Tarbiah Sentap: June 2013

Saturday, 15 June 2013

Tawadhuk vs Sombong?



Ana akan hurai bab ni berdasarkan contoh-contoh yang real,yang sering berlaku di kalangan kita.Ada orang yang salah faham erti tawadhuk,dan ada juga yang salah faham apa itu sombong.Di sebabkan tu,orang tawadhuk di anggap sombong,orang sombong di anggap tawadhuk.Pergh,serius comel…

Ana juga akan beri contoh-contoh dengan contoh-contoh yang agak selalu terjadi di kalangan orang yang ikut tarbiah,ketika berhadapan dengan orang biasa.Atau orang biasa ketika berhadapan dengan orang yang ikut tarbiah.Kerana salah faham ni berlaku bila kedua-dua “Watak” ini bertemu.So,dengan harapan situasi-situasi begini(yang akan ana cerita lepas ni) tidak berulang lagi,dan berkurang,maka entri ini di tulis.

Macam biasa,kita santai. Just nak bagi nampak tersusun,macam entri sebelum ni,ana akan bahagikan kepada beberapa bahagian,atau tajuk besar,supaya point yang ana nak sampaikan JELAS, insyallah:

1)Tawadhuk vs Sombong
2)Situasi dan solusi
3)Antara yang menegur dan yang di tegur
4)Hati

TAWADHUK VS SOMBONG

Secara mudah,tawadhuk maksudnya rendah diri.Sombong maksudnya bangga diri.Kalau nak check sama ada kita ni tawadhuk atau sombong,mudah je.Kalau kita rasa kita lagi baik dari orang lain,maknanya kita sombong.Kalau kita rasa orang lain lagi baik dari kita,maknanya kita tawadhuk.

Tapi,bukanlah itu yang ana nak cakap.Ana nak korang pandang “tawadhuk vs sombong” ni dalam suasana tarbawi,yang sering berlaku.Ok,jom kita masuk kepada situasi-situasi yang sering berlaku.

SITUASI DAN SOLUSI

Situasi yang ana nak cerita kat sini biasa terjadi kepada seseorang yang ingin menegur kawannya ketika ternampak kawannya buat sesuatu yang layak di tegur.Tapi,masalahnya,bila kita tegur kawan kita tu,kebanyakannya akan menganggap kita sombong.Hanya kerana kita TEGUR dia.

Biasanya,bia kita tegur kawan kita,dan andai mereka tak dapat terima teguran,ada yang cakap macam ni:

“Alamak..ada orang cakap tak serupa bikin.Nak tegur orang,tengok diri dulu.Ingat kau baik sangat?nak tegur-tegur orang…”

“Jangan tahu nilai orang lain je,diri sendiri tu cuba la nilai….”

“Sombong gila.Cakap tu macam anta sorang je baik…”

Dan macam-macam lagi.Soalan ana:"Adakah orang yang menegur orang lain tu menandakan orang yang menegur itu sombong?Dan adakah kalau kita tak menegur orang lain,bererti kita tawadhuk?”

Inilah yang menjadi masalah.Ramai orang sekarang,sanggup tidak menegur kawan-kawannya yang lain hanya kerana mereka rasa,itulah tawadhuk.Mereka rasa,kalau tegur orang lain tu bermakna sombong.Jujur ana cakap,pemikiran macam tu sangatlah “comel”.

Habis tu,nabi,sahabat,tabi’in,dan semua pendakwah adalah sombong,hanya kerana mereka buat dakwah dan menegur kesalahan umat?Dan adakah ahli zuhud,yang beribadah dan tak buat dakwah di kira tawadhuk,kerana mereka tidak menegur orang lain dan hanya memikirkan diri mereka sahaja?

Wow.Di sebabkan salah faham ini,ramai di kalangan kita tak nak buat dakwah,tak mahu menegur orang yang buat silap.Suka ana fahamkan,TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang!

Ana ulang:
“TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang..”

Kalau betul kita tawadhuk,bila kita Nampak kawan kita buat salah,kita kena tegur.Takkanlah kita nak biarkan kawan kita terus lalai dengan movie,game dan lain-lain? Takkan kita nak biar kawan-kawan kita terus terperangkap dengan ikhtilat dan lain-lain? Kalau betul kita sayang dan inginkan kebaikan untuk kawan kita,dan inginkan yang terbaik untuk kawan kita,maka mengapa kita rasa cuak dan segan silu nak menegur kawan kita?

Hakikatnya,orang yang tak buat dakwahlah orang yang sombong! Hanya baik sorang-sorang,nikmati nikmat iman sorang-sorang,beribadah sorang-sorang,tinggalkan maksiat sorang-sorang.Kedekut dan sombong! Di sudut yang lain pula,hakikatnya,orang yang tak dapat menerima teguranlah orang yang sombong.Hakikatnya,orang yang mengatakan orang lain sombonglah orang yang sombong! Bila di tegur,dalam keadaan mereka salah,mereka tak mengaku salah akibat sombong dan ego,lantas mencipta pelbagai alasan untuk membenarkan kesalahan mereka.Apakah ini?

Perkara macam ni selalu terjadi.Pernah juga terjadi pada diri ana.Apabila ana tegur certain orang,ana di cop sebagai “poyo”,sombong,bajet baik,suka cari keburukan orang,ego dan lain-lain.Kadang-kadang rasa serba salah,nak tegur ke tak nak.Kalau nak mengalah,nanti orang tu still buat salah.Kalau kita nak menang,kita di anggap ego.Last-last,tak tahu nak buat macamana.

Dan tak nafikan, kadnag-kadang bila ada orang tegur ana bila ana buat salah, ana pun selalu tak nak kalah dan ego, dan tak mengaku salah.Ye lah, manusia.Moga Allah bebaskan kita dari sifat ini.Amin!

Huh.

ANTARA YANG MENEGUR DAN YANG DI TEGUR

Kadang-kadang,bila situasi di atas terjadi,biasanya akan terjadi “gap” antara si penegur dan yang di tegur.Kerana masing-masing rasa diri betul,masing-masing tak nak kalah.Maka,suka ana untuk jelaskan beberapa perkara.

Certain benda,bila situasi di atas berlaku,sometime salah si penegur,dan sometime salah orang yang di tegur.Kedua-dua watak ni perlu terima hakikat.Cuma,kadang-kadang,kedua-dua watak ni selalu menggunakan ayat quran ataupun kata-kata yang tak layak untuk mereka gunakan.

Contohnya:

****
1)Dalam quran ada ayat:”Janganlah kamu meminta-minta…”

Ayat ni di turunkan untuk orang miskin.Dan ayat ni tak boleh di gunakan oleh orang kaya untuk mempertahankan ketamakan mereka.contohnya,bila ada orang miskin mintak sedekah kat orang kaya,tiba-tiba orang kaya tu jawab:

”Kan Allah kata,jangan meminta-minta.kenapa kamu still meminta-minta sedeqah kat orang?!”

Sungguh licik orang kaya tu.Gunakan ayat quran untuk tujuan peribadi.Sepatutnya,ayat tu perlu di hayati oleh orang miskin tu,dan di gunakan ayat tu untuk mentaujih dirinya yang suka meminta-minta.Ayat tu bukan untuk orang kaya menempelak orang miskin yang suka meminta-minta.

Masalahnya,bila si miskin tak amalkan ayat tu,dan si kaya menggunakan ayat tu bukan pada tempatnya,maka kucar-kacir berlaku..

2)Dalam quran juga ada ayat quran yang menyebut:”Berilah kamu kepada orang yang meminta dan orang yang tak meminta-minta…”

Ayat ni adalah untuk kegunaan orang kaya.Tetapi,ada orang miskin gunakan ayat ni untuk kepentingan peribadinya.Contohnya,bila orang miskin minta sedekah,dan orang kaya taknak bagi,lantas orang miskin tu cakap:

”Kenapa kau tak bagi aku duit?Kan Allah kata,berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta…”

Sungguh comel orang miskin tu.Gunakan ayat untuk tujuan peribadi.Sepatutnya ayat tu perlu di hayati oleh orang kaya untuk mentaujih dirinya yang kedekut itu.Ayat tu bukan untuk orang miskin menempelak si kaya yang tak bagi sedeqah padanya…

Cuba bayangkan,andai orang miskin mengamalkan ayat:”Janganlah kamu meminta-minta”,dan orang kaya pula mengamalkan ayat:”Berilah kamu kepada yang meminta dan yang tak meminta-minta..”.Akan berlaku keharmonian,yang mana orang miskin,walaupun tak meminta,orang kaya tetap memberi mereka duit,akan berlaku tolong menolong dan sebagainya…

****
Apa yang ana nak kaitkan melalui contoh di atas ialah,bila berlakunya adegan “Si penegur menegur si penerima teguran”,maka masing-masing perlu merenung beberapa ayat yang Allah tujukan kepada mereka.Dan jangan menggunakan ayat yang salah untuk menempelak orang lain.

Contohnya:

****

1)Allah ada sebut:”serulah kamu ke jalan Allah dengan HIKMAH dan peringatan yang baik..”

Ayat ni Allah turunkan untuk si penegur.Supaya si penegur berhati-hati dalam menegur.Tetapi,biasanya orang yang di tegur menggunakan ayat ini untuk kepentingan peribadinya.Contohnya,apabila dia di tegur,dia akan jawab:

”Kau tegur hikmahla sikit.Tak reti tegur baik-baik ke ha??!”

Allah juga ada sebut:”Celakah,mereka yang bercakap tapi tak buat..”

Ayat ni pun khas untuk si penegur.Tapi,orang yang menerima teguran guna ayat ni untuk kepentingan diri.Contohnya,apabila dia di tegur,dia balas:

”Kau kalau nak tegur aku,tengok diri kau dulu beb.Cakap tak serupa bikin,tapi nak tegur orang.Balik la brader….!”

Huh.

2)Ada ayat quran,Allah sebut:”Allah tak suka orang-orang yang sombong..”

Ayat ni bukan untuk menempelak orang lain.Contohnya,bila ada orang tak terima teguran kita,kita tak boleh balas:

”Sombongla kau ni!Aku dah tegur,tapi tak nak terima teguran…Allah tak suka orang sombong bro…”

Sepatutnya,ayat ni di hayati oleh orang yang di tegur.Supaya bila ada orang tegur dia dan jeals dia salah,maka dia perlu terima teguran dan tak sombong.

****

Tapi hari ni,bila ada orang tegur kita,kita jawab:”Tegur hikmah sikit la!Cakap serupa bikinla!”.Dan bila orang tak terima teguran kita,kita cakap:”Sombong la kau ni.Terima jela kesalahan…”

Cuba bayangkan,andai kedua-dua,si penegur dan yang di tegur menggunakan ayat-ayat quran tu sesuai dengan keadaan dirinya, dan merendahkan ego masing-masing.Insyallah harmoni.Yang menegur akan menegur dengan hikmah,dan yang di tegur akan menerima teguran.


HATI

Akhirnya,sombong dan tawadhuk ni adalah dari HATI.Kita tak mampu tahu hati dan niat seseorang.Jangan mudah melabel orang lain “sombong”.Tetapi,sama-sama check diri masing-masing,sejauh mana kita merendah diri,dan tak memandang rendah orang lain.

Ana ulangi kata-kata ana:
“TAWADHUK tak menghalang kita untuk menegur orang.Tetapi,tawadhuklah yang mendorong kita untuk menegur orang”.

Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-

Wednesday, 12 June 2013

Apa Itu Tarbiah?



Apa Itu Tarbiah?

Kalau dah lama follow Tarbiah Sentap, mesti anda akan perasan yang kami selalu sebut perihal tarbiah tarbiah tarbiah. Tetapi persoalannya, tarbiah itu APA sebenarnya? Ok, baca perlahan-perlahan. Tajuk ini pada asalnya isinya sedikit berat. Sikit je. Tetapi kami dah usaha sebaik mungkin tahap kritikal untuk ringankan. Bismillah.

Hari ini bila sebut tentang tarbiah, ramai yang mengaku sudah ikut tarbiah. Persoalannya, betul ke ikut tarbiah? Secara ringkas dan overview-nya, tarbiah adalah satu proses, sistem, suasana yang mana hasilnya kita akan BERUBAH. Berubah menjadi lebih baik. Maknanya, kalau kita mengaku ikut tarbiah, tetapi masih tak tinggalkan jahiliah diri, hakikatnya kita belum ikut tarbiah sepenuhnya. Sebab tarbiah ini adalah tunjang segala perkara. Hancur tarbiah, hancur juga banyak perkara.

Perkataan ‘Tarbiah’ berasal dari kata rabba-yurobbi-tarbiyyatan, yang maksudnya memperbaiki, mendidik, menjaga, menumbuh, mengurus dan mengembang. Ia adalah proses penjagaan dan pemeliharaan fitrah manusia untuk mencapai tujuan hidup.

Apa tujuan hidup kita? Tujuan hidup kita untuk menjadi ‘ibadullah’ (hamba Allah) dan ‘khalifatullah’ (khalifah) yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar (menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran atau Bahasa mudah ‘dakwah’).

 Syeikh Khalid Ahmad as-Syantuh sebut,

“Tarbiyah adalah metod perubahan yang bersifat fundamental (asas), ia merubah manusia dari akar-akarnya”.

So kami ulang sekali lagi, secara nak mudah faham, essence (intipati) daripada tarbiah ini adalah BERUBAH. Maksudnya, tarbiah ni adalah proses nak ubah kita daripada jahiliah ke Jannah. Dalam proses perubahan tu, mesti ada cara-caranya. Contoh yang paling mudah faham, nak tanam biji benih. Anggaplah anda nak ‘tarbiah’ biji benih untuk jadi sebuah pokok yang besar, berbuah sedap manis, berbunga cantik, boleh ikat tali untuk main buai, boleh buat panjat, boleh guna untuk ikat adik di pokok kemudian letak kerengga di pusatnya sebagai denda sebab tak solat subuh berjemaah dan sebagainya.

 Adakah dengan tanam biji benih dalam tanah, lalu esoknya tiba-tiba secara ajaibnya ia akan tumbuh menjadi pokok dengan mudah dan segera seperti mee megi lalu anda pun silang kaki makan popcorn caramel di bawah rimbunan pohon itu? Amboi. 

Secara semula jadinya, mula-mula kita kena pilih tanah yang sesuai sebelum nak tanam biji benih. Kita nak pokok durian, tapi tanam biji benih atau bibit pohon durian dalam tanah liat. Memang sampai ke cicit yang kahwin dua pun belum tentu tumbuh. Mula-mula kena pilih tanah yang lembab, gembur, subur dengan kedalaman air tanah tak lebih 1 meter.

Kemudian baru tanam bibit tu dalam pasu yang disediakan. Lepas tu, letak baja dalam nisbah yang betul, siram air sekerap boleh, dedahkan dengan cahaya matahari, dan sebagainya. Kemudian kena ada pemantauan yang rapi supaya takda ulat, serangga lain yang menyerang pokok tu.

Proses ni bukan sehari dua, tetapi ia berterusan sampailah pokok durian tu membesar dengan cemerlang serta berbuah Durian Musang King dengan lebat lalu boleh dimakan begitu sahaja secara berjemaah bersama anak usrah dan jiran tetangga.

Macam tu jugalah tarbiah, bahkan lebih lagi. Ia akan ubah kita daripada biji benih yang tak ada apa-apa, sampailah berubah menjadi pokok tinggi yang boleh berbuah ranum, serta bagi manfaat pada makhluk lain termasuk haiwan dan alam sekitar seperti lapisan ozon.

“Dan Dia lah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik;

dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah al An’am 6:99)

And now you know. Begitu juga tarbiah, ada prosesnya, dan ia ambil masa yang sangat lama. Kalaulah nak ‘tarbiah’ pokok durian yang tak ada akal dan nafsu pun kena ada tukang tanam, anak benih, proses, teknik atau kaedah yang mesti lakukan serta tanah yang sesuai, inikan pula nak tarbiah manusia yang selalu degil, tak dengar cakap, acah-acah pandai, hipster, sombong, kedekut dan sebagainya tu.

Syaratnya mesti kena ada orang yang tarbiah kita (tukang kebun) yang biasanya disebut sebagai murobbi, Naqib dan Naqibah, diri kita yang nak ditarbiah tu (biji benih) yang dikenali sebagai mutarobbi, kaedah nak tarbiah (kaedah tanaman) atau sebut sebagai manhaj, dan suasana yang betul (tanah yang sesuai) atau disebut sebagai biah. Dan proses tarbiah ni bukan ambil masa sehari dua, hari ni ikut tarbiah, esok dah jadi malaikat. Wah wah wah, mudahnya masuk Syurga.

Ia adalah proses yang sangat panjang, bahkan sampai kita mereput menjadi mayat. Sebab tu, selagi kita belum jadi mayat, jangan sekali-kali keluar dari proses dan sistem tarbiah. Sebab ada orang salah faham tentang tarbiah, mereka ingat baru je ikut tarbiah, dah boleh jadi malaikat ataupun ulamak mufti sebagainya. Itu yang akhirnya lahirlah pendakwah yang ‘masuk Syurga sebelum waktunya’.

Dan yang menjadi lebih masalah apabila ada yang mengaku dah ikut tarbiah bertahun-tahun, tetapi perangai masih tak berubah, jahiliah berkepuk-kepuk tak tinggal, maksiat masih membenak dalam diri, disiplin tak ada langsung, amal harian pun malas buat, dan lain-lain. Maknanya dia langsung tak faham dan mungkin tak ikut tarbiah pun. Walaupun datang usrah setiap minggu. Sebab hakikat tarbiah itu adalah kita berubah menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik.

Kalau ikut usrah banyak kali, ataupun ikut macam-macam jenis ‘usrah’ seperti usrah whatapps ke, usrah piknik ke, usrah fitness ke, usrah hipster ke, usrah tepi laut, usrah tepi kubur ke hatta hingga usrah dalam sistem jamaah sekalipun, tetapi masih malas dan tak nak berubah, serta tak ada usaha nak berubah, ia TETAP dikira tak ikut dan langsung tak faham tarbiah.

Aduh..
Dapatkan buku Pujukan Dari Tuhan karya Shukery Azizan
dan Kerana Aku Sayang karya Aniq Muhaimin secara online di 0196803782
Apa Sistem Tarbiah?

         Macam kami cerita tadi, tarbiah ni ada prosesnya. Bila ada proses, mestilah ada sistem. Bila dah ada sistem atau dalam Bahasa Arab kita sebut sebagai nizom, mesti ada kaedah untuk melaksanakan nizom itu. Atau dalam Bahasa Arab disebut sebagai Manhaj (kaedah/metodologi). Manhaj tarbiah yang tepat adalah manhaj taghyir (perubahan).

         Tapi untuk kali ni, kami tak nak tulis tentang macam mana manhaj taghyir yang sebenar, sebab memang tak layak pun. Huhu. Kalau nak baca detail tentang apa tu manhaj taghyir, boleh baca tulisan Wasailut Tarbiyah ‘inda Ikhwanil Muslimin (Peringkat-peringkat tarbiah dalam Ikhwanul Muslimin) tulisan Dr. Ali Abdul Halim Mahmud.

         Tetapi secara mudah fahamnya, nak tarbiah seseorang ni ada macam-macam jalan. Kita pergi kuliah maghrib pun, adalah tarbiah. Pergi dengar ceramah di youtube atau radio pun adalah tarbiah. Dan banyak lagi di sekeliling anda pun, adalah tarbiah. Tetapi masalahnya, tak ada sistem. Ibarat macam nak belajar sains, tetapi sekadar google, tengok youtube, baca facebook, dan blog-blog tempatan saja. Tak payah pergi sekolah. So, kita akan dapat maklumat tentang sains, tetapi tempang, berterabur, tak ada disiplin ilmu dan boleh jadi sesat.

         Jadi macam mana nak ada tarbiah yang secara bersistem? Ada banyak cara, tetapi kami lebih cenderung untuk ikut jalan dilalui oleh Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh al-Imam Hassan al Banna. Antara jalan-jalan tarbiah yang dicadangkan oleh Imam Hassan al Banna seperti usrah, dauroh (macam seminar), mukhayyam (perkhemahan), nadwah (himpunan), katibah (macam qiamullail), rehlah (macam piknik la), jauhlah (ala-ala travel) dan muktamar (mesyuarat).

         Pening? Blur? Tak faham? Jangan risau, anda tak perlu hafal pun. Sebab tak masuk exam. Kami tak pernah nak menghafal, tapi disebabkan selalu dengar dan banyak kali melaluinya, akhirnya terhafal sendiri. Kami kongsi sekadar pengetahuan am, dan at least anda tahu secara asas tentang salah satu sistem tarbiah yang wujud di atas planet bumi ni.

Satu lagi adalah, apakah “KAYU UKUR” untuk orang yang dah ikut tarbiah? Kayu ukurnya ada dua, yang pertama komited, dan yang kedua tekad. Komited untuk menghadiri kesemua program-program tarbiah yang telah disusun dengan tidak meninggalkannya tanpa sebab yang relevan, fahami tasawur tarbiah dengan mendalam, cinta rindu akan tarbiah, dan cuba amalkan kesemua yang dipelajari.

Dan ikut tarbiah bukanlah hanya sekadar usrah semata saja. Tekad pula adalah tekad meninggalkan maksiat, jahiliah dan dosa lalu dengan azam yang sungguh-sungguh. Kalau dah usaha tinggalkan tetapi terjatuh semula, jangan putus asa. Usaha bangkit semula, dan bertaubat lagi serta komited dengan tarbiah. Hinggalah moga-moga kita mati dalam keadaan taubat dan di atas jalan tarbiah, bukannya mati dalam keadaan sedang melakukan dosa maksiat.
 
Dapatkan buku Agar Kau Bahagia karya Najmi Fetih
di rangkain kedai buku seluruh Malaysia sekarang juga!
Tarbiah Itu Ubat?

Ada orang anggap bahawa kalau nak tarbiah beberapa orang (contohnya 5 orang), maka dia kena PUKUL RATA saja semua sekali. Maksudnya, kalau nak tarbiah 5 individu, kelima-limanya guna kaedah yang sama, cara yang sama, teknik yang sama, dan sebagainya.

Ini TAK TEPAT.

Kalau setiap pokok yang berbeza pun kita kena ‘tarbiah’ pokok tu dengan cara yang berlainan, apatah lagi manusia. Tarbiah ini ibarat macam ubat yang diberikan kepada pesakit. Setiap ubat ada TUJUAN tertentu, dan DOS yang tertentu. Tak boleh pukul rata bagi kepada semua pesakit.

Kalau orang demam, bagi panadol activefast atau soluble 2 biji.
Kalau orang kena cancer, bagi rawatan kimoterapi, dan sebagainya.

Mana boleh kalau orang demam, anda bagi kimoterapi atau pembedahan, dan orang yang kena cancer, kita bagi panadol extend atau soluble. Lepas tu siap cakap, “insyaAllah tak lama lagi sihat la tu. Rajin-rajin makan panadol ye.”

Sama juga macam tarbiah. Mula-mula kita kena tahu dulu, tarbiah itu apa. Bila dah tahu tarbiah itu maksudnya BERUBAH, maka kena ANALISA pula apa yang kita nak ubah pada individu tersebut (atau kita panggil sebagai MAD'U = sasaran dakwah). Analisa atau kenalpasti masalah dia.

Adakah dia seorang perokok atau hisap vape?
Adakah dia seorang yang tinggal solat?
Adakah dia seorang yang kaki berhibur?
Adakah dia sedang bercouple?
Adakah dia selalu layan video lucah?
Adakah dia selalu melayan hiburan haram?
Adakah dia seorang yang tak disiplin?
Adakah dia tak reti baca al Quran?

dan sebagainya. Bila dah kenal pasti masalah individu tersebut, barulah kita RANGKA STRATEGI, macam mana nak merawat "penyakit" dia. Eh, macam main doktor-doktor pula. Ya, memang ala-ala macam doktor pun. Kalau doktor, merawat penyakit fizikal manusia, tetapi kita akan merawat ‘penyakit hati’ manusia. Walaupun bukan doktor bedah, kita adalah doktor ummah.

Ha, macam mana nak rangka strategi? Boleh ke fikir sorang diri?

Boleh, TETAPI selalunya akan kurang tepat strategi kita, dan cepat penat. Jadi nak buat macam mana? Sebab itu pentingnya ada TEAM ataupun jamaah. Barulah kita dapat bincang sama-sama, brainstorming dan rangka strategi. Duduk sekali, bermesyuarat. Bukan niat nak buka aib sesiapa, tetapi kita nak bantu individu tu berubah.

Kemudian barulah boleh ‘rawat’ dia berdasarkan strategi yang dah dirancang bersama. Cuba tengok prosedur macam mana nak buat ubat (sebagai contoh panadol). Mana ada pharmacist tu fikir sorang diri. Mesti dia ada TEAM sendiri, team pharmacist sendiri. Mereka bincang, analisa, tengok case study, dan lain-lain. Ini juga terpakai untuk tarbiah adik beradik, keluarga, kawan sekelas, kawan sekuliah, dan sebagainya. Cuma persoalannya di sini ;

"Siapakah team kita?"

Kalau dalam situasi keluarga, mesti malu nak cerita aib keluarga kepada orang luar. Jadi apa kena buat adalah, bincang dengan adik beradik yang soleh solehah. Ataupun yang yakin boleh sama-sama tolong "projek" kita.

Kalau takda?

Barulah minta tolong ustaz ustazah atau kawan-kawan yang DIPERCAYAI, bukannya kawan yang jenis tikam belakang orang. So, bincang, analisa, tukar pendapat, fikir strategi dan bertindak. Paling penting adalah BERTINDAK. Jangan bincang sampai 3,4 hari, tapi tindakan masih takda. Such a waste.
Dapatkan Areef The Album di Spotify, iTunes, Deezer, Joox, KKbox
atau dapatkan CD album dengan whatapps di 019 680 3782 sekarang juga!
Langkah Akhir

Bila dah buat semua tu tadi, jangan lupa satu perkara yang ramai orang tertinggal atau ambil remeh. Doalah sungguh-sungguh pada Allah moga diberi hidayah kepada ibu ayah, adik beradik, anak usrah, kawan-kawan dan sesiapa saja. DOA SUNGGUH-SUNGGUH. Doa sungguh-sungguh ni maksudnya adalah ;

Kita berdoa sampai menangis teresak-esak,
Kita berdoa hari-hari,
Kita berdoa sehingga MENYEBUT NAMA PENUH mereka satu persatu dalam doa.

Seorang sahabat namanya Abu Darda' r.anha, apabila berdoa dia akan sebut sampai lebih kurang 70 orang nama sahabat yang lain. 70 nama tuh. Persoalannya, bila KALI TERAKHIR kita berdoa sambil MENYEBUT nama orang yang nak Allah beri taufiq dan hidayah?

Ketahuilah, hidayah itu adalah milik Allah. Milik Allah mutlak sampai kiamat. Bukan milik anda, kami, Tarbiah Sentap dan sebagainya. Kita usaha paling maksimum, dalam masa yang sama berdoa sungguh-sungguh. Kami tahu ramai dari kita dah tahu pun hidayah ni milik Allah. Tetapi kami ingatkan semula sebab, ramai orang KECEWA bila mana orang yang dia nak tarbiah tu langsung tak berubah.

Ketahuilah, ramai BAPA SAUDARA Rasulullah sallahu alayhi wasallam yang mati dalam keadaan kafir, bahkan sampai tahap MEMERANGI baginda sendiri. Nak kata memang hidayah tu memang milik Allah mutlak. Bukan milik kita. Berserahlah kepada Allah, kerana Allahlah sebaik-baik tempat pergantungan kita.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah hendak kita selalu dustakan lagi dan lagi?


Nota kaki : Sebahagian besar tulisan ini diambil daripada buku Aku Bukan Malaikat 2 : Obligasi karya Shukery Azizan