta share boleh ye ustaz

Anonymous said...

Apa yang anda nyatakan adalah benar! Dan sy setuju. Tp cuma satu je. Bahagian dimana anda kata memberi Salam. Bukan ke Rasulullah galakkan kita sebarkan salam? Adat melayu kita yang mengatakan ouh kalau beri salam pada lawan jenis atau yang bukan mahram, menunjukkan seseorang itu gatal atau miang. Dimana bila kita lihat orang arab akan memberikan salam pada sesiapa sahaja tidak kira antara laki2 atau wanita. Kerana apa? Kerana itu yang Rasulullah ajarkan.
Akhir sekali, terima kasih atas pengkongsian anda. Sangat membantu !

Nur nizah said...

Saya ada kawan lelaki sorang..dia tu nonmuslim.dia selalu Sangat kacau(sentuh² kwn perempuan sy yg lagi sorang tu.. bila sy ckp, "awk jgn sentuh² dia,dlm Islam tak boleh". Lepas tu dia ckp, "ni lah kalau budak Dari sekolah agama ni, sentuh² sikit he tak boleh. Tengok kami(kwn perempuan dia yg nonmuslim) berpegang tangan pun, bukannya mengandung pun".. sy pun tak tau nak ckp apa dah. Sy ckp, bukan macam tu.. tapi dia tak faham,so dia tetap jugak nak kacau/sentuh perempuan Muslim..apa yg boleh sy ckp untuk Cuba untuk fahamkan dia?

Anonymous said...

Assalammualaikum.if ada student lelaki nak tanya tentang sesuatu subjek tu and dia memang lemah subjek tu dan saya pulak adalah one of the students yang cikgu harapkan untuk ajar student2 lemah. So, bila saya ajar dia (di tempat ramai orang) adakah itu dikira ikhtilat? Dan apakah hukumnya pula sekiranya saya mendapat khabar bhw lelaki tersebut minat dekat saya. Saya memang terkejut. Apa perlu saya buat? Terima kasih.

adam hassan said...

mohon share ye

Ligaemas365 said...

Thx kak artikelnya sangat berguna sekali dan sangat membantu sekali
http://kotapromo.com/judi/dewasgp/

Anonymous said...

Mohon share ngn kawan kawan ye Ust.

Aiman Hafiz said...

asalamualaikum,, maaf saya ingin bertanya.. di sini saya ada sedikit kekeliruan.. apakah hukum kita menghadiri majlis2 seperti majlis reunion.. di mana kita akan berbual2 sesama lelaki dan perempuan..

Anonymous said...

Assalamualaikum, minta izin share ya