Tarbiah Sentap: Apa Itu Tarbiah?

Wednesday, 12 June 2013

Apa Itu Tarbiah?



Apa Itu Tarbiah?

Kalau dah lama follow Tarbiah Sentap, mesti anda akan perasan yang kami selalu sebut perihal tarbiah tarbiah tarbiah. Tetapi persoalannya, tarbiah itu APA sebenarnya? Ok, baca perlahan-perlahan. Tajuk ini pada asalnya isinya sedikit berat. Sikit je. Tetapi kami dah usaha sebaik mungkin tahap kritikal untuk ringankan. Bismillah.

Hari ini bila sebut tentang tarbiah, ramai yang mengaku sudah ikut tarbiah. Persoalannya, betul ke ikut tarbiah? Secara ringkas dan overview-nya, tarbiah adalah satu proses, sistem, suasana yang mana hasilnya kita akan BERUBAH. Berubah menjadi lebih baik. Maknanya, kalau kita mengaku ikut tarbiah, tetapi masih tak tinggalkan jahiliah diri, hakikatnya kita belum ikut tarbiah sepenuhnya. Sebab tarbiah ini adalah tunjang segala perkara. Hancur tarbiah, hancur juga banyak perkara.

Perkataan ‘Tarbiah’ berasal dari kata rabba-yurobbi-tarbiyyatan, yang maksudnya memperbaiki, mendidik, menjaga, menumbuh, mengurus dan mengembang. Ia adalah proses penjagaan dan pemeliharaan fitrah manusia untuk mencapai tujuan hidup.

Apa tujuan hidup kita? Tujuan hidup kita untuk menjadi ‘ibadullah’ (hamba Allah) dan ‘khalifatullah’ (khalifah) yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran atau Bahasa mudah ‘dakwah’).

 Syeikh Khalid Ahmad as-Syantuh sebut,

“Tarbiyah adalah metod perubahan yang bersifat fundamental (asas), ia merubah manusia dari akar-akarnya”.

So kami ulang sekali lagi, secara nak mudah faham, essence (intipati) daripada tarbiah ini adalah BERUBAH. Maksudnya, tarbiah ni adalah proses nak ubah kita daripada jahiliah ke Jannah. Dalam proses perubahan tu, mesti ada cara-caranya. Contoh yang paling mudah faham, nak tanam biji benih. Anggaplah anda nak ‘tarbiah’ biji benih untuk jadi sebuah pokok yang besar, berbuah sedap manis, berbunga cantik, boleh ikat tali untuk main buai, boleh buat panjat, boleh guna untuk ikat adik di pokok kemudian letak kerengga di pusatnya sebagai denda sebab tak solat subuh berjemaah dan sebagainya.

 Adakah dengan tanam biji benih dalam tanah, lalu esoknya tiba-tiba secara ajaibnya ia akan tumbuh menjadi pokok dengan mudah dan segera seperti mee megi lalu anda pun silang kaki makan popcorn caramel di bawah rimbunan pohon itu? Amboi. 

Secara semula jadinya, mula-mula kita kena pilih tanah yang sesuai sebelum nak tanam biji benih. Kita nak pokok durian, tapi tanam biji benih atau bibit pohon durian dalam tanah liat. Memang sampai ke cicit yang kahwin dua pun belum tentu tumbuh. Mula-mula kena pilih tanah yang lembab, gembur, subur dengan kedalaman air tanah tak lebih 1 meter.

Kemudian baru tanam bibit tu dalam pasu yang disediakan. Lepas tu, letak baja dalam nisbah yang betul, siram air sekerap boleh, dedahkan dengan cahaya matahari, dan sebagainya. Kemudian kena ada pemantauan yang rapi supaya takda ulat, serangga lain yang menyerang pokok tu.

Proses ni bukan sehari dua, tetapi ia berterusan sampailah pokok durian tu membesar dengan cemerlang serta berbuah Durian Musang King dengan lebat lalu boleh dimakan begitu sahaja secara berjemaah bersama anak usrah dan jiran tetangga.

Macam tu jugalah tarbiah, bahkan lebih lagi. Ia akan ubah kita daripada biji benih yang tak ada apa-apa, sampailah berubah menjadi pokok tinggi yang boleh berbuah ranum, serta bagi manfaat pada makhluk lain termasuk haiwan dan alam sekitar seperti lapisan ozon.

“Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik;

dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah al An’am 6:99)

And now you know. Begitu juga tarbiah, ada prosesnya, dan ia ambil masa yang sangat lama. Kalaulah nak ‘tarbiah’ pokok durian yang tak ada akal dan nafsu pun kena ada tukang tanam, anak benih, proses, teknik atau kaedah yang mesti lakukan serta tanah yang sesuai, inikan pula nak tarbiah manusia yang selalu degil, tak dengar cakap, acah-acah pandai, hipster, sombong, kedekut dan sebagainya tu.

Syaratnya mesti kena ada orang yang tarbiah kita (tukang kebun) yang biasanya disebut sebagai murobbi, Naqib dan Naqibah, diri kita yang nak ditarbiah tu (biji benih) yang dikenali sebagai mutarobbi, kaedah nak tarbiah (kaedah tanaman) atau sebut sebagai manhaj, dan suasana yang betul (tanah yang sesuai) atau disebut sebagai biah. Dan proses tarbiah ni bukan ambil masa sehari dua, hari ni ikut tarbiah, esok dah jadi malaikat. Wah wah wah, mudahnya masuk Syurga.

Ia adalah proses yang sangat panjang, bahkan sampai kita mereput menjadi mayat. Sebab tu, selagi kita belum jadi mayat, jangan sekali-kali keluar dari proses dan sistem tarbiah. Sebab ada orang salah faham tentang tarbiah, mereka ingat baru je ikut tarbiah, dah boleh jadi malaikat ataupun ulamak mufti sebagainya. Itu yang akhirnya lahirlah pendakwah yang ‘masuk Syurga sebelum waktunya’.

Dan yang menjadi lebih masalah apabila ada yang mengaku dah ikut tarbiah bertahun-tahun, tetapi perangai masih tak berubah, jahiliah berkepuk-kepuk tak tinggal, maksiat masih membenak dalam diri, disiplin tak ada langsung, amal harian pun malas buat, dan lain-lain. Maknanya dia langsung tak faham dan mungkin tak ikut tarbiah pun. Walaupun datang usrah setiap minggu. Sebab hakikat tarbiah itu adalah kita berubah menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik.

Kalau ikut usrah banyak kali, ataupun ikut macam-macam jenis ‘usrah’ seperti usrah whatapps ke, usrah piknik ke, usrah fitness ke, usrah hipster ke, usrah tepi laut, usrah tepi kubur ke hatta hingga usrah dalam sistem jamaah sekalipun, tetapi masih malas dan tak nak berubah, serta tak ada usaha nak berubah, ia TETAP dikira tak ikut dan langsung tak faham tarbiah.

Aduh..
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan
dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 0196803782
Apa Sistem Tarbiah?

         Macam kami cerita tadi, tarbiah ni ada prosesnya. Bila ada proses, mestilah ada sistem. Bila dah ada sistem atau dalam Bahasa Arab kita sebut sebagai nizom, mesti ada kaedah untuk melaksanakan nizom itu. Atau dalam Bahasa Arab disebut sebagai Manhaj (kaedah/metodologi). Manhaj tarbiah yang tepat adalah manhaj taghyir (perubahan).

         Tapi untuk kali ni, kami tak nak tulis tentang macam mana manhaj taghyir yang sebenar, sebab memang tak layak pun. Huhu. Kalau nak baca detail tentang apa tu manhaj taghyir, boleh baca tulisan Wasailut Tarbiyah ‘inda Ikhwanil Muslimin (Peringkat-peringkat tarbiah dalam Ikhwanul Muslimin) tulisan Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.

         Tetapi secara mudah fahamnya, nak tarbiah seseorang ni ada macam-macam jalan. Kita pergi kuliah maghrib pun, adalah tarbiah. Pergi dengar ceramah di youtube atau radio pun adalah tarbiah. Dan banyak lagi di sekeliling anda pun, adalah tarbiah. Tetapi masalahnya, tak ada sistem. Ibarat macam nak belajar sains, tetapi sekadar google, tengok youtube, baca facebook, dan blog-blog tempatan saja. Tak payah pergi sekolah. So, kita akan dapat maklumat tentang sains, tetapi tempang, berterabur, tak ada disiplin ilmu dan boleh jadi sesat.

         Jadi macam mana nak ada tarbiah yang secara bersistem? Ada banyak cara, tetapi kami lebih cenderung untuk ikut jalan dilalui oleh Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh al-Imam Hassan al Banna. Antara jalan-jalan tarbiah yang dicadangkan oleh Imam Hassan al Banna seperti usrah, dauroh (macam seminar), mukhayyam (perkhemahan), nadwah (himpunan), katibah (macam qiamullail), rehlah (macam piknik la), jauhlah (ala-ala travel) dan muktamar (mesyuarat).

         Pening? Blur? Tak faham? Jangan risau, anda tak perlu hafal pun. Sebab tak masuk exam. Kami tak pernah nak menghafal, tapi disebabkan selalu dengar dan banyak kali melaluinya, akhirnya terhafal sendiri. Kami kongsi sekadar pengetahuan am, dan at least anda tahu secara asas tentang salah satu sistem tarbiah yang wujud di atas planet bumi ni.

Satu lagi adalah, apakah “KAYU UKUR” untuk orang yang dah ikut tarbiah? Kayu ukurnya ada dua, yang pertama komited, dan yang kedua tekad. Komited untuk menghadiri kesemua program-program tarbiah yang telah disusun dengan tidak meninggalkannya tanpa sebab yang relevan, fahami tasawur tarbiah dengan mendalam, cinta rindu akan tarbiah, dan cuba amalkan kesemua yang dipelajari.

Dan ikut tarbiah bukanlah hanya sekadar usrah semata saja. Tekad pula adalah tekad meninggalkan maksiat, jahiliah dan dosa lalu dengan azam yang sungguh-sungguh. Kalau dah usaha tinggalkan tetapi terjatuh semula, jangan putus asa. Usaha bangkit semula, dan bertaubat lagi serta komited dengan tarbiah. Hinggalah moga-moga kita mati dalam keadaan taubat dan di atas jalan tarbiah, bukannya mati dalam keadaan sedang melakukan dosa maksiat.
 
Dapatkan buku Agar Kau Bahagia karya Najmi Fetih
di rangkain kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga!
Tarbiah Itu Ubat?

Ada orang anggap bahawa kalau nak tarbiah beberapa orang (contohnya 5 orang), maka dia kena PUKUL RATA saja semua sekali. Maksudnya, kalau nak tarbiah 5 individu, kelima-limanya guna kaedah yang sama, cara yang sama, teknik yang sama, dan sebagainya.

Ini TAK TEPAT.

Kalau setiap pokok yang berbeza pun kita kena ‘tarbiah’ pokok tu dengan cara yang berlainan, apatah lagi manusia. Tarbiah ini ibarat macam ubat yang diberikan kepada pesakit. Setiap ubat ada TUJUAN tertentu, dan DOS yang tertentu. Tak boleh pukul rata bagi kepada semua pesakit.

Kalau orang demam, bagi panadol activefast atau soluble 2 biji.
Kalau orang kena cancer, bagi rawatan kimoterapi, dan sebagainya.

Mana boleh kalau orang demam, anda bagi kimoterapi atau pembedahan, dan orang yang kena cancer, kita bagi panadol extend atau soluble. Lepas tu siap cakap, “insyaAllah tak lama lagi sihat la tu. Rajin-rajin makan panadol ye.”

Sama juga macam tarbiah. Mula-mula kita kena tahu dulu, tarbiah itu apa. Bila dah tahu tarbiah itu maksudnya BERUBAH, maka kena ANALISA pula apa yang kita nak ubah pada individu tersebut (atau kita panggil sebagai MAD'U = sasaran dakwah). Analisa atau kenalpasti masalah dia.

Adakah dia seorang perokok atau hisap vape?
Adakah dia seorang yang tinggal solat?
Adakah dia seorang yang kaki berhibur?
Adakah dia sedang bercouple?
Adakah dia selalu layan video lucah?
Adakah dia selalu melayan hiburan haram?
Adakah dia seorang yang tak disiplin?
Adakah dia tak reti baca al Quran?

dan sebagainya. Bila dah kenal pasti masalah individu tersebut, barulah kita RANGKA STRATEGI, macam mana nak merawat "penyakit" dia. Eh, macam main doktor-doktor pula. Ya, memang ala-ala macam doktor pun. Kalau doktor, merawat penyakit fizikal manusia, tetapi kita akan merawat ‘penyakit hati’ manusia. Walaupun bukan doktor bedah, kita adalah doktor ummah.

Ha, macam mana nak rangka strategi? Boleh ke fikir sorang diri?

Boleh, TETAPI selalunya akan kurang tepat strategi kita, dan cepat penat. Jadi nak buat macam mana? Sebab itu pentingnya ada TEAM ataupun jamaah. Barulah kita dapat bincang sama-sama, brainstorming dan rangka strategi. Duduk sekali, bermesyuarat. Bukan niat nak buka aib sesiapa, tetapi kita nak bantu individu tu berubah.

Kemudian barulah boleh ‘rawat’ dia berdasarkan strategi yang dah dirancang bersama. Cuba tengok prosedur macam mana nak buat ubat (sebagai contoh panadol). Mana ada pharmacist tu fikir sorang diri. Mesti dia ada TEAM sendiri, team pharmacist sendiri. Mereka bincang, analisa, tengok case study, dan lain-lain. Ini juga terpakai untuk tarbiah adik beradik, keluarga, kawan sekelas, kawan sekuliah, dan sebagainya. Cuma persoalannya di sini ;

"Siapakah team kita?"

Kalau dalam situasi keluarga, mesti malu nak cerita aib keluarga kepada orang luar. Jadi apa kena buat adalah, bincang dengan adik beradik yang soleh solehah. Ataupun yang yakin boleh sama-sama tolong "projek" kita.

Kalau takda?

Barulah minta tolong ustaz ustazah atau kawan-kawan yang DIPERCAYAI, bukannya kawan yang jenis tikam belakang orang. So, bincang, analisa, tukar pendapat, fikir strategi dan bertindak. Paling penting adalah BERTINDAK. Jangan bincang sampai 3,4 hari, tapi tindakan masih takda. Such a waste.
Dapatkan Areef The Album di Spotify, iTunes, Deezer, Joox, KKbox
atau dapatkan CD album dengan whatapps di 019 680 3782 sekarang juga!
Langkah Akhir

Bila dah buat semua tu tadi, jangan lupa satu perkara yang ramai orang tertinggal atau ambil remeh. Doalah sungguh-sungguh pada Allah moga diberi hidayah kepada ibu ayah, adik beradik, anak usrah, kawan-kawan dan sesiapa saja. DOA SUNGGUH-SUNGGUH. Doa sungguh-sungguh ni maksudnya adalah ;

Kita berdoa sampai menangis teresak-esak,
Kita berdoa hari-hari,
Kita berdoa sehingga MENYEBUT NAMA PENUH mereka satu persatu dalam doa.

Seorang sahabat namanya Abu Darda' r.anha, apabila berdoa dia akan sebut sampai lebih kurang 70 orang nama sahabat yang lain. 70 nama tuh. Persoalannya, bila KALI TERAKHIR kita berdoa sambil MENYEBUT nama orang yang nak Allah beri taufiq dan hidayah?

Ketahuilah, hidayah itu adalah milik Allah. Milik Allah mutlak sampai kiamat. Bukan milik anda, kami, Tarbiah Sentap dan sebagainya. Kita usaha paling maksimum, dalam masa yang sama berdoa sungguh-sungguh. Kami tahu ramai dari kita dah tahu pun hidayah ni milik Allah. Tetapi kami ingatkan semula sebab, ramai orang KECEWA bila mana orang yang dia nak tarbiah tu langsung tak berubah.

Ketahuilah, ramai BAPA SAUDARA Rasulullah sallahu alayhi wasallam yang mati dalam keadaan kafir, bahkan sampai tahap MEMERANGI baginda sendiri. Nak kata memang hidayah tu memang milik Allah mutlak. Bukan milik kita. Berserahlah kepada Allah, kerana Allahlah sebaik-baik tempat pergantungan kita.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kita selalu dustakan lagi dan lagi?


Nota kaki : Sebahagian besar tulisan ini diambil daripada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi karya Shukery Azizan



13 comments:

Qatadah Ismail said...

tahniah diatas lonjakan baru.... teruskan usaha berdakwah melalui penulisan.... insyaallah balasan dan ganjaran disisi allah... amin.

shyrellyn said...

Ana suka entri yg ni

kucarinuritu said...

subhanallah, benar-benar meruntun jiwa! semoga Allah meredhai saudara.

Ally NJ said...

Alhamdulillah,benar2 membuatkn sy sentap,mcm kena tembak dgn peluru berpandu.
Terima kasih perkongsianY

CryingPrincess said...

maaf ustaz , tarbiah tu apa ? dan mcm mana seorang muslimah perlu jalani tarbiah itu..

Izz Hafizah said...

alhamdulillah. terima kasih atas perkongsian.. :) :)

Anonymous said...

Crying princess:dgn lalui Usrah:)

fazliana said...

alhamdulillah..baca entri nie terasa terkesan..insyaallah sme2 kte berubah

Anonymous said...

B:”Tu jela.Dapat ubah hidup kita dari baik ke jahat,best,banyak program dan lain-lain….”
A:”Hmmm…

Dari baik ke jahat??

Anonymous said...

Ustaz, saya ada kawan yg saya rasa dia ikut tarbiyah... Dia baik budinya...dan dia antara ukhti2 yg pakai tudung labuh....
Tapi, ada satu jer yg saya rasa mcm tak sedap hati sikit... Setiap kali dia pergi usrah, saya selalu mintak nak join sekali sebab saya tak ada usrah...saya tak ikut tarbiyah... Tapi, setiap kali saya kata nak ikut, dia mesti tak bagi saya join sekali....kenapa yer ustaz?
Saya ni tak layak ke nak join ukhti2 yg pakai tudung labuh ni? Ke macam mana? Mohon pencerahan...

Adimanan Adi said...

Alhamdulillah...Syukran Jazilan

son cho said...



Cự Thạch Thành, trên không trung một cái không gian thông đạo nháy mắt xuất hiện, mấy đạo thân ảnh từ trên không trung thông đạo nhảy ra, liền nháy mắt biến mất ngay tại chỗ.

Mấy canh giờ sau, mấy đạo thân ảnh ở Cự Thạch Thành một chỗ núi non xuất hiện, một chuyến này chính là Nhạc Thành cùng Lang Lễ, Thú Ma, Khiếu Thiên Hổ, Yêu Huyên.
dongtam
game mu
cho thue phong tro
http://nhatroso.com/
nhac san cuc manh
tổng đài tư vấn luật
http://dichvu.tuvanphapluattructuyen.com/
văn phòng luật
tổng đài tư vấn pháp luật
thành lập công ty
http://we-cooking.com/
chém gió
trung tâm ngoại ngữ
- Khiếu Thiên Hổ, ngươi xác định ở chỗ này.

Nhạc Thành nhìn Khiếu Thiên Hổ hỏi.

- Chủ nhân, liền ở phía trước một chút.

Khiếu Thiên Hổ khẳng định nói.

- Chủ nhân, không cần đi phía trước, Hỗn Thế Ma Vương đã tới nơi này, phụ cận có dấu vết đấu pháp, còn có khí tức trên thân Hỗn Thế Ma Vương, mặt khác hơi thở như Âm Ma, phỏng chừng là Âm Ma bị Hỗn Thế Ma Vương cắn nuốt.

Lang Lễ nhìn Nhạc Thành nói.

Umar Syakirin said...

Terkesan di hati