Tarbiah Sentap: 2013

Saturday, 21 December 2013

Cara nak tinggalkan maksiat?


Siapa tak sedih, bila berulang-ulang kali melakukan dosa yang sama walaupun dah bertekad untuk berubah. Siapa tak tertekan, bila berputar-putar pada kesilapan yang sama walaupun telah berazam untuk tidak ulanginya. Siapa yang tak menangis bila maksiat yang kita telah berjaya tinggalkan dalam tempoh yang agak lama, akhirnya kita kecundang serta mengulangi maksiat tersebut.
Siapa tidak sedih dan menangis teresak-esak tentang perkara ini? Andai kita mempunyai hati yang hidup, andai kita mempunyai iman walau secebis, pasti perasaan sedih, tertekan, resah-gelisah, gundah gulana serta sesal menghantui fikiran kita.

Namun sampai bila? Sampai bilakah kita nak ulangi dosa yang kita benci, sampai bila kita mahu terus terpenjara dalam tekanan dosa dan maksiat? Sampai bila wahai kawan?!

Penulisan kali ini, saya tulis dengan penuh rasa serba salah, dengan penuh pengharapan agar saya sendiri BEBAS dari penjara dosa yang menyeksakan ini, dengan penuh harapan penulisan kali ini dapat memberi panduan, semangat, kekuatan, inspirasi, kefahaman dan kekeliruan serta halangan yang berlaku kepada mereka-mereka yang BERTEKAD  untuk BERUBAH.

Penulisan kali ini, saya tulis dengan tangisan. Saya amat mengharapkan kita sama-sama berpimpinan tangan menuju redha Allah. Saya sudah lihat depan mata bagaimana orang saya sayang dan percaya, berubah menjadi “pelik” dan bangga dengan dosa. Oh, Allah, aku sedih dan aku menangis! Saya kalau boleh, ingin usaha sedaya upaya untuk berubah dan menjadi asbab orang lain juga dapat berubah. Benar, itulah kebahgiaan saya.

Saya akan usaha menerangkan perkara ini satu persatu, sedikit demi sedikit. Saya minta maaf andai entri kali ini menjadi panjang lebar berbanding entri-entri yang lain. Saya harap, entri saya yang panjang ini memberi manfaat walaupun pada seorang insan.

3 point penting yang kita akan selami bersama insyallah:
1)Sejauh mana taubatmu?
2)Hukum Diri kita
3)Jangan buat dosa terang-terangan

SEJAUH MANA TAUBATMU?

Ramai yang bertanya, ramai yang luahkan, ramai yang terganggu, ramai yang sedih, ramai yang lemah semangat bila terfikir tentang:

 “Adakah taubatku di terima andai aku masih mengulangi dosa-dosa ku?”

Perasaan bersalah ini menyelubungi diri ramai orang. Pelbagai bentuk soalan yang di ajukan bagi menenangkan hati yang gelisah. Antara soalan yang di ajukan kepada saya yang membuatkan saya terkedu:

“Ustaz, saya memang nak berubah, dan saya ada niat nak berubah. Saya selalu menyesal dengan dosa yang saya lakukan, tapi masalahnya, saya masih tak dapat berubah! Seolah-olah ada benda yang menghalang saya…..”
“Ustaz, saya pernah berjanji untuk tak nak ulangi dosa saya, tapi saya tewas...”
“Ustaz, macamana cara nak hilangkan benda-benda kotor dalam fikiran kita..?”
“Ustaz, macaman nak jauhi maksiat? Beritahulah pada saya. Saya akan usaha untuk berubah dengan nasihat ustaz..”
“Ustaz, andai kita tak menitiskan air mata ketika bertaubat, adakah taubat kita itu benar-benar ikhlas?”
“Ustaz, saya selalu buat dosa, kemudian taubat, kemudian saya ulang semula dosa, kemudian taubat. Tapi saya tak tahan dan ulangi dosa itu semula, kemudian taubat semula. Adakah Allah akan terima taubat saya?”

Dan macam-macam lagi.

Wahai kawan, sejauh mana taubatmu itu betul-betul ikhlas?Apakah erti taubat? Saya mahu menerangkan tentang taubat dari beberapa sudut. Saya minta agar kita betul-betul fahami dan hayati, serta merasakan bahawa betapa pengampunnya Allah!

1)Taubat maskudnya kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan memohon keampunan dari dosa-dosa serta berazam untuk tidak ulangi lagi kesilapan tersebut.  Itulah 3 rukun taubat. RASA BERSALAH, MINTA AMPUN, dan BERAZAM TAK NAK ULANG DOSA KITA.

2)Tetapi sejauh mana kita ikhlas dalam taubat? Boleh je kita doa:

”Ya Allah, aku menyesal dengan dosa, ampunkan aku ya Allah, aku berazam untuk tak ulangi dosa aku ya Allah!”

Namun hakikatnya, di sudut hati kita, doa tersebut hanyalah sekadar UCAPAN yang tidak menimbulkan walau sedikit rasa kesal dan insaf. KEIKHLASAN dalam bertaubat hanya di ketahui oleh Allah dan diri kita sendiri!  Kalau betul kita ikhlas, perasaan insaf akan hadir! Menangis adalah antara bukti kita jujur dengan penyesalan kita…

Bukan sekadar tu, perasaan menyesal tu akhirnya menyebabkan kita usaha sedaya mungkin untuk tinggalkan dosa-dosa yang telah kita kesali. Kalau itu berlaku, maka itulah dia TAUBAT NASUHA.

3)Setelah kita taubat nasuha dengan sesungguh-sungguhnya, namun ATAS KELEMAHAN dan KECUAIAN kita, tak mustahil untuk kita gelincir dan jatuh sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Namun, andai kita IKHLAS pada taubat kita yang pertama, maka Allah akan ampunkan dosa kita yang awal, dan untuk dosa yang baru kita buat, kita perlu taubat sekali lagi. Kalau kita tewas lagi, maka taubat lagi. Begitulah pengampunnya Allah. Namun ikhlas ni bukan benda yang boleh di buat-buat dan BERLAKON!! 

4)Perlu di fahami, kita ni LEMAH dan HINA! Sometimes, kita terjatuh lagi dalam dosa yang sama setelah taubat gila-gila. Jatuhnya kita pada dosa yang sama bukanlah bererti kita tidak ikhlas pada taubat kita yang sebelum ni.Tapi sebab lemahnya kita, kita terjatuh juga pada dosa yang sama walaupun sebelum ni kita telah insaf.

Jika benda macam ni terjadi (dah taubat, di sebabkan kelemahan, kita ulang balik, lepas tu taubat balik, lepas tu ulang balik bla bla bla….), maka, kita kena TAUBAT LAGI DAN LAGI setiap kali kita buat dosa. Jangan PUTUS ASA! Once kita putus asa, maknanya setan dah berjaya pengaruhi kita. Dan Allah takkan JEMU mengampunkan dosa kita walau betapa teruknya kita!

*****

Begitulah pengampunnya Allah. Tapi, jangan amik kesempatan! Namun, bak kata ibn qayyim:

“Orang yang paling bodoh ialah orang yang tahu Allah itu maha pengampun, maka dia jadikan perkara itu alasan untuk terus dia melakukan dosa…”

Kita tak tahu bila kita mati syeikh, sekali kita mati time buat maksiat, pergh… Sekali kita mati dalam keadaan kita tak taubat lagi sebab tangguh, silap besar! Sebab tu lah, jangan tangguh taubat, kalau boleh, lepas baca entri ni, terus taubat!

Ingat, taubat ni tak boleh berlakon. Ia isu HATI. Kerana sekarang, ramai yang rasa diri dia dah taubat, tapi dalam diri dia, tiada sekelumit pun rasa bersalah ketika buat dosa. Apakah?




HUKUM DIRI KITA

Saya nak sangat berkongsi pada semua orang tentang perkara ni. Cara ni adalah antara kaedah yang terbaik untuk kita baiki diri kita dan cara yang terbaik untuk membuatkan kita tak lagi teringin membuat maksiat. Cara ini saya namakan:”Cara nak memanipulasi syaitan”.

Dengan cara ini, seakan-akan syaitan sendiri akan “hasut” kita untuk tinggalkan maksiat(konon-kononnya). Caranya ialah dengan KITA MENGHUKUM DIRI KITA setelah buat maksiat dan dosa!

Kita pun tahu, syaitan akan suruh kita buat benda yang merugikan diri kita, dan menguntungkan dia. So, bila kita buat maksiat, ia merugikan diri kita dan menggembirakan syaitan! Tetapi, bila kita mengHUKUM diri kita, ia sangat efektif! Mari saya terangkan satu-satu cara nak memanipulasikan syiatn ni supaya boleh faham:

1)Kita berazam, setiap kali kita buat sesuatu dosa, kita akan hukum diri kita dengan sesuatu AMAL SOLEH. Contohnya, kita target:
”Setiap kali aku hisap rokok, aku akan hukum diri aku dengan baca quran 1 juzuk!”
“Kalau aku tengok video tak elok, aku akan sedekahkan RM50 kat surau, and then aku akan puasa 3 hari!!”
“Kalau aku tak pergi solat Jemaah subuh kat surau, aku akan denda diri aku dengan baca buku agama sebanyak 100 muka!”

2)Bila kita hukum diri kita, maka syaitan akan mula ragu-ragu, samada nak suruh kita buat maksiat atau tak. Sebab kalau dia goda kita untuk hisap rokok, dia tahu yang kita akan hukum diri kita dengan abca quran 1 juzuk, yang mana baca quran 1 juzuk tu amat merugikan syaitan dan meningkatkan iman kita berganda-ganda!!

3)Kalau dalam bahasa arab, cara ini di namakan “Iqob” yang bermaksud “denda”. Itulah yang para sahabat buat! Saya akan cerita beberapa contoh IQOB yang sahabat buat:

“Ada sorang sahabat, time dia tengah solat sunat kat kebun, tiba-tiba time tengah solat tu, dia ternampak burung dan burung tu menyebabkan dia tak khusyuk. Lepas habis solat, sahabat tu perasan yang dia tak khusyuk dan dia menyesal. Lantas, dia hukum diri dia dengan MENYEDEQAHKAN kebun itu kepada orang islam!!!!”

Dan banyak lagi. Takut panjang, orang malas baca:)

4)Saya mahu kemukan bukti, betapa efektifnya cara ini , sehingga syaitan sendiri akan hasut kita untuk tinggalkan maksiat! Hayati dan fahami kisah ini, akan betapa berharganya bila kita hukum diri kita setiap kali kita buat maksiat!

****

KISAH UMMU MAKTUM NAK KE MASJID

Ada sorang sahabat nama dia Ummu maktum, seorang yang BUTA. Dia nak pergi masjid untuk solat, dalam perjalanan, dia terjatuh lantas bajunya kotor. Dia pun patah balik ke rumah, bersihkan baju dan pergi semula ke masjid buat kali kedua. Tapi, sekali lagi dia terjatuh, dan dia patah balik ke rumah untuk bersihkan pakaiannya. Kemudian, dia pergi semula ke masjid buat kali ketiga. Dan, kali ketiga ni, dia hampir terjatuh, tetapi ada seorang lelaki selamatkan dia dan usung dia sampai ke masjid!

Setelah sampai kat masjid, ummu maktum pun berterima kasih pada lelaki tu sebab bantu dia jalan hingga ke masjid. Dan bila ummu maktum Tanya tentang siapakah lelaki itu, lantas lelaki tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Ummu maktum pun terkejut dan bertanya:

“Kenapa kau bantu aku pergi masjid sedangkan kau IBLIS??!”

Iblis jawab:

“Kerana time kau jatuh kali pertama, Allah dah ampunkan semua dosa-dosa kau. Time kau jatuh kali kedua pulak, Allah ampunkan dosa semua ahli keluarga kau. Aku takut kalau kau jatuh kali ketiga, Allah akan ampunkan semua dosa penduduk madinah!! Habis sia-sia aku goda mereka buat dosa selama ni! Sebab tu time kau nak jatuh kali ketiga tu, aku tolong kau!!!

:)

KISAH ABDUL QADIR ALJAILANI(ULAMA’ DAHULU KALA)

Ada sekali tu, time subuh, ada orang kejut abdul qadir jailani untuk solat subuh. Bila abdul qadir jailani Tanya, siapakah orang yang kejut dia, lantas orang tu jawab:

“Aku IBLIS!”

Pastu Abdul qadir jailani Tanya balik:

“Kenapa kau kejut aku subuh sedangkan kau iblis??!”

Iblis jawab:

“Sebab aku tahu, kalau kau tak dapat solat subuh Jemaah, kau akan hukum diri kau dengan kau pergi mengajar agama kat ribuan orang! Aku takut kalau kau mengajar ribuan orang, mereka semua dapat hidayah dan susahlah kerja aku nanti!”

:)

*****


JANGAN BUAT DOSA TERANG-TERANGAN

Serius benda ni kena take note. Sebab once kalau kita dah buat dosa terang-terangan, ia bermakna kita rasa bangga dengan dosa, dan ketika itulah bermulanya KEBINASAAN diri! Saya rasa semua sedia maklum apakah itu dosa. Saya just nak bagi contoh beberapa dosa yang sangat biasa orang buat terang-terangan tanpa rasa bersalah.

Pertama, IKHTILAT. Semua sedia maklum, apa hukum ikhtilat dan batas-batas. Kalau tak tahu, boleh baca di sini:http://adninroslan.blogspot.com/2013/08/kekeliruan-dalam-ikhtilat.html
Tapi masalahnya, hari ni, ramai orang yang tahu tapi dengan bangganya ikhtilat di alam maya secara terang-terangan seperti komen mengomen “hohahoha”, sembang kosong di twitter siap mention-mention nama, komen-komen kat instagram dan lain-lain. Apakah? Apakah ini wahai kawan yang smart, macho lagi sweet?

Kalaulah rasa tak mampu nak kawal diri dari ikhtilat, janganlah sampai kita buat terang-terangan. Rasalah malu nak orang lain tahu maksiat yang kita buat. Kalau nak sangat, mesej je private, direct mesej dan yang sama waktu dengannya(walaupu itu pun salah). The point is, malulah dengan dosa yang kita buat wahai kawan! Isk , isk…

Kedua, TENGOK MOVIE DAN DENGAR LAGU LAGHO. Perlu ke kita bagi tahu orang lain tentang lagu lagho apa yang kita dengar sedangkan kita pun tahu apa hukum  dengar lagu-lagu kpop, Justin bieber, lady gaga, dan berates lagu-lagu yang berunsur haram. Kita pun tahu!

Tapi kenapa kita dengan bangganya bagitahu orang ramai yang kita sedang dengar lag utu? Contohnya kat twitter:

“#np Baby // Justin Bieber”
“#np Gangnam Style // Psy”
“#nw  Now you see Me”

Dan lain-lain. Kalau rasa tak mampu sangat nak tinggalkan lagu lagho dan movie-movie, janganlah bagitahu orang lain dan rasalah malu dengannya! Buat sorang-sorang.

Dan banyak lagi. Saya merayu sangat, rasalah bersalah, rasalah malu. Jagalah AIB kita dan jangan bagitahu orang lain. Allah dah simpan aib kita baik-baik, buat apa kita nak bagitahu orang lain tentang dosa yang kita buat? Malu syeikh, malu. Isk isk…

*****

Sebagai pengakhiran, cara terbaik untuk tinggalkan maksiat ialah dengan buat amal soleh sebanyak-banyaknya dengan istiqomah. SOLAT tolonglah, tolonglah, tolonglah jangan tinggalkan wahai kawanku! Saya sangat-sangat merayu!

Mulalah dari sekarang, lazimi diri dengan solat, mulalah berjinak-jinak dengan quran, basahi lidah kita dengan zikir-zikir, carilah KAWAN yang support kita untuk berubah dan dampingi mereka.Ikutlah TARBIAH dan USRAH, ia adalah cara yang tunjang agar iman kita selamat!

Kerana bila kita telah “tenggelam” dalam lautan amal, maka allah akan campakkan dalam hati kita perasaan benci dan geli pada maksiat! Percayalah wahai kawan, percayalah!

Saya yakin, ramai orang yang nak berubah. Kuatkan azam, kekalkan semangat, terus maju, move on, jangan hirau apa orang kata, doa pada Allah! Saya yakin kita mampu. Once kita dapat berubah, kita akan MENANGIS kegembiraan, menangis kesyukuran, menangis kebahgiaan kerana NIKMATNYA IA, dan kita akan menangis keinsafan dan ketawa sendirian, kerana pelik dengan diri kita yang suka melakukan dosa dalam keadaan ianya sesuatu yang amat menyeksakan.

Saya doakan korang. Dan saya minta, doakanlah saya! Moga Allah bagi syurga pada kita! Moga Allah bagi syurga! Saya akhiri penulisan kali ini dengan satu kata-kata:

“Pintu taubat tak akan terbuka hanya dengan sekali ketuk. Tetapi, ianya akan tebuka setelah kita ketuk berkali-kali. Dan ketika itu, kita akan menangis kenikmatan kerana akhirnya kita telah bebas  dari penjara dosa dan berlari menuju cinta Allah!”

Moga Allah bagi syurga!


-Adnin Roslan-




Wednesday, 20 November 2013

Nak Pilih Jemaah apa?


Isu perbezaan Jemaah, isu banyaknya Jemaah, isu wujudkan Jemaah baru sedangkan Jemaah sedia ada masih ada, dan isu-isu yang berkaitan dengannya amat-amat ramai orang pening, salah faham, tak faham dan akhirnya (akibat tak faham isu ni sebaiknya), timbullah perpecahan, rasa tak puas hati pada Jemaah lain, benci Jemaah lain dan yang sama waktu dengannya.

Isu ni sangat hangat. Ramai di kalangan kita sering bertelagah kerana kita tak faham isu ni sebaiknya. Bila tak faham isu ni, kita akan sentiasa berhadapan dengan Jemaah lain dengan pelbagai persangkaan yang buruk. Hatta benda baik yang Jemaah tu buat, still di anggap buruk. Syeikh, mana boleh macam tu syeikh...Comel sangat tu syeikh.

Sometimes, isu ni menyebabkan ukhwah yang ada hancur, ikatan yang terbina terputus begitu sahaja. Hidup kita takkan aman, rasa macam ada benda tak kena, stress memanjang, dada sempit, dengki dan benci membuak-buak dan lain-lain.

Atas faktor ni lah, saya terdetik untuk hurai sikit bab-bab beza Jemaah ni.

“Nak pilih Jemaah apa?”
“ Nak ikut Jemaah mana? “
“Kenapa banyak sangat Jemaah ni?”
“ Apa beza Jemaah ni dengan Jemaah tu? “
“Kenapa tak gabung je semua?”
“Argh!! Malas aku nak ikut Jemaah-jemaah ni. Baik aku dakwah sorang-sorang. Settle!”

Anyway, saya akan hurai secara santai tentang benda ni insyallah. Ada beberapa benda penting yang saya nak ketengahkan supaya semua faham, dapat point dan tak pening. Rilek sudah.

1)Kefahaman asas dalam kepelbagaian Jemaah.
2)Kenapa kena berjemaah?
3)Tugas kita

Moga entri kali ni membuahkan manfaat yang sangat banyak insyallah!
  
KEFAHAMAN ASAS DALAM KEPELBAGAIAN JEMAAH

Firstly, saya nak nyatakan bahawasanya, kepelbagaian Jemaah adalah satu kebiasaan pada zaman kini. Tiada istilah:

”Hanya satu Jemaah sahaja yang perlu wujud. Jemaah lain perlu di hapuskan!”
“Jemaah A dah ada, buat apa nak buat Jemaah B. Lagi memecahkan umat!”
“Jemaah yang awal adalah Jemaah yang paling betul. Kena ikut yang awal!”

Dan lain-lain. Saya tak pasti dari siapa pemikiran yang begini, yang pasti, saya pernah dengar ada orang sebut benda-benda di atas samada di alam reality atau alam maya. Dan yang paling pasti ialah, pemikiran begini ialah SALAH.

Untuk itu, ada beberapa benda ASAS yang perlu kita sama-sama fahami dalam isu kepelbagaian Jemaah ni. Jom kita suruti satu-satu.

 1)”Dakwah dan tarbiah adalah USUL,manakala Jemaah adalah furu’.”

Sudut pertama, benda ni kita kena jelas. Kalau tak jelas benda ni, komfem kita akan hancur, kita akan terabur dan kucar-kacir. Saya akan hurai satu persatu. DAKWAH DAN TARBIAH ADALAH USUL. Usul adalah benda asas, benda yang perlu di utamakan, benda yang perlu di tekankan, benda yang tidak perlu di pertikaikan,benda yang semua perlu sepakat, benda yang perlu di kejar,di cari dan di fahami oleh semua orang. Itulah USUL. Dalam dalam isu ini, DAKWAH DAN TARBIAH adalah usul!

Dakwah dan tarbiah lah yang kita semua kena cari. Kalau kita nak cari Jemaah, carilah Jemaah yang betul-betul dapat menjaga dakwah dan tarbiah kita, carilah Jemaah yang JELAS halatuju dakwah dan tarbiahnya, dan bila kita pilih Jemaah tersebut, jadilah orang yang “outstanding” dalam dakwah dan tarbiah.

Tapi masalahnya sekarang, kita tak fikirkan dakwah dan tarbiah kita. Ada di kalangan kita yang jahiliah masih banyak dalam diri, tengok movie macam apa, lagu lagho tu memang hiburan harian, tengok drama-drama korea/jepun, solat Jemaah tunggang langgang, qiam jarang buat, quran tak terjaga, buku sirah satu pun tak habis baca, apatah buku-buku fikrah yang lain, lepas tu sibuk mengutuk Jemaah lain, sibuk menghentam Jemaah lain, dan sibuk fikir “Jemaah apa yang aku kena ikut”.

Akhirnya, bila tarbiah dan dakwah kita lemah dan kita tak jadikan benda asas dalam diri kita, akhirnya bila kita nak pilih Jemaah, kita akan pilih bukan berasaskan “dakwah dan tarbiah” yang ada pada Jemaah tersebut. Mungkin kita pilih sesuatu Jemaah itu atas dasar sentiment, ikut kawan, tak mengkaji dan lain-lain.

Dari sudut yang kedua pula,bila kita dah pilih satu Jemaah untuk kita beramal di dalamnya, maka apa yang perlu kita utamakan ialah DAKWAH dan TARBIAH! Isu Jemaah sepatutnya tak timbul.

“Apala mamat tu,ikut Jemaah A. Pelik gila”
“Kenapa kau ikut Jemaah B?”

Dari sibuk cakap macam tu,saya saran, ubah persembangan kita jadi:

“Eh,macamana dakwah kita?Mad’u anta macamana?”
“Macamana amal fardi anta akhi? Qiam tak pagi tadi?
“Syeikh, jangan lupa baca bahan usrah syeikh. Kalau tak, macamana kita nak faham fikrah?”

Akhirnya, orang yang jadikan “Jemaah sebagai usul dan dakwah serta tarbiah adalah furu’", maka terhasillah peribadi yang suka kutuk Jemaah lain, pada masa yang sama dirinya sendiri kosong, lemah, jahiliah banyak, dakwah macam apa, dan lain-lain.

Ingat, dari sibuk fikirkan tentang Jemaah apa yang perlu anda pilih, fikirkan dulu “bagaimana dakwah dan tarbiah aku?!” Insyallah anda akhirnya akan menjadi tokoh dakwah dan tarbiah tak kira dalam Jemaah mana pun anda beramal.

2.”Isu perbezaan Jemaah adalah sama seperti isu perbezaan mazhab”

Prinsip ini kita kena faham. Ada orang tak faham benda ni lantas keluarkan satu perumpamaan pelik untuk membenarkan kesalahannya. Orang tu kata:

“Kalau satu masjid tu rosak, kita perlu baiki masjid tu, cantikkan masjid tu, buat gotong-royong untuk baiki masjid tu sama-sama! Samalah macam Jemaah. Kalau satu Jemaah tu rosak, kita kena baiki Jemaah tu, cantikkan Jemaah tu. Bukan buat Jemaah baru!”

Saya jawab simple:

”Habis, kira banyak masjid kat dunia ni tak boleh la? Kena ada satu masjid je?Fuhh. Susah la kalau yang duduk jauh nak datang, atau ada yang tak selesa dengan masjid tu atas beberapa factor, dan lain-lain…”

Pertama, jangan qiaskan isu Jemaah ni dengan masjid. Nak buat perumpamaan pun kenala cerdik sikit syeikh. Qias yang paling dekat tentang isu Jemaah ni ialah isu mazhab. Begitulah yang Alqardhawi hurai pasal benda ni.

Seperti mana kita tak boleh paksa orang lain ikut mazhab kita, seperti itu kita tak boleh paksa orang lain ikut Jemaah kita. Seperti mana mak ayah tak boleh paksa anaknya untuk ikut mazhab mereka, seperti itu mak ayah mereka tak boleh paksa anak mereka ikut Jemaah mereka. Kita tak boleh anggap Jemaah lain tu sebagai Jemaah yang tak layak wujud.

Kenapa mazhab maliki, syafie dan hanbali perlu ada walaupun telah wujud mazhab hanafi? Kenapa kerajaan abasiyah perlu ada sedangkan kerajaan umayah telah ada?(rujuk sirah bagaimana umayah di gantikan dengan abasiyah). Kenapa ikhwan muslimin perlu di wujudkan sedangkan telah ada Jemaah syubbanul muslimin?

Kerana masing-masing mengkaji, masing-masing usaha untuk memahami dakwah dan tarbiah, manhaj dan fikrah, dengan berbekalkan quran dan sunnah,para ulama berijtihad. Ketika Albanna bersama syubbanul muslimin, dan akhirnya beliau memutuskan untuk tubuhkan ikhwah, apabila di Tanya mengapa, beliau menjawab:

“Kerana aku yakin dengan apa yang aku faham, sebab itu aku tubuhkan ikhwan muslimin”.

Kerana itu, kepelbagaian Jemaah itu tidak ada masalah. Masing-masing mempunyai cara yang berbeza, kefahaman yang berbeza, juhud yang berbeza, kerana itulah Allah kurniakan mereka kefahaman agama yang berbeza, dan ijtihad yang berbeza. Faham?

3)”Khilaf Itu Rahmat”

Ini adalah suatu hakikat yang semua orang kena faham. Bukankah perbezaan pendapat itu rahmat? Saya selalu terfikir, kalau tak ada Jemaah PAS, bagaimana orang-orang yang Allah bagi hidayah melalui PAS akan wujud? Kalau tiada ISMA, bagaimana orang-orang yang berubah dengan asbab ISMA akan wujud? Kalau tiada IKRAM, bagaimana orang yang mula kenal islam melalui IKRAM akan wujud? Kalau tiada Tabligh, bagaimana orang-orang yang mula merasakan kepentingan agama akan wujud? Dan lain-lain.

Ada orang tak boleh terima cara A, ada yang boleh terima cara B. Ada pula orang yang selesa dengan cara C.

Saya syukur ada banyak Jemaah! Semuanya matlamat sama iaitu ingin mencapai uztaziatul Alam,ingin tinggikan kalimah Allah dan hapuskan kebatilan. Mungkin cara berbeza.

Cuma, ayat “khilaf itu rahmah” ni tak boleh di salah gunakan. Ia tidaklah bermakna kita tak boleh menegur kesalahan Jemaah lain atas alasan khilaf tu rahmah. Menegur itu satu kewajipan. Masing-masing perlu gunakan hujah yang terbaik berdasarkan nas-nas syarak yang asli. Jauhi sentiment. Barulah kita akan sedar, bahawa luasnya ilmu Allah, kita tidak sempurna dan setiap Jemaah AMAT SALING MEMERLUKAN.

*****

KENAPA KENA BERJEMAAH?

Timbul persoalan ni. Bila banyak sangat Jemaah ni, ada orang yang pening dan akhirnya dia buat kesimpulan:”Aku tak nak ikut mana-mana Jemaah”. Fikrah dan cara fikir sebegini amat salah syeikh. Serius salah, walaupun Nampak macam playsafe, tapi serius tak safe.

Berjemaah itu wajib. Kenapa wajib?

Ilmu mantiq simplenya macam ni.

“Tegakkan islam itu wajib.
Nak tegakkan islam perlukan dakwah secara berjemaah, tak boleh sorang-sorang.
Dakwah secara berjemaah itu wajib.”
(Buruk gila mantiq ni. Haha)

Atau kaedah fiqh nya:"Perkara yang wajib,apa-apa perkara yang di perlukan untuk melakukannya juga akan jadi wajib.."

Contoh simple, solat wajib. Nak solat kena ambil wudhuk,maka ambil wudhuk pun wajib. Dalam isu ni, nak tegakkan islam wajib. Nak tegakkan islam tak boleh sorang-sorang, kena berjemaah,maka berjemaah tu pun wajib!

Mana mampu kita nak tegakkan islam sorang-sorang syeikh. Bila kita futur, siapa nak bantu, kalau kita sakit, siapa nak teruskan dakwah kita. Mustahil islam akan tertegak dengan usaha individu. Islam akan tertegak dengan usaha JEMAAH! Pertolongan Allah adalah bersama Jemaah.

Maybe kita rasa tak selesa nak ikut Jemaah. Ye lah, asyik kena ikut orang atas, kita tak boleh buat ikut kepala sendiri dan sebagainya. Tapi itulah islam, itulah pengorbanan, itulah dakwah. Rendahkan ego, carilah Jemaah untuk anda beramal.

*****

TUGAS KITA?

Part ni paling penting. Dan part ni paaaaaling saya nak tekankan. Ramai datang dan Tanya saya:

“kita nak ikut Jemaah mana?Jemaah ni betul tak?jemaah tu ok tak?bla bla bla…”

Sebelum kita sibuk fikir nak pilih Jemaah apa, saya nak kemukakan beberapa soalan:

1)Pernahkan kita menghabiskan baca buku sirah? Kalau tak pernah, macamana kita nak tahu Jemaah yang kita ikut itu benar dan sama seperti arrasul? Bagaimana kita nak tahu Jemaah kita itu perjuangannya sama seprti arrasul andai sirah rasul sendiri kita tak pernah baca?

Sibuk kutuk-kutuk Jemaah lain, sibuk kata Jemaah dia yang paling benar dan paling dekat dengan nabi, tapi sirah arrasul sendiri kita tak baca, tak kaji, tak hadam. Bacala. Banyak buku sirah. “Raheeq Makhtum” oleh Mubarak furi, “Durus wa ibar” oleh Mustafa sibaei, “Fiqh Sirah” oleh albuti dan Muhammad alghazali,  dan banyak lagi.

Sebelum pilih Jemaah, kaji sirah Arrasul!

2)Jangan dengar tentang Jemaah lain dari yang bukan empunya Jemaah sebagai kayu ukur. Kita sembang dengan pelbagai pihak, Tanya pendapat, kaji fikrahnya,kaji tarbiah dan dakwahnya, fahami prinsipnya, kenali ahlinya, fahami kalam pimpinannya.

Nak tahu pasal tentang satu Jemaah, Tanya empunya Jemaah, Tanya puas-puas segala kekeliruan dan syubhat yang kita dengar dari pihak lain.

*****

Akhirnya, bagi saya, bila kita telah kaji, bila kita sudah istikharah dan berbincang, maka tawakkal alallah, jalan!

Beramallah sungguh-sungguh dengan Jemaah yang anda telah pilih!

نعم أجرالعاملين

Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-

Sunday, 8 September 2013

Kesilapan dalam dakwah?


“Dakwah itu terbina atas himpunan-himpunan pengalaman…”

Itulah kata-kata yang saya dengar ketika zaman sekolah menengah. Kata-kata yang cukup berharga, yang mambuatkan kita tak mudah putus asa, tiap kali kita tersilap dan tersalah langkah ketika kita sedang bergelumang dengan kenikmatan dakwah dan tarbiah. Siapa yang buat kerja dakwah dengan sungguh-sungguh, pasti dia akan melakukan kesilapan. Dan tiap kesilapan yang dia lakukan, ia akan menjadi pengalaman yang cukup BERHARGA untuk dia tidak ulanginya buat kali kedua.

Namun, percayalah, hanya yang BERSUNGGUH-SUNGGUH dalam dakwah dan tarbiah sahaja akan melakukan kesilapan dan menjadikan kesilapan yang dia lakukan itu sebagai pengalaman berharga untuknya. Yang tidak melakukan dakwah dengan sungguh-sungguh, dia maybe tak buat silap, kerana dia hanya “Statik” dan dia tak akan mendapat pengalaman yang banyak dalam dakwah dan tarbiah, dan dia akan bosan, tak meningkat dan kurangnya seni dakwah.

Atas sebab tulah, orang yang dahsyat amalnya dalam dakwah tarbiah, dia boleh cerita pada orang lain, bagaimana nak berurusan dengan pelbagai orang. Contoh mudah, kalau ada orang kongsi seni dakwah pada kita:

“Kalau nak berhadapan dengan orang yang ego ni, kita kena usaha untuk jadi setaraf dia dari segala aspek. Pelajaran kita mesti setaraf atau lebih baik dari dia, akhlak dan ibadat kita juga kena lebih power dari orang itu. Kalau tidak, apa yang kita cakap, dia tak akan dengar kerana dia pandang rendah pada kita….”

Macamana orang tu tahu? Semestinya dia sendiri pernah berhadapan dengan orang yang ego, dan orang ego tersebut tidak menerima dakwahnya lantaran pelajaran, akhlak dan ibadat daie itu tak setaraf orang ego tersebut. Dan pengalaman berharga itu, di jadikan iktibar dan lepas ini, dia tidak mengulangi kesilapan kedua ketika berhadapan dengan orang-orang yang ego.

Erk, faham ke contoh ni? Sorry kalau tak faham.

Oleh sebab itu, pengalaman dakwah adalah sangat berharga. Setiap kesilapan yang kita lakukan ketika buat dakwah, bila ada orang tegur, nasihat dan tunjukkan kita jalan yang sebenar, janganlah kita lemah semangat, futur, rasa diri ini tak berguna untuk dakwah lantaran banyak gila silap, dan lain-lain. Tapi, setiap kesilapan, kita akur, kita jadikannya iktibar, untuk terus maju dan tidak terjatuh buat kali kedua.

 Itulah dakwah! Salah cara dakwah pun dapat pahala. Kerana niat kita dakwah, adalah untuk BELAJAR! Seperti nak ambil lessen, kalau time tengah belajar, kalau salah bawak or terlanggar apa-apa, kita takkan kena denda atau saman, kerana kita sedang belajar. Tapi, bila dah dapat lesen, and still buat silap, baru kena saman.

So, kita kena niat, tiap dakwah dan tarbiah yang kita ikut dan lakukan, niatlah dengan niat “MAHU BELAJAR”, agar setiap kesilapan kita di baiki oleh rakan seperjuangan kita. Kalau kita niat dakwah dan tarbiah ni untuk “MENGAJAR”, maka bila orang tegur kita, kita tak boleh  terima, ego dan stress. So, apa kena mengena ni semua dengan TAJUK utama  kat atas?

Saya juga ingin berkongsi kesilapan-kesilapan saya dalam berdakwah, agar pengalaman dan kesilapan saya ini tidak lagi di ulangi oleh mana-mana orang. Moga perkongsian saya kali ini membawa pelbagai manfaat. Amin!

****
1)JANGAN CARI SALAH ORANG

Kadang-kadang, bila kita semangat dakwah tanpa di pandu, kita seboleh-bolehnya nak cari salah mad’u kita, dengan harapan nak ubah mad’u kita dari keseluruhan aspek. Kalau boleh, kita nak pastikan mad’u kita ni tak buat langsung dosa-dosa yang berkaitan dengan aib dan sebagainya. Selagi kita tak dapat tahu samaada mad’u kita tu “perfect” atau tak, selagi tu lah kita nak cari aib dan kesalahan dia.

Maka, atas alasan “nak ubah dia”, kita pun mulakanlah langkah-langkah yang tak sepatutnya di lakukan oleh kita. Kita pun usaha untuk jaga tepi kain mad’u kita, kita selidik dan cari kesalahan mad’u kita hingga ke lubang cacing, dan yang sama waktu dengannya.

Sehingga sampai satu tahap, kita akan berhadapan dengan mad’u kita dengan penuh PRA SANGKA buruk. Kita tak percaya segala kebaikan-kebaikan yang di lakukan oleh mad’u kita, kita lupakan dan abaikan segala potensi yang ada pada mad’u kita, dan kita akan sentiasa benci mad’u kita.

Kenapa tak boleh cari kesalahan orang? Kerana Allah sendiri larang! Cuba try tadabbur ayat 12, surah alhujurat. Komfem kita akan menyesal dengan sikap kita yang suka cari salah orang. Ingat lagi kisah umar alkhattab yang memecah masuk rumah orang yang berzina? Lantas orang tu cakap:

“Wahai umar, aku melakukan satu dosa iaitu berzina. Tetapi kau melakukan dua dosa iaitu kau masuk rumah aku tanpa izin dank au MENCARI KESALAHAN AKU…”
So, apa solusinya?

Pertama, ingatlah kata-kata umar alkhattab:
” Siapa yang kami Nampak zahirnya baik, maka kami sukakannya. Siapa yang kami Nampak zahirnya jahat, maka kami tidak sukakannya…”

Kita hanya mampu menilai zahir. Sometimes, mad’u kita memang inginkan kebaikan, dan dia ZAHIRKAN KEBAIKANNYA. Namun, lantaran lemahnya iman, mungkin mad’u kita melakukan dosa-dosa lantaran tak mampu tahan dan lawan, dan di sudut hatinya, dia ingin berubah, ingin meninggalkan dosa noda, benci akan maksiat, dan menyesali. Cuma, dia tidak mampu lawan. Dia zahirkan kebaikannya kerana dia cintakan kebaikan, dia tenang dengan kebaikan, berasa nikmat dan bahgia dengan kebaikan.

Kerana itu, kita hanya mampu menilai ZAHIR, dan tak perlu mencari kesalahan dan aibnya. Tak perlu!

Kedua, ingat bagaimana nabi saw betul-betul menjaga hatinya dari bersangka buruk dengan sahabat baginda, sehingga nabi saw bersabda yang maksudnya lebih kurang:

“Janganlah kalian datang kepadaku dengan memberitahuku keburukan sahabatku yang lain. Kerana aku tidak mahu berhadapan dengan sahabatku dengan sangkaan yang buruk…”

Kalau boleh, cuba sedaya upaya kita “pasang telinga” untuk mendengar umpatan orang lain tentang mad’u kita. Agar bila kita berhadapan dengan mad’u kita, kita akan sentiasa sangka baik, Nampak dirinya sebagai orang yang berpotensi dan sangat baik. Bila kita sangka baik, tindakan kita dalam mendidiknya juga adalah yang terbaik!

Namun, andai situasinya berbeza, seperti kawan mad’u kita tak mampu tegur kesilapan mad’u kita, dan dia ceritakan masalah mad’u kita kepada kita dengan harapan yang besar agar kita menegur dan buat yang termampu untuk menolong mad’u kita, maka ia tak ada masalah, Cuma dengarlah masalah itu dengan penuh berlapang dada, tanpa terus melakukan langkah yang tergesa-gesa.

2)LIHAT KEBAIKAN, BUKAN KEBURUKAN

Dakwah adalah cari potensi mad’u, bimbing, doronginya sehingga dia keterhadapan dalam potensi dan bakatnya, cemerlang dengan sudut-sudut yang dia hebat. Sebaliknya, dakwah bukanlah cari kesalahan mad’u, marah dan tegurnya bertubi-tubi, sehingga mad’u kita DOWN, stress dan rasa lemah semangat untuk berubah lantaran sangkaannya bahawa “Aku tak ada harapan lagi. Aku teruk, takde orang suka aku…”

Ingat, bila mad’u kita buat silap, ya, kita tegur dengan hikmah berdasarkan keadaannya. Namun, benda yang sangat penting ialah kita cepat-cepat lihat kebaikannya, sebut kebaikannya sehingga mad’u kita rasa semangat dan rasa di hargai, beri dia HARAPAN dan SEMANGAT. Kita tak nak mad’u kita terlalu fikir dosa-dosanya sehingga down dan tiada keyakinan diri.

Lihat nabi saw, baginda dorong sahabat, puji setiap kebaikan yang sahabat buat. Dan pujian nabi pada sahabat bukan main-main, tapi, puji dahsyat-dahsyat punya. Contohnya:

“Kalau ada nabi lepas aku, maka umarlah paling layak jadi nabi…”
“Kalaulah aku boleh pilih kekasih selain Allah, nescaya aku akan jadikan abu bakar sebagai kekasihku..”
“Setiap nabi ada walinya. Dan waliku adalah Ali…”

Dan lain-lain. Nabi hargai setiap sahabat, puji mereka, bagi mereka semangat. Andai nabi Nampak kesalahan sahabat, nabi tegur dan bimbing, dan melupakan kesalahan mereka. Sebab tu, semua sahabat rasa bahawa “akulah sahabat yang paling nabi cinta”.

Simplenya, kembangkan potensi, bakat dan kebaikan mad’u. Bukan menegur bertubi-tubi kesalahannya. Kerana bila diri dah terbiasa dengan kebaikan,automatic dia akan rasa benci dan bosan dengan dosa noda.

*****

Itulah serba sedikit antara pengalaman saya. Dulu, saya pernah lakukan kedua-dua kesilapan ini. Alhamdulillah, pengalaman banyak mengajar saya. Moga perkongsian kali ini adalah sedikit manfaat. Moga Allah bagi syurga pada seluruh jiwa-jiwa yang beramal! 


Wallahua’lam.

-Adnin Roslan-

Tuesday, 20 August 2013

Kita dan Mesir?


Bismillah. Dengan nama Allah ana mulakan. Selawat dan salam ke atas nabi saw yang telah banyak berkorban untuk umatnya. Tanpa pengorbanan yang di lakukan oleh baginda, para sahabat dan seluruh para pendakwah, mungkin hari ni kita tak dapat islam. Ya Rabb, segala puji bagimu atas nikmat islam, kekalkan kami dalam islam, jadikan kami sebahagian dari mereka-meraka yang menegakkan panji islam.

Insyallah, ana target dalam penyampaian ana kali ni, dapat sedikit sebanyak memberi kesan pada diri ana sendiri terutamanya dan semua orang, tentang bagaimana untuk kita berhadapan tentang ISU MESIR yang sangat hangat di bicarakan sekarang. Dengan harapan kita semua tidak hanya sekadar hangat-hangat taik ayam, bajet semangat tapi apapun tak buat, bajet gempak dan seumpama dengannya, maka entri ini di adakan.

Macam biasa, kita santai. Bayangkan yang kita tengah bersembang, berbincang, dan seolah-olah ana berada bersama korang membicarakan isu ni. Doakan kita sama-sama dapat amal. Serius, tulis senang je, type gempak-gempak sikit, settle. Nak cakap lagi la senang. Tapi nak amal tu, ya rabb. Tanpa hidayahmu, memang tak mampu langsung kami nak beramal walau sedetik. Kurniakan hidayahmu ya Allah!

So, isu mesir, isu palestin, Iraq, Afghanistan, pattani, rohingya, Syria dan lain-lain, isu ni sangat besar dan “ada kena mengena dengan kita”. Siapa yang rasa bahawa isu ni tak ada kena mengena dengan diri dia, dan tak ambil tahu, maka ketahuilah, orang macam ni sangat buruk dan gerund an pelik dan tak tahu di manakah tahap imannya. Seperti biasa, nak Nampak tersusun dan tak berserabut, ana bahagikan penyampaian kali ni kepada beberapa subtopik:

1)Fahami Isu Mesir
2)Tindakan kita?

Ok, harap baca dari A to Z. Kalau ana salah, maka betulkan.

FAHAMI ISU MESIR

Semenjak isu mesir ni berlaku, ramai orang yang ingin mengulas isu ni. Bagi ana, ianya baik. Sangat baik. Cuma satu je, sebelum nak hurai isu mesir ni, tolong fahami isu mesir ni betul-betul. Sekadar apa yang ana perhatikan, dalam membicarakan isu mesir, telah wujud beberapa golongan yang salah faham akan isu ini seperti di bawah:

a)Pertama, ana ada jumpa golongan yang langsung tak ambil peduli tentang isu mesir. Huh, tak tahulah kenapa. Mereka rasa, apa yang berlaku kat mesir adalah fitnah akhir zaman yang tak wajar untuk diri mereka terlibat. Golongan ni, biasanya guna hadith “Dua muslim yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk neraka”. Mereka menganggap, isu mesir ni adalah perang saudara, dan siapa yang libatkan diri, maka salah. Bahkan diorang ni memang langsung tak sedih dengan pembunuhan yang terjadi di mesir.

Kepada orang yang macam ni, ana nak nyatakan beberapa benda. Kalau korang tak ambil peduli tentang keadaan umat islam, sorry to say, hakikatnya korang bukan dari kalangan orang islam. Kalau betul korang ada iman, at least bila isu ni berlaku, air mata korang berlinangan walau hanya setitik atau kurang dari tu. Hakikatnya, WAJIB untuk kita ambil tahu tentang isu ni. Jangan tak ambil tahu langsung atas alasan “tak nak terlibat dengan isu semasa”. Itu saudara seislam kita, kalau kita tak rasa sakit, tak rasa sedih, tak rasa bersalah, dan langsung tak ambil tahu, apakah?

Dan ingin ana jelaskan jugak kepada golongan ni, isu di mesir bukanlah peperangan saudara. Ia adalah peperangan antara HAK dan BATIL. Walaupun pada zahirnya, Nampak macam orang islam lawan orang islam, tapi kita kena faham satu hakikat. Islam itu hanyalah Islam. Selain dari islam, adalah kufur. Bermakna,agama selain islam, liberalism, sekularisme, pluralism, hedonisme, sosialisme, kapatalisme, syiah, dan segala ideologi yang selain dari islam, itulah KUFUR!

Yang terjadi kat mesir sekarang, golongan liberal, secular, syiah, kristian, dan golongan-golongan yang anti islam, hakikatnya mereka telah kufur. Mereka telah bersama golongan BATIL. Yang tak mahu islam di atas segalanya. Dan golongan ini menentang golongan yang inginkan islam di atas segalanya, memahami islam yang syumul dan lain-lain. Atas sebab itu, pertembungan ini adalah antara HAK dan BATIL. Maka, hadith hadith “Dua muslim yang membunuh dan yang terbunuh, kedua-duanya masuk neraka” yang anda guna adalah silap sama sekali dalam waqi’ mesir sekarang. Fahami fiqh jihad. Jangan main pakai je hadith tanpa faham huraiannya.

b)Kedua, ada juga golongan yang tak menyokong mursi dan ikhwan atas alasan apa yang ikhwan buat sekarang terpesong dari islam yang sebenar, pengganas dan lain-lain. Golongan ni bagi ana, sangat masalah. Mereka bajet faham fikrah ikhwan dan buat ulasan yang Nampak sangat dia tak faham fikrah ikhwan. Ada yang kata:

”Ikhwan yang betul-betul ikut pesanan hasan albanna je ok. Tapi ikhwan sekarang, banyak terpengaruh dengan pemikiran SYED QUTB yang sangat keras dan syadid. Mereka ni di namakan quthubiyyun…”

Awal-awal ana nak jelaskan pada golongan yang macam ni, fahami betul-betul fikrah ikhwan. Kalau kita betul-betul fahami, nescaya kita akan buat kesimpulan:”Seperti mana fikrah hasan albanna, seperti itu jugalah fikrah syed qutb dan ikhwan sekarang…” Ikhwan pengganas? Golongan macam ni terpedaya dengan fitnah-fitnah media anti-islam lantas percaya dan sebarkan. Pernah tak korang buku majmuat rasail hasan albanna dari awal sampai habis? Pernah tak baca at least satu buku karangan syed qutb? Kalau tak pernah baca, pergi baca dan fahami. Kalau tak faham, Tanya orang yang faham.

c)Ketiga, ada pulak golongan yang taksub dengan sesetengah ulama’, lantas bila ulama’ tu menyatakan bahawa ikhwan salah, Assisi betul atas hujah-hujah tertentu, maka golongan ni pun akur atas alasan “kita tak boleh lawan ulama’, daging ulama’ beracun, siapa kita ni nak banding ulama’, jangan komen-komen, dan lain-lain”.

Pertamanya, jauhi taksub wahai kawan. Ana nak timbulkan satu soalan mudah:

“Baru-baru ni, ada seorang ulama’ di Malaysia yang menyatakan pandangan bahawa Haram melawan kerajaan Assisi, dan ikhwan adalah pengganas. Maka, sejurus ulama’ tu nyatakan pandangan tu, ramai sangat orang yang tak setuju, suruh ulama’ tu tarik balik kenyataan tu, ada yang kata ulama’ tu bodoh, macai kerajaan dan lain-lain. Tapi, bila ada sesetengah ulama’ di mesir yang turut menyatakan pandangan seperti itu, kenapa korang tak komen? Bahkan mendiamkan diri dengan alasan hormat?”

Dalam isu khilaf sebegini, korang kena buat beberapa step di bawah:
-Jauhi taksub.
-Baca setiap hujah ulama’-ulama’. Dan bandingkan. Ada ulama’ yang menggunakan hujah yang tak kena dengan waqi’ dan salah faham akan hujah tersebut.
-Maka, kita berhak untuk tidak setuju dengan ulama’ tersebut, dan menegur dengan hujah, bukan emosi.

Kita pun faham, ada beberapa syeikh azhar( tak semua) yang menyatakan bahawa ikhwan adalah khawarij, penggganas dan haram. Pada masa yang sama, ada juga syeikh azhar yang menyokong penuh ikhwan. So, kita tak perlu gaduh-gaduh. Ana rasa, kita pun faham ijtihad mana yang benar, ijtihad mana yang salah dan mengelirukan umat.

Kalau ana, ana lebih meyakini ijtihad ulama’-ulama’ ikhwan muslimin yang menyeru umat islam memahami fikrah islam yang SYUMUL, dan ana tak bersetuju dengan golongan-golongan yang ambil islam secara juz’ie, sekadar ibadat, tanpa menghiraukan isu jatuh bangun umat dan yang sama waktu dengannya.

****

So, maybe ada banyak lagi golongan-golongan dan jenis pemikiran yang timbul bila isu mesir, syiria, palestin dan lain-lain berlaku. Maka, usahalah untuk fahami isu ini dengan sebaiknya.

PERANAN KITA?

Maka, ini subtopik yang perlu di beri perhatian. Mungkin dah banyak orang di beritahu, akan apakah yang perlu kita lakukan ketika ini setelah isu mesir ini terjadi. Ada juga orang yang semangat nak syahid, nak ke mesir dan berjuang sama-sama dan syahid di sana. Dan macam-macam lagi. Insyallah, ana akan bentangkan beberapa benda yang praktikal untuk kita bersama dapat amal. Doakan ana dapat amal!

a)Cakna dan Fahami isu.

Ana seru untuk kita sama-sama fahami isu mesir, isu palestin dan lain-lain bersama. Benda ni penting. Mahu tak mahu, kita kena lakukan beberapa usaha untuk pastikan kita faham isu ni. Banyakkan membaca, update isu mesir di facebook, surat khabar yang di percayai, twitter dan lain-lain. Kalau keliru dan tak faham certain part, jumpa orang yang faham, bincang dengan dia.

Untuk nak mudah fahami isu, ana sediakan beberapa link bagi memudahkan kita untuk faham isu ni secara menyeluruh:

dan lain-lain. Kalau kita tak usaha untuk faham isu, maka rugilah kita. Tak tahu nak cakap macamana, tapi serius rugi dank orang akan menyesal.

b)Fahami fikrah Ikhwan Muslimin

Kita pun tahu, ikhwan muslimin adalah sebuah Jemaah yang paling lama dan terbesar, dan telah berjaya menggerunkan israel, amerika, syiah dan musuh-musuh islam yang lain. Kalau di palestin misalnya, kalau tengok CNN dan sebagainya, Israel serang gaza adalah kerana ingin menghancurkan HAMAS. Kenapa Israel dan amerika takut sangat dengan HAMAS? Untuk pengetahuan, HAMAS adalah ikhwan muslimin di palestin.

Apabila mursi menjadi presiden, mengapa amerika, Israel, syiah dan lain beria-ia nak jatuhkan mursi? Kerana mursi adalah ikhwan, dan mereka amat takut dengan ikhwan muslimin. Mereka takut dengan naiknya ikhwan muslimin, maka benih-benih khilafah islamiah akan mekar tumbuh.

Soalannya ialah:

”Kenapa mereka takut sangat dengan ikhwan muslimin? Apakah specialnya fikrah ikhwan muslimin sehingga Israel sendiri mengakui bahawa fikrah ikhwan telah berjaya mempengaruhi jutaan jiwa umat islam. Apakah itu fikrah yang ikhwan muslimin bawa?”

Maka mula dari sekarang, usahalah untuk fahami fikrah ikhwan. Baca buku-buku hasil tulisan tokoh-tokoh ikhwan.  Buku “Apa ertinya saya menganut islam” hasil tulisan fathi yakan, baca dan hadamilah. Buku “Inilah Islam” oleh Syed Qutb, baca dan hadamilah. “Himpunan Risalah Hasan Albanna”, baca dan hadamilah. Buku-buku sirah seperti “raheeq makhtum”,”Fiqh sirah” dan lain-lain, mulalah baca dari sekarang!

Ikutlah tarbiah, dakwah dan Jemaah yang mendokongi fikrah ikhwan secara menyeluruh. Tetaplah bersama mereka. Pastikan hidup kita ada AGENDA.

c)Buang ideologi selain islam.

Seperti yang kita tahu, antara mereka-mereka yang menentang mursi di mesir adalah golongan liberal, secular, syiah dan kristian. Maka mulakan dari sekarang, andai kita telah terpengaruh dengan ideologi-ideologi liberal, secular, syiah dan lain-lain, amak buanglah secepatnya. Kembalilah kepada islam yang syumul dan asli, seperti yang di bawa oleh arrasul.

Apa itu liberal? Mudahnya, liberal ialah mereka-mereka yang memperjuangkan HAK ASASI melebihi syarak. Apa itu sekular? Sekular ialah golongan yang memisahkan agama dengan kehidupan, yang menganggap agama hanya pada ibadat, tapi isu pemerintahan secara islam dan lain-lain tak di anggap penting. Apa itu pluralisme? Pluralisme ialah golongan yang merasakan semua agama adalah sama. Dan lain-lain.

Maka, buanglah ideologi ini dari pemikiran kita. Dan wajib bagi kita untuk membanteras dan ideologi-ideologi ini di Malaysia.


d)Berubahlah.

Hakikatnya,dosa kita adalah PUNCA umat islam di sana di tindas. Dosa kita adalah punca lambatnya kemenangan islam. Kalau ketika zaman nabi musa kalau tak silap ana, hujan tak turun di kampung hanya kerana ada seorang laki yang masih belum taubat dengan dosa, begitu juga keadaan kita. Boleh baca tulisan ana tentang "kesan dosa" pada entri ni:http://adninroslan.blogspot.com/2013/06/kesan-dosa-seorang-daie.html

Dosa kita mengesani  jatuh bangun umat. Ana sendiri rasa bersalah bila nak cakap pasal benda ni kerana banyaknya dosa ana. Insyallah, ana akan doakan agar Allah bagi kita kekuatan. Teruskanlah AZAM kita untuk berubah, tinggalkan dosa, taubat, dan jadi orang yang berguna untuk umat. Ini adalah step yang sangat penting dan bermakna. Binalah peribadi kita agar menjadi seorang muslim yang baik, memahami islam dengan baik, bermanfaat untuk umat. Berubahlah wahai diri!

****

Akhirnya, DOA adalah senjata kita yang utama. Teruskan solat hajat, menangis, memohon pada Allah agar menangkan islam, dan jadikan kita di kalangan orang yang memenangkan islam. Yakinlah wahai kawan, kemenangan islam itu pasti.

Moga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak penjelasan dan manfaat untuk kita. Doakan ana, doakan umat, jangn putus doa! Andai ada apa-apa kesilapan dan kesalahan dalam fakta dan hujah, maka teguran amatlah ana perlukan.

Wallahua’lam.


-Adnin Roslan-

Wednesday, 14 August 2013

Kekeliruan dalam ikhtilat?


Bismillah. Saya mulakan post kali ni dengan nama Allah yang agung, tempat kita semua bergantung, tempat kita semua menyembah dan patuh. Saya minta ampun pada Allah andai saya sendiri tidak beramal, ya Allah, kurniakan kekuatan kepadaku untuk mengamalkan seluruh apa yang aku katakan. Post kali ini mungkin sensitive bagi sesetengah orang. Mungkin ramai yang tak mampu terima, atau mungkin ada yang terima namun rasa berat untuk amal, dan ada yang setuju, faham dan amal. Saya harap, korang lapangkan dada, menilai dengan syarak tentang isu ini, ketepikan nafsu.

Post kali ini tentang satu isu besar dan ramai yang lemah dan gagal memahaminya dengan baik, hatta seorang yang ikut tarbiah sekalipun. Ia adalah isu IKHTILAT. Satu isu yang telah berjaya membolak-balikkan hati segelintir daie, isu yang telah berjaya mkenghacurkan dan memerangkap hati sesetengah orang yang ikut tarbiah.

Saya pernah bersembang dengan ramai orang, apabila mereka luahkan masalah mereka, kebanyakannya rasa terseksa dan terperangkap dengan dosa ikhtilat ni. Ada yang langsung tak rasa ikhtilat ni salah dengan beberapa alasan yang sangat tak berlandaskan syarak tapi akal. Ada yang tahu akan bahayanya ikhtilat, namun akibat nafsu yang membuak-buak, dia “cair” dan berjinak-jinak dengan ikhtilat. Ada yang sudah terjebak dengan ikhtilat dan telah merasai betapa SEKSANYA bila terperangkap dalam ikhtilat, dan jiwanya meronta-ronta untuk BEBAS dari penjara dosa ikhtilat ini.

Oleh sebab itu, post ini di tulis. Dengan harapan isu ini di fahami dengan jelas. Dengan harapan, kita BEBAS dari penjara dosa. Dengan harapan, kita akan lebih laju dalam tarbiah dan dakwah setelah kita terlepas dari ikhtilat ini. Bagi memusnahkan kekeliruan akan isu ini, saya akan bahagikan penulisan ini pada:

1)Benda ASAS dalam ikhtilat yang perlu di fahami.
2)Faktor tewas dalam ikhtilat
3)Kekeliruan dan penyelasaian dalam ikhtilat.

Dengan nama Allah, saya mulakan huraian ini. Dengan penuh harapan padamu, ya Allah, kurniakan kefahaman pada kami.

BENDA ASAS DALAM IKHTILAT YANG PERLU DI FAHAMI

Awalnya, saya nak sentuh tentang apa itu ikhtilat. Ikhtilat ni kalau nak mudah faham, ia adalah pergaulan antara laki dan perempuan. saya rasa semua tahu. Ok, jom kita terjah satu-satu penerangan:

a)HUKUM

Hukum asal ikhtilat adalah haram. Harus andai berlaku beberapa situasi iaitu:
-Dhorurat
-Hajat
-Dakwah

Cerita bab hukumnya, semua benda yang hukum asalnya HARAM, amat perlu di telitikan. Contoh mudah, makan babi. Hukum asal haram. Harus andai dalam keadaan dhorurat. Maka ketika itu, boleh makan babi CUKUP hanya untuk menghilangkan dhorurat. Andai lebih-lebih, maka hukumnya kembali kepada asal, iaitu HARAM.

Begitu juga dalam ikhtilat misalnya, contoh untuk DHORUROT ialah nak selamatkan nyawa di hospital. Sometime doctor laki terpaksa buka sebahagian aurat perempuan misalnya. Maka di haruskan. Namun, andai doctor tu lebih-lebih, dengan buka tempat yang taka da kena mengena, maka HARAM. Banyak lagi contoh lain.

Kalau untuk HAJAT, contoh simple ialah belajar. Perhubungan untuk tujuan belajar, Tanya soalan-soalan, bersifat ilmiah, maka di benarkan. Tapi kalau start sembang just Tanya khabar dan lain-lain yang taka da kena mengena dengan hajat, maka hukumnya kembali keapda asal, HARAM.

Kalau untuk DAKWAH, agak panjang perbahasannya. Contohnya kalau nak buat meeting yang sangat penting dan memerlukan perkumpulan lelaki dan perempuan. Maka boleh, namun perlu mematuhi segala syarat yang telah di gariskan. Apa syarat-syaratnya? Nanti kita masuk.

b)Kenapa ikhtilat HARAM?

Kerana ia menghampiri zina. Simple. Dosa yang besar bermula dari dosa yang kecil. Ramai orang yang mati dengan nyamuk aedeis berbanding kena makan buaya. Ramai orang yang hancur akibat dosa kecil berbanding dosa besar. Segala perkara haram, dan perkara yang membuatkan kita akan terjebak untuk melakukan perkara haram, maka hukumnya juga haram!

Allah bagi amaran, jangan hampiri zina. Apakah jalan-jalan yang membuatkan kita menghampiri zina dan akhirnya berzina? Bermula dengan pandang, senyum, bagi salam, bersembang, membuat perjanjian untuk berjumpa, kemudian berjumpa, berzina dan akhirnya masuk neraka! Kesemua ini adalah jalan zina, dan haram.

Nak hurai panjang-panjang, lepas ni, time masuk part “kekeliruan dan penyelesaian”.

FAKTOR TEWAS DALAM IKHTILAT

Ramai orang sekarang, apabila bertanya hukum, mereka usaha untuk dapatkan hukum yang membenarkan dosa mereka. Contohnya ikhtilat. Hukumnya haram. Tapi bila dengar ikhtilat akan jadi HARUS bila berlaku beberapa situasi, terus dia gembira sakan dengan ikhtilatnya tanpa melihat situasi. Atas alasan harus. Ingat wahai kawan, ianya harus andai:

1)Kita terjebak pada 3 situasi, iaitu dhorurat, hajat dan dakwah.
2)Andai kita mematuhi SYARAT-SYARAT dan tidak berlebih-lebih.

Tapi hari ni, kita tak pandang syarat. Tak rasa bersalah, bahkan rasa dosa yang kita buat tu betul dan tak dosa, menganggap orang yang mematuhi syarat-syarat itu sebagai SYADID, dan lain-lain. Apakah ini?

Ingat, kita harus menilai sesuatu berlandaskan syariat, bukan akal kita. Yang kita rasa betul dan selesa untuk kita, kita buat, walaupun ia melanggar syariat. Apakah ini? Check balik diri, ada tidak nafsu kita main peranan ketika kita menggunakan akal dan cita rasa kita dalam membenarkan apa yang kita buat?



KEKELIRUAN DAN PENYELESAIAN DALAM IKHTILAT

Kekeliruan ni banyak. Kalau saya nak rungkaikan segala kekeliruan dan bagi penyelesaian, sangat lenguh jari nak type. Hakikatnya, kalau kita dah faham benda basic yang saya dah hurai kat atas tadi tu, segala kekeliruan boleh settle. Tapi, saya just nak kemukan beberapa kekeliruan yang famaous.

a)”Kitorang kawan je. Bukan bercinta pun”
   “Kitorang nak eratkan ukhwah. Ukhwah tu penting!”
  “Kitorang just sembang-sembang biasa je. Tanya kerja rumah. Penting!”
  “Kitorang bukannya zina pun…”

Kalau orang yang bagi alasan macam ni untuk membenarkan dosa yang diorang buat, check balik, adakah kawan dengan berlainan jantina ni dhorurat yang kalau tak buat, kita mati, atau hajat, yang mana sampai perlu berkawan. Bab belajar sama-sama misalnya, selagi boleh sesame jantina, maka utamakan yang sesame jantina.Ana ada kawan, dia kata:

“Ush, tak boleh kot study group tanpa perempuan. Bila ada perempuan baru semangat.”
“Perempuan biasanya pandai, aku biasa rujuk dekat perempuan. Sebab tu penting study group laki perempuan…”


Dan lain-lain. Apakah? Pertama, saya nak nyatakan. Betulkah mesej atau persembangan korang time tu hanya menyentuh bab belajar? Kalau korang selitkan sembang-sembang biasa, siap ada “hehe”,smiling-smiling, Tanya-tanya khabar dan lain-lain, itu bukan belajar beb. Itu ikhtilat!

Mustahil andai kita berurusan dengan berlainan jantina atas alasan kawan misalnya, tidak mengganggu hati kita. Akhirnya, sedar tak sedar, kita rasa seronok bila sembang berlainan jantina, rasa “semacam”, rasa gembira. Hakikatnya, itulah nafsu. Selagi boleh berhubung sesame jantina, maka utamakan yang sesama jantina!

Saya ulang:” Selagi boleh berhubung sesama jantina, maka utamakan yang sesama jantina!”

Selagi boleh belajar dengan sesama jantina, selagi boleh Tanya pasal homework sesama jantina, maka buat! Kalau tak, memang hukumnya kembali haram. Kawan? Kawan sesama jantina kita pun kita tak settle, ada gaduh-gaduh dan sebagainya, buat apa sibuk-sibuk nak kawan berlainan jantina wahai kawanku yang hensem lagi smart? Kitorang bukan zina pun? Itulah jalan zina. Harap maklum.

Ukhwah? Bab ni saya suka untuk hurai. Apa hukum berukhwah dengan berlainan jantina? Baca ni betul-betul dan fahami. Sebelum saya yang hina ni menjawab soalan ni, saya beritahu kenapa saya timbulkan persoalan di atas. Ia adalah kerana saya Nampak, ramai yang “melonggarkan” ikhtilat ini atas dasar:”kami hanya berukhwah!”.Maka, yang terjadi, sesama ikhwah dan akhwat, mereka bertanya khabar, sembang-sembang  kosong dan lain-lain.

Sebelum saya jawab soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”,suka saya untuk bertanya:”Apakah makna ukhwah??”Adakah ukhwah bererti tidak bergaduh, mesra sesama orang yang berukhwah ,mengambil berat satu sama lain dan lain-lain?

Kalau itulah ukhwah, nescaya mat rempit dan geng-geng ganster juga berukhwah. mereka sangat ambil berat sesama mereka, mesra dan tolong menolong. ada mat rempit, jiran saya, meninggal dan kawan-kawan rempitnya yang lain menangis dan sedih dengan kematian kawan rempitnya. adakah itu bermakna mereka berukhwah?

Jawapannya:TIDAK.

Eh?abis tu, ukhwah tu apa?!


Suka ana bagi erti ukhwah yg di ta’rifkan oleh imam hasan albanna,dalam risalah ta’lim:
“Ukhwah yang saya maksudkan ialah hati-hati dan roh-roh di hubungkan dengan ikatan akidah. akidah adalah hubungan yg paling ampuh dan berharga. persaudaraaan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur.

Kekuatan yg pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan takkan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan yg paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

(surah alhasyr:9)

Saudara yg jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. sedangkan mereka,kita tak bersamanya akan bersama dgn org lain.serigala hanya akan menerkam kambing yg bersendirian.org mukmin dgn mukmin yg lain ibarat bangunan dan mereka perkuatkan antara satu sama lain.

(attaubah:71)

Inilah yg sepatutnya kita lakukan….”
(IMAM HASAN ALBANNA)

Melalui takrifan ini,maybe tak cukup faham. Nak lagi faham,rujuk buku “nazarat fi risalah ta’lim”,yang menghuraikan  takrifan ukhwah dari hasan albanna.Katanya:”Ukhwah hanya akan di rasai oleh mereka2 yang berjuang dan berdakwah….”

Kembali kepada soalan di atas: soalan “adakah ukhwah di kalangan lelaki dan perempan?”.Bagi saya, jawapannya adalah:YA.UKHWAH ANTARA LELAKI DAN WANITA ADALAH WAJIB. Namun,seperti yang saya hurai tadi, ukhwah bukanlah bereti mesra, galak, bersuka ria dan lain-lain. Ukhwah adalah bersatu demi menguatkan islam. Allah hanya akan redha dengan ukhwah yang mana, hasil dari ukhwah tersebut, islam bangkit!

Yang korang kononnya "ukhwah" laki perempuan, islam makin hancur ke makin bangkit?! Bahkan, korang sebenarnya guna alasan agama untuk kepentingan nafsu!

Bererti di sini, realiti yg berlaku di kalangan ramai di kalangan kita, bagi saya, ia bukanlah ukhwah.Tetapi ia adalah IKHTILAT!

b)Dakwah berlainan jantina?

Awalnya saya nak Tanya. Dakwah sesama jantina dah settle belum? Berapa ramai dah kita jadi asbab kawan sejantina kita berubah dan ikut tarbiah dan dakwah? Kalau dakwah sesama jantina pun tak settle, buat apa nak sibuk-sibuk nak dakwah jantina lain? Sometime, sembang-sembang atas alasan dakwah kononnya, padahal time sembang, gelak-gelak, senyum-senyum, pandang-pandang, gurau senda dan lain-lain. Apakah ini?

Kalau bab dakwah ni, yang ana nak tekankan adalah isu yang memerlukan “meeting” atau mesyuarat. Ulama’ berpendapat, tiada masalah untuk mengadakan meeting andai ia betul-betul penting. Tetap ada syaratnya. Kalau tak patuhi syarat, macam yang ana hurai kat atas tadi, hukumnya kembali HARAM.Syaratnya ialah:

1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at (tutup aurat sempurna)
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:
a. khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
b. beberapa lelaki dengan seorang perempuan
c. seorang lelaki dengan beberapa perempuan..
 7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

Syarat khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

Persoalannya, sejauh mana kita patuhi syarat ni? Fikir-fikirkan.

*****

Saya kalau boleh nak hurai pelbagai lagi kekeliruan. Tapi saya yakin, bila kita fahami dan dalami betul-betul tentang hukum asas ikhtilat ni, kita dah boleh faham seluruhnya dan hilang segala kekeliruan. Sometime, kita jadi keliru, bila kita menurut sangat nafsu kita dengan nak membenarkan dosa kita. Ingat, ikut nilaian syarak. Bukan akal dan apa yang kita suka.

Ada orang kata, orang yang ikut tarbiah ni SYADID sangat bab ikhtilat ni. Saya jawab simple:

”Hari ini, orang yang mengamalkan agama mengikut syarak di anggap syadid. Orang yang melonggarkan agama di anggap benar…”

Check diri. Sebab sangat ramai orang yang hancur lantaran terjebak dengan ikhtilat. Ya, awal-awal atas alasan kawan, atas alasan “kami akan kahwin”, atas alasan belajar, atas alasan dakwah tapi sebenarnya gerun, dan pelbagai alasan.

Rujuk sirah Arrasul. Hayati kisah Aisyah. Teladani tabiin.

Saya akhiri dengan sebuah persembangan ana dengan beberapa kawan saya, kawan saya bagi saya satu kata-kata yang sangat menarik:

“Ana pelik dengan orang yang rasa susah kalau tak dapat study group dengan perempuan. Yang beria-ria nak study group dengan perempuan. Lainla kalau tak boleh elak. Tapi patuhila syarat, jangan gurau-gurau dan lain-lain. ANA TAK STUDY GROUP DENGAN PEREMPUAN, boleh je dapat 4 flat. Nafsu je semua tu…”

Saya tersenyum:)

Wallahua'lam. Andai tidak setuju dengan mana-mana part, kita boleh bincang, nak tanya soalan atau apa-apa, ruangan komen di sediakan. Dan kalau saya ada masa, saya akan jawab. Perkongsian dari korang amat di galakkan.


-Adnin Roslan-